Jul 3, 2011

Isteriku, 19 tahun! [13]


Akif berdiri di anak tangga menuju ke dapur dengan kerutan di dahi. Sejak bila Zuyyin jadi kamceng dengan Wan ni? Amboi-amboi, bergelak ketawa sakan nampak.

“Abang Aiman nakal tak Wan?” Soal Zuyyin bila ketawanya sudah redah.

Lucu mendengar cerita Wan tentang Akif yang di kejar anjing gila. Patutlah Akif pelik semacam, mungkin masa dia di kejar anjing gila dulu, anjing tu sempat gigit dia. Mungkin sebab tu baran Akif tak sudah-sudah. Hahaha!

‘Huh! Abang Aiman juga dia tanya.’ Cebik bibir. 

Cemburu. Padahal, sebelum dia turun tadi, sudah banyak kisahnya yang di sumbat Wan di telinga Zuyyin. Dia sahaja yang tak tahu.

“Abang Aiman mana nakal, dia budak baik.” Akif bersuara, menjawab bagi pihak Wan sambil melangkah di anak tangga, turun menuju dapur.  Menarik terus kerusi di meja makan.

“Tangan dah okey?” Soal Akif selamba. Cawan di atas di meja di yang masih kosong di suakan kepada Zuyyin yang sedang membancuh kopi.

“Okey dah.” Sengih sambil menuang air kopi ke dalam cawan Akif. 

Lagi mau tanya ke? Takkan tak tahu tangan dia dah sihat walafiat, sedangkan dia bangun pagi tadi dengan tangannya masih dalam genggaman Akif. Bila dia ingin bangun, Akif juga tersedar dari lena. Laju dia menutup mata kembali, tanpa merapatkan tubir matanya. 

Dengan bukaan yang kecil itulah dia melihat Akif sibuk meneliti tangannya. Mengamati dengan penuh kekusyukan, seolah-olah tangannya itu lain daripada yang lain. Hampir lima minit Akif berkeadaan begitu, sampai matanya lenguh mengintai perlakuan Akif.

“Baguslah.” 

Senyum pada Zuyyin yang sudah duduk di hadapannya. Saling bertatapan sambil masing-masing sembunyi senyum di balik cawan di bibir.

“Yang kamu berdua ni berpandangan macam baru pertama kali jumpa apa hal? Buang tabiat?!” Suara Wan memecahkan kebisuan antara mereka. 

Pantas kedua-duanya meletak cawan di atas meja. Mengalihkan pandangan ke tempat lain. Cuba berlagak biasa.

“Aku nak ke site, nak tengok pekerja. Nak ikut ke?” tanya Akif. 

Sesekali matanya mencuri pandang Wan yang seakan mengawasi pergerakan mereka. Wan ni apesal?! Tetiba je.

“Takpelah, aku tinggal dengan Wan. Kau pergilah. Bolehkan Wan?!” Zuyyin bagi senyum segarit tuk Akif sebelum alihkan matanya ke arah Wan. 

“Boleh tu boleh. Tapi yang tak bolehnya Wan tak tahan kamu dua laki bini ber ‘aku’ ber ‘kau’! Rimas rasanya telinga Wan.” Suara Wan keras menegur suami isteri itu. Akif dan Zuyyin sekadar berpandangan mendengar teguran Wan.

“Kamu Zuyyin, cubalah panggil suami kamu tu panggilan elok sikit. Panggil abang ke, sayang ke, hubby ke?!”  Perkataan terakhir itu nyata mengejutkan Zuyyin.

“Cayalah Wan! Hubby, siap tau panggilan manja remaja sekarang yea.”  Zuyyin kagum campur tak percaya. Akif sengih tengok reaksi Zuyyin.

“Apa kamu fikir Wan ni kuno sangat?!” Wan bagi jellingan tajam sedas untuk Zuyyin yang gelak sakan mendengar ayatnya.

“D, B nak gi site ni.” Akif kenyit mata kat Zuyyin yang terlopong dengar Akif bahasakan dirinya B. B stand for apa ya? D pulak?

“Kamu ajar bini kamu A B C ka Akif?” Wan ikut pelik dengar ayat Akif.

“B untuk Hubby Wan, D untuk Darling. Amacam, sweet tak kita orang Wan?!”

Akif gelak tengok muka Zuyyin yang terlopong kedua kalinya dan cebikan bibir Wan yang menambahkan gelaknya cuma. Hah, tengok apa jadi bila dia menjadi romantik, ternganga terus isterinya.

“Sudah-sudahlah melopong tu.” Akif tepuk tangannya di depan Zuyyin yng masih ternganga biarpun sudah hampir seminit berlalu.

“Wan, Akif gerak dulu ya.” 

Dia bangun menuju ke ruang tamu sambil tersenyum senang melihat Zuyyin yang mencebik geram. Wan cuma mengangguk dengan mata yang tak lepas dari memerhatikan Zuyyin. Lama benar Zuyyin “terkoma” dengan kata-kata Akif.

“Wan, nak gi hantar Akif kejap ye.” 

Senyum sambil buat peace sebelum lari mengejar Akif yang sudah menuju ke tangga. Satu gulungan panjang kertas putih di kepit bawah ketiaknya.

“Kot ye pun, tengok-tengoklah langkah tu.” 

Wan geleng kepala tengok Zuyyin yang hampir tersadung di hujung karpet. Nampak sangat kebudak-budakan isteri kamu ni Akif.

“Kenapa?” 

Soal Akif sebaik Zuyyin berdiri di hadapannya yang sedang memakai sneakers. Pelik melihat Zuyyin yang termengah. Budak ni marathon kat tengah rumah ke tadi?

Zuyyin senyum, hulur tangan. Kerutan di dahi Akif dia abaikan cuma. Akif dah romantik dengan dia, bukan setakat pagi ni, malah dari semalam lagi. Jadi, rasanya tak salah jika dia ingin “manis” seperti Akif.

“Kau nak main drama apa pulak ni?” Sengih. Namun huluran tangan Zuyyin disambut juga.

“Nur Kasih versi Zuyyin dan Akif.”

Zuyyin tunduk mencium tangan Akif. Senyuman manis Akif dia balas. Senyumannya tambah melebar bila tangan Akif yang mengusap ubun-ubunnya tadi jatuh menyentuh pipinya pula. Terasa getar di dada bila Akif mengusap pipinya dengan ibu jari.

“Betul okey ni tinggal dengan Wan?” soal Akif lembut.

Suara Akif tidak pernah selembut ini. Mungkin terbawa-bawa dengan emosinya. Emosi yang lahir oleh “drama Nur Kasih” yang di mulai oleh Zuyyin tadi.

“Okey. Jangan risau. Kan Wan cakap semalam dia makan nasi je, tak makan orang.” Zuyyin senyum, cuba meyakinkan Akif. Rasanya, Wan dah ‘jinak’ kot dengan dia lepas peristiwa semalam.

“Okey then, jangan masuk dapur bila Wan tak ada. Tak pasal-pasal, terbakar nanti dapur orang tua tu.” Sengih. Sengaja menimbulkan isu itu.

“Aish! Dia ni, suka betul merencat emosi orang.” Zuyyin cebik bibir. Nak sentaplah macam ni.

“Haha. Take care.” Satu ciuman hinggap di ubun-ubun Zuyyin. Mencuit hidung Zuyyin perlahan sebelum laju kakinya melangkah ke kereta. Malu dengan tindakan sendiri agaknya.

“Bye!” Zuyyin angkat tangan, melambai suaminya yang bersedia menutup pintu kereta. Sebelah tangannya hinggap pada hidung, tempat yang sama Akif cuit tadi. Senyum.

“Bye.” Akif senyum, memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Sesaat kemudian, perlahan Toyota Rush Akif keluar dari halaman rumah menuju ke jalan besar.

“Zuyyin, tak habis lagi buat drama Nur Kasih?” Suara Wan kedengaran dari muka pintu dapur. Mematikan terus senyuman Zuyyin.

“Wan.” Sengih. 

Alahai Wan, dari bila ada kat situ mengintai dorang. Siap tahu lagi pasal “drama Nur Kasih” tu. Zuyyin rasa macam nak sorok muka bawah karpet Wan. . Malu, malu, malu, malu!

Akif senyum sendiri sepanjang perjalanan menuju ke tapak projek. Rasa bahagia semacam dengan adegan drama Zuyyin. Sesekali tangan yang di salam Zuyyin tadi di bawahnya ke bibir. 

Dia tidak kisah sekalipun tujuan Zuyyin tadi cuma ingin "berlakon" di hadapan Wan. Kerana dia tahu maksud debar di dadanya saat Zuyyin mencium tangannya tadi. Tidak pernah mana-mana perempuan di dunia ini pernah membuatkan jantungnya berdegup laju macam tadi. 100 kali ganda lajunya dari biasa. Zuyyin, Zuyyin. Kau hampir buat aku gila!

Peraturan terakhir: No skniship.

Di mansuhkan serta merta!


**************


“Aiman tu, dari kecil lagi memang macam tulah perangainya. Patuh sangat dengan mak dia tu, tak macam Akif. Akif tu, patuhnya hanya pada yang dia rasa perlu sahaja. Macam kahwin dengan kamu ni.”

Wan memandang sekilas Zuyyin yang sedang memotong kacang buncis. Entah kenapa, dari pagi tadi ringan mulutnya bercerita dengan Zuyyin, mungkin kerana kejadian semalam membawa pergi ego dan amarahnya. Lagipun tiada apa yang perlu dia marahkan dengan Zuyyin. Zuyyin itu cukup sempurna sebagai isteri Akif. Agamanya terjaga, mendengar kata sekalipun skill memasaknya agak teruk. Tapi, cuma satu kekurangannya. Zuyyin itu anak Islah!

“Akif terpaksa kahwin dengan Ayien, Wan.” Senyum pahit. Tapi, itulah hakikatnya.

“Wan kenal betul dengan semua cucu Wan. Akif  tu, dia bukan macam Aiman yang akan patuh dan menurut pada semua kata-kata orang tuanya. Akif lain. Jika dia tak nak, dia tak akan buat.” Muka keruh Zuyyin menarik perhatian Wan. Sejauh manakah hubungan suami isteri ini?

“Dia terpaksa Wan. ” Zuyyin masih juga mengutarakan ayat yang sama. Suaranya perlahan, seiring dengan hirisan buncis di tangannya. Lemah.

“Dia bukan terpaksa Zuyyin. Jika hanya sebab terpaksa, dia tak akan kahwin dengan kamu.” Ujar Wan lagi.

“Habis tu, kalau bukan terpaksa, sebab apa Wan?” Tangan yang menghiris buncis terhenti. Kepalanya di teleng ke arah Wan yang sedang menggoreng ikan untuk makan tengah hari mereka.

“Sebab kamu.” Wan senyum. Sebiji ikan bersalut tepung selamat berenang di dalam minyak panas.

“Tak mungkinlah.” Zuyyin geleng kepala. Tak percaya.

“Semuanya mungkin Zuyyin. Tidak ada yang mustahil dengan izin ALLAH.”

Ya, memang segalanya mungkin. Tapi bila ia melibatkan dia dan Akif, terlalu banyak mustahilnya. Dia dan Akif bersatu kerana permintaan arwah Atuk, permintaan Pak Long. Selebihnya, memang sudah jodohnya dengan Akif. Tapi, jika ianya melibatkan soal hati antara dia dan Akif, itu mungkin mustahil. Akif kahwin dengan dia kerana permintaan Atuk. Titik!

Dia sedar akan hakikat itu kerana dia mendengar ayat itu sendiri keluar dari mulut Akif. Dihari pertama dia melangkah masuk di apartment Akif. Hubungan ini juga dia tidak tahu ke mana hujungnya nanti, apa kesudahannya kelak. Lantaran itulah, dia tidak menyimpan harapan tinggi meskipun di dalam hati ada rasa yang sedang bercambah. 

Pahitnya kehilangan bukan sekali dia tempuhi, kerana itulah dia lebih suka membunuh rasa itu daripada membajainya. Dia tidak ingin kecewa! Tapi bila dia teringatkan kejadian pagi tadi, automatik bibirnya menguntum senyum. Alahai hati, kenapa sukar benar kau di mengerti? 

“Wan, nak tanya sikit boleh?” Zuyyin tiba-tiba teringat sesuatu. Mungkin Wan ada jawapannya. Dia meninggalkan kerja di atas meja. Langkahnya menuju ke arah Wan.

“Pasal apa tu?” Dahi Wan berkerut. Soalan apa yang membuatkan muka Zuyyin seserius itu?

“Kenapa Mak Long benci Ibu Zuyyin? Apa Ibu buat sampai Mak Long benci sangat dengan dia. Tolonglah Wan, bagi tau Ayien..” Tangan Zuyyin sudah mendarat di lengan Wan. Terhenti kerja Wan membalik ikan di kuali.

“Zuyyin..” Suara Wan berubah riak. Muka suci Zuyyin mengundang simpatinya. Anak ini tidak bersalah. Malah, bukan salah Islah sepenuhnya kejadian itu berlaku.

“Tolonglah Wan, bagi tau Ayien. Ayien dah penat hidup dalam kebencian Mak Long, tanpa Ayien tahu apa sebabnya. Kalau Ibu yang salah, biar Ayien yang jadi galang gantinya. Menebus kesalahan Ibu.” Mendayu-mendayu suara Zuyyin merayu. Dia inginkan kebenaran.

“Bukan salah ibu kamu Zuyyin. Bukan salah Islah.” Perlahan, langkah kakinya di bawa ke kerusi. Membiarkan sahaja bila Zuyyin mematikan dapur gas.

“Habis tu, kalau bukan salah Ibu, salah siapa? Apa yang terjadi sebenarnya?” Zuyyin mengambil tempat di sebelah Wan. Sesekali matanya mengawasi pintu dapur, bimbang kalau Akif tiba-tiba muncul di situ. Dia tidak ingin cerita Wan terencat kerana kehadiran Akif.

“Bukan salah sesiapa. Bukan ibu kamu, bukan juga anak Wan.” Masih berahsia.

“Ayien tak faham Wan..” Menggelengkan kepalanya. Benar, dia tidak faham apa yang Wan cuba sampaikan. Dia bukan Hanna yang boleh “membaca” minda orang.

“Anak Wan ada dua. Maria, ibu Akif dan.. Malik..” Wan bersuara perlahan. 

Sekalipun ada luka yang berdarah kembali bila dia menyingkap kisah ini, dia sudah tidak kisah. Zuyyin ada hak untuk tahu kisah ini.

“Malik?” Giliran dahi Zuyyin yang berlapis tiga. Dia tidak pernah tahu akan kewujudan pak cik Akif itu.

“Di mana dia sekarang? Kenapa Ayien tak pernah jumpa dia?” Soal Zuyyin lagi. Terlalu banyak rupanya yang dia tidak tahu tentang keluarga ini.

“Dia dah tak ada. Dia dah pergi tinggalkan kami semua.” Ada airmata bergenang di tubir mata Wan.

“Owh..” Sekalung Al-Fatihah dia hadiahkan untuk arwah Pak cik Malik.

“Dia makan pil tidur, habis sebotol. Doktor tak boleh selamatkan dia.” Akhirnya air mata Wan jatuh. Menitis laju di pipi.

“Astaghfirullahalazim…” Mengucap panjang dia dalam hati. Tangannya menggenggam erat tangan Wan yang menggeletar.

“Wan, maaf. Ayien tak bermaksud..” Zuyyin rasa serba salah. Dia yang memaksa Wan menceritakan semua ini.

“Bukan salah kamu.” Wan mengesat air mata yang jatuh di pipi. Menepuk-nepuk tangan Zuyyin yang penuh di dalam tangannya.

“Tapi Ayien tak faham, apa kena mengena ibu dengan cerita ni?” ujar Zuyyin. Masih gagal mencari sebarang kaitan antara ibunya dengan pak cik Malik.

“Dia tunang anak Wan, sebelum ibu kamu bertemu dengan ayah kamu..” Sebaris ayat itu akhirnya mengungkai cerita di sebalik kebencian Mak Long pada ibunya.

“Maksud Wan.. Ibu.. putuskan..?” Terpempam dia di situ. Dia seolah sudah menemui perkaitannya di situ. Namun kata-katanya tersekat di kerongkong.

“Bukan salah Islah kalau iman anak Wan tidak cukup kuat berhadapan dengan dugaan.” Ujar Wan sambil menepuk perlahan bahu Zuyyin. Perlahan langkahnya kembali menuju ke dapur gas, meninggalkan Zuyyin termangu 
sendiri di meja makan.

Mata Zuyyin menyoroti langkah Wan. Langkah itu tidak selonglai yang dia fikirkan. Mungkin Wan sudah mengajar hatinya untuk menjadi tabah. Menerima kematian anaknya walaupun dengan cara yang agak menyadiskan.

‘Patutlah Mak Long benci sangat dengan ibu..’ Zuyyin mengeluh. Dia tidak tahu sama ada mengetahui kebenaran ini melegakannya atau semakin menambah beban di dadanya.

*****************

P/S: Selamat malam semuanya!




Korang Comel Kalu Korang Like

3 comments:

Pikachu said...

Cayalah Cik Gadis, 3 entri sekaligus dalam sehari. Hahaha.
Ehem2..Bukan Zuyyin je yang ternganga, aku pun ternganga bila Akif jadi romantik..

EmilElida said...

Sama macam Zuyyin, tak tahu sama ada ini entri yang gembira atau sedih.. Aku dah bc dengan hati berbunga-bunga drama Akif dan Ayien tu. Tiba2, kat bwah bunga2 tu jd layu bila crta di sebalik kebenciam Maria tersingkap.. Kesian Zuyyin... sob2.. Cik Gadis, anda telah mainkan emosi aku.. huhuhu

kak ida said...

alahai romantik giler mamat poyo tu kat Ayien..rasa mcm loving couple pulak..ek...syabas dik ..
alahai kesiannya wan..rupanya ada trajedi disebalik kebencian Wan dan Mak Long pada ibu Ayien rupanya..kesian Ayien ...ek..