“Yen, tak perlulah buat muka macam tu. Nampak sangat jakunnya.” Akif tegur isterinya yang ternganga membuang pandang ke luar tingkap kapal terbang.
“Ceit.” Zuyyin cebik bibir, menyampah. Mulut ternganga dia rapatkan.
Memanglah Akif tak jakun sebab dia dah naik kapal terbang berjuta kali. Dia ni lain, ini pengalaman pertama dia naik kapal terbang. Tapikan,bergegar jugalah jantung bila kapal terbang ni nak berlepas tadi. Nasib baiklah pilotnya ni terror, boleh lagi rileks-rileks minum kopi sambil drive airbus. Cayalah!
“Kau tengok apa sebenarnya ni?” Akif pelik sebenarnya. Apa yang ada kat luar sana yang buat Zuyyin terpaku tak berkedip mata.
“Langkawi.” Senyum sekilas pada suaminya.
“Kau Clark Kent ke ada mata boleh tengok dalam gelap?” Itu sebenarnya yang Akif pelik sangat-sangat. Bukankah di luar itu gelap? Apa yang Zuyyin nampak?
“Dalam imaginasi aku je. Hehehe.” Sengih.
“Tiba-tiba aku rasa malu nak mengaku bini.” Sengal. Nasib baiklah seat sebelah dia ni kosong, kalau tak malu je nanti tengok perangai Zuyyin.
“Haha. Aku tak sabar nak sampai Langkawi. Kau ar, kenapa ambik flight malam?” Dari LCCT tadi dia dah memang tak puas hati dengan Akif. Macam mana nak tengok Langkawi dari atas langit kalau naik flight malam-malam?
“Dah flight ni je yang ada seat available.” Ini pun Akif pelik juga sebenarnya, bukan cuti sekolah pun sampai semua flight ke Langkawi boleh penuh. Tak faham betul dia.
“Dahlah tak puas naik dah mendarat.” Dari LCCT ke Langkawi cuma mengambil masa satu jam sahaja, tak puas dia duduk melayan perasaan dalam kapal terbang.
“Nak terbang lama-lama, beli airbus sendiri sebijik.” Haha. Entah tang mana bestnya duduk dalam kapal terbang lama-lama. Buat sakit pinggan, kematu punggung adalah.
“Kau buat aku segan nak mengaku bini kau doh.” Geleng kepala. Okey, abaikan Akif. Dia cuma ada setengah jam sahaja lagi di atas awan begini. Kepala di teleng semula ke luar tingkap.
“Zuyyin, Zuyyin.” Senyum sebelum menutup matanya, membiarkan Zuyyin menikmati sendiri pengalaman pertamanya berada di atas awan.
“Terima kasih Akif, sebab bawa aku ‘terbang’ setinggi ini.” Zuyyin berbisik sendiri melihat Akif di sisinya.
‘Nek, Ayien dah terbang tinggi nek. Dan kalau boleh, Ayien ingin ‘terbang’ tinggi lagi nek, tinggi dan terus tinggi. Tapi jangan risau nek, ada Akif yang akan memaut jika Ayien hampir jatuh. Ayien tak tahu hati dia, tapi hati Ayien pasti kalau.. Hati Ayien untuk dia.’ Perlahan di rapatkan tubuhnya ke tubuh Akif.
“Kenapa?” Akif ingin membuka mata bila terasa tubuh Zuyyin menghimpit di sisinya. Tapi niatnya terganggu bila tangan Zuyyin menutup kembali matanya.
“Nothing.” Kepalanya di lentokkan di bahu Akif dengan tangan masih menutup mata Akif. Dia tidak mahu Akif melihat keadaannya saat ini.
“Yen, aku tak nampak apa-apa.” Akif cuba menolak tangan isterinya.
“Di luar gelap Akif, tiada apa-apa yang best untuk di tengok.” Sebak. Ada air mata mengalir di pipinya. Sesungguhnya, kerinduan pada keluarga tercinta terasa menghimpit jiwa.
“Zuyyin.” Akif melepaskan pegangan tangannya di tangan Zuyyin yang masih melakat di matanya. Dia kenal pada nada itu.
‘Zuyyin menangis lagi.’
Sendunya menyapa telinga Akif. Perlahan tapi cukup untuk menyayatkan hati sesiapa yang mendengarnya. Akhirnya, dia cuma membiarkan Zuyyin melayan kesedihannya.
‘Menangislah sayang, tapi untuk kali ini sahaja. Esok-esok, aku tak akan izinkan kau menangis lagi.’
Sudah hampir ke pukul 9.30 bila mereka tiba di hotel. Di lobi hotel, ada Aiman yang sedia menunggu, dan..
“Wan.!!!” Berlari-lari anak Zuyyin memeluk Wan. Mencium pipi orang tua itu bertalu-talu. Memeluk Wan seperti sudah bertahun-tahu tidak ketemu.
“Eh, rimaslah. Kamu ni..” Wan menolak tubuh keding Zuyyin yang masih memeluk erat tubuhnya. Rasa rimas di peluk begitu, tak bernafas dia.
“Wan, rindunya dekat Wan.” Tidak mengendahkan kata-kata Wan, sebaliknya terus juga memeluk erat tanpa perasaan.
“Wan tak rindu pun dekat kau Zuyyin.” Biasalah Wan, egonya lagi tinggi dari ego Akif.
“Tak kisahlah Wan tak rindu, Ayien nak peluk juga.” Terharu. Hilang rindunya pada arwah nenek. Makin erat pelukannya.
“Dah dah, Wan pun rindu kamu. Dah, lepaskan Wan.” Tercungap-cungap Wan mencuri nafas dalam pelukan Zuyyin. Erat sampai dia naik semput.
“Haha, Ayien tahu Wan rindu Ayien.” Sengih, sempat lagi dia mencium pipi Wan yang dah pasang muka cemberut.
“Kalau cakap tak rindu, nanti kamu peluk Wan sampai lemas. Kang Wan pengsan di sini siapa nak buat CPR kat Wan? Lainlah kalau kamu yang pengsan, Akif ada bagi CPR.” Selamba.
Sejujurnya, rumah di kampung juga terasa sunyi tanpa Zuyyin. Berhari-hari dia mencari kembali mood gembiranya yang sudah di bawa pergi oleh anak arwah Islah ini.
“Good. Wan peluklah Ayien sampai pengsan, Akif izinkan.” Sengih.
“Kau memang %*$#@-! lah Akif.” Gatal. Tak senonoh. Memang menyampah.
“Haha.” Pecah gelak Wan dan Aiman dengar kata-kata Zuyyin. Akif selamba je, buat muka tak bersalah. Macam-macamlah Zuyyin ni.
“Mana budak berdua tu?” Mata Akif dah meliar sekitar lobi hotel. Tak ada pun.
“Kat pantai. Cari penyu bertelur.” Ujar Aiman, jujur menjawab soalan adiknya.
“Penyu bertelur?” Akif rasa ada yang tak kena dengan tujuan adiknya berdua tu. Ini mesti kes nak pergi skodeng orang ni. Budak berdua tu mana pernah serius dengan kata-kata dorang.
“A’ah.” Mengangguk-angguk kepalanya.
“Mama dengan Ayah?” Giliran Zuyyin pulak bertanya. Mungkin pelik bila cuma Aiman dan Wan yang menunggu mereka di situ.
“Kat bilik dah, Mama tak sedap badan. Penat agaknya.”
“Oh.” Sepatah je dia membalas.
Takkan tak habis lagi penatnya? Bukankah flight mereka pagi tadi? Abaikan Zuyyin, itukan Mak Long kau. Kau fikir kau special sangat ke nak dia tunggu segala kat sini? Jangan nak berharap. Lagi sekali, itu Mak Long, okey!
“Jomlah naik atas. Pastu kita cari makanan, kot-kot kamu berdua lapar.” Ujar Wan bila melihat perubahan di muka Zuyyin. Terkilan agaknya.
“Jom. Eh, lupa nak cakap bilik korang 301 sebelah dengan bilik Hanna dan Hanni. Wan duduk sekali dengan dorang berdua.” Aiman dah berlalu dulu menuju ke lif. Wan mengekor dari belakang, di ikuti Akif. Cuma Zuyyin yang masih terpaku di tempat yang sama.
‘Aku dengan Akif tinggal sebilik? Err.. Mati!
“Zuyyin, tunggu apa lagi kat situ tu?” Akif yang dah berdiri depan lif melaung nama isterinya, kuat. Mengejutkan Zuyyin yang masih tak berganjak dari tempatnya berdiri. Kenapalah pulak minah ni? Akif dah mula pelik.
“Eh?” Masih terpinga.
“Jom, naik atas. Bilik ki..ta..” okey, dia dah tahu kenapa Zuyyin tiba-tiba jadi pelik macam tu. Bilik kita? Mereka tidak pernah ada istilah itu!
“Ayien, dah pukul 2 ni. Kau tak nak balik bilik ke? Kang abang Akif kunci pintu padan muka kau.” Ujar Hanna, di sebelahnya Hanni sudah tertidur lena.
Bukan sekali ini dia menegur Zuyyin, tapi rasanya dah banyak kali kot. Dari Zuyyin datang bersidai di bilik mereka sejak balik dari makan malam tadi. Tadi kata nak berbual dengan Wan, tapi dia tengok Wan pun dah dekat-dekat nak tertidur tu. Lagipun, Zuyyin sendiri dah macam penat sangat dah tu, entah berapa kali dah dia menguap dari tadi.
“Alah Na, kejap lagilah. Aku nak berbual dengan Wan ni. Rindu sangat kat Wan.” Zuyyin beralasan. Sejujurnya, dia sendiri merasa penat yang sangat tapi dia ‘takut’ untuk balik ke bilik sendiri. Di sana ada Akif.
“Wan dah mengantuklah Yien, kami pun dah mengantuk. Esok jelah kau berbual dengan Wan. Kau pun aku tengok dah penat sangat tu.” Ujar Hanna lagi. Selamba tanpa perasaa. Lagipun, mana dia tahu kalau Zuyyin itu memang tidak ingin kembali ke bilik sendiri.
“Wan dah mengantuk ke?” Zuyyin tanya sepatah-sepatah. Tapi, tengok mata Wan yang dah kuyu tu dia sendiri sudah ada jawapannya. Meskipun begitu, dia masih berharap kalau Wan berkata ‘tidak’. Dia betul-betul tak ingin keluar dari bilik itu.
“Dah lewat ni Zuyyin.” Wan berkias.
“Okeylah, Ayien baliklah kalau macam tu.” Zuyyin angkat punggung, perlahan-lahan. Berharap ada seseorang akan menghalangnya.
“Zuyyin..” Suara Wan kedengaran dari belakang.
“Ya Wan?” Lemah suaranya.
“Kalau nak tidur dengan Wan, telefon Akif dulu. Bagi tahu dia, nanti tak adalah dia tertunggu-tunggu kat bilik.” Wan senyum dalam sengihan. Dia sepertinya tahu apa yang ada di kepala Zuyyin. Bukankah budak berdua itu pernah tinggal di rumahnya dulu? Dia tahu kalau Akif dan Zuyyin tidak tidur sebilik.
“Betul ke ni Wan?” Mata bersinar-sinar macam nampak segunung intan permata. Gila punya gembira dia mendengar kata-kata Wan.
“Telefon Akif dulu, minta izin.” Wan senyum. Nampaknya, isteri kamu ini belum matang lagi untuk jadi ‘isteri’ kamu Akif.
“Okey Wan.” Laju tangannya menyeluk poket seluar track suitnya, mengeluarkan handphone. Satu senyuman manis bergayut di bibirnya. Terima kasih Wan!
“Apsal aku tengok kau happy semacam ni?” Soal Hanna pelik bila melihat lebarnya senyuman di bibir Zuyyin.
Tidur dengan Wan pun happy ke? Daripada tidur dengan Wan, baik balik bilik tidur dalam pelukan suami. Apalah Zuyyin ni, pelik sungguh. Hanna geleng kepala tak faham.
“Biaq pi lah kalau aku nak happy sekalipun.” Sengih. Kakinya menuju ke katil Wan.
“Tidurlah Hanna. Kamu Zuyyin, dah bagi tahu Akif?” soal Wan sambil meletakkan kepala di atas bantal. Menyelesakan dirinya.
“Dah Wan. Ayien hantar mesej je.” Senyum.
“Kalau dah, matikan lampu tu. Wan tak boleh tidur kalau cahaya terang sangat.” Wan menutupkan matanya, menjemput lena. Penat melayan karenah cucu-cucunya seharian ini.
“Selamat malam Wan, selamat malam Na.” Pap. Lampu di matikan.
“Selamat malam.” Hanya suara Hanna yang menjawab. Wan mungkin sudah lena kepenatan. Kasihan Wan.
“Malam ini sahaja Zuyyin, malam esok tidurlah kat bilik sendiri. Sampai bila nak lari dari suami sendiri?” Soal Wan dalam gelap, perlahan berbisik di telinganya.
Dang! Gila ah, Wan tahu? Err..Nak jawab apa ni? Buat-buat tidur sudah!
Kroohhh…
**********
“Jom.” Akif seluk tangan Zuyyin yang sedang duduk di lobi seorang-seorang. Menunggu dia berurusan di kaunter pertanyaan hotel.
“Mana yang lain?” Kerut dahi. Hanya mereka berdua yang ada di situ.
“Snorkeling.” Sengih.
“Oh. Habis tu kita ni nak pergi mana?” Soal Zuyyin lagi. Pelik dia bila melihat Akif tidak menuju ke tempat sepatutnya.
“Kita tak join dorang. Kita pergi tempat lain.” Sengih lagi.
“Hah? Ke mana?” Makin menjadi-jadi rasa peliknya.
“Dating!” Senyum.
“Eh?” Ternganga.
7 comments:
erk..pulak dah...cte ni xhbes dlm blog ke?adoi2...ape mksud disuruh buat pilihan antara dia n bola?spe yg kene buat pilihan..hee
hehe j0m dating.. Hahakz
wah... nk ikot p dating....
hehhehe..
~aki~
rrr tekelu sat.. diauwg g dating x ajak.. nie nk kne g skodeng nie hehehe
waa... cayalah cik gadis~~
hehe...
update n3 hingga xg dating..;)
tp xpe...
kenapa???
sbb saya suka cite ni!!!
updates lgi ye...kui3..^^
waa... cayalah cik gadis~~
hehe...
update n3 hingga xg dating..;)
tp xpe...
kenapa???
sbb saya suka cite ni!!!
updates lgi ye...kui3..^^
Best citer ni..
Post a Comment