Jul 13, 2011

Isteriku, 19 tahun! [22]


“Kau betul-betul ada Facebook kan?” Gelak. Dulu, mati-mati dia tak percaya Akif ada Facebook.

“Kan aku dah cakap, memang ada. Kau je yang buat spekulasi sendiri.” Tangan masih lincah menari atas keyboard, siapkan kerja pejabat yang tertangguh.

Petang tadi, dengan satu mata terpejam dia add Zuyyin as a friend. Pastu, balik rumah dengan baik hatinya dia bagi pinjamkan Zuyyin broadbandnya. Alah, kan kena ada internet kalau nak Zuyyin approve dia? Ngengengenge..

“Aku cuma percaya pada bukti depan mata je.” Cebik bibir.

Tapikan, tak boleh blah profile picture Akif, tergelak kuak lentang dia depan lappy petang tadi. Nama dah melayu sangat, Akif Razali. Sekali profile picture letak gambar budak bibir tu. Miahahaha! Akif menggelikan. Yaks!

“Kau dah fikirkan benda yang aku cakap hari tu?” Akif kalih kepala ke sisi. Wajah ceria isterinya terus bertukar suram.

“Aku memang nak pergi. Tapi..”

Serius, dia memang nak pergi Langkawi. Siapa tak suka kalau dapat pergi bercuti. Akif siap bawa dia naik kapal terbang lagi. Dia mana pernah pergi jauh-jauh macam tu. Tapikan..

“Mama?” Akif dah boleh agak apa yang ada dalam kepala Zuyyin saat ini. Mereka ke Langkawi pun untuk meraikan ulang tahun perkahwinan Mama dan Ayah yang ke tiga puluh.

“Aku takut kita gaduh lagi macam hari tu.” Untuk pertama kalinya Zuyyin meluahkan apa yang telah membuku di hatinya sekian lama. Kerana Mak Long, tak mustahil mereka bermasam muka lagi macam dulu.

“Kan aku dah cakap, soal Mama biar kita hadapi bersama.” Akif senyum, tangannya hinggap di kepala Zuyyin.

Bila begini, dia terasa seperti seorang abang kepada Zuyyin. Bukan suaminya. Mungkin inilah yang abang Aiman rasa bila bersama Zuyyin. Ingin melindungi gadis itu setiap masa. Ah, abang Aiman…

“Tapi sampai bila?” Zuyyin resah sendiri.

Semalam, dalam berita ada di siarkan kalau keputusan UPU untuk STPM bakal di umumkan bulan Julai nanti. Maknanya, mereka cuma ada dua bulan lagi untuk bersama. Dan, apa yang akan jadi dengan mereka selepas ini? Terus bersama, atau berpisah? Tiba-tiba dia rasa gerun dengan perkataan “berpisah” itu.

“Selagi Allah masih mengizinkan.” Akif kiranya lebih positif dan optimis berbanding Zuyyin. Mungkin sebab dia lagi tua berbanding Zuyyin, jadi pemikirannya agak matang berbanding isterinya.

“Aku gamble jelah, buat-buat tak nampak Mak Long depan aku nanti.” Gelak. Dua bulan ini, biarlah dia lalui dengan aman bersama Akif. Bolehkan?

“Haha.” Gelak tak ikhlas. 

Rasa kasih dan kasihan melimpah ruah kat isteri sendiri. Tapi nak buat macam manakan? Nak lebihkan isteri, memang tempah tiket first class ke nerakalah jawabnya. Jadi anak derhaka. Hanya ini yang dia mampu lakukan, melindungi Zuyyin dengan cara tersendirinya.

Seems like hard times come easy, we do a lot of hanging on these days. But the heart finds a reason, and love always seems to find a way” Richie Sambora dah buat konsert kat Nokia N8nya. Nama Abang Aiman tertera di skrin telefon.

‘Aku paling tak suka bila nama ‘Abang Aiman’ muncul kat mana-mana bila aku tengah fell manja-manja dengan Yeyen.’ Dengan hati yang berat, dia capai juga phone tepi laptopnya.

“Assalammualaikum abang.” Akif mula mukaddimah dulu. Zuyyin yang tengah layan cerita Hindustan kat channel 108 kerut dahi.

“Oh, okey. Kejap lagi Akif datang.” Mengeluh dalam-dalam tanpa suara sebaik suara abang Aiman di sebelah sana sudah hilang. Mau apanya abang Aiman sampai nak jumpa dia malam-malam buta begini?

“Kenapa?” Soal Zuyyin bila tak boleh tahan soalan itu lama-lama dalam kepalanya.

“Abang Aiman nak jumpa. Aku nak keluar kejap, kau duduk rumah diam-diam okey?” Ujar Akif sambil bangun menuju ke bilik. Keluar semula dengan seluar hawainya yang sudah bertukar jeans lusuh. Kunci kereta dah siap di tangan.

“Nak ikut boleh?” Saja mengada-ngada. Tersengih-sengih dia bila Akif tetiba juih bibir.

“Nak ikut buat apa?” Nada cemburu. Kaki dah melangkah menuju ke pintu utama.

“Saja, nak tengok muka kacak abang Aiman.” Sengih lagi. Padahal, dia dah boleh hidu ada rasa tak best bila Akif tanya tadi. Akif cemburu ke?

“Kau duduk rumah abang Aiman terus nak?” Sinis menyindir.

“Boleh juga. Kau bagi tak?” Makin rancak dia mengusik Akif. Nak test apa dalam hati Akif. Kot-kot sama dengan apa yang ada dalam hatinya.

“Tak!” Sepatah jawapan Akif. Padu dan jitu!

“Haha. Pergilah, lama nanti abang Aiman tunggu.” Zuyyin berdiri di balik pintu. Kepalanya sahaja yang terjegul keluar.

“Okey, kunci pintu elok-elok. Bye.” Senyum. Zuyyin, kau semakin nakal!

“Bye.” Melambai-lambai Akif yang sedang menuju ke lif.

“Akif!” Akif yang baru hendak melangkah masuk ke dalam lif berpaling. Pintu lif di hadangnya dengan sebelah kaki.

“Apa lagi?” Janganlah cakap kau betul-betul nak ikut jumpa abang Aiman.

“Balik cepat!” Lagaknya dah macam seorang isteri.

“Okey!” Dua jari di angkat, buat peace. Bahagia rasa di hati.

Zuyyin menutup pintu sebaik Akif hilang di balik pintu lif. Dia kembali bersidai di ruang tamu,  duduk menghadap laptop Akif. Kerja Akif yang tertangguh tadi dia tolong savekan. Cursor di bawa ke google chrome, klik dua kali. Bila dah keluar icon facebook, dia klik lagi. Okey, Akif lupa log out Facebook dia.

“Kalau aku godek-godek facebook dia, berdosa tak?” Zuyyin soal diri sendiri.

Tapi belum pun dia jumpa jawapannya, laju tangannya memulakan sesi ‘menceroboh’ facebook Akif.  Perkara pertama yang dia lakukan ialah melihat semua senarai kawan Akif yang cuma beberapa kerat sahaja itu. Adalah, dalam 111 orang. Beza dengan Facebooknya yang ada 999 friend list. Hahaha!

“Siapa Emil Emilda ni?” Kerut dahi bila pemilik akaun facebook itu memenuhi wall Akif. Siap tag video lagu Justin Bieber lagi. Panggil Akif pun dear-dear segala. Aish, rasa lain macam dalam hatinya. Cemburu? Memang pun!

“Erk eleh minah ni, dok ngurat laki aku pulak. Meh, nak tunjuk kat kau sikit Akif tu siapa yang punya. Haha!” Gelak. Kali ini cursor dia tarik ke edit profile.

“Siap!” Senyum sinis selepas beberapa ketika.

******************* 

“Abang.” Akif hulur tangan, bersalaman dengan Aiman yang sudah tiba dulu di mapley. Tempat sama yang dia dan Aiman selalu lepak dulu-dulu. Sebelum hubungan mereka adik-beradik menjadi bahana perkahwinannya dengan Zuyyin.

“Kif. Duduk.” Huluran tangan adiknya di sambut. Senyuman manis terukir manis di bibir. Tengok wajah segak adiknya, tiba-tiba dia teringatkan Zuyyin. Apa khabar agaknya adik iparnya itu? Sudah lama dia tidak ketemu Zuyyin.

“Ayien mana? Tak ikut?” Mata Aiman meliar di belakang Akif. kot-kot wajah comel Zuyyin terjegul di balik tubuh sasa Akif.

“Tak. Malas nak keluar.” Akif sebaik mungkin menyekolahkan wajahnya. Biar rasa menyampahnya tidak terbias di wajah. Apa kes tanya-tanya isteri orang ni?

“Oh. Abang ada benda nak cakap dengan kau ni.” Aiman betulkan duduk yang tiba-tiba rasa macam tak selesa. Terasa senak perutnya.

“Macam serius je.” Kerut dahi.

Adakah abang Aiman sedang menuntut janjinya yang dulu? Janji akan mengembalikan Zuyyin pada dia? Akif tiba-tiba kecut perut.

“Memang serius pun. Macam ni, abang nak kahwin..”

“Kahwin?” Dah agak! Air liur dia telan rasa macam berpasir. Kelat dan kasar.

“Ya. So, abang nak Akif..”

“Sebelum abang teruskan, boleh tak bagi Akif cakap sepatah dua kata dulu?” Laju Akif memotong kata-kata Aiman. Apa kejadahnya tiba-tiba seskema ini dengan abang sendiri?

“Err, sekali pun abang tak tahu apa motifnya kau nak bagi sepatah dua kata, abang onkan je. Sepuluh patah pun boleh.” Buat lawak. 

Akif, awat hang tegang sangat ni? Wajah serius Akif menjadi jamuan mata Aiman. Okey, Akif tidak pernah buat muka seserius ini.

“First sekali, Akif nak abang tahu kalau Akif cintakan Zuyyin. So, I’m not going to give her to you, or anyone. Cause I want to keep her close to me. Second, Akif nak minta maaf sebab pernah janji yang bukan-bukan dulu kat abang. Dulu, mungkin Akif boleh tunaikan janji itu. Tapi sekarang, maaf. Akif tak boleh. Akif sanggup berhadapan dengan sesiapa pun untuk memastikan Zuyyin terus di sisi Akif, termasuk abang. So, kalau abang..”

“Chop, chop! Kau merepek apa ni? Siapa nak rampas Zuyyin dari kau?”
Tersampuk apa adiknya ni? Bukan main panjang berjela dia buat explanation.

“Bukan abang nak kahwin ke?” Kerut dahi. Tengok sengihan abangnya, Akif tiba-tiba rasa macam tak sedap hati.

“Memanglah abang nak kahwin. Tapi bukan dengan Zuyyin. Apa kejadahnya kahwin dengan isteri orang?” Gelak. Dalam kekalutan Akif tadi, tanpa dia sedari kalau dia sedang membuat pengakuan.

“Oh.” Tiba-tiba dia rasa kulit mukanya menebal seinci.

“Kau cintakan Zuyyin? Sejak bila?” Angkat-angkat kening. Sinis senyumannya.

“Abaikan. So, abang nak kahwin dengan siapa?” Laju Akif tukar topik.

“Jangan nak tukar topik. Abang tanya kau dulu.” Aiman masih berusaha mengorek rahsia. Berita panas ni.

“Entah, tak perasaan.” Segan pulak hendak berbincang isi hatinya dengan abang sendiri.

“Mengada.” Angkat bibir sebelah.

“Abang lagi mengada, orang tanya tak nak jawab.” Chait, cakap orang dia pun sama.

“Nantilah, abang ingat nak bawa dia ke Langkawi. Kenalkan dia dengan Mama dan Ayah kat sana nanti. Kau fikir okey tak?” Aiman bersuara perlahan. Minta pendapat adiknya.

“Ni, memang serius ke nak kahwin ni?” Akif soal lagi, minta kepastian.

Rasa macam tak percaya jadinya. Bertahun abangnya itu mencintai Zuyyin, tiba-tiba hari ini cakap nak kahwin pulak. Susah nak percaya abangnya sudah jumpa pengganti Zuyyin.

“Betullah. Apa main-main pulak?” Pelik dengan soalan Akif. Macam dia seorang nak rasa nikmatnya ada isteri. Chait!

“Abang dah lupakan Zuyyin?” Akif tanya sepatah-patah.

“Diakan sepupu abang, buat apa nak lupakan dia?” Berkias. Bukan dia tak faham soalan Akif. Malah dia sangat terlebih faham.

“Maksud Akif, abang dah tak cintakan Zuyyin?” Kali ini soalannya straight to the point.

“Abang sayangkan dia, but as a cousin and sister. Puas hati?” Aiman jeling adiknya yang tiba-tiba menguntum senyum. Ceh!

“Heeh.” Sengih. Rasa macam dah terkantoi kalau dia sedang cemburu dengan abang sendiri. Mana nak sorok muka? Malu kot.

“Tapi, boleh kau tolong abang tak?” Aiman kembali serius.

“Apa dia?” Akif pun terikut-ikut keseriusan abangnya.

“Kau tak boleh biarkan Zuyyin tahu kalau abang pernah suka kat dia. Biar selamanya dia tak tahu, itu lebih baik.” Aiman menyandarkan badan ke kerusi., dia bimbang sejarah berulang lagi.

“Okey. Tapi kenapa?” Soal Akif dungu.

“Kau nak dia jadi macam Ibu dia? Di buru rasa bersalah hingga ke nafas terakhir?” Aiman menjegilkan matanya. Dalam pandai, ada juga bodohnya Akif ni.

“Oh. Wait, abang tahu perkara tu?” Bulat mata Akif. Tak sangka kalau Akif juga tahu rahsia besar keluarga mereka itu.

“Wan pernah cerita kat abang.” Mengeluh.

“Mama tak akan pernah berhenti menyalahkan Zuyyin.” Aiman menyambung lagi kata-katanya. Wajah Akif yang terdiam dia perhatikan lama-lama. Ada sesuatu yang sudah lama dia ingin katakan pada Akif.

“Kenapa?” Akif yang rasa rimas di perhatikan bertanya.

“Kau tau kenapa arwah atuk pilih kau jadi suami Ayien, bukan abang?” Soal Aiman tak terduga. Kepala Akif yang terteleng ke kiri ke kanan menjawab soalannya.

“Sebab….”

********************* 

“Yeyen!”

Suara Akif yang kuat dari muka pintu mengalihakan perhatian Zuyyin yang sedang kusyuk menonton klimaks cerita hindustan, Vivaah. Anti klimaks betullah dia ni.

“Ye?” Zuyyin jawab ala kadar sahaja. Lagipun Akif dah berdiri depan dia pun. Buat apa beria nak menjerit bagai? Bazir air liur dia je.

“Sini.” Akif menarik tangan Zuyyin, berdiri di hadapannya.

“Kenapa?” Pelik. Tapi di turutkan juga tingkah Akif.

“Boleh aku peluk kau?” Soal Akif, minta izin. Tapi tangannya sudah melingkar di bahu Zuyyin, menarik tubuh isterinya rapat ke dada.

“Erk?” Macam bagus je minta izin, padahal tangan dia dah sampai dulu sebelum izin di beri. Baik tak payah minta izin. Ceh!

“Akif?” Zuyyin yang tergamam dalam pelukan Akif bersuara. Tangannya masih tergawang-gawang, ragu-ragu sama ada ingin membalas pelukan Akif atau tidak.

“Shh.. Seminit lagi.” Makin mengeratkan pelukannya. Sebelah tangan di pinggang isterinya, sebelah lagi mengusap-ngusap kepala Zuyyin yang rapat di dadanya.

“Hurmm..” Ya. Seminit lagi, malas sejam lagi pun dia tidak kisah. Dengan senyuman di bibir, tangannya melingkar di pinggang Akif.

‘Sebab, hanya kau seorang yang boleh menghentikan tangisan Zuyyin. Hanya kau seorang yang boleh lindungi Zuyyin.’

Kata-kata abang Aiman itu tadi berlegar-legar lagi kembali di fikirannya. Tapi, kata-kata inilah sebenarnya yang buat dia memecut laju keretanya tadi, ingin cepat bertemu Zuyyin..

‘Sekalipun dia kata dia bencikan kau, menangis kerana kau, lari dari kau, tapi dia tetap tunggu kau datang jemput dia, bawa dia pulang ke pangkuan kau. Mungkin kerana, cinta itu ialah perasaan tak kisahnya sekalipun kau sakiti dia berulang kali. Sebab dia sayangkan kau.’

Allah sedang memberi dia peluang kedua, memberikan dia pelangi selepas hujan. Maka, dengan kesempatan ini, dia ingin mencintai Zuyyin, menyayangi Zuyyin, melindungi Zuyyin dan ingin terus bersama Zuyyin.



Korang Comel Kalu Korang Like

14 comments:

iniakuyangpunyahati said...

harap kt langkawi t mak mertua terima menantu nya.. i-p
tq tuan tanah hehehe best.. x sabar nk bace lagi

versus said...

adeh...sdeyh + happy time akif peluk yeyen..huhu
hope mama n ayah akif boleyh terima yeyen..
nak lagi ! hehe

Anonymous said...

jalan cite makin mantap..hehe...suke3...

congrate to u, gadis~~ ;)

MisS Da said...

ur story memg giler best..sambung cepat2 taw..! wink2*

Lala Razak said...

tersangat hebat ! ailyke ! x sbar next entry ! =.=

Cik Qiqi said...

i like it ! i love it !

sweet sangat akif n yeyen nie . . poyo + kelakar . . hahaha . . sambung laa cepat !

kikirah said...

gilaaaa bezzzzzzz..wt lg!!!

echah said...

bgus.cepat2lah Aiman kawin.nanti makin hangatlah hubungan akif dan yeyen.

cactaceous opuntia said...

mak long..tolongla maafkn kesilapan yg zuyyin xbuat tu..huu...nti mse anniversary tu wan dtg x?boleh backup yeyen kalau mk akif xmo maafkn yeyen ag...sian zuyyin...huu

belle.talib said...

i like!

Anonymous said...

best nyaa:)))nak lagi.lagi.lagi.

ayuni said...

nak lagi citer..giler best...i likes this story very much..tq

ayuni said...

citer best sgat2..i likes it..best giler..

yong said...

pergh !!!!!!!
ayat nya best.....bermakna....well u mmg best la writer....

citer ni akan meletopppp~~~~~