Apr 20, 2011

Surat Untuk Dia!

Assalammualaikum..

Hai awak? Tengah buat apa tue? Main Facebook? Oh, okey! Yang tue takpe, tapi kalau tengok yang bukan2, yang geli2, Siap! Malam ini, saya rasa sangat bosan pulak. Tetiba saya rasa, saya nak tulis surat kat awak. Surat yang pertama untuk awak. Hehehe! 

First, saya ingat nak tulis atas kertas, letak bedak satu botol pastu pos kat awak. Tapi, malangnya saya tak tahu alamat awak. So saya tukar plan, rasa macam  nak masukkan dalam botol, pastu buang kat laut. Kot2lah awak jumpa bila awak tengah mandi manda kat tepi pantai dengan kawan2 awak. Tapi, saya batalkan niat tue sebab saya takut lanun plak yang jumpa nanti. Bila di fikir balik, lagi bagus saya buat pengumuman kat TV, lagi okey kot sebab awak boleh tengok muka kiut saya nie. Tapi akhirnya, Saya tulis kat blog je sebab saya takdak duit nak bayar TV, mahal! Lagi satu, saya tulis kat blog bukan nak mencapap yea, tapi saja nak kasi awak baca. Kang kalu saya tulis dalam diari merah jambu, awak tak boleh baca pulak.

Saya tak tau siapa awak, nama awak, umur awak, kerja awak, di mana awak, yang saya tau cuma satu. Jantina awak! Opkoslah awak lelaki kan? Hahaha. So, my future husband, ini surat saya yang pertama untuk awak. Tolonglah baca baek2 yea, penat saya taip untuk awak nie. Kalau awak taknak baca sekarang, takpe. Esok2, awak bacalah. Yang penting awak baca! Kalau tak baca, saya lempang laju2!! Hahahaha~

My Future Suami Ku..

Waktu saya tulis surat nie, umur saya baru 22 tahun. Dah lepas kalau nak mengundi. Maknanya saya dah boley kawen dengan awak. Hahaha! Oh tolonglah, itu tak bermaksud yang saya nie dah sangap nak berlaki. Saya cuma cakap, umur saya nie dah boleh kawen dah. Oleh sebab saya tak tahu berapa umur awak, so harap2lah umur awak tak 2 kali ganda umur saya yea. Nanti abang saya bingung pulak nak panggil awak apa. And, harap2lah kita sebaya. Kalau kita pernah satu sekolah, sekelas dulu lagilah best! Hahaha~

Saya tak ada idea apa awak buat sekarang. Mungkin awak sekarang masih study, dah kerja tak pun tengah tanam anggur. Abaikan! Saya tak kesah langsung apa yang awak tengah buat sekarang, yang saya tau bila saya jumpa awak nanti, time tue awak dah ada banglo sebijik, kereta 2 bijik (Satu awak, satu lagi untuk saya) dan gaji lima angka. Saya tak minta banyak awak, saya minta sikit je kat awak kan? Lagi satu, kalau awak ada Ladang Sawit 1000 ekar lagi bagus. Memang cerah masa depan kita anak beranak. Tapi, pastikan duit awak dari sumber yang halal K! See, saya tak demandkan? Saya memang bersederhana awak. Beruntung betul awak ada isteri macam saya. *Senyum*

Suami Ku..

Sebelum saya jumpa awak, saya dah masuk kelas memasak kat KEMAS tau. Mahal saya bayar  tau awak, semata2 nak jadi isteri yang pandai memasak untuk awak, nak bagi perut awak kenyang setiap hari. Tapikan, setakat masakkan awak telur apalah susahnya. Awak sebut jak nak makan telur masak apa, semua saya boleh buat. Nak telur rebus? Goreng? Scrambled? Even telur hancur hangus pun saya pandai! 

Jangan risau, saya takkan bagi awak makan makanan luar. Kecualilah kalau saya busy sangat sampai lupa jalan nak balik banglo kita, dah lupa muka suami saya. Time tue, awak bukalah kabinet dapur kita, saya dah beli banyak stok maggi pelbagai perisa untuk awak. Saya ada buat Kek Coklat untuk awak, ada dalam peti sejuk. Tolonglah jangan bosan, saya cuma tau masak kek coklat je. Kek lain tak pass lagi. Oh ya, tolong bagi anak kita makan sekali yea!

Sebut pasal anak, awak nak berapa orang anak? Kalau saya cukuplah dua yea. Saya bukan taknak banyak2 anak awak, tapi kalau ramai2, tak cukup joystick nak main PSP. Nak kena beli banyak2, kang lari pulak bajet bulanan kita. Sayakan isteri yang mithali, bertimbang rasa. Lagipun, duit awak yang banyak2 tue kan untuk saya beli set berlian kat Habeb Jewel. Tapikan awak, kalau awak nak anak ramai2 pun okey juga. Cukup satu team bola sepak, okey tak? Boleh kita ajak Chelsea datang Malaysia buat friendly match. Hahahaha!

Sayang..

Maaf ya, saya memang liat bab bangun pagi nie. Saya harap sangat awak kejutkan saya setiap pagi, ajak saya jemaah sama2 solat subuh. Bukan subuh jak, kalau boleh kesemua lima waktu. Tapi kalau solat Zohor dan Asar tue memanglah susah nak buat jemaah sesamakan? Takpelah, yang penting kita berjemaah setiap hari, tak kiralah satu waktu je pun. Takkah sikit punya bahagia tue kalau awak pergi kerja setiap hari lepas cium dahi saya time solat subuh. Mesti awak semangat nak cari duit banyak2 untuk kitakan? Saya tahu. Tapi, kalau saya tengah bercuti, awak jangan nak menggatal cuti sama pulak!

Kalau awak cari bini yang ayu2, cakap lembut2, yang sempurna jalan terkepit2, menunduk muka sampai terlanggar tiang lampu tepi jalan, memanglah bukan saya. Saya tak ayu awak, kalau cakap saya cantik, memang tak la kan. Tapi saya kiut, saya ada lesung pipit. Nak jalan macam pengantin pun memanglah tak. Silap2, saya jalan dulu dari awak. Sebab tue, bila kita dah kawen nanti, awak janganlah malu nak pegang tangan saya, jalan sama2 seiringan dengan saya. Nanti, kalau isteri awak yang kiut nie hilang, awak juga yang susah. Takdak bantal peluk malam2. Hahahaha!

Saya degil. Saya mungkin akan cari gaduh dengan awak setiap hari. Saya mungkin akan merajuk dengan awak tak kira masa, tapi awak tak perlu risau, tak perlu buang masa pujuk saya. Malam2, saya carilah awak. Hahahaha! See, saya mudah beralahkan? Lagipu, kita gaduh2 manja je pun kan? Kan? Makanya, saya harap sangat awak sabar melayan karenah saya. Saya hargai sangat2 kalau awak sanggup temankan saya tengok drama Korea malam2, takpun tengok MU vs Chelsea. Awak, saya anti MU! Kalau awak peminat MU, bersiap sedialah tidur luar kalau Chelsea kalah malam tue. Hahaha! Saya tak kejam kot. Awakkan bantal peluk saya. *blushing*

Suami Ku yang tersayang..

Memanglah saya nie kiut je, tak ayu, tak pandai masak. Tapi tolonglah, jangan buat itu jadi alasan untuk awak nak carikan saya "kawan baru". Saya tau awak nak dia tolong saya layan awak, tolong masakkan untuk awak, jaga anak2 kita. Tapikan awak, saya tak perlukan semua itu. Awak seorang dan anak2 kita tue dah cukup buat hilang bosan saya. Saya tak sanggup nak kongsi kasih awak dengan orang lain. Saya tau awak nak bagi saya senang kat akhirat, biar dapat payung emas. Baeknya hati awak. Tapi takpelah awak, tak payah susah2. Silap2, kat dunia nie saya dah tikam dia dengan payung. Kalau saya taat kat ALLAH, Mak Abah kita, kat awak, jadi ibu yang baek untuk anak2 kita pun boleh masuk syurga awak. So, maksudnya saya memang tak perlukan madu!

Saya tau awak ensome, Kim Hyun Joong pun kalah. Sekarang pun mesti awek awak keliling pinggang kan? Kalau awak tengah kapel2 sekarang nie, saya harap awak jagalah batasannya yea. Oh ya, Saya nak kawen dengan TERUNA! So, harap2 awak tak buat yang bukan2 K. Bila saya cakap awak ensome, jangan pulak awak perasaan, terus ambek gambar comey2 masuk Facebook. Mengada tue namanya. Saya pun, insyaALLAH akan jaga maruah saya, sampai jumpa awak. Memanglah saya pun ada suka orang sebelum jumpa awak, tapi manalah taukan orang yang saya suka tue awak. Perasankan saya! 

Oh My Husband yang terchenta!

Saya bukan sempurna untuk awak. Saya tau awak pun bukan yang sempurna untuk saya. So, apa kata kita saling melengkapi? Mungkin kita jadi pasangan yang sempurna lepas tue. Hahahaha! Saya memang perasan, awak abaikan jelah. Saya tak tahu awak di mana sekarang, saya cuma harap saya jumpa awak cepat2! Ramai sangat dok ngurat saya kat Facebook, mesej2 saya, takut saya tergoda pulak. So, pleaselah cari saya cepat2 K. Nak cari awak, saya takut salah orang. Saya tak nak abeskan masa saya dengan orang lain.

Sampai jumpa dengan isteri awak nie, pleaselah hidup baek2 K!

AJ Bilang:
Anda hebat kalau baca sampai habis! Hahahaha!
Oh my future husband, cepat2lah pinang Aku. =)

Korang Comel Kalu Korang Like

2 comments:

nur79 said...

lawak la...tpi sesuai untuk bakal suami di luar tu..

perd said...

ehm... nice confession to attract the guys outside there to approach u, I'll hope your confession will reach the guy whose gonna be your future husband.PeAcE Yoo