Jul 23, 2011

Surat Untuk Aril


7 JULAI 2010

Assalammualaikum Aril.

Rasanya, aku tak perlu tanya kau sihat ke tak, sebab aku tahu kau mesti sihat-sihat aje. Lagipun, inikan hari bahagia kau. Kalau tak sihat, mana best nak tangkap-tangkap gambar kat majlis tunang sendiri. Kan? Kan? Haha.

Aril,

Kau mesti pelikkan bila tiba-tiba dapat surat dari aku ni? Haha. Aku pun pelik semacam bila tulis surat ni kat kau, rasa macam buang tabiat jadinya. Tapi rasanya kau masih ingat kot, aku menulis bila aku tak mampu berkata-kata. Dah hampir tiga bulan kita tak bercakap, aku tak tahu nak mula dari mana.

Eh, kat luar hujanlah, lebat sangat. Aku teringat dulu-dulu kat kampung arwah nenek, bila hujan kita mesti lari keluar dan main hujan. Konon-konon tengah mandi bawah showerlah, kan rumah kita tak ada shower. Mandi perigi memanjang, sampai rambut aku jadi berkarat dek penangan air perigi yang keruh tu. Paling tak boleh lupa, aku selamba je mandi bogel depan kau. Alah, itukan waktu kita umur enam tahun. Belum rasa nak malu lagi kat kau. Haha.

Bila arwah nenek dapat tau kita main hujan, habis kita berdua kena marahkan? Pernah sekali tu, siap kena kejar keliling rumah bila kita berkubang macam kerbau kat depan rumah arwah nenek. Depan tu ada paya kecik, ingat tak? Setiap kali hujan, paya kecik tu jadi dalam airnya. Kat situlah kita berdua mandi berkubang macam kerbau. Mana arwah nenek tak marah.

Bila masuk sekolah rendah, kita selalu lumba basikal pergi sekolahkan? Ada sekali tu, kau jatuh masuk parit sebab nak sangat kalahkan aku. Haha, akhirnya sampai sekarang kau tak pernah menang pun. Kau siap menangis segala bila lutut kau koyak sebab kena batu tajam kat dalam parit tu. Tak pasal-pasal aku terpaksa papah kau pulang. Ceit, lembik. Menyesal aku sabotaj brek basikal kau hari tu. Aku juga yang penat akhirnya. Nasib baiklah kau jatuh dalam parit depan rumah nenek kau. Hampeh.

Eh Aril,

Aku ingat lagi yang kau dulu punyalah lembab belajar mengaji. Siap kena rotan lagi dengan kiai Salleh sebab nak baca mukaddam pun merangkak-rangkak. Kau tau tak, jenuh aku tunggu kau bawah pokok ketapang depan surau lama tu setiap petang sebab kau asyik kena denda bersihkan surau dan susun lihar sebab tak boleh nak baca alif, ba ,ta. Gila ah, apsal kau lembab sangat time tu Ril? Haha. Tapi, akhirnya kita khatam juga sama-samakan? Gila bangga kau bila imam tu puji bacaan kau yang merdu tu. Kerek seh, benci aku jadinya.

Kau ingat lagi tak kat sepupu aku nama Sarah tu? Alah, yang selalu jadi “isteri” kau bila kita main pondok-pondok tu. Dia dah kahwin dah, dengan Boboi Boy yang selalu jadi “abang” aku bila kau dan Sarah jadi “mak bapak” kita orang. Serius cakap Aril, aku tak sukalah jadi “anak” kau dulu. 

Actually, I’m prefer a mum role, tapi memandangkan aku kemetot sangat, maka automatic aku kena jadi anak bongsu. Aku jealous tau tak Aril bila Sarah asyik panggil kau ‘abang-abang’. Sebab tu aku selalu lari balik rumah, tak join korang main sebab aku cemburu! Bodoh tak aku dulu? Kecik-kecik lagi dah pandai nak cemburu-cemburukan? Haha.

Lagi satu yang buat aku tak suka main pondok-pondok tu bila Sarah selalu suruh aku pi tangkap ikan kat parit tempat kau jatuh tu, kononnya nak buat lauk. Kaukan tau kalau aku tak suka ikan. Aku tak sukalah bau hanyir ikan tu, rasa macam nak termuntah bila aku hidu bau tu. Tapi yang aku suka part tu bila kau selalu datang tolong aku tangkap ikan tu guna raga. Rasa gembira semacam bila tengok dalam raga tu penuh dengan anak ikan atau lebih tepat lagi "ikan berudu." Kaulah “Hero” aku Aril! Haha.

Hari tu, waktu ziarah kubur arwah nenek aku ada singgah kat rumah nenek kau. Gelak sakan aku bila nenek kau buka cerita pasal kau nak berkhatan dulu, siap lari-lari segala sebab takut nak khatan. Aku ingat lagi, bila kau lari tu kau bukannya lari ke sungai ke hapa, kau lari masuk rumah aku pastu sembunyi bawah katil arwah nenek. Jenuh jugalah aku dok pujuk kau supaya keluar. Ingat tak ayat pujukan aku yang mana satu buat kau keluar dari bawah katil dan setuju nak khatan tu? Bila aku cakap;

“Aril, tadi aku dengar kiai Salleh cakap kalau orang tak khatan tak boleh kahwin.”

Haha, dandan tu juga kau keluarkan? Terus lari jumpa kiai Salleh minta khatankan sebab kau nak kahwin dengan Sarah. Aish. Tergelak-terguling aku depan pintu rumah tengok kau lari dengan kain pelikat tu. Nampak sangat kau suka sangat kat Sarah tu, atau dalam erti kata lain kau agak gatal. Huh!

Tapi, rasanya dari awal kita main pondok-pondok lagi aku dah boleh agak kau suka Sarah. Lebih-lebih lagi bila kita semakin membesar, menempuh alam sekolah menengah. Aku masih ingat lagi bila hari tu mata kau masuk pasir, dah tu kau gatal pulak nak gosok mata kau tu sampai bengkak jadinya. 

Bila kita pergi hospital, mata kau terpaksa di balut untuk dua hari sebab nak elakkan jangkitan kuman. Kau pesan kat aku, kau nak Sarah yang jaga kau, layan makan minum kau kat spital selama dua hari tu. Gila mengada kau biarpun kita dah tingkatan tiga waktu tu.

Tapi Sarah tak nak sebab dia ada latihan perbahasan waktu tu. Aku siap merayu kat Sarah lagi minta dia penuhi permintaan kau sebab aku rasa bersalah sangat-sangat kat kau hari tu. Kalau bukan sebab aku gaduh dengan si Rokiah a.k.a Ropak tu, tak adalah mata kau jadi macam tu. Tapi Ropak tu tak adil kot, siap bawa geng bila gaduh dengan aku hari tu. Memanglah aku kalah, dah dia bawa satu bas pi lawan aku. Gila ah, kejam betul si Ropak tu.

Dah puas pujuk Sarah tapi si Sarah ni tak makan pujukan pula hari tu, (padahal selalunya pujukan tulah makanan dia hari-hari) aku gamble je pi spital tu menyamar jadi Sarah. Kau tau, aku siap pinjam skrit dan baju tee pink si Sarah tu sebab nak jadi macam dia konon-kononnya.

Tapi bab pakai sandal tu, aku memang tak ikutlah kan. Aku selamba je pakai sneakers dengan skrit payung si Sarah tu. Tapi, agak peliklah juga aku apsal semua orang yang aku jumpa di jalan tu tengok aku semacam. Tapi aku positif je kot, konon-kononnya sebab aku cute sangat macam Barbie hari tu, makanya aku faymes di sepanjang jalan ke hospital. Haha.

Bila aku sampai kat wad kau, aku nampak nenek kau tengah suap kau makan. Aku bisik kat nenek, biar aku yang ganti suap kau. Nenek main angguk je sebelum bagi kat aku pinggan nasi tu dan dia pula keluar ke surau nak sebab nak solat zohor. 

Aku duduk depan kau, buat suara macam Sarah dan suap kau. Kau tau tak apa yang aku rasa waktu tu? Aku rasa bahagia semacam, rasa macam jantung aku berdegup laju macam kapal terbang kertas. Agaknya kalau kau nampak muka aku waktu tu, mesti kau gelak habis-habisan. Muka aku pinky sangat waktu tu, sama pinkynya dengan baju tee si Sarah tu.

Tapi kau pun kejam macam Ropak tulah Aril, bunga-bunga mawar cinta yang baru nak tumbuh di hati aku tu kau cantas dengan parang tajam bila kau sebut nama Sarah bukan nama aku. Kau pegang tangan aku tapi kau sebut nama orang lain? Hancur gila hati aku Aril, jatuh berderai menjadi keeping-keping.

Tapi, aku tak boleh juga salahkan kau sebab kau kan tengah “buta” sementara waktu tu. Mestilah kau percaya habis-habisan bila aku mengaku sebagai Sarah. Bodohnya aku! Nak marah pun tak kena pada tempatkan? Esoknya, Sarah tak ada latihan. Kali ni aku merayu, siap buat tawaran tuk gosok baju sekolah dia lagi untuk seminggu asalkan dia sudi temankan kau seharian tu, nasib baik kali ni dia setuju.

Dari jauh, aku tengok kamu berdua memang sangat padan bergandingan. Waktu itu, bunga-bunga mawar yang cinta yang baru mekar dalam hati aku untuk kau tu aku siram terus dengan racun rumput, biar tak tumbuh melata dan bertambah mekar sebab aku takut kalau ia bertambah mekar, duri-durinya yang tajam akan menikam dan melukakan hati aku. Seperti sekarang.

Bila Sarah pindah ke bandar sebab ayah dia di pindahkan di sana, aku tengok kaulah orang yang paling sedih. Mengalahkan nenek aku lagaknya. Kau siap menangis tersedu-sedu lagi tu, sampai berhari-hari kau murung tak bercakap dengan aku langsung. 

Waktu itulah aku sedar kalau aku memang tiada langsung tempat di hati kau sekalipun Sarah sudah pergi dan sebenarnya aku langsung sudah tak punya saingan tuk dapatkan kau. Aku sedar kalau kau cuma anggap aku sebagai kawan baik kau sahaja. Cuma kawan baik sahaja! Aku sepatutnya ingat benda itu selama-lamanya.

Aril,

Kau ingat lagi tak? Hari tu kita peperiksaan SPM tuk subjek terakhir bila Pak Lang datang ambil aku di sekolah. Aku ingat sangat muka sayu Pak Lang yang sedang menunggu aku di pejabat sekolah itu. Dia cakap, nenek dah tak ada. Nenek meninggal kerana di patuk ular. Aku meraung sekuat hati bila mendengar kata-kata Pak Lang sebab aku baru sedar kalau aku sudah menjadi anak yatim piatu. Tanpa mak bapa dan sekarang tanpa nenek yang sudah menjaga aku dari aku umur 2 tahun. Aku pengsan kat situ juga. Aku cuma sedar petang tu, tapi nenek sudah selamat di kebumikan. Nenek sudah tiada.

Dengan kudrat yang bersisa, aku lari menuju ke kubur. Menangis di tepi kubur nenek dengan hujan yang menyimbah bumi. Terima kasih Aril sebab kau datang temankan aku duduk di situ berjam-jam lamanya biarpun aku tahu kau sangat sejuk waktu tu. Aku hargai sangat-sangat. Malah aku rasa kalau kau tak datang cari aku waktu tu, aku mungkin pengsan untuk kedua kalinya tanpa pengetahuan sesiapa. Mujurlah kau datang selamatkan aku. Kau “Hero” aku Aril! Selamanya kau jadi hero aku.

Kau kata dulu, kau nak masuk universiti yang sama dengan akukan? Sebab nanti senanglah kau, boleh buli aku selalu. Haha. Kau jahatlah Aril, apa kau fikir aku ni senang kena buli ke? Jangan nak harap sangat. Kau lupa agaknya siapa yang selalu menangis dulu bila lawan wrestling dengan aku, kaukan? Aish, lembik betullah kau ni. Lembik-lembik pun ada hati nak buli aku. Tak padan langsung! Eh, tapi masin mulut kau kan? Kita masuk juga universiti yang sama, siap ambik course yang sama lagi.

Aku ingatkan, bila kita masuk uni aku dan kau boleh bertambah rapat, dan aku boleh bagi tahu kau kalau aku suka kau dari umur kita enam tahun lagi. Tapi rupanya aku silap, sekali lagi aku kalah dalam menawan hati kau bila Ika berjaya merampas kau dari aku.

Ika, dia cantikkan Aril? Ramai orang cakap dia cantik macam Fasha Sanda, tapi aku rasa Ika lagi cun kot sebab dia tak sengau macam si Fasha tu. Mungkin kerana itulah kau jatuh cinta pada Ika. Ternyata, keikhlasan aku kalah pada kecantikan Ika. Sekali lagi aku terpaksa menyiram racun rumput bersama racun serangga ke atas bunga-bunga mawar cinta aku yang akan aku pastikan layu sebelum berkembang.

Aril,

Kau tau tak kalau Ika itu sebenarnya cuma permainkan kau? Dia ada banyak boyfriend, keliling pinggang. Hari tu, depan mata aku nampak dia betepuk tampar dengan senior Apit yang gatal tu. Alah, budak MPP yang gila kuasa tu. Bila aku bagi tau kat kau, kau langsung tak percayakan aku. 

Kau kata aku nak rosakkan hubungan kau dengan Ika sebab cemburukan Ika bila kau lagi banyak luangkan masa bersama Ika berbanding aku. Memang aku akui aku cemburu, tapi itu tak bermakna aku nak rosakkan hubungan korang. Aku bahagia asalkan kau bahagia Aril, tapi kau tak percayakan aku.

Waktu aku tulis surat ni, lagu “Kau yang bernama Seri” tengah berkumandang di radio. Kau ingat lagi tak lagu tu? Alah, lagu yang kau selalu nyanyi untuk aku setiap kali tiba hari jadi aku (kata kau, ini adalah lagu hari jadi aku) dan bila aku marah, merajuk bila kau buat salah kat aku. 

Contohnya, bila kau pinjam buku latihan Add Math aku tapi kau “lupa” nak bawa ke sekolah dan sebabkan aku di denda berdiri di luar kelas sampai aku demam-demam segala sebab panas sangat. Rupanya kau sengaja sorokkan buku aku tu sebab kau nak foolkan aku sebab hari tu 1 Apri. Fool punya april fool!

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri..

Dari semalam hinggalah saat ini, aku masih menunggu kau datang dan nyanyikan aku lagu tu Aril, tapi aku lupa kalau kau mungkin sudah lupa hari ini 7 Julai, hari jadi aku. Lebih-lebih lagi bila hari tu kita gaduh gila-gila. Kau marah aku sebab datang jumpa Ika, sebab aku tegur perangai tak senonoh Ika dengan lelaki lain biarpun dia dah ada kau.

Niat aku ikhlas, aku tak nak kau di kecewakan. Macam biasa, kau salahkan aku. Kau kata kau bencikan aku, kau kata kau tak nak tengok muka aku lagi. Paling buat aku rasa tersisih, di buang dari hidup kau bila kau kata;

“Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi, malah aku tak nak kau ada sebarang ingatan tentang aku lagi. Anggap kita tidak pernah kenal antara satu sama lain, lupakan aku!”

Habis sahaja kau ucapkan kata-kata tu, kau terus tinggalkan aku dan itu kali terakhir aku jumpa kau, sehinggalah aku jumpa adik kau hari tu dan dia bagi tau aku kalau kau bakalan bertunang hari ini.

Aril,

Ingat tak dulu, kau hampir di langgar motorsikal waktu kau hantar aku pulang ke hostel sebab kau asyik bergayut dengan Ika kat telefon? Nasib baiklah aku sempat tarik kau ketepi, kalau tak mesti kau dah jauh di seret motor tu. Aku berjaya selamatkan kau biarpun kepala aku terhantuk di pagar tepi jalan tu. Benjol kepala ku waktu tu. 

Tapi, aku ingatkan ia cuma benjol di luar. Aku abaikan sahaja tanpa berjumpa doktor hinggalah ia sembuh dengan sendirinya, biarpun kadang-kala aku rasa sakit sangat di kepala aku hingga sakitnya buat aku ponteng kelas selalu.

Bila tidak tahan menanggung sakit, aku berjumpa doktor akhirnya. Hari kita bergaduh sakan itulah hari aku tahu kalau dalam kepala aku ada darah beku yang sedang mengancam nyawa aku, kesan daripada terhantuk dulu. Doktor kata, kalau aku nak hidup lagi aku kena jalani pembedahan secepat mungkin. 

Terus-terang aku cakap kalau aku takut. Aku cuba untuk hubungi kau berkali-kali tapi nampaknya kemarahan kau kat aku masih belum hilang lagi. Kau ignore semua panggilan dan mesej aku hinggalah satu hari hanya suara operatot mesin yang menjawab panggilan telefon aku, “orang” tu cakap kalau nombor kau sudah tiada dalam perkhidmatan lagi. Marah sangat kau pada akukan Aril?

Aril,

Ada banyak benda yang aku nak cakapkan kat kau tapi abang doktor kacak tu kata aku kena siap sedia sebab kejap lagi aku nak masuk dewan bedah. 

Aku nak bagi tau kau kalau aku sayang kau sangat-sangat, aku sayang kau lebih dari aku sayang Boboi Boy tapi aku sayang kau macam kau sayang Ika, macam kau sayang Sarah dulu. Tapi sayang aku kat kau lagi banyak dari sayang kau kat dorang. Sayang aku kat kau sebanyak kereta di musim perayaan. Macam tulah sayang aku kat kau. Banyakkan? Kehkehkeh.

Aril,

Maafkan aku atas semua kesalahan yang sudah aku lakukan pada kau. aku harap kau bahagia dengan Ika, dan aku harap aku salah menilai Ika. Aku sayang kau Aril, tapi jika kerana sayang ini aku kehilangan kau, maka aku sanggup curahkan setangki racun rumput lagi atas bunga-bunga mawar cinta ini. Aku sanggup kehilangan cinta tapi bukan kawan baik aku.

Sampai sini dulu Aril, dan selamat menjadi tunangan orang.

P/S: Boleh tak kau nyanyikan aku lagu hari jadi aku tu untuk hari lahir aku tahun hadapan?

Salam Sayang
    
     Seri


***********

7 Julai 2011

“Salam sayang, Seri..” Aril menghabiskan bacaan surat biru di tangannya.

Kepalanya tertunduk, menyembunyikan wajah sedihnya dari pandangan mata si gadis yang duduk di hadapannya. Sudah setahun berlalu sejak dia terima surat itu, dan sejak itulah dia tidak pernah jemu membacanya sekalipun Ika sudah tinggalkan dia kerana surat itu. Dia tidak pernah merasa menyesal.

“Aku tak faham kenapa kau perlu bersedih tiap kali baca surat tu.” Gadis itu bersuara.

“Surat ini.” Surat dalam genggaman dia lipat dan masukkan kembali ke dalam sampulnya.

“Dari perempuan yang mencintai aku sebanyak kereta di musim perayaan, Seri.” Senyum.

“Haha, gila klise “Seri” kau ni.” Gelak. Riang sahaja bunyinya.

“Dia memang klise pun, tapi dia cute. Macam kau.” Aril mencapai gitar di sebelahnya.

“Dah seribu kali kau bagi tau aku benda yang sama.” Seri geleng kepala.

Dia ingin sangat ketemu dengan “Seri” yang Aril ceritakan itu tapi Aril kata dia sendiri sudah tidak ketemu “Seri” itu lagi kerana sebahagian dalam diri “Seri” itu sudah tiada. Entah, dia sendiri tidak faham apa yang Aril maksudkan.

“Kenyataan.” Mata Aril terpaku di wajah Seri. Jarinya perlahan memetik gitar, melahirkan satu irama yang sudah biasa di telinga Seri.

“Kau yang bernama Seri!” Riang suaranya bila Aril mainkan lagu kesukaannya.

Lagu yang dia jatuh cinta saat hari pertama dia membuka matanya dan Aril berada di tepi katil di dalam wadnya, sedang bermain lagu yang sama dia mainkan saat ini.

*Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri

Hanya kau kekasihku
Yang bernama...

Seri... Seri....

“Selamat hari lahir Seri.” Seperti biasa, dia menamatkan lagu itu dengan genangan air mata penyesalan.

“Seri yang mana satu ni? Seri awak ke atau saya?” Sengih.

“Kedua-duanya sekali.” Kerana kalian adalah orang yang sama!

“Terima kasih.” Senyum.

“Anytime.” Senyum juga.

Seri, sudah setahun kau “pergi”, tolonglah segera kembali. Aril masih berharap meskipun doktor sudah mengesahkan kalau ingatan Seri sudah di di keluarkan bersama darah beku di otaknya suatu masa dahulu.

‘Aku yakin, dia pasti akan ingat aku suatu hari nanti. Bukankah aku hero dia?’ Ya, Aril akan terus berharap meskipun dia tahu dia bakalan “penat!”

***********

*Kau yang bernama Seri- HandyBlack

P/S: Ini rekaan semata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun arwah :)



Korang Comel Kalu Korang Like

9 comments:

Zatiey Rosli said...

hu3..sdey..cte ni ade smbngn x???best la..klau buat novel ke..kn???kn???kn???

Cik Qiqi said...

okay . . best sangatsangat ! surat tu paling lawak + best . . ;D

Iman Najjwa said...

ala...best nyee....suke2..

Chipss29 said...

sedihhh~~ :(
tapi seriuss best!! :)

Unknown said...

best dowh..tp cite ni xsesuai buat novel..huhu sbb memory dia tu lg feel bila baca dlm bentuk flashback acam tu. huhu

Anonymous said...

Cerita masa diorang kecik2 tu sama macam dalam komiklah! Sebijik! Tapi time kecik tu jek,dari start main pondok2 sampai mata aril buta kejap. :) btw,nice story!

Anonymous said...

Cerita diorang kecik2 time pondok2 sampai aril sakit mata sebijik macam dalam komik lah.

sya :: said...

Start baca , mati mati ingat cerita ni betul . And then , dah baca sampai - salam sayang , seri - okey , dah tau . Ini just cerpen saja . Memang best la writer . Good job ! :)

Unknown said...

Sedih woooo ;'(