“Kalau saya dapat tempat pertama, dapat kalahkan awak, awak kotakan janji awak? Betul nie?”
Si gadis dengan tocang dua itu memandang tepat ke wajah jejaka di depannya yang sedang sibuk membaca komik. Tak berkedip. Comel sungguh gadis itu.
“Yup! Tapi tu pun kalau kau dapat nombor satu. Dapat kalahkan aku”. Si jejaka masih membaca komik.
“Okey! Saya pasti kalahkan awak! Saya nak jadi girlfriend awak!” Semangat si gadis menyuarakan hasratnya.
Adni yang duduk di belakang meja mereka tergelak kecil. Teringat kenangan lalu. Perlahan, cawan coffee lattenya di hirup nikmat..
****************
“Saya suka awak!”
“Okey!”
“Saya cintakan awak!”
“Okey!”
“Saya nak jadi girlfriend awak!”
“O… Yang nie memang tak okey”
Adli angkat muka dari muka surat Komik anime di tangannya. Muka Adni yang tarik senyum sengih dia pandang..
“Kau? Nak jadi girlfriend aku?”
Adli ulang ayat Adni dalam bentuk pertanyaan. Adni angguk kepala macam belatuk. Mata bulatnya menjadi semakin bulat.
“Yup! Saya nak sangat-sangat.”
Adni cintakan Adli dari dia masuk sekolah nie tahun lepas. Sangat cinta sampaikan dia boleh tau setiap inci rutin hidup Adli.
“Sini.”
Adli tarik tangan Adni keluar dari kelas 5A menuju ke papan kenyataan di luar bilik guru. Papan carta kedudukan pelajar tingkatan Lima waktu ujian Bulanan bulan lepas jadi sasaran matanya. Ada 5 helai kertas di tampal di situ.
“Nie, nama aku.” Adli tunjuk dengan jari namanya di tempat pertama, di helaian kertas pertama.
“Dan…” jarinya berlari ke kertas yang ke lima.
“Ini nama kau”, jarinya berhenti di nombor 89. Muka pelik Adni bertukar masam. Adli sengih sinis.
“Kalau nama kau boleh ada di kertas yang sama dengan nama aku, baru aku pertimbangkan kau jadi girlfriend aku. Sekarang move, aku nak lalu.”
Adli langgar bahu Adni yang masih berdiri di depannya.
“Adli! Awak nak gi mana?”
“Gi muntah. Kau buat perut aku mual! Pasni, jangan datang kelas aku lagi!”
Adni tarik muncung sambil hentak kaki dengar ayat Adli. Nak jadi Top10? Dalam mimpilah dia boleh jadi girlfriend Adli. Adni mengeluh sambil tengok betapa jauhnya jarak nama mereka berdua. 5 helai kertas? Rasa macam nak cekik leher sendiri. Tapi demi Adli, dia kan berusaha sepenuh hatinya!
Jam di dinding tepat pukul 8.00 malam. Adni letak teko Nescafe atas meja study, kain hitam di lilit di kepala, lampu study di hidupkan, buku rujukan Matematik, Sains, Bahasa Inggeris di bentang atas katil. Pensil mekanikal di tekan2, macam tekan gear minyak kereta nak race, kertas A4 diletak atas meja study bersama buku latih tubi Matematik, sebelahnya kalkulator casio elok terbuka. Adni tarik nafas, buku latih tubi di buka. Soklan pertama kertas dua Matematik dia baca.
1.
Persamaam suatu garis lurus ialah 2y=5x+6. Nyatakan pintasan-y bagi garis tersebut.
Erkk? Adni garu kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Buat soalan nombor dua dulu. Abaikan yang nie, kejap lagi patah balik jawab yang nie. Dia move ke soklan nombor dua.
Diberi kecerunan garis lurus MN ialah -11/4. Jika titik M melalui koordinat (6, -4) , apakah koordinat bagi titik N?
2. N mana ada titik! Kalau I huruf kecik iyolah ada satu titik. Lagi sekali kita abaikan. Pindah ke soklan seterusnya. Seterusnya. Dan seterusnya hingga ke muka surat terakhir.
Adni hentak kepala atas meja dengan beralaskan buku latih tubi matematik. Jarum jam panjang di angka 3 dan pendek di angka 8 bila Adni mula berdengkur dengan kalkulator yang masih belum di “on” kan, kertas A4 yang masih putih bersih belum tercemar dan buku rujukan segala bagai belum berusik.
**************
“Kau apsal?”
Ayuni tarik kerusi sebelah Adni. Cermin bedak compact SilkyGirl dia keluarkan dari beg, bedak padat itu di tempek di mukanya sudah sedia putih.
“Ermm..” Lemah suara Adni.
“Monyok! Adli reject cinta kau lagi?”
Lipice merah jambu pulak di keluarkan. Di calit sedikit di bibirnya, cukup.
“Ermm..” tambah lemah suara Adni.
“Kali ke berapa erk? Ke 80?” Kali nie berus rambut di keluarkan. Rambut yang
sudah kemas di kemaskan lagi.
“Eh, baru 79 kali lah.” Suara lemah Adni hilang terus dengar ayat Ayuni. Ayuni yang sedang kusyuk sisir rambut dia tenung geram.
“Hahahah! Iyalah, yang ke 79 kali. Alah, jap lagi yang 80 ar tue.”
“Tapi belum 80 lagi!” Geram!
“Alah. Jap la..”
“Ayuni! Apa kau pikir sekolah nie pusat kecantikan? Kau nak berdandan kat
salun, bukan kat sini. Hai Adni.”
Belum pun sempat Ayuni menghabiskan ayatnya, suara ketua kelas 5E, Shafiq
bergema di dalam kelas. Macam halilintar! Barang-barang mekapnya pantas di masukkan di dalam beg, bukan kerana takut tapi risau air liur Shafiq tersembur di dalam bedak SilkyGirl nya.. Naya!
“Kau, kalau dengan Adni bukan main lagi ae. Lembut gigi dari lidah.” Ayuni cebik bibir, benci tengok muka gatal Shafiq.
“Hai Ayuni. Puas hati?” Shafiq jelling Ayuni yang buat muka muntah hijau.
“Dah lah, kau berdua diam. Hai Shafiq.” Adni senyum segarit sebelum
meletakkan semula kepalanya di atas meja menghadap ke dinding.
‘Apsal?’ Shafiq tanya guna isyarat mulut tanpa suara.
“Frust tertonggeng dengan Adli.” Tanpa berdosa Ayuni buka rahsia Adni yang bukan lagi rahsia itu.
“Awal pagi lagi dah dengar nama pengawas belagak tue. Kembang tekak aku!”
Huh! Shafiq rasa macam nak muntah balik mee goreng yang dia makan di kantin pagi tadi.
“Kenapa? Kau ada masalah dengan nama aku ke?”
Adli dah berdiri belakangnya. Bukk! Shafiq jatuh dari kerusi, Ayuni rasa macam jantungnya nak melompat keluar. Adni? Masih selamba mengenang cintanya di tolak. Adli jelling sekilas Adni yang buat-buat koma dengan keadaan sekeliling.
“Guru-guru ada mesyuarat sampai rehat nanti. Jaga kelas kau elok-elok, nie tengok kelas korang macam pasar ikan. Kelas belakang, tercorot memang bising macam nie ke?”
Adli bagi memo dari guru disiplin kepada Shafiq yang sudah duduk elok atas kerusi. Matanya sekali lagi menjeling ke arah Adni yang masih menghadap dinding tapi dia tahu Adni sedar kehadirannya di dalam kelas itu.
“Kau..”
Shafiq berdiri sambil cekak leher baju sekolah Adli. Geram dengar ayat kurang ajar Shafiq tentang kelas dorang. 21 pasang mata tertumpu di meja Adni dan Ayuni, menyaksikan Shafiq yang sedang tengok Adli macam singa lapar. Ayuni dah bulat tengok adegan di depannya.
“Shafiq, lepaskan. Kau gaduh dengan dia pun bukannya dapat apa. Nanti yang masuk bilik disiplin bukannya dia, tapi kau. Abaikan, anggap jelah dia tengah nyanyi lagu tiga kupang!”
Adni bersuara perlahan tapi jelas di telinga budak-budak kelas 5E dan Adli. Shafiq merengus, tangannya di lepaskan dari leher baju Adli.
“Balik kelas awak Adli, dan jangan datang lagi kelas saya!”
Adni tak tengok pun muka Adli. Adli tak tau nak cakap, terus melangkah ke luar. Di pintu, dia berpaling memandang Adni.
“Adni! Kalau kau dapat buat apa yang aku cakap semalam, aku dating dengan kau sehari!” Abes ayatnya, Adli terus melangkah keluar.
Adni mengeluh. Mustahil! Ujian bulanan Cuma ada lagi 2 minggu. Aku takkan jadi genius dalam masa 14 hari tue. Kepalanya di letakkan semula di atas meja. Tidur lagi baik!
“Adni.”
Ayuni buka mulut bila Shafiq sudah beredar ke meja beberapa budak lelaki
kelas mereka yang berkumpul di hujung kelas.
“Ermm.” Adni masih begitu.
“Aku rasa, aku ada idea macam mana supaya kau boleh dating dengan Adli.”
Adni angkat kepala, laju di hala ke arah Ayuni.
“Macam mana?”
Ayuni sengih. Tarik senyum 3 saat sebelum membuka mulut.
“Kakak bertiga tu.” Ayuni angkat kening double jerk. Adni melopong.
“Apsal aku tak terfikir? Bengap! Otak kau memang hebatlah Yun! Sayang kau!” Adni gosok-gosok kepala Ayuni yang simpan otaknya yang hebat itu.
“Weh! Weh! Rambut aku, rosaklah.” Pantas Ayuni tarik berus rambut dan cermin di laci meja. Sememeh rambut aku!
**************
Sebaik bunyi loceng tamat persekolahan berbunyi, Adni pantas berlari menuju ke pintu keluar. Hari ini hari jumaat, hari istimewa. Ayuni yang masih terkial-kial menarik zip begnya di biarkan, Ayuni tau ke mana arah tujuannya. Shafiq baru ingin membuka mulutnya melaung nama Adni, tapi gadis itu sudah hilang dari pandangan matanya. Kepalanya di paling ke arah Ayuni, tapi seperti Adni, gadis kosmetik itu juga sudah hilang dari penglihatannya sekelip mata. Ajaib! Dorang nie halimunan ke bunian?
Larian kaki Adni dan Ayuni semakin perlahan bila tempat yang di tuju semakin hampir. Dari jauh, haruman kopi espresso sudah menusuk hidung mereka, langkah semakin di lajukan. Pintu kaca yang tertulis perkataan ‘Tiramisu Cafe’ di tolak kuat, mata keduanya meliar melihat sekeliling..
“Kak AJ! Kak Lily! Kak Kiki!”
Adni melaung nama kakak-kakak yang sudah hampir setahun dia kenali itu. Cafe itu baru mula beroperasi bila dia datang ke situ pertama kali. Di situlah kali pertama dia jatuh cinta dengan Adli yang sedang duduk santai sambil membaca komik anime di temani secawan cappuccino. Dia lihat Adli sangat comel dengan kaca matanya yang jatuh ke pangkal hidungnya bila dia datang menyapa. Sejak itu, dia menjadi pengunjung setia sebelum Ayuni yang kamceng dengan Kak Lily yang menawan itu turut serta.
Kak AJ, bakal kakak ipar Adli. Dia bertunang dengan Abang Alil, abang Adli sebulan yang lepas. Kak AJ sumber inspirasinya, dulu dia yang mengurat Abang Alil, menyintai Abang Alil tanpa jemu sampailah Kak AJ berjaya! Kak AJ cakap, kalau dia boleh cairkan hati Abang Alil, Adni pun mesti boleh cairkan hati Adli. Ya, itu nekad aku! Tapi Kak AJ nie jarang ada kat cafe nie, sebab dia kerja kat hospital.
Kak Lily.. Dia sangat cantik, memang ada ciri-ciri wanita berkerjaya. Sebab kagum dengan keanggunan Kak Lily yang sentiasa menawan biarpun sudah mempunyai seorang anak itulah membuatkan Ayuni sentiasa ke hulu ke hilir dengan bedak compactnya, sebab dia pun ingin cantik seperti Kak Lily. Kak Lily memang sepenuh masa di cafe sama macam Kak Kiki.
Kak Kiki sangat sempoi! Dia boleh berbual dengan kami segala jenis benda. Kak Kiki baru kahwin tahun lepas, dengan Abang Apis. Kak Kiki cakap, dorang bertiga dah lama jadi kawan. Dari umur 13 tahun lagi. Selain mereka bertiga, ada 3 orang lagi, Kak Za yang tinggal di Sarawak dan cuma datang sekali sekala, Kak Nita dan Kak Ruby yang tengah buat Master kat UM. Tapi Adni dan Ayuni cuma pernah bertemu Kak Nita yang datang dengan suaminya. Tiramisu cafe nie milik mereka berenam. Tiramisu cafe bukan setakat sebuah cafe untuk minum dan bersembang sambik di temani oleh secawan Kopi dan sepinggan kek tapi di sini juga terdapat buku untuk di baca. Fungsinya seperti kedai buku MPH.
Kak Lily yang cantik menawan itu muncul dari balik pintu pejabat. Kak Lily nie la, macam remaja belasan tahun. Sangat cantik! Ayuni dah teruja tengok idolanya yang pakai kemeja merah dan skrit payung hitam, tudungnya di lilit kemas. Adni dan Ayuni pantas menuju ke arah Kak Lily, menghulur tangan bersalaman.
“Kak AJ takdak, masih kat hospital. Kak Kiki kat dalam tengah solat. Nie terus ke sini dari sekolah la nie?”
Kak Lily tersenyum melihat kami yang masih beruniform sekolah. Dia membawa kami masuk ke pejabat, stor yang sudah di ubahsuai menjadi ruang yang eksklusif. Di atas meja, sepinggan besar spageti dan satu jag fresh orange sudah terhidang. Kami menelan air liur melihat spageti yang sedap itu. Mesti Kak Kiki yang masak, sebab Kak Kiki memang pandai masak.
“A’ah. Adni nie lah, tak menyempat”, Ayuni mula mukaddimah.
“Hai girls! Awal hari nie, siap pakai uniform lagi.”
Kak Kiki yang baru usai solat menyertai mereka di meja makan. Piring di hulurkan kepada dua gadis yang sudah di anggap macam adik sendiri.
“Ada benda yang nak mintak tolong dengan akak sekalian.” Adni sambut piring yang dah berisi spageti itu. Di letaknya atas meja.
“Apa tu?” Kak Lily pasang muka pelik. Nak minta tolong apa pulak budak nie. Macam kes berat jek nie.
“Kak Kiki, kak Lily. Tolong ambik saya jadi anak murid kakak berdua. Saya mesti lulus semua mata pelajaran untuk ujian bulan nie!”
Adni tunduk kepala, buat gaya orang nak minta jadi anak murid sifu master kung fu. Kalau suruh dia tuang teh bagi minum masternya pun dia sanggup. Asalkan kakak berdua yang tengah pasang muka pelik-penuh-tanda-tanya itu sanggup jadi tutornya.
“Ingatkan apalah tadi.” Kak Kiki suap spageti masuk dalam mulut.
“Alah… Kak Kiki nie. Nie kes serius tau. Please kak….”
Adni rasa macam nak nangis tengok muka selamba Kak Kiki! Tambah nak nanges bila dengar Kak Lily tergelak dengar dia merayu.. Dan dia rasa wajiblah menangis bila si kawan yang keluarkan idea tu tengah sedap melantak spageti, siap dah bertambah lagi.
“Iyelah. Nanti kalau kakak cakap TAK kang ada pulak yang banjir kat Tiramisu nie.”
Kak Kiki senyum tengok Adni yang dah kesat air mata. Comellah budak nie. Teringat AJ, sebijik macam dia budak nie. Sangat berusaha mendapatkan cintanya. Hahaha!
“Tapi bukan Adni je, Ayuni pun sama. Setiap hujung minggu, lepas kelas tambahan kat sekolah, kalau adalah, datang Tiramisu. Nanti kami bincang dengan Kak AJ macam mana jadual korang.” Kak Lily buka mulut. Pantas dua gadis itu mengangguk setuju!
“Adli janji apa kalau Adni dapat lulus semua subjek?” Kak Kiki teguk air fresh orange.
“Hulk! Hulk! Hukk!” Adni tersedak, terbatuk-batuk mendengar soklan Kak Kiki. Selamba Kak Kiki tuang air bagi kat dia. Malunya! ‘Macam mana Kak Kiki tau ini ada kena mengena dengan Adli?’ Adni hantar isyarat mata kat Ayuni.
“Macam mana kakak tau yang benda nie ada kena mengena dengan Adli?” Ayuni soal dulu, seakan faham isyarat mata Adni.
“Macam manalah kami tak tau Yun, dah biasa. Kak AJ dulu, lagi nekad dari Adni. Siap belajr masak, buat kek Coklat lagi. Kira okey lagi tue. Tapi bila bab dorang berkirim-kirim nota lagu cinta lagi haru. Kami nielah yang jadi posmen takdak gaji,” Kak Lily pecah rahsia Kak AJ. Hahahah! Riuh dorang gelak di meja makan.
“Adli ajak dating….” Adni jawab soklan Kak Kiki bila gelak dorang dah surut.
“Fuyooo!!”
Kak Kiki nie lah, mesti sorak macam tue. Buat segan orang je. Adni pegang pipi yang dah memerah. Kak Lily pun ikut gelak sakan Kak Kiki. Ayuni yang dah tau cerita sebenar anggap cerita tu dah basi terus suap spageti masuk mulut. Takdak perasaan!
******************
“Kak, terima kasih ye. Yun balik dulu. Ibu dah tunggu kat luar tue,dah janji temankan dia gi shopping petang nie.”
Ayuni salam Kak AJ yang baru letak pesanan sepasang kekasih yang duduk di meja dekat dengan pintu.
“Okey. Nanti sampaikan salam kat ibu Yun. Hati-hati tau.”
Kak AJ hantar Ayuni sampai depan pintu, sekadar melambai Ibu Ayuni yang menunggu di dalam kereta. Perlahan Honda CRV itu bergerak meninggalkan kawasan Tiramisu Cafe. Kak AJ berjalan menghampiri Adni yang kusyuk menjawab soklan matematik, bersila di hujung sudut cafe.
“Boleh Adni? Ada masalah?” Kak AJ bersila di depan Adni. Melihat ‘hasil kerja’ Adni sambil mengangguk-ngangguk kepalanya. Pandai juga budak Adni ni, takdaklah bengap sangat macam yang Adli cakap. Kalu kena gaya mengajarnya, ada kemampuan juga Adni nie.
“Bolehlah kak. Cuma soklan kuadratik dan persamaan ini Adni pening sikit. Tapi bila buat banyak latihan, macam dah boleh buat dah.”
Adni tarik senyum segarit. Kak Lily tak datang kerja hari ni, anaknya demam. Kak Kiki dah datang pagi tadi, pukul 2 tadi dah balik. Tinggal Kak AJ dan beberapa orang pekerja mereka.
“Tak pe. Pelan-pelan. Jangan paksa diri sangat. Buat ikut kemampuan. Akak nak masuk jap, panggil akak kalau ada masalah.” Kak AJ bagi senyum manis sambil belenggang masuk dalam pejabat.
“Okies master!”
Adni tabik hormat Kak AJ sambil sengih. Kembali menumpukan perhatian di kertas soklan latih tubi matematik itu. Jam di dinding di jelling sekilas, hampir ke pukul 4. Matanya yang pedih di gosok-gosok sambil menguap. Pen mekanikalnya di tekan-tekan, berfikir formula yang sesuai untuk soklan seterusnya.
Adli tolak pintu kaca cafe, melilau-lilau matanya mencari bakal kakak iparnya. Di tangannya ada sebuah beg kertas yang dia sendiri tidak tahu apa isinya. Dia Cuma menurut perintah abangnya menghantar ke situ. Perlahan dia menuju ke pejabat. Masuk selepas mengetuk beberapa kali tetapi tiada suara menjawab. Kak AJ sedang bersolat. Adli letak beg kertas itu di atas meja, menulis nota untuk bakal kakak iparnya dan berjalan ke luar.
Sesusuk tubuh yang sedang tidur bersila berbantalkan lengan di hujung sudut cafe itu mematikan langkah laju Adli. ‘Apa dia buat kat sini?’ Adli terpanggil menghampiri susuk tubuh itu. Dari jauh dia sudah melihat betapa “semaknya” meja itu dengan kertas yang berterabur.
“Latih tubi matematik?”
Adli berbisik sendiri. Buku itu di tariknya perlahan, bimbang mengejutkan Adni yang nyenyak tidur dalam keadaan tak selesa.
“Ermm. Not bad. Ada kemajuan”
Adli tunduk tengok muka Adni yang sudah berpuluh kali di tolaknya itu. Kau sangat berusaha! Adli senyum nipis sambil menggeleng kepala. Perlahan, tangannya mengusap kepala Adni. Pensil dan stickey note di capai. Menulis-nulis sesuatu sebelum menampalnya di dalam buku latih tubi Matematik. Selesai!
Adli bangun, ingin pulang. Tapi langkahnya terhenti, Kak AJ berdiri di depannya sambil buat kening double jerk, tersenyum sinis. Kantoi!
“Don’t worry.. Kakak..” sambil buat gaya menzip mulutnya dan membuang kuncinya.. Adli tergelak tengok aksi nakal kak iparnya.
“Thanks. Love you sis!” Adli pantas menuju ke pintu. Malu bila terkantoi dengan kakak iparnya. Tapi dia tau dia boleh percayai kak iparnya.
Kak AJ tergelak-gelak kecil melihat Adli yang tidak keruan. Malulah tue, ada orang nampak dia tengah tunjukkan kasih sayang. Hahahaha! Kak AJ menghampiri Adni yang sedang nyenyak tidur. Notes yang di tinggalkan Adli di bacanya seimbas. Tak romantik langsung, sama macam abangnya. Kak AJ cebik bibir sebelum perlahan menguntum senyuman. Cara dorang tunjukkan cinta sangat unik. Memang betullah adik beradik nie. Kak AJ geleng-geleng kepala. Adli, Adli. Sama je macam Alil.
“Adni, bangun dik.” Perlahan bahu Adni di tepuk. Adni buka matanya perlahan, sebelum menyembunyikan muka di balik lengannya.
“Dah bangun. Kemas buku-buku Adni, balik rumah. Lagi pun dah lama sangat Adni study, rehatkan otak tu kejap.” Kak AJ usap kepala Adni, sama macam Adli buat tadi. Adni senyum segaris.
“Tadi Adni mimpi Adli usap kepala Adni macam nie. Heheh!” Adni sengih.
“Adni tak mimpi pun.” Perlahan ayat itu keluar dari bibirnya.
“Apa kak?” Adni masih mamai-mamai. Telinganya terasa tak clear nak mendengar.
“Takdak apa. Dah cepat kemas buku-buku tue, balik rumah.”
Adni senyum, balas senyuman manis kakak yang ada lesung pipit di depannya itu. Kak AJ bangun, menuju ke dapur. Cuba mendapatkan sesuatu untuk Adni sebelum Adni pulang ke rumah.
Adni tarik buku latih tubi Matematik. Buku itu di susun bersama buku-buku yang lain di dalam begnya. Ketika memasukkan buku itu, dia perasan ada stickey note di lekat dalam buku latih tubinya.
“ Wake up Genius! Orang tak jawab math dalam mimpi. Study bebaik sebab aku taknak dating dengan sesiapa kecuali Kau!”
Adni tepuk pipinya, rasa perit. Dia cubit pipi, rasa sakit. Dia pejam celik mata, semuanya nampak sama. Adni ambek masa 3 minit untuk sedar yang dia berada di alam realiti dan apa yang di alaminya sebelum ini memang benar. Adli mengusap kepalanya. Adni pegang kepalanya sebelum menjerit menuju ke dapur.
“Kak AJ…..!!!!!!!!!”
Kak AJ yang mendengar suara jeritan Adni hanya tersenyum. Benda sekecik itu boleh membuatkan Adni menjerit kebahagiaan. Sangat mudah berpuas hati jika itu melibatkan Adli. Tapi kalau hari-hari macam nie, boleh lingkup bisnes aku. Semua customer berterabur lari dengar suara halilintar Adni.
***********
“Adli, jangan lupa hantar buku-buku latihan kelas kamu di bilik guru. Letak di tempat biasa”, Cikgu Adawiyah menamatkan sesi pembelajaran Matematik hari nie bila loceng rehat sudah berbunyi.
“And ya. Keputusan ujian bulan lepas dah di tampal di papan kenyataan. Tahniah Adli, dapat nombor satu lagi. Yang lain pun tahniah, usaha lebih lagi, SPM cuma 5 bulan je lagi. Saya yakin, kamu semua boleh buat.” Cikgu Adawiyah senyum bagi semangat dengan murid kelasnya sebelum keluar menuju ke bilik guru.
Adli kemas buku-buku atas mejanya. Dani yang masih bermalas-malasan di kerusinya pelik melihat Adli yang tengah “sibuk”.
“Kau pehal? Rileks bro, kantin tu takdak kaki.” Dani sengih.
“Kau tolong aku kumpul buku latihan ye. Jumpa kau kat kantin jap lagi.” Adli dah bangun, bersedia keluar kelas.
“Kau nak gi mana? Rushing giler aku tengok.” Dani kerut dahi tengok Adli.
“Nak gi papan kenyataan jap, nak tengok nama”, Adli dah jalan laju keluar kelas meninggalkan Dani yang terlopong sendiri.
“Sejak bila la pulak Adli nie tetiba berminat nak gi papan kenyataan tengok nama?” Dani pelik sendiri sebelum angkat bahu, mengabaikan keganjilan Adli.
Adli berjalan laju ke papan kenyataan yang sesak dengan pelajar. Adli terus menuju ke helaian kertas terakhir. Meliar matanya mencari nama seseorang. Tiada. Ke kertas yang ke empat. Masih tiada. Kertas yang ke tiga, tiada. Kertas yang ke dua. Adli tarik nafas, hembus nafas perlahan. Nama Ayuni di tempat ke 39 tapi bukan itu yang dia cari.. Dan, nama Adni di tempat ke 30. Adli sengih, sinis. Dia berjalan meninggalkan papan kenyataan menuju ke kantin.
Ketika melintasi Taman sains sekolah, dia perasaan seseorang sedang duduk sendirian di sana. Adli melencongkan langkah, bergerak menghampiri Adni.
“Frust?” Adli duduk depan Adni yang pegang dada terkejut dengar dia menyapa.
“Apa awak buat kat sini?” Adni kesat air mata, picit hidung yang dah bocor.
“Saja. Tengok muka orang yang kecewa tak dapat dating dengan aku”.
Adli sengih bodoh tengok Adni yang cebik bibir. Comel! Erk Adli, apa kena dengan kau nie? Sejak bila Adni nie comel? Dari dulu.. Jawab kata hatinya yang terbias dengan senyuman manis di bibirnya. Adni yang sedang tunduk mematah-matahkan jarinya di pandang. Adni, Adni.
“Cafe Tiramisu, ahad nie pukul 10. Jangan lambat! Kalau lambat, kau dating seorang!”
Adli bangun sambil kenyit mata kiri kat Adni yang jatuh rahang. Tak percaya dia ajak dating, malah dia sendiri pun tak percaya yang dia ada date ahad nie. Adni macam biasa ambek masa yang lama sebelum dia menjerit kegembiraan bila Adli ajak dating. Dan Adli senyum manis dengar jeritan Adni. Lampi! Adli kutuk dalam hati.
Adli mengemas buku sebelum memasukkan ke dalam beg sekolahnya. Dani masih sibuk buat kerja rumah sains. Dia dan Adli serta rakan-rakan yang lain dah janji nak main futsal petang ini dan malam nanti dia mesti rasa penat. Dia mesti menyiapkan dahulu kerja rumah ini jika tidak mahu di denda Cikgu Rokiah esok. Cikgu Rokiah guru yang baru berpindah ke sekolah mereka itu tidak pernah menerima sebarang alasan, sangat strict rulesnya.
Adli yang sudah selesai buat kerja rumah sains buka buku komik. Membaca tanpa gangguan sambil tunggu Dani siapkan kerja sekolahnya. Kelas makin kosong, cuma masih ada beberapa di dalam kelas itu termasuk, Maya dan gengnya, Saran dan Dania.
“Hai Adli”.
Maya buat gaya ala-ala model duduk atas meja Adli. Dania dan Sarah sengih gedik berdiri di tepi meja Dani. Dani angkat kepala, rasa terganggu dengan kehadiran Maya dan gengnya.
“Hai.” Mata masih di buku.
“Tahniah ye, dapat nombor satu.” Makin manja suara Maya.
“Hurm..” Adli selak satu muka surat lagi komik.
“Awak free tak weekend nie? Teman saya pergi tengok wayang.” Maya dekatkan badan ke arah Adli. Bengang bila Adli lagi suka baca komik dari berbual dengannya.
Suara berbual dua orang perempuan di luar kelas menarik perhatian Dani. Dia menyiku Adli yang masih kusyuk baca komik. Adli angkat muka ikut anak mata Dani, spontan dia tersenyum. Membalas senyum manis Adni dan Ayuni yang berjalan melintas di hadapan kelasnya.
“Aku sibuk. Ajak orang lain!” Dingin je ayat Adli. Dani gelak riuh tengok muka kelat ketat Maya. Hahahaha! Apa kau ingat, kau Hot sangat?
Maya bangun, hentak kaki ke lantai. Benci bila di tolak Adli berkali-kali. Lagi benci bila dengar gelak sinis Dani, bertambah-tambah benci bila tengok Adli senyum untuk perempuan lain dan perempuan itu pulak memang sangat menjengkelkan. Huh! Maya tarik tangan Sarah dan Dania meninggalkan kelas. Dia rasa, ingin buat kira-kira dengan budak tue.
“Adli senyum kat kau lah tadi.”
Ayuni usik Adni yang senyum manis bergula sejak Adli ajak dating. Adni tarik sengih bahagia. Masih tak percaya Adli ajak dating.
“Hoi.!!” Ayuni dan Adni yang sudah keluar dari pagar sekolah terperanjat bila di sergah dari belakang oleh Maya dan gengnya.
“Kau panggil kami ke?” Ayuni tanya dengan muka pelik. Apa kau ingat kami takdak nama ke?
“Abes tue? Ada kau nampak orang lain kat sini ke? Dasar bodoh!” Maya buat kurang ajar. Sarah dan Dania, sinis tengok Ayuni dan Adni.
“Weh! Ini sudah lebih nie.” Ayuni tarik lengan baju sekolah ke atas. Kot-kot la nak betumbuk, senang sikit nak komakan perempuan bertiga nie.
“Kenapa? Tak puas hati? Bukan memang korang bodoh ke? Duduk pun dalam kelas paling corot?” Maya sebak rambut ke belakang, saja sakitkan hati Ayuni dan Adni.
“Apa kau tak tengok keputusan ujian bulanan ke? Nama kau di belakang nama aku, dan nama pengampu kau yang berdua nie di belakang nama Ayuni? Duduk kelas depan pun bukan bermakna kau tue ada otak!”
Adni pulang ayat kurang ajar, tarik tangan Ayuni yang sengih sinis kat mahluk bertiga tue. Pleaselah! Bukannya korang nie Hot sangat pun.
Maya tarik tangan Adni kuat. Geram bila Adni buat kurang ajar dengan dia tanpa sedar yang dia mulakan sengketa.
“Kau, jangan rapat dengan Adli! Awas kalau aku nampak kau menggedik dengan Adli. He’s mine okey!” mata Maya garang tengok Adni.
“Maya, pleaselah. Don’t be perasan okey? Adli baru je ajak aku dating ahad nie, macam mana boleh jadi milik kau pulak?”
Adni buat kening double jerk. Saja nak tambahkan garang di mata Maya. Sorrylah, mata kau tu macam mata ikan je aku tengok, tak da nak di takutkan.
“Pasal menggedik tu, aku rasa nasihat tu sesuai untuk kau. Macamlah kami tak nampak kau menggedik dengan Adli tadi? Tapi kesian, kena tolak ye?”
Ayuni tolong siram petrol di api kemarahan Maya. Benci betul dia dengan perangai Maya yang sudah bagi pengaruh tak baik kat sepupunya, Dania. Dania dan Sarah Cuma diam dari tadi. Malas nak masuk campur bila semua yang di bahaskan tu kena batang hidung sendiri.
“K lah babe, chow!”
Ayuni lambai tangan sambil gelak sinis kat geng bertiga tue. Tarik tangan Adni sambil gelak berlalu dari situ. Dari jauh, dapat dorang dengar si Maya menjerit hysteria. Hahahahaha!
“Dania, aku benci tol dengan sepupu kau tue!” Nafas Maya turun naik cover marah.
“Apa kau ingat aku tak benci ke?”
Dania rasa tergugat. Ayuni sekarang makin cantik, malah semakin bijak. Dia tidak pernah kalah dengan Ayuni selama nie, tapi hari nie dia rasa betul-betul kalah! Dan dia tak boleh terima semua itu.
“Abes tue, yang korang berdua bisu je tadi kenapa?” Maya bengang.
“Malas ambik port. Apa dorang cakap tue memang kena tepat kat batang hidung kita, nak cover pun tak boleh. Diam jelah.” Sarah cebik bibir. Bengang di bentak-bentak oleh Maya.
“Arghh! Aku tak peduli. Aku akan pastikan yang dating dengan Adli ahad nie bukan Adni tapi aku!” Maya nekad, sesuatu mesti di lakukan.
“Kau nak buat apa?” Dania dan Sarah tanya serentak.
“Adalah..” Maya senyum devil...
*****************
“Kak AJ! Kak Lily! Kak Kiki!”
Adni dan Ayuni menjerit serentak. Di tangan mereka, keputusan ujian bulan lepas di genggam erat. Tidak sabar menunjukkan hasil kerja keras kakak bertiga itu yang sabar mengajar mereka berdua. Beberapa orang pelanggan tetap di situ menggeleng kepala melihat aksi dua gadis itu. Kadang-kadang dua gadis ini akan jadi pelayan di cafe ini, jadi mereka memang kenal baik dengan gadis comel nakal berdua ini.
Kak Lily keluar dari dapur, di tangannya sebiji kecik kek tiramisu. Sangat sedap, buat mereka terliur!
“Congrats girls! Nie hadiah untuk kamu berdua!” Kak Lily tayang kek tiramisu depan dorang. Menjerit kesukaan keduanya.
“Macam mana kakak tau?”
Adni tayang muka pelik. Seingatnya tiada wartawan buat liputan berita keputusan ujiannya dan Ayuni yang boleh di banggakan itu. Ayuni mengangguk, setuju dengan soklan Adni.
“Tadi, Kak AJ call. Dia cakap Abang Alil call dia merungut dengan perangai Adli yang senyum memanjang sepanjang perjalanan balik sekolah semalam sampailah ke rumah. Bila di tanya, Adli cuma sengih sengau.” Kak Lily letak kek tiramisu atas meja, menggamit keduanya duduk sama.
“Sengih sengau?” Ayuni pasang muka pelik.
“Sengal campur angau. Macam Adni nie ha”
Kak Kiki muncul sambil menatang dulang. 4 cawan coffee latte di letakkan di atas meja sambil duduk sebelah Adni yang sudah buat sengih sengau. Kak Lily menolak lembut bahu Adni yang malu-malu di usik Kak Kiki. Ayuni dah gelak riuh. Tumpang sekaki mengusik Adni. Adni sembunyi muka di balik kertas ujian bulanannya.
“Dah dah. Koma pulak Adni nie korang usik. Nie, kakak buat khas untuk kamu berdua sebab dah berjaya cubaan pertama. Keep it okey!” Kak Lily tolak kek tiramisu kegemaran kami. Sedap!!
“Dan ini, dari kakak dan Kak AJ. Kak AJ kirim salam, dia kat JB ada kursus.” Kak Kiki beri 1 beg kertas setiap seorang.
“Terima kasih kak!”
Ayuni bangun dulu, peluk dan cium pipi kakak-kakak yang baik hati itu, di ikuti oleh Adni. Terasa sangat bertuah kerana menjadi sebahagian keluarga Tiramisu cafe.
Kak Lily dan Kak Kiki senyum, terasa gembira melihat dua gadis comel dan nakal itu meraikan kejayaan pertama mereka. Teringat zaman remaja riang ria hari raya mereka. Memang best kalau dapat kawan yang baik macam Adni dan Ayuni nie. Susah senang mereka hadapi bersama.
Adni dan Ayuni mencepatkan langkah mereka. Hari ini hari jumaat, waktu persekolahan tamat awal. Kawasan sekolah mula lengang, cuma beberapa orang pelajar masih berkeliaran. Adni dan Ayuni berhenti di depan pintu bilik guru. Berpandangan sambil menarik nafas dalam. Adni pegang tombol pintu, menolak perlahan. Matanya dan Ayuni meliar ke meja Cikgu Rokiah. Ternyata, cikgu Sains mereka itu memang menunggu kehadiran mereka.
“Asslammualaikum cikgu.”
Ayuni mengucap salam. Adni di sebelah mengukir senyum, melawan panahan mata Cikgu Rokiah yang…. Garang! Keduanya menelan air liur sendiri.
“Awak berdua tahu kenapa saya panggil datang jumpa saya?”
Tanya Cikgu Rokiah keras. Menarik beberapa pasang mata guru yang masih ada di situ. Adni dan Ayuni geleng serentak. Memang betul mereka tidak tahu.
“Sebab awak berdua meniru!” ujar Cikgu Rokiah lantang.
“Meniru? Tapi cikgu, kami tak meniru.”
Ayuni membela diri. Adni masih terkejut dengan tuduhan cikgu sains di depannya itu yang baru mengajar mereka sebulan yang lepas mengangguk mengiyakan.
“Takde? Nie apa?”
Cikgu Rokiah buka buku rekod kemajuan murid di depannya. Buku rekod Adni dan Ayuni.
“Awak berdua, Cuma pernah lulus beberapa kali sahaja subjek saya nie dari Tingkatan 4. Kalau lulus pun, awak Cuma dapat markah cukup-cukup makan. Tapi, ujian bulan lepas, Adni dapat A dan awak Ayuni dapat B. Sangat meragukan.”
Cikgu Rokiah membentang hujah. Hidungnya kembang kempis menahan marah. Memang pantangnya kalau ada pelajar yang tidak jujur, menipu dalam peperiksaan.
“Tapi cikgu…” Adni pulak cuba membela diri.
“Sudah! Cikgu tak nak dengar apa-apa dari awak berdua. Lagipun memang saya ada dapat aduan yang kamu berdua memang meniru semasa ujian bulan lepas. Saya malas nak panjangkan cerita. Awak berdua saya denda buat kerja amal. Esok dan hari ahad, awak berdua mesti datang ke sekolah untuk membersihkan kawasan sekolah. Saya akan suruh tukang kebun awasi awak berdua. Sekarang, pergi!” tegas dan keras suara Cikgu Rokiah.
“Tapi ini tidak adil cikgu. Kami tak buat semua tue. Kami berusaha untuk dapatkan semua nie” Ayuni masih ingin membela diri. Ada orang lain yang sudah pedajalkan mereka. Mereka di fitnah!
“Ayuni, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi? Saya tak nak dengar apa-apa lagi, awak dan Adni keluar sekarang dan jangan lupa esok datang buat denda awak berdua. Sekarang pergi!”
Adni dan Ayuni tidak punya pilihan lain selain meninggalkan bilik guru itu tanpa pembelaan. Mereka berjalan lemah ke perhentian bas. Ayuni mengusap-ngusap bahu Adni yang dah memerah matanya. Denda itu bermaksud dia tidak boleh keluar dating bersama Adli minggu nie. Dan dia tahu sangat perangai Adli, dia cuma akan mengajak Adni sekali ini sahaja. Adni tambah sebak bila memikirkan semua itu.
Ayuni mendengus kasar. Hatinya bagai di simbah lava gunung berapi. Panas dan hampir terbakar! Dia yakin benar ada orang yang sudah pedajalkan mereka. Tapi siapa? Jangan-jangan ini semua kerja Maya dan gengnya. Ayuni meneka-neka sendiri dalam hati.
“Kalau Cikgu Salwa ada, dia mesti akan dapatkan pembelaan untuk kita, Cikgu Rokiah tue tak patutlah. Dia tak siasat pun sama ada ini satu fitnah atau tak. Tak adil!” Ayuni geram, mengepal-ngepal penumbuknya.
“Nak tunggu Cikgu Salwa balik, memanglah tak sempat. Cikgu Salwa kursus sampai minggu depan.” Adni mengeluh perlahan. Teringat Cikgu Salwa, guru kelas mereka yang ternyata positif menerima kejayaan mereka dalam ujian bulan lepas.
“Maksudnya, kau takkan dapat dating dengan Adli ahad nie?” Ayuni soal Adni perlahan. Kesian Adni, dahlah bersusah payah melakukan semua nie, sekarang melepas peluang kerana cemburu buta orang lain.
“Of courselah tak! Ahad nie, aku yang akan dating dengan Adli.”
Maya yang tiba-tiba muncul menyampuk perbualan. Adni dan Ayuni teleng kepala ke suara Maya yang boleh menaikkan suhu kemarahan Ayuni. Di belakang Maya, dua pengampunya tersenyum sinis mengiyakan kata-kata Maya.
“Kau?”
Adni balas pandangan mata Maya. Betullah kata Ayuni, ada orang pedajalkan kami. Nie mesti kerja mahluk bertiga nie.
“Ahad nie, aku dating dengan Adli dan kau dating dengan Prabu tukang kebun tue ye. Hahahaha!”
Maya buat-buat gelak gediknya. Wekk! Ayuni terasa nak muntah hijau.
“Aku dah agak, nie memang kerja kau. Kau nie, tak boleh ke kalau tak kacau hidup aku?”
Sah! Memang kerja Maya dan gengnya. Adni genggam penumbuk, terasa nak layang je ke muka cantik Maya tue, biar senget sebelah.
“Kan aku dah bagi warning kat kau. Yang kau bodoh nak lawan juga dengan aku kenapa? Kan dah kena. Padan muka kau!” Maya cebik bibir.
“Kau tu yang kacau hidup aku! Kacau bakal boyfriend aku!” tambah Maya lagi. Puas hati dapat mengenakan Adni biarpun dengan taktik kotor.
“Kau nie memang tak betullah Maya. Bakal boyfriend, bukan boyfriend kau pun. Entah-entah, Adli tak pandang kau sebelah mata pun. Sedarlah diri tu sikit. Kau pulak Dania, yang kau ikut perangai hodoh si Maya nie kenapa? Kalau kau terus kawan dengan dia, tak mustahil akhlak kau pun rosak macam dia. Errkk, aku takdak komen untuk kau Sarah. Sebab aku tengok kau nie pun cuma macam tiang elektrik di tepi Si Maya nie. Layan korang, buat sakit jiwa je. Takdak keuntungan! Jom Adni, tinggalkan lalat-lalat nie kat sini.”
Ayuni tarik tangan Adni, memanjat tangga bas yang berhenti betul-betul di depan mereka. Adni berpaling ke arah Maya sambil menjelirkan lidah. Terima kasih Ayuni, sebab dah tolong aku buat 3 mahluk itu koma berdiri. Hehehehe! Ayuni sengih tengok senyum Adni, macam faham je apa dalam hati Adni. Padan muka bertiga tue, asyik nak susahkan hidup kami je..
**************
“Betulkah Adli nak datang nie? Dah pukul 8 dah nie. Nanti, kalau kita lambat, si Prabu tue marah kita pulak.”
Ayuni menyoal Adni yang sedang duduk di pintu Tiramisu yang masih bergantung tanda “CLOSED”. Tiramisu buka pukul 10 pagi sampailah pukul 2 pagi.
“Entah. Dia suruh aku tunggu dia kat sini pukul 8. Kita tunggu kejap lagi lah. Kalau 5 minit dia tak sampai kita blah. Okey?”
Adni senyum segarit, menenangkan perasaan kawan baiknya. Ayuni mengangguk, bersetuju menunggu Adli 5 minit lagi.
‘Adli nie, nak datang ke tak nie? Semalam beria suruh aku tunggu kat sini’ Adni mengeluh kecil, tapi kemudian tersenyum manis teringat kejadian semalam.
Adni letak secawan cappuccino di hadapan Adli yang sedang kusyuk membaca komik. Perlahan dia duduk di depan Adli.
“Kenapa awak suka baca komik?”
“Sebab aku suka.”
“Kenapa awak pakai spec?”
“Sebab aku rabun.”
“Kenapa awak suka Cappucino?”
“Sebab aku tak suka Latte.”
“Kenapa awak..”
“Kenapa kau banyak tanya?”
“Sebab saya suka awak.” Senyum..
Adli tutup buku. Menjeling Adni yang senyum manis. Cawan di bawa ke mulut, menyembunyikan senyuman di bibir.
“Kau dari mana? Tak study pulak hari nie. Takkan sebab dah dapat nombor 30 terus taknak study?” Adli sengih sinis.
“Dari sekolah.” Lemah suara Adni.
“Kau watpe gi sekolah?” soal Adli pelik. Hari sabtu pun nak gi sekolah. Bukan ada Kokum pun.
Adni tarik nafas. Hembus pelan-pelan sebelum membuka mulut menceritakan semuanya. Adli jatuh rahang mendengar cerita Adni.
“Patutnya Cikgu Rokiah buat siasatan dulu, bukannya terus nak jatuhkan hukuman macam nie. Tak patut sungguh!” Adli luah tak puas hati,
“Errmm. Nak buat macam mana, benda dah jadi.” Adni mengeluh perlahan.
“Ermm..” Adli tak tahu nak jawab apa.
“So, esok terpaksa cancel la dating tue ye. Saya tak boleh pergi.”
“Kenapa nak cancel pulak?”
“Iyelah. Dah saya tak boleh datang. Kalau saya boleh datang pun, mesti dah
petang sangat. Dah tak sempat”
“Datang je esok. Tunggu depan Tiramisu pukul 8 nanti.”
Adli habiskan cappucinonya, bangun dan bersedia untuk pulang.
“Tapi Adli. Kalau saya tak datang sekolah, nanti Cikgu Rokiah marah. Saya tak boleh nak datang esok.”
Adni kejar Adli yang dah sedia menolak pintu kaca Tiramisu.
“Esok. Pukul 8.”
Adli kenyit mata, lempar senyuman bergula kepada Adni, membuatkan Adni koma sesaat, hilang kosa kata. Jatuh cinta lagi, Adni senyum nipis.
“Sengal ke senyum sorang?”
Adli yang duduk atas basikal tersengih tengok Adni yang terkejut. Mati senyumannya. Ayuni gelak sakan tengok reaksi Adni. Kot ye pun suka, janganlah tunjuk sangat. Muka Adni tol la, failed bab bagi reaksi.
“Erkk.. Bila sampai? Naik apa?”
Adni tanya soklan cover malu. Lagilah Ayuni ketawa sakan.
“Weh Adni. Budak tue dah sah-sah tengah duduk atas basikal, kompomlah naik basikal datang sini.”
Sah! Adni dah sengal. Riuh ketawanya bergabung dengan ketawa Adli. Dan Adni terpaku di situ, melihat Adli ketawa sakan buat pertama kalinya. So
sweet…
“Jom!” Ajak Adli.
“Pergi mana?” Adni buat muka blur.
“Lah. Pergi dating lah.”
“Tapikan saya nak gi sekolah, ada kerja.”
“Kita dating kat sekolah!” Adli senyum tiga saat.
“Ha?!” Adni dan Ayuni terjerit serentak.
“Cepat naik! Yun, kau tunggu Dani yea.”
Adli tarik tangan Adni, menyuruh Adni membonceng basikalnya. Adni bergerak perlahan ke basikal Adli, ragu-ragu. Tapi sekejap saja dia sudah duduk di belakang basikal Adli bila Adli menjegilkan matanya.
“Yun! Aku tunggu kau kat sekolah yea”
Laung Adni bila Adli mula memusing pedal basikal. Adni melambai tangan ke arah Ayuni yang tak terkata apa-apa melihat kawan baiknya “diculik”.
“Dorang tinggalkan aku sendirian kat sini?” Ayuni berbisik perlahan tak
percaya!
“Takdaklah, dorang tinggalkan kau untuk aku.”
Dani senyum tiga saat sambil parkir basikalnya tepi Ayuni. Ayuni hampir terlompat terkejut.
“Hai Yun!”
“Kau?” Ayuni juling biji mata ke pintu kaca Tiramisu.
“Akulah. Dah berapa lama kita tak bercakap ya? Setahun?”
“1 tahun, 5 bulan 2 hari 18 minit 27 saat!” Ayuni ucap senafas.
“Wo wo wo! Takkan dengan minit dan saat pun kau ingat sekali?”
Dani sengih tak jadi. Agak lama rupanya dia dan Ayuni takdak perbualan.
“Kaulah.. Malu nak cakap dengan orang yang duduk kelas E.”
Lirih. Simpan luka dalam hati.
“Bukan macam tue. Tapi naik sekolah menengah atas, aku jumpa banyak kawan lelaki, banyak aktiviti yang boleh aku buat dengan dorang. Sampaikan aku lupa macam mana nak kawan dengan perempuan. Sorry Yun! Aku lupa, sebelum aku jumpa dorang semua tu, aku ada kawan bermain yang akan kahwinkan patung Barbienya dengan Robot Megazord aku. Hahaha!” Dani sengih sesaat..
“Kau..!”
Ayuni tumbuk perlahan bahu Dani. Dia akui, naik ke tingkatan 4, dia pun jadi segan bercakap dengan Dani kerana faktor usia. Masing-masing dah meningkat dewasa, mereka dah jarang meluangkan masa bersama. Dani dan dia, mungkin kerana perbezaan jantina menyebabkan mereka sukar berkomunikasi sebagai kawan. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Lama-lama mereka tidak lagi bertegur sapa, sekadar berbalas senyum bila berpapasan di jalan.
“Kau masih ganas macam dulu. Dah pakai pink-pink kat bibir tue, ayulah sikit. Hahaha!”
Dani lega. Ayuni masih sama seperti yang dulu.
“Benci!”
Ayuni jadi macam dulu. Manja dan ganas dalam satu masa bila berhadapan dengan kawan baiknya ini. Kawan sedari umur mereka sehari. Ayuni dan Dani, lahir di hospital yang sama, hari yang sama, cuma Dani awal sejam, malah katil ibu mereka bersebelahan. Ibu Dani selalu meletakkan Dani di sebelah Ayuni. Konon-konon mereka sangat comel bergandingan.
“Betulkah benci?” Dani buat kening double jerk.
“Mana boleh benci orang yang aku sayang.”
Ayuni riuh ketawa dengar ayat sendiri. Rasa kembang pulak tekaknya.
“Hahaha! Cepat naik. Dorang dah lama tunggu kita tue.”
Dani gelak dengar ayat Ayuni. Bahagia!
“Naik dengan kau?”
Ayuni ulang ayat Dani dalam bentuk pertanyaan.
“Iyelah. Habis tu kau nak jalan kaki?”
“Errk. Takpelah. Sekolah bukannya jauh pun. Aku jalan kaki”
Tiba-tiba Ayuni rasa segan.
“Naiklah. Takkan aku nak biar orang yang aku sayang jalan kaki kot.”
Dani julingkan biji mata ke langit. Dia pun rasa segan dengan ayat sendiri. Ayuni senyum tiga saat sebelum duduk di belakang basikal Dani yang juga senyum menggula. Dan senyuman mereka berpanjangan sampai ke sekolah.
“Lambat!”
Ayat pertama Adli bila dia dan Dani sampai ke sekolah. Adni di belakang Adli angkat-angkat kening tanya soklan kenapa-korang-lambat-ha-?- guna bahsa isyarat. Ayuni balas nanti-aku-cerita-lepas-nie-dengan-kau- juga guna bahsa isyarat. Adni angguk faham bahasa isyarat Ayuni.
“Hehehe. Aku bagi kau chance kot, dating dengan Adni. Kan Adni kan?”
Dani sengih tengok muka Adni yang memerah malu. Adli pulak buat muka aku-tak-heran. Hahaha! Dani rasa nak gelak guling-guling. Adli nie lah, ego sungguh!
“So, nak buat apa nie?” Adli paling muka kat Adni.
“Semalam kami dah basuh tandas tue, so hari ni tinggal nak cuci longkang dan bersihkan Taman Sains. Prabu cakap, kawasan sekolah yang lain biar dia yang bersihkan.”
Adni berfikir sesaat mengingati arahan Prabu, tukang kebun sekolah mereka atau nama sebenarnya Abu. Dulu pelajar memanggilnya dengan nama Pak Abu, tapi Pak Abu menukar namanya kepada Prabu, kerana kedengaran lebih glamour. Apa-apalah Prabu! Asalkan bukan kerabu sudah. Adni mengomel dalam hati.
“Okey! Jom! Aku dengan Yun bersihkan longkang, korang berdua bersihkan Taman sains.” Dani buat keputusan tanpa di pinta.
“Apsal pulak aku kena dengan kau?” Ayuni soal tak puas hati.
“Takkan kau nak dengan Adli pulak?” Dani soal cemburu.
“Bodoh! Aku dengan Adni, kau dengan Adli lah.” Ayuni bagi cadangan.
“Apsal aku dengan Adli pulak?” Dani soal, buat-buat bodoh.
“Dah! Korang berdua nie. Aishx. Aku dengan Adni. Yun, kau dengan Dani.”
Dani senyum menang, Ayuni cebik bibir. Adni buat muka tak puas hati.
“Apsal saya dengan awak pulak?” Adni tanya senafas.
“Lah.. Awak kan ada date dengan saya, bukannya dengan dua orang nie.”
Alid tarik sengih sesaat sebelum juling mata ke langit bila tengok senyum di bibir Adni, dan gelak riuh Ayuni dan Dani. Adni angkat thumb up kepada Dani dan Ayuni , senyum tiga saat sebelum mengejar Adli yang sudah berjalan ke stor mendapatkan peralatan.
“Adni bagi berus tue”
“Adli, saya nak baldi tu. Pass kejap”
“Kau nie betullah bengap! Matilah ikan tue kau tumpahkan cecair pencuci dalam situ.”
“Lah. Saya nak basuh kolam nie. Mana saya perasaan ada ikan lagi dalam tue.”
“Biar aku basuh kat situ. Nanti kau jatuh susah pulak.”
“Aduh! Sakitnya!”
“Hati-hatilah. Kau nie buat orang bimbang jelah!”
“Adli. Ikan arowana seekor nie macam nak mati.”
“Takpe, nanti kita masak tiga rasa lepas nie.”
“Ikan arowana mana boleh makan!”
Riuh Adli gelak dengar ayat Adni. Siap buat muka cemberut. Riuh mereka berdua di Taman sains pagi itu. Macam tak percaya, Adli yang dah tolak cintanya 79 kali itu bergelak ketawa bersamanya. Macam begini pun, dia sudah berpuas hati. Sesekali dorang dengar Ayuni menjerit geram bila Dani menyiramnya dengan air. Takpun jeritan Dani mengaduh kesakitan bila Ayuni membalingnya dengan apa saja yang ada di tangannya tak kisahlah ketika itu dia sedang memegang batang berus longkang.
Maya yang datang dengan teksi berdiri di pagar sekolah meluat melihat Adni dan Adli bergelak ketawa. Tambah meluat bila melihat Ayuni mengejar gembira Dani yang menyiramnya dengan paip getah. Rasa macam nak muntah hijau! Dahlah sebab kata-kata Ayuni hari tue Sarah dan Dania dah macam menjauhkan diri. Benci sungguh dia dengan budak nama Ayuni tue.
Maya rasa semakin kalah. Adli tak pandang dia langsung! Sudahlah tadi dia di marahi oleh abang Adli sebab kononnya tekan loceng rumah dorang banyak kali bila dia datang rumah Adli ajak dia pergi dating. Baik tak payah letak bell kalau tak bagi orang tekan, lagipun bukan tekan banyak kali pun, cuma err.. dalam 15 kali dalam setengah minit tue. Mengada! Rasa macam nak maki je abang tue, tapi muka cute dia tu buat Maya hilang kosa kata.
Maya merengus kasar bila tengok betapa bahagianya Adli dan Adni. Rasa dia memang dah kalah. Rancangannya untuk menghancurkan Adni memakan dirinya sendiri. Benci untuk berlama-lama di situ, Maya angkat kaki berlalu ke teksi yang masih menunggu. Bukan Adli seorang lelaki dalam dunia nie! Pintu teksi di tutupnya kasar.
Adni menuju ke arah Adli yang duduk santai di longkang. Dia baru meletakkan peralatan tadi ke bilik stor. Ayuni dan Dani masih belum selesai kerana dari tadi sibuk bermain buih sabun.
“Macam budak-budak!” komen Adli sambil sengih melihat perangai Ayuni dan Dani.
“Comel la dorang tue. Hehehe!”
Adni tengok muka Ayuni dan Dani yang happy macam kanak-kanak ribena.
“Lah. Kita tak comel ke?” Adli paling sisi, tanya soalan.
“Comel. Comel. Comel.”
Sungguhlah Adli nie, asyik buat aku jatuh cinta. Adli senyum tiga saat tengok muka merah malu Adni.
“Adni..’
“Hurmm..”
“Dengar baik-baik yea. Aku cakap sekali je. Tak mau ulang banyak kali”
Adni yang sedang merenung buih-buih sabun yang berterbangan di udara berpaling ke sisi. Tengok muka tenang Adli, senyum.
“Cakaplah. Saya dengar.”
Adli tarik nafas. Demi masa depan mereka, dia mesti cakap dengan Adni.
“Aku tak tahu apa yang aku rasa tentang kau. Sungguh! Aku dah mula rasa lain macam bila dengan kau. Rasa happy, cemburu, sayang, rindu semua ada. Berbaur.”
Diam kejap. Tapi matanya masih ke langit. Dan dia perasan, ada senyum di bibir Adni yang tunduk merenung tanah bila dia mula bicara tentang hati dan perasaannya.
“Tapi kita muda sangat, perjalanan kita pun masih jauh. Aku tak mau ada antara kita yang terleka, sebab kita tak tahu perasaan ini sampai bila. Mungkin selamanya, esok atau mungkin bila aku dah balik rumah perasaan ini dah takdak, hilang. Aku takut bila kita dah tersedar, kita dah hilang semuanya. Kau fahamkan maksud aku?”
Adli kalih kepala ke sisi, beradu dengan mata Adni. Senyum.
“Saya faham Adli. Sebab itulah, bila kita dah berjaya nanti, saya dan awak dah menjadi seseorang yang boleh di banggakan, masa tue awak dah tak boleh tolak saya lagi tau!”
Adni tarik senyum ke telinga. Lawan dengan senyuman manis Adli.
“Tapi pastikan kau berjaya tau masa tue. Nanti aku pertimbangkan kau jadi
girlfriend aku. Hahahaha!”
Adli gelak tengok muka cemberut Adni. Masa tue, aku sendiri yang akan datang kat kau! Adli berbisik dalam hati..
“Okey! Time tu kalau awak tolak saya sebab perempuan lain, awas!”
Adni senyum dengar gelak Adli. Sekurang-kurangnya, kali ke 80 aku di tolak, ada jaminan yang lebih baik dia tawarkan. Terima kasih ALLAH, kerana membuatkan aku jatuh cinta dengan lelaki sebaik dia.
“Weh! Dah kenyang bercinta?”
Sindir Ayuni sambil menarik tocang kuda Adni. Dani pulak berdiri di depan Adli sambil angkat kening double jerk.
“Agaklah. Tapi mungkin tak sekenyang orang tue, siap main buih sabun segala.”
Adli balas sindir Ayuni sambil sengih segarit. Adni tergelak kecil, Dani berdehem macam orang tertelan biji kopi. Ayuni, sengih macam kerang busuk. Hahahaha!
“Tiba-tiba aku rasa macam panas dan pedas pulak. Jom cari air jom!”
Ayuni tarik Adni mengekori dia. Panas telinganya dengar sindiran Adli, tapi dalam hati, ada taman. Hahahaha! Dia dengar ketawa Adli dan Dani berpadu. Adni di sebelah masih tersenyum-senyum. Ayuni, terus julingkan biji mata ke langit.
Hari ini hari pertama peperiksaan SPM..!!
Ayuni dan Adni berjalan perlahan menuju ke dewan peperiksaan. Di tangan Ayuni ada nota dari Dani yang membuatkan dia senyum dari tadi. Adni sengih tengok sengau Ayuni, dah pandai dah. Haha! Gelak Adni perlahan dalam hati.
“Adni!”
Adni dan Ayuni mematikan langkah depan pintu dewan peperiksaan.
Memandang Adli yang berdiri di tepi pintu dewan bersama-sama Dani. Dani senyum tiga saat kepada Ayuni sambil sengih tengok notanya di tangan Ayuni.
“Selamat berjaya! Kau juga Yun, jawab elok-elok!”
Adni senyum. Angkat thumbs up kat Dani dan Adli. Ayuni angguk kepala, juga angkat sama thumbs up nya.
“Awak juga. Selamat berjaya! Untuk awak juga ye Dani”
“Orait!”
Dani angkat thumbs up juga ke udara sebelum kalih wajah ke arah Ayuni.
“Yun, tak boleh bawa nota masuk dewan exam biarpun itu nota dari orang yang sayang kau.”
Sengih, tak malu mengaku depan Adni dan Adli. Riuh mereka kejap di depan pintu dewan peperiksaan. Ayuni jelling manja Dani sambil hentak kaki ke lantai, kononnya nak tiru gaya Maya bila buat protes. Terus dia jelir lidah ke arah Dani sebelum bergerak meninggalkan mereka menuju ke kerusinya.
Adni membuntut Ayuni bila melihat beberapa orang guru mula bergerak ke dewan peperiksaan. Senyuman manis untuk Adli dan Dani dan dia perasan bibir tanpa suara Adli membentuk “Selamat berjaya!” sekali lagi. Adni angguk, memulakan langkah pertamanya untuk menjadi “seseorang’.
******************
Tiramisu cafe macam biasa pagi itu. Kak Lily, Kak Kiki dan Kak AJ duduk di satu sudut. Setiap kali loceng di pintu masuk cafe itu berbunyi, Kakak bertiga itu pasti akan mengalihkn pandangan ke arah pintu namun orang yang di tunggu belum tiba juga. Kak Lily nampak paling gelisah sekali. Hari ini, keputusan peperiksaan SPM di umumkan.!!
Ting! Tong!
Pintu kaca itu berbunyi sekali lagi. Mata mereka bertiga pantas beralih ke pintu. Di pintu, gadis berdua itu berdiri dengan muka yang basah dengan air mata. Kak Lily, Kak Kiki dan Kak AJ menghembus nafas perlahan. Sukar di duga, ia air mata gembira atau apa.
“Kakakkk..!!!”
Macam biasa, Ayuni selalu mulakan langkah dulu di ikuti Adni, berlari memeluk ketiga-tiga kakak yang gelisah menanti. Nasib baiklah gadis berdua ini kecil sahaja, jika tidak susah juga mereka bertiga bertahan berdiri bila gadis berdua itu memeluk serentak. Tapi, bahu mereka basah juga dengan air mata. Beberapa pelanggan memandang mereka pelik.
“Terima kasih kak. Terima kasih..” Adni bersuara dulu.
“Kami berjaya kak, kami berjaya!” ucap Ayuni dalam tangisan.
Ketiga-tiga kakak itu menarik nafas lega. Alhamdulillah. Usaha keduanya membuahkan hasil. Kak Kiki menepuk-nepuk perlahan bahu Adni dan Ayuni. Ayuni dan Adni melepaskan pelukan tapi air mata masing-masing masih bocor.
“Guys, dua orang budak comel yang selalu buat nakal kat dalam cafe nie baru dapat result SPM dorang.”
Adni dan Ayuni tergelak kecil mendengar ayat Kak Kiki. Beberapa pelanggan setia yang memang maklum kenakalan gadis berdua itu ikut ketawa.
“Dan dorang berjaya!”
Kata-kata penamat Kak Kiki di sambut sorakan dan tepukan para pengunjung cafe. Beberapa orang datang bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua, juga kepada kakak bertiga itu.
Di pintu Adli, berdiri sambil tersenyum. Tepukan di bahunya menyedarkannya yang dia sudah menghalang jalan. Adli berpaling, Abangnya berdiri di belakang.
“Budak Adni tue, sangat nekad dan tekad macam AJ. “
Abang Alil senyum tengok tunangnya yang sedang memeluk Adni dan Ayuni sambil air mata mengalir laju di pipi masing. Melihat kesungguhan Adni, membuatkan dia teringat kesungguhan tunangnya itu mendapatkan cintanya.
So?” Abang Alil angkat kening.
“Perjalanan sebenar kami baru bermula bang!” Adli bersuara tegas.
Abang Alil menepuk bahu adiknya perlahan. Itulah yang sebaiknya.
Tiramisu cafe di tutup malam ini. Cuma di buka untuk orang-orang tertentu
sahaja. Dari luar, boleh dilihat betapa meriahnya sambutan di dalamnya biarpun sederhana sahaja.
Adni memakai dress merah jambu sampai ke buku lali. Rambutnya di biarkan lepas. Ayuni juga sama, memakai dress yang sama cuma dari warna berbeza, biru. Hadiah dari Kak Lily, cuma mereka sendiri yang memilih warnanya.
Malam ini, di Tiramisu Cafe mereka di raikan. Bukan mereka sahaja, malah Shafiq dan beberapa rakan sekolah mereka turut hadir. Paling mengejutkan, Maya dan gengnya juga hadir. Mereka datang mengucapakan tahniah sekaligus memohon maaf kesalahan lalu. Bagi Adni dan Ayuni, semua itu sudah menjadi sejarah dan tiada apa yang harus di marahkan lagi. Mereka saling bermaafan.
Adni menarik nafas lega. 2 tahun yang lalu dia cuma kebetulan lalu di kawasan itu, kerana cuba menyesuaikan diri dengan tempat baharu tanpa menyedari banyak cerita indahnya terlakar di situ. Di situlah hari di mana dia bertemu Tiramisu Cafe yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, malah di Tiramisu Cafe ini jugalah dia jatuh cinta buat pertama kalinya. Adni melirik pandang ke arah Adli yang sedang rancak berbual dengan Dani, Shafiq dan rakan sekolah mereka yang lain.
Sesaat, matanya beralih ke arah Kak Lily dan Ayuni yang sibuk bercerita tentang kecantikan, nampaknya geng Maya macam berminat pulak bila dari tadi setia duduk di samping Kak Lily. Kak Kiki, suaminya Abang Apis, suami Kak Lily dan Abang Alil entah bercerita tentang apa. Tapi kelihatannya santai benar sebab sesekali terdengar tawa mereka. Si baby Alesya anak Kak Lily bermain sendirian di antara mereka. Sesekali tangan Kak Kiki gatal mencubit geram pipi Alesya. Dan baru dia perasan, kurang seseorang.
“Cari akak?”
Suara Kak AJ tiba-tiba menyapa gegendang telinganya, sangat hampir.
“Macam mana akak tetiba ada kat sini?”
Adni urut dada perlahan. Terkejut di sergah tadi.
“Akak duduk dah lama kot sebelah Adni, tengok Adni memerhatikan dorang.”
“Hehehe! Tak perasan.”
Kak AJ tarik senyum tiga saat. Bila Kak AJ tersenyum, mesti Adni teringat lagu Malique dengan Najwa. Senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyuman Kak AJ, banyak "bicara"nya.
“Kak AJ!”
Ayuni datang seraya meletakkan punggungnya di sebelah Kak AJ. Kini Kak AJ duduk di antara Adni dan Ayuni.
“Kak, nanti kalau nak kahwin dengan Abang Alil, jangan lupa hantar kad kitaorang tau.”
“Orait! Kak AJ tak lupa. Awak tue Yun, nanti satu kampus dengan Dani kan? Jaga elok-elok perangai tue, mesti study betul-betul. Kalau akak dengar benda yang tak elok pasal Yun dengan Dani, siap dengan akak. Adni pun sama. Pandai-pandai jaga diri tempat orang. Akak harap, budak comel berdua nie berjaya dan terus berjaya. Tapi biarlah berjaya dengan nilai-nilai muslimah tue. Solat kena jaga tau.”
Panjang lebar kak AJ bagi amanat. Adni dan Ayuni angguk kepala tanda faham. Amanat itu jadi azimat bila berjauhan dengan keluarga nanti.
“Perjalanan awak berdua masih sangat panjang. Tapi setiap perjalanan itu, bermula dengan satu langkah juga. Sebab itulah, Adni dan dan Ayuni kena pilih kasut yang sesuai. “Kasut” yang sesuai akan membawa kita ke destinasi yang tepat dengan selamat.”
Kak AJ pandang hadiah pemberiannya dan Kak Kiki yang tersarung elok dan molek di kaki Adni dan Ayuni. Adni dan Ayuni turut memandang ke kaki masing-masing. Mengangguk lagi.
“Kasut yang selesa itu boleh jadi apa saja kan Kak? Kawan, pemilihan kehidupan mungkin juga cinta. Tapi Yun dah dapat kasut yang selesa itu kak, cuma sekarang kami terpaksa berpisah sementara. Tapi takpe, Yun dah ada kasut selesa yang baru untuk temankan perjalanan Yun nanti sampai ke akhirnya.”
Ayuni sengih gatal ke arah Dani yang melambainya. Kak AJ gelak sakan tengok perangai “Kawan baik” Ayuni itu.
“Adni? Dah jumpa kasut yang selesa?”
Kak AJ tanya soklan bila ketawanya sudah redah.
“Macam yang cakap Kak, kami terpaksa berpisah sementara. Tapi insyaALLAH, Adni pun ada kasut yang selesa temankan perjalanan Adni.”
Biarpun mungkin dari jauh. Sambung Adni dalam hati.
Kak AJ senyum. Semoga saja, bahagia untuk Adni dan Ayuni.
Jam sudah pukul 12 bila majlis mereka selesai. Ayuni sudah balik menumpang Dania, oleh kerana jalan mereka berbeza dan agak jauh untuk berpatah balik, Adni memutuskan untuk menerima pelawaan Abang Alil untuk menghantarnya pulang. Lagipun Kak AJ juga ada, tidaklah dia merasa segan nanti.
“Terima kasih abang, akak. Selamat malam Adli. Assalammualaikum.”
Adni pantas keluar dari kereta, mama sudah berdiri di ambang pintu menunggunya pulang. Adli yang turut turun dari kereta mengejutkan Adni.
“Kenapa?”
“Untuk kau. Tahniah dapat masuk Matrikulasi.”
“Terima kasih. Tapi saya takdak hadiah untuk awak.”
“Senyum. Tak perlu kata apa-apa.”
Adni senyum manis. Sangat manis. Cukup untuk bekalan si kekasih hati yang akan terbang jauh di rantaun orang.
“Dah. Pergi masuk. Mama kau dah tunggu tu” Adli beri senyuman manis.
“Jaga diri.”
Adli mengangguk. Bila yakin Adni sudah melangkah masuk di dalam rumah, barulah Adli melangkah masuk ke dalam kereta.
“Adli! Chill ar bro, 6 tahun je kot. Pejam celik pejam celik kau kat Ireland tue abeslah tue.”
Abang Alil gelak-gelak. Dalam kemalapan cahaya dalam kereta, dia boleh nampak betapa keruhnya wajah adiknya. Tunangnya di sebelah menampar bahunya lembut. Menyuruhnya berhenti mengusik Adli.
“Rilekslah. Nanti lepas 6 tahun, jumpalah buah hati tue! Muka macam ayam berak kapur, kena tinggalkan awek. Hahahah!”
“Shut up lah abang Alil!”
Adli bersuara keras sambil sembunyi muka bawah bantal love merah di kereta abangnya! Dan telinganya masih dapat menangkap suara ketawa abangnya dan suara marah-marah manja bakal kakak iparnya memarahi abangnya.
6 tahun. Bukan satu tempoh yang sekejap kalau Adni ingin berubah hati. Lagipun, tiada hubungan yang bernama antara mereka. Cukup mereka tahu isi hati sendiri. Adni, semoga saja ALLAH ciptakan kau memang untuk aku.
Adni tengok kereta Toyota Camry abang Alil hingga hilang di balik selekoh barulah dia berganjak dari pintu. Naik ke biliknya dan membuka hadiah Adli.
Sehelai tudung putih dengan stickey note di atasnya. Cantik! Adni usap tudung itu,lembut. Jarinya berhenti di stickey note.
“Adni lagi cantik kalau pakai ini. Nampak lagi manis.”
Adni tarik senyum ke telinga. InsyaALLAH, dia akan berusaha menjadi yang lebih baik. Semoga, ALLAH menciptakan aku untukmu Adli.
***************
“Lambat!”
“Sorry…”
Buat muka simpati. Wajah kekasih hati di depan mata di renung minta
kasihan.
“Banyak sangat patient tadi. Bila nak keluar tu, ada lagi emergency case. Nak tak nak, kena juga handle. Sayang tak pelah, office hour. Masuk pukul lapan, keluar pukul 5. Bank pun bukannya buka sabtu ahad. Akauntan kerja 5 hari seminggu je.”
Tangan di atas meja di capainya. Di elus lembut jari-jemari yang masih berinai merah itu. Cuba mencairkan hati yang sedang beku di dalam.
“Sayang.. Ingat tak apa yang..”
“Isteri tak boleh bantah cakap suami. Tak boleh buat muka masam depan suami. Sayang ingatlah cakap penceramah kursus kahwin tue abang.”
Adni tarik muka manis, senyum sampai ke telinga bila suaminya mengangguk-angguk kepalanya.
“Good! Memang isteri yang baik.”
Adli usap kepala isterinya. Macam dia usap kepala Adni 9 tahun lepas, di tempat yang sama. Bezanya Cuma, dulu dia mengusap rambut Adni, tapi sekarang tudung Adni.
“Jom! Gerak kat rumah Ayuni. Yun tu dah bising sangat, dah 2 minggu baby dia dan Dani lahir, tapi kita belum pun jenguk dorang.”
“Alah. Kejap lah, abang nak minum nie.”
“Minum jelah air nie.”
“Alah.. Tak suka lah Latte..”
Kata-kata Adli terhenti bila suara budak lelaki yang dalam perkiraannya baru berusia dalam belasan tahun itu mendahului ayatnya.
“Latte pahit. Cappuccino manis.”
“Kenapa awak suka baca komik?”
“Sebab aku tak suka baca majalah hiburan macam kau.”
“Kenapa awak pakai spec?”
“Sebab mata aku tak terang macam mata kau.”
“Kenapa awak..”
“Kenapa kau banyak tanya nie?”
“Sebab saya suka awak. Saya nak tahu semua pasal awak. Sayakan nak jadi girlfriend awak!”
“Tunggu kau dapat kalahkan aku dalam exam excel nanti baru kau boleh jadi girlfriend aku!”
Hahahahaha! Adli ketawa sakan tengok budak lelaki itu cebik bibir dan si budak perempuan tarik muka masam. Adni menepuk perlahan tangan suaminya, sambil tersenyum melihat pasangan remaja itu yang memandang mereka pelik.
Adli menarik perlahan tangan isterinya, bangun menuju ke arah pasangan remaja itu.
“Nama abang Adli. Adik?”
Adli hulur tangan ke arah remaja lelaki itu.
“Rizqin.” Tangannya bersambut.
“Adni. Isteri abang Adil.” Adni hulur tangan ke arah Si gadis.
“Miasara.” Senyum sambil mencium tunduk mencium tangan Adni.
“Sorry. Tadi abang dengar perbualan korang. Sebab tue abang ketawa, teringat kisah lalu.”
Rizqin dan Miasara pasang muka pelik depan Adli dan Adni yang baru di kenali. Perbualan mana yang buat mereka teringat kenangan dorang pulak nie? Rizqin pandang muka Miasara dengan kerut di dahi.
“Pasal Latte dan cappuccino.”
Adni senyum tiga saat. Miasara senyum malu dengar kata-kata Adni. Mesti abang dan kakak nie dah dengar aku confess kat Rizqin tadi. Malunya! Rizqin cuma tarik sengih ke telinga.
“Abang suka cappuccino.”
“Kakak suka Latte.”
“Abang cabar, cuba dapatkan tempat terbaik dalam tingkatan time ujian
bulanan.”
“Dan kakak berjaya.”
“Abang suruh tunggu 6 tahun.”
“Tapi kakak sanggup tunggu sampai 9 tahun.”
“Dulu, abang tak suka”
“Tapi sekarang, kami dah menikah.”
Rizqin dan Miasara melopong tengok Kak Adni tayang cincin nikah di jari manis dengan tangan Abang Adli tersulam kemas di jari jemarinya.
“Rizqin, perempuan kalau dah cinta dia sanggup buat apa saja. Belajar menghargai pengorbanannya.”
Adli tepuk bahu Rizqin sambil senyum manis kepada Miasara.
“Miasara, mungkin sekarang memang dia tak suka. Tapi mana tahu ALLAH buka hatinya untuk cinta suatu hari nanti. Tak salah berusaha, tapi ingat harus berpada-pada. Jaga maruah.”
Adni cuit pipi Miasara sambil beri senyuman manis untuk Rizqin.
“Selamat berjaya!”
Adni dan Adli ucap serentak sambil berjalan ke arah pintu cafe.
“Abang Adli! Kak Adni!”
Adli dan Adni berpaling. Menunggu Rizqin dan Miasara membuka mulut.
“Terima kasih bang, kakak.” Rizqin bagi senyum tiga saat.
“Saya akan berusaha Kak, abang.” Miasara bagi senyum segarit.
“Selamat berbahagia!” ucap mereka berdua serentak.
Adli dan Adni angkat tangan, melambai dan terus berlalu dengan senyuman.
Rizqin pandang muka Miasara, Miasara pandang muka Rizqin.
“Aku tak cinta kau.”
“Takpe. Kau boleh belajar suka aku dulu.”
Senyap……
“Saya memang tak boleh minum cappuccino. Sangat manis.”
“Takpe, mungkin aku boleh belajar minum Latte.”
Senyum…..
“So, bila saya boleh jadi girlfriend awak?”
“Bila kau berjaya dapat tempat pertama, kalahkan aku!”
Miasara cebik bibir sebelum tertawa. Rizqin sengih, kemudian turut sama
tertawa. Mungkin sebuah kisah cinta terlakar lagi di sini.
Di Tiramisu Cafe, secawan Cappuccino yang manis dan secawan Coffee Latte yang pahit menanti anda. Kombinasinya mungkin berbeza, tapi masih boleh berganding sama. Kerana prinsipnya masih sama, memberikan kenikmatan. Dan, di sana ada tiga orang kakak yang manis sedia menerima pesanan.
Korang Comel Kalu Korang Like
7 comments:
ajmah..LOVE it..ehe..up skit dr suka..! taim baca aku bleh bayangkan yg aku ni adni n adli tu AIDIL..haha...sumpah perasan!! :D
nice....!!bca part awal2 tu t'ingat cta korea playful kiss...=)
da bleh tulis novel la pasni..hehe
rasa cam baca komik..sweet gila..rahang pon sakit sbb asyik senyum sengau~LOL
nice story...sweet words..xsngka lak ko wt kt blog, aq simpan lam buku lama jak..da byk ilang kna pnjam ma kwn..huhuhu, n way..even kta xla rapat sgt dlu..but i love u da way a friend will do..stay good..=)
wahhhh...comeylnya cita neyh..tiba2 asa nk jadi cm adni lak..hehhe...btw...gud job la..heeeee
MCM BACE CITE PLAYFULL KISS + CTE BOYS OVER FLOWER BILE TBE PART KASUT .. BTW .. NICE STORY :). SUKE SUNGGUH DENGAN CERITA CERITA AWAK :) CUMEYLL SGT :DD
OMG!!! kan best lau sy jadik ADNI or AYUNI tuh..hehheh... sweet cngt... tetibe nk carik pakwe cm ADLI...hehehe
Post a Comment