Jam di tangan di kerling, alahai dah hampir ke pukul
tiga petang. Dia tak Zuhur lagi ni.
“Ann,
lama lagi ke? Dah dua jam kita kat sini.” Ash dah mula bosan. Dah naik kematu
punggungnya duduk buang masa di butik ini.
Menyesal!
Menyesal! Menyesal! Menyesal!
Kalau
boleh ulang waktu, dia rela je Ann merajuk tujuh hari tujuh malam dengan dia
sebab lupa pasal birthday Ann. Alahai, nak tercabut dah kepala lutut dia
mengekor Ann dari hulu ke hilir. Dari tadi asyik keluar masuk butik, tapi satu
pun belum ada yang Ann berkenan. Gila picky!
“Kejaplah,
Ann nak try baju ni kejap.” Ann masih sibuk mengacu baju ke tubuh tanpa
mempedulikan wajah Ash yang menegang.
“Nak
try berapa kali lagi Ann? Abang tak zuhur lagi ni.” Suara Ash dah naik seoktaf.
Dari tadi, dia perasan Ann asyik cuba dan acu baju yang sama. Pattern yang sama,
cuma warna sahaja yang berbeza.
“Kejaplah..”
Ann merengus geram.
Dress labuh hingga ke buku lali yang dia cuba tadi di kembalikan
semula ke tempat asal. Design dah lawa, tapi Ann tak berkenan dengan warnanya.
Ash
yang melihat tingkah Ann yang bersahaja merengus geram. Ann Delisha!
“Nah,
ambik ni.” Kad kredit di tangan di hulur pada Ann. Kalau tunggu budak ni pilih
dan bayar baju, sampai ke asarlah dia di sini nanti.
“Abang
Ash nak gi mana?” Kad kredit bertukar tangan. Wajah Ash yang keruh, Ann renung
lama. Ah, abang Ash sangat kacak sekalipun muka dia masam macam limau kecut!!
“Nak
solat!” Ash bangun, ingin berlalu mencari surau.
“Okey.”
Ann senyum, mengangkat tangan kanan dan melambai pada Ash yang sudah ingin
berlalu. Baru beberapa langkah, Ash berhenti. Berpaling dia menghadap Ann yang
masih berdiri di posisi yang sama.
“Ann
tak solat?” Sempat Ash bertanya.
“Err..
Cuti?” Ann sengih. Hujung jarinya bermain dengan rambut.
Ash
sengih sinis mendengar jawapan Ann sebelum berlalu tanpa berkata apa.
Yeah,
cuti. Dalam sebulan, berapa kali kau datang bulan Ann? Ash menggelengkan
kepala, kesal dengan sikap Ann yang sambil lewa dalam menunaikan perintah
ALLAH.
***************
Ash mengemaskan ikatan tali kasutnya. Tergesa-gesa
dia bila getaran Sansung 2 di poket seluarnya semakin kerap. Ann nak hantar
SMS sampai berapa ratus ni?!
Telefon di tarik dari
poket seluar bila sekali lagi poket seluarnya terasa bergetar. Getaran yang
panjang menandakan kalau ada panggilan masuk. Terkial-kial Ash memakai kasut
sambil berlari-lari anak keluar dari ruang solat lelaki. Dan ketika itulah, dia
berlanggar dengan seseorang.
“Ouch!!” Ash jatuh, Samsung 2 Ash juga jatuh. Malah, gadis bertudung bawal biru yang Ash langgar itu pun
turut jatuh. Habis barangnya terkeluar dari beg dan bertabur di lantai.
“Ah, sorry. Saya tak
nampak awak tadi.” Ash cepat-cepat ingin memegang lengan gadis itu, cuba untuk
membantunya berdiri.
“Takpe, saya okey.”
Gadis itu pantas berundur ke belakang, cuba mengelak dari di sentuh Ash. Dia senyum
segaris, lima jarinya ke hadapan tanda dia menolak pertolongan Ash.
Ash yang faham maksud
gadis itu mengangguk. Dia menundukkan sedikit kepalanya, tanda minta maaf.
“Maaf, saya nak rushing
tadi.” Ash mengulang permohonan maafnya sekali lagi. Gadis yang dilanggarnya
tadi sedang sibuk mengumpul barang-barangnya yang bertabur di atas lantai.
“Takpe, saya pun salah.
Menonong jalan, tak tengok kiri-kanan.” Si gadis bangun, berdiri di hadapan Ash
dengan senyuman nipis.
“O..o.. okey.”
Tiba-tiba Ash jadi kelu. Terpana dia seketika. Jantungnya berdegup laju,
iramanya tidak seperti selalu. Ah…
“Saya pergi dulu.
Assalammualaikum..” Gadis itu berlalu, langkahnya laju seolah dia baru dikejar
hantu. Mungkin ekspersi wajah Ash tadi yang buat dia begitu. Terkejut mungkin
bila Ash memandangnya tanpa berkelip. Ah, seram!
“Waalaikumussalam..”
Beberapa saat kemudian, baru Ash kembali kealam nyata. Itupun sebab telefon
bimbitnya yang masih di atas lantai kembali berbunyi. Ash tunduk, mencapai telefon bimbitnya yang tertera nama Ann.
“5 minutes.” Pendek
ayat Ash sebelum talian di matikan. Samsung 2 diselit kembali ke dalam poket.
Ash berpaling, melihat kelibat
gadis yang dilanggarnya semakin menjauh. Debar di dada yang tadinya menggila
sudah beransur reda. Ash sengih, tangannya mengurut dahi sebelum sengihannya
tadi bertukar menjadi senyuman. Lebar.
“Alah, lupa tanya nama
dia!” Keluh Ash, kesal.
Gadis tanpa nama itu,
hanya dalam pertemuan yang singkat tadi telah berjaya membuatkan rentak jantung
Ash laju dari biasa. Cinta? Ah, terlalu awal berbicara tentangnya. Ash bukan
manusia yang percaya pada cinta pandang pertama. Tapi yang pasti, gadis itu
berjaya mencuit hati Ash hanya dalam beberapa saat sahaja.
“Ah, Ann!” Ash baru
ingat kalau Ann sedang menunggunya di Little Penang Cafe.
Ash berpaling, mula
melangkah ke tujuan asalnya sebelum berlanggar dengan gadis tanpa nama tadi. Ketika
melangkah, terasa sesuatu menyentuh hujung kasutnya. Benda berwarna hitam,keras
dan sebesar telapak tangannya. Buku nota?
“Safa.” Ash membaca
sebaris nama tertera yang ada di kulit buku.
“Ah, perempuan tadi.”
Ash berpaling, cuba mencari kelibat gadis bertudung bawal biru tadi.
Mungkin, pemilik nama yang
ditulis menggunakan liquid paper itu dan gadis yang dilanggarnya tadi adalah
orang yang sama. Tapi sayang, saat Ash berpaling kelibat gadis itu sudah tidak
kelihatan. Sudah menghilang di balik selekoh sana, mungkin.
“Aku simpan dulu, kalau
aku jumpa dia aku bagi balik.” Putus Ash.
Biarpun dia tahu, kemungkinan
untuk dia bertemu semula dengan Safa adalah sangat nipis. Tapi Ash yakin, suatu
hari nanti mereka pasti bertemu juga. Ash kembali melangkah, Ann sudah lama
menanti.
“Safa, Safa, Safa..”
Ash mengulang-ulang sebaris nama itu dengan senyuman manis di bibir. Hatinya berbunga-bunga.
****************
Beg sandangnya sudah di selongkar habis, tapi masih belum
jumpa benda yang dia cari. Habis barang-barangnya bertaburan di atas katil.
“Mana pulak dia
menghilang ni?” Tangannya meraup wajah. Riak wajahnya gusar.
Ah, susahlah kalau buku
notanya itu hilang. Semua perkara-perkara penting dan urusan di Tadika, dia
catat di sana. ALLAH, kenapalah dia cuai sangat ni?
“Jumpa?” Seorang wanita
separuh usia terjegul di muka pintu.
“Tak adalah Kak Hajar. Saya
dah selongkar banyak kali dah beg ni tapi tak ada.” Dia duduk di kerusi,
mengeluh perlahan sebelum kembali meraup muka.
“Tercicir kot, tapi Safa
tak perasan.” Ujar wanita yang di panggil Kak Hajar itu.
“Mungkinlah tu.”
Mengeluh lagi.
Cuai, cuai, cuai!! Tak habis
lagi Safa menyalahkan diri sendiri.
“Tak apalah, dah hilang
nak buat macam mana. Beli baru jelah nanti.” Cadang Kak Hajar.
“Hurrmm..” Safa
menggumam tanpa suara.
Nampaknya, terpaksalah
dia berjumpa dengan Puan Rokiah esok. Ada banyak maklumat tentang minit
mesyuarat perjumpaan dengan ibu-bapa pelajarnya minggu lepas yang sudah hilang
bersama buku notanya itu. Malah, senarai nama dan nombor telefon pelajar di
bawah jagaannya pun turut hilang sama. Bijak, bijak, bijak kau Safa!
“Dahlah, makan jom. Kak
Hajar dah lapar ni.” Kak Hajar berlalu, meninggalkan Safa yang masih memikirkan
misteri kehilangan buku notanya. Ah, tak kuasa nak fikir! Perut yang lapar ni
lagi perlukan perhatian.
“Okey, kejap lagi Safa
keluar.” Safa mengangguk. Barang-barang yang bertaburan di atas katil di
pandang. Satu kerja lagi nak punggah masuk balik dalam beg.
“Ke manalah kau
menghilang buku nota?” Lincah tangan Safa mengemas barangnya yang berterabur,
selincah otaknya yang ligat berfikir misteri kehilangan buku notanya.
**************
Seatbelt dilepaskan. Rambut panjangnya di sebak ke
belakang, rimas!
“Thank you, Abang Ash!”
Ann berpaling, lantas memeluk Ash.
Sungguh, dia happy
sangat hari ni. Mana dia tak happy, seharian dia keluar dengan Ash Damien cinta
hatinya yang satu ini.
“Hurmm, welcome.”
Perlahan Ash menolak tubuh Ann, menjauhkan jarak mereka.
Lelaki lain mungkin
suka bila di peluk perempuan secantik Ann, tapi bukan dia. Ann itu, hanya adiknya
pada nama sahaja. Hakikatnya, Ann itu tetap bukan muhrimnya. Ada batas
pergaulan dan aurat yang harus di jaga.
“Abang Ash tak nak
masuk dulu? Jumpa daddy, jumpa abang Dani?” tanya Ann.
Rasa terkilannya
ditolak Ash tadi, di lontar jauh-jauh. Dia faham kenapa Abang Ash layan dia
begitu. Ash Damien yang Ann kenal dari kecil itu memang menjaga batas pergaulan
antara mereka. Dia sahaja yang selalu lepas laku, hingga menimbulkan rasa tidak
senang di pihak Ash.
“Lain kali kot, dah lewat ni.” Ash menjeling jam di dashboard kereta. Hampir ke pukul
sembilan malam.
Kalau dia terima
pelawaan Ann, entah pukul berapa baru dia dapat balik rumah. Dia sudah penat,
tidak larat rasanya selepas menemankan Ann shopping seharian. Di tubir matanya,
hanya terbayang katil sahaja. Mengantuk, penat!
“Okeylah kalau macam
tu, Ann masuk dulu.” Ann membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
“Nanti, kirim salam kat daddy Ann dan Dani eh.”
Ash senyum. Ann yang sudah berada di luar kereta membalas senyumannya.
“Okey. Drive safely.”
Ann mengangkat tangan, melambai pada Ash
yang sudah menghidupkan enjin kereta.
“Okey. Dah pergi masuk.”
Ash mengangguk, membalas lambaian Ann sebelum memandu keretanya keluar dari
perkarangan banglo mewah milik keluarga Ann.
Ann melangkah masuk ke
dalam rumah. Ruang tamu kosong, mungkin Daddynya ada di bilik bacaan. Malas
mengganggu Tan Sri Ahmad Darius, Ann terus menuju ke biliknya di tingkat atas. Dia
baru ingin melangkah ke bilik air bila Sony Ericson pinknya berbunyi.
‘Dongak ke langit,
sekarang!’ Satu pesanan ringkas dari Abang Ash.
Dongak ke langit? Ada apa?
Ann menuju ke balkoni, pintu gelongsor di buka. Dia melangkah keluar sambil
mendongak ke langit. Automatik, dia tersenyum.
‘It’s your star.
Bintang Ann Delisha.’ Satu lagi pesanan ringkas dari Abang Ash.
Makin lebar senyuman
Ann membaca pesanan ringkas Abang Ash. Kepalanya didongak kembali ke langit. Pada
bintang yang ada di sebelah bulan.
*********************
2 comments:
cian ko ann.. abg ash dh jtuh cinta kt safa skrg mrana lah ko lps nie..
YA LAH SIAN ANN.
Post a Comment