“Aku tak nampak apa rasionalnya kita kat sini.” Naim meliarkan matanya di sekeliling kedai yang rata-rata pengunjungnya ialah wanita. Hanya dia dan Akif lelaki di situ. Sadis.
“Kau diam boleh tak? Aku tengah serabut ni.”
Akif dah naik bosan dengan bebelan Naim. Dari dorang sampai situ, hinggalah sekarang, asyik membebel sahaja kerjanya. Macam Zuyyin. Zuyyin? Gosh! Dia hampir terlupa tujuan asalnya datang situ kerana sibuk memarahi Naim dalam hati.
“Aku lagi serabut tengok kau.” Naim geleng kepala. Apa yang susahnya sangat membuat keputusan? Naim tak faham dengan sikap Akif dua tiga menjak ini.
“Menyesal aku ajak kau datang sini.” Giliran Akif yang geleng kepala.
“Aku lagi menyesal ikut kau datang sini Kif. Kau tak nampak ke awek-awek yang dok usah kita dari tadi terus pandang lain bila tengok kau dok sibuk belek benda alah tu? Apa kejadahnya kau ajak aku masuk kedai ni. Jatuh saham aku tau!” Naim masih juga belum berhenti membebel.
“Kau nak jadi adik ipar aku tak?” Soal Akif sambil menjeling sekilas Naim yang sedang berdiri bersandar di meja kaca.
“Eh, naklah.” Penuh keyakinan Naim menjawab.
“So, please behave yourself. Kalau tak, aku suruh Hanna tukar boyfriend.” Mengugut.
“Ceit! Tak guna kau Kif, main reverse psikologi kau ye.” Naim juih bibir mendengar kata-kata Akif. Tau sangat kelemahan dia.
“Nama Hanna juga yang buat kau diam.” Gelak. Rasa lawak melihat Naim mendiamkan diri.
“Kaulah, buat taktik kotor.” Siapa yang sanggup tukar girlfriend oh? Lagi-lagi Hanna adalah perempuan pertama dia jatuh cinta.
“Haha. Aku ajak kau tuk bagi pendapat kat aku, bukan membebel kat aku.” Huh, tak lawa sungguh muka Naim yang sedang buat muka menyampah kat dia.
“Nak pendapat aku ye? Pendapat aku yang pertama ialah, pattern yang ada kat tangan kau tu tak sesuai untuk Zuyyin. Nampak matured sangat. Itu cuma sesuai untuk wanita yang dah dewasa. Isteri kau tu remaja lagi. Warna pun tak sesuai, reject!” Panjang lebar komen Naim.
“Kau tukar profesionlah Naim, jadi salesman. Sesuai!” Akif angkat thumbs up.
“Ha. Ha. Ha Funny!” Naim gelak tak ikhlas. Sepatah-sepatah gelaknya.
“Tapikan Kif, kau tau ke saiz Zuyyin? Kang kau beli terover size pulak, tak pun sempit nak pakai. Itu yang paling penting tu.”
“Tau..” Sepatah Akif jawab.
“Cecece.. Macam mana kau tau? Dah nampak dah kemajuan antara korang ni.” Hahaha! Gelak tak hengat dia. Perangai tak senonoh betul Naim ni.
“Lorh, bini aku kot. Aku taulah.” Gelak.
“Betul juga. Eh, ngomong-ngomomg, korang dah firs night ke?” Tak ada corner-corner soalan Naim. Straight terus ke maksud sebenar.
“Kau ni macam bintang, darab, pagar, tolak, tambah, darab, bahagi, noktah! ” Maki Akif. Refleksnya bila mendengar seoalan Naim.
Apa kejadahnya Naim tanya soalan tak bermoral macam tu. Malu siot dia bila beberapa orang pelanggan wanita memandang mereka pelik bila mendengar soalan Naim tadi. Adakah tanya soalan macam tu kat public macam ni? Ceitt!
“Kau maki bahasa bai?” Gelak. Tak pernah-pernah dia dengar orang memaki macam tu.
“Bahasa simbol!”
“Hahahaha!” Makin meriah gelak Naim. Akif, dah pandai bergurau kau ek sekarang?
“Ceitt! Ada juga yang kena reject jadi adik ipar aku ni.” Menyampah.
****************
“Aku keluar dengan Hanna dan Hanni nanti, bolehkan?” Ujar Zuyyin ketika dia dan Akif sedang menikmati sarapan pagi. Lebih tepat, ketika dia menemankan Akif bersarapan pagi.
“Pergi mana?” Cawan kopi di atas meja di bawa ke bibir. Tak larat dia hendak menghabiskan roti bakar yang Zuyyin buat. Hitamnya sama seperti warna kopi di cawan.
“Entah. Hanna kata nak cari hadiah untuk mama dan ayah.” Hampir 5 bulan menjadi isteri Akif, dia tidak lagi kekok memanggil Mama dan Ayah kepada Pak Long dan Mak Longnya.
“Katne?”
“Entah Hanna. Dia pun tak tahu lagi nak bagi hadiah apa.”
“Kita taknak beli ke untuk mama dan ayah?” soal Zuyyin bila Akif cuma mengangguk mendengar jawapannya tadi.
“Kita? Tumpang hadiah dorang je tak boleh ke?” Sengih.
“Mana boleh. Itu Hanna dan Hanni punya. Kau ni kedekut betullah.” Buat muka menyampah. Dengan mak ayah sendiri pun nak bekira.
“Bukan kedekutlah, tapi dah biasa macam tu. Setiap tahun kita orang beli satu je hadiah untuk mewakili kami semua.”
“Itu dulu, kau tak kahwin lagi. Sekarangkan kau dah kahwin dengan aku, so kau kena join akulah. Dulu bolehlah sebab dulu ‘aku, dulu ‘kau’, belum ada ‘kita’. Tapi sekarang dah lain.” Beria-ria Zuyyin bercakap.
“Haha. Nanti lunch hour aku join korang, kita gi beli hadiah kita sama-sama. Okey?” Gelak. Dulu ‘aku’, dulu ‘kau’, tapi sekarang ‘kita’. Macam sweet je ayat tu kan Yen?
“Okey, set! Bawa duit banyak-banyak tau.” Sengih. Matanya di kerdip-kerdipkan, buat gaya comel depan Akif. Konon-konon nak goda Akiflah tu.
“Nak bawa berapa juta?” Akif dah tergelak tengok cara Zuyyin menggoda dia. Kebudak-budakan.
“150 juta.” Terus dia teringat lagu Fynn Jamal.
“Kau fikir laki kau ni billionaire?”
“Haha. Dah, pergilah office. Lambat nanti.” Zuyyin dah berdiri, bersedia menghantar Akif ke muka pintu.
“Update status kau selalu.” Akif lap mulut, briefcase atas meja dia capai.
“Ingat aku ni facebook ke nak update status?” Juih bibir.
“Haha. Okeylah, gerak dulu.” Akif dah bersedia melangkah pergi.
“Jumpa tengah hari nanti.” Senyum melambai suaminya yang sudah menuju ke lif.
“Yeyen, aku ada sesuatu untuk kau. Ada kat atas meja kaca di living room.” Ujar Akif kuat sebelum pintu lif tertutup rapat.
“Sesuatu?” Zuyyin yang masih berdiri di muka pintu terpinga mendengar kata-kata Akif. Apa yang Akif beri kat dia? Curios!
“Meja kaca kat living room..” Kata-kata Akif melekat di kotak ingatannya. Tu di atas meja ada sebuah kotak kecil.
“For My Yeyen..” Zuyyin baca nota di yang di selit di bawah kotak. Takkanlah Akif nak bagi dia cincin pulak? So sweet.. Dah macam dalam drama korea dah.
“Yeyen, Yeyen. Ingat aku kucing ke apa?” Huh! Tapi tangannya laju membuka penutup kotak. Tidak sabar melihat butir permata di cincin yang Akif beri dia.
“Kelas Memasak Cikgu Rosma, berpengalaman dalam bidang ma..sa..kan.. Huh?” Terkedu! Mana cincinnya?
“Akif.!!”
Mujurlah jiran sebelah rumah mereka juga sudah keluar berkerja, kalau tak maunya telinga dorang pekak dengar Zuyyin menjerit.
“Damn you Akif!”
Mesej sent!
“Woi, sengih sendiri-sendiri makruh kot.” Naim tepuk bahu Akif yang sedang tersengih depan skrin kaku handphonenya.
“Assalammualaikum.” Sinis.
“Waalaikumussalam.” Sengih.
“Sebelum kau tanya apa-apa, aku nak tanya kau dulu. Apa Emilda buat kat sini? Awal-awal pagi macam ni?” Pelik. Rasanya, dia tiada temu janji dengan Emilda hari ini. Matanya jatuh pada wajah Emilda yang sedang berdiri di meja Syikin.
“Jumpa kaulah, nak apa lagi.” Naim sengih, sinis sekali.
“Oh, aku tak ada appoiment kot dengan dia hari ni.” Kerut dahi.
“Better kau clearkan otak minah tu dengan status kau, aku tengok dia tu semacam je bila dengan kau. Dalam hati dia ada taman kot?” Gelak. Dia bukan bodoh nak baca hati perempuan macam Emilda tu. Akif sahaja yang dungu mentafsir.
“Kau ni, dia ada urgent case kot.” Dalih Akif meskipun dia rasa ada betulnya kata-kata Naim.
“Ikut suka kaulah Kif. Aku pergi dululah, aku menyampah tengok muka dia. Dengan lipstick merah dia tu, yaks!” Buat gaya nak termuntah. Cepat-cepat di bangun bila langkah Emilda semakin dekat menuju ke bilik Akif.
“Haha. Dia rasa dia lawa kot pakai kaler tu.” Sengih. Sejujurnya dia pun tak berkenan dengan warna lipstick Emilda. Macam warna cat Nippon paint.
“Masalahnya, TAK!” Naim siap tekan lagi perkataan tak itu. Tuk menampakkan lagi betapa dia serius dengan kata-katanya.
“Hye Akif. Eh, Naim pun ada. I tought you’re alone. I ganggu ke?” Emilda sudah berdiri berdiri di muka pintu bilik Akif sebaik Naim selesai bersuara.
‘Tak tahu nak ketuk pintu agaknya.’ Naim telan menyampahnya jauh-jauh ke dalam perut. Dah sampai bilik dia nanti baru dia luah. Takpun, call sahaja Hanna. Pasti dia berminat dengan cerita ini.
“Eh, tak adalah. Saya memang nak keluar pun. Ada benda nak discuss dengan Akif ke?” Soal Naim ramah. Hilang muka menyampahnya.
‘Huh, gila hipokrit kau Naim.’ Akif gelak dalam hati tengok ‘keramahan’ Naim.
“A’ah, ada benda sikit nak discuss tentang projek Mega tu.” Senyum.
“Oh, okey. Nampaknya tak ada kaitan dengan saya ye? Kalau macam tu, saya keluar dululah. Selamat berdiskusi.” Sinis, menyindir. Kalau minah lipstick merah ni tak faham lagi, dia pun tak tahulah.
“Ya, silakan.” Senyum lagi, cuma kali ni agak sumbing senyumannya di tambah lagi dengan keruhan di wajahnya yang agak ketara. Terasa mungkin.
“Okey Kif, nanti aku sampaikan pesanan kau kat Zuyyin. Siap dengan love-love sekali aku sampaikan.” Naim kenyit mata pada Akif sebelum keluar dari bilik Akif dengan senyuman penuh kepuasan di bibir. Sengaja dia menyebut nama Zuyyin. Biar si Lipstick Merah itu sedar kalau Akif sudah berkahwin.
‘Pesanan?’ Tahun bila dia ada pesanan untuk Zuyyin? Dengan love-love thing segala? Abaikan. Naim sedang mengarut sekarang.
“Duduklah Emil.” Akif senyum, mempersilakan Emilda yang masih memerhatikan Naim itu duduk di hadapannya.
“Oh, thanks.” Muka keruhnya bertukar ceria.
“Nak bincang pasal apa ye?” Akif terus ke tujuan utama kedatangan Emilda seawal pagi begini.
“Oh, no big deal actually. Macam ni, kalau boleh kami nak percepatkan tarikh deal projek Mega tu.” Emilda serah sehelai kertas dari dalam beg tangan kepada Akif.
‘No big deal konon, tapi sanggup juga kau menapak seawal ini ke office aku.’ Nampaknya, kata-kata Naim ada benarnya.
“Hurm.. Nak cepatkan sebulan ye?” Akif baca sepintas kertas di tangan.
Rasanya tidak ada masalah dengan tarikh baru ini. Pekerja-pekerja mereka rasanya boleh siapkan on time, sekalipun ikut tarikh baru yang ada di kertas tersebut.
“Yup. I harap pihak you tak terbeban nak siapkan cepat-cepat.” Emilda buat muka simpati. Kononnya dia concern dengan masalah yang baru dia beri kepada syarikat Akif.
“Oh, takpe. In case, I rasa pekerja kami boleh siapkan on time sebab projek ni pun almost 90% complete. Macam yang you cakap tadi, no big deal actually.” Akif senyum.
“Sorry sangat-sangat ye Akif. I pun baru tahu tadi pagi tadi.” Buat lagi muka simpatinya biarpun dengan jelas dia dengar kalau Akif kata itu bukanlah satu masalah pada syarikat mereka.
“Its okey Emil. Apa yang you kalut sangat ni?” Ujar Akif dengan gelak-gelak kecil.
Ugh, Emilda tak pekakkan? Punyalah clear dia cakap tadi kalau tarikh baru itu tidak menjejaskan apa-apa pada kelancaran projek Mega itu. Ini mesti kes pandang muka dia sangat ni. Akif perasan sendiri.
“Haha. Bukan apa, I takut je pihak you terbeban nanti.” Sengih.
“Tak adalah, small matter je. You rileks-rileks je.”
“You dah breakfast ke? If you don’t mine, breakfast dengan I sekali. Tanda permohonan maaf I sebab dah susahkan you. Ikhlas ni.” Ujar Emilda, sudah jauh menyimpang dari maksud asal kedatangannya ke situ.
“Bukan I yang you kena belanjalah Mil, tapi pekerja buruh binaan syarikat I. I ni takat goyang kaki je, duduk selesa dalam bilik aircond. Tapi yang penat kejar date line, buruh-buruh tu. So, kalau you betul ikhlas nak minta maaf, you pergi belanja mereka.” Sengih.
Sanggupkah Emilda mengeluarkan belanja untuk hampir 50 orang buruh kasar Indonesia yang kerja kontark dengan syarikat mereka? Tapi, tengok dari gaya macam dah boleh agak..
“Err..” Tergagap-gagap Emilda mendengar kata-kata Akif.
“Haha. Joke je, jangan ambil hati ye Emil.” Gelak. Dah agak dah, Emilda cuma ingin keluar berdua dengan dia sahaja.
“Uish you ni, kenakan I ye?” Gelak, sembunyi gelabah.
“Tak adalah, I gurau je kot.” Dalam erti kata lain, nak kenakan kau. Cari bukti kata-kata Naim. Ternyata Naim memang benar, terus nak approve Naim jadi adik iparnya sekarang juga.
“Iyelah tu. So, join me?” Mencuba sekali lagi. Manalah tahu Akif bersetuju.
“I rasa..”
“Cak..!!”
Tersentak Akif bila suara Zuyyin menyapa gegendang telinganya. Siap main cak-cak lagi dengan dia. Erk, Zuyyin ada di pejabatnya? Saat ini?
“Yeyen?” Teragak-agak dia memanggil nama makhluk yang bersembunyi di sebalik dinding biliknya.
“Haha. B ni kenal je suara Yeyen ye.” Zuyyin muncul di balik dinding biliknya.
‘Okey, memang Zuyyin.’ Akif terlopong memerhati Zuyyin yang sedang menghampiri mejanya. Macam mana Zuyyin boleh ada di sini? Di pejabatnya? Saat ini?
“Buat lagi muka macam tu. Lupalah tu, kan tadi kita dah janji nak keluar sama-sama?” Zuyyin buat muka comel, berdiri di sebelah Akif yang juga sudah berdiri. Buat-buat tak nampak Emilda yang sedang duduk memandangnya pelik. Peduli hapa dia dengan minah tu?
Okey, memang kita ada janji. Tapi itukan tengah hari nanti? Ini baru pukul 9 pagi sayang! Janji apanya pukul 9 pagi, kedai pun tak buka lagi.
“Tak adalah, terkejut tengok Yeyen datang sini. Kan dulu cakap tak nak ganggu B kat tempat kerja?” Dalam terkejutnya itu, dia beri juga kerjasama yang baik kepada isterinya. Siapa yang tak nak ‘berlakon’ kalau heroinnya isteri sendiri?
“Saja, nak bagi surprised kat B. Terkejut tak, terkejut tak?” Kali ini dia buat gaya gedik pulak. Biar berbulu mata minah tu. Ingatkan kat Facebook je menggedik. Dia siap buat ‘married to Zuyyin Zainal’ lagi kat Facebook Akif. Takkan tak nampak lagi kot?
“Tak pun.” Akif pun ikut menggedik.
“Akif..”
Suara Emilda akhirnya kedengaran akhirnya. Mungkin sudah naik menyampah tengok adegan depan mata. Nak bermesra-manjaan pun nak juga depan mata dia. Tak pun memang sengaja kot nak buat tayangan free untuk dia. Meluat.
“Eh, sorry Emil. Lupa you masih ada kat sini. Meet my wife, Zuyyin.” Akif letak tangannya di pinggan Zuyyin.
“Mia Emilda Dato Zikri.” Emilda bangun sambil menyambut huluran tangan Zuyyin yang tersenyum mesra di sebelah Akif. Huh, menggelegak rasa cemburu di dadanya.
“Zuyyin, Zuyyin Zainal je. Isteri Akif” Nak juga dia mention “Dato” tu. Tangan yang di hulur tadi dia lingkarkan di lengan Akif. Nasiblah badan dia sekeding je, senang nak menempel kat Akif.
“I kawan kuliah Akif dulu.” Matanya jatuh pada wajah keanak-anakan Zuyyin. Berapa agaknya umur isteri Akif ni?
“I’m nineteen kak. Saya tahu apa yang tengah akak fikirkan.” Dengan banggannya dia menyebut angka itu. So what? Being young its not sins okey?
“Oh. Mudanya.” Komen tak ikhlas.
“Haha. Sebab tu dia agak manja sikit.” Akif cuit hidung isterinya.
“B ni, malulah cakap macam tu depan kakak ni.” Rasa macam nak tergelak tengok riak muka Emilda yang dah macam limau kecut. Haha!
“Akif, I got to go. Erm, nice to meet you Zuyyin.” Emilda tayang senyum palsu.
“Eh, tadi kata nak breakfast?” Kali ini, ikhlas Akif bertanya. Tiada maksud tersembunyi langsung.
“I baru ingat I ada kerja lagi kat office. Maybe next time.” Hilang seleranya tengok kemesraan Akif suami isteri. Rasa macam nak muntah pun ada.
“Next time tu, jangan lupa ajak saya sekali ye kak. Jangan ajak Akif je. Jangan risau, saya tak makan banyak.” Zuyyin kenyit mata. Ada makna dalam kata-katanya. Jangan nak berangan keluar dengan Akif berdua-duaan lepas ni!
“Er.. Okey, boleh juga. Erm, pergi dulu ye.” Senyum, beg di tangan di kerusi di sangkut ke bahu. Sudah tidak tahan menunggu lama-lama di situ.
“Bye Akif.” Senyum lagi sebelum laju menuju ke pintu.
“Bye Akif.” Dengan gaya gediknya Zuyyin meniru perlakuan Emilda. Tangannya di lengan Akif di lepaskan sebelum menolak tangan Akif di pinggangnya.
“Haha. Jealous?” Tergelak dia melihat muka cemberut Zuyyin.
“Ceit! Siapa nak jealous dengan perempuan yang guna asset bibir Nippon paintnya goda laki orang? Tak de masa.” Selamba dia duduk di kerusi Akif. Puas hati dapat mengenakan Emilda.
“Ni, siapa yang jadi director ni?” Akif dah tak boleh tahan dirinya dari bertanya. Mustahil Zuyyin boleh sampai di officenya on time kecuali ada orang dengan baik hatinya jadi director dan crew drama sebabak mereka tadi.
“Tu.” Zuyyin juih bibir ke pintu.
“Dah agak dah.” Geleng kepala dia melihat Naim dan Hanna tersengih di muka pintu.
“Skrip?” Matanya jatuh di wajah Zuyyin yang tersengih.
“Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Zuyyin Zainal!” Lantang suara Zuyyin.
“Bravo!” Naim datang menghampiri dengan memberi tepukan di tangan.
“Tahniah, tahniah cik. eh silap, Puan Zuyyin.” Hanna ikut sengal dengan tingkah si kekasih hati. Sepadan sangat.
“Eh, aku terlepas sesuatu ke?” Hanni berdiri di muka pintu dengan muka terpinga-pinga. Baru kembali dari tandas melepas hajat.
“Kau berak lama sangatlah Han. Aish, kau baru je terlepas tayangan perdana drama Akif, Zuyyin dan si Lipstick Merah!”
“Oh, jika si Lipstick Merah itu ialah si wanita koprat dengan beg tangan Gucci bermuka cemberut macam orang sembelit, good, aku baru jumpa di depan tadi.” Selamba.
“Hahaha!” Meriah tawa mereka di bilik Akif bila mendengar kata-kata Hanni.
P/S 2 : Nampak x Cik Gadis ada letak formspring kat tepi tu? So, lepas ni jangan segan2 kalau ada nak tanya Cik Gadis K (^_^)Y. Oh ya, siapa agaknya yang bagi soalan pertama kat formspring tu? Siap tanya FB Akif segala. Hahaha!
P/S 3 : Ada dua episod lagi sebelum anda berpisah dengan Akif & Zuyyin. Juga dengan Emilda. Hahaha. Tolonglah jangan mencik Cik Gadis ye >_<
P/S 4 : Korang terbaekk.!!
9 comments:
romantik.....
cpat smbg...
Cak!!
Zuyyin sweet!
Akif manis!
Cik Gadis sweet & manis!
cerita ni dah nk abis dah ka?? atau nk bt manuskrip? ni yg kiciwa nih...
waaa....menarik!
kak nanti cite ni dinovelkan ke?
tajuk masih sama?
alaaa..dah nk abis kerrr??de ending kerr??heeh x sbr..
cik adik nk trbit ke novel neh?? btw dulu 'aku'dulu 'kau' now 'kita'the words soooo sweet :)
Aku tertanya2, Akif beli apa sebenarnya ni? yg dia pergi dengan Naim tu.
wowwww..novel nie lain dr yg lain..seriuss..!
kalau buat buku jgn lupe kasi taw same kita!
Cincin kott ? Tp sebenarnya otak aku fikir lain . Heh heh . :P
Post a Comment