Jun 21, 2013

Nadzmi dan Najwa

Kertas di tangan semakin renyuk, malah ada patah-patah perkataan itu sudah semakin kembang. Kembang akibat air mata yang dari tadi mengalir deras. Dadanya sebak, hatinya sakit, otakknya kosong.

‘Aku belum mahu mati..’

**********

Deliferance pack pagi sabtu itu. Hingar bingar dengan suara manusia dan sudu bertemu pinggan yang saling bertingkah.

“Kenapa kau terima pinangan Mama aku? Kau taukan, aku tak suka kau.”

Matanya merenung tajam mata bundar milik si gadis di hadapannya. Hatinya sakit, sakit dengan keselambaan gadis bertudung bawal putih di hadapannya itu.

“Bukan saya yang terima, ibu saya yang terima.” Tenang Najwa menjawab. Cawan cappucinonya di bawa ke bibir.

“But still, if you don’t  say yes, your ibu pun tak akan say yes.” Nadzmi mendengus.

“No, I didn’t say anything. Saya cuma cakap, saya serahkan soal jodoh saya pada Ibu, pada Abah. So, kalau awak rasa awak ni calon suami pilihan saya, you wrong.” Najwa sinis.

“Macamlah kau tu calon isteri pilihan aku. Kalau bukan sebab Mama yang beria-ia nak bermenantukan kau, aku pun tak inginlah.” Nadzmi meraup muka.

“Good, just cakap dengan Mama awak yang awak tak nak kat saya. Habis cerita.” Najwa angkat bahu. Dia senyum sinis memandang lelaki di hadapannya. Ahmad Nadzmi, penyakit sombong kau ni tak sembuh lagi rupanya.

“Kalau semudah tu nak cakap dengan Mama, dengan Papa aku, tak adalah aku tercongak depan kau sekarang ni.” Nadzmi merengus.

Dia ingat, Mama dan Papa itu patung bernyawa yang tak ada perasaan ke? Cakap, “ Ma, Pa, Nadzmi tak nak kahwin dengan Najwa. Nadzmi tak suka dia, Nadzmi suka orang lain.”

Pastu Mama dan Papa akan balas, “ Baik Nadzmi, sekarang juga kita putuskan pertunangan kamu dengan Najwa. Lepas tu, kita pinang perempuan yang kamu tergila-gilakan tu.” Dalam mimpi pun, dia tak rasa Mama dan Papanya akan semudah itu mengubah pendirian mereka.

Jangan haraplah Ahmad Nadzmi!

Dan, dan, dengan status dia yang single lagi available ini di mana dia hendak mencari “orang lain” yang dia suka itu? Hurmm..

“So, kalau dah tahu macam tu kenapa nak juga tercongok depan saya? Awak pun tahukan, saya tak boleh buat apa-apa.” Najwa memeluk tubuh.

“Kau memang nak sangat kahwin dengan akukan? Kaukan peminat nombor satu aku dulu.” Nadzmi tarik sengih sinis. Teringat kenangan zaman sekolah yang pastinya jika di ungkit akan menyakitkan hati Najwa.

“Itulah, tak sangka aku sekarang tunang kepada lelaki yang aku tergila-gila dulu. Bila fikir balikkan, kenapalah aku boleh suka kat kau dulu? Macamlah kau lelaki terakhir kat muka bumi ni kan? Tapi okei juga, sekurang-kurangnya bila ingatkan benda-benda zaman sekolah dulu, aku behave. Jangan suka lagi dengan lelaki yang suka pijak maruah perempuan.” Najwa sinis lagi. Dia memeluk tubuh, sengaja menayang cincin di jari.

“Kau memang suka show off kan?” Mata Nadzmi jatuh pada jari jemari Najwa.

Yeah, Nadzmi memang faham apa yang ada dalam fikiran Najwa. Dah berbelas tahun dia kenal anak tunggal kepada kawan baik Mamanya ini, dah faham bila masanya Najwa buat perangai gediknya itu.

“Apa? Saya cuma nak tunjuk dekat awak kalau cincin yang awak pilih ni nampak cantik di jari saya.” Najwa sengih, dia tertangkap.

“Tak payah nak menunjuk sangatlah, bukannya aku yang pilih cincin tu.” Nadzmi mencebik.

“Eh? Takpelah, cincin nikah kita nanti awaklah yang pilih.” Selamba.

“Kau ni, kenapa nak sangat kahwin dengan aku ni?” Nadzmi hilang sabar.

“Well, akukan peminat nombor satu kau?”

“Ough!!” Sakit hatinya.

Nilah susahnya cakap dengan ex-debater sekolah ni. Ada sahaja jawapannya. Lagi-lagi, sekarang Najwa sudah menjadi guru pembimbing Kelab Debat di sekolah. Alah, Aimi Najwa itukan cikgu sekolah menengah.

“Jangan sampai nanti kau menyesal dengan keputusan kau sendiri dahlah.” Nadzmi bangun, terus beredar tanpa berpamitan. Tidak betah dia berlama-lama di situ.

‘Jangan risau Nadzmi, aku tak punya banyak masa untuk menyesali keputusan yang aku buat.’ Hanya matanya sahaja yang menghantar pemergian Nadzmi.

************

“Kau boleh guna bilik ni.” Luggage besar Najwa di tangan dia lepaskan. Najwa yang sibuk dengan  handphone dia pandang sekilas sebelum menarik luggagenya sendiri menuju ke bilik yang terletak di hujung sekali.

“Abang, nak ke mana?” Najwa bertanya hairan. Ini bukan bilik “kita” ke?

“Jangan nak mengada panggil aku abang boleh tak?” Nadzmi mendengus.

Bukan sekali dia mengarahkan Najwa menukar panggilannya itu sejak mereka di ijab kabulkan minggu lepas, tapi haram kalau Najwa nak dengar cakap dia. Bila Najwa bosan mendengar bebelannya, dia akan menukar panggilan “abang” itu ke “Hubby” tak pun “Oppa.” Entah bahasa apalah “Oppa” itu.

Kalaulah Najwa itu burung kakak tua kan best, boleh dia ajar Najwa menyebut perkataan-perkataan yang dia suka sahaja. Tapi, malangnya Najwa bukan burung kakak tua. Sebab Najwa bukan burung kakak tualah, dia terpaksa nikah juga dengan Najwa..

Hurmm, sadisnya hidup dia..

“Iye-iye. B nak ke mana? Ni bukan bilik kita ke?” Najwa tarik muka. Mengada! Bukannya mati pun kalau panggil abang.

“Masuk bilik akulah. Itu bilik kau, ini bilik aku.” Kan dah cakap tadi, lepas ni entah panggilan apa lagi untuk dia dari Najwa.

“Oh, okei. Kalau macam tu, Wawa pun nak masuk bilik tu jugak.” Luggage di tarik, menghampiri Nadzmi yang sudah terbeliak mata mendengar kata-katanya.

“Apasal kau nak masuk bilik aku pulak?” Nadzmi tanya tak puas hati.

Dan, dan, bila masa “Najwa” jadi “Wawa” ni? Tiada seorang pun dalam keluarga mertuanya hatta keluarganya juga memanggil Najwa dengan nama itu.

“Apa masalahnya? Tempat isteri di sebelah suami, bukan di sebelah BILIK suami.” Dan selamba Najwa menarik tombol, menolak pintu dan mempersilakan diri sendiri masuk ke dalam bilik tanpa menunggu keizinan daripada tuan punya bilik.

“A.. A.. Apa sudah jadi?” Tergamam sesaat Nadzmi di hadapan pintu bilik. Apakah?

“B, nak letak baju Wawa kat side mana ni? Drawer bawah ni, boleh tak Wawa guna?” Nadzmi cuma tersedar dari tergamamnya bila Najwa menjerit dari dalam bilik..

Tu dia, Najwa dah buat macam bilik dia sendiri..

**************

Bunyi keletung keletang dari dapur menyedarkan Nadzmi kalau di rumahnya sekarang sekarang sudah ada seorang perempuan. Maka, dia harus membiasakan diri untuk mendengar bunyi-bunyian itu mula dari saat ini. Oh ya, dia juga harus membiasakan jantung dan telinganya, kerana bila-bila masa sahaja, suara Najwa yang ala-ala soprano tercekik itu akan kedengaran.

“Hubby.!!”

Yeah, macam sekarang.. Senyuman sinis tersungging di bibir, matanya tidak lepas dari skrin flat TV di depan.

“Abang.!!”

Jerit lagi Najwa. Agak-agak dah nak terkeluar anak tekak kau, baru aku balas panggilan kau ye, isteriku.

“Oppa..!!”

Tu dia, keluar dah bahasa ganjilnya. Lepas ni, bahasa apa lagi yang Najwa guna ye? Mata Nadzmi masih di kaca TV, menonton drama entah tajuk apa di TV9.

“Ahmad Nadzmi Bin Azlan.!!”

Ha-ha. Ambek kau Nadzmi, nama penuh Najwa panggil kau. Nadzmi gelak, lambat-lambat dia bangun dari silanya di atas sofa. Perlahan sahaja langkah kakinya menuju ke dapur.

“Ah..”

“Yeah Aimi Najwa Binti Iskandar, nak apa?” Nadzmi muncul di muka pintu dapur ketika Najwa baru ingin membuka mulutnya untuk menjerit memanggilnya buat kali yang ke lima.

“Apa yang tersumbat kat telinga tu sampai pekaknya dah tahap kronik sangat tu?” Najwa mengetap bibir. Geram! Geram dengan muka sinis Nadzmi, geram dengan “kepekakkan” Nadzmi yang dia tahu hanya di buat-buat.

“Sebelum ni tak pekak, tapi sebab dua tiga hari ni asyik kena jerit je, tu yang jadi pekak tu.” Sinis. Langkah kaki di bawa ke meja bulat di dapur. Sekilas, dia menjenguk ke dalam belanga yang sedang mendidih di atas api. Hurmm, Najwa masuk sup ayam.

“Ough! Tak terasa.” Najwa cebik bibir.

“Ough! Tak terasa..” Nadzmi mengajuk, pakej dengan gaya gedik yang di buat-buat.

“Tolong boleh?” Najwa dah malas nak berlawan cakap. Kalau di ikutkan perangai si Nadzmi ni, malam esoklah baru dorang dapat makan.

“Nak apa? Busy.” Nadzmi mencapai sepotong tembikai yang sudah di buang kulitnya dalam pinggan atas meja. Di bawa terus ke dalam mulutnya. Hurm, manis! Pandai aku pilih buah, Nadzmi riak sendiri dalam hati.

“Mengada. Macamlah orang tak tahu dia tengah lepak-ing kat ruang tamu tu.” Najwa menuju ke rak pinggan mangkuk, bercekak pinggang dia di situ.

“Kalau dah tahu, kenapa kacau sesi lepak-ing aku?” Nadzmi juih bibir.

“Ni, nak ambik mangkuk. Wawa tak sampai.” Tangan di tunjuk pada mangkuk kaca yang berada di tingkat atas sekali.

“Kerusikan ada, naiklah kerusi.” Lagi sepotong tembikai masuk dalam mulutnya.

“Apa gunanya ada tiang elektrik bergerak dalam rumah ni kalau nak ambik mangkuk kat rak pun tak boleh?” sindir Najwa.

“Kau ni, banyak bunyik betullah.” Nadzmi bangun dari kerusi, malas dia bertikam lidah dengan Najwa. Perutnya sudah berbunyi minta di isi.

“Mangkuk yang mana?” Nadzmi dah berdiri di sebelah isterinya. Cakap orang tiang elektrik bergerak, kalau tak tipu, dia tu yang rendah! Nadzmi menjeling isterinya di sisi yang cuma menyamai ketinggian bahunya sahaja. Katik!

“Tu, yang warna putih jernih tu.” Jari yang di tunjuk ke ke depan di bawa lari ke hidung. Laju dia mengesat hidung yang terasa basah. Eh, tak selesanya!

“Nah.” Mangkuk bertukar tangan. Ketika mangkuk di hulur, dia perasan tangan Najwa menggeletar. Dah lapar sangatlah tu.

“Terima kasih bang.” Najwa senyum.

“Yee..” Nadzmi menggumam.

“Lapar dah?” Najwa bertanya.

“Yee..” Jawapan sama juga Nadzmi beri.

“Nak makan dah?” Najwa bertanya lagi.

“Yee..” Nadzmi menjawab dengan langkah yang dibawa kembali ke ruang tamu. Tu, Galaxy notednya sedang berkonsert.

“Abang sayang Wawa tak?” Najwa kerdip-kerdip mata.

“Yee..” Eh, Najwa tanya apa tadi? Mencerlung mata Nadzmi memandang Najwa yang sudah tersengih nakal. Sukalah tu, dapat kenakan dia.

“Iye? Najwa pun sayang hubby tau..” Najwa gelak. Ha-ha, terkena ye bang?

“Eleh..” Tak heran okei! Terus langkah kakinya laju keluar dari dapur. Geram dengan gelak Wawa..

No, I mean NAJWA!

****************

“Bro, how’s life ar?” Imran menepuk perlahan bahu Nadzmi yang sibuk dengan fail di tangan. Engineer berkaliberlah katakan.

“So-so lah.” Nadzmi buat muka tak beriak.

Iyelah, nak kata hidupnya macam dalam Syurga, semuanya indah, manis-manis belaka tak juga. Nak kata macam dalam Neraka, melampau sungguh perumpamaan itu. Aimi Najwa itu takdaklah teruk sangat pun. Aimi Najwa tu pandai masak Red Velvet Cake apa!

“Lama dah tak lepak Mapley sekarang?” Imran duduk di kerusi hadapan meja Nadzmi.

Sibuk benar Nadzmi ni. Itulah, siapa suruh cuti sampai dua minggu? Kan dah banyak kerja yang tertangguh. Kalau bercuti tu pergi honeymoon, tak apa jugak. Ni, buat taik mata aje kat rumah tu. Macamlah Imran tak tahu punca Najwa monyok ketika majlis bertandang ke rumah Pak Ngahnya dulu. Nadzmi, dengan kuasa diktatornya awal-awal lagi sudah berkata kalau “No honeymoon” bila semua orang bertanya di mana mereka akan berbulan madu. Kesian betullah Najwa dapat si Nadzmi yang perangai tak semenggah ni.

“Banyak kerjalah Im. Ni, projek kat Genting ni buat hal pulak.” Nadzmi mengeluh.

Kerusi yang sudah jauh dari punggung di tarik rapat. Sekilas matanya melirik pada Galaxy noted yang berbunyi. Bila masa dia tukar ringtone pi lagu korea ni? Sa.. Sa.. Sa apa? Sarang semut?! Nadzmi mencemuh lagu K-Pop itu dalam hati.

“Najwa okei?” Melihat nama di skrin telefon Nadzmi membuatkan Imran terpanggil untuk bertanyakan soal isteri sepupunya itu.

Teringat dia kejadian ketika menemankan Nadzmi dan Najwa dulu ketika sesi photo shoot outdoor wedding dorang. Yang seorang, bukan main beria berphoto shoot, siap main golek-golek atas rumput ala-ala Hindustan gitu. Seorang lagi, pokok kayu pun tak sekaku dia.
Mati-mati dia gelakkan si Nadratul Iman, teman baik Najwa yang naik pening dengan perangai Nadzmi. Di suruh senyum, di tariknya muka kelat. Di suruh berdiri sebelah Najwa, belakang Najwa Nadzmi menyorok. Mana tak mengamuk si cik photographer.

“Okei je. Hidup lagi dia kat rumah tu. Sekarangkan cuti sekolah, memang waktu dia bersenang lenanglah tu.” Agak kasar ayat yang keluar dari mulut Nadzmi.

“Amboi kau, ayat agak tak sopan ye.” Imran geleng kepala.

“Betullah tu.” Nadzmi menjeling lagi handphone yang berbunyi. Nak apa Najwa ni? kalau orang dah tak angkat call tu, tak reti-reti lagi ke nak stop call? Aish.

“Angkatlah wei, kesian Najwa tu.” Imran pulak yang sakit hati tengok perangai Nadzmi. Taulah kahwin paksa, tapi janganlah tunjuk sangat. Ye dak?

“Malaslah. Bukan ada benda pun, saja nak kacau orang buat kerja.” Nadzmi cebik bibir.

Mana taknya, dah dua kali dia terkena sejak pagi tadi. Pertama kali Najwa called, Najwa tanya, “Mana abang letak remote TV?” Nasiblah Najwa bukan depan mata dia, kalau tak memang dah di semburnya isteri dia tu. Remote pun tak reti nak cari ke?

Kali kedua Najwa called, lagi haru dia di buatnya. Najwa tanya, “Ada bhai jual karpet, boleh Wawa buka pintu?” Adoyai, kenapalah isteri dia ni terlebih “jujur”?!

“Kot-kot kes kecemasan ke..” Imran angkat kening. Kalau bukan kecemasan, mesti sesuatu yang penting. Kalau tak, tak adalah isteri Nadzmi tu call untuk kali ke tigakan?

“Tak adanya. Biarlah dia. Ni, asal kau datang bilik aku ni? Dato Azmi nampak, dipotongnya gaji kau.” Nadzmi gelak. Dato Azmi tu jangan di buat main, anak tak anak kalau culas buat kerja di hentamnya jugak.

“Alah, Dato Azmi keluar dengan Dato Azlan. Tu yang aku berani lepak bilik kau.” Imran sengih sebelum menyambung kata.

“Ni, ada dapat email tak dari HR?” Imran membetulkan duduk.

“Email apa? Aku sibuklah, nak bernafas pun rasa tersekat-sekat. Inikan pulak nak menjeguk peti mel aku.” Tu dia, hiperbola melampau betul Nadzmi ni.

“Eleh..” Imran cebik bibir, tak percaya sungguh dia dengan auta Nadzmi.

“Betullah. Ni, email apa?” Nadzmi mengulang soalannya dengan sengih tersungging di bibir.

“Pasal hari keluarga, dah confirmed dah tempat dah tarikhnya.”

“Iye? Katne? Bila?” 3 in 1 soalan Nadzmi. Lupa terus pada fail di hadapan mata.

“Cherating. Pergi pagi jumaat, balik ahad.” Imran tengok, sepupunya itu sudah hilang minat pada fail di hadapan. Tau sangat dah sebab apa. Nadzmi dan pantaikan macam irama dan lagu, tak boleh dipisahkan.

“Serius?!” Cherating? Wah best! Terujanya saya!!

“Seriuslah. Eh, aku nak balik bilik aku woi. Ally dah mesej aku, cakap Dato Azmi dah masuk office. Naya aku kalau dia nampak aku mengular kat sini.” Imran kaget, tergesa-gesa dia bangun. Dato Azmi tu, character dia kat rumah dengan kat office antonym sangat. Berlawanan!

“Ha-ha. Tau juga kau takut ye.” Nadzmi gelak.

Tapi, dia sendiri pun sebenarnya gerun juga dengan Pak Long dia tu. Kalau kat rumah, pemeriah suasana. Bila sampai office, gerun dia nak bayangkan! Terlebih tegas.

“Gila tak takut. Eh, nanti tolong tanya kat Najwa pasal Nadratul Iman tu boleh?” Imran berhenti melangkah, berdiri dia di pintu bilik Nadzmi.

“Nadratul Iman? Si photographer wedding aku tu?” Nadzmi jengkel, bengkek dalam hatinya menyebut perkataan “wedding” itu. Perkataan itu bukti kukuh kalau dia milik Najwa. Ough!

“Iyelah, siapa lagi. Tanya basic-basic ajelah. Tapi, paling penting tanya kalau dah berpunya belum.” Imran sengih.

“Kau pehal Im? Tetiba je?” Nadzmi dah pelik. Dah jatuh cinta ke si Naufal Imran ini?

“Hurmm.. Aku rasa, aku nak kahwinlah bro..” Imran sengih lagi.

“Apa Imran? Nak kahwin? Dengan siapa? Nak Pak Ngah tolong cakap kat Daddy kamu?”

“Erkk..” Tak sempat Nadzmi nak membalas bila Dato Azlan, Papa dia sudah menyampuk. Terus dia tekun merenung fail depan mata. Pandai-pandailah kau jawab dengan Pak Ngah kau Imran oii.

“Eh, tak, tak Dato. Saya bergurau je dengan Nadzmi tu. Saya balik bilik saya Dato.” Zupp! Laju Imran kembali ke biliknya. Bimbang dia di soal siasat nanti.

Nanti, tak memasal, malam ni juga Datin Nandini tu ajak dorang pi pinang Nadratul Ain. Gila, meroyan nanti si Nadratul Iman tu. Kenal pun macam tu je, tetiba pulak pinang dia. Entah-entah, Nadratul Iman tu dah ada anak empat dah. Mummy dia tu, bukan boleh dengar benda-benda macam ni. Lagi-lagi bila Mak Ngah dia baru sambut menantu baru. Jelouslah mama tu. Dia pun nak juga menantu baru. Tak cukup agaknya menantu yang tiga orang tu.

‘Amboi Imran, bukan main lagi kau berdato-dato dengan pakcik sendiri.’ Nadzmi gelak senyap-senyap. Tapi bila mendengar deheman Dato Azlan dari luar biliknya, dan-dan muka serius dia pamer.

“Selamat tengah hari Dato.” Nadzmi tahan gelak.

Tu dia, kau lagi haru Nadzmi oii. Berdato-dato dengan Papa sendiri. Ha-ha.

****************

Pinggan mangkuk yang kotor sudah habis berbasuh bersih. Dapur pun sudah dia lap bersih, lantai yang berminyak sudah bermop. Setelah puas hati dengan kerjanya, barulah Najwa beredar ke suis lampu. Pap! Ruang dapur menjadi gelap-gelita.

“Tengok apa?” Najwa melabuh punggung di sebelah suaminya.

“CSI NY.” Nadzmi mengensot ke tepi, memeberi ruang pada isterinya sekaligus menjarakkan tubuh mereka. Galaxy noted tak lekang di tangan.

“Eleh, bukan haram pun.” Najwa juih bibir. Jauh hatinya, sejauh jarak yang Nadzmi buat antara dorang berdua. Muat lagi seorang budak umur lapan tahun antara dorang tau.

“Apanya yang haram?” Nadzmi soal, tak faham. Jarinya laju menaip di atas skrin, sekadar melayan bicara Mama yang kononya kebosanan sejak dia berpindah rumah.

“Tak ada apalah. Mesej dengan girlfriend ke?” Najwa menjenguk handphone yang berbunyi, tanda ada mesej masuk.

Tu dia, mesej dari “Queen”. Dah tu, kalau yang cuma girlfriend itu dapat mandat “Queen”, dia yang isteri ni apa? Takkan gundik kot.. Hampeh!

“Penyibuk!” Laju-laju Nadzmi “lock” Galaxy Notednya.

“Abang nak kahwin ke dengan girlfriend abang tu?” Najwa juga dengan mata di TV menyoal. Nadanya biasa, biarpun rasa hatinya sudah berubah pahit.

“Kenapa, kau nak bagi ke?” Kalau kau nak bagi, aku on je.. Ayat itu, Nadzmi sambung dalam hati aje. Siapa yang tak nak ada dua bini? Ye dak. Ha-ha. Masalahnya, nak kahwin dengan siapa? Ha-ha. Nadzmi gelak dalam hati.

“Kalau Wawa bagi hubby kahwin dengan dia, Wawa macam mana?” Masih dengan nada yang sama Najwa bertanya.

“Macam tu apa, macam nilah. Nak perubahan macam mana lagi?” Nadzmi jelek. Sekejap abang, sekejap hubby.. Nanti kejap lagi, dia panggil Oppa.

“Nanti, oppa nak lepaskan Wawa ke?” Najwa mengalih pandangan, ke wajah Nadzmi.

“Aku takut tak boleh berlaku adil..” Nadzmi dah mula menjiwai watak. See, betulkan? Jangan lepas ni panggil dengan nama penuh dahlah.

“Kalau macam tu, kahwin selepas Wawa dah tak de jelah.” Najwa sengih. Menyembunyi hati yang merusuh pilu.

‘Aku takut tak boleh berlaku adil..’ Maksudnya, hanya seorang yang akan jadi isteri Ahmad Nadzmi. Pastinya, bukan dia. Najwa rasa, hati dia tengah meraung kecewa.

“Bila tu?” Nadzmi gelak. Saja dia mengusik isterinya yang sudah memerah wajahnya, marah! Aimi Najwa oii, saya mana ada girlfriend! Saya ada awak je.

“Doktor ramal, enam bulan. Tapi, kita mana tahu kerja ALLAH kan? Kot-kot ALLAH nak ambek esok, lusa abang dah boleh kahwin dengan girlfriend abang tu. Mungkin jugak ALLAH ambek lagi sepuluh tahun, lama lagilah abang nak tunggu.” Seboleh mungkin, Najwa cuba mengawal suara. Ahmad Nadzmi, soal mati pun nak dibuat bergurau ke?!

“Hish., Apa cakap pasal mati ni. Tadi tu gurau jelah.” Nadzmi pulak yang seriau jadinya. Cara Najwa cakap tu, macam betul sahaja. Meremang bulu romanya. Takut dia kehilangan Wawa.. Err, maksudnya Najwa. Ehem!

“Tapi, Wawa cakap betul..” Najwa pasang muka tak beriak, straight sahaja.

“Aimi Najwa..” Nadzmi rasa, jantungnya macam nak meletup akibat palpitation yang tiba-tiba menyerang. Laju jantung dia berdegup.

“Ha-ha-ha.” Najwa gelak, menjelir lidah. Takut juga Nadzmi kehilangan dia..

“Semua benda dia nak buat main.” Nadzmi merengus, geram.

Dalam diam, sebenarnya hatinya lega bila tahu kalau Najwa cuma bergurau. Namun, denyut nadi yang semakin stabil kembali berdegup laju bila wajah Najwa semakin menghampiri. Erkk..

“Aimi Najwa?” Jari telunjuk Nadzmi mendarat di dahi Najwa, menolak kepala isterinya yang semakin hampir dengan dia.

“Yeah Ahmad Nadzmi?” Najwa sembunyi senyum.

“Behave boleh tak? Apsal agresif semacam ni?” Kini dengan dua tangan dia menahan kepala isterinya.

“Kenapa? Takut?” Najwa angkat-angkat kening.

“Kau tu perempuan, mana ada perempuan yang move on dulu.” Nadzmi mendengus.

“Kalau tunggu hubby, sampai PM bertukar empat belas kali pun belum tentu mula langkah pertama.” Najwa sinis.

“Dia ni kan..” Nadzmi dah tak larat menahan degupan jantung yang menggila. Terus dia bangun, sebelum bibir isterinya itu mencecah bibirnya.

“Alah, missed!” Najwa menumbuk sofa, kecewa sahaja bunyiknya.

“Pervet!!” Nadzmi menyilang tangan, laju dia berlari ke tingkat atas sambil menjeling Najwa yang sudah tergelak-gelak.

‘Fuh!! Hampir sahaja iman aku hilang tadi.’ Nadzmi mengurut dada yang masih dengan debar yang menggila sebelum bibirnya membentuk senyuman menggula.

Aimi Najwa, awak buat jantung saya berdegup lajulah!

****************

Najwa memicit kepala, sakit. Berlari-lari jemarinya di sekitar dahi. Kekadang, larian jemarinya semakin laju bila terasa sakitnya semakin mencengkam. Perlahan dia bangun, menuju ke katil. Telekung masih tersarung elok di tubuh.

“Napa ni?” Nadzmi melipat sejadah yang dia guna, di sangkut di ampaian. Bila melihat Najwa sudah berbaring di atas katil, dia melipat pulak sejadah Najwa. Mereka baru usai solat subuh berjemaah tadi.

“Magrain kot, kepala sakit.” Najwa menutup mata. Berdenyut-denyut kepalanya. Tadi, terasa macam biji matanya hampir tersembul keluar ketika dia ruku’ dan sujud.

“Ada demam tak?” Nadzmi melekap telapak tangan ke dahi. Ada dedar panas di situ. Bibir Najwa pucat, wajahnya lesu.

“Hurmm, ada sikit.” Najwa menggumam dengan mata tertutup.

“Selalu, kalau nak demam memang hidung berdarah ke?” Nadzmi soal hairan. Dia selalu juga demam, tapi tak ada pun hidung dia berdarah. Kenapa hidung Najwa berdarah di awal pagi buta macam ni?

“Mana?” Laju Najwa bangun menuju ke cermin meja solek, tangan di bawa ke hidung. Patutlah dia rasa seperti ada cecair panas mengalir dari hidung dia tadi. Ingatkan hingus. Darah yang mengalir di tahannya dengan jari.

“Buka telekung tu dulu, nanti kena darah pulak.” Nadzmi bangun, mencapai kotak tisu di meja almari solek.

“Thanks.” Najwa menyambut huluran kotak tisu. Telekung di hulur pada Nadzmi, dan suaminya itu dengan baik hatinya menyambut dan melipat telekungnya. Baik betul Nadzmi pagi ni yerk.

“Siaplah, nanti kita pergi klinik.” Nadzmi bergerak ke almari, tangannya mencapai baju yang sudah Najwa siap gosok dari semalam.

“Tak apalah, Wawa boleh tahan lagi ni. Abang bagi Wawa baring lima minit boleh? Lepas lima minit, Wawa turun buatkan abang breakfast.”

Najwa sudah kembali ke katil, tapi kepalanya yang terasa berpusing hampir membuatkan dia tersungkur di birai katil. Mujur Nadzmi yang perasan dengan lajunya menyambar tubuh isterinya sebelum Najwa jatuh.

“Tahan apanya macam ni? Kalau tumbang tadi macam mana?” Dengan gagahnya, Nadzmi mencempung tubuh isterinya menuju ke katil.

“Kalau B dukung macam ni, tumbang sepuluh kali pun Wawa sanggup tau.” Dengan bibir pucat lesi Najwa tersengih dalam pelukan Nadzmi.

“Dah sakit-sakit macam ni, masih nak mengada-ngada ke?” Nadzmi mendengus, tapi hatinya senang. Lengan kemejanya di sinsing hingga ke lengan.

“Time sakitlah masa nak mengada-ngada.” Najwa cebik bibir. Nak manja-manja pun tak boleh. Apa pun tak boleh!!

“Dah, tidurlah. Kejap lagi, kita pergi klinik.” Nadzmi bangkit dari katil. Menuju ke pintu, dia tak rasa Najwa larat nak sediakan breakfast untuk dia.

Jam hampir ke pukul lapan bila Nadzmi kembali ke bilik. Najwa masih tidur. Wajahnya pucat dengan sisa-sisa darah yang sudah membeku di sekitar hidung. Susu, dengan roti dalam pinggan dia letak di meja tepi katil.

“Wawa, bangun..” Nadzmi menolak perlahan bahu isterinya. Kenapa hidung Najwa selalu berdarah yerk?

“Ermm..” Najwa membuka matanya, sedikit sahaja. Pandangannya berbalam-balam, sakit kepalanya mencucuk. Sudah berapa lama agaknya dia tertidur tadi?

“Bangun, breakfast.” Tisu dicapai, dan dengan selamba darah yang masih bersisa di hidung Najwa dia lap. Dedar demam Najwa nampaknya sudah semakin panas. Itukah sebabnya hidung Najwa berdarah?

“Sorry, Najwa susahkan Abang.” Najwa bangun, air susu yang di hulur dia sambut. Tapi belum pun sempat susu itu mencecah tekak, dia sudah merasa loya. Berlari-lari anak Najwa menuju ke bilik air.

“Najwa, okei tak ni?” Nadzmi berdiri di belakang Najwa. Tangannya kaku, tak tahu hendak di letak di mana. Nak menepuk belakang Najwa, atau diam kaku sahaja di situ.

“Worst.” Najwa menggeleng. Kepalanya terasa sakit, rasa nak sahaja dia tumbang di situ.

“Kita ke klinik.” Nadzmi memegang lengan isterinya, membantu Najwa yang hampir hilang keseimbangan badan untuk melangkah.

“Nak dukung?” Najwa sengih. Haila Najwa, tak padan dengan sakit.

“Hurmm.,. Kita ke klinik k?” Nadzmi masih dengan isu kliniknya mencempung juga tubuh Najwa menuju ke katil. Alah, bukan berat mana pun Najwa ni. Lagipun kan, Nadzmi rela je nak gendong Najwa. Lama-lama pun tak apa.

“Tak nak. Nak makan ubat je.” Najwa dah sampai langit ke tujuh! Tu dia, dua kali Nadzmi gendong dia dalam tak sampai sejam tau!

“Degil.” Perlahan, dahi Najwa di jentik dengan ibu jari. Perangai allergi bau hospital tu, sampai sekarang tak sembuh lagi rupanya.

“Takpe, kejap lagi okeilah ni. B pergilah office, dah pukul lapan ni.” Najwa tengok, Nadzmi dah siap-siap pun dengan pakaian kerjanya. Tu, Galaxy Notednya dari tadi sudah berkonsert. Call dari officelah tu.

“Takpe ke tinggal seorang?” Risau-risau Nadzmi bertanya.

Dah muntah-muntah macam ni, mana dia tak risau. Kalau keluarga dorang tahu Najwa sakit, nanti tak memasal dia di tuduh tak tahu jaga bini pulak. Lagipun, memang dia rasa tak tega nak tinggal isteri dia sendiri di rumah. Tapi, bila mengingatkan dia ada board meeting pagi ni, di gagahkan juga hati yang semakin goyah.

“Takpe.. Wawa okei.” Najwa tarik senyum sampai ke telinga. Gebar di tarik hingga ke dada.

“Okei, phone tu letak tepi bantal. Aku ring sekali, terus angkat tau.” Nadzmi membetulkan letak bantal di kepala isterinya. Anak-anak rambut Najwa yang jatuh menyentuh dahi dia selit di tepi telinga.

“Ai ai sir..” Tangan di hulur pada Nadzmi yang nampaknyas dah siap sedia meninggalkan bilik tidur dorang.

“Apa lagi?” soal Nadzmi bila jari Najwa hinggap di dahi sendiri pulak setelah tangannya di salam Najwa tadi.

“Nak kiss?” Amboi Najwa, tadi nak dukung. Sekarang nak kiss pulak. Sakit-sakit pun demand ye?!

“Tidur!” Tangannya yang masih dalam genggaman Najwa laju dia tarik. Banyak songeh!

“Kedekut!!” Najwa cebik bibir.

“Lepas ni, jangan mengada-ngada nak mintak itu ini lagi.” Nadzmi berpaling kembali dengan rengusan. Dan chupp! Ciumannya hinggap di dahi isterinya.

Oh..Oh… My… Najwa terkedu bersaat-saat sebelum tersedar bila pintu bilik di tutup dan Nadzmi sudah tiada di hadapan mata.

“B, terima kasih!!” Najwa tarik senyum hingga ke telinga. Hilang sekejap sakit di kepalanya.

***************

Dato Azlan perasan, mata Ahmad Nadzmi asyik ke bawah meja sahaja. Apa yang menariknya di bawah meja itu hingga slide presentation Imran yang berwarna-warni di hadapan sana tidak menarik perhatian Nadzmi?

+Okei?

Mesej yang pertama, Nadzmi hantar dari setengah jam lalu yang masih belum berbalas.

+Najwa?

Itu mesej kedua yang menyusul lima minit kemudiannya. Masih juga tidak berbalas. Sesekali, di sentuhnya bibirnya. Masih terasa-rasa dedar panas dahi Najwa di situ.

+Najwa oii, hidup lagi ke tak ni?

Lima minit kemudian, mesej yang ke tiga dia hantar. Ke mana Najwa ni? Takkan dah pengsan kot? Tapi, bila dia teringatkan wajah pucat Najwa dengan darah mengalir dari hidung pagi tadi, hatinya merusuh bimbang. Tak mustahil Najwa pengsan dekat rumahkan?

+Aku balik rumah sekarang juga.

Nadzmi bangun, menolak kerusinya kuat bila mesej yang keempat dia hantar lima minit lepas masih tidak berbalas. Callnya juga sudah enam kali tidak berangkat.

“Yes Nadzmi?” Imran yang tengah bersemangat dengan presentationnya mengangkat kening bertanya.

“Err, excuse me ye Dato. Saya, kena balik rumah.” Nadzmi mencapai fail di atas meja. Sepuluh pasang mata yang ada di meeting room itu memandangnya hairan.

“Kenapa?” Dato Azlan bertanya.

“Err.. Saya nak jumpa isteri saya.” Nadzmi sengih, sebelum laju menuju ke pintu. Alasannya mengundang tawa mereka yang ada.

“Eww.. Anak siapalah tu? Tak menyempat tunggu lunch hour.” Imran tergeleng-geleng kepala.

“Ehem! Awak cakap apa Imran? Boleh ulang sekali lagi?” Dato’ Azlan dengan muka serius bertanya.

“Err, sorry Dato.” Naufal Imran sengih.

Lupa, Ahmad Nadzmi itu anak Dato Azlan rupanya. Ha-ha-ha.

***************

Sudah hampir seminggu Najwa demam, dan Alhamdulillah usai makan malam tadi dia sudah boleh duduk bersama Nadzmi di ruang tamu. Wajahnya masih pucat, matanya sembab dan pipinya cengkung.

“Abang..” Najwa menghampiri. Tidak seperti selalu, dia tidak duduk di sebelah Nadzmi. Dia tahu, Nadzmi masih marahkan dia soal insiden beberapa hari lepas.

Nadzmi diam tak berkutik. Matanya masih setia pada kaca TV. Telinganya di pekakkan, mulutnya di bisukan. Hatinya masih sakit.

“Wawa mintak maaf.” Dan, sesaat kemudian Najwa sudah duduk bersimpuh di hujung kaki Nadzmi. Dia tidak kisah sekalipun dia kena sujud di kaki Nadzmi. Dia tahu, itu semua salahnya. Salahnya kerana membelakangkan Nadzmi.

“Hish, apa ni?!” Nadzmi bingkas bangun.

Apa kes sampai nak sembah dia segala? Nak sujud di kakinya? Aimi Najwa, Ahmad Nadzmi ini bukan Tuhan sampai kau nak perlu sembah segala okei!

“Wawa salah, Wawa mintak maaf. Tolonglah, jangan hukum Wawa macam ni.” Najwa merayu lagi, dengan airmata penuh di pipi.

Sudah berhari-hari Nadzmi melancarkan perang dingin, Nadzmi mengelak untuk bercakap dengan dia. Dia faham sikap Nadzmi yang satu itu, Nadzmi lebih suka diam berbanding melenting bila hatinya tengah panas. Tapi, dia tak punya banyak masa untuk menunggu Nadzmi sejuk.

“Waktu kau keluar rumah, tanpa izin aku, ada kau fikir tak apa hukumnya? Berdua-duaan dengan lelaki yang aku tak kenal pulak tu.” Nadzmi menyoal sinis.

Beberapa hari yang lepas, dia memandu Toyota Rushnya dengan kelajuan yang menyebabkan dia melanggar dua undang-undang jalan raya hanya kerana ingin cepat tiba di rumah kerana bimbangkan Najwa yang ditinggalkan sakit sendirian. Dia tinggalkan mesyuarat, tinggalkan kerjanya yang berlambak di office semata-mata demi Najwa.

Tapi, apa yang menantinya di rumah hanya katil kosong dengan Mini Galaxy Najwa di atas katil yang berkedip-kedip lampunya tanda ada seseorang sudah menghubunginya berbanyak-banyak kali. Dialah orang itu, huh!

Di mana Najwa?

“Apa yang kau sembunyikan dari aku, Najwa?” Nadzmi merendahkan nada suaranya, hatinya belas melihat airmata yang mengalir di pipi isterinya. Tapi untuk mengesatnya, ego Nadzmi tinggi melangit.

Dia ingat lagi, betapa bimbangnya dia akan keadaan Najwa hingga tanpa sedar dia sudah memandu sekitar kawasan perumahan mereka. Dalam fikirannya, mungkin Najwa ke kedai runcit berdekatan mencari panadol dan mungkin Najwa yang lemah itu sudah terbaring tak sedar diri di atas jalan raya ketika dalam perjalanan pulang. Tapi, tiada tanda-tanda yang Najwa ada di mana-mana. Lantas, dia kembali semula ke rumah dengan hati yang masih merusuh bimbang.

Tanpa dia sangka, matanya di jamu pemandangan yang menyakitkan hati. Aimi Najwa, yang namanya dia sebut ketika akad nikah mereka tiga bulan yang lepas baru keluar dari kereta seorang lelaki yang tak di kenali. Lagi tak dia sangka Aimi Najwa boleh menafikan semuanya bila dia menyoal tentang lelaki itu. Aimi Najwa kata, itu Dr. Aiman. Doktor di klinik yang dia pergi untuk dapatkan rawatan. Wah, bagus betul servis klinik Dr. Aiman itu ya, hingga ke pintu rumah dia jemput dan hantar pesakitnya.

“Wawa tak tahu nak cakap dengan abang macam mana. Tapi abang kena percayakan Wawa, Wawa tak pernah duakan abang. Wawa jaga maruah Wawa sebagai isteri abang.” Najwa sudah menangis teresak-esak.

“Yeah, jagalah sangat.” Nadzmi mencebik bibir.

Sebenarnya, Nadzmi pun tak tahu kalau dia marahkan Najwa sebab Najwa itu keluar tanpa izinnya atau sebab Najwa itu dia lihat berdua-duaan dengan lelaki yang dia tak kenal. Dengan fikirannya yang diserabutkan oleh Najwa ini, dia sudah kurang arif mentafsir rasa yang ada di dalam hati. Cemburukah dia?

“Abang, tolong jangan buat Wawa macam ni.” Najwa bangun, menghampiri Nadzmi yang sudah berpeluk tubuh. Lengan Nadzmi di cengkamnya kuat.

“Esok, aku hantar kau balik rumah ibu. Aku kena ke Cherating hujung minggu ni.”

Nadzmi menolak tangan Najwa, tidak ingin lagi dia mendengar kata-kata Najwa yang seterusnya. Dia berpaling, menuju ke tingkat atas. Destinasinya, bilik tetamu. Untuk pertama kalinya, dia tidak akan tidur bertemankan bau haruman rambut Najwa.

************

Najwa berkalih ke kiri, masih tidak boleh tidur. Dia kalih pulak ke kanan, masih sama. Najwa mengeluh sebelum bangun dari katil. Dia tidak kisah sekalipun Nadzmi akan menolaknya lagi, memarahi dia lagi. Kali ini, dia nekad.

“Abang..” Najwa menolak pintu bilik tetamu. Dia tahu, Nadzmi belum tidur lagi.

‘Patutnya, aku kunci je pintu tadi!’

Nadzmi mendengus bila terasa katil di sebelah bergegar. Dia tahu, Najwa datang lagi. Dan untuk menghalau Najwa untuk kali yang kelima, dia sudah tidak larat. Dia tahu, Najwa pasti akan datang balik. Nadzmi geleng kepala, “kagum” dia dengan ketabahan Aimi Najwa. Sudah dihalau berulang kali pun, tanpa segan dan malu dia kembali lagi.

“Wawa janji, Wawa tak buat apa-apa. Wawa just nak tidur sebelah abang, Wawa tak sentuh abang pun.” Najwa sudah baring di sebelah suaminya.
Tangannya rapat ke dada, matanya terpejam celik dalam gelap. Menahan airmata yang sudah berada di tubir mata. Haila, lama-lama boleh jadi Kassima Selamata dia kalau begini. Kassim Selamat versi perempuan!
Haaaaa.. Nadzmi mengeluh bila Najwa yang kononnya akan baring-baring diam di sebelahnya itu sudah mengeluarkan esak tangisnya. Perempuan..

“Najwa, kau cakap kau akan tidur diam-diam.” Akhirnya, bersuara juga Nadzmi bila dia rasa belakang bajunya sudah basah dengan airmata Najwa.

“Esok, esok kat rumah ibu Wawa terangkan segalanya.” Najwa bersuara dalam esak tangisnya.

“Kenapa tak sekarang?” Nadzmi berpaling. Dalam gelap, dia merenung mata Najwa yang berair.

“Sebab, Wawa tak ada kekuatan untuk menceritakan benda yang sama berulang kali..” Dan, Najwa menangis lagi, lebih kuat dari tadi.

“Wawa..” Nadzmi mengalah, dia tak sanggup memaksa Najwa lagi. Najwa yang semakin banjir dengan airmata itu ditariknya dalam pelukan.

“Maafkan Wawa.. Wawa janji, Wawa tak akan buat lagi.” Najwa menyambung tangisnya di balik bidang dada suaminya.

“Shhh… Tidur, abang tak nak dengar apa-apa lagi..” Bibir Nadzmi, hinggap di ubun-ubun isterinya. Belakang Najwa di usap perlahan.

Biarlah, sudah tidak penting lagi siapa Dr. Aiman itu sekarang. Sudah tidak penting lagi apa yang Najwa rahsiakan dari dia selama ini. Dia hanya ingin menikmati saat ini, saat dia membuka seluruh pintu hatinya untuk Aimi Najwa.

*****************

Tengah hari itu, rumah Encik Iskandar dan Puan Athira riuh dengan tetamu yang hadir. Nadzmi yang kononnya datang untuk menghantar Najwa pun tidak tahu kalau Mama dan Papanya juga ada di rumah mertuanya.

“Nadzmi, dah berisi ke Najwa tu? Tadi, mama nampak Najwa muntah kat dapur.” Datin Naina mencuit bahu Nadzmi yang sedang sibuk menonton TV di ruang tamu. Papanya dan Abah sedang sibuk di laman rumah. Melawat kolam ikan yang baru Abah bina minggu lepas.

“Mana, mengarutlah Mama ni. Najwa tak sihat tu, dia demam beberapa hari ni.” Nadzmi menafikan. Pregnant? Yeah, tak mungkinlahkan..

“Dah tu, Nadzmi dah bawa dia jumpa doktor?” Datin Naina bersuara bimbang. Terjenguk-jenguk kepalanya di dapur, memerhatikan Najwa yang sedang membasuh pinggan dan Puan Athira sibuk memotong kek untuk pencuci mulut. Sudah sihatkah menantu bongsunya itu?

“Dah.. Doktor kata demam biasa sahaja.” Doktor yang nama Aiman tu yang bagi tahu. Nadzmi jengkel sendiri-sendiri dalam hati.

“Iye ke? Jadi, belum ada razeki Mamalah ni nak tambah cucu?” Kali ini, nada hampa Datin Naina guna.

“Belum Ma. Ma mainlah dengan cucu mama yang dah ada empat orang tu.” Yeah, abang dan kakaknya yang ada empat orang di atas dia tu itu masing-masing sudah ada seorang anak.

“Hurmm..” Datin Naina mengeluh, belum ada rezeki untuk dia bermain dengan cucu dari Nadzmi lagi nampaknya.

“Nai, ni aku ada buat kek lumut untuk kau. Nadzmi, pergi panggil Papa dan Abah kat luar tu.” Puan Athira, dengan dulang di tangan muncul dari belakang.

“Okei, bu.” Nadzmi bangun dari sofa, tapi belum pun dia mula melangkah, dari pintu depan dia sudah mendengar suara dua ketua keluarga itu saling bergurau. Nadzmi duduk semula bila wajah keduanya terjegul di muka pintu.

“Nadzmi, kamu tahu apa benda yang Najwa nak bincangkan tu?” Sekali lagi nama Nadzmi meniti di bibir ibu mertuanya. Kali ini, soal Najwa pulak yang di bangkitkan.

“Tak tahu Bu..” Nadzmi angkat bahu. Memang benar, dia tidak tahu.

“Macam-macamlah Najwa ni.” Encik Iskandar menggeleng kepala.

Semalam, ketika si anak menghubunginya meminta dia mengajak besannya itu datang ke rumah hari ini dia masih tidak risau. Tapi bila si anak seperti hilang dalam dunianya sendiri sejak mereka tiba tadi, perasaan hairan mula bertapak dalam hati. Ada masalahkah rumahtangga anaknya itu?

“Abah..” Suara Najwa yang menyapa dari belakang mematikan perbincangan mereka yang semakin hangat. Terus Encik Iskandar menggamit tangan anak perempuannya.

“Kenapa Najwa?” Encik Iskandar bertanya.

Najwa yang duduk di antara Ibu dan Abahnya menggengenggam erat jari jemarinya sendiri. Meraih kekuatan. Satu persatu, wajah-wajah yang ada di situ dia pandang. Wajah Papa  yang bimbang, Mama yang tidak sabar, Abah yang tenang dan Ibu yang gusar. Tapi bila matanya bertembung dengan mata suaminya, Najwa tahu kalau Nadzmi inginkan penjelasan. Perlahan, matanya kembali ke wajah Abahnya.

“Abah dan Ibu selalu cakap, anak itu amanah ALLAH kan?” Tangan Najwa kini beralih ke tangan Abah dan ibunya.

“Iya, tapi kenapa tiba-tiba timbul soal anak ni? Najwa mengandung?” Ibu bertanya girang. Tapi kegirangannyan mati bila Najwa menggeleng.

“Jadi, kenapa Najwa muntah-muntah di dapur tadi?” Mama bertanya tidak sabar.

“Najwa tak mengandung Ibu, Mama..” Malah, Najwa tak mungkin mampu mengandung.

“Oh. Jadi?” Ada nada kecewa dari bibir mereka yang ada.

Hanya Nadzmi sahaja yang masih tenang. Namun, ketenangan Nadzmi itu hanya bersifat luaran sahaja. Hakikatnya, hatinya diburu sejuta persoalan.

“Abah, macam mana kalau..” Teragak-agak..

“Kalau apa Najwa?” Abah masih tenang bertanya.

“Kalau ALLAH nak ambik balik “amanah” yang ALLAH bagi kat Abah ni?” Najwa mengetap bibir. Soalannya untuk Abah, tapi matanya pada suaminya.

“Maksud Najwa?” Hati Puan Athira berdegup kencang. Najwa sakit ke?

“Najwa sakit ibu. Najwa sakit. Doktor kata, Najwa ada barah otak.”

“Astaghfirullahalazim.. Najwa..” Dan hanya itu yang Najwa dengar sebab hanya raungan Ibunya yang kedengaran selepas itu.

‘Abang, inilah rahsia yang Wawa sembunyikan..’

Najwa nampak, bibir Nadzmi bergerak-gerak tapi tiada bicara yang menembusi telinganya. Mata mereka saling bertatapan sehinggalah bayang wajah suaminya kabur dari pandangannya yang sudah mulai berkaca.

‘Abang….’

****************

Nadzmi menyudahkan bacaan doa. Usai sudah solat isyaknya dengan Najwa setia menjadi makmumnya seperti solat-solatnya sebelum ini selepas dia memegang gelaran suami kepada Aimi Najwa. Ketika dia berpaling ke belakang, Najwa menghulur tangan untuk bersalaman. Perlahan, tangan Najwa dalam genggaman dia tarik, membawa isterinya itu ke dalam pelukan.

“Wawa okei, jangan risau.” Najwa menepuk-nepuk perlahan bahu Nadzmi.

“I’m sorry..” Nadzmi menarik nafas. Dari petang tadi, baru ini perkataan yang keluar dari mulut Nadzmi. Dia masih terkejut dengan apa yang dia dengar dari mulut Najwa.

“Bukan salah hubby pun, Wawa yang salah.” Najwa mendongakkan kepala, melawan panahan mata suaminya.

“Wawa tahu Wawa sakit, but still Wawa nak kahwin dengan abang. I’m sorry for being selfish.” Jari jemari Najwa hinggap di pipi suaminya.

“Kenapa?” Nadzmi bertanya. Jemarinya ikut bermain di jemari Najwa yang ada di pipinya.

“Sebab Wawa sayang abang.” Kali ini, tangan suaminya di bawa ke bibir. Lama dia mengucup tangan Nadzmi.

“Esok, kita pergi hospital. Okei?” Nadzmi mengusap lembut kepala Najwa sebelum perlahan bibirnya menyentuh tempat yang sama.

“Okei..” Najwa mengangguk, basah lagi matanya malam ini.

“Kita cuba semua rawatan yang ada. We fight, abang tak nak kehilangan Wawa.” Kali ini, bibir Nadzmi menyentuh kedua belah pipi isterinya yang sudah basah dengan airmata. Bunyi esak tangis Najwa memilukan hatinya. Perlahan, tubuh itu di tarik rapat ke dadanya.

“Abang sayang Wawa. Sayang, sangat-sangat..” Airmata Nadzmi jatuh, menyentuh ubun-ubun Najwa.

Ya ALLAH, kuatkan hatiku seperti mana ENGKAU menguatkan hati isteriku..

****************

Najwa membalik sotong, ikan, kerang yang di panggang atas bara. Nadratul Iman, gadis pujaan si Imran sibuk membantu di sebelah. Dari jauh, bunyi ombak menyentuh pantai kedengaran, berselang seli dengan bunyi-bunyian suara manusia yang saling bertingkah di tepi pantai Cherating.

Nadzmi dan Imran sudah menghilang entah ke mana. Tadi, Nadzmi kata hendak berjalan-jalan ke gerai berhampiran. Di angkutnya sekali sepupunya si Imran yang dari tadi sibuk bermain mata dengan Iman, hinggakan Iman hampir sahaja tersadung melanggar Najwa kerana malu dengan perhatian terlebih-lebih dari Imran.

“Wa, kau duduk tepilah. Biar aku buat.” Iman mengesat peluh di dahi belakang tangan.

Najwa sudah dua tiga kali dia lihat memegang dada. Mesti Najwa penat, baru seminggu lepas Najwa keluar dari wad. Sesi chemotheraphy nampaknya tidak berjalan lancar, dia lihat Najwa semakin cengkung. Wajah Najwa sudah semakin hilang serinya.

“Iman..” Najwa yang sudah duduk di kerusi tepi bersuara. Sesekali, dia batuk sambil memegang dada.

“Kenapa? Kau sakit ke? Nak aku panggilkan Nadzmi?” Iman sudah panik, maunya Najwa pengsan di sini. Haru dia nanti. Dahlah dia ni jenis yang mudah gabra.

“Tak ada, aku penat je. Kau duduk sinilah, aku ada benda nak cakap dengan kau.” Najwa menggamit perlahan tangan Iman yang berdiri di tepinya.

“Alah, kejaplah Wa. Aku tengah sibuk ni.” Iman sekali lagi mengesat dahi. Sotong yang sudah hampir masak di balik-baliknya biar tidak hangus.

“Iman, aku nak sangat tengok kau pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin. Mesti kau cantik sangat, macam puteri kayangan.” Terhenti tangan Iman yang ramcak membalik sotong tadi dengan kata-kata Najwa yang tiba-tiba.

“Merepeklah kau, Wa!” Iman mendengus.

Dia mana suka bila isu nikah kahwin ni yang jadi topik perbualan. Belum terbuka pintu hatinya berbincang soal jodoh ini. Lagipun, status dirinya sering menjadi penghalang untuk dia menerima lelaki yang muncul dalam hidupnya.

“Imran tu, suka kau tau Iman. Dia pesan tadi, suruh aku gitau kat kau yang dia nak kenal-kenal dengan kau.” Najwa makin galak mengusik Iman. Lagi-lagi bila wajah putih Iman sudah merona merah. Alolo, Iman ni comel tau bila marah.

Tapi, part pesanan si Naufal Imran itu memang Najwa tak menipu tau. Memang betul pun Imran ada suruh dia sampaikan pesanan pada Iman. Lebih kuranglah bunyiknya seperti yang dia sampaikan pada Iman tadi.

“Dah-dah, kau jangan nak buat cerita Wa. Jangan nak bagi aku perasan, okei?” Laju-laju Iman menutup cerita. Makin melarat nanti ceritera Najwa jika di biarkan berlarutan.

“Ha-ha. Yelah, aku stop. Eh, pesanan tadi tu aku tak tipu tau.” Najwa masih dengan gelak kecilnya. Suka dia mengusik Iman yang selalu kabut itu.

“Iyelah kau tu.” Iman mencebik, Najwa tersenyum manja sambil menarik lembut Iman duduk di sisinya.

“Kau masih marahkan aku ke? Pasal aku rahsiakan aku sakit tu?” Najwa bertanya bila Iman sudah duduk di tepinya.

“Masih.” Tak teragak-agak Iman menjawab. Laju sahaja mulutnya mengiyakan andaian Najwa.

“Kau, tak mengagak nak bagi jawapan ye?” Terjuih ke depan bibir Najwa.

“Ha-ha. Kau kawan aku Wa, manalah aku nak marah kau lama-lama biarpun itulah yang sebenarnya aku nak buat.” Iman mengeluh.

Najwa itu kawan dia, sehati sejiwanya sejak mereka di universiti lagi. Dia anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan. Aimi Najwa itu bukan sahaja teman, malah dengan Najwalah dia tahu apa itu erti “keluarga”. Aimi Najwa itu lebih dari seorang sahabat buat dia.Tapi, dia tak sangka langsung kalau Najwa merahsiakan sakitnya itu dari pengetahuannya.

Hampir luluh jantungnya melihat Najwa terbaring di atas katil hospital dengan wayar berselirat di tubuhnya beberapa bulan yang lepas. Jatuh terduduk di muka pintu wad itu dengan mata yang basah dengan air mata. Meraung dia melihat penderitaan Najwa. Apatah lagi bila Doktor Aiman, doktor peribadi Najwa kata kalau pembedahan pun tak mampu menyelamatkan Najwa.

Ah, Doktor Aiman itu bukan Tuhan!

Dia yakin, Najwa pasti akan sembuh. Tapi, melihat keadaan Najwa sekarang, keyakinan yang setinggi gunung dulu semakin hilang sedikit demi sedikit. Doa, hanya itu kunci keyakinannya saat ini.

“Iman, kau taukan aku takdak niat nak rahsiakan dari korang. Aku, cuma tak nak korang risau je.” Najwa bermain dengan jari di riba.

Sungguh, sejak semua orang tahu kalau dia sakit, hidupnya berubah 360°. Abah minta dia berhenti kerja, Ibu pula nak dia dan Nadzmi pindah balik rumah Abah. Papa dan Mama lagilah, di kerah dorang Nadzmi bawa dia berubat ke luar negara. Sampai naik pening kepalanya memikirkan perkara itu. Nasiblah Nadzmi itu cool sahaja, dengan berhemahnya Nadzmi menangani perkara itu.

Nadzmi kata, yang sakit itu Najwa. Jadi, biar Najwa yang buat keputusan untuk dirinya sendiri. Nadzmi kata lagi, jangan layan Najwa macam orang kurang upaya, sebab itu hanya akan buat Najwa lagi teruk.
Alhamdulillah, mereka yang lain mengikut saranan Nadzmi. Dia tidak lagi lagi rasa seperti menyusahkan orang di sekelilingnya. Semuanya kembali normal, seperti biasa. Tapi dia tahu, tidak semuanya berjalan lancar. Sel-sel kanser itu semakin meragut kebahagiaannya.

“Aku tau..” Tapi, aku masih tak dapat terima kenyataan yang kau akan tinggalkan, Wa. Dengan belakang tapak tangan Iman menyeka air mata yang serasanya agak murah sejak akhir-akhir ini. Semuanya sebab Najwa yang dia sangat sayangi!

“Iman, kau janganlah nangis macam ni. Kau kena kuat, kuat macam selalu. Kalau aku dah tak ada, kau kena jaga Ibu dan Abah aku. Macam mana kau nak jaga dorang kalau kau lembik macam ni?” Najwa menepuk perlahan bahu Iman yang sudah teresak di tepinya.

“Tu kan orang tua kau, kenapa aku yang kena jaga pulak. Kau jagalah sendiri.” Iman juih bibir.

Tak suka dia bila Najwa berpesan itu-ini, seolah-olah Najwa akan meninggalkan mereka sekarang juga. Ya, dia tahu mati itu pasti.. Tapi, dia belum bersedia.

“Kalau aku ada, aku jagalah. Kalau aku dah tak ada nanti macam mana?” Soal Najwa.

“Kau tak akan ke mana-manalah Wa. Nanti kita jaga ibu dan abah kau sama-sama erk. Lagipun, aku tak kahwin lagi ni. Kalau kau nak ke mana-mana pun, atleast kau tengoklah aku naik pelamin dulu.”

“Iman..” Najwa cuba mencelah.

“Pastu, kau tunggu aku pregnant, pilih nama anak aku sama-sama. Jaga aku berpantang..”Suara Iman tertahan-tahan. Hatinya sebak.

“Iman…” Najwa cuba mencelah lagi. Kali ini, siap dengan tangan sekali dia gawang-gawangkan di hadapan Iman.

“Pastu, kau kena nasyidkan marhaban untuk majlis cukur jambul anak aku.. Kau kena.. tengok.. anak.. aku..” Tangisan Iman pecah untuk kedua kalinya. Mukanya di sembamkan ke lutut, bunyi esak tangisnya kedengaran.

“Iman..” Najwa pilu mendengara kata-kata Iman, hatinya sayu mendengar tangisan Iman. Perlahan, tubuh sahabat baiknya itu di peluk erat.

“Okei, aku tunggu. Tapi, jangan lama-lama tau.” Tangisnya bergabung dengan tangis Iman yang entah bila akan berhenti.

Nadratul Iman, ajal maut itu ketentuan ALLAH. Kita hanya mampu merancang, tapi yang menentukan tetap DIA.

**********

“Sejuk?” Nadzmi menyoal sepatah bila Najwa di sisinya duduk memeluk tubuh.

Angin pantai malam-malam begini selalunya memang sejuk mencengkam hingga ke tulang. Tidak jauh dari tempat mereka bersantai, Iman di bantu Imran sedang mengemas tempat BBQ mereka tadi. Rancak sahaja lagak mereka berdua, pasti Naufal Imran itu sedang mencuba mengayat Nadratul Iman.

“Sikitlah..” Najwa senyum, kepalanya di lentok di bahu Nadzmi. Sengaja hendak bermanja.

“Dekat sikit.” Nadzmi dengan gerak perlahan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.

Tangannya mengusap lengan Najwa, cuba menghangatkan tubuh isterinya yang sedikit menggeletar. Sedikit sebanyak, hatinya merusuh bimbang. Bimbang akan kesihatan kekasih hatinya yang semakin merosot akhir-akhir ini.

“Okei? Sejuk lagi?” Jaket kulit yang tersarung di tubuh Najwa di betulkan letaknya.

Kalau boleh, dia tidak ingin walau sedikit pun angin malam menyentuh kulit Najwa. Angin malam itu mungkin boleh menyebabkan Najwa demam. Bila Najwa demam, hatinya juga ikut “demam”. Pernah sekali Najwa demam, hampir seminggu Najwa tidak sedarkan diri. Kalau boleh, dia tidak ingin kejadian itu berlaku lagi.

“Hurmm.. Wawa okei, tak sejuk pun.” Najwa panggung kepala sebelum senyum tiga saat dia ukir di bibir. Tangan Nadzmi di bahunya di capai, di genggam sebelum di letak di pipinya.

“Terima kasih..” Najwa senyum tiga saat lagi, bibirnya pucat.
Sesekali, dia terasa jari jemari Nadzmi di pipinya bergerak-gerak. Terasa lembut elusan itu.

“Untuk apa?” Panahan mata Najwa yang sudah hilang serinya itu Nadzmi renung dalam-dalam.

“Sebab bawa Wawa datang sini.” Najwa melentok kepalanya semula ke bahu Nadzmi. Tidak betah dia lama-lama berenung pandang dengan Nadzmi. Hatinya rawan.

“Lah, ingatkan apalah tadi. Tadi, sembang apa dengan Iman?”

“Macam-macam. Hubby tau jelah Iman tu, banyak mulut. Dari isu kahwin, sampailah ke isu anak dia bincang. Ha-ha.” Najwa gelak, sekejap sahaja sebelum dia terbatuk. Akhir-akhir ini, ketawa begitu sahaja sudah boleh buat dia lelah.

“Wawa okei?” Nadzmi bertanya risau. Belakang isterinya di usap lembut, cuba membantu meredakan batuk Najwa.

“Okei, batuk sikit je.” Najwa senyum, tangan mengurut dada yang terasa sedikit sesak. Bibirnya, dalam diam beristighfar.

Waktu dia buat chemotheraphy dulu, Nadzmi selalu pesan supaya sentiasa berzikir, berselawat biar kurang sikit sakitnya nanti. Nadzmi kata lagi, waktu kita sakit ALLAH menarik nikmat cantik kita, nikmat makan kita, tenaga kita tapi Allah juga menarik sama dosa kita.
InsyaALLAH bila sudah sembuh nanti, ALLAH pasti akan kembalikan semuanya, kecuali dosa-dosa kita. Lihat, betapa baiknya ALLAH kepada kita. Sebab itu, kita kena bersangka baik kepada ALLAH. Begitu kata-kata suaminya yang sentiasa dalam ingatan Najwa.

“Kejap, abang pergi ambik air.” Nadzmi bangun, tapi geraknya terhenti bila lengannya lembut di paut Najwa.

“Wawa okei, jangan risau.” Pautan di tangan di eratkan, perlahan dia memaksa Nadzmi duduk di sebelahnya.

“Betul ni, Wawa tak nak air?” Dalam kebimbangan, Nadzmi turutkan juga tingkah Najwa. Kembali punggungnya dilabuh di sebelah isterinya.

“Betul, Wawa nak oppa je.” Najwa sengih.

“Okei, oppa dah ada kat sebelah ni.” Hidung Najwa, Nadzmi cuit lembut dengan senyuman.

“Tapi “oppa” tu apa sayang? Dari hari tu abang tertanya-tanya,” soal Nadzmi pulak.

Memang dia tertanya-tanya, tapi baru hari ini dia berkesempatan untuk bertanya. Sebelum-sebelum ini bukan dia tidak teringat untuk bertanya, tapi kerana sibuk memikirkan kesihatan Najwa, dia lupa pada isu
“Oppa”, isu bahasa alien si isteri.

“Ha-ha. Oppa tu, maksudnya “abang” dalam bahasa korea.” Najwa dalam gelak-gelak kecil menerangkan.

“LOL, ye ke?” Nadzmi ikut tergelak-gelak kecil.

Oppa tu abang rupanya. Patutlah, bila dia tak menyahut Najwa panggil dia “abang” dulu Najwa panggil dia dengan “Oppa” Ha-ha. Oh ya, ada satu perkataan lagi yang dia tertanya-tanya. Sarang semut itu apa? Teringat dia ringtone Samsung Galaxynya yang dulu lagu  “Stay-Estrella” sudah bertukar lagu yang asyik-asyik sebut perkataan sarang semut itu.

“Iyolah, oppa oi.” Masih tergelak-gelak Najwa, lagi-lagi bila melihat eksperisi muka suaminya.

“Ada satu perkataan ni lagi yang buat abang curious.” Soal Nadzmi.

“Perkataan apa?” Najwa menghentikan tawa.

“Sarang- sarang tu apa?”

“Sarang-sarang? Sarang apa? Sarang burung?” Najwa bertanya pelik. Setahunya, dia mana pernah menyebut perkataan sarang-sarang itu.

“Tu, ringtone phone hubby yang Wawa tukar hari tu selalu sebut perkataan sarang-sarang tu.”

“Ringtone mana pulak ni?” Makin pelik Najwa di buatnya.

“Alah, yang han namjaga-isso nol nomu saranghan han namjaga isso saranghae maldo mo-tha-nun.” Nadzmi siap nyanyi biarpun dia tak tahu kalau sebutannya itu betul ataupun tidak. Dia nyanyi sahaja sekalipun Najwa dah nak meletup hendak ketawa.

“Ha-ha-ha..” Kuat Najwa gelak bila Nadzmi sudah bertukar jadi k-pop star. Ha-ha. Ingatkan sarang-sarang apalah yang suaminya ini dok sebut dari tadi. Rupanya sarang itu.

“B, bukan sarang-sarang sarang semutlah sayang Tu lagu Korea.” Najwa cuba menahan gelak.

Tu dia, Nadzmi siap hafal lagi lirik lagu Han-Namja itu. Dia setakat boleh humming je pun. Gila ah Ahmad Nadzmi, memang tabik spring Aimi Najwa ini bagi dia.

“Dah tu, sarang apa” Ha-ha. Tak memasal dia nyanyi lagu Korea.

Sukanya hati Nadzmi bila tengok isterinya tertawa begitu. Seolah separuh dari resah hatinya ketika melihat Najwa dalam kesakitan ketika sesi chemotheraphy dulu itu sudah di bawa pergi. Betullah, ketawa itu juga terapi. Terapi untuk hati yang gundah seperti dia.

“Tu sarang-hae lah sayang. Bukannya sarang semut, ha-ha.” Perlahan tangan Nadzmi yang ada dalam genggaman dia tepuk.

“Oh, ye ke?” Gelak.

“Iyolah.” Sengih.

“Dah tu, pe maksud sarang-hae tu?” Nadzmi gelak lagi.

“I love you.” Mata kuyunya sengaja di kerdip-kerdipkan. Fahamkah Nadzmi dengan maksud kerdipan matanya itu?

“Oh, ye ke? Sarang-hae sayang.” Cepat sahaja Nadzmi faham maksud kerdipan mata isterinya. Biasalah, soulmatekan. He-he.

“Nah-do, sarang-hae.” Senyum. Mata Nadzmi dia pandang lama dan dalam-dalam. Wawa sayang abang, sayang sangat-sangat.

Nadzmi kulum senyum, bahagia rasa hati. Kepala Najwa yang tegak memandang dia di rebahkan di bahunya. Bersama-sama, pandangan di tebarkan di dada laut. Hanya anak-anak ombak menghempas ke pantai yang kelihatan, selebihnya laut yang terbentang seluasnya itu hilang di telan malam.

“B..” Najwa bersuara memecah kesunyian.

“Hurmm.” Nadzmi menggumam rendah.

“Abang suka pantai?”

“Suka..”

“Sangat-sangat?”

“A’ah.. Tapi..”

“Tapi apa?” Kepala di panggung, matanya mencari anak mata suaminya.

“Abang lagi suka isteri abang ni.” Dan perlahan, bibirnya jatuh pada dahi Najwa.

Najwa terpaku, bibirnya bergerak-gerak sebelum mengukir senyum.

“Wawa pun, suka abang sangat-sangat.” Tangan Nadzmi dia kucup sebelum tangan yang sama dia bawa ke pipi. Kepala di lentok kembali di bahu suaminya. Nafas di hela dalam-dalam, di lefas berat dengan mata terpejam.

‘Ya ALLAH, hamba-Mu ini semakin takut untuk ‘meninggalkan’ dia.’
Nadzmi tersentak, terasa basah tangannya. Dia tahu Najwa menangis, tapi dia biarkan sahaja. Matanya masih tunak ke depan, merenung dalam kegelapan. Bahu Najwa di tarik rapat ke sisinya, ubun-ubun isterinya di cium.

‘Ya ALLAH, kuatkan hatiku seperti mana Engkau menguatkan hati isteriku.’ Doa yang sama di ulang Nadzmi untuk kesekian kalinya.

************

Sebulan selepas kembali dari trip ke Cherating, Najwa pengsan lagi. Najwa pengsan ketika dia sedang muntah di bilik mandi. Pagi itu Najwa demam, batuk teruk dengan sakit kepala seolah biji matanya hampir tersembul keluar. Hidungnya berdarah, dia tak mampu mengimbang badan, terasa kebas seluruh anggota badannya. Begitu kata Najwa sebelum dia terkulai dalam dakapan Nadzmi.

“Nadzmi..”

Nadzmi yang dari tadi tunduk menekur lantai mengangkat wajah. Berdiri Puan Athira dan Encik Iskandar di hadapannya, sementara Mama dan Papanya mengekori dari belakang dengan langkah yang laju. Wajah mereka resah, berkerut-kerut dengan garis-garis kerisauan.

“Macam mana dengan Najwa? Apa yang jadi Nadzmi? Anak Ibu kat mana?” Bertalu-talu soalan yang di lempar Ibu. Nadzmi yang diam tanpa bicara menambahkan rusuh di hatinya.

“Nadzmi, kenapa sayang? Mana Najwa? Semuanya baik-baik sahajakan?” Giliran Datin Naini ‘menembaknya’ bertalu-talu. Mujur sahaja dua ketua keluarga di hadapannya ini tidak seribut Mama dan Ibu mertuanya.

“Ibu..” Nadzmi bersuara tenang, airmata lelakinya cuba di tahan. Dia tidak akan sekali-kali menangis di hadapan orang tua mereka, begitu janjinya pada Najwa, pada diri sendiri.

“Kenapa Nadzmi? Kenapa dengan anak ibu?” Puan Athira yang sudah berada dalam pelukan suaminya kembali menyoal. Kenapa suara Nadzmi selemah itu, wajahnnya sekusut itu.

“Doktor kata, kita kena bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal jadi.” Nadzmi menghela nafas, cuba mententeramkan hatinya yang juga merusuh sedih.

“Mak.. maksud Nadzmi?” Air mata yang mengalir di pipi tidak lagi di seka oleh Puan Athira. Terasa cengkaman jemari suaminya di lengannya semakin melonggar.

“Najwa tenat Ibu. Najwa.. Najwa, dia mungkin akan tinggalkan kita.”

“Ya ALLAH.. Najwa, anak ibu.” Dalam esak tangis yang sudah tak mampu di bendung, Puan Athira terkulai dalam pelukan suaminya.

Nadzmi lihat, mata Abah juga merah, tapi Abah masih mampu memberi kekuatan pada Ibu mertuanya. Usapan di bahu, pelukan yang kemas itu tanda kalau Abah juga sedang melalui kesakitan yang sama dengan Ibu.
Nadzmi kaku di situ, tidak tahu pada siapa harus dia tuju dahulu. Pada Ibu yang terkulai dalam pelukan Abah, atau pada Mama yang sudah jatuh terduduk di sebelahnya dengan Papa setia memujuk di sisi. Atau mungkin, dia harus menuju ke arah si gadis berbaju kurung peach di hujung sana yang sudah pecah tangisannya melihat adegan di hadapan mata. Akhirnya, Nadzmi kaku di tempat yang sama.

Nadratul Iman, Aimi Najwa kesayangan awak itu sudah tidak punya banyak masa lagi. Dia mungkin tidak mampu melihat awak bersanding di atas pelamin, memilih nama anak-anak awak bersama-sama, jauh sekali melagukan marhaban di majlis cukur jambul anak awak.

Awak, saya dan mereka semua harus belajar untuk menerima kenyataan kalau Aimi Najwa akan meninggalkan kita.

**********

Najwa bersandar di kepala katil. Nadzmi yang tekun memotong kukunya di tepi dia renung dalam diam. Pagi tadi, ketika dia membuka mata, wajah inilah wajah pertama yang dia nampak. Nadzmi sedang membacakan surah Yasin untuk dia. Mata Nadzmi sembab, dan dia dengar bacaan Nadzmi tersekat-sekat, tertahan-tahan oleh tangisannya.

Mata Najwa meliar, ke arah sofa di hujung bilik. Seperti ternampak-nampak olehnya susuk tubuh Ibu tertidur dalam keadaan duduk di situ. Tadi, sebelum Iman menghantar Ibu pulang, sempat lagi Ibu tertidur di situ. Mesti Ibu penat menjaga dia.

Iman kata, sejak dia di kejarkan ke hospital dua hari yang lepas, Ibu setia di sampingnya membisikkan kata-kata semangat untuk dia. Bersilih ganti dia dengan Mama membacakan Yasin di telinga Najwa.

Iman kata lagi, sudah beberapa hari Ibu tidak lena tidur. Mungkin bimbang akan kesihatannya. Abah pun sama kata Iman, setiap malam Abah dan Papa ajak orang masjid buat solat hajat, minta pada ALLAH supaya kesakitan Najwa di ringankan. Beruntungnya dia punya Abah, punya Ibu, punya Papa dan Mama.

Bila Najwa tanya tentang Ahmad Nadzmi, mata Iman berkaca-kaca. Tak banyak yang Iman cerita tentang suaminya itu.

Iman cuma kata, “Wa, kalau hidup ini macam cerita wayang yang ada tujuh kelahiran tu, aku akan berdoa supaya ALLAH temukan jodoh kau dengan dia dalam setiap kelahiran.”

Dia senyum sahaja mendengar kata-kata Iman. Dalam menahan sakit itu, sempat lagi dia mengusik Iman.

Dia kata, “Iman, kalau ada tujuh kelahiran, next kehidupan aku nak lahir jadi singa betina.” Bibir pucatnya mengherot senyum bila Iman mencebik.

“Tak apa Wa, nanti aku doa Nadzmi lahir semula jadi singa jantan. Biar berpadanan dengan kau si singa betina.”

Najwa ingin gelak macam biasa bila mendengar kata-kata Iman, tapi dia tidak larat. Akhirnya, hanya herot bibirnya sahaja menjadi ganti tawanya. Ah Iman, sayangnya aku kat kau. Najwa menutup mata, ada air di hujung mata yang mengalir ke pipi.

“Sayang, kenapa? Ada sakit kat mana-mana ke?”

Nadzmi yang perasan airmata Najwa pantas bertanya. Kalut dia. Hampir sahaja dia menekan loceng kecemasan di kepala katil Najwa. Mujur sahaja gerak tangan isterinya yang perlahan itu menghentikan tindakannya.

“Wawa okei.” Perlahan sahaja suara Najwa.

Untuk menghabiskan sebaris ayat itu pun amat payah baginya. Berusaha dia mengukir senyum, biar reda gusar di hati suaminya. Wajah cengkung Nadzmi di tatap sayang.

“Wawa rindu Ibu dengan Abah ke?” soal Nadzmi.

Najwa senyum, mengangguk perlahan. Sekilas jam di dinding putih dia jeling, hampir ke pukul empat petang. Kejap lagi masuk waktu asar.

“Tadi Abah call, Abah kata lepas asar dorang datang.” Makin rancak Nadzmi bercerita biarpun hanya beberapa patah sahaja kata-katanya mendapat balasan. Selebihnya, Najwa cuma akan senyum sebagai jawapan. Biarlah, senyuman itu sudah lebih dari cukup.

“Mama dengan Papa? Iman?”

“Mama dengan Papa pun datang sayang. Iman dah on the way dah pun, kejap lagi sampailah dia.” Nadzmi mengusap lembut kepala isterinya sambil tersenyum. Ketika dia menarik tangannya, segumpal rambut ikut bersama. Perlahan, tangannya kembali menyentuh kepala Najwa yang hampir botak. Hatinya sebak.

“Abang basuh tangan kejap okei, lepas tu abang sikat rambut Wawa. Rambut Wawa kusutlah.” Nadzmi mencuit hidung isterinya sebelum beredar ke bilik air. Laju langkah kakinya, bimbang air mata yang di tahan jatuh di hadapan Najwa.

Langkah Nadzmi, Najwa iring ekor mata sebelum jatuh pada gumpalan rambut di lantai. Dia tahu kini kenapa langkah Nadzmi tergesa-gesa menuju bilik air.

‘Oppa…’ Airmata Najwa jatuh lagi di tubir mata. Mujur sempat di seka, sebelum Nadzmi yang senyum menghampiri menyedarinya.

“Bismillahirrahmannirrahim.” Najwa rasa ada henyakan tubuh di tepinya sebelum sesaat kemudian, tubuh yang bersandar di kepala katil sudah bersandar elok di bidang dada suaminya.

“Selesa tak?” Soal Nadzmi.

“Hurmm..” Najwa menggumam rendah dengan kepala yang sudah terlentok di dada suaminya. Selesa dengan keadaan ini.

“Kalau penat, lenguh, sakit ke, gitau kat hubby okei?”

“Okei..” mendengarkan jawapan Najwa, Nadzmi senyum. Tapi senyuman Nadzmi mati bila melihat bantal Najwa. Rambut di bantal itu lebih banyak berbanding rambut di kepala Najwa. Hatinya sebak, matanya basah.

Najwa yang terasa lengannya basah hanya diam tanpa suara. Dia tahu, titik air di lengannya itu air mata suaminya. Biarlah Nadzmi menangis, andai itu mampu meringankan beban perasaan yang di tanggung Nadzmi. Malah, tanpa dia sedari, matanya juga basah dengan sendirinya.

Di balik pintu bilik wad, Nadratul Iman berdiri kaku. Kakinya perlahan di undurkan, tidak berniat untuk masuk lalu mencacatkan pemandangan indah itu. Biarlah Nadzmi dan Najwa menyulam kasih berdua-duaan.

Langkah kakinya dibawa menuju ke lif sebelum terhenti di kerusi yang ada di sepanjang laluan. Punggung di labuhkan, telefon di dalam tas tangan di keluarkan. Nombor seseorang di dail.

“Assalammualaikum. Awak busy?”

Jeda..

“Awak kata, awak nak kenal lebih rapat dengan saya kan?”

Diam..

“Boleh, dengan satu syarat.”

Diam lagi..

“Syaratnya mudah. Nikah dengan saya dan kenali saya dengan lebih rapat selepas saya halal menjadi milik awak.”

Senyap..

“Imran? Istikarah dahulu, jika bukan saya jawapannya maka awak tolaklah “lamaran” saya.”

Nadratul Iman menarik nafas usai kata-kata itu meluncur di bibirnya.

“Terima kasih Imran. Assalammualaikum..”

Skrin telefon yang sudah memaparkan gambar dia dan Najwa ketika majlis graduasi dulu di renung lama. Benarkah tindakannya ini? Nadratul Iman menarik nafas, kata-kata Najwa ketika di Cherating dulu menerpa dalam kotak fikirannya.

‘Iman, aku nak sangat tengok kau pakai baju pengantin dan bersanding atas pelamin. Mesti kau cantik sangat, macam puteri kayangan.’

Nadratul Iman, semoga sahaja keputusan yang kau ambil ini adalah keputusan yang tepat.

************

Pagi jumaat yang sangat tenang, sangat dingin. Dingin mencucuk-cucuk hingga ke tulang sum-sum. Dari balkoni bilik, jelas di penglihatan Nadzmi kanopi-kanopi untuk majlis nikah Iman dan Imran semalam basah dengan derai hujan yang renyai. Mungkin hujan yang turun dari semalam tidak berhenti sehingga subuh tadi.  Di antara deretan kanopi itu, di bawahnya Iman dan Imran sedang menghabiskan pagi pertama mereka sebagai suami isteri dengan masing-masing memegang mug di tangan.

Bahagia, itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi Iman dan imran saat ini. Bahagia seperti mana dia dan Najwa. Mengenangkan Najwa, automatic bibir Nadzmi menguntum senyum. Ya, seperti Imran, dia juga sangat bahagia memiliki Najwa sebagai isterinya.

Jam di tangan di kerling, hampir ke pukul lapan pagi. Masih awal untuk mengejutkan Najwa yang menyambung tidur usai solat subuh tadi. Sesekali, Nadzmi menoleh pada Najwa yang berbaring dengan posisi yang sama dengan telekung masih berbalut di tubuh.  Sesekali, dia dengar Najwa batuk. Batuk-batuk kecil yang selalu menyentap tangkai hati Nadzmi. Mana tidaknya, selalunya batuk-batuk kecil itu akan berakhir dengan batuk berdarah.

Tadi, Najwa mengadu sejuk, sebab itulah dia biarkan sahaja Najwa menyambung tidur dengan telekung membalut badan. Bila dilihat dada Najwa masih berombak perlahan, Nadzmi menghela nafas lega. Sungguhlah, dia masih belum redha untuk “melepaskan” Najwa pergi. Dia belum bersedia untuk menghabiskan sisa hidupnya berseorangan.

Angin pagi menyapa lembut, namun cukup membuatkan Nadzmi menggigil kesejukan. Dan bila angin “menyapa”nya sekali lagi, Nadzmi terpaksa akur. Pintu gelongsor balkoni ditariknya. Dia tidak kisah berembun di luar, tapi dia risau jika bayu pagi yang dingin itu menyapa tubuh Najwa. Dia tak mahu Najwa demam lagi seperti sebelum ini. Badan Najwa tidak cukup kuat untuk melawan sakit buat masa ini sekalipun hanya demam biasa.

Nadzmi duduk di birai katil, betul-betul di sebelah Najwa yang berbaring. Lena betul tidur Najwa. Wajah pucat Najwa di tatapnya, penuh kasih, penuh cinta dan sayang. Suatu ketika dulu, dia pernah takut setiap kali dia melihat Najwa seperti ini. Takut andai Najwa tidak membuka matanya lagi, takut andai Najwa tidak bangun lagi. Tapi perlahan-lahan, sejak dua tahun yang lepas dia sudah melatih hatinya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, seperti saat ini.

“Sayang..” Suara Nadzmi bergetar, dadanya berdebar. Melihat dada Najwa yang sudah tidak berombak membuat dia nanar.

“Sayang..” Kali ini, Nadzmi mencapai tangan Najwa. Dingin!

“A, a, abah, Ibu! Iman! Imran!” Nadzmi semakin nanar, dia tidak tahu harus memanggil siapa dahulu. Jemari dingin Najwa di genggamnya, tiada balasan. Jemari isterinya terkulai dalam genggamannya.

“Iman, Iman, Nadratul Iman!!” Sekali lagi, nama sahabat baik isterinya itu di laung. Mata Nadzmi masih di tempat sama, pada dada Najwa yang ternyata sudah tidak berombak seperti selalu. Apakah maknanya kalau jantung Najwa juga sudah berhenti berdegup?

Tapi, bila masanya segalanya berlaku? Kenapa dia tidak sedar Najwa “pergi” meninggalkannya? Nadzmi kaku, tidak berganjak walau seinci sekalipun pemilik nama-nama yang di laungnya tadi sudah menghampirinya. Dia dengar ada suara-suara memanggil namanya, tapi dia tidak tahu siapa. Mungkin Abah, mungkin Ibu, mungkin Iman, atau saja Imran. Dia hanya menyedari dunia sekelilingnya bila bahunya di tepuk.

“Nadzmi, Najwa dah tak ada.” Suara Abah mencecah gendang telinga.

Nadzmi terpanar, terasa pipinya di tampar mendengar sebaris ayat itu. Bila bahunya di tepuk untuk kedua kalinya, barulah dia mengangkat kepala. Di retina matanya, terpampang satu pemandangan yang memilukan hatinya.

Ibu sedang di peluk Iman, tangisan Ibu dan Iman bersatu. Dia lihat Imran sedang menepuk belakang Iman, pasti sepupunya itu sedang memujuk si isteri yang baru di nikahi semalam. Dan bila matanya menyapa wajah Abah, Nadzmi terkedu. Abah sedang menitiskan airmata, duduk berteleku di sisi kaku tubuh anak tunggalnya.

Sedarlah Nadzmi kini, isterinya sudah pergi meninggalkan dia. Tangan meraup wajah, airmata sebolehnya di tahan dari jatuh. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sesekali mengiringi pemergian Najwa dengan air mata.

“Innalillah hiwainnalillah hiroji'un..” Tangan Najwa di qiam ke dada, hujung comforter di tarik hingga ke paras dada. Terhenti. Nadzmi menarik nafas panjang, meredahkan gelodak di jiwa. Dia menunduk, bibirnya mencecah dahi dingin si isteri. Perlahan, hatinya berbisik..

‘Isteri abang, Aimi Najwa. Abang maafkan Wawa, dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Abang halalkan segalanya, dari benda sekecil-kecil kuman hingga sebesar-besar dunia. Pergilah, insyaALLAH akan abang doakan kesejahteraan Wawa di sana setiap waktu. Terima kasih sayang, untuk semua cinta, rindu dan kasih Wawa untuk abang. Andai ALLAH mengizinkan, jadilah ketua bidadari abang di sana kelak. InsyaALLAH.’

Tangan Nadzmi menyentuh pipi kaku Najwa, mengusapnya lembut sebelum menarik comforter hingga sekujur tubuh isterinya hilang di sebalik comforter pink bunga-bunga sakura kesukaan Najwa.

Selamat jalan Aimi Najwa, selamat jalan isteriku.

***********

“Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin seperti yang tersebut itu.”

“Sah!”

“Sah!”

“Alhamdulillah..”

Ahmad Nadzmi menarik nafas lega, matanya merayap pada wajah manis si gadis yang duduk bersimpuh di sebelah Iman. Sangat manis dengan persalinan baju raja sehari milik arwah isterinya. Mujur sahaja, ukuran badan pengantin perempuan ini tidak jauh bezanya dengan arwah Aimi Najwa dulu. Dilihatnya Iman mengesat air mata, tercapai hasrat Iman melihat si pengantin perempuan memakai baju kahwin teman baiknya dulu.

“Nadzmi..” Terasa bahunya di tepuk, Ahmad Nadzmi menoleh ke sisi. Sekadar menarik sedikit bibirnya ke atas, dia membalas senyuman Imran.

“Kenapa?” Imran bertanya.

“Pengantin perempuannya cantik, macam Aimi Najwa.” Ahmad Nadzmi kembali melemparkan pandangan ke arah pengantin perempuan yang pastinya sedang berdebar menanti si kekasih hati yang kini sudah sah menjadi suaminya datang menghampiri.

“Memang dia Aimi Najwa pun kan?” Imran menepuk bahu Ahmad Nadzmi sekali  lagi. Perlahan dengan senyuman manis penuh di bibir. Matanya turut di labuhkan di wajah yang sama. Wajah Aimi Najwa Binti Naufal Imran yang menamatkan zaman bujangnya hari ini, di hari jadinya yang ke 27 tahun.

Aimi Najwa Bin Naufal Imran, buah cinta hatinya bersama Nadratul Iman yang lahir tiga tahun selepas pemergian arwah Najwa. Aimi Najwa yang di namakan sempena nama isteri kesayangan Ahmad Nadzmi bila Aimi Najwa ini lahir seminggu awal dari jangkaan doktor, lahir pada tarikh lahir Aimi Najwa kesayangan Ahmad Nadzmi.

Ahmad Nadzmi senyum, mengangguk sebelum menepuk perlahan bahu sepupunya merangkap sahabat karibnya itu. Nafas di tarik dalam-dalam, di hembus perlahan-perlahan sambil matanya masih larit melihat pasangan pengantin baru yang sedang bersalaman dengan keluarga yang datang di temani Iman. Sesekali, matanya beradu pandang dengan mata Iman dan dia hanya mengangguk sahaja sambil membalas senyuman Iman.

“Anak kita dah besar kan Nadzmi?” Imran bersuara memecah kesunyian antara mereka.

“Ya Im, dah kahwin pun Wawa.” Nadzmi mengiyakan.

“Maknanya, dah 30 tahun arwah Najwa tinggalkan kita.” Imran menoleh ke sisi. Sipi sahaja pandangannya di wajah Nadzmi, sekadar ingin melihat jika ada perubahan pada raut wajah Nadzmi. Tiada, riak tenangnya sama seperti dahulu.

“Semoga ALLAH merahmati rahmatNYA keatas arwah isteri aku, Im.” Senyum.

“InsyaALLAH. Nadzmi, aku ke sana sekejap.” Imran pantas meminta diri bila melihat Iman melambainya dari jauh.

Ahmad Nadzmi yang di tinggalkan hanya mengangguk. Badannya di sandar pada dinding, matanya tunak ke hadapan sebelum di labuhkan lama pada gambar keluarga mereka yang terakhir bersama arwah Najwa.  Ahmad Nadzmi mengukir senyum, matanya di pejamkan, bibirnya berbisik perlahan.

“Selamat hari lahir Aimi Najwa, abang rindu sayang.”

***************

Dalam hidup ini, tak semua kisah cinta itu akan berakhir dengan "happy ending". Yeah, saya kembali :)


Korang Comel Kalu Korang Like

29 comments:

NurAtiZa said...

So sad....T_T
Sampai menitis air mata ni...

Anonymous said...

sedihnya...dah tangkap leleh pepagi gni

Anonymous said...

sedihnya...dah tangkap leleh pepagi gni

Kak Sue said...

Sedihhhh....menitis air mata di pagi hari jumaat ni.... Nadzmi seorang yg setia....bertuahnya Najwa....

Kak Sue said...

Sedihhhh....menitis air mata di pagi hari jumaat ni.... Nadzmi seorang yg setia....bertuahnya Najwa....

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
نور الواحده said...

Sedih woo! Meleleh air mata~ uhuhuhu.. T.T :thumbs up:

نور الواحده said...

Sedih woo! Meleleh air mata ni.. T.T good job, writer.. (Y)

Anonymous said...

TERBAIKKK!!!!

nuriz said...

sdih sngat..adoi smpai leleh dah nie air mata..
*ble nk smbung isteriku 19 thun

Anonymous said...

sdih sngat..
*ble nk smbung isteriku 19 thun nie-nuriz

Anonymous said...

Sedihnya :'(
Bla sya bce cite nie tringat kwn sya yg bru mninggal bbrapa ari yg lpas..

Niaaa said...

sedihnya cerita nim. sampai ngis sy bce. btw. best jalan ceritanya. :)

Unknown said...

Tak suke ah cam ni.. Da nangis cam org gile da ni.. Teresak-esak segale bagai.. Nasib tgh lepak sensorg je ni.. Klu ade org len, sah da kena con gile. Huhu! Yg pasti, cite ni mmg sedih.. T_T

Tengkubutang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 484
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

sqaseeh said...

teresak2 la bace cerpen ni..smpai sembap mata2..good job writer!!

Unknown said...

sangat sedih . . .sehingga saya bleh meleleh air mte . . .

Ija said...

Tahniah penulis...
cerita yang begitu meruntun perasaan, air mata mengalir begitu deras membaca cerita ini..

keep a good writing...

Anonymous said...

Leleh ni oiii...tapi mmg best sangat cita ni..:')

Unknown said...

x tau la baca kali ke berapa dah ni.. tetap mengangis teresak2 setiap kali baca..

Unknown said...

Terima kasih buat penulis kerana melahirkan cerpen yg amat meruntun jiwa dan sanubari..betul,xsemua pe yg kite mau,kita akn dpt..dan xsemua ape yg jdi milik kite akn tetap jdi milik kita..congrt penulis

Unknown said...

Terima kasih buat penulis kerana melahirkan cerpen yg amat meruntun jiwa dan sanubari..betul,xsemua pe yg kite mau,kita akn dpt..dan xsemua ape yg jdi milik kite akn tetap jdi milik kita..congrt penulis

Ain Naqila said...

IM CRYING!!

Unknown said...

😭😭😭 siapa yg buat cerpen ne.mata dh jdi bgkak bca crita ne.apa pun thniah

Unknown said...

😭😭😭 siapa yg buat cerpen ne.mata dh jdi bgkak bca crita ne.apa pun thniah

Unknown said...

😭😭😭 siapa yg buat cerpen ne.mata dh jdi bgkak bca crita ne.apa pun thniah

'Que lee said...

Tq sis. Buat saya nngis je pepagi buta ni. Btw trbaik arr awak punya citer

Ema said...

Very sad story