Jul 7, 2011

Isteriku, 19 tahun! [17]


“Aku rasa aku tengah jatuh cinta.”

Okey, ayat itu dia tuturkan sepuluh minit yang lalu. Tapi kenapa Naim tak henti-henti ketawa macamlah ayat itu line Sepah Maharaja Lawak? Ayat itu tidak lucu okey!

“Aku rasa, kau patut berhenti ketawalah Naim. Aku takut kepala kau benjol aku baling dengan safe helmet ni.” 

Jari-jemari Akif mengetuk-ngetuk safe helmet di atas meja. Naim ni macam dah kena sawan gelak pulak. Tak habis-habis lagi gelaknya biarpun hampir sepuluh minit sudah berlalu.

“Haha. Aku tak boleh blah dengar ayat kau duh. Kau kata kau jatuh cinta?” Terburai lagi gelaknya tanpa peduli dengan pandangan mata tajam Akif.

“Kalau tengkorak kepala kau retak lepas ni, jangan salahkan aku.” Akif dah berkira-kira nak baling safe helmet berwarna putih itu ke arah Naim yang tak sudah-sudah ketawa. Menyakitkan hatinya sungguh!

“Sorry bai. Aku tutup mulut.” Tangannya menekup mulut. Menahan ketawanya dari terburai. Tapi sesaat kemudian terburai juga ketawanya.

“Aku rasa, aku salah oranglah meluah perasaan.” Akif geleng kepala. Membiarkan terus Naim dengan tawanya.

“Okey, maaf-maaf.” Dengan susah payah Naim menghentikan tawanya. Dia pasang muka serius bila mendengar kata-kata Akif.

“Kau memang nak kena pelangkunglah Naim.” Akif bagi jelingan tajam sedas untuk Naim.

“Hehe. Rilekslah bai.” Sengih. Wajah Akif menjadi tatapan matanya. Tak bermaya.

“Okey, bagi tahu aku apa masalahnya. But of course I want to remind you, dalam cerita ini cuma ada dua watak. Kau dan Zuyyin. Zuyyin dan kau. Tolonglah jangan masukkan nama abang Aiman yang tak ada kena-mengena dengan cerita ni.” Kali ini Naim benar-benar serius. Dia seolah-olah dapat mengagak apa yang mengganggu fikiran Akif.

“Aku tak tahulah Naim. Aku rasa bersalah dengan abang Aiman.” Mengeluh. Naim memang bijak kerana mampu menebak apa yang ada dalam hatinya.

“Kau rasa bersalah sebab apa ya? Jujurnya, aku dari dulu tertanya-tanya kenapa kau ada rasa bersalah tu.”

“Abang Aiman sukakan Zuyyin. Dia cinta pertama abang Aiman. Aku tak tega merampas dia dari abang Aiman.” Lemah je nada suara Akif.

“Oh? So, buat apa pening-pening kepala fikirkan pasal benda ni. Ceraikan sahaja Zuyyin then suruh dia kahwin dengan abang Aiman kau. Habis cerita!.” Ujar Naim selamba, tanpa rasa.

“Gila! Zuyyin itu isteri aku.” Suara Akif  keras.

“Good! Then kau tau apa yang perlu kau lakukan.” Masih sama nada suara Naim. Tau pulak Akif mengaku kalau Zuyyin tu isteri dia sekarang.

“Tapi..”

“Pleaselah Akif,  tidak wujud istilah merampas di sini okey. Zuyyin itu single lagi available waktu korang nikah. Abang Aiman tu pun tak adanya pernah buat confession kalau Zuyyin tu milik dia. So, yang kau risau sangat kenapa? Kau tak rampas Zuyyin dari dia mahupun sesiapa.” Naim nampaknya lagi optimis dalam memberi pandangan dan nasihat.

“Entahlah, aku pun tak tahu nak buat apa sekarang.” Suara Akif bernada bingung.

“Confess kat Zuyyin tentang perasaan kau dan hidup bahagia selama-lamanya. Tolonglah buat cerita kau dan Zuyyin ni happy ending. Aku paling benci tengok kisah cinta yang tak kesampaian.” Sengih. Dia perli dalam nasihat.

“Kau ni overlah Naim.” Senyum.

“Eh, apa rasanya jatuh cinta?” Soal Naim tanpa mempedulikan kata-kata Akif.

“Kau tanya macamlah kau tak pernah jatuh cinta.” Sinis.

“Aku adalah lelaki normal, so perasaan aku mudah di describekan dalam perkataan. Tapi kau tu android, susah nak express feeling sendiri.” Selamba dia kutuk Akif.

“Aku rasa, safe helmet ni memang layak di baling kat kepala kau lah.” Bengang.

“Haha. Betulkan aku cakap?  Akif, Akif.” Geleng kepala. Akif, android yang tahu nak sentap. Haha.

“Encik Akif, Encik Naim, wakil dari ZEA Development dah sampai. Suara Syikin setiausaha Akif  kedengaran di muka pintu yang memang terbuka lebar pintunya.

“Okey, thanks Syikin.” Akif dah bangun, siap sedia  menuju ke bilik mesyuarat. Naim juga ikut bangun.

“Aku tak sangka kita akan dapat projek ni.” Naim bersuara kagum.

Memang mereka tidak menyangka akan mendapatkan tender tersebut memandang harga yang mereka tawarkan agak tinggi berbanding dengan pemaju lain.

“Dah rezeki kita. Alhamdulillah.” Ujar Akif sambil keluar menuju ke bilik mesyuarat di ikuti Naim. Cuma mereka berdua kerana Rizqin ada komitmen dengan syarikat lain.

“Ya, sudah rezeki kita.” Senyum. Mensyukuri nikmat ALLAH yang tak terduga dengan tiba-tibanya.

**********************

“Kita bertemu lagi Akif.”

Bibir merah wanita koporat di hadapannya itu merekah dengan senyuman. Usai pembentangan tadi, dia di datangi oleh wanita itu.

“Yup. Nice to meet you Emil.”

Senyuman wanita yang di panggilnya “Emil” itu dibalas dengan mesra. Tidak menyangka dia bakal berurusan dengan teman sekuliahnya dahulu. Ini tender terbesar yang pertama kali berjaya syarikat mereka dapatkan, dan dia sejujurnya tergamam bila melihat Emil sebagai wakil syarikat yang akan berurusan dengan syarikat mereka.

“Kalau tak silap, ZEA Development ini milik Dato Zikri. Don tell me you are..” Saat itu barulah dia teringat kalau nama penuh Emil ialah Mia Emilda Binti Zikri.

“Yup, ini syarikat papa I. Tapi I kulikutif je kat situ.” Merendah diri.

Senyuman tidak lekang di bibirnya. Peliknya, senyuman itu cuma diukirkan untuk Akif seorang. Macam tadi, wajahnya serius bila berhadapan dengan pekerja-pekerja Akif yang lain. Termasuk Naim yang tadinya juga membuat pembentangan tentang peruntukan bajet yang di perlukan untuk projek Mega itu.

“Kuli apanya kalau kat pintu bilik You tu tertulis besar-besar perkataan Executive Manager.” Dalam nada bergurau Akif memerli Emilda. Naim yang sedang menyusun fail di meja mesyuarat rasa meluat melihat aksi Emilda yang dia rasa agak semacam. Nak mengurat Akif kot?

“Haha. Tak adalah. So, I f you don’t mind, lunch on me?”

“Rasanya..” Akif menimbang-nimbang dalam fikiran. Mengingati schedulenya petang nanti.

“Boleh tak?” Emilda bertanya dalam nada berharap. Rasa rimas berbual dengan Akif di situ bila mata Naim seakan mengawasi pergerakannya.

“Boleh kot. Schedule I pun tak pack sangat petang ni.” Akif memberi kata putus.

“Okey, I tunggu kat lobby. Anyway, thanks Naim dengan presentation tadi.” Sekadar berbasi-basi dia menegur Naim. Cuma mencukupkan syarat.

“Anytime, dah jadi tugas saya pun.” Naim ukir senyum tak berapa nak ikhlas.

“I tunggu you kat bawah. Bye Naim.” Emilda pantas berlalu. Rimas dengan pandangan mata Naim yang tajam. Rasa dia seperti pesalah pulak di situ.

“Okey, kejap lagi I turun.” Akif mengangguk kepalanya dengan senyuman di bibir.

“Aku tak sukalah Emilda tu.” Naim bersuara bila yakin cuma dia dan Akif ada di dalam bilik tersebut, dan  setelah memastikan tiada telinga yang mengintip di sebalik dinding.

“Kenapa? Aku tengok dia okey je.” Fail di atas meja dia capai dengan kerutan di dahi. Dia tidak jumpa sebarang sebab untuk Naim tidak sukakan Emilda. For him, Emil it’s nice!

“Entah. Aku rasa, dia macam nak try line kau.” Sengih.

“Uish, mengarutlah! Takkan kot, sebab dia tahu kalau aku dah kahwin.” Menafikan telahan Naim yang dia rasa tak berasas.

“Eh? Dia pernah jumpa Zuyyin tak?” Soal Naim lagi.

“Kami pernah terserempak sebelum ni kat mall. Dia ada nampak Zuyyin tapi tak sempatlah nak bertegur sapa sebab dia tengah rushing gila time tu.” Ujar Akif, menerangkan panjang lebar kepada Naim. Bimbang syak wasangka Naim mengeruhkan hubungan antara Naim dan Emilda, sedangkan mereka sedang bekerjasama dalam projek yang sama.

“Oh, tak apalah kalau macam tu. Cuma aku harap, jagalah hati tu sebaik mungkin. Bimbang terserah pada yang tak sepatutnya.” Sengih lagi. Dia harap Akif faham apa yang dia cuba sampaikan.

“Hati aku yang sekeping ni pun aku dah bagi kat orang, mana ada lagi yang tinggal nak bagi kat dia.” Senyum sinis membalas sengihan Naim.

“Haha. Kau nampak menggelikan bila masuk bab romance-romance ni.”
Gelak sakan Naim bila mendengar kata-kata Akif. Nampaknya, hubungan Akif dan Zuyyin menunjukkan perkembangan yang baik. Dia suka bab ini.

“Damn you!” Menumbuk mesra bahu Naim.

“Haha. Sebelum aku lupa, Facebook kau dah boleh guna tu. Paswordnya tarikh nikah kau.” Baru dia teringat tentang Facebook itu.

“Birthday Zuyyin?”

“Nope. Anniversary korang.” Membetulkan fakta yang keluar dari mulut Akif.

“Betullah tu. Tarikh kami nikah sama dengan birthday Zuyyin.” Akif mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Oh. Aku tak tahu pulak.” Naim ikhlas mengakui.

“Kau tak tahu pun tak apa. Tak adanya kena mengena dengan kau.” Sengih.

“Damn you! Orang dah tolong bukan nak ucap thanks. Koman pun, belanja le kopi secawan.” Hahaha. Naim gelak dengan ayat sendiri.

“Haha. Iye-iye je kau. Eh, aku gerak dululah. Rasanya dah berpeluh ketiak minah tu tunggu aku kat bawah.” Akif dah sedia nak melangkah pergi.

“Kau tak payahlah keluar dengan dia kalau macam tu. Busuk tu.” Ujar Naim dengan mimik muka sekali. Kakinya menuruti langkah Akif.

“Hahaha. Kau jahatlah Naim. Anyway, thanks ya pasal FB tu.” Kaki sudah keluar dari bilik mesyuarat.

“No hallah.” Naim sengih lagi.

“Okey, aku gerak dulu.” Akif dah menuju laju ke biliknya.

“Akif?” Naim melaung nama Akif yang baru melangkah beberapa tapak.

“Yup?” Berpaling dengan kerutan di dahi. Nak apa lagi budak ni?

“Macam mana rasanya jatuh cinta?”

Soalannya itu menarik perhatian beberapa pasang mata pekerja mereka yang masih berada di dalam ruang pejabat. Masing-masing nyata tidak sabar menunggu jawapan Akif. Hampir semua pekerja di situ tahu kalau Akif dan isterinya kahwin kerana wasiat semata. Bukan kerana cinta.

“Rasa macam aku muda 10 tahun.” 

Tanpa rasa segan dia mengakui di hadapan mereka yang ada. Tidak ingin berahsia lagi. Bersorak para pekerja mereka mendengar kata-kata Akif.

“Jangan nak merapu, bini kau tu 19 tahun. Kalau kau muda 10 tahun, kau baru umur 15 tahun. Zuyyin takkan nak kat kaulah. Dia nak kat aku.” Sekali lagi tawa pekerja mereka terburai.

“Layan kau, sampai esok pun tak sudah. Memang comfirmlah berpeluh ketiak minah tu tunggu kat bawah.” Akif menggeleng kepala sambil meninggalkan Naim yang masih ingin menyambung kata-katanya.

“Alah, biarlah dia. Untung-untung boleh dia jadi model rexona lepas ni.” 
Gelaknya bersabung dengan tawa para pekerja mereka yang tidak tahu hujung pangkal cerita. Sekadar gelak memeriah suasana.

“Korang gelak apsal?” Naim soal selamba pekerja mereka yang gelak tanpa sebab menyebabkan tawa Akif yang sudah membuka pintu biliknya meletus. Naim, Naim, pelik betul boyfriend adiknya nie.

“Isteriku, 19 tahun.” Bila teringatkan hakikat itu, Akif tersenyum sendiri. Zuyyin, age just a number right? Sengih sendiri.

“Damn! Emilda.”

Terkocoh-kocoh dia menuju ke lif bila jam sudah menunjukkan pukul 1.25 petang. Maksudnya, sudah hampir 20 minit Emilda menunggu di bawah. Betullah kata Naim, Emilda mungkin boleh jadi model rexona lepas ni. Confirmlah berpeluh ketiak minah tunggu menunggu dia di bawah.

*****************

Aiman menolak pintu cafe, mencari-cari kelibat Lydia. Tiada! Sudah hampir seminggu Lydia menghilangkan dirinya. Telefonnya juga tidak dapat di hubungi.

“Abang Aiman kan?” Suara salah seorang pekerja Lydia menyapanya yang dah macam rusa masuk kampung, terkulat-kulat sendiri di tengah-tengah ruang cafe.

“A’ah. Bos awak mana?” Soalnya tanpa basi-basi. Terus ke tujuan asal.

“Kak Lydia tak adalah bang. Dia pergi JB, ada kerja kat sana.”

“JB? Kerja apa kat sana?” Mula menyibuk. Tidak sedar diri kalau orang yang dia sibukkan itu isteri orang.

“Entahlah bang, kalau tak silap dia pergi jumpa client dia. Client dia nak buat renovation rumah dia kat sana. Mungkin, dia balik esok kot.”

Kata-kata pekerja Lydia menarik perhatian Aiman. Client? Renovation? Apa sebenarnya pekerjaan Lydia? Bukankah dia pemilik cafe ini?

“Dik, kak Lydia awak tu sebenarnya kerja apa?” Aiman dah tak boleh sorok tanda soal besar punya atas kepalanya. Rupanya, dia tidaklah sangat mengenali Lydia.

“Freelance interior designer bang.” Sengih. Lorh, hari-hari datang jumpa Kak Lydia dan abang ni masih tak tahu apa pekerjaan sebenar bosnya itu?

“ID?” Bulat terus biji matanya. Apa lagi yang dia tak tahu pasal Lydia agaknya?

“A’ah.” Memang sahlah abang ni tak tahu apa-apa pasal bos dia.

“Dia pergi dengan siapa ke JB?” Soal lagi.

“Dengan Zara.” Alahai mamat ni, banyak sangat soalnya.

“Hurm. Mesti dengan suami dia sekali.” Baru tersedar kalau Lydia itu sudah di miliki.

“Ok, thanks dik.” Senyum sebelum berlalu pergi tanpa pamitan.

“Adakah kami tengah bercerita tentang ‘Lydia’ yang sama? Bila masa kak Lydia itu kahwin?”

Budak pelayan itu bingung sendiri. Setahu dia, bosnya itu masih single lagi available. So, macam mana boleh timbulnya isu ‘suami Lydia’ di sini? Mamai agaknya abang Aiman tu.

*********************
Mesti korang cakap, "Tipikal tol cerita cik Gadis ni." =(



Korang Comel Kalu Korang Like

8 comments:

Anonymous said...

aiman da mula rindu lydia? Lau aiman xnak at lydia, sy pn nk.. Ahakz

Pikachu said...

Oh tidak!!! Aiman adakah anda sudah jatuh cinta dengan Lydia? bakal melepaslah jawabnya. dahlah si Lydia tu pun masih bujang trang tang tang! duhh, cik Gadis, kenapalah certa awak ni bnyak betul kejutan. ingatkan Lydia tu mama kandungnya si Zara. Aish!

Anonymous said...

Muncul dah Emilda ni. dalam cerpen dia muncul time anniversary makbapak Akif. Mcm yg awk ckap Cik Gadis, tipikal pengacau rumahtngga orang, gadis highly educated dengan lipstik merah. hahaha

cactaceous opuntia said...

aih...boleh x nti kalu cik penulis nk buat akif ngn zuyyin ni slh phm pn kn, mcm mne pn xpyh la buat salah sorg ni bwk diri ke...bru nmpk cm dorg ni ber pk cket...heee...kalau slh sorg bwk diri gk mmg typical lah...haha...xde r...ni pndpt je...

Anonymous said...

hehe................................................ lydia tu mesti cantik kan kan!! hmm yg si emilda tu asal gedik sgt!!!

cikpah said...

betul2!! stuju dgn cactaceous!!=D
mmg pn,, kalau ada salah paham pn, tak yah la bawak2 diri suma.. baru nmpak lain sikit coz kbnyakkan novel pn buat cam 2..
yeah!! rupanya si lydia 2 tak kawin lagi.. ingatkan dah kawin n suami dia mati.. hihikk.. pape pun mntak2 la abang aiman ngan lydia... tak yah la kacau zuyyin..

Anonymous said...

Cerita cik gadis x typical lah...best baca...! U cn b a good author... :)
Nnt bile da pblish bku ni gtau ye... I MUST buy it~ ;)

Anonymous said...

cerita ni lain dari yang lain hahaha tak macam novel lain saya rasa eksaited sangatttt bila baca bab zuyyin dgn akif