“Kenapa?”
Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Lydia tadi sebaik dia melihat wajah muram aku ketika pintu bilikku dia buka. Sungguh, aku tiada jawapan untuk soalannya. Cuma satu keluhan yang mampu aku berikan.
“Zuyyin?” Kali ini nada suaranya agak berlainan sedikit.
“Ya.” Satu anggukan aku berikan sebagai jawapan.
“Kenapa dengan dia?” soalan Lydia menyapa lagi gegendang telingaku.
“Dia ada datang tadi. Kaki dia luka, terkena batu tajam.” Ujarku.
Masih jelas di ingatanku kerutan di dahi Zuyyin bila dia menahan kesakitan. Terasa aku juga turut terlempias sakit yang sama.
“Oh, rasanya saya baru berpapasan dengan dia di kanuter pendaftaran tadi. Jalannya agak terjengket sedikit.” Lydia yang menghampiri meja kerja aku, sekadar aku pandang tanpa rasa.
“Yup, dialah tu.” Memang cara jalan Zuyyin agak tak stabil kerana luka dan balutan di kakinya.
“So, whats the problem? I’m not came here to just saw you sour face.” Senyum. Namun kali ini senyuman Lydia yang manis tidak mampu meredahkan beban di hatiku.
“Zuyyin tolak offer untuk kerja dengan saya.”
Ternganga mulut Lydia bila mendengar kata-kataku. Memangnya ada yang salah ke dengan kata-kata aku sampai muka Lydia berubah riak begitu?
“Apa yang awak fikirkan bila awak offer dia kerja dengan awak?” Soal Lydia dengan matanya tajam merenung aku. Sesuatu yang Lydia yang tak pernah lakukan pada aku.
“Nothing. Saya cuma nak dia jalani hidup yang gembira.” Balasku dengan yakin. Lagipun, memang itu yang aku inginkan. Aku ingin Zuyyin hidup bahagia.
“Lie. Awak sebenarnya nak dia dekat dengan awak, nak buat dia jauh dari Akif.” suara Lydia keras kedengaran di telingaku.
“Lydia! Saya tak pernah fikirkan benda-benda macam tu.” Suaraku juga aku keraskan, biar Lydia sedar kalau dia sudah salah menghakimi aku.
“Mulut awak mungkin boleh mencipta pelbagai alasan, tapi hati awak tak. Semakin awak ikut kata hati awak, semakin dalam luka di hati awak.” Kata-kata Lydia menusuk hingga ke jantung hatiku. Pedih menikam, bila sebahagian kata-katanya itu ada benarnya.
“Awak tak tahu hati saya Lydia.” Aku menggelang kepala. Tiada siapa yang faham hati aku, even Lydia sekalipun.
“Awak lupa Aiman, sayakan pernah cakap kat awak kalau saya pernah berada di posisi awak. Mencintai dalam diam seseorang yang pada hakikatnya tidak pernah sedar akan kehadiran kita.” Kali ini nada suara Lydia kembali seperti asalnya. Lembut.
“Awak dan saya berbeza. Awak tak mungkin faham keadaan saya. Awak tak tahu apa rasanya menjadi hero kedua!” Masih cuba menafikan. Siapa pun tak akan faham hati aku!
“Try me.” Mata Lydia tepat menikam anak mataku. Terkedu aku tanpa bicara di situ. Akhirnya, aku cuma tersandar lemah di situ, tanpa ada perkataan yang mampu aku luahkan.
“Cuma satu saya nak ingatkan awak. Walau apa pun yang ada dalam kepala awak, walau apa pun rancangan yang cuba awak jalankan untuk memiliki Zuyyin, saya harap awak fikir untuk kesekian kalinya. Fikirkan akibatnya, jangan sampai awak menyesal nanti.” Lydia yang sudah mengangkat punggung, menuju ke pintu sekadar aku pandang tanpa ingin menghantarnya seperti biasa.
“Jangan terlalu lama terpaku di pintu yang sama Aiman. Lihatlah sekeliling, mungkin ada pintu yang terbuka, sedia menerima kehadiran awak. Mencintai seseorang yang tak pernah sedar akan kehadiran awak, selalunya akan berakhir dengan pembaziran.” Tangan Lydia sudah siap memegang tombol pintu.
“Lagi satu Aiman, awak bukan hero kedua. Awak cuma belum bertemu dengan heroin awak. Belum bertemu dengan jodoh awak.” Ujar Lydia lagi dengan wajah yang tenang. Tiada senyuman di bibirnya seperti biasa, tapi raut wajahnya masih sama. Lembut dengan kata-kata yang meyakinkan.
“Lydia..” Melihat Lydia yang sudah menguak pintu, barulah aku bersuara. Baru teringat kalau aku ada buat janji, ingin lunch dengan dia hari ni.
“Kita jumpa bila emosi awak dah stabil. Saya tak rasa awak ada selera untuk lunch hari ni. Saya tak suka makan dengan orang yang hanya menatap nasi di pinggan dengan fikiran yang jauh melayang. Sedangkan saya ada di hadapan dia. Assalammualaikum.” Sesaat kemudian, batang tubuh Lydia hilang di balik pintu yang tertutup dengan sendirinya.
Sebuah keluhan aku lepaskan bila mendengar kata-kata Lydia. Sekadar duduk di situ tanpa membuat apa-apa. Duduk, mengeluh dan termenung sehingga jarum jam menginjak ke angka 2, aku masih di posisi yang sama. Memikirkan kata-kata Lydia sedalam yang mungkin. Mencari kebenaran, kepastian di setiap kata-kata yang baru keluar dari bibirnya tadi.
“Kan bagus kalau awak belum bersuami, boleh saya pinang awak dan lupakan Zuyyin.”
Raut wajahku yang suram bertukar dengan sengihan bila ayat itu keluar dari bibirku sendiri. Lydia, ini kali kedua wanita itu membuatkan kata-kata di mulutku beku dengan sendiri. Mungkin jika aku dengan Lydia, aku boleh lupakan Zuyyin dan menjalani kehidupan yang baik tanpa Zuyyin di situ.
Cuma Lydia yang faham aku sekalipun aku berusaha untuk menafikannya. Tapi, Lydia juga seperti Zuyyin, bukan di takdirkan untuk aku. Mungkin, hingga akhirnya aku harus hidup bersendiri. Itu mungkin lebih baik, daripada aku terus menerus melukakan diri sendiri.
“Cinta itu lebih banyak airmata daripada tawa gembira.”
Aku menggelengkan kepala sebleum mengangkat punggung menuju ke bilik air. Zohor sudah masuk waktunya!
**********************
“Sakit tak?”
Soal Akif bila melihat Zuyyin tengah mencuci luka di kakinya. Bau anseptik memenuhi ruang tamu dan rongga hidungnya. Busuk! Dia tak suka bau ubat itu.
“Tak. Sedap macam makan gula-gula kapas yang kaler pink campur hijau dan putih.” Merapu. Suka dia bila Akif buat muka bengang. Hahaha!
“Haha. Lucu.” Akif gelak tak ikhlas.
“Kau tak cakap pun aku tahu ianya memang lucu.” Selamba sambila tangannya terkial-kial membersihkan luka di tapak kaki.
“Tulah, kan bagus kalau ada madu. Boleh tolong kau cuci luka kau tu.” Akif sengih. Mula membangkitkan isu siang tadi.
“Kau pernah tak makan kaki size 7, perisa antiseptik?” Giliran Zuyyin menyoal selamba.
“Tak pernah, dan tak akan pernah.” Gelak. Gila ganas Zuyyin ni.
“Hah, kalau kau tak nak makan, be nice to me.” Ujar Zuyyin. Selamba dia kasi warning kat suaminya.
“Kau datang bulan ke? Memanjang je nak marah.” Akif geleng kepala tak faham.
“Cakap dengan kau ni, lagi banyak sakit hati dari suka hati.” Bengang.
Plastik ubat di atas meja di capai. Ingin beredar dari situ bila Akif dah ada aura ingin mulakan acara bertikam lidah. Nanti, hujungnya dia juga yang sakit hati. Baik dia blah sebelum itu berlaku.
“Ouch!”
Malangnya, kakinya tersilap mendarat di lantai ketika melangkah. Kakinya yang luka belum berbalut berdarah kembali bila luka itu tersentuh di lantai dengan tekanan yang kuat.
“Itulah, derhaka lagi kat suami. Kan dah kena tulah.” Sinis senyuman menyindir Akif.
“Diamlah!” Makin bengang jadinya Zuyyin.
“Hahaha.” Akif gelak suka hati melihat Zuyyin yang sudah memerah marah. Comel!
“Orang dah sakit bukannya nak tolong, taunya menyakitkan hati orang sahaja.” Zuyyin mengomel geram. Sakit di kaki terasa berdenyut-denyut.
“Sini.”
Ditolaknya tubuh Zuyyin kembali duduk di sofa. Kaki yang luka di angkat ke atas pehanya. Geli hatinya melihat Zuyyin yang menahan marah dan sakit.
“Kau nak buat apa ni?” Tangannya dah di kaki sendiri. Ingin di turunkan kakinya, tapi sebelah tangan Akif kejap memegang kakinya.
“Be nice to you hun.” Sengih.
“Jangan nak mengada. Turunkan kaki aku tu.”
Dada dah terasa lain bila Akif menyentuh kakinya. Terasa lain perasaannya bila kulit mereka bersentuhan begini. Macam ada gendang di pukul bertalu-talu di hatinya.
“Kau tu yang jangan nak mengada. Duduk diam-diam. Tadi bukan main lagi suruh orang buat baik kat dia. Ni dah buat baik dia mengada pulak.” Giliran Akif mengomel geram. Kapas yang di bubuh antiseptik sudah sedia di tangan, tinggal nak guna sahaja.
“Baik tak payah buat kalau tak ikhlas.” Mencebik geram. Benci!
“Aku rasa, bukan kaki kau sakitlah, tapi mulut kau. Banyak sangat bercakap. Kau nak aku bubuh ubat kat mulut kau?” Gertak Akif dengan senyuman yang di tahan. Rasa lawak dengan refleks Zuyyin yang pantas menekup mulutnya dengan tangan.
“Tau takut.” Sengih. Tangannya lincah mencuci luka di kaki isterinya. Di buatnya sehabis lembut, bimbang Zuyyin merasa sakit.
“Sengal!”
Saat itu juga, terus peristiwa 9 tahun lalu bermain di mindanya seperti wayang yang di mainkan oleh pita perakam. Peristiwa Akif memaksanya menelan ubat demam yang pahit. Dia tak akan lupa saat itu, saat Akif menyumbat mulutnya dengan sudu.
“Kenapa?” Soal Akif bila Zuyyin sudah diam tak bersuara.
“Nothing.”
Geleng kepala. Melihat ketekunan Akif merawat kakinya membuatkan Zuyyin terkedu. Akif yang ada di hadapannya ini sangat berbeza dengan Akif yang dia kenal bertahun-tahun lama dulu. Sangat berbeza. Akif yang dulu, kata-katanya penuh dengan kesinisan dan penyindiran. Dia tidak ingat sebarang perbualan dia dengan Akif yang bernada baik, kerana hampir semuanya di selangi dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Beginikah sebenarnya cara Akif melayan seoarang perempuan? Tiba-tiba Zuyyin ingin tahu.
“Akif?” Suara Zuyyin merencatkan kerja Akif membalut luka di kaki Zuyyin.
“Hurm?” Mata mereka bertatapan seketika.
“Kau pernah bercinta?” Soalan itu meluncur di bibirnya tanpa dapat di tahan-tahan.
“Tak.” Geleng kepala. Mata mereka masih bertatapan. Sesuatu yang jarang berlaku di antara mereka.
“Cuma..” Akif menggantungkan kata-katanya.
“Cuma..” Zuyyin ulang balik kata-kata Akif dalam nada yang sama.
“Aku rasa, aku nak bercinta.. sekarang..” Mata Akif masih menikam anak mata Zuyyin. Redup dan penuh kasih sayang.
Zuyyin membiarkan cuma pandangan mata Akif yang sedang menyapa wajahnya. Matanya juga tidak lepas dari wajah suaminya yang penuh dengan senyuman. Hilang terus bicaranya, terkedu dengan pandangan Akif yang lain dari selalu. Tiada kesinisan, tiada penyindiran.
‘Aku juga Akif, sedang ingin bercinta… Sekarang!’
*******************
Saya juga, sedang ingin bercinta! Hahaha =)
4 comments:
lalalalalalala.... ni yang sy suka nih!! sy pn nak brcinta jugak laa.....
hehehehe...tersgt la comel....
next n3 update cpt ea...
yeay!berterus-terang kn bgus akif...heheh
saya pun sedang ingin bercinta..tp adakah kita akan dicintai??
Post a Comment