Mawar
duduk bersimpuh, bila terasa sakit di bahagian kanannya terasa mencucuk, dia
menukar duduknya. Bersila dia di hadapan Taja dan Ibu Halimah.
“Ini,
pakaian Mawar yang sudah ibu basuh.” T-shirt dan seluar jeans miliknya di tolak
perlahan oleh Ibu Halimah di hadapannya.
“Ini
juga milik Mawar, ibu tanggalkan semasa ibu membalut luka Mawar.” Kali ini,
seutas jam di berikan padanya.
“Terima
kasih makcik.” Jam yang sudah retak cerminnya itu di capai. Masih berfungsi.
Oh, jadi sekarang sudah pukul 9. 17 malam.
“Senja
tadi, kita bersama Edika ke kaki bukit.” Taja yang bersandar di tiang tengah
rumah memulakan bicara.
“Edika?”
Mawar bertanya.
“Itu,
sahabat kita yang menemukan saudari Mawar malam itu.” Terang Taja.
“Oh,
namanya Edika.” Mawar mengangguk tanda faham.
“Panggil
Mawar sahaja, Taja. Tak perlu bersaudari segala. Taja ke kaki bukit? Buat apa
ke sana?”
“Kita
menemukan Mawar di sana, di kaki bukit hujung kampung.” Ujar Taja.
“Oh.
Taja ada jumpa apa-apa tak?” Tanya Mawar tak sabar.
“Tidak
ada apa-apa yang mencurigakan kami temukan di sana.”
Jawapan
Taja mengecewakan Mawar. Hampir sahaja airmatanya menitis lagi. Sekarang,
semuanya bertambah rumit. Dia tidak tahu macam mana dia boleh tercampak di
sini.
“Sudah
berapa lama Sultan Mahmud Shah naik takhta, Taja?”
Jika
sekarang ini Melaka di perintah olah Sultan Mahmud Shah, bermakna ini adalah
zaman kejatuhan Melaka. Dia perlu balik ke dunianya sebelum itu terjadi, jika
tidak mungkin dia boleh terbunuh dalam peperangan antara Melaka dan askar
Portugis.
“Kita
tidak tahu jumlah sebenar, tapi rasanya sudah hampir 23 tahun tuanku naik
takhta. Kenapa Mawar?” Taja mencongak-congak dalam kepala. Seingatnya, tuanku
sultan mula memerintah ketika dia berusia 7 tahun.
23
tahun? Maknanya, Melaka akan jatuh bila-bila masa dari sekarang! Dia kena balik
ke dunianya sebelum itu terjadi!
“Taja,
betul awak tak jumpa apa-apa kat kaki bukit tu?” Soalan Taja di balas Mawar
dengan soalan. Mustahil tiada sebarang klu untuknya. Mustahil dia datang ke
dunia Taja dengan tangan kosong.
“Tidak
ada Mawar. Kita sudah mencari seluruh kawasan kaki bukit, tidak ada sebarang
tanda yang mencurigakan.” Jawapan Taja masih sama seperti tadi.
“Kereta?
Kapal terbang ke? Tak de?”
“Tidak
ada, Mawar.” Kapal terbang? Apakah di dunia Mawar, kapalnya boleh terbang?
“Nampaknya,
saya akan stuck di sini.” Mawar mengeluh.
Apa
yang perlu dia buat? Namanya pun dia tak ingat, apatah lagi sejarah silamnya. Macam
mana dia hendak kembali ke dunianya jika dia tidak ada sebarang ingatan tentang
dirinya?
“S..
Setak? Maksud Mawar apa?” Ibu Halimah yang sekali lagi mendengar bahasa asing
Mawar bertanya.
“Oh,
stuck. Stuck itu maksudnya terperangkap.” Mawar sengih. Dia lupa, dia bukan dia
dunia modennya di mana para ibu-ibu juga mampu bertutur bahasa inggeris.
Taja
menghela nafas, dalam-dalam. Dalam diam, dia memerhatikan Mawar sejak petang
tadi. Perlakuan Mawar yang pelik itu menguatkan curiganya pada Mawar. Mawar kelihatan
kekok makan menggunakan tangan, malah Ibu juga bilang kalau Mawar langsung
tidak tahu cara mencedok air dari telaga. Mawar juga menurut ibunya tidak tahu
cara memakai kain batik dengan betul.
“Kita
ingin tahu sesuatu. Apa Mawar sudi menjawabnya?” Taja bertanya. Mawar yang
mengangguk di jelingnya sekilas.
“Tanya
apa Taja?” Mawar mengemaskan silanya.
Mawar
yakin, apa yang bakal ditanya Taja nanti pasti berkaitan tentang dirinya. Dia
melihat Taja bukan orang yang sembarangan. Mungkin, sedikit sebanyak silap dan
tingkah lakunya yang pelik sepanjang hari ini menimbulkan curiga di hati Taja.
“Andai
kita tersalah bicara, ampunkan salah kita.” Ujar Taja dengan sopan. Dia bimbang
andai soalannya kelak mengguris hati Mawar.
“Takpe,
saya faham.” Mawar mengangguk.
“Jika
benar pengamatan kita, Mawar sepertinya bukan berasal dari dunia kita.” Taja
jeda. Melihat Mawar yang tidak memberikan sebarang reaksi, Taja meneruskan
bicara.
“Apakah
dunia Kuala Lumpur itu berbeza dengan dunia sekarang ini?” Soal Taja
berhati-hati, bimbang andai soalannya mengguris hati Mawar.
“Tak
Taja, dunia kita sama.” Jawab Mawar.
“Jika
sama, apakah kemungkinannya jika kita boleh menghantar Mawar kembali ke sana?”
“Saya
tak tahu. Saya tak tahu kalau saya boleh jumpa jalan balik ke sana.” Mawar
mengeluh.
“Mengapa?
Adakah ia terlalu jauh hingga kapal pun tidak mampu ke sana?” Tanya Taja lagi.
“Jauh,
sangat jauh.” Mawar membalas pandangan mata Taja. Hanya sesaat sebelum Taja
mengalihkan pandangannya ke hadapan.
Percayakah
Taja kalau dia katakan bahawa dia datang dari masa depan? Dunia masa depan yang
hanya wujud ratusan tahun dari sekarang?
“Seberapa
jauhnya Kuala Lumpur itu dari tanah Melaka?” Pada fikiran Taja, mungkin
jaraknya yang menjadi masalah.
Tapi
jika Mawar mampu sampai ke sini, bukankah pasti ada jalan kembali ke sana?
“Bukan
jarak yang menjadi masalah.” Mawar menggelengkan kepala.
“Jika
bukan jarak, apakah yang menjadi masalahnya Mawar?” Ibu Halimah yang dari tadi
diam, mencelah.
Sejak
tadi, dia hanya mendengar perbualan di antara Mawar dan anak terunanya. Kuala
Lumpur, ini kali kedua Mawar berbicara tentang tempat itu. Kuala Lumpur yang di
sebut-sebut oleh Mawar dan Taja itu, adakah di situ tempat asal Mawar?
“Masa.
Tanah Melaka dan Kuala Lumpur terpisah oleh perbezaan masa yang sangat panjang,
Makcik.” Terang Mawar. Matanya menyapa raut tua wajah Ibu Halimah sebelum
beralih memandang Taja.
Melihat
riak wajah Taja yang tidak berubah, Mawar ragu-ragu untuk meneruskan ayatnya.
Dia tidak mahu dilihat sebagai orang kurang siuman oleh satu-satunya orang yang
mungkin boleh menyelamatkannya dan membawanya pulang ke dunia masa depannya.
“Teruskan
bicara mu Mawar, kita sedang mendengarnya.”
Ayat
Taja menandakan kalau dia sedia mendengar sebarang alasan Mawar yang mungkin
tidak mampu di terima oleh akal dan fikiran waras orang lain.
“Jika
saya kata saya datang dari dunia masa hadapan, dunia yang wujud ratusan tahun
dari sekarang, adakah Taja dan Mak cik percaya?”
Mawar
memandang wajah Taja yang jelas berubah riak. Ibu Halimah sudah menekup
mulutnya dengan tangan. Mungkin terkejut dengan pengakuan Mawar yang tidak
masuk akal.
Ah, siapa pun pasti akan mengatakan dia mereka-reka cerita jika dia
berada di tempat mereka. Kalau di dunia masa depannya, dia boleh di dakwa
melakukan penipuan.
"Dengan jaminan apakah Mawar boleh berikan pada kita bahwa Mawar berkata benar?" Tanya Taja sebaik mendengar kata-kata Mawar.
Ratusan tahun dari sekarang? Siapa pun akan mengatakan Mawar berbohong jika kata-kata Mawar itu tidak disertakan oleh fakta dan bukti. Maka kerana itulah, Taja memilih untuk mneyelidik dahulu kesahihan cerita Mawar sebelum menolak terus kebenarannya sekalipun pengakuan Mawar itu terasa seperti satu cerita yang tidak masuk akal.
Mawar terkedu. Jaminan? Ya, jaminan apa yang dia ada untuk membuktikan kalau kata-katanya tadi benar? Jam yang ada di tangannya? Seluar jeansnya yang sudah koyak di lutut? Atau kepetahannya bercakap dalam bahasa inggeris?
Mawar membetulkan duduk, berdehem sebelum membuka mulutnya.
"Demi ALLAH, Taja. Demi ALLAH, saya berkata benar." Nadanya tegas, tidak teragak.
Dia tercampak di dunia asing begini, seorang diri dalam ketakutan, tanpa sesiapa yang boleh dia bergantung harap. Jika bukan ALLAH, pada siapa lagi dia harus berserah diri?
"Dengan jaminan apakah Mawar boleh berikan pada kita bahwa Mawar berkata benar?" Tanya Taja sebaik mendengar kata-kata Mawar.
Ratusan tahun dari sekarang? Siapa pun akan mengatakan Mawar berbohong jika kata-kata Mawar itu tidak disertakan oleh fakta dan bukti. Maka kerana itulah, Taja memilih untuk mneyelidik dahulu kesahihan cerita Mawar sebelum menolak terus kebenarannya sekalipun pengakuan Mawar itu terasa seperti satu cerita yang tidak masuk akal.
Mawar terkedu. Jaminan? Ya, jaminan apa yang dia ada untuk membuktikan kalau kata-katanya tadi benar? Jam yang ada di tangannya? Seluar jeansnya yang sudah koyak di lutut? Atau kepetahannya bercakap dalam bahasa inggeris?
Mawar membetulkan duduk, berdehem sebelum membuka mulutnya.
"Demi ALLAH, Taja. Demi ALLAH, saya berkata benar." Nadanya tegas, tidak teragak.
Dia tercampak di dunia asing begini, seorang diri dalam ketakutan, tanpa sesiapa yang boleh dia bergantung harap. Jika bukan ALLAH, pada siapa lagi dia harus berserah diri?
“Subhanalllah.
Maha suci ALLAH yang mengetahui segala rahsia di langit dan bumi..”
Taja
bertasbih, memuji kebesaran ALLAH sejenak sebaik mendengar pengakuan Mawar. Cerita Ashabul Khafi yang tertidur
selama beratus tahun menerjah dalam kotak ingatannya. Apakah Mawar juga begitu? Terbuka hijabnya di antara dunia Mawar dan dunianya?
“Awak
percaya Taja? Awak percaya saya datang dari dunia masa depan?” Mawar terkedu.
Mawar
sama sekali tidak menyangka kalau Taja akan menerima pengakuannya dengan lapang
dada. Fikirnya, mungkin sahaja Taja akan mengatakan dia gila. Malahan, dia
sudah siapa sedia dengan pelbagai alasan jika Taja ingin berniat untuk
menghalaunya dari menumpang di rumah mereka.
Dalam diam, Mawar berasa kagum melihat Taja. Dia yakin, Taja mempercayainya berdasarkan jaminan yang diberikannya tadi. Jika bukan kerana keyakinan Taja kepada ALLAH S.W.T, maka pastinya Taja juga tidak mempercayainya.
Dalam diam, Mawar berasa kagum melihat Taja. Dia yakin, Taja mempercayainya berdasarkan jaminan yang diberikannya tadi. Jika bukan kerana keyakinan Taja kepada ALLAH S.W.T, maka pastinya Taja juga tidak mempercayainya.
“Tiada
apa yang mustahil jika ALLAH berkehendakkan akan sesuatu Mawar, begitu yang
tertulis dalam Al-Quran.” Taja beristighfar.
Betapa
kagumnya dia dengan kekuasaan ALLAH. Jika Mawar berkata benar, dia baru sahaja melihat
salah satu bukti kekuasaan ALLAH dengan matanya sendiri.
Bukankah
ALLAH sudah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 117: ALLAH pencipta langit
dan bumi, dan bila Dia berkendakkan sesuatu, maka Dia hanya menyatakan padanya;
“Jadilah.” Lalu, jadilah ia. Malahan, ayat itu di ulang-ulang dalam surah lain
menunjukkan betapa hebatnya kuasa ALLAH melebihi kuasa manusia yang kerdil.
“Tapi
saya tak tahu kenapa dan mengapa saya boleh berada di sini. Malah, saya tak
ingat apa-apa tentang diri saya.” Mata Mawar sudah basah.
Mengingatkan
hakikat yang satu itu membuatkan benteng ketabahan Mawar roboh. Dia boleh ingat
dengan jelas macam mana gambaran Kuala Lumpur itu, tapi kenapa dia langsung
tidak ingat siapa dirinya?
“Pasti
ada hikmahnya Mawar, bersabarlah.” Ibu Halimah cuba memujuk.
Di
raihnya perlahan tangan Mawar yang menggeletar di atas ribanya. Dugaan sebesar
ini, pastinya menakutkan bagi Mawar. Pantas sahaja, petang tadi Mawar
berkelakuan aneh. Mungkin, kerana terkejut bila menyedari dirinya terhumban ke
dunia yang asing baginya membuatkan Mawar menangis seakan anak kecil petang
tadi.
Jika
Mawar punya keluarga, pasti mereka sedang bersedih sekarang. Memikirkan akan
untung nasib anak gadis mereka yang hilang tanpa jejak, pasti membuatkan hati
orang tuanya merusuh. Hati nalurinya sebagai ibu yang punya pengalaman
kehilangan anak seakan mengerti penderitaan yang mungkin di tanggung oleh orang
tua Mawar di dunia masa depan sana.
Kasihan
orang tua mu Mawar. Kasihan Mawar..
“Apa
kita tidak bisa berbuat sesuatu Taja? Orang tua Mawar pasti khuatir memikirkan
tentang Mawar.” Ibu Halimah bersuara pada Taja yang diam.
“Taja
juga tidak tahu ibu. Permasahalan ini di luar bidang pengetahuan Taja.” Jujur
Taja mengakui.
Dia
hanya pemuda biasa yang mengajar anak muda ilmu silat di malam hari dan ke laut
di siang hari. Perkara ini, sekalipun tercapai oleh akal dan fikirannya namun
dia tidak mampu mengungkainya. Apatah lagi, tiada sebarang petanda yang boleh
di jadikan panduan.
“Ingatan
Mawar pada masa silamnya, hanya itu kunci kepada permasahalaan ini.” Taja
memandang pada Mawar sekilas.
“Tapi,
saya tak ingat apa-apa tentang diri saya.” Mawar berkata dalam serak suaranya.
“Perlahan-lahan
Mawar, pasti ada jalannya.” Taja senyum, menzahirkan tanda sokongannya pada
Mawar.
“Sementara
menunggu ingatan Mawar pulih, tinggallah di sini bersama kami. Anggap kami ini
seperti keluarga Mawar sendiri.” Ibu Halimah menepuk-nepuk tangan Mawar yang
ada dalam genggamannya.
“Tidak
menyusahkan Makcik dan Taja ke?” Bulat
mata Mawar bersinar kegembiraan.
Sekalipun
dia tercampak jauh dari zamannya, dia bersyukur dia masih bertemu dengan orang
yang baik, yang boleh percayai. Terima kasih Ya ALLAH!!
“Tidak
apa Mawar, tidak menyusahkan. Mawar boleh tinggal di sini bersama ibu, kita akan
tinggal di rumah Edika.” Taja mengiyakan.
“Terima
kasih Taja.” Mawar senyum.
Mawar
ingin bertanya sebenarnya, kenapa Taja tidak sahaja tinggal bersama mereka di
rumah ini. Tapi bila mengingatkan akan hakikat yang dia bukan berada di dunia zaman
modennya, Mawar tidak jadi bertanya. Dunia zaman ini tidak seperti zaman
modennya yang terlebih cara hidup baratnya.
Taja
mengangguk. Mawar senyum untuk pertama kalinya selepas dia melihat Mawar
menangis berkali-kali sepanjang hari. Benar seperti tekaannya, Mawar bukan
berasal dari dunianya. Mawar berasal dari dunia yang hanya wujud ratusan tahun
dari sekarang. Taja tidak tahu sejauh mana jujurnya kata-kata Mawar, tapi buat
masa ini dia ingin mempercayainya berdasarkan pengamatannya pada perlakuan dan
pertuturan Mawar yang aneh.
Mungkin,
andai diberikan masa dan ruang, ingatan Mawar yang hilang itu akan kembali dan
kata-kata Mawar akan terbukti kesahihannya. Hingga masa itu tiba-tiba, dia hanya
perlu berhati-hati pada Mawar andai kata gadis itu boleh mendatangkan ancaman dan
musibah pada keluarga dan penduduk kampungnya.
Taja
mengalihkan pandangan, pada Mawar yang sedang melakukan sesuatu pada barang
yang di berikan oleh ibunya tadi. Wajah Mawar masih pucat, dan sesekali bila
Mawar bergerak dia kelihatan dalam kesakitan. Pastinya, lukanya masih belum
sembuh.
“Hari
sudah jauh malam, beristirehatlah Mawar.”
Taja
yang melihat ibunya sudah bangkit dari silanya bersuara pada Mawar yang masih
ralit dengan kerjanya sebentar tadi. Ibunya di lihat menuju ke dapur.
Mendengarkan
kata-kata Taja, Mawar pantas bangkit. Mungkin, Taja tidak selesa berdua-duaan
dengan dia di ruang tengah rumah ini. Mawar faham, Taja sebaik mungkin ingin
menjaga batas di antara mereka.
“Err,
Taja..” Teragak-agak Mawar bersuara.
“Iya,
kenapa Mawar?” Taja yang juga sudah bangkit dari silanya bertanya.
Dia
berhajat untuk mengambil angin di luar sebentar sebelum ke rumah Edika. Malam
ini, giliran mereka melakukan rondaan di sekitar persisiran pantai.
“Bilik
tu gelap. Boleh tak awak tolong pasangkan pelita?” Mawar tersengih dalam samar
cahaya pelita di ruang tengah rumah.
Taja
mengangguk, pelita yang ada di tiang tengah rumah di capai sebelum dia
melangkah ke dalam bilik. Bilik yang dulunya di jadikan bilik solat itu
sekarang sudah menjadi bilik Mawar.
“Terima
kasih Taja.” Lebar senyuman Mawar bila melihat bilik sekangkang kera itu sudah
tidak segelap tadi.
Dia
yang menunggu di luar pintu bilik berpuas hati dengan kecerahan itu, meskipun
tidaklah secerah mana. Sekurang-kurangnya dia tidak akan tidur bergelap malam ini. Semalam itu lainlah, dia tidak sedarkan diri.
Cakaplah
dia mengada-ada pun, tapi dia tidak akan sesekali tidur dalam gelap apatah lagi
di dalam suasana yang asing baginya ini. Teringat novel Bagaikan Puteri karya
Abang RAM membuatkan bulu romanya berdiri. Macam mana kalau Nyi Burga Kelara
itu betul-betul wujud? Beragas? Atau mungkin Orang Minyak yang mengganggu
keluarga Laksamana Sunan datang mengganggunya malam nanti?
Ah,
dunia ini seperti yang dia baca dalam novel dan tonton di TV sangat
menakutkan!!
Taja
mengangguk mendengar kata-kata Mawar. Dia keluar dari bilik Mawar yang sudah di pasang pelita. Beberapa
langkah dari pintu bilik, dia terhenti. Tanpa berpaling, dia bersuara.
“Mawar,
berapa tahun bezanya antara Tanah Melaka dan Kuala Lumpur?” Tanya Taja.
“Hurm..”
Mawar mencongak-congak dalam hati.
“Kalau
betul tekaan saya, kita mungkin berada dalam penghujung kurun ke 15 iaitu pada
tahun 1511. Kuala Lumpur, saya rasa masih dalam tahun 2013. Jadi bezanya mungkin selama
502 tahun.” Mawar mengangguk-angguk, mengiyakan sendiri kata-katanya.
Yeah, itu pun kalau Kuala Lumpur masih dalam tahun 2013. Kalau dah 2014, 2015? Manalah dia tahu, diakan dah berhari-hari terperangkap di tahun 1511 ni. Siapa tahu kalau masa di dunia masa depan sana bergerak lagi laju berbanding di tahun 1511 ni? Dalam TV selalu tayang plot macam tu. Sebab itu dia teka-teka sahaja tadi.
Yeah, itu pun kalau Kuala Lumpur masih dalam tahun 2013. Kalau dah 2014, 2015? Manalah dia tahu, diakan dah berhari-hari terperangkap di tahun 1511 ni. Siapa tahu kalau masa di dunia masa depan sana bergerak lagi laju berbanding di tahun 1511 ni? Dalam TV selalu tayang plot macam tu. Sebab itu dia teka-teka sahaja tadi.
“Begitu..” Taja menggumam rendah.
502 tahun? Suatu masa yang terlalu panjang. Benarlah kata Mawar, Kuala Lumpur
itu “terlalu jauh.”
“Kenapa
Taja?” Giliran Mawar pula yang bertanya.
“Tidak
ada apa-apa Mawar, kita hanya ingin tahu. Beristirehatlah, hari sudah jauh
malam.”
Taja
meneruskan langkahnya yang terhenti tadi tanpa menunggu ucapan balas dari Mawar.
Dia menuju ke bilik ibunya, berpamitan sebelum menuju ke pintu. Beberapa saat
kemudian, Taja sudah berada di tanah.
‘Apakah
benar wujud dunia masa depan seperti yang di dakwa Mawar?’
Taja
berdiri di tengah laman, berdiri di bawah sinar rembulan yang terang. Kepalanya
mendongak ke langit, memandang pada bulan purnama yang bersinar penuh.
‘Terpisah
oleh zaman yang berbeza, tapi masih memandang langit yang sama.’
*******************
Mawar
memandang sekeliling bilik sebelum merebahkan tubuhnya di atas tikar mengkuang
yang sudah dialas dengan kain sarung. Dalam samar cahaya dari lampu pelita yang terpasang di dinding, Mawar
terkebil-kebil merenung bumbung yang diperbuat daripada daun nipah itu.
Terbit
rasa kagum dalam hatinya bila mengamati hasil kerja tangan orang zaman dulu
yang halus seni buatannya.
Macam
mana agaknya dorang anyam daun ni hingga air hujan tidak tembus masuk ke dalam
rumah? Mawar
mengeluh. Bukan itu yang perlu kau fikirkan Mawar oii!!
“Aku
mesti pulihkan ingatan aku, aku mesti balik ke tempat asal aku. Sini bukan
tempat aku.”
Mawar
bersuara perlahan. Matanya memandang sekeliling bilik untuk kesekian kalinya. Entah
sudah berapa kali dia melakukan perbuatan itu sepanjang hari ini. Tapi seperti
tadi, tiada apa yang berubah. Keadaanya tetap sama, dan Mawar hanya mampu
mengeluh untuk kesekian kalinya.
Dia
tidak tahu sama ada kes nya sama macam kes Haryani dalam Novel Bagaikan Puteri
yang pernah dia baca, hanya rohnya sahaja yang merentas masa atau mungkin dia
ke sini dengan menaiki mesin masa seperti dalam cerita orang putih, atau sahaja
dia guna pintu masa macam dalam drama korea.
Ah,
semua kemungkinan itu ada!
Mawar
menghela nafas panjang. Ada yang tidak kena pada ingatannya. Kenapa dia hanya
lupa pada namanya, dan kejadian yang berlaku sebelum dia terhumban ke sini? Kenapa
dia ada ingatan tentang buku mahupun drama yang dia tonton, tapi tidak ingat
pada namanya? Kenapa dia boleh ingat dengan jelas dari mana dia berada tapi dia
tidak ada sebarang ingatan tentang dirinya?
Ah,
adakah dia sedang mengalami amnesia retrograde?
Mungkin…
“Aku
mesti pulang!”
Itu
tekad Mawar sebelum matanya terpejam erat, menjemput lena.
*******************
Kuala Lumpur, hari ini.
Telefon
di tangannya berdering. Melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin, pantas
dia panggilan yang di tunggunya sejak petang tadi di jawab.
“Macam
mana?” Belum pun suara orang di sebelah sana kedengaran, dia sudah bertanya.
‘Kami
kehilangan jejaknya bos.’ Tergagap-gagap orang di sebelah talian menjawab.
“Apa?!
Hilang?! Bodoh!! Kerja senang macam tu pun tak boleh buat!” Meletus amarahnya
mendengar perkhabaran yang baru di dengar.
‘Sorry
bos, kami akan cari dia sampai dapat.’ Beriya-iya orang di sebelah sana
berjanji.
“Pastikan
kau jumpa, kalau tak aku akan pastikan nyawa kau bercerai dari jasad. Aku bagi
kau tempoh tiga hari, kalau kau tak jumpa perempuan tu, kau yang aku bunuh!”
Pap!
Tanpa menunggu sebarang balasan dari si pemanggil sebentar tadi, dia mematikan
talian. Bibirnya di ketap, menahan amarahnya. Menggeletar tubuhnya mendengar
berita yang di sampaikan oleh orang suruhannya tadi.
Gambar
di atas meja di capai. Gambar seorang remaja perempuan dalam lingkungan umur
belasan tahun yang sedang memegang kek hari jadi di renyuk kasar, meluahkan
ketidakpuasan hatinya yang sudah lama terpendam.
Kenapalah
liat sungguh nyawa kau perempuan? Bukan sekali aku cuba bunuh kau, tapi
berkali-kali, tapi kenapa kau tak mati-mati juga? Sekarang kau menghilangkan
diri dan membuatkan semua rancanganku hancur berantakan. Bodoh!!
“Mayesa,
di mana kau bersembunyi sekarang adik ku?”
****************
3 comments:
wahhh best.. lain dr yg lain..
Haah la..setuju...sila la smbg yea..
sambung la lagi.. hehehe suka sangat ^_^
Post a Comment