rang cakap,cinta pertama tue susah nak lupa..Orang juga cakap cinta itu buta,tapi bagi aku bukan cinta itu yang buta,tapi manusialah yang buta..
Orang cakap,cinta pandang pertama itu indah..Tapi aku tolak sekeras-kerasnya,mana ada cinta hanya sekali pandang..Pelik pun ada,adakah orang boleh jatuh cinta dengan hanya sekali pandang tanpa kita tahu apa-apa tentang lelaki itu.??Sungguh pelik tahap karma..
Tapi bila jantung aku berdegup kencang,mata aku dah tak boleh di larikan dari memandangnya biarpun ini adalah kali pertama aku memandangnya dan tanpa mengenalinya,adakah aku sudah tersenarai dalam list “perkara yang pelik” ini.???
Mungkin..Mungkin iya,sebab aku rasa aku dah jatuh cinta..Jatuh cinta kepada si jejaka yang berdiri di depan kelas membaca senarai nama Anugerah Dekan tuk semester lepas dan tiba –tiba penyesalan menerpa dalam hatiku..Kalau saja aku belajar dengan tekun,mendapat GPA yang membolehkan aku tersenarai di antara pelajar-pelajar Anugerah Dekan nie,pasti saja nama indah ku ini meniti mesra di bibirnya..Ceit…..
Nama : ???
Umur : ???
Program : ???
Status : ???
Siapa agaknya gerangan jejaka ini.?? Dengan pandangan matanya yang redup,mukanya yang tenang,dan suaranya lemak merdu benar-benar sudah memikat hati aku..Buwekk..!!Sungguh metafora ayat ku..
Dengan sejarah silam ku yang mengambil peperiksaan Bahasa Melayu sebanyajk dua kali sewaktu SPM dulu dan hanya mendapat credit kali kedua itupun selepas aku mengikuti tuisyen Bahasa Melayu,ayat itu seolah-olah bukan di tuturkan oleh hatiku..Tapi kerana cinta manusia boleh berubahkan..??kan..??kan.??heheheeh..
*******************
“Nur,aku boleh jadi gila kalau aku terus menerus baca buku teks Immunology nie..Huh.!!”
Buku teks Immunology aku tolak ke tepi..Sudah tidak sanggup membaca segala pathways,antigen malah autoimmune yang ada dalam buku itu..Sesungguhnya,aku boleh jadi tak waras kalau aku teruskan membacanya..Dan aku tidak ingin perkara itu terjadi..
“Huh.!!Baru 2 minit baca dah tak waras.??”
Nur menanggalkan kaca matanya..Matanya tunak memandang sahabatnya yang sudah membaringkan tubuh di atas katil..Mungkin benar,dia sudah bosan membaca buku tebal itu..Lagaknya seolah-olah dia sudah membaca buku tebal itu 24 jam..Najma Auni,biasalah tue..Hidupnya penuh dengan dramatic..
“Apa yang kau fikirkan.??”
Nur jadi pelik melihat sahabatnya..Mata ditala di atas siling..Entah apa yang menarik di situ..
“Aku pikir pasal ustaz….”
“ustaz.??”Dia jadi pelik..Siapa ustaz.??
“Ermmm…Ustaz…”
“Siapa ustaz.??Aku kenal ke.??BF baru kau ke.??”
Sejak bila test sahabatnya nie berubah..Nak kata sahabatnya itu punya ciri-ciri wanita soleha sampai boleh membuat seorang ustaz terpikat,dia tak pula rasa begitu..Jauh timba dari perigi..Wajah sahabatnya di pandang lama..Tiada jawapan yang keluar dari bibirnya,sebaliknya satu keluhan kecil di lepaskan..Berat dan lemah…
“Aku nak tido..Dah masuk waktu zohor nanti kejutkan aku..”
Okey,dia dapat rasakan Najma Auni ada krisis dalaman..Sungguh..Dan dia ingin tahu…
Najma Auni menutup matanya..Cuba mengusir jauh peristiwa semalam..Perbualannya dengan Afif pasal “ustaz”..
“Owh..Nama dia Akief Yazeed..Dia junior kita,tapi umur sebaya dengan kita..Kenapa.??”
“Tak ada apa,saja tanya..Macam pernah nampak tapi tak ingat bila dan kat mana..”
Aku mengulum senyum.,Informasi pasal jejaka itu bertambah..Ermm..Unik nama dia..
“Memanglah kau pernah Nampak,dia ambik kelas Immun sama-sama dengan kita..”
Ha.???Dia ambik kelas Immun sama ngan aku.??Kenapa aku tak pernah sedar akan kehadiran dia.??Mungkin betul lah cakap Nur,aku tak peduli dengan orang sekeliling..Huhuhuhu..Tapi yang pastinya class Immun selepas nie pasti jadi best..Kuikuikuikuik..
“Kau nak No telefon dia tak.??”
Wajah pantas ku palingkan kearah Afif..No telefon.???
“No telefon.?buat apa.??”konon-kononnya aku bertanya..Tapi dalam hati nak nak nak..!!
“Berkawan dengan dialah..Semester dah nak abis pun,kau tak tau siapa budak kelas kau..ishxx”
Dan no telefon bertukar tangan..Tanpa perlu aku memintanya..Rezeki…Heheheheh…
“Tapi kawan je tau,dia dah ada awek..Jangan lebih-lebih..”
Nama : Akief Yazeed
Umur : 20 sebaya aku
Program : Pun sama macam aku..Amek Medical Lab.
Status : Dah berpunya..
Ceit..HP di tutup..Tidak terasa nak hubungi lelaki itu,lelaki yang sudah berpunya itu..Namun otaknya ligat bekerja menimbang-nimbang satu perkara..
**********************
Horray…!!!
Ada 1 paper lagi sebelum Final Exam berakhir…Abes Final Exam,boleh balik rumah jumpa mak…Sangat rindu mama..Sobsobsobsob..
HP sony aku renung..Nak mesej ke tak nie erk.??Bingung..Selepas Afif beri dia No telefon ustaz,dia langsung tak pernah hubungi ustaz..
Malah kerana exam yang semakin hampir,dia sudah terlupa tentang ustaz..Tapi entah kenapa hari ini dia tiba-tiba dia teringat pasal ustaz..Mungkin sebab hari ini paper Immunology,satu-satunya subjek yang dia dan ustaz sama.
Mesej jela,kawan je kan…HP di capai,menaip-naip ayat yang sesuai dan butang send di tekan..Sekarang,masa untuk berperang dengan paper Immunology..Hehehehe..
Najma Auni melangkah yakin ke dalam dewan peperiksaan,Nur membontoti di belakang..Ada beberapa minit lagi sebelum peperiksaan,mata Najma Auni meliar ke setiap penjuru dewan dan pada ketika itulah matanya bertembung dengan pandangan mata ustaz..Sekuntum senyuman ustaz hadiahkan untuk dia,dan dia terasa bagai di awang-awangan..Serentak itu..
“Candidates can start answer now…”
Najma Auni buka kertas soalan..
1. What are phase of phagocytosis.?
Phagocytosis.??aku dah agak soalan nie kuar..Ada berapa phase erk.??engulfment.??itu phase yang ke berapa ye.??Tinggalkan dulu..Selesaikan soalan no 2..
2. What are function does inflammation play in the body.
Aku baru baca bab nie semalam..Napa tak boleh jawab nie.??Tak pe,abaikan dulu..Najma Auni garu kepala yang tak gatal..
3. What are the major outcomes resulting from complement activation.?
Complement activation.??Aku ingat kami ada belajar nie pertengahan semester dulu..Tapi alahai,napa aku tak ingat langsung apa binatang complement activation nie.??Soalan 4 senang kot..Jawab yang tue dulu la..Soalan seterusnya di baca..
4. Why are Gram-ve bacteria less susceptible to the effects of the membrane attack
complex than Gram+ve bacteria.?
Errkk..Satu keluhan di lepaskan..Sama saja,otaknya jadi tepu..Kalau saja mata aku tak meliar tadi,Kalau saja mata kami tak bertembung,kalau saja dia tak tersenyum kat aku tadi,kalau saja…
Arghhh..!!!Hentikan semua ayat yang di mulakan dengan kalau,sebab ia tak akan mampu untuk buat kertas jawapannya berisi.. Kertas soalan Immunology di pandangnya,seolah menyeru kembali imbasan nota yang di bacanya semalam setelah semuanya mencair akibat senyuman menawan ustaz tadi..Lemahnya iman Kau Najma Auni..!!!Akief Yazeed itu cuma tersenyum bukannya cakap “aku cinta pada mu” kat kau..Aishhh….Satu keluhan di lepaskan..
***********************
“Kau balik sabah bila.?”
Nur yang sedang mengemas pakaiannya kerana malam ini dia akan pulang ke Kelantan bertanya pada Najma Auni yang sedang sibuk berbalas SMS di atas katilnya..
“Isnin nie..”
Jawabnya tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefon bimbitnya..Jari jemari masih lincah menaip mesej..Entah berbalas mesej dengan siapa..
“Kau mesej dengan siapa.??Kusyuk benar nampaknya..”
Nur ternyata tidak mampu menahan dirinya daripada menjadi penyibuk hidup sahabatnya yang kelihatan dari tadi tersenyum memanjang malah dia perasan Najma Auni asyik menoleh ke belakang ketika di dalam dewan peperiksaan tadi..Entah siapa gerangan insan yang dia tengok..
“Ustaz..”
Tangan Nur yang lincah mengemas terhenti..Terkejut..Sejak bila Najma Auni berbalas mesej dengan ustaz a.k.a Akief Yazeed yang baru di ketahuinya semalam selepas dia mengugut akan merendam patung katak Najma Auni ke dalam besen nila yang sudah pastinya patung hijau itu akan bertukar biru kalau Najma Auni masih mengelat tidak bercerita perihal “ustaz”..
“Maksud kau Akief Yazeed.??Sejak bila pula kau main mesej dengan dia nie.??”
Wah..Satu peningkatan..
“Sejak 2 jam yang lepas..Selepas aku dapat mesej balasan yang berbunyi,Gud Luck exam juga untuk awak dari dia..”
Najma Auni senyum,dan manis sekali senyumannya..Dan senyuman manisnya itu menarik Nur untuk menghampirinya..Ada cerita yang perlu di korek..Hehehehe..Dan sepetang itu mereka berhikayat perihal ustaz dengan Najma Auni sesekali berbalas mesej dengan ustaz..
***********************
Semester baru bermula..Nasib baik dia lulus walaupun tidak terlalu cemerlang subjek Immunology semester lepas selepas berlakunya insiden brain block akibat menerima senyuman menawan dari ustaz Ya (Nama yang di beri oleh Nur,Ya di ambil sempena nama Yazeed itu)..Dan hari ini dia memulakan semester barunya dengan azam yang baru..Memandangkan ini adalah semester akhir,dia ingin manfaatkan dengan sebaiknya..Cewahhh…
Tadi dia dapat mesej dari ustaz Ya..Bunyi mesejnya macam nie..
“wanita ibarat buah EPAL...
Epal yang berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran dtanah...
tp Epal yang tidak mampu dbeli berada dpuncak...
susah dpetik susah dgapai...
kadang-kadang epal itu risau...
kenapa lar diriku belum dpetik lagi?
lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyentuh tanah...
sedangkan ia sebenarnye telah dijadikan oleh ALLAH begitu tinggi martabatnye..
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya...
hanya pemuda yg benar-benar hebat sahaja yg mampu.”
Wanita ibarat Epal.??Sejujurnya inilah kali pertama dia mendengar kata-kata indah ini..Mungkin ayat ini bukanlah ayat romantiS mahupun ayat-ayat cinta yang boleh buat aku angau entah untuk kali yang ke berapa,tapi bila aku mula membaca ayat ini berkali-kali,ia membuatkan aku terkesan di hati..
Sejujurnya,aku bukanlah epal yang the best ones on the top of the tree tue,tapi aku juga bukanlah the rotten apple tue..Mungkin aku berada di antara the best one apple and the rotten apple,ya mungkin juga..Sejahil-jahil pun aku ada juga sedikit hidayah dalam diri aku..
Tapi sekarang,aku ingin jadi the best one epal tue,yang berkualiti tue..Sebab aku tahu ustaz Ya nak aku jadi macam tue,macam Epal yang berkualiti tue..Bila orang yang korang admire hantar mesej macam nie kat korang,korang pun pastinya jadi macam aku,janganlah nak tipu…Ustaz kata,antara dosa-dosa besar ialah menipu..Hah,ustaz Ya lagi..Huhuhuhuhu..
Pagi ini aku kelas Histology macam biasa..Masih pagi yang macam biasa sehinggalah HP ku berbunyi menandakan ada SMS masuk..Dari No yang aku tak kenali..Punat ok ku tekan..
“sy awek yazeed..sy nak jmpa Najma petang nie..bole x?”
Mesej itu ku baca tanpa perasaan..Okey la,sejujurnya aku terkejut..Dan ada perasaan sedikit takut..Aku memang buat salah,sebab itu aku takut..Bukan aku tak tau Ustaz Ya dah ada awek,aku saja yang buat-buat lupa..Sekarang bila awek org tue nak jumpa aku,aku pula yang kecut perut..Nampak sangat aku yang bersalah..Dan petang itu ku tarik tangan Nur menemankan aku tuk berjumpa awek Ustaz,risau sekiranya awek ustaz mengapa-apakan aku..Tau takut,selama nie kacau BF orang tak takut…Ishhxxx….
Malam tu,aku lama di tikar sembahyang..Teringat kata-kata kakak kesayangan ku,
”ujian itu ALLAH beri bukan sebab DIA benci kita,tapi sebenarnya DIA sayangkan kita..Dan bila DIA menguji kita,itu bermakna kita sudah jauh dari DIA..Tujuan-NYA Cuma satu,agar kita lebih lama di tikar sembahyang..”
Dan air mata ku jatuh menitis laju membasahi telekungku..Malam ini,ku rasa sangat panjang namun hatiku semakin tenang….
Pagi esoknya sebelum ke kelas,satu mesej panjang ku hantar buat ustaz Ya..Aku tidak ingin menjadi wanita yang menyebabkan wanita lain mengalirkan air mata..Kata-kata gadis yang ku temui semalam masih terngiang-ngiang di telinga ku..
“Najma cantik,Najma baik..Saya tau,saya tak silap menilai Najma..Saya sayangkan dia,saya sayangkan hubungan kami..Tolong jangan buat saya merasakan yang penilaian saya terhadap Najma salah..Saya rasa,Najma faham maksud saya..”
Kalau awek orang yang korang dok men mesej dah cakap macam tu kat korang,sila ambil perhatian ye..Itu maksudnya,korang dah melebihi had-had seorang sahabat ataupun awek kawan korang tue ada cemburu tahap buta..Dan penyelesaiannya adalah sama,jauhkan diri anda daripada hubungan terlarang nie..okey.??Sejujurnya aku tak okey..Kalu aku okey,aku tak akan bangun pagi ini dengan mata yang bengkak..Huh,aku memang saja menempa bala dulu,sekarang padan muka aku..
********************
Aku tengah berkisah dengan Nur tentang perasaan ku selepas semuanya berlaku ketika HP ku berbunyi tanda ada mesej masuk sebanyak dua kali..HP ku capai dan tanpa membaca nama pengirim,aku menekan punat ok..
“Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,DIA beri kaktus berduri.. Aku minta kupu-kupu,diberi ulat berbulu..Aku sedih dan kecewa.. Namun kemudian ,kaktus itu berbunga, indah sekali.. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik..Itulah jalan TUHAN,indah pada masanya.. TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi TUHAN memberi apa yang kita perlukan.. Kadang sedih,kecewa,terluka,tetapi jauh diatas DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..”
Siapala yang rajin hantar mesej nie kat aku..Ayat pujukannya sedikit sebanyak buat aku terubat..Ya,aku tidak pernah keseorangan,ALLAH ada bersama ku..Punat down ku tekan dan akhirnya bertemu dengan sender mesej yang berjaya mengubati aku sekejap tadi..Dari Ustaz Ya.. Aku membaca mesej yang kedua..Senyuman bertinggung di bibirku..
“Najma.??”
Wajah ku angkat memandang Nur..Menentang pandangan matanya yang seolah bertanya ‘KENAPA?’
“Tak ada apa-apa..Jom tido,sok kita sambung hikayat..”aku tergelak dengan ayat ku sendiri..Hikayat.??Hikayatlah sangat..HP di letak di tepi bantal,gebar ku tarik separas dada..
“Najma,aku nak tanya sikit boleh.??”
“Tanya apa.??”
“Kenapa kau panggil dia ustaz.??”tiada jawapan…Sepi..
“Sebab,dia macam ustaz-ustaz..Baik kat aku..”dan dia juga stok masjid,calon suami mithali nie..Hehehe..
“owh..okey,good night”
Najma Auni memejamkan matanya..Barisan ayat dari mesej kedua yang dia dapat tadi
terlayar di matanya..
“ya ALLAH,jika dia benar untukku maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya, tapi jika dia bukan untukku maka redhakanlah hatiku dengan ketentuan-MU..*NA*”
Sebenarnya dulu,bila kali pertama aku jatuh cinta kat ustaz,aku dah senaraikan 4 pilihan :
a) Buat-buat bodoh ,anggap jela ustaz tue logamaya kat tengah padang pasir
b) Pergi buat research dan buat pengakuan berani mati kat ustaz
c) Minta tolong kat mak abah pergi pinangkan ustaz
d) Simpan cinta dalam hati dan berdoalah semoga bertemu jodoh dengannya..
Tapi akhirnya aku tak buat pilihan mana-mana pun masa tu,tapi sekarang aku pilih pilihan yang D..Kenapa.??Takkanlah nak pilih C kot.??nak kena lecture ngan mama dan abah.??silap-silap aku kena masuk Tanjung Rambutan,mama classified dah tak waras..Hahahaha..
Aku pilih sebab aku tau,ustaz juga lakukan perkara yang sama..Bukankah NA tue stand for NAJMA AUNI.??Hehehehe..
‘Ya ALLAH jika dia benar untukku,maka dekatkanlah hatiku dengannya..Tapi jika dia bukan untukku,maka damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU..*AY*’
Agak-agak,kalu korang pilih yang mana erk.???...Well,apa pun pilihan korang hidup baik-baik k..
Korang Comel Kalu Korang Like
4 comments:
this story should be base on your real life, right? :)
i'm also dreaming one day i will meet 'him'...amin..
cte neh mcm novel jaja dan din la :)
nak pilih A ngan D!!!
:p
mcm ku taw jaln cita nie...hehehhe
penah sesorg cita sal life nya kat aq ...=)
Post a Comment