Jul 15, 2011

Isteriku, 19 tahun! [24]


Aiman mengekor sahaja Lydia dari belakang. Tangannya menyeluk poket sambil humming lagu yang tak ada lirik. Lydia ke kiri, dia ke kiri, Lydia ke kanan, dia pun ke kanan. Dia dah macam orang tak ada arah tujuan.

“Ini okey?” Set sudu stainless steel dia tunjuk pada Aiman.

“Okey, tapi macam sikit sangat. Takkan nak beli itu je?” Senduk di tangan Lydia dia capai. Hurm, not bad.

“Beli set pinggan mangkuklah, lagi senang.” Lydia bagi cadangan, dah penat dia pusing satu IKEA. Kaki pun dah lenguh.

“Dah ada dah. Birthday dia tahun lepas bagi set Vantage tu kat dia.” Langkah Lydia yang menuju ke bahagian mug di turuti.

“Eh? Tahun ni bagi Giacomo lah pula.” Sengih. Di tangannya ada dua biji mug berlainan warna dengan corak yang sama.

“The pink one, and gimme the blue one.” Membalas sengihan Lydia.

“Nak buat apa?” Pelik. Namun di masukkan juga kedua-dua mug itu ke dalama beg plastik di tangan.

“Boleh pair dengan awak.” Sengih lagi.

“Eh, itu saya beli untuk Zaralah, bukan untuk saya.” Gelak.

“Lorh, letak balik. Letak balik.” Tiba-tiba dia rasa tak berkenan dengan corak mug tadi .

“Lah, apa salahnya kalau pair dengan Zara?" Mengada-ngada!

“Haha. Betul juga, apa salahnya pair dengan Zara kan? Awak pun mesti guna mug tu juga.” Senyum nipis. Deng! Apa kena dengan kau ni Aiman?

“Tak, saya ada mug sendiri. Abang Khairul beli dulu, pair dengan Zara. Tapi Zara punya dah pecah, sebab tu saya belikan dia yang baru.” Lydia membuka kabinet-kabinet dapur yang ada di ruang model dapur.

“Awak dengan Khairul ada apa-apa ke?” 

Dengan nada yang agak dingin dia bertanya. Kerusi meja makan di tengah ruang dapur dia tarik. Duduk di situ menongkat dagu. Memerhatikan Lydia yang larit membelek perkakas dapur.

“Adalah. Diakan abang ipar saya.” Lydia berpaling, menoleh ke arah Aiman dengan kerutan di dahi.

“Kenapa?” Melihat kerutan di dahi Lydia, dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Lydia.

“Awak tu yang kenapa? Kenapa guna nada macam tu?” Agak janggal di telinganya mendengar nada suara Aiman. Seperti nada..

“Nada apa? Cemburu?” Soal Aiman dengan tangan masih menongkat dagu.

“Hurm. Awak cemburu ke?” Lydia soal sepatah-sepatah. Di letak perlahan model teko kembali di rak. Bimbang teko seramik bercorak bunga sakura itu menjadi bahan bukti ‘terkejut’nya nanti.

“Awak rasa?” Aiman bermain tarik tali. Ingin melihat sejauh mana reaksi Lydia.

“Lah, hati awak, manalah saya tahu.” Gelak. Boleh pulak tanya-tanya hati sendiri kat orang lain. Apalah Aiman ni.

“Awak tahu tak apa yang sedang saya fikir sekarang?” Sengih. 

Melihat Lydia yang sedang menyandar di kabinet dapur dan dia sedang duduk di meja makan, seolah-olah dia sedang melihat masa hadapannya bersama Lydia. Teett!

"Saya mana pandai baca fikiran awak. Saya tak beli lagi bola ajaib." Melawak.

“Saya sedang membayangkan masa hadapan saya bersama isteri saya. Saya duduk di sini, memerhatikan dia menyediakan makanan untuk saya penuh kasih sayang. Oh ya, awak ada dalam dunia khayalan ciptaan saya.” Gelak. Malu dengan imaginasi sendiri.

“Ya? Sebagai apa? Bibik?” Gelak lagi. Lawaklah Aiman ni, boleh dia buat model dapur IKEA ni set jalan cerita imaginasi dia.

“Nope, as my wife.” Lancar sahaja bibirnya buat pengakuan.

“Haha, lawak.” Dang! Ini kali kedua Aiman buat jantungnya berhenti berdegup. Gila!

“Lydia, saya..” Aiman bangun dari kerusi, menghampiri Lydia di hujung sana. Dia nekad, dia ingin berterus terang hari ini juga!

“Abang Aiman? What are you doing here?” Aiman baru ingin membuka mulutnya bila suara Hanna kedengaran menyapanya dari tepi.

Damn! Dalam banyak-banyak shopping complex, supermarket, hypermarket, central market, market segala market kat Malaysia ni, kenapa IKEA juga yang budak-budak ni pilih untuk shopping? Sama waktu dengan dia ajak Lydia datang IKEA lagi tu.

“Hai.” 

Aiman berpaling, sengih tayang gigi depan tiga orang manusia di hadapannya yang nampaknya dah pakat awal-awal pasang muka tersampuk bila nampak dia. Nampak sepesen sahaja semuanya. Tak lupa juga untuk seorang yang pasang muka tak beriak.

“Hai.” 

Hanna jawab dulu sapaan Aiman dengan mata tak lepas memandang wajah manusia yang berjantina wanita di sebelah abangnya, yang dari tadi tunduk merenung lantai IKEA. Gila cun!

“Hai juga.” 

Hanni seolah baru tersedar dari lamunan bila mendengar suara kakaknya. Dengan tangan sebelah dia mengatup mulut Hanna yang ternganga, sebelah lagi mengatup mulut sendiri. Okey, adakah dia baru sahaja berjumpa dengan artis? She’s really gorgeous!

“Hai sekali lagi.” 

Sapaan Zuyyin sama sahaja seperti dua orang sepupunya. Mengucap ‘hai’ dengan mulut ternganga. Tidak terasanya sakit di siku Akif, terpesona dengan keindahan ciptaan ALLAH di depan mata. Sepertinya, dia pernah jumpa di mana-mana wajah ini. Model kot. Wajah cantik macam ni, memang layak jadi model.

“Assalammualaikum kak.” Senyum. 

Akif nampaknya lagi sopan berbanding budak bertiga itu yang tak segan silu pasang muka tak siap begitu, biarpun sebenarnya dia ada sejuta soalan yang ingin dia tanya kepada abangnya. Okey, yang sejuta itu dia tipu.

“Waalaikumussalam, dan hai.” Senyum.

“Ha! Julia Roberts smile!” Zuyyin tiba-tiba petik jari, mengejutkan mereka yang ada di situ. Terundur wanita di sebelah Aiman itu setapak ke belakang. Nasib baik tak melatah.

Dari tadi Zuyyin cuba mengingat di mana dia pernah jumpa wanita cantik itu. Bila dia tersenyum tadi, terus Zuyyin teringat Julia Roberts Malaysia yang pernah menjadi topic perbualannya dengan Akif dulu. Wow! Ternyata dia ada hubungan istimewa dengan abang Aiman, patutlah dulu dia pernah nampak wanita ini di klinik Aiman.

“Kakak ni awek abang Aiman ke?” Hanna mula tunjuk perangai busy bodynya.

“Eh, bukan.” Siap dengan tangan yang di gawang-gawangkan ke kiri ke kanan Lydia menafikan.

“So, kalau bukan awek apa?” Giliran Hanni pulak menyoal.

“Calon isteri!” Bukan suara milik Lydia yang menjawab.

“Calon isteri?!” Lima pasang mata tertumpu pada Aiman kini.

“Tahniah.” Akif hulur tangan bersalaman.

“Tahniah juga.” Dengan muka tak percaya Hanna menuturkannya.

“Erkk, tahniah.” Hanni juga teragak-agak.

“Selamat pengantin baru! Yuhoo!” Okey, ucapan Zuyyin lain dari yang lain.

**********

“Aku sukalah tengok Kak Lydia tu, cantik.” 

Zuyyin tongkat tangan atas meja dengan kedua belah tangan. Kusyuk dia memerhatikan Aiman dan Lydia yang sedang keluar dari restoran, mereka baru sahaja makan tengah hari bersama-sama. Oh, meatball kat sini sangat sedap!

“Aku pun suka.” Akif ikut gaya Zuyyin, kedua belah tangan menampung kepala.

“Suka apa?” Takkan dengan girlfriend abang sendiri pun nak try juga kot? Cakap depan isteri lagi tu. Tak cukup agaknya si Lipstick Merah itu seorang.

“Suka tengok kau.” Sengih.

“Eww..” Buat gaya ulat bulu kena jentik.

“Overlah kau Yen. Tadi bukan main kau peluk aku.” Cebik bibir sebelum tergelak bila muka Zuyyin sudah berubah merah. Wah, sejak bila Zuyyin pandai malu-malu ni?

“Tadi tu tak sengajalah. Acting je.” 

Tangan mengipas wajah yang terasa hangat. Kepala di teleng ke tepi, ke arah meja sekumpulan remaja lelaki. Mana Hanna dan Hanni ni, takkan nak bertapa dalam toilet tu kot?

“Macam reallah Yen, macam kau memang tengah jealous giler.” Senyum, angkat-angkat kening. Suka dia tengok bila Zuyyin dah panas punggung. Gelabahlah tu.

“Kau ni kan, pergilah bayar bil tu cepat.” Geram. 

Matanya dijegilkan mata bila Akif semakin galak angkat kening. Dia fikir dia Ziana Zain ke hapa? Akif ni, sejak bila buang tabiat sarkastiknya tu? Ni, tabiat suka menyakat ni dia kutip dari mana pulak?

“Haha. Aku tau kau memang jealous.” Sengih. Mengangkat punggung menuju ke kaunter. Tapi sempat lagi dia kenyit mata pada isterinya.

“Bikin menyampahlah mamat ni.” Aish! 

Kepala di teleng kembali ke meja tepi. Saat itulah matanya bertemu pandang dengan salah daripada kumpulan remaja lelaki tadi. Oh, jambunya. Senyum sebelum membawa matanya kembali ke hadapan.

“Bai, abang dia dah takde tu. Kalau kau nak usha dia, pergi sekarang.” Sayup-sayup dia dengar suara dari meja tepi tadi. Oh, cakap pasal dia ye? Zuyyin pasang telinga.

“Segan doh.” Dari ekor mata dia mengintai pemilik suara itu. Er, mamat jambu tadilah.

“Alah, kau tulis je nombor telefon atas kertas pastu pass kat dia.”  Nak tergelak dia mendengar kata-kata budak remaja tepi meja tu. Eww, old scholl!

“Gila tak gentleman.” Berdekah-dekah ketawa remaja-remaja lelaki itu. Mungkin  sedar kalau cara itu agak ketinggalan zaman. Zuyyin sendiri tak berkenan.

“Pergilah tegur, kang abang dia datang menganga kau jawabnya.” Satu suara lagi kedengara di ikuti bunyi kerusi di seret ke belakang. 

Zuyyin buat muka tak siap, buat bodoh bila lelaki tadi yang dia bagi senyuman ikhlas berdiri di tepi mejanya.

“Bai, gud luck!” 

Riuh rakan-rakan si mamat jambu bagi semangat kat teman dorang yang dah macam budak baru belajar bercakap. Dari tadi buka mulut, tapi haram tak ada suara yang keluar. Angin je keluar masuk menerobos kerongkongnya.

“Err..” Tergagap depan Zuyyin yang pasang muka tak ada riak. Tapi, even tak senyum pun dia masih nampak Zuyyin itu comel. Pergh, mata dia bulat siot.

“Hai, boleh berkenalan?” Sengih. Buat muka bajet comel.

“Eh?” Punyalah lama mamat ni melopong, ternganga berdiri macam tugu negara depan dia, alih-alih tu je yang mampu dia cakap?  Apada, cheesy punya pick up line! Haha.

“Tak boleh kot.” Zuyyin senyum comel. Saja nak dera hati mamat jambu depan dia. Ni mesti kes terlebih guna foundation ni. Gelak dalam hati.

“Oh.” Terkedu. Mungkin tak sangka kena reject on the spot. Ceh, kecewa sebelum bercintalah jawabnya. Ugh, rasa macam nak pindah Niagara sekarang juga. Malu beb.

“Woi Jambu, kau buat apa kat sini?” Dari jauh lagi suara lantang Hanni kedengaran kuat menyergah.. Er, mungkin budak jambu depan dia.

“Hanni? Kau pulak buat apa kat sini?” Kerut dahi. Dei, kau potong stim lah Hanni. Orang baru nak cucuk jarum.

“Han, kau kenal dia ke?” Soal Zuyyin pantas Hanni yang dah berdiri di sisinya. Hanna pasang je muka tak tahu apa-apa. Lorh, takkan member Hanni kot?

“Budak Matrik aku kot. Well, KL ni..” Hanni baru ingin menghabiskan ayat bila si mamat Jambu menyampuk.

“Hai, my name is Shahezi. KL ni, kawe legend.” Buat gaya Tumulak. Nak termuntah gadis bertiga itu mendengar kata-kata si mamat jambu yang rupanya bernama Shahezi.

“Setakat KL, kawe tak pandang bai. Malaysia ni, kawe legend.”  Ujar Akif, tiba-tiba muncul di antara mereka. Tangan di hulur kepada Shahezi yang terkejut dengan kehadiran Akif.

“Err, bro.” Huluran tangan Akif dia sambut. Bila Akif hulur tangan kepada rakan-rakannya yang lain, dia cuma mampu kerling dengan ekor mata.

“Tengah usha line ke?” Sengih, di tahan gelaknya melihat muka pucat si ‘Tumulak’.

“Err, tak adalah bro. Just nak say hye-hye and bye-bye je.” Sengih. Damn! Abang dia garang, dan dia ada hubungan dengan Hanni si pembuli.

“Kalau nak mengurat boleh, tak ada salahnya. Tapi, gi try line budak ni.” 

Dengan sengihan penuh di bibir dia menolak Hanni di depan Shahezi. Mencebik bibir Hanni meluat, membantah tindakannya. Macam tengah jual adik sendiri pulak. Haha.

“Dia single lagi available tu. Tapi yang ni..” Tangannya melingkari bahu Zuyyin. Senyum sebelum menyambung ayatnya yang tergantung.

“She’s already taken by me.” Mengusap bahu Zuyyin dengan senyuman di bibir. Rasa bahagia semacam bila senyumannya berbalas. She’s mine!

“Sorry bro.” Angkat tangan, buat muka insaf. Damn! Memang wajib pindah Niagaralah macam ni. Kalau dia tenggiling, dah lama agaknya dia menggulungkan diri sembunyi muka.

“Itulah kau, hari-hari aku dok ngurat kau kat Matrik dulu kau ignore aku. Sekarang padan muka hang, desperate sangat nak berlove-dovey things sampai kakak ipar aku pun kau nak usha.” Gelak sakan dia seorang-seorang.

“Manalah aku tau kalau awek comel macam kakak ipar kau ni ada adik ipar macam kau, yang garang macam singa.” Cebik bibir.

“Eww. Jambu!” Geli dia tengok Shahezi cebik bibir.

“Singa!”Menjawab, mana dia nak kalah dengan Hanni.

“Jambu!”

“Singa!”

“Jambu!”

“Ni alamat rumah kami.” Hanna letak sehelai kertas di telapak tangan Shahezi yang terdiam terus dari menjawab bebelan Hanni.

“Eh?” Pelik. Tak nampak sebarang kepentingannya pada dia alamat rumah Hanni.

“Kot-kot kau nak bertandang ke rumah kami raya nanti, jumpa bakal mentua. Jangan risau, aku pun pernah remaja macam korang. Kononnya saling membenci tapi dalam hati ada taman.” Tanpa riak di muka Hanna menempelak budak berdua tu.

“Eww, siapa nak kat budak jambu macam dia.” Tarik muka empat belas.

“Kau ingat aku suka kat budak singa macam kau?” Juih bibir sedepa.

“Dan eww, aku tak ada masa layan budak jambu dan budak singa bergaduh-gaduh mesra. Balik jom bang.” Hanna tolak tubuh Akif yang sengih tengok adiknya bertikam lidah dengan Shahezi. Comel kot.

“Hanni tu?” 

Zuyyin teleng kepala ke belakang memerhatikan Hanni dan Shahezi yang masih bertikam lidah di luar restoran. Bimbang dengan keselamatan Hanni yang di tinggalkan begitu sahaja oleh suami dan adik iparnya. Lagi-lagi Hanna, dia dah jauh menonong di depan. Dorang ni tak sayang adik ke apa?

“Jangan risaulah, tak adanya orang berani kacau Hanni.” Sengih pada isterinya. Jarinya mengusap dahi Zuyyin. Refleksnya bila melihat kerutan di dahi Zuyyin.

“Eh?” Tangan Akif di dahinya di tolak.

“Orang garang macam singa, selamba macam panda, buat hal sendiri macam koala, aku bet tak ada orang selera nak cari gaduh dengan dia, kecuali mamat jambu tulah” Gelak. Hanni, di IKEA ni juga kau cari pasal dengan budak pinky tu. Aish.

“Haha. Betul juga.” Setuju dengan kata-kata Akif.

“Lupa nak cakap..” Akif kalih kepala ke tepi, sekilas sahaja.

“Apa?” Nak tambah apa-apa lagi ke pasal perangai pelik Hanni?

“You already taken by me, aku betul-betul maksudkannya.” Senyum. kakinya melangkah terus menuju ke hadapan biarpun dia sedar kalau Zuyyin terkaku di belakang.

“Okey, lagi sekali kau buat jantung aku berdegup dengan laju.” Senyum. Kau pun sama Akif, you belong with me!

“Akif, tunggu!” Berlari-lari anak dia mengejar Akif. Sebaik dia tiba di sisi Akif, dia memaut lengan Akif mesra. Erat.

“Nak buat drama apa ni?” Akif tanya dengan sengihan.

“Akif dengan Zuyyin.” Senyum.

“Versi?”

“Zuyyin dan Akif.”

“Okey, action!” Tangannya di lepaskan dari pautan Zuyyin. Perlahan, dia lingkarkan tangan itu bahu Zuyyin. Menarik isterinya rapat ke sisi.

Mungkin kita harus biasakan diri dari sekarang Akif, no more drama! Kita tak perlukaan drama untuk kelihatan mesrakan? Sebabnya kita memang sudah saling bisa memberi dan menerima. Mulai saat ini, kita hiduplah dalam realiti. Seperti saat ini.

*********
P/S: Eww, rasanya macam dah kena batuk kering, gila sakit batuk xda kahak >_<



Korang Comel Kalu Korang Like

8 comments:

Chipss29 said...

suke part last, comel!! :)

yong said...

sweet bangat.......

Anonymous said...

waaa!!!!
dalam hati ada taman... ;)
suka~~
nak lagi!!!
xsabar nak tunggu n3 di langkawi...hehe...:)

cikpah said...

next pliss!!!=D

syira destroyer said...

duhai..sweet mcm tebu :)

cactaceous opuntia said...

wuwuwu...okey..dgn akif da settle...ngn mak akif je blm kn...huu...bile gknye hubungan tu akan jernih?heee...xsyiok la kn kalau mak mentua xsuke kt kite...huu

Cik Qiqi said...

hohohoho . . giler best part nie . .

Anonymous said...

Best....sweet gila