"Sihat dah?"
Hampir terlompat Ella dari atas katil bila disergah dari belakang. Perlahan kepala yang masih terasa berat dia kalih ke belakang. Seorang gadis cantik, manis dengan baju tee long sleve putih dan seluar track suit hitam berdiri dengan senyuman memandangnya.
"Erk.." Ella tak tahu nak cakap apa. Rasa terkejutnya belum hilang lagi. Siapa gadis ini?
"You supposed to be say, 'Ya, saya dah sihat' kalau awak dah sihat. Tapi kalau masih tak sihat, just say awak masih sakit. Simple." Mug putih berisi susu di sua pada Ella.
"Erk. Dah sihat kot." Teragak-agak Ella menjawab. Namun dengan senyuman, dia menolak mug berisi cecair putih itu. Mual!
"Saya tak minum susu." Menggeleng.
"Oh, I see. Macam Danish." Sengih sebelum mug yang sama dia sua pada Ella tadi dia bawa ke mulut. Kenapalah ramai sangat orang kat dunia ni tak suka minum susu?
"Danish?" Baru Ella ingat, Danish masih belum masuk lagi ke bilik itu sejak dia keluar tadi. Sakit sangat ke dia tampar tadi sampai Danish kena pergi jumpa doktor?
"Danish, dia kat luar. Nak saya panggilkan ke?"
"Eh, tak. Tak." Terteleng ke kiri ke kanan kepala Ella menggeleng.
"Oh okey. Kita tak berkenalan lagikan? Semalam awak pengsan waktu Danish bawa awak datang sini."
"Maaf. Saya dah menyusahkan cik.." Mata Ella jatuh pada wajah gadis dihadapannya. Siapa nama dia erk?
"Dania. Panggil saya Kkak Nia aje. Kakak Danish." Dania senyum, kerusi putih di tepi meja solek di tarik mendekati katil sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ.
"Kak Nia.. Maaf, saya dah menyusahkan. Saya El.."
"Ella. Saya tahu." Senyum.
"Ya, Ella. Saya.."
"Girlfriend Rifqi? Yang tu pun saya tahu, Danish dah bagi tahu." Senyum.
"Eh?" Berlapis tiga kerutan di dahi Ella. Bukan sebab rasa menyampah bila Dania asyik mencelah bila dia bercakap atau rasa kagum sebab Dania tahu semua hal tentangnya, tapi lebih kepada rasa tak percaya bila Danish memperkenalkan dia sebagai girlfriend Rifqi.
"Danish cakap saya girlfriend Rifqi?" Ella soal minta kepastian.
Haila Ella, patutnya sekarang ni kau melompat-lompat kesukaan, kegembiraan bila ada orang cakap kau girlfriend Rifqi. Bukan Rifqi tu Prince Charming kau ke?
"Dia tak adalah cakap secara direct, tapi saya fahamlah konteks ayat Danish tu bila dia bagi tahu saya pasal awak tadi. Kenapa? Ada masalah ke?" Entah kenapa, Dania tengok muka Ella mendung semacam sahaja. Takkan tak suka jadi girlfriend Rifqi kot?
"Tak ada apa-apa." Senyum, tapi senyuman Ella tawar tanpa rasa.
Tok! Tok!
"Kak Nia! Kak Nia!" Bunyi ketukan di pintu serentak dengan nama Dania di panggil.
"Kenapa?" Kuat suara Dania menyahut panggilan Danish.
"You should wearing you tudung, Rifqi dah on the way." Suara Danish juga kuat kedengaran dari luar.
"Okey. Kejap lagi Kakak keluar." Dania berpaling semula menghadap Ella yang sibuk memintal-mintak bucu comforter. Mungkin beginilah reaksi orang yang nak jumpa kekasih hati. Fikir Dania sendiri.
"Rifqi dah on the way, mungkin datang nak ambik awak. Tadi, Danish ada call dia." Dania bangkit dari duduknya, matanya menyapa sekali lagi wajah mendung Ella sebelum bergerak ke pintu.
Rifqi dah on the way? Kenapa kena panggil Rifqi untuk hantar dia pulang? Kenapa bukan Danish sendiri yang hantar dia pulang? Bukan sebab Rifqi dia pengsan di jalan semalam, bukan sebab Rifqi dia demam sepanjang malam, bukan sebab Rifqi dia menangis semalam, bukan Rifqi yang dia harapkan datang menyelamatkannya semalam. Bukan Rifqi, tapi Danish!
"Oh ya Ella. Saya ada benda yang lupa nak cakap kat awak." Suara Dania mengembalikan Ella ke alam nyata.
"Ya?"
"Semalam, masa awak demam awak meracau. Awak meracau panggil nama.. Danish." Dania senyum, tombol pintu di tarik.
"Kak Nia.."
"Yeah?"
"Kakak tahu apa yang saya rasa?"
"There's a time when our eyes can speak more than our lips, Ella." Senyum. Telahannya benar belaka. Well, diakan bakal peguam yang berjaya.
"Tapi dia.. Dia tak.." Sebak.
"Dia akan faham. InsyaALLAH, dia akan faham. Cuma, mungkin akan ambil masa sikit kot. Biasalah, boys. Sometimes, they are stupid. Lagi-lagi bila ia melibatkan hati dan perasaan." Gelak.
"Hahaha!" Gelak Ella mendengar kata-kata Dania. Tapi, ayat tu memang 100% betul. Sometimes, boys are stupid!
"Dah, pi pakai tudung tu. Kejap lagi Rifqi sampai, nanti awak keluar yea." Redup mata Dania memandang Ella sebelum dia hilang di balik pintu.
"Terima kasih Kak Nia." Tudung semalam yang bergantung di birai katil, Ella capai dan di sarung ke kepala. Nafas berat di hela dalam-dalam.
Kak Nia? Kakak Danish? Tangan yang sedang mengemaskan lipatan tudung terhenti serta merta bila otaknya baru dapat memproses maklumat tadi. CPU otaknya ni lembab betul kena virus influenza kot.
Danish bukan anak tunggal?
**********
"Masuklah." Pintu apartment kakaknya di buka lebar-lebar.
"Apsal kau suruh aku datang? Ella sakit lagi ke?" Selamba Rifqi menuju terus ke dapur moden apartment Dania. Kering tekaknya.
"Segelas RM7, Tengku Rifqi." Tangan di tadah di hadapan Rifqi dengan senyuman. Hampir tersembur susu di dalam mulut Rifqi di wajah Dania.
"Amboi Nia, bertahun kau duduk oversea sana masih tak hilang juga sifat kedekut kau ni yea. Mata duitan betul." Sengih. Mug putih yang sudah kosong di letak atas tapak tangan Dania.
"Ceh!" Mencebik. Langkah kaki Rifqi ke ruang tamu dituruti.
"Danish, mana Ella? Kau tak hantar lagi dia balik rumah ke?" Peha Danish yang diam dari tadi memerhati drama sebabaknya dengan Dania ditepuk kuat.
"Ada kat bilik tu. Tak sihat lagi kot." Monotone sahaja suara Danish.
"Oh. Jadi, kau suruh aku datang ni sebab apa?" Pelik.
"Ella cari kau." Masih juga dengan nada yang sama suara Danish. Sesekali matanya bertembung pandang dengan mata Dania yang senyum dalam sengihan.
"Kenapa nak cari aku pulak?" Makin bertambah kepelikan Rifqi.
"Entah." Angkat bahu.
"Ish kau ni." Laju Rifqi menolak bahu Danish. Geram.
Penat dia berkejar dari rumah Qistina dan sekarang Danish kata tak tahu kenapa dia perlu ada di sini? Memang nak kena hempuk juga budak ni. Mata Rifqi di tala ke wajah Dania yang selamba.
"Kenapa Ella cari aku Nia?" Soalan yang sama untuk Dania pulak.
"Kalau girlfriend sendiri cari kena ada alasan ke?" Dania soal pelik.
Dari tadi sebenarnya Dania sudah terjangkit dengan kepelikan Rifqi. Lebih-lebih lagi bila Rifqi boleh duduk selamba goyang kaki di ruang tamu dari berkejar ke bilik tamu menjenguk kekasih hatinya. Tak risau ke si kekasih hati sakit macam tu?
"Girlfriend? Siapa girlfriend aku?" Dahi Rifqi dah berkerut seribu.
"Ella?" Bukan ke?
"Tu girlfriend abang kau ni ha. Girlfriend Danish, bukan aku." Gelak.
Ni mesti kes salah faham ni.
"Eh? Tengku Qistina?" Ella girlfriend Danish?
"Qis tunang aku. Bukan.. Bakal.. Ex-tunang aku sebenarnya."
"Hah?!" Serentak Dania dan Danish menjerit terkejut sebelum saling berbalas pandang.
Dania terkejut sebab baru tahu kalau Tengku Qistina itu tunang Rifqi dan Danish terkejut mendengar ayat terakhir Rifqi. Bakal ex-tunang?
"Rifqi, boleh tak awak hantar saya balik?" Suara Ella dari muka pintu bilik tamu memecahkan kesunyian.
"Err.." Danish yang diam berkutik di sebelah di pandang. Tiada kata-kata keluar dari mulut Danish. Diam tanpa suara.
"Sure!" Apa kena dengan budak berdua ni?
"Boleh kita gerak sekarang?" Jam di tangan di kerling sekilas, hampir ke pukul sembilan pagi.
Hujung minggu begini, Auntie Maznah dan Sara mesti belum bangkit dari katil. Dia ada masa beberapa jam lagi sebelum anak beranak itu sedar kalau dia tidak ada di rumah semalam. Semuanya sebab Danish!
"Sekarang? Jom!" Rifqi bangun, sesekali matanya merenung Danish.
Betulkah budak ni tak nak hantar girlfriend dia balik rumah? Soalan yang sama dia ajukan pada Dania dengan bahasa isyarat. Dania, sekadar angkat bahu tanda tak tak tahu.
"Terima kasih Kak Nia." Ella menghampiri Dania, tangan dihulur bersalaman.
"Bila-bila masa, datanglah sini. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Ella." Senyum. Tangannya hinggap di bahu Ella.
"................." Ella hanya senyum tanpa kata. Sekadar menganggukkan kepalanya tanpa rasa ingin berkata sesuatu.
"Balik dulu kak." Laju Ella menonong ke pintu tanpa berpaling lagi ke belakang. Tiada apa yang ada di belakang sana yang perlu dia tengok lagi bila Danish sendiri lagi suka memangdang dinding berbanding wajahnya.
"Danish, betul kau tak..nak.." Ayat Rifqi terhenti di situ, wajah tegang Danish puncanya.
"Kami gerak dululah Nia, ada apa-apa aku call korang." Lain jadinya ayat yang keluar dari mulut Rifqi selepas itu. Sungguh aku tak faham dengan dua manusia di hadapan aku ni!
**********
“So,ada apa-apa nak cerita kat akak ke?” Dania duduk di sebelah Danish, selamba.
“Takdak!” Surat khabar atas meja di capai. Di angkat tinggi, menghalang wajahnya daripada menjadi mangsa tatapan kakaknya.
“Ella? You love her huh?” Dania serkap jarang dalam sengihan.
“Kak Nia merepek apa ni?” Merengus di sebalik surat khabar. Transparent sangat ke dia sampai Dania boleh baca apa yang ada dalam hatinya?
“Ingatkan, abang suka your beloved cousin. Siapa nama dia? Tengku Qistina?” Dania masih melancarkan ‘bom-bom atomnya.’
"Abang tak ada apa-apalah dengan dia tu."
"Ella? Abang suka dia kan?"
“I’m off!” Danish bangun, surat khabar dihempas semula dia atas meja. Langkah kakinya di bawa ke bilik tamu, tempat Ella bermalam semalam.
“Nak ambik balik aura yang Ella tinggalkan ke?” Gelak.
“Just shut up, Kak Nia!” Danish rasa macam nak cabut pintu bilik tamu ini dan baling kat Dania saat itu juga. Nasiblah dia bukan Hulk!
“Macam-macam..” Gelak lagi. Tapi gelak sakannya itu terhenti sebaik telefon bimbitnya diatas meja bernyanyi lagu Stereo Heart.
“Bonda?” Dahi Dania berlapis tiga.
**********
“Ella, nak singgah mana-mana ke sebelum balik?” Wajah Ella di sebelah dipandang dari ekor mata. Masam!
“……” Gelengan sahaja sebagai jawapan.
“Tak nak pergi klinik? Ella kan tak sihat lagi?” Tak sakit ke tengkuk Ella duduk macam tu? Rifqi mengurut-ngurut tengkuk sendiri. Cara Ella duduk tegak dengan kepala yang di teleng ke cermin tingkap itu terasa menyakitkannya.
“……..” Sekali lagi Ella menggeleng. Mulutnya masih beku tanpa suara.
“Breakfast?”
“Just send me home Rifqi.” Dengan mata masih di cermin kereta, Ella menjawab.
“Owh..Okay!” Rifqi hilang kosa kata. Arahan Ella, jelas dan nyata.
**********
Ella tak menunggu masa yang lama untuk melelapkan mata sebaik dia tiba di rumah. Dengan kepala yang terasa berat macam batu, mudah sahaja dia terlelap. Tidak dihiraukan dunia sekeliling, lupa terus pada Auntie Maznah dan Sara yang mungkin akan menjadi Tarzan bila bangun nanti dan tiada apa-apa di bawah tudung saji di dapur. Lupa pada peristiwa semalam, pada adegan bisu Danish dan Qistina yang menceroboh fikiran, dia cuma mahu satu saat ini. T.I.D.U.R.!
Tapi deringan telefon yang dari tadi memekak di tepi bantal mengganggu lenanya.
“Hello.” Kasar suara Ella menjawab panggilan. Tulah, kacau lagi tidur orang.
“Assalammualaikum Ella. Bonda ni.”
“Waa..alaikumsslama.. Bonda?” Terbuka luas matanya mendengar suara orang di sebelah sana.
“Ella dah sihat? Danish cakap Ella demam. Dah makan ubat?”
“Hampir sihat bonda..” Terharu, masih ada rupanya yang ambil berat pasal dia.
“Kalau macam tu, boleh Ella keluar jumpa bonda? Bonda ada kat depan rumah Ella ni. Bonda ada benda penting nak cakap dengan Ella.”
“Hah?!”
“Keluarlah, bonda tunggu.” Klik! Talian di matikan.
***********
p/S: Maaf, Maaf, Maaf, Maaf!
10 comments:
waah~~ first lady c0ment here!!!
hehe... suke3...
lama xdengaq cite danish n ella...
really miss them...
thanks cik gadis~~
luv u s0 much~~
muah3...hehe..:)
nak lagi yg bru boleh?huhu..
-arisa-
nice...
gud job~~ ^^
vote for danish and ella..
vote for u..cik gadis..:)
best2 nak lgi...hehehe
rindunya dik citer ni...awat ni dik..suspense giler betui..adik stop kat part yg betui betui mendera minda dan perasaan kami ni..cepat sambung la dik..
apa bonda nak ek...
nak lagiii ...
bestttt !!
:)
nak lagiiii ...
bestttt !!!
:)
keep it up , cik gadissss !!
sangat mendera perasaan saya (sang Silent Reader nie)....
good job..
Betul tu.....
sangat mendera perasaan...
tunggu lamanay... tiba-tiba buat orang tertanya-tanya pulak...sedih....
Best! Posting terbaru dan baca semua bab dlm 1 hari! Hehehe... Sangat best! Keep it Up!
askm'km.. i think this story ada skit2 macam story AD+IZ karya eury athena. tak banyak skit je.haha btw, this story best juga
Post a Comment