[8]
“Hanya di pawagam sahaja.”
Zuyyin mengajuk ayat yang di ucapkan oleh Fizz Fairuz dalam iklan trailer Nur Kasih di yang sedang di tayangkan di TV3.
“Apa yang hanya di pawagan sahaja?”
Akif duduk di sebelah Zuyyin. Keropok Chip di tangan Zuyyin di rampas. Selamba. Seperti mereka tidak pernah bergaduh sebelum ini.
“Kau tak pergi kerja ke?”
Zuyyin rasa macam jantungnya ingin melompat keluar kerana terkejut. Gila eh! Ingatkan cuma dia seorang di rumah itu. Dia belum bersedia dari segi mental dan perasaan untuk berdepan dengan Akif. Sejak peristiwa dia dan Akif bertikam lidah, seminggu dia buat genjatan air liur dengan Akif.
Dah puas menangis, buat sesi pujuk memujuk dengan abang Aiman barulah marahnya reda. Itu pun selepas abang Aiman menjanjikan sesuatu untuknya. Sesuatu yang menguntungkannya.
“MC.”
Akif batuk tiba-tiba. Hakikatnya dia cuma buat-buat batuk. Semalaman dia tidak tidur, menunggu Zuyyin pulang. Entah pukul berapa dia terlelap, dia sendiri kurang pasti. Yang pastinya ketika dia bangun tuk solat subuh, lampu bilik Zuyyin juga sudah terang benderang menandakan Zuyyin sudah pulang.
Akhirnya, kerana mengantuk dia menyambung tidur selepas subuh dan terbabas hingga ke pukul 8. Malas meredah jammed, dia mengambil emergency leave. Lagipun, hatinya tidak “sesihat” mana untuk pergi bekerja.
“Aku tak nak cakap dengan kau!”
Zuyyin bangun, ingin kembali semula ke bilik. Namun bunyi loceng di pintu mematikan langkahnya. Siapa yang melawat mereka seawal pagi begini? Baru pukul 10.
“Siapa tu?”
Zuyyin soal Akif. Terlupa dia baru sahaja berkata tidak ingin bercakap dengan Akif.
“Entah.”
Akif angkat bahu. Bila melihat Zuyyin sekadar berdiri di depannya tidak berganjak, Akif bangun membuka pintu.
“Assalammualaikum.!!”
Suara Hanna dan Hanni kedengaran memberi salam serentak di muka pintu. Akif kaget dengan mulut ternganga.
“Hanna?!”
Terkejut melihat adiknya ada di depan rumahnya. Bukankah Hanna ada di Sabah?
“Hai abang! Hanna baru sampai semalam. Cuti.”
Sengih. Menolak Akif ke tepi dan menonong masuk ke dalam rumah.
“Hai abang. Tak kerja?”
Hanni mencium tangan abangnya sebelum ikut langkah kaki Hanna masuk ke dalam rumah. Agak sopan sedikit berbanding Hanna yang main masuk dan terjah sahaja.
“Sister in law! Sihat?” Hanna memeluk Zuyyin yang juga nyata terkejut melihatnya.
“Macam mana kau boleh ada kat sini Na?” Zuyyin dah pasang muka pelik.
“Naik kapal terbanglah. Haha.” Gelak dengan lawaknya sendiri.
“UMS cuti apa di tengah-tengah semester ni?”
Akif soal Hanna sebaik dia kembali duduk di sofa. Di sebelah Hanni yang dah conquer remote TV.
“UMS tak cuti, Hanna seorang yang cuti.” Sengih kepada abangnya yang dah senyum sinis.
“Kopaklah ayah beli tiket kapal terbang kau, Na.”
Geleng kepala dengan perangai adiknya. Nak study jauh-jauh, tapi tak boleh pisah dengan rumah lama-lama.
“Biarlah.” Hanna cebik bibir mendengar kata-kata Akif.
“Apa cerita sampai lari-lari dari rumah segala?”
Hanna berbisik perlahan di telinga Zuyyin. Matanya mengawasi abangnya yang sedang menonton TV dari meja makan yang mereka duduki.
“Salah faham sikit.” Zuyyin senyum nipis. Malas mengulas cerita tu panjang-panjang.
“Abang Akif tu memang, suka sakitkan hati orang.” Hanna cucuk jarum.
“Hanna, I’m heard it.” Akif bersuara mematikan niat Hanna yang ingin bertanya lagi kepada Zuyyin.
“Baguslah, memang sengaja pun nak abang dengar.”
Sindir Hanna selamba. Gelaknya bersabung dengan tawa Hanni. Zuyyin cuma tersenyum melihat muka Akif yang dah cemberut macam kulit limau busuk. Buruk!
“Opss! Sorry.”
Hanni angkat jari peace. Takut pada pandangan mata Akif di sebelahnya. Maunya dia penyek di lenyek nanti kalau Akif tiba-tiba naik angin.
“Korang berdua ni apa hal datang rumah abang?”
Tak pernah-pernah datang melawat, tetiba muncul depan pintu rumah, di awal pagi pulak tu, mana dia tak pelik.
“Kami nak tengok Zuyyin, kot-kot tinggal tulang makan hati dengan abang.”
Lagi sedas dia kena. Rasa hari ni macam hari menyindir Akif sedunia!
“Mulut macam nak minta cabai.”
Akif mendengus geram. Dengan Hanna, dia jarang menang berlawan cakap. Hanna seperti Naim, bila bercakap pedas memanjang.
“Haha. Rileks bro. Abang, kitaorang lapar ni. Takkan tak ada breakfast kot?”
Hanna dah start minta yang bukan-bukan. Buat macam kat rumah sendiri.
“Hanni pun lapar.”
Hanni buat muka seposen. Memang perutnya lapar pun. Dia belum sempat bersarapan bila kakaknya mengajaknya datang ke situ. Kononnya nak jadi cupid, nak satukan Zuyyin dan abang Akif.
“Apsal tak makan sebelum datang sini?”
Suara Akif dah naik seoktaf. Rasa macam adik-adiknya sengaja datang nak mengada-ngada. Dahlah kacau plan dia nak berbaik dengan Zuyyin.
“Mama tak masak.” Hanna bersuara.
“Nampak sangat tipu. Mama mana pernah tak masuk dapur siapkan breakfast.” Satu benda yang dorang satu family dah tahu. Akif senyum sinis pada adiknya.
“Apalah Kak Hanna ni, lain kali carilah alasan logik sikit.”
Hanni mencebik geram. Kerana “Kebijakan” kakaknya, mereka bakal lapar hingga ke tengah hari.
“Alah, apa-apalah. Yien, ada makanan tak?” Zuyyin pulak jadi mangsa kini. Gagal memujuk si hati batu Akif.
“Ada. Rasanya masih ada Mee kuning kat freezer. Kalau nak buat mee goreng okey juga, bumbu-bumbu dia pun masih banyak lagi. Ada ayam dan udang.”
“Good! Kau gi masak.” Hanna kenyit mata pada Zuyyin yang dah terlopong.
“Hah?! Aku masak?”
Zuyyin soal tak percaya. Macamlah Hanna tak tahu kalau dia dengan dapur bukannya “kawan baik”.
“A’ah. Dah masak, panggil kitaorang k.”
Hanna dah angkat punggung, bergerak ke sofa dan duduk di antara Akif dan Hanni.
“Na, kau jangan nak mengada. Pergi tolong Zuyyin. Kau yang nak makan, apsal Zuyyin yang kena masak pulak?” Akif tolak bahu adiknya kuat.
“Malaslah. Nak tengok cerita ni. Gila ensome si TOP ni. Kan dik kan?” Peha Hanni yang kusyuk tengok TOP Big Bang di kaca TV di kuisnya.
“Lorh, boyfriend Hanni mestilah ganteng! Haha” Hanni perasan sendiri-sendiri.
“Eww! Tak selera TOP nak tengok kau Han.”
Gelak. Tidak di endahkan Akif yang merenung mereka tajam. Dari ekor mata, Hanna perasan Akif selalu mengerling ke dapur.
“Aish! Korang berdua ni, memang menyusahkanlah.”
Akif bangun, melagakan kepala adiknya sesama sendiri sebelum melangkah ke dapur. Bunyi keletung keletang Zuyyin di dapur merisaukannya. Bimbang ada yang terbakar lagi.
Hanna dan Hanni berpandangan sebelum bangun, berjalan terjengkit-jengkit mengekori langkah Akif ke dapur. Mereka bersembunyi di balik dinding, memerhatikan abang dan kakak ipar mereka.
“Dah keluarkan mee?” Akif soal Zuyyin yang tengah merendam isi ayam di singki.
“Belum.”
Zuyyin berpaling. Tau benar yang Akif pasti membuntutinya di dapur. Akif sayang dapurnya lebih dari sayangkan isterinya.
“Keluarkanlah. Aku kupas bawang.”
Akif capai pisau di kabinet. Cekap tangannya mengupas bawang. Selesai bawang di kupas, isi ayam pulak di potongnya menjadi ketulan-ketulan kecil.
“Nak letak telur ke?” Soal Zuyyin. Perbualan mereka kembai natural.
“A’ah. Pakai 2 biji pun dah cukup. Pukul terus.” Akif hidupkan dapur gas. Minyak di tuang ke dalam kuali.
“Pakai rencah ni jela, masih okey kot.”
Zuyyin hulur perencah yang sudah di gunakan separuh yang di simpannya di dalam peti sejuk.
“A’ah, masih okey lagi. Cuba tengok kat peti sejuk tu, masih ada nugget tak? Kalau masih ada, boleh goreng.” Akif sambut huluran perencah dari tangan Zuyyin.
“Ada lagi. Nak goreng sekarang ke?” Zuyyin keluarkan plastik nugget ayamas dari peti sejuk.
“Kita goreng mee dululah.”
Akif dah masukkan bawang dan diikuti ayam ke dalam kuali panas sebelum menambah perencah.
“Pass mee tu.” Zuyyin hulur bekas berisi mee kepada Akif.
“Telur ni nak masuk bila?” Zuyyin tanya sambil menatang mangkuk berisi telur yang sudah di pukul.
“Masukkan selepas masuk mee. Nanti telur melekat kat mee kalau buat macam ni.” Akif sempat lagi bagi tips memasak kat isterinya.
“Oh. A’ahlah. Macam mee goreng kat mapleylah pulak. Baunya pun sedap.” Zuyyin sengih melihat mee goreng Akif di dalam kuali.
“Tengoklah siapa chefnya.” Riak sekejap.
“Huh! Puji sikit nak riak.”
Zuyyin cebik bibir sebelum tersenyum. Kejadian bertikam lidah, lari dari rumah hilang begitu sahaja.
“Kaut masuk dalam bekas. Aku nak goreng nugget ni kejap.”
Akif serah sudip kat Zuyyin. Bibirnya membalas senyuman Zuyyin. Senyuman yang sudah hilang dari bibir itu hampir seminggu.
“Beres bos!”
Zuyyin capai bekas dari kabinet. Sempat lagi dia melemparkan senyuman kepada Akif yang sedang menggoreng nugget. Diperhatikan penuh kusyuk oleh dua beradik, Hanna dan Hanni yang setia ‘menskodeng’ di balik dinding.
“Plan pertama berjaya!” Hanna sua thumbs upsnya kepada Hanni.
“Sukses!” Ibu jari mereka bersentuhan.
“Gila ar abang Akif, mau benjol kepala aku nie.”
Hanna menggosok-gosok kepalanya yang terasa sengal sebelum menggosok kepala adiknya pulak. Kesian Hanni. Bila Akif berpaling ke belakang, laju keduanya lari kembali ke ruang tamu sambil mengekeh ketawa.
“Tuan puteri berdua, breakfast jom!”
Suara Akif kedengaran dari belakang membuatkan Hanna dan Hanni laju berlumba ke meja makan.
“Sopan sikit boleh tak?” Akif menegur adik-adiknya. Matanya di cerlunkan.
Hanna dan Hanni cuma ketawa, tak takut okey!
“Lepas ni kita main game nak?” Hanni bersuara sambil menyuap mee goreng ke dalam mulut.
“Game? Bukan korang berdua nak balik ke lepas ni?” Suapan Akif terhenti. Dia ingatkan adik-adiknya akan balik selepas makan nanti.
“Siapa cakap kami nak balik? Kami nak stay-stay kat sini jap. Nak temankan Zuyyin. Kan Ayien kan?” Hanna bersuara.
“Ha?! Err.. Ya, ya.” Zuyyin kerling ke wajah Akif. Buat isyarat mata menyoal, adakah-kita-perlu-masak-untuk-lunch-mereka-juga?
Nampaknya-macam-tulah- Akif sengih dan mengangguk. Zuyyin sekadar mampu mengeluh tanpa suara.
“Weh, weh, di larang bercinta di meja makan.” Hanna menggoyang-goyangkan sudunya di hadapan Zuyyin dan Akif.
“Siapa yang bercinta?” Akif dan Zuyyin bersuara serentak.
“Eww. Sehati sejiwa!”
Hanna dan Hanni mengekeh ketawa melihat muka malu-malu Zuyyin dan Akif.
“Lepas ni kita main game!” Hanni bersorak kuat.
“Game apa?” soal Hanna excited. Entah tang mana dia nak excited.
“Truth or dare!” Errkk.. Melopong mulut dua suami isteri itu. Tapi Hanna..
“Setuju!!” Dia slap high five adiknya.
‘Nasib baiklah aku kahwin dengan sepupu aku yang memang dah lali dengan perangai dua beradik ni. Kalau tak, maunya malu setahun dapat adik beradik terlebih tenaga macam ni.’
Akif sengih tengok adik-adiknya yang dah beria-ia memikirkan denda untuk ‘dare’ yang ingin di kenakan nanti.
Zuyyin duduk menonton TV sendirian di ruang tamu. Akif di biliknya, manakala adik beradik Hanna dan Hanni sedang sibuk membuat pedicure di balkoni rumah mereka. Zuyyin sengih, kehadiran Hanna dan Hanni mengubah 360 darjah kehidupannya dengan Akif yang sebelum ni sudah berperang dingin selama seminggu.
Kerana Hanna jugalah, Zuyyin dapat berimamkan solat dengan Akif buat pertama kalinya. Namun, secara jujurnya dia agak penat melayan karenah mengada-ngada dua beradik ini. Banyak betul permintaan mereka.
“Zuyyin.” Akif berbisik perlahan di telinga Zuyyin.
“Kenapa?” Kepalanya di telengkan ke tepi. Di tempat Akif berdiri.
“Keluar jom.” Akif senyum.
“Ke mana?” Zuyyin mengerutkan dahi.
“Tempat yang tiada Hanna dan Hanni.” Sengih.
“Oh. Tapi budak berdua tu?” Zuyyin tunjuk Hanna dan Hanni yang sibuk merias kuku.
“Biarkan. Jom, pakai tudung cepat. Tak payah bagi tau dorang, nanti sibuk nak ikut.” Akif penat melayan karenah adik-adiknya seharian ini.
“Kejap. Aku ambik tudung.” Zuyyin berlari berjengkit-jengkit mengambil tudung di bilik.
"Jom." Zuyyin dah terpacak di depan Akif.
“Shhh..”
Akif capai jari jemari Zuyyin, berjalan tanpa bunyi menuju ke pintu dan hilang di balik pintu yang tertutup rapat.
“Mission accomplish!”
Hanna bersuara sebaik Akif dan Zuyyin hilang di balik pintu. Berpura-pura tidak sedar sahaja bila Akif dan Zuyyin curi-curi keluar tadi. Padahal, semua pergerakan mereka dalam pengawasan Hanna dan Hanni.
“Yeay! Boleh balik rumah.” Hanni ketawa gembira.
“Han, kau rasa-rasa dorang pergi mana?” Hanna dah mula imagine yang bukan-bukan.
“Entah! Nak skodeng ke?” Hanni sengih.
“Gila! Kakak dah penat seharian skodeng dorang. Sekarang terpulanglah kat abang Akif macam mana dia nak make up dengan Ayien.” Hanna pulak yang tersengih.
“Kesian abang Aiman.” Hanni mengeluh.
“Bukan jodoh dia dengan Ayien Han.” Hanna menepuk bahu adiknya.
“A’ah.” Hanni mengangguk.
“Balik jom. Aku rindu gile masakan rumah.”
Hanna bangun menggeliat. Meregang-regangkan otot yang terasa lenguh.
“Masakan Zuyyin tak rindu ke?”
Hanni dan Hanna gelak sakan bila teringat ikan goreng Zuyyin yang hitam semacam.
5 comments:
x mau gaduh2 lgi i-p..
best.. bez of luck tuan tanah hehehe
sukanyaaa....dah berbaik2 semula....
wow!!! penulisan yg mantap!
alahai adik...cerita yg sampoi..akak tergelak gelak membaca citer ni...satu pendekatan yg baik yg dilakukan oleh adik adik iparnya untuk mengeratkan tali perkawinan mrk...tapi kesian aiman kan..mcm hanna cakap bukan jodohnya..ala sedih tapi nak buat mcm mana kan takdir manusia tak siapa yg tahu...congrates and keep up the good work..
Best... tape nak tnye ape mksod "malam sikit"?? Btw karya yg mantap
Post a Comment