[2]
“Nanti, rajin-rajin makan ubat ya. Biar cepat sembuh.”
Aiman usap kepala kanak-kanak berusia 6 tahun itu. Mata si kecil yang bundar kelihatan lesuh, mungkin kerana demam panas yang dia alami. Kasihan..
“Zara, say thanks to doctor.” Wanita muda yang datang bersama si kecil itu bersuara dan lempar senyuman kepada Aiman. Senyumannya berbalas.
“Thanks doctor.” Bibirnya yang pucat membentuk senyuman.
“Welcome.” Aiman senyum untuk Zara pulak.
“Kami pergi dulu.” Aiman mengangguk, sekadar menghantar dua beranak itu keluar dari ruangannya dengan pandangan.
“Thanks Dr. Aiman.” Si wanita muda tersenyum lagi. Memulas tombol pintu dan hilang di sebalik pintu bersama anaknya.
Aiman mencapai frame gambar di atas meja. Di usap perlahan gambar di dalamnya, gambar mereka ketika berkelah di air terjun, di kampung. Gambar dia, Akif, Hanna, Hanni dan juga Zuyyin. Melihat si kecil Zara, mengingatkan dia kepada Zuyyin, dan dia senyum sendiri. Perlahan, dia membiarkan kenangan lama menguasai suasana.
“Ayien taknak makan ubat tu, pahit.” Suara Zuyyin kedengaran lemah. Matanya terpejam rapat.
“Ayien kena makan juga, kalau tak macam mana nak sembuh?”
Aiman pujuk sepupunya yang baru berusia 10 tahun itu. Hanna dan Hanni sibuk bermain bunga api di luar, tapi Zuyyin terbaring lesuh di biliknya kerana demam panas. Malang bagi Zuyyin kerana jatuh sakit di malam aidilfitri.
“Tapi ubat tu pahit. Ayien tak suka.”
Zuyyin masih berkeras. Tekaknya sudah terasa pahit dan pada fikirannya jika dia menelan ubat pahit itu cuma akan menambahkan rasa pahit di tekaknya.
“Kalau manis, bukan ubat namanya. Mana ada ubat yang manis.” Aiman masih berusaha memujuk.
“Tak nak!” Zuyyin tekup mulutnya bila Aiman cuba mendekatinya. Bimbang Aiman akan memaksa dia menelan ubat pahit itu.
“Ayien tak jealous ke tengok Hanna dan Hanni main bunga api kat bawah tu?” Aiman main psikologi. Cuba memancing Zuyyin dengan perkataan “Bunga Api”.
“Jealouslah! Tapi..” Masih cuba berkeras. ‘Ubat itu pahit!’ perkataan itu berlegar-legar di kepalanya.
“Kalau nak ikut dorang, Ayien kena sihat. Kalau nak sihat, kena makan ubat.” Aiman sua ubat demam itu kepada Zuyyin.
“Tak apalah. Nanti tahun depan Zuyyin main dengan dorang, dengan abang sekali.”
Zuyyin geleng kepala perlahan. Sungguh! Dia rela men “delay” kan kegembiraannya bermain bunga api di tahun depan daripada menelan ubat pahit itu.
Aiman geleng kepala. Mati akal mendengar ayat Zuyyin. Menyuruh Zuyyin menelan ubat seumpama menyuruh sepupunya itu turun ke medan perang. Melihat Zuyyin yang sudah menarik selimutnya hingga ke paras dada, memejamkan matanya, dengan tangan masih di tekup di mulut, Aiman menyerah kalah. Perlahan dia keluar dari bilik Zuyyin, menyertai Akif dan atuknya di ruang tamu, menonton takbir raya.
“Ayien tak nak minum ubat ke?”
Pak Mustakim tanya bila Aiman letak kembali dulang berisi ubat dan gelas berisi air yang belum berkurang di atas meja.
“Tak nak. Dia cakap, ubat tu pahit!” Aiman mengeluh dan tersengih.
“Bila nak sembuh kalau macam tu.” Pak Mustakim ikut mengeluh dan ingin bangun. Mungkin ingin memujuk Zuyyin pula.
“Biar Akif yang buat.”
Akif lebih dulu capai dulang di atas meja. Dengan method yang di guna pakai oleh abangnya dan atuk, ubat itu pasti takkan berjaya melepasi kerongkong Zuyyin. Akif yang benar. Zuyyin, sangat kebal dengan senjata yang namanya PUJUKAN!
“Jangan risau, Akif takkan paksa dia.” Akif bersuara bila melihat dua orang lelaki di hadapannya itu tergamam seketika. Seolah dia faham apa yang bermain di kepala mereka.
Akif bangun, menatang dulang di atas meja namun sebelum dia bergerak ke bilik Zuyyin, dia terlebih dahulu menuju ke dapur, mengambil sesuatu.Aiman dan Pak Mustakim berpandangan seketika sebelum bangun menyoroti langkah Akif yang sudah menuju ke bilik Zuyyin.
“Zuyyin, bangun!” Akif tolak perlahan bahu Zuyyin yang sedang lena.
“Ayien tak nak makan ubat tu!” Zuyyin merengek dengan mata terpejam. Badannya terasa sangat penat, dan kepalanya terasa berat. Hendak membuka mata pun dia rasa tidak larat.
“Tak payah nak merengek macam budak kecil. Bangun cepat!” Akif tarik tangan Zuyyin, memaksa sepupunya itu bangun.
“Ayi.. A.. ku tak nak makan ubat tu.” Zuyyin menukar kata ganti namanya bila melihat bukan Aiman yang tercongak di depannya.
“Banyak bunyi betullah kau ni.”
Akif mendengus geram. Pantas di capainya sudu di dalam dulang, dan di sumbat di mulut Zuyyin yang terbuka, mungkin ingin melawan balik kata-kata Akif.
“Pa..hi..t..!”
Suara Zuyyin tersekat-sekat di sebalik sudu yang tersumbat di mulutnya. Perlahan cecair pekat dari sudu itu selamat mengalir di kerongkongnya bila dia tidak boleh memuntahkan kembali kerana mulutnya terhalang oleh sudu. Aiman dan Pak Mustakim ternganga di muka pintu melihat adegan di depan mata.
“Minum ni.”
Akif sua gelas berisi air bila sudu di mulut Zuyyin sudah dia keluarkan. Cemberut sahaja muka Zuyyin bila dia selamba menyua air kepada Zuyyin.
“Good girl”
Akif bangun sambik senyum sinis kepada Zuyyin yang sudah kembali baring menghadap ke dinding. Mungkin bengang bila Akif memaksanya menelan ubat itu biarpun sebenarnya ubat itu sudah di hancurkan dan di tambah sedikit air. Sekali pun begitu, masih terasa pahitnya tapi Zuyyin akui lebih senang menelan ubat demam itu dengan cara begitu.
“Selesai!”
Akif letak dulang di tangan Aiman dan senyum kepada atuknya yang berdiri di muka pintu. Akif menuju ke ruang tamu, kembali menonton TV.
“Aiman, nanti dah jadi doktor, jangan tiru cara Akif layan pesakit..”
Atuk geleng kepala sebelum berjalan ke ruang tamu menyertai Akif. Aiman sekadar tersengih di muka pintu.
“Aiman tak akan layan Ayien macam tu Tuk.” Aiman senyum sambil letak kembali frame gambar itu di atas meja.
‘Sebab Aiman sayang dia..’ Kata-kata itu cuma bergema di lubuk hatinya yang paling dalam.
Aiman kerling jam di dinding, lunch hour. Perlahan dia capai handphone di atas meja, menghubungi seseorang.
“Assalammualaikum atuk..”
****************
Nokia N8 di atas meja yang tiba-tiba menyanyi lagu “Hard times came easy” mengejutkan Akif yang sedang ralit dengan kerjanya meskipun jam sudah mencapai angka pukul 8 malam. Pantas di capai handphonenya bila perkataan “Kampung” di skrin telefonnya terpampang.
“Assalammualaikum Atuk..” Akif bagi salam dulu.
“Waalakumussalam Akif. Pak Karim ni.” Salah seorang pekerja atuknya di ladang ternakan lembu menjawab salamnya.
“Pak Karim?! Atuk saya sihat-sihat saja kan?!” Akif terasa jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Atuk bukan jenis orang yang menerima tetamu sehingga lewat malam begini.
“Tuan tak sihat Kif. Dia pengsan petang tadi, kat kebun.”
“Ya ALLAH! Pak Karim ada call ayah saya tak?”
“Dah. Tapi telefon rumah kamu tak berangkat, telefon Aiman pula di luar kawasan, sebab tu Pak Karim telefon kamu.” Lemah kedengaran suara Pak Karim di hujung talian.
“Okey! Terima kasih Pak Karim. Nanti saya call ayah saya. Atuk macam mana sekarang?” Akif bersuara risau.
“Dia dah sedar, tapi masih lemah. Kami nak bawa dia pergi hospital, tapi dia taknak. Kalau boleh, Akif sekeluarga baliklah ke kampung dengan segera ya? Pak Karim risau tengok keadaan Tuan..”
“Tak apalah Pak Karim, nanti saya cuba usahakan untuk balik kampung esok. Ermm. Pak Karim ada call Zuyyin?” Tiba-tiba ingatannya melayang teringatkan Zuyyin.
“Atuk kamu tak bagi. Dia kata, Ayien masih ada satu lagi kertas esok. Takut nanti fikiran Ayien terganggu.” Kali ini ada keluhan di hujung ayat pekerja datuknya itu. Mungkin bimbang sesuatu berlaku kepada majikannya dan Zuyyin tiada di sisi.
“Tak apalah, nanti saya yang telefon Zuyyin. Tolong tengok-tengokkan atuk ya Pak Karim. Assalammualaikum” Akif menekan butang merah bila suara Pak Karim kedengaran menjawab salamnya.
“Atuk..”
Akif menggenggam handphonenya kuat. Ayah mesti di beritahu dengan segera. Laju tangannya mendail nombor telefon bimbit ayahnya, tidak bersambut, begitu juga dengan telefon rumah. Sudahnya, dia menghantar sahaja pesanan ringkas sebelum laju mengemas mejanya. Dia ingin pulang ke kampung esok. Tapi sebelum itu, dia harus mengambil Zuyyin di asrama dulu. Bila teringatkan Zuyyin, gerakan tangannya yang lincah tadi terhenti.
‘Mungkinkah Zuyyin bakal berhadapan dengan kehilangan sekali lagi?’ Akif terpampam sebelum perlahan duduk semula di kerusinya.
***************
Zuyyin berdiri di kaunter makanan kantin sekolah dengan dahi berkerut, sesekali dia menoleh ke arah lelaki yang sedang beramah mesra dengan kawan-kawannya di meja hujung, penjuru kantin. Zuyyin menimbang, mencuba mencari sebab dan alasan yang munasabah kenapa lelaki itu boleh berada di sini.
“Ini rahsia kita antara kita okey!” Lelaki itu senyum mesra, khas untuk kawan baik sepupunya itu.
“Set! Abang jangan risau, rahsia abang selamat dengan kami.”
Nadia dan Milia buat gaya zip mulut sebelum ketawa dengan telatah sendiri. Zuyyin yang baru sampai di situ dengan membawa dua mangkuk ais batu campur (ABC) angkat kening kehairanan.
“Yien, jumpa kau kat bilik nanti. Abang, tahniah tau!”
Nadia dan Milia bangun serentak dari kerusi, melambai ke arah lelaki itu dan lempar senyuman nakal untuk Zuyyin, lagi menambahkan kehairanan di hati Zuyyin.
‘Tahniah?! Untuk apa?!’ Zuyyin abaikan cuma.
“Ayien sihat?” Senyuman manis di bibirnya tidak pernah lekang.
“Sihat. Abang?!” Aiman mengangguk, menjawab pertanyaan Zuyyin.
“Semua orang sihatkan? Atuk tak apa-apa kan?” Zuyyin soal Aiman lagi.
“Rasanya.. Atuk pun sihat.” Aiman tersengih.
“Rasanya?!” Zuyyin kerut kening.
“Abang dari rumah ayah. Bukan dari rumah atuk.” Aiman jelaskan kedudukan sebenar.
‘Dari rumah Pak Long?! Maknanya abang Aiman dari KL?’ Takkan datang sini semata nak jumpa dia?
“Abang datang..” Zuyyin teragak-agak untuk menyudahkan ayatnya.
“Untuk jumpa Ayien.” Aiman tertawa bila melihat kerutan di dahi sepupunya.
“Owh!” Sengih! Tak pernah-pernah Aiman datang melawatnya di asrama. Di hari-hari terakhirnya menjadi pelajar sekolah, tiba-tiba Aiman muncul di depan pagar asramanya.
“Kenapa?! Tak percaya?!” Tanya Aiman bila reaksi Zuyyin tidak seperti yang dia harapkan.
“Tak. Maksud Ayien, abang tak takut ke Mak Long dapat tahu?” soal Zuyyin.
Aiman, semua orang tahu dia sangat patuh kepada ibunya. Semua yang di katakan ibunya, sedaya upaya Aiman penuhi. Mungkin sebab itulah dia masih membujang sampai sekarang, mungkin belum ketemu wanita ideal yang memenuhi kriteria pilihan mamanya.
“Yang tahu abang jumpa Ayien cuma kita berdua dan kawan Ayien tu. Kalau tak ada yang buka mulut, Mama takkan tahu kan?” Aiman pandang mata Zuyyin yang bulat.
“A’ah.” Sengih. Abang Aiman memang takutkan Mak Long.
“Abang sebenarnya nak ke singapura esok. Ada Konvensyen Kesihatan kat sana.” Aiman terangkan tanpa di pinta sebab dan tujuannya datang bertemu Zuyyin di sekolah.
“Lama ke abang pergi?” soal Zuyyin.
“Seminggu.”
“Owh. Nanti, jangan lupa bawakan ole-ole untuk Ayien tau.” Zuyyin sengih. Dengan Aiman, dia kadang-kadang berperangai kebudak-budakan. Manja!
“Okey! Nanti bila abang dah balik, abang jumpa Ayien kat kampung okey. Abang ada benda nak bincang dengan atuk dan Ayien.” Aiman senyum, sembunyi kegembiraan yang tidak di fahami oleh Zuyyin.
“Balik cepat! Ayien tunggu..” Sekalipun dia tidak tahu benda apa yang ingin di bincangkan oleh Aiman dengan dia dan atuknya, Zuyyin ucap juga ayat itu.
“Okey. Tunggu abang tau.” Zuyyin senyum dengar kata-kata Aiman.
“Woi! Makruh senyum sendiri.”
Milia baling bantal peluk ke arah Zuyyin yang tengah leka mengemas barang-barangnya sambil tersenyum-senyum. Dia akan balik dengan bas malam ini. Peperiksaan baru berakhir pagi tadi.
“Teringat abang handsome semalamlah tu.” Nadia ikut menggiat Zuyyin.
“Tu abang sepupu aku lah.” Zuyyin menafikan biarpun tekaan mereka sebenarnya tepat.
“Kami tak cakap pun yang dia bakal tunang kau.” Milia dan Nadia gelak serentak membuatkan Zuyyin terpinga-pinga. ‘Bakal tunang?’
“Ayien, ada mamat handsome tengah tunggu kau kat luar asrama.”
Suara Zaitun, kawan sekelas mereka yang tiba-tiba terjegul di muka pintu mematikan niat Zuyyin untuk bertanya perihal ‘bakal tunang’ yang baru di sebut oleh Milia tadi.
“Siapa?!”
Zuyyin soal Zaitun yang kemudiannya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Zuyyin bangun, mencapai tudung di birai katil dan mula bergerak ke pintu. Meninggalkan dua orang kawannya yang tertanya sendiri tanpa pamitan.
‘Abang Aiman dah ke Singapore, tak mungkin dia yang datang. Eton cakap tadi, mamat handsome, takkan Atuk kot?! Lagipun mereka di rumah sudah di beritahu yang dia akan balik dengan bas malam ni, tidak perlu di jemput. Jadi, siapa mamat handsome yang datang jumpa aku ni?’
Zuyyin soal diri sendiri. Langkah kakinya semakin laju bila matanya menangkap sesusuk tubuh yang menyandar tenang di kereta. Takkanlah..
“Akif?!” Akif angkat muka bila mendengar suara Zuyyin.
“Zuyyin.” Suara Akif kedengaran bila pandangan mata mereka bertaut.
“Kenapa kau datang?!” pelik sungguh Zuyyin bila melihat Akif berdiri di depannya sekarang.
“Pergi ambil barang-barang kau. Kita pulang kampung sekarang.” Macam biasa, suara Akif tegas bila bercakap dengan Zuyyin.
“Kenapa?! Aku boleh balik sendiri. Lagipun aku dah beli tiket bas tuk malam nanti. Aku..”
“Atuk sakit!” Terpampam Zuyyin mendengar ayat Akif. Mati terus ayatnya. Terasa berdesing telinganya, kelu lidahnya.
“A.. Atu.. K.. Sa.. kit?” tergagap-gagap Zuyyin mengulang patah ayat Akif. Melihat anggukan Akif, air matanya jatuh ke pipi.
*************
Razali memicit-micit dahinya, cuba megurangkan sakit di kepala yang tiba-tiba terasa mencucuk. Terasa tajam seperti duri. Mendengar permintaan ayahnya yang sedang tersandar lemah di kepala katil membuatkannya bingung. Akhirnya dia cuma mampu mengeluh.
“Zali..”
Pak Mustakim bersuara lemah bila tiada suara kedengaran dari mulut anaknya, sebaliknya keluhan yang di luahkan berulang kali.
“Ayah, Zali tak membantah permintaan ayah. Tapi kenapa mesti Akif?! Aiman kan ada?!”
Dia setuju dengan permintaan ayahnya, tapi dia merasakan Akif bukan calon yang sesuai. Akif cuma akan menambahkan beban yang sedia ada.
“Sebab dia yang paling layak. Dia yang paling layak memegang amanah ini. Dia orang yang paling tepat Zali.”
“Tapi ayah..” masih berusaha membantah, tapi terhenti bila melihat ayahnya menggelengkan kepala.
Razali bukan ingin merendah-rendahkan kemampuan anak keduanya, tapi dengan sikap Akif yang begitu, dia bimbang dengan masa hadapan mereka. Baginya, Aiman adalah calon yang paling sesuai.
“Aiman ada telefon ayah beberapa hari yang lepas. Dia menyatakan hasratnya kepada ayah. Memang ayah akui, berbanding Akif, Aiman lagi sesuai. Tapi Zali, ada sesuatu yang ada pada Akif, dan ia tiada pada Aiman.”
“Maksud ayah?” soal Razali bila dia agak keliru dengan kata-kata tersirat ayahnya.
“Perasaan ingin melindungi.” Perlahan suara Pak Mustakim menuturkan ayat itu, sekaligus membuatkan Razali mengeluh untuk kesekian kalinya.
‘Ya, ayah betul.’
Razali meraup mukanya, mengangguk mengiyakan kata-kata ayahnya sebelum bangun menuju ke pintu, memanggil Akif yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang pekerja datuknya di ruang tamu yang datang melawat.
“Kenapa ayah?” soal Akif sebaik dia berdiri di sisi ayahnya di muka pintu.
Melihat datuknya yang menepuk-nepuk tilam di birai katilnya, Akif pantas bergerak meuju ke arah datuknya tanpa menunggu jawapan kepada soalannya.
“Akif.. Atuk nak minta tolong dengan Akif tentang satu perkara.”
Pak Mustakim mula mukaddimah bila Akif sudah duduk tenang di sisinya. Wajah cucunya itu di pandang serba salah.
“Apa bendanya tuk? Kalau Akif boleh buat, Akif janji akan lakukannya sedaya upaya Akif.”
Akif capai tangan tua datuknya. Menggenggam erat. Sesekali dia perasan anak mata datuknya mengerling ayahnya yang berdiri di hujung katil.
“Jaga Zuyyin..” Pak Mustakim membalas genggaman tangan cucunya.
“InsyaALLAH atuk.” Senyum. Bukanlah benda berat jika hanya perlu menjaga Zuyyin.
“Maksud atuk.. Kahwin dengan Zuyyin.” Kali ini, Pak Mustakim terasa genggaman tangan cucunya melonggar.
“Tak!”
Akif bangun. Melepaskan terus genggamannya di tangan datuknya. Berjalan mengitari kawasan bilik itu dengan fikiran yang tiba-tiba bercelaru.
“Akif, tenang. Dengar dulu penjelasan atuk.”
Razali memujuk anaknya bertenang. Dia tahu memang sukar untuk Akif menerima semua ini secara mendadak. Lagipun hubungannya dengan Zuyyin tidaklah sebaik mana hingga dia boleh bersetuju untuk berkahwin dengan Zuyyin.
“Akif…” suara Pak Mustakim semakin lemah.
Melihat Akif, hati tuanya menjadi tidak tega. Tapi bila mengenangkan Zuyyin, dia menguatkan hatinya. Cucunya itu perlu seseorang untuk menjaganya selepas ketiadaannya nanti.
“Apa pun alasan atuk dan ayah, Akif takkan kahwin dengan Zuyyin! Titik!”
Akif bersuara keras. Itu tekad Akif. Dia dengan Zuyyin? Dia lagi rela membujang sampai ke tua dari kahwin dengan sepupunya itu.
Prraannggg.!!!
Bunyi kaca jatuh terhempas ke lantai mengejutkan mereka yang ada di bilik itu, sekaligus membuatkan mereka menoleh ke muka pintu. Ke arah datangnya bunyi tersebut. Ternyata, pemandangan di muka pintu kurang menyenangkan mereka. Zuyyin berdiri di muka pintu dengan muka tergamam.
“Ka.. Kah.. win?! De..ngan Akif?!” Suara Zuyyin tersekat di kerongkong. Tidak! Dia berharap telinganya sedang pekak sekarang.
“Siapa yang nak kahwin dengan Akif?!”
Suara Aiman kedengaran di belakang Zuyyin tiba-tiba. Beg pakaian masih tersandang kemas di bahunya, tanda dia baru sampai.
Zuyyin berpaling, melanggar Aiman yang berada tepat di belakangnya. Jatuh terduduk sebelum bangun dan berlari laju menuju ke biliknya. Berdentum pintu bilik di tutupnya. Membuatkan Hanna dan Maria menjegulkan wajah di muka pintu dapur.
“Ayah.?!”
Aiman soal ayahnya perlahan sekalipun sudah dapat menghidu perkara sebenar yang sedang berlaku di rumah itu meskipun dia baru tiba kurang dari lima minit di rumah itu.
“Aiman, Akif, we need to talk! Personally.” Razali menggamit tangan Aiman masuk ke dalam bilik ayahnya bila melihat wajah isterinya dan Hanna terjegul di muka pintu. Pintu di tutup rapat.
‘Antara Aiman dan Akif, seorang bakal terluka malam ini..’ Entah untuk kali ke berapa hanya untuk malam ini sahaja, Razali mengeluh lagi.
6 comments:
nak lagi!! nak lagi!!
wahhh aiman bakal terluka... kalo aiman kawen ngn zuyyin pon, dia asyik dgr ckp mak dia je en... baik kawen ngn akif je
bile nak terbitkan buku niee dah lama menanti nie :(
bile nk terbitkan novel nie dah lama menanti nie
best100x!!!!!
Dh bcew . Not bad . Best sesangt ..
Post a Comment