Jun 22, 2011

Isteriku, 19 tahun! [7]


[7]


“Tahniah.”

Lydia senyum sambil letak bunga kaktus berbalut dengan kertas jernih, berikat ribbon merah di atas meja Aiman.

“Thanks. Hari tu kenapa tak datang?” Aiman senyum menilik bunga di atas meja. Kaktus?

“Busy sikit. Maaflah yea.”

Senyum lagi. Kerusi di depan meja Aiman dia tarik, duduk tenang di depan Aiman. Memang dia sibuk sangat sewaktu Aiman mengajaknya ke majlis pembukaan kliniknya seminggu lepas.

“It’s okey. Zara tak ikut?” Rindu pada keletah Zara yang nakal.

“Dia keluar dengan papanya.”

“Owh. By the way, thanks for the flower k.” Aiman sengih, angkat bungkusan bunga itu separas dada.


“Welcome.”

“Tapi kenapa kaktus?” Pelik. Dari tadi dia ingin bertanya sebenarnya.

“Biar ia tak mati sekalipun awak lupa kat dia.”

Lydia senyum, mencapai bungkusan bunga itu di tangan Aiman. Bungkusan di buka, pasu bunga itu di bawanya menuju ke tepi tingkap. Di letakkan di situ.

“Best choice.”

Dengan kerjayanya sebagai doktor, rasanya kaktus ialah pilihan terbaik. Dia takkan punya masa yang banyak untuk membelai bunga.

“Jom, saya belanja awak lunch.”

Aiman buka lab coatnya, sangkut atas kerusi. Kebetulan, sekarang lunch hour.

“Saya tahu satu tempat yang best.” Lydia senyum tayang gigi.

“Sebelum tu, papa Zara tak marahkan kalau kita keluar berdua?”

Aiman soal sambil mencapai handphonenya di atas meja yang sedang berdering, menandakan ada SMS di terima.

“Don’t worry, dia tak akan kisah.”

Aiman yang sedang memegang handphonenya di pandang. Pelik melihat perubahan di wajah Aiman.

“Kenapa?” Lydia soal, ingin tahu.

“Zuyyin..” Aiman sebut nama itu senafas.

“Zuyyin?” Siapa Zuyyin?

“Saya kena pergi sekarang, maaf saya tak dapat temankan awak lunch. Kita jumpa lain kali ye?” 

Laju Aiman melangkah menuju ke pintu, meninggalkan Lydia terpinga seorang diri. Tertanya-tanya.

“Zuyyin? Mungkin seseorang yang dekat di hatinya.”

Senyum sebelum dia pun keluar dari ruangan itu sambil tangannya sibuk mendail nombor seseorang.

“Abang dan Zara kat mana?”

Mungkin lunch bersama papa Zara juga menyeronokkan.

****************

Akif menghempaskan punggungnya di kerusi, melepaskan lelah. Seharian di site, dengan fikiran bercelaru memikirkan Zuyyin membuatkan tubuh dan fikrannya benar-benar penat. Matanya di pejamkan, meraih ketenangan. Namun yang hadir cuma bayangan-bayangan wajah Zuyyin dalam pelbagai reaksi. Akhir sekali, wajah Zuyyin penuh air mata. Mengeluh.

Rumah terasa sunyi. Dah seminggu dia perang dingin dengan Zuyyin. Nak tengok muka Zuyyin pun sekarang, punyalah main susah. Kalau dulu, dia balik kerja, Zuyyin mesti tengah bersidai kat sofa tu menonton sinetron indon. Senyum manis kat dia bila dia sampai rumah. Rasa bahagia semacam bila ada orang tunggu kita balik rumah.

Tapi sekarang, jangankan nak tunggu dia, dengar bunyi pintu di buka dari luar saja Zuyyin dah lari laju masuk bilik. Kalau terserempak kat ruang tamu, kat dapur ke, laju mata Zuyyin di teleng ke dinding. Kalau dia ajak berbual, Zuyyin kunci mulut dan terus masuk bilik. Macam mana nak selesai masalah kalau macam tu. Dahlah semalam teruk dia kena hentam dengan Naim.

“Kau yang salah.” Naim bersuara sebaik dia habis bercerita.

“Aku?!” soalnya tak percaya.

“A’ah.” Masih dengan pendirian yang sama.

"Kenapa aku pulak yang salah?" Confuse sekejap.

"Kau tuduh dia macam tu, kira kau masih dalam kategori "innocent'' ke?" Soal Naim.

"Atleast aku protect ibu dia, backing ibu dia." ujar Akif tak puas hati.

"Protect ke macam tu? Aku rasa, dari ayat kau tu kau baru je jatuhkan satu tuduhan untuk ibu dia dan hukuman untuk dia."  Senang je Naim mematahkan hujah Akif.

"Aku tak berniat nak.." Akif mengeluh. Serasa kata-kata Naim ada betulnya.

"Niat takkan pernah menghalalkan cara Kif. Kau ada banyak cara untuk menegur kelakuan Zuyyin, tapi kau pilih cara ni. Berperang mulut dengan dia."

Naim membetulkan duduknya sebelum kembali menyambung ayatnya.

"Bukan kes ibunya yang menjadi punca kemarahan kau sebenarnya, tapi benda lain." 

Mata Naim tepat di anak mata Akif. Mereka saling berbalas pandang.

"Aku tak paham maksud kau." 

Akif menggeleng-gelengkan kepalanya. Buat-buat tak mengerti bahasa mata Naim.

"Come onlah Kif. Aku tau apa yang ada dalam hati kau tu." Sengih.

"No." Masih menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Abang Aiman." 

Satu nama yang hampir membuatkan nafas Akif terhenti tiba-tiba.

"Kenapa dengan dia?" 

"Kau marah Zuyyin sebab cemburu dengan abang Aimankan?"

Naim serkap jarang. Tapi dia tahu, tebakannya memang tepat.

"Nope! Dia tak ada kena mengena dalam hal ni."

Menafikan meskipun kata hatinya seakan mengiyakan!

"Cemburu itu buah-buah cinta Kif, tapi cemburu juga boleh jadi bara kepada marah. Kau seharusnya bijak mengendalikan cemburu kau." 

Naim terus bersuara tanpa mengendahkan penafian Akif.

"Nonsense! Aku tak cemburu okey!" Akif rasa macam dah panas punggung. 

"Tak? Then good, kau cuma perlu turunkan ego kau sikit tuk minta maaf dengan dia." 

Naim senyum. Akif yang dulunya tenang, kenapa selalu gelabah bila berhadapan dengan perkara yang berkaitan dengan Zuyyin?

“Kenapa aku kena minta maaf dengan dia? Aku tak buat salah apa-apa dengan dia.”

Akif dah bingung sendiri dengan tingkah Naim. Dari tadi asyek salahkan dia sahaja. Naim ini kawan Zuyyin atau dia?

“Kau ada tanya tak Zuyyin kenapa dia berdiam diri bila makcik-makcik tu kutuk ibu dia?” Naim soal senafas.

“Tak..” Perlahan suaranya, seolah baru sedar kesalahan sendiri.

“Itu silap kau.”

Naim pandang Akif yang meraup mukanya dengan tangan. Takkan baru sedar kot Akif? Apa yang kau fikir bila marah Zuyyin hari tu? Naim geleng kepala, tak percaya dengan sikap Akif yang terburu-buru. Ini bukan Akif yang dia kenal.

"Aku tak tahu nak mula dari mana. Dia macam dah patung bernyawa kat rumah tu. Macam mana nak selesaikan masalah kalau muka aku ni pun dia tak nak pandang?" 

Akif mengeluh. Dia dah penat jadi orang yang pipi tersorong-sorong ni.

“Say something yang dia nak dengar dari kau.”

“Apa?!”

“Maaf..”

‘Itu adalah perkataan yang paling susah hendak aku sebut.’ Mengeluh lagi.

“Dan Kif, aku rasa kau perlu sedar tentang sesuatu.”

Naim, macam biasa seluk tangannya masuk poket bila berdiri di hadapan Akif.

“Aku dengar.” Akif menyandarkan badannya di kerusi.

“Zuyyin itu isteri kau, bukan lagi sepupu kau macam dulu. Dia tak punya siapa-siapa selain kau. Dan aku rasa, kau tau kalau tempat dia memang di sisi kau. Bukan sesiapa.”

Kenyit mata sebelum keluar meninggalkan Akif yang terpinga sendiri di biliknya.

‘Zuyyin itu isteri kau..’

Ayat itu berlegar-legar di kepalanya sepanjang hari. Malah sehingga hari ini masih mengganggu fikirannya sehingga dia hilang tumpuan terhadap kerjanya.

“Dia isteri aku, tapi Zuyyin juga perempuan yang di cintai abang Aiman. Aku tak akan rampas dia dari abang Aiman.”

Akif memejamkan matanya, cuba mengusir perasaan tak bernama yang semakin hadir dalam hatinya.

‘Zuyyin, kenapa kau buat aku keliru?’

Lagu “Hard time come easy” berlagu di handphonenya membuatkan mata Akif terbuka luas. Nama Hanni tertera di skrin telefon. Handphone di atas meja di capai malas.

“Hello Han. Kenapa?” Akif malas berbasi-basi. Penat!

“Datang cepat! Hanni tak tahu nak buat apa, Ayien nangis tak henti-henti ni.” Suara Hanni kedengaran cemas.

“Ha?! Korang kat mana?” Terkejut Akif mendengar kata-kata adiknya.

“Okey! abang datang sekarang.”

Akif tekan punat merah sebelum laju keluar dari biliknya sebaik mendapat info tempat mereka berada. Hatinya merusuh bimbang.

Zuyyin, tunggu aku.

*****************

“Mana dia?”

Aiman menghentikan langkahnya di hadapan Hanni. Termengah dia mencuri nafas.

“Tu.” Hanni tunjuk ke satu arah.

“Dah berapa lama dia kat situ?”

Aiman soal adiknya yang tengah bersandar di badan kereta. Memerhatikan Zuyyin yang sedang duduk termenung di salah satu buaian yang ada di taman permainan tesebut.

“Dari tadi. Sejak kami sampai sini sejam yang lepas.”

Hanni merenung wajah abangnya yang basah dengan peluh. Lupa pasang aircond ke apa abangnya tadi?

“Dorang gaduh sebab apa?” Aiman soal lagi.

“Tak tahu.” Angkat bahu.

“Zuyyin cuma cakap, dia nak balik rumah atuk. Siap bawa beg besar segala. Dia call tadi, mintak hantar kat Pudu. Tapi Hanni bawa dia ke sini, suruh dia tenang dulu.”

“Ada call abang Akif?”

Aiman duduk di sisi adiknya. Sama-sama memerhatikan Zuyyin yang hanyut dalam dunianya sendiri.

“Tak, Ayien tak bagi. Tapi Hanni risau, sebab tu Hanni call abang.”

“Abang jumpa Ayien kejap, pujuk dia. Satu lagi, tak payah call abang Akif, nanti abang hantar Ayien balik rumah.”

Aiman menepuk bahu adiknya sebelum melangkah menghampiri Zuyyin. Hanni cuma mengangguk, menghantar langkah abangnya dengan ekor mata sebelum matanya kembali ke skrin telefon di tangan.

“Maaf bang, rasanya abang Akif perlu tahu tentang ni.” Hanni bersuara perlahan sebelum mendail nombor telefon Akif.

“Ayien..” Aiman melabuhkan punggungnya di sebelah buaian Zuyyin.

“Macam mana abang ada kat sini?” Zuyyin kalih kepala ke kiri. 

“Hanni call abang. Dia cakap Ayien nak balik kampung. Kenapa? Gaduh dengan Akif?” Lembut suara Aiman bertanya.

“Ayien tak nak tinggal dengan Akif lagi. Ayien nak balik rumah atuk!” Tangisannya pecah, teresak-esak dia di situ.

“Akif buat apa kat Ayien?”

Aiman bangun, melutut di hadapan Zuyyin. Terasa luluh hatinya melihat air mata Zuyyin. Terasa ingin di sekanya, tapi dia tahu dia tak berhak.

“Ayien tak nak cakap pasal dia. Ayien benci dia!” Air mata di lap dengan belakang tangan.

“Okey, kita takkan cakap pasal Akif.”

Aiman menyerah bila bunyi tangisan Zuyyin semakin kuat.

“Ayien benci dia.” Berlagu-lagu tangisannya. Zuyyin betul-betul terluka.

“Okey-okey. Abang boleh hantar Ayien balik kampung, tapi bukan sekarang. Ayien kena balik rumah, duduk berbincang dengan Akif.”

Aiman rasa benci dengan apa yang dia buat sekarang, kalau ikutkan hatinya dia ingin sahaja menunaikan permintaan Zuyyin. Membawa Zuyyin pergi jauh dari Akif. Tapi dia realistik, dia tahu kalau tempat Zuyyin bukan di sisinya. Cuma dia belum mampu menhilangkan cinta di hatinya.

“Ayien tak nak balik rumah tu.” Masih tidak berganjak dengan keputusannya.

“Ayien balik dulu, mungkin Akif tengah tunggu Ayien sekarang. Ayien ballik dulu k.” Aiman masih berusaha memujuk.

Zuyyin tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Cuma bibirnya sahaja yang di ketap menahan air mata dari jatuh lagi.

“Dia takkan tunggu Ayien. Dia tak pedulikan Ayien.” Matanya kembali basah. Banjir dengan airmata.

“Ayien..”

Aiman lap air mata di pipi Zuyyin dengan ibu jarinya. Kalaulah boleh, dia ingin menarik tubuh itu di pelukannya, menenangkan Zuyyin. Dan ternyata dia tidak bisa. Akhirnya, Aiman cuma mampu duduk berlutut di hadapan Zuyyin yang sudah menunduk dengan sendu yang berlagu.

‘Apa yang kau dah buat Akif?!’ Hati Aiman merusuh marah.

Akif memakirkan keretanya tidak jauh dari taman permainan itu. Sekadar memerhatikan adegan di depan mata dari dalam kereta. Streng kereta di tumbuk perlahan.

“Mungkin kau silap Naim, tempat Zuyyin bukan di sisi aku.”

Mata Akif terpaku pada Aiman yang sedang menyeka air mata di pipi Zuyyin. Sesaat kemudian, Toyota Rushnya laju menderum pergi. Zuyyin tidak memerlukannya.

‘Abang Akif?’

Hanni mengerutkan dahi bila melihat kereta Akif laju menderum pergi tanpa berhenti bertemu Zuyyin. Namun bila matanya singgah pada Zuyyin dan Aiman, cuma satu benda sahaja bermain di fikirannya.

“Abang Akif sudah salah faham.”


Korang Comel Kalu Korang Like

6 comments:

leianna said...

sukeeeeeeeeeee sgt..smbg lagi yer..

Siti Soleha Yahaya said...

cemburu tandanya sayang...wahhh
Akif dah ade perasaan kat Zuyyin...hehehe

marlinasyaa said...

salam...apa akif buat nnti x sbr nk tunggu....tahniah...

kak ida said...

sALAM dik...thanks 4 d E3.kesiannya mrk berdua krn salah faham...kenapalah mamat poyo tu tak pujuk bini dia..kan da tersalah faham..bini da nak lari tu...

Zuera said...

start bc d p2u... mula2 bce cerpen. mmg best... then zura bc novel pulak.. n u noe wat? zura da jatuh cinta dgn cete nie... best + simple... i like... keep it up!

Zuera said...

start bc d p2u... mula2 bce cerpen. mmg best... then zura bc novel pulak.. n u noe wat? zura da jatuh cinta dgn cete nie... best + simple... i like... keep it up!