Jan 16, 2014

Bintang Di Sebelah Bulan [4]

Fossil di tangan dikerling, sudah hampir ke pukul dua petang. Patutlah perutnya sudah berdondang sayang. Sudahlah pagi ni dia skip breakfast, memang wajarlah dia rasa lapar. Pen di tangan dilepaskan, tangannya menggagau mencari Samsung Galaxy 2 di dalam beg.

2 missed call, 1 message received.

“Tau pula nak cari orang.” Ann mendengus, nama Abang Ash yang tertera di skrin telefon buat hatinya yang sudah sejuk kembali panas.

‘Ann, kat mana? Jom lunch sama. Abang Ash belanja.’

“Eleh, nak pujuk akulah tu.” Mencemuh Ann pada skrin kaku telefonnya usai membaca pesanan ringkas Ash. Siap ada icon smiley lagi. Eleh, tak heran okey!

Papp! Samsung Galaxy 2 dihumban masuk semula di dalam beg. Dibiarkan sahaja pesanan ringkas Ash tak berjawab. Dia masih marah, tengah merajuk dengan Abang Ash pasal kejadian pagi tadi. Lenguh tahu tak dail nombor Abang Ash berpuluh kali. Jadi, jangan harap dia nak reply message Abang Ash. Biar Abang Ash tertunggu-tunggu dan rasa bersalah. Tapi, Abang Ash tu betulkah tengah tunggu balasan dari dia?

Scrap book, alat tulis dan barang-barangnya yang bersepah di atas meja di kemas sebelum di sumbat masuk ke dalam fail. Ligat otak Ann berfikir, tengah berkira-kira nak pergi merewang kat mana lepas ni. Kelasnya dah habis pukul 11 tadi, saja dia lepak kolej sekejap. Nak siapkan draf untuk assignment semester akhirnya. Due datenya ada sebulan lagi, dan dia kena siapkan 25 lakaran baju pengantin. Lecturenya saja nak dera dia, gila ke hapa nak buat sketch baju pengantin banyak macam tu? Dahlah bagi masa singkat sangat.

Shopping? Nahh, dia bukan kaki shopping. Dia cuma suka pergi shopping dengan Abang Ash atau Abang Dani, kadang-kadang dengan Buk Jah. Yeah, dia memang tak ramai kawan. Kawannya pergi clubbing tu ramailah, tapi dorang bukan attend kolej yang sama. Dorang jadi kawan pun sebab dorang berkongsi minat yang sama. Minat menari di bawah limpahan lampu yang berwarna-warni. Lagipun, takkanlah nak ajak budak-budak tu pi clubbing siang-siang hari macam ni? Gila ke apa?!

Sebab dia tak ramai kawanlah, dia asyik berkepit dengan Abang Ash sahaja bila Abang Dani outstation macam ni. Nak lepak dengan abangnya yang lagi dua orang tu, tak nak dia. Abang Dafi dan Abang Daim tu tak boleh buat geng, gila kerja! Dahlah gila kerja, suka sekat kebebasan dia lagi. Ada sahaja yang tak kena dimata abang berduanya itu bila dia buat sesuatu. Ini tak boleh, itu tak boleh. Ah, tak cool!

Nak gi main skate? Tak kot, baju yang dia pakai sekarang ni tak sesuai nak main skate. Kalau jatuh tergolek, tak pasal-pasal dia buat tayangan percuma nanti. Lagipun, dia perlu luahkan ketidakpuasan hatinya pada Abang Ash yang dipendam sejak pagi tadi. Nak release tension. Kalau boleh, dia nak melalak kuat-kuat.

Karaoke? Yeah, pilihan yang tepat! Rasanya, Music Box kat Quality Hotel tu time-time macam ni tak ramai pengunjungnya. Dah nak pukul dua ni, orang dah masuk kerja balik.

Slang bag Gucci di kerusi sebelah dicapai, di sangkut ke bahu. Ann bangun, kerusi di tolak ke belakang. Dengan gaya jalan ala model tengah buat catwalk, Ann berjaya menarik berpuluh-puluh pasang mata yang sedang menjamu selera dan melepak di kawasan U-Plaza kolej bila dia mula melangkah. Sengaja Ann menyebak rambutnya ke belakang bila beberapa orang pelajar lelaki bersiul sewaktu dia berjalan melintasi meja mereka.

‘Yeah, i know I’m hot and seems like you know it too.’ Kembang kuncup hati Ann puji diri sendiri dalam hati.

***************

Sejak masuk kerja pagi tadi, senyuman memang tak lekang langsung dari bibir Ash. Kelakuannya yang luar dari kebiasaannya itu buat Datuk Azhari tertanya-tanya. Dilamun cintakah anak bujangnya ini? Dengan siapa? Dengan Ann Delisha anak Tan Sri Darius ke?

Err, tak mustahilkan?

“Ayah tengok, dari pagi tadi kamu senyum memanjang. Ada berita baik nak kongsi dengan ayah ke?” Datuk Azhari bertanya.

Jus oren dicapai, di teguk sekali lalu. Hari ni, sengaja dia makan tengah hari bersama Ash. Lagipun, Ash kata dia tak ada lunch appoiment hari ni. Ingatkan nak balik rumah, tapi dua-dua anak beranak malas nak tempuh jammed. Lastnya, mereka makan di kedai mamak depan Menara Afiat Holding sahaja.

“Hah? Ayah cakap apa tadi?” Ash yang sedang menguis nasi tersentak.

Ash dengar macam ayahnya ada cakap pasal berita baik? Berita baik apa? Dia dengar sipi-sipi sahaja tadi kata-kata ayahnya. Sibuk berangankan Cikgu Safawani punya pasallah ni.

‘Memang sah tengah angau.’ Datuk Azhari menggeleng.

“Ayah tanya, apa yang buat kamu senyum memanjang hari ni. Ada berita baik ke? Kamu nak kahwin?” tebak Datuk Azhari

“Eh, tak adalah. Mana ada, ayah.” Ash gelak.

Lah, ketara sangat ke perubahan sikapnya hari ni sampai ayah pun perasan? Iyelah kot. Tapi, bab kahwin tu mungkin ayah betul. He-he-he.

“Kalau tak ada, kenapa perangai kamu semacam hari ni? Selalunya hati kamu tak mulia sangat nak hantar Zaem ke Tadika.”

“Oh, saja je. Ash memang dah janji dengan Bambam nak hantar dia hari ni.” Ash mencipta alasan.

Bukan dia tak nak berterus-terang pasal Safa dengan ayahnya, tapi belum masanya lagi. Jumpa Safa pun baru dua kali, takkanlah terus nak kenalkan kat ayah sebagai calon isterikan? Entah-entah, Safa tu tak berminat kat dia pun. Buat malu keturunan je nanti kalau kena reject. Malu beb!

“Isha sihat? Dah lama dia tak datang rumah.” Melihat Ash yang seperti menyembunyikan sesuatu itu, Datuk Azhari pantas menukar tajuk perbualan. Kalau tiba masanya nanti, pasti Ash akan membuka mulut juga.

“Sihat.” ujar Ash. Hampir dia lupa kalau ayahnya memanggil Ann dengan nama “Isha”, terikut-ikut dengan panggilan daddy Ann.

Mendengarkan sebaris nama itu, terus fikiran Ash melayang pada seraut wajah Ann Delisha yang pastinya sedang masam sekarang. Mengingatkan pesanan ringkasnya yang tidak berbalas, dan callnya yang tidak berangkat, Ash yakin kalau Ann memang tengah marah dengan dia sekarang. Tapi nak buat macam mana, dia memang berada dalam keadaan yang tidak memungkinkan dia untuk bersarapan pagi bersama Ann pagi tadi.

Sebab itulah, sengaja dia mengosongkan jadualnya tengah hari ni sebab nak makan tengah hari bersama Ann. Tapi Ann yang memang degil itu langsung tak angkat call dia, nak reply message dia. Atau mungkin, sebab usahanya tidak sekuat mana nak pujuk Ann. Ann call dia berpuluh-puluh kali, dan dia hanya call Ann dua kali sahaja. Nampak sangat dia tak bersungguh. Huh! Kejam kau, Ash Damien!

“Isha dah nak habis studykan?” tanya Datuk Azhari lagi.

“A’ah, dah final semester dah pun.” Ash mengangguk, mengiyakan. Tangannya menggagau mencari telefon yang bergetar di dalam poket.

“Diploma?”

“A’ah, fesyen design.” Samsung 2 di tarik keluar. Slide unlock di tolak ke atas. Ada dua message yang masuk. Satu dari Safa, satu lagi Buk Jah.

‘Saya jumpa sehelai kertas dalam buku nota saya, rasanya milik Encik Ash. Kalau Encik Ash nak datang ambil, saya ada kat Tadika hingga pukul tiga petang nanti.’- Safa

‘Ann tak sarapan tadi, terus pergi kolej. Sekarang tak balik lagi.’- Buk Jah.

“Message dari siapa?” tanya Datuk Azhari bila melihat kerutan di dahi Ash. Message dari siapa yang buat dahi Ash berkerut begitu?

‘Haila, hari ni busybody ye Datuk? Semua benda pasal Ash, Datuk nak ambil tahu nampaknya. Apa kes ni, Datuk? Selalu tak macam ni pun.’ Datuk Azhari menggosok hidung dengan ibu jari. Sesekali ambik berat pasal anak bujangnya, tak salah kot.

“Dari Buk Jah.” Membaca message yang dihantar Buk Jah buat hati Ash sebal.

Ann ni pun satu, kalau marahkan dia sangat takkanlah sampai pergi kolej dengan perut kosong. Hari isnin, kelas Ann ada satu sahaja, pukul 9 hingga pukul 11 pagi. Dah petang ni, merayau ke mana pulak Ann ni? Selalu, waktu-waktu macam ni Ann dah balik rumah tidur. Nak recharge tenaga untuk berdansa kat club malam nanti.

“Buk Jah? Bukankah itu pengasuh si Isha tu?” tanya Datuk Azhari hairan.

Anak aku ada skandal dengan orang gaji Tan Sri Darius ke? Uish, minta simpang empat puluh empat malaikat!

“A’ah. Tadi Ash tanya dia pasal Ann.” Ujar Ash. Samsung 2 diselit masuk semula ke dalam poket, fikirannya masih memikirkan tentang Ann. Ke mana Ann?

“Kenapa dengan Isha?” tanya Datuk Azhari. Berminat dia nak tahu hubungan Ash dengan Isha. Ada apa-apa ke mereka ni?

“Merajuk. Ash call, message semua tak reply.” Ash mendengus. Dia tak kekok bercerita tentang Ann pada ayahnya.

Alah, bukan ayah tak kenal Ann tu macam mana. Ayah pun dah kenal sangat dengan adik Dani tu, dulukan waktu kecil-kecil Ann selalu ikut dia dan Dani mencerap langit. Kadang-kadang, Ann ikut Dani bermalam di rumahnya. Dani tidur bilik dia, Ann tidur bilik Kak Ain.

“Kamu dengan anak Tan Sri Darius tu ada apa-apa ke?” tanya Datuk Azhari bila melihat raut wajah Ash yang tidak seceria tadi. Kenapa?

“Ish, tak adalah. Diakan adik kawan baik Ash, automatic dia jadi adik  Ash jugalah.” Ash menggeleng.

 “Tak adalah, ayah tanya je. Ayah tengok, kamu dengan Isha tu rapat benar. Ayah ingatkan, kamu ada hubungan istimewa dengan dia.” ujar Datuk Azhari. Matanya melirik setiap perlakuan Ash, mencari bukti andai tebakannya tadi tepat belaka.

 “Tak adalah, ayah. Ash cuma selesa dengan Ann tu, dah bertahun Ash kenal dia. Lagipun, Dani ada pesan suruh tengok-tengok adik dia bila dia tak ada.” Ash yang mendengar kata-kata ayahnya tergelak kecil.

Kenapa semua orang bertanya tentang hubungan dia dengan Ann? Hubungan mereka nampak pelik ke di mata orang lain? Nampak mesra semacam kot. Hari tu, Kak Lydia yang tanya. Sekarang ni, ayah pulak yang tanya. Rapat sangat ke dia dan Ann di mata mereka?

“Oh, macam tu ke.” Datuk Azhari mengangguk-angguk mendengar kata-kata Ash.

Kalau Isha tu bukan girlfriend Ash, jadi siapa yang dah berjaya buat anak bujangnya ini senyum sepanjang hari? Mungkin memang betulkah Ash sedang dilamun cinta? Tapi bukan dilamun cinta dengan Ann Delisha?

“Iyelah, ayah.” Ash mengangguk, tersengih dia melihat reaksi ayahnya. Ayah tengah korek rahsia Ash ke ni, ayah?

“Dah hampir pukul dua ni, kalau Ash dah sudah jom balik office.” Datuk Azhari mula mengangkat punggung, ingin beredar.

Dia ada meeting dengan client pukul dua setengah nanti, tapi sebelum tu kena solat zuhur dulu. Takut perbincangan menjadi panjang pula nanti. Urusan dunia ni, sampai bila pun tak akan selesai. Jadi, adalah lebih baik jika diutamakan dahulu urusan akhirat. Lagipun, bukankah memang itu yang dituntut agama?

“Ayah okey ke kalau balik sendiri kat office? Ash kena pergi jumpa client kat luar ni.” Ash ikut bangun.

“Client? Bukankah kamu kata kamu free sampai petang ni?” Datuk Azhari bertanya pelik.

“Entah client ni, tiba-tiba ajak jumpa.” Ash sengih. Takkan dia nak bagitau yang dia nak jumpa cikgu Safa pulakan?

“Okey, ayah balik office dulu. Kamu tu, jangan lupa solat.” Datuk Azhari mengangguk. Dia mula melangkah meninggalkan Ash.

Macam tadi, Datuk Azhari tahu ada sesuatu yang di sembuyikan oleh anak bujangnya. Tapi dia malas nak masuk campur, tiba masanya dia yakin Ash akan buka mulut juga.

“Okey, Ash tak lupa ayah. Hati-hati melintas jalan tu, ayah.” Ash melempar senyum.

Melihat ayahnya yang sudah berlalu, pantas dia juga berlalu menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari bangun Menara Afiat Holding. Dia tiba lewat pagi tadi, semua tempat letak kereta di dalam bangunan sudah penuh.

Pintu kereta di buka, Ash melolos masuk. Seatbelt di tarik, enjin kereta dihidupkan. Dia ingin bertemu Nurul Safawani, tapi fikirannya jauh melayang teringatkan Ann Delisha.

‘Ann dah makan ke belum tu?’

*****************

Auchumm!! Terbersin Ann tiba-tiba.

‘Siapa yang sebut nama aku ni?’ Hidungnya dikuis dengan ibu jari.

Remote aircond di capai, suhu dinaikkan. Buku lagu di atas meja juga di capai, mencari-cari lagu kegemarannya dalam senarai. Lagu yang selalu abang nyanyi bila nak test vocal.

Yeah, jumpa! Mikrofon dicapai, dia dah sedia nak melontar suaranya hari ni.

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara
Dia tempat ku sandar

Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga

Dah nak masuk part tinggi ni. Ann menarik nafas, rasa macam nak terkeluar urat kat lehernya. Letak duduknya di betulkan, kang kalau salah tarik nafas putus pula urat kat leher dia. Eh, adakah macam tu? Ah, lantaklah!

Meleraikan rindu…..
Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku mimpi

Tercungap-cungap Ann nak catch up balik nafas dia. Macam mana Abang Ash boleh nyanyi lagu ni selamba macam Awie? Ah, rindu Abang Ash!

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Ann bangun, buat gaya model seolah dia tengah berlakon dalam muzik video lagu Awie. Rambutnya di sebak ke belakang, sebelah tangan mencengkam baju di dada. Yeah, nampak sangat betapa sengsaranya dia di situ.

Oooo… Uuuu..
Oooo… Uuuu..

“Amboi, curi lagu favourite abang Ash!”

Tersentak Ann melihat Ash yang berdiri di muka pintu. Kus semangat!

“Bila abang Ash sampai?” Berkerut dahi Ann bila melihat Ash Damien sedang berdiri dengan sengihan di muka pintu. Macam mana abang Ash tahu dia ada kat sini?

Ah lupa, tempat ni abang Ash yang kenalkan kat dia dulu. Mestilah abang Ash tahu nak cari dia kat mana. Err, abang Ash cari dia ke?

“Lama dah, sempat jugaklah abang Ash tengok Ann punya video klip tak menjadi tu.” Ujar Ash, selamba. Dia berjalan menghampiri Ann. Bibir Ann tercebik-cebik.

Amboi Ann, macam muncung itik!

“Apa abang Ash buat kat sini?” tanya Ann. Dia menjauh bila Ash duduk di sebelahnya.

‘Ee dia ni, orang nak release tension pun tak boleh. Dahlah punca orang tension tu sebab dia, yang dia pi selamba tunjuk muka depan orang ni apa kes? Eh, menyampah!’

“Lah, nak karaokelah. Takkan nak datang berenang kot, kat sini mana ada kolam.” Ujar Ash, melawak.

“Oh, lame. Joke tu dah basilah, Abang Ash.” Ann menggeleng. 

Ash sengih mendengar kata-kata Ann sebelum tergelak. Kena sebijik kau Ash. Itulah, siapa suruh tak hafal line Sepahtu.

“Marah abang Ash lagi ke?” tanya Ash bila melihat Ann diam. Dari tadi, ditonyoh-tonyohnya mikrofon di tangan. Kesian kau mikrofon, jadi mangsa baran Ann.

“Lah, abang Ash ada buat salah ke kat Ann?” tanya Ann, sarkastik.

“Ada. Abang Ash tak pick up call Ann, tak bagitahu kat Ann kalau abang Ash tak boleh breakfast sama-sama dengan Ann pagi tadi.” Ujar Ash.

Sengaja Ash mengaku terus kesalahan diri, biar Ann tak marah-marah lagi macam ni. Dia malas nak bertegang urat dan buat sesi pujuk-memujuk dengan Ann lama-lama sebenarnya. Kalau dilayankan rajuk Ann tu, entah sampai bila baru nak reda. Perangai kebudak-budakan betul!

Ann yang mendengar kata-kata Ash mendengus kecil. Tau pulak dia salah dia apa. Eleh!

“Lenguh tau tak jari Ann dail nombor abang Ash banyak-banyak kali. Sekali pun, abang Ash tak angkat. Eee, sakit hati!” mikrofon di tangan dilempar di atas meja. Bergema bunyi hentakan diseluruh ruang bilik karaoke itu.

‘Amboi Ann, kalau rosak mikrofon tu abang Ash tak nak tanggungjawab okey!’

“Dah tu abang Ash tak angkat, yang Ann call banyak kali tu buat apa? Sekali dahlah.” Sengaja Ash nak bagi Ann yang panas tu bertambah panas. Tergelak-gelak Ash bila Ann menjeling tajam. Lama-lama, boleh ‘luka’ oleh jelingan Ann ni tau.

“Okeylah, abang Ash yang salah. Abang Ash minta maaf, okey?” Ash mengenyit mata, senyumannya melebar. Dia tahu, Ann selalu cair dengan cara ini.

“Nahh, bukan salah abang Ash pun.” Ann menarik nafas. Memang bukan salah abang Ash pun, dia sahaja yang mengada-ada.

“Ann dah makan?” tanya Ash.

Ash nampak piring berisi buah-buahan dan kacang yang dihidang di atas meja sudah hampir kosong. Nampaknya, Ann dah tak mogok lapar macam dulu. Jag berisi jus oren dicapai, dituang ke dalam gelas yang masih kosong. Diteguk sekali lalu, berlumba-lumba air jus oren membasahi kerongkong. Ah, nikmat..

 “Dah. Abang Ash?”

“Dah juga, dengan ayah. Dah Ann sombong dengan abang Ash, tak nak lunch sama tadi.” Ash sengih.

Melihat mood Ann yang sudah kembali normal, Ash jadi lega. Bolehlah dia jumpa Safa kejap lagi. Sebab bimbangkan Ann dan terikat dengan janjinya pada Dani untuk tengok-tengokkan Ann, dia terpaksa tangguhkan niat nak menatap wajah Safa petang ni. Kalau tak, dah lama dia drive pergi Tadika Harapan.

“Eleh, ajak apa macam tu. Sekali je, lepas tu terus senyap.” Ann mencebik lagi bila mendengar kata-kat Ash. Dia yang ajak-ajak ayam, kita pula yang disalahkan.

“Eh, abang Ash salah lagilah ni?” Ash gelak kecil.

Buku lagu dicapai. Dia dah lama tak karaoke. Alang-alang dah kat sini, dan orang office pun dah tahu kalau dia tak masuk office petang ni, dia pun rasanya nak test vocal jugalah macam Ann.

“Hurmm..” Ann menggumam, malas nak lawan cakap dengan abang Ash.

“Ann, jom nyanyi lagu favourite kita.” Ash mencapai remote, mencari-cari lagu favourite dia dan Ann.

“Abang Ash tak balik office ke?” Ann menjeling fossil di tangan. Dah hampir pukul 3 petang ni. Taulah syarikat tu bapa dia yang punya, tapi sejak bila etika kerja abang Ash jadi teruk macam ni? Ish-ish..

“Tak, petang ni abang Ash off.” Ujar Ash, bersahaja.

“Kenapa?” Berkerut dahi Ann mendengar kata-kata Ash.

“Saja, nak teman Ann karaoke.”

 “Betulkah?” Bersinar-sinar mata Ann mendengar kata-kata Ash. Tapi, sejak bila abang Ash baik hati nak teman-teman dia segala ni? Selalu tu, abang Ash buat dunno je.

“Betullah. Dah, ambik mikrofon tu cepat. Lagu dah nak start ni.” Ash excited, dah lama dia tak lepas gian dengan hobinya yang satu ini. Hobi berkaraoke yang dikongsinya bersama Ann, selain dari hobi mencerap langit.

Ann yang melihat tingkah Ash pantas mencapai mikrofon yang dihumbannya tadi. Tersenyum ceria dia bila mengenangkan dia sedang berduet lagu kegemarannya bersama dengan orang kesayangannya.

Andainya aku bertanya 
Padamu tentang bahagia
 
Di mana nilai setia 
Di manakah puncak
 cinta

Ann senyum, badannya digoyang perlahan ke kiri ke kanan. Matanya redup merenung abang Ash yang juga sedang tersenyum, manis.

Mahukah engkau mengerti 
Harapan serupa mimpi
 
Ianya dapat terjadi
 
Atau hilang tak berganti

Ash yang melihat senyuman Ann ikut tersenyum. Ann yang cantik, yang manja, yang selalu buat hatinya risau, malah buat dia menyampah kadang-kala. Ann, Ann..

Sejarah mengajar kita 
Menjadi lebih dewasa
 
Meniti
 arus angkara

Lupakan kisah yang lalu 
Teguhkan tugu imanmu 
Doaku buat kekasih

Ann lupa, bila kali terakhir agaknya dia dan abang Ash berduet lagu ni. Setahun yang lalu? Atau mungkin juga, dua tahun yang lalu.

Yang dulu usah dirindu 
Hilangkanlah dari hatimu
 
Doaku buatmu kekasih

Ann tahu, tiada ‘yang dulu’ dalam hidup abang Ash. Tapi Ann tak pasti untuk masa kini dan masa akan datang. Dia tahu dia tak punya hak dalam hidup abang Ash, tapi dia nak hak itu!

Sejarah mengajar kita 
Menjadi lebih dewasa
 
Meniti
 arus angkara 

Lupakan kisah yang lalu 
Teguhkan tugu imanmu
 
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu 
Hilangkanlah dari hatimu
 
Doaku buatmu kekasih

“Abang Ash..” Suara Ann menyapa telinga sebaik dia menghabiskan bait lagu terakhir. Gemersik sahaja bunyinya.

“Kenapa?” Ash mengangkat kening, bertanya. Dia rasa pelik dengan nada suara Ann.

“Ann suka abang Ash.” Ujar Ann, lancar.

“Yeah, abang tahu.” Ash buat muka bosan. Bukan sekali dia dengar ayat itu dari mulut Ann. Dari dulu, entah dah berapa juta kali dia dengar pengakuan Ann yang satu itu.

“No, I mean.. I mean..” Ann menghela nafas. Ah, kenapa tiba-tiba dia rasa macam jantungnya berdegup terlalu laju?

Ash mencapai gelas di atas meja. Tekaknya kering, padahal baru satu lagu dia nyanyi.

“I’m fall in love with you!” Lancar ayat itu keluar dari bibir Ann.

Ya, dia suka abang Ash seperti yang dia selalu kata sejak dari dulu lagi. Suka yang membawa maksud kalau dia tak nak kehilangan abang Ash.

Burrr!!! Tersembur air jus oren keluar dari mulut Ash mendengar pengakuan Ann.

‘Ann cakap apa tadi? Fall in love? In who? Aku ke?’

“Pardon? Abang Ash rasa, abang salah dengar tadi.” Ya, memang Ash harap, dia salah dengar kata-kata Ann tadi. Dadanya berdebar kencang menunggu kata-kata Ann.

“Tak, abang tak salah dengar. Ann cintakan abang Ash!” Sedikit kuat suara Ann. Dia tak suka reaksi abang Ash yang.. yang dingin. Abang Ash tak akan kecewakan diakan?

"I have to go. Nanti Ann balik sendiri, okey.” Ash bangun. Dia tak tahu nak berhadapan dengan Ann macam mana. Kalau dia berlakon pura-pura tak dengar kata-kata Ann pun tak boleh juga. Dua kali pengakuan itu keluar dari mulut Ann. Dia tahu, keadaan tak akan sama lagi selepas ini antara dia dan Ann.

Ah, menyesalnya datang sini!

“Abang Ash, Ann cintakan abang Ash!” Ayat itu keluar lagi dari mulut Ann untuk kali yang ketiga. Ash yang sudah beredar ke pintu pantas di kejar. Lengan Ash dicapai, dipegang erat. Dia tak akan bagi abang Ash pergi selagi abang Ash tak bagi jawapan kat dia.

“Abang Ash, please.” Airmata Ann gugur. Kenapa abang Ash bersikap begini?

“I’ll pretend that I’m not hear anything from your today. Balik rumah, mandi, and rest. Nanti abang Ash call.” Ash menghela nafas, berat. Tangan Ann yang mencengkam erat lengannya dilepaskan.

‘I’m sorry, Ann.’ Ash berlalu, dia tak suka tengok airmata Ann tapi dia tak terdaya nak buat apa-apa. Ini soal hati dan perasaan. Dia belum ada jawapan untuk luahan hati Ann tadi.

“Abang Ash..” Ann rasa, separuh dari hatinya hancur bila melihat abang Ash pergi.

*******************

CikGadis sangat suka lagu "Doa Buat Kekasih- Ramli Sarip ft Khatijah Ibrahim". CikGadis rasa, lagu ni sangat romantik, auwww!!


Korang Comel Kalu Korang Like

4 comments:

Ainun Nadini said...

jm tgk top referral..

http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2014/02/top-referral-terkini-giveaway-update-1.html

Anonymous said...

Cerita ni menarik sgt....boleh sambung??

Anonymous said...

Best la.. Sambung la lagi..:-)

Anonymous said...

Napa x sambung..
Sob sob