Jul 3, 2011

Isteriku, 19 tahun! [11]


Jam di dinding sudah menginjak ke pukul 11 bila Aiman tiba di rumah. Rumah yang lengang, menambahkan suram dan kesepian di hatinya. Entah kenapa, hatinya terlalu kuat mengingati Zuyyin saat itu. Ternyata, hatinya tidak seikhlas mana menerima perkahwinan Zuyyin dengan Akif. Tapi sampai bila? Aiman mengeluh, rupanya mencari kebahagian itu tidak semudah berkata-kata. Tubuh yang penat di hempaskan ke katil. Membiarkan hatinya berkata-kata sendiri.

Lydia kata dia terlewat, tapi sebenarnya Lydia salah. Dia bukan terlewat, tapi dia tidak berkesempatan untuk meluahkan perasaannya pada Zuyyin. Dia minta supaya Zuyyin menunggunya sebelum dia berangkat ke Singapura, tapi kepergian arwah Atuk mengubah segalanya. Atuk lagi tega memilih Akif berbanding dia sekalipun dia sudah menyatakan hasratnya pada arwah dulu. Apa kurangnya dia dan apa lebihnya Akif?

Jika di fikirkan dengan logik akal, sepatutnya dia yang sesuai menjadi suami Zuyyin. Zuyyin tak akan bahagia dengan Akif. Akif dan Zuyyin seperti kucing dengan anjing yang akan bercakaran bila bertemu. Sekalipun Akif  kelihatan mesra memeluk bahu Zuyyin, melayaninya dengan lembut ketika majlis kesyukuran di rumah Ayah dua minggu yang lepas, mereka takkan mampu menipu dia. Akif bukan seorang pelakon! Dia tak akan pernah boleh menipu sesiapa dengan lakonan kakunya.

Buktinya, seminggu kemudian dia berkejar ke taman kerana Zuyyin. Hampir luluh hatinya melihat air mata Zuyyin. Di mana Akif waktu itu? Di mana kata-kata sayang untuk Zuyyin seperti malam itu? Malah Akif langsung tidak datang mencari Zuyyin, sedangkan ketika dia dan Hanni menghantar Zuyyin ke rumah malam itu jam sudah hampir ke pukul dua pagi. Macam mana Akif boleh setega itu membiarkan isterinya sendirian di luar? Tanpa memikirkan keselamatannya? Tidak mustahil jika Akif akan menyakiti Zuyyin lagi selepas ini.

“Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman menggumam dengan mata terpejam. Dia cuma boleh berharap kalau Zuyyin setuju dengan rancangannya.

****************

Aku duduk serba tak kena di hadapan ayah mertuaku yang kelihatan tenang-tenang sahaja di hadapanku. Mama mertua aku pulak duduk di hujung sofa sambil memerhatikan aku dari ke atas ke bawah macamlah aku manusia yang baru sampai dari Marikh!

Sesekali Akif yang tenang duduk di kerusi sebelah membaca surat khabar mengerling aku. Mungkin bimbang aku masih mengamuk macam pagi tadi. Mana taknya, dah tau yang kami gaduh kaw-kaw dulu sebab fitnah mama dia, dia seret juga aku ke sini. Jumpa mama dia.

“Ayien sihat?!” Mesra suara Pak Longnya menyapaku.

“Sihat Pak Long.”

Sudah terbiasa, biar pun sudah menjadi bapa mertua aku, panggilan itu masih melekat di bibirku. Kalau bukan sebab aku rindukan orang tua ini, tidak ingin aku melangkah masuk lagi ke rumah ini, dan bertemu muka dengan Mak Long. Cukuplah kejadian beberapa minggu lepas yang merencatkan emosiku dan Akif. Syukur, hubunganku dengan Akif kembali seperti biasa.

“Panggil Ayah, Ayien. Tapi kalau Ayien tak selesa, Ayien boleh teruskan dengan panggil Pak Long.” Razali senyum pada menantunya.

Senyuman itu, aku rindu senyuman di bibir Pak Long itu. Ia sama macam senyuman atuk walau hakikatnya mereka langsung tiada pertalian darah.

“Ba.. Baik pak.. Ayah.” 

Senyum manis ku lempar untuk ayah mentuaku tapi senyumanku mati bila mataku beradu dengan mata ibu mentuaku. Dia tak penat ke buat muka straight kelat ketat tu? Alahai mama mentuaku yang seorang ni, bawak-bawaklah senyum sikit.

“Akif, tak bawa Ayien pergi honeymoon?!” Suara Ayah kedengaran lagi. Merencatkan bacaan Akif sekaligus membuatkan pandangan mataku beralih kembali pada Ayah dan Akif.

“Busylah Yah.” Balas Akif dengan mata masih di surat khabar.
Ah! Akif memang kuat beralasan!

“Kerja, sampai mati pun mana pernah habis.” Ujar Razali lagi.
 Ayien setuju sangat-sangat Yah!

“Nantilah, kalau dah siap projek resort tu, Akif bawalah dia pergi nanti.” Banyak betul alasan Akif ni.

“Baguslah tu. Akif bawalah Ayien pergi kalau nak lawat site tu. Projek tu kan dekat dengan rumah Wan. Boleh bawa Ayien jumpa Wan.” Kali ini, Razali member cadangan.

Kalau ikut pengamatan aku, sekarang dah 2-0 kalau ini game main bola. Ayah mentua aku dah leading dengan dua gol yang tepat-tepat kena batang hidung Akif yang tak pandai nak jaga gawang dia. Dia punya serangan, senang je di patahkan oleh Ayah mentua aku.

Nasib baiklah bukan match bola! Kalau tak, mau kena bejol muka Akif. Aku tengok Akif dah macam Robert Green yang kecewa bila terlepas bola menyebabkan England seri dengan USA sewaktu World Cup 2010 dulu. Hahahaha!

“Abang, Akif tu kan kerja. Nak bawak bini dia kacau je nanti.” Maria membuka mulut.

Aku bukan paranoid sebab terlampau sangat tengok cerita ibu mertuaku, tapi memang suaranya ada bau-bau kebencian kat aku. Kebencian yang dia dah tanam sejak aku kecil lagi entah sebab apa. Tapi bila dengar ayat ayah mentua aku seterusnya..

“Macamlah awak tak pernah menempel bila saya pergi outstation. Saya tak bagi awak pergi pun, awak pergi juga.” Selamba, mengundang tawa Akif. Terhenjut-henjut bahunya menahan gelak di balik surat khabar.

Akif, kalau mama kau nampak kau gelakkan dia, memang melayanglah trofi sebelah dia tu kat dahi kau. Zuyyin geleng kepala tengok telatah suaminya.

“Malaslah cakap dengan awak, semuanya kita yang salah.” Maria mendengus, mencebik bibir. Geram agaknya di malukan di hadapan menantunya.

“Kita? Awak seorang jelah, kenapa nak libatkan orang lain pulak.” Masih selamba dengan senyuman sinis di bibirnya.

Aku rasa macam nak bagi je anugerah kasut emas untuk Ayah mentua aku ni! Sekarang dah 3-0, dan gol yang ke tiga tepat di batang hidung Mama mentua aku! Dan bila tengok mulutnya yang terherot-herot geram sambil bangun hentak kaki ke dapur, aku rasa macam nak ketawa puas-puas. Evil tak aku? Evil tak evil, yang penting hati aku puas. Huhuhu..

*******************

“Bangunlah! Sampai dah!” Akif tolak perlahan bahu Zuyyin yang duduk di sebelahnya.

“Kau mimpi apa sampai tersengih-sengih, senyum-senyum macam orang terencat?!” Akif tanya bila Zuyyin dah sedar sepenuhnya.

Aku cuma sengih, angkat bahu sebelum keluar dari kereta. Meregangkan urat-urat sambil menghirup udara segar di kampung Akif. Beg aku silangkan ke badan. Sebuah rumah papan tradisional melayu tersergam indah di depan mata.

“Akif, sampai dah kamu?!” Seorang perempuan sebaya arwah nenek menjeguk dari tingkap rumah. Aku mengangkat tangan, melambai ke arah wanita tua itu. N Pasti Wan! 

“Inikah bini kamu Akif?!” Wan turun dari rumah, berjalan ke arah Akif yang sudah mendahului Zuyyin. Memeluk erat cucunya.

“Wan?!” Zuyyin hulur tangan nak bersalam. Tapi Wan buat tak endah sebaliknya sibuk meneliti batang tubuh Zuyyin.

“Berapa umur kamu?!” Tangan yang Zuyyin hulur sekadar bersambut di hujung jari.

“19 tahun Wan. Bulan 12 ni, 20 tahunlah.” Zuyyin simpan rasa kecik hatinya. Tau dah sikap mak mentuanya menurun dari siapa.

“Dada mendatar macam gunung kena jentolak, punggung kecik, kurus macam tak cukup makan. Boleh ke kau ni bagi cicit kat aku?!”

Zuyyin terlopong tiga saat dengar komen Wan yang pertama untuknya. Mulutnya masih ternganga bila matanya yang bulat itu bertembung dengan mata Akif yang semakin mengecil akibat ketawa sakan mendengar komen Wan terhadapnya. Mangkuk punya suami! Tak backing aku langsung!

“Aku, waktu umur kau ni dulu, badan macam primadona, bukan sekeping macam kau!” Suara Wan kedengaran lagi, berbekalkan soundtrack ketawa Akif yang panjang dan menjengkelkan.

Sehingga keduanya melangkah meninggalkannya untuk naik ke atas rumah, dia masih terpaku di situ memuhasabah diri. Mengingatkan diri sendiri yang wanita tua itu sebaya arwah neneknya, nenek kepada suaminya dan bukan lawannya bertengkar!

Tapi ternyata, kesabarannya semakin menipis bila Wan mula menderanya sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah. Akif siap mengada-ngada nak makan ikan keli masak cili api, dan mangsanya tentu sahaja dia. Akif, senyum senang bila dia menjadi mangsa buli Wan.

“Nak tumbuk cili pun nak sejam. Kau makan ke tak ni?!”

Suara Wan kedengaran kuat di telinganya. Zuyyin pandang geram Akif yang sedang duduk enak menghirup air sirap selasih yang dingin. Mata Akif sinis membalas pandangannya. Dia takkan kalah dengan Wan!!

“Kau nak pecahkan lesung aku ke?!”

Suara Wan melengking marah bila dia menguatkan hentakan anak lesung. 
Perlahan tak betul, kuat pun kena marah, sama je perangai dengan Akif! Cerewet! Kang kalau dia mengelat tak nak tumbuk nanti baru tau.

“Kau baca mantera apa tu?! Nak bomohkan aku?!” Wan bersuara lagi bila tengok mulut Zuyyin terkumat-kamit merungut.

“Iye Wan, ilmu pengasih! Biar lekat sayang Wan kat Ayien ni ha!” Zuyyin pasang muka suci lagi murni. Nak sangat dia bomoh, dia bomohkan betul-betul baru tau!

“Merapu je kamu ni! Pergi kaut cili tu, masuk dalam kuali ni.”

Wan mengarahkan Zuyyin bila dia hampir tergelak tengok reaksi anak gadis itu tadi. Akif yang dari tadi pasang muka sinis pun hampir tergelak tengok Zuyyin.

“Kamu nak buat apa tu?!” Soalnya bila Zuyyin dah mencapai sudu besi di rak pinggan mangkuk.

“Nak kaut cili ler.” Zuyyin balas, hairan.

“Kaut je guna tangan, nak pakai sudu segala buat apa.” Arahan Wan betul-betul memeranjatkannya.

‘Kaut cili ni guna tangan?!’ Zuyyin  rasa macam nak balik rumah nenek saat tu juga! Dia kalih wajah ke arah Akif yang tak beriak. Huh! Terencat emosi!

“Tapi Wan.. Cili ni..pedas”

“Tak adanya orang mati kena cili!” Sarkastik ayat Akif.

Zuyyin telan air liur. Cili dan aku adalah musuh, kau tak tau tentang tu Akif!

“Cepatlah, dah nak hangus bawang aku ni.” Suara Wan kedengaran lagi dan wajah Akif yang dah berubah riak sinis, terasa mencabarnya.

“Okey, Fine!”

Zuyyin lempar sudu ke singki. Sinsing lengan kanan baju teenya ke siku sebelum mengaut cili yang merah itu masuk dalam kuali dan laju membawa tangannya ke singki. Kalau aku kudung nanti, aku nak saman korang sekeluarga kat mahkamah!

“Ha?! Tak mati pun kan?!” Suara Wan kedengaran sinis di telinganya, tambah menyakitkan hatinya bila tawa sumbang Akif juga kedengaran. Zuyyin mencebik bibir. Geram!




Korang Comel Kalu Korang Like

5 comments:

shahree(uni) said...

eee....geram sngt2 dgn nenek akif nie....n ble laaa makk dia nk brubah....huhuhu
aiman...sudah2 lh.....tak ksmpaian nya angan2 tu....hahaha

idA said...

alahai kesiannya Aiman..tak sudah sudah lagi..yelah..kan soal hati dan perasaan susah nak cakap..bila hati kata sayang..susah nak lupakan apatah lagi selalu berjumpa..ni yg parah..
kesian zuyyin..mak mertua tak iktiraf dia..sebagai menantunya..nasib baik bapak mertua dia cool dan sayang dia..apalah nak jadi ngan akif tu ye..kesian zuyyin bila kena buli ngan wan..suaminya hanya ketawakan nya...dik hope ada E3 lagi ye..

Pikachu said...

Cik Gadis, ada no tel Aiman tak? Aku nak call dia, bagi warning sikit, jngan nak jadi orang ketiga. Haha. Aku ada ni Aiman, kalau kau nak kat aku, aku on je. ahaha =P

idA said...

pikacu..akak sokong ko..ko tsckle aje si Aiman tu..ko solo..dia pun solokan...
akak on aje..what say U ..writer

AkuSiGadisBiasa said...

@Uni- Janganlah marah Aiman. Dia innocent tu. Hahaha!

@Pikachu- Tak yahlah, Aiman tu Cik Gadis yang punyer! Hahaha

@Kak Ida- Saya tak sokong! Saya pun nak Aiman. Nak BF doktor =)