"Ann mana? Doktor kata apa?" tanya Ash sebaik kelibat Dani muncul di balik pintu wad Ann ditempatkan.
Nafasnya termengah, kelam kabut dia cuba menstabilkan nafas yang rasa tersekat-sekat. Sedaya upaya dia cuba membayar hutang oksigen yang terasa menyesak dada. Mana taknya, dia kira anak tangga kut tadi naik sini. Nak tunggu lif, lama sangat. Dadanya seakan mahu pecah bila mengenangkan yang Ann mungkin buat sesuatu diluar waras akalnya. Sedikit sebanyak, dia rasa bersalah. Kalau dia tak buat endah tak endah pada Ann, mesti budak tu tak buat bukan-bukan macam ni.
Tapi, betulkah Ann pengsan sebab dia?
"Dalam, tengah tidur." Ujar Dani sambil berjalan menuju ke kerusi yang ada di luar wad. Punggung dilabuhkan dengan mata yang tidak lari dari memandang wajah Ash yang dibasahi peluh. Dahinya berkerut.
Baru lepas dari join marathon ke mamat ni?
"Doktor cakap apa? Kenapa Ann boleh pengsan?" tanya Ash lagi. Geram dia bila jawapan yang Dani tidak menepati skema jawapan yang dia mahu.
"Stress." Sepatah sahaja jawapan Dani. Satu keluhan berat dilepaskan.
Teringat peristiwa dia menemui Ann di balkoni luar dalam keadaan terbaring tak sedarkan diri sahaja buat Dani berdebar. Bayang tubuh kaku arwah Mummy tidak semena-mena menerpa dalam ingatan. Ngeri!
"Stress? Itu je?" tanya Ash lagi, tak percaya dengan sepatah jawapan dari Dani.
Stress sahaja? Betul hanya stress yang buat Ann pengsan? Ann tak buat sesuatu yang tak sepatutnyakan?
"Errmm.." Dani menggumam rendah, kepalanya diangguk perlahan.
"Dia tak jaga makan sejak akhir-akhir ni. Dia kan dah final sem sekarang, kerja projek berlambak kut. Memang stess lah budak tu." Dani mengeluh lagi. Tangannya meraup muka, runsing.
Entah apa yang perlu dia 'bohongkan' pada Daddy kalau Daddy bertanyakan pasal Ann nanti. Rasa bersalah membeban di bahu bila mengenangkan dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang.
“Kau sure dia tak ambik benda yang bukan-bukan?” tanya Ash lagi.
Dani yang memicit pangkal hidungnya pantas berpaling ke arah Ash bila mendengar soalan itu.
“Maksud kau? Kau ada tahu sesuatu yang aku tak tahu ke?” tanya Dani, curiga.
“Mana ada, merepek kau ni.” Cepat-cepat Ash menyangkal.
“Habis tu, kenapa soalan kau lain macam aje bunyinya?”
“Mana ada lain macam. Iyalah, kau juga cakap yang Ann tu stresskan? Kau macam tak tahu cara adik kau tu berfikir macam mana. Selalu nak ambik jalan singkat."
“Itulah, aku pun ada juga fikir kemungkinan-kemungkinan macma tu. Sebab tu aku request doktor buat test yang sepatutnya." Dani sengih, mengakui kata-kata Ash tentang sikap si adik bongsu yang selalu menimbulkan masalah itu.
Dani sebenarnya risau kalau Ann dah semakin jauh terpesong. Macam mana kalau Ann dah mula ambil benda-benda tak sepatutnya macam yang Ash cakap? Ann itukan, semua orang tahu betapa tak sihatnya cara hidup dia. Setiap malam keluar berhibur, sampai pukul tiga empat pagi baru jumpa pintu rumah. Macam mana kalau Ann dah terjebak dengan pil-pil bodoh yang disangka oleh segelintir remaja sekarang sebagai 'ubat penenang', ubat untuk lari dari masalah yang mencengkam.
Bodoh betul! Kalau ada masalah, bukannya nak cari Tuhan, nak cari Quran. Sibuk nak jadikan syaitan tu sebagai kawan buat apa?
"Dah tu, doktor cakap apa?"
"Clean, Ann bersih. Alhamdulillah, dia cuma pengsan sebab badan dia lemah sangat. Tak makan, tak minum, mana dia tak lembik. Aku pun risau juga sebenarnya, takut budak bertuah tu pi telan benda yang bukan-bukan macam dalam drama TV tu." Ujar Dani. Sengihnya melebar.
Tu diaaaa, cliche sungguh corak fikiran Ahmad Dani.Tapi normallah kan? Hidup ini memang cliche pun, bak kata Lisa Surihani.
“Drama betullah kau ni.” Ash menolak bahu Dani perlahan sebelum ikut sengih.
Dalam diam Ash mengucap syukur mendengar kata-kata Dani. Sekurang-kurangnya dia tahu, buat masa ini Ann masih berfikiran waras. Kalau Ann buat sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya sendiri, memang Ash lah orang yang paling menyesal sekali saat ini. Menyesal sebab dia tidak mampu melakukan sesuatu untuk gadis itu.
“Ann tu lagi drama queen! Adakah patut sampai tak makan tak minum sebab study. Ish, macam tak logik. Sejak bila budak tu jadi kaki study, aku pun tak taulah. Seingat aku, dia dengan study, memang bukan kawan baik pun." Dani menggeleng kepala, tidak tercapai dek akalnya akan karenah di adik bongsu yang memeningkan kepala.
Ash tersenyum pahit mendengar kata-kata Dani. Hendak menyampuk, dia tidak tahu ayat apa yang dia perlu dia reka. Dia tahu dengan jelas apa sebabnya Ann jadi begitu. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa.
“Dah berapa lama Ann tak makan tak minum?” tanya Ash setelah lama mendiamkan diri.
“Aku pun tak pasti sangat, tapi adalah dalam dua tiga hari yang lalu. Sebelum ni, dia masih turun makan, masih tunjuk muka biarpun kerja dia depan pinggan cuma kuis-kuis nasi je. Tapi dua tiga hari lepas tu, dia dah mula berkurung dalam bilik. Buk Jah pun dia tak bagi masuk." Dani menyandarkan badan ke belakang. Matanya tunak memandang dinding putih di hadapan. Bila bercerita begini dengan Ash, barulah dia perasan yang sudah hampir seminggu Ann berkeadaan begitu.
Sebenarnya, apa yang buat Ann stress sangat ni? Betulkah sebab final projectnya seperti yang Dani andaikan, atau ada sebab lain?
Ash diam, tidak membalas kata-kata Dani. Dia tidak tahu kalau keadaan Ann seteruk itu sejak peristiwa di Quality Hotel hari tu. Kalau dia tahu, dia sama sekali tidak akan layan Ann macam sekarang.
Tapi, macam mana harus dia layan Ann supaya gadis itu tahu kalau hati mereka berdua tidak bernyanyi lagu yang sama?
“Eh, kau tak nak masuk lawat dia ke? Buk Jah ada kat dalam temankan dia.” tanya Dani bila melihat Ash tiba-tiba diam.
“Nantilah, biar Ann rehat dulu.” ujar Ash.
Dia takut sebenarnya, takut kalau Ann tiba-tiba sedar dan menuntut jawapan darinya di hadapan Dani dan Buk Jah. Jawapan apa dia nak bagi? Hurmm, haru jadinya nanti.
“Hurmm..” Dani mengangguk. Betul juga, biarlah Ann rehat. Lagipun ada benda penting yang dia hendak korek dari Ash.
“Erika Sawajiri kau apa cerita?” Dani angkat kening double jerk sambil sengih-sengih.
“Adik kau tengah sakit kut, fokus sikit.” Ash menggeleng.
“Kau jangan nak ubah topik. Aku dah naik menyampah kau asyik ubah topik pasal Erika Sawajiri kau tu. Lagipun, Ann kat dalam tu okey je." Dani buat muka menyampah. Kali ni, dia tak akan lepaskan Ash tanpa mendengar cerita lelaki itu tentang si Erika Sawajiri.
“Erika, Erika. Nama dia bukan Erika, Mat.” Ash juling mata ke dinding. Malas nak berlawan pandang dengan Dani yang pastinya akan mengorek cerita itu hingga ke umbinya.
“Dah tu, nama dia apa, Mat?” Dani gelak. Ha, suka-suka je kau tukar nama aku pi Mat. Kau pun, sila ambik sebijik.
“Safa.” ujar Ash sepatah.
“Safa? Nice! Nama aje dah boleh agak perwatakan dia macam mana.”
Ash buat muka toya. Sejak bila Dani ada diploma dalam menganalisa perwatakan manusia berdasarkan nama ni?
“So, bila nak langsung?”
“Baru dua minggu kenal kut, agak-agaklah. Belum masanya lagi isu nikah kahwin ni nak timbul." Ash menggeleng.
Padahal dalam hati, dah terbahak-bahak dia gelak. Kalaulah Dani tahu apa yang dia angankan tadi sebelum lelaki itu menghubunginya, mesti Dani pun ikut gelak terbahak-bahak gaya kuak lentang.
“Kau jangan lupa jemput aku pulak. Kau tak jemput aku, siap kau. Aku nak buat Ariana Rose 2. Datang rumah kau lepas tu mengaku boyfriend kau.” Berdekah-dekah Dani gelak dengan ayatnya sendiri.
Tak terbayang rasanya macam mana jika dia datang majlis kahwin Ash dan mengaku boyfriend Ash. Mesti gempar satu Malaysia, sama gemparnya dengan drama yang menjadi kesukaan Buk Jah itu.
“Choiii! Kau agak-agaklah weh, kau ingat aku berminat ke kat kau? Aku, kalau setakat muka kau ni memang tak bernafsu kut. Taste aku yang badan ketak-ketak, baru sedap nak peluk, nak belai-belai." Gilira Ash menghamburkan tawa.
"Gila!" Dani menyambut gelak Ash yang masih bersisa.
“Aku bet, kalau Safa dengar kau cakap macam ni, sampai mati kau tak akan jumpa dia lagi.” Ujar Dani bila ketawanya semakin kendur.
“Pandai makan, kenalah pandai simpan.” Ash sengih sebelum terasa bahunya sengal ditumbuk Dani.
“Kalau kau suka dia, move dude. Dua minggu, dua hari, dua tahun bukan penentu kebahagian. Kau kenal dia bertahun-tahun pun, dah khatam semua perangai dia, sampai tahap boleh tahu warna bra-panties dia pakai setiap hari, tapi kalau bukan dia jodoh kau, tak jalan juga.
Jodoh ni, memang dari azali ALLAH dah tetapkan, tapi kita kena cari juga. Kena usaha juga, baru boleh jumpa the other half kita tu. Mungkin dia ada depan mata, mungkin juga dia ada di sebelah benua sana. " Dani sudah kembali ke mood serius.
"Aku ada tengok kat satu rancangan TV ni, tajuk apa aku lupa. Penceramah tu kata, jodoh ni kita kena cari. Dia tak akan datang bergolek macam buah kelapa. Sebaliknya, kita kena jadi magnet untuk tarik jodoh kita tu. Macam mana nak jadi magnet, itu kau kena cari sendirilah jalannya macam mana. Belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, nak mengayat perempuan pun tak akanlah tak tahu." Dani sengih. Tiba-tiba sahaja, luar bilik wad Ann jadi tempat mereka bersidang tentang hati dan perasaan. Memang terbaik punya port.
"Amboi ayat kau, five star punya class." Ash gelak.
Dalam diam, dia bersetuju dengan kata-kata Dani. Memang dia sudah tertarik habis dengan Safa. Tapi untuk mengakui perasaannya itu sebagai cinta, Ash rasa belum sampai masanya. Getar hatinya bila berhadapan dengan Safa, tidak sama dengan getar hatinya bila berhadapan dengan Ann dulu.
Kedua-dua getar itu tidak sama, sangat berbeza.
"Haruslah, tengoklah siapa yang bercakap. Lelaki terhangat di pasaran kut." Dani mendabik dada, memuji diri sendiri.
"Macam mana kita nak tahu kalau dia adalah "the one" itu?" tanya Ash tidak semena-mena. Pujian Dani pada dirinya sendiri tidak dihiraukan.
"Kalau rasa tulang rusuk kiri kau menggeletar bila jumpa dia, memang dialah orangnya." Jawapan paling bodoh Dani bagi.
"Bongok!" Termaki juga Ash mendengar jawapan selamba sahabat baiknya itu.
Tulang rusuk kiri menggeletar? Eya, memang menggeletarlah sangat.
"Ha-ha-ha. Tanya aku buat apa, bukan aku tau pun. Hati kau, sendiri mau tafsirlah bro." Dani gelak.
Manalah dia tahu, yang Ash pi tanya dia soalan bijak tu kenapa? Dani, jangankan dah kahwin, teman istimewa pun belum berjumpa lagi. Manalah dia tahu jawapan untuk soalan Ash tadi.
"Tapi apa pun, aku doakan kau bertemu dengan tulang rusuk kau yang hilang tu." Doa Dani bila tawanya sudah kendur. Doa ikhlas dari seorang sahabat yang sudah bertahun-tahun menjalin persahabatan.
Dani tidak tahu, kata-katanya itu umpama belati tajam yang menghiris-hiris hati adiknya sendiri. Kalau Dani tahu, masihkah Dani mahu mendoakan kebahagian Ash dengan perempuan lain?
“InsyaALLAH.” Ash mengangguk.
Ash senyum mendengar kata-kata Dani. Penumbuk dihulur, seperti biasa mereka 'high five' guna lima jari yang tergenggam erat. Seerat persahabatan mereka.
“Kau masuklah tengok Ann, lepas tu boleh balik rumah. Tidur sekejap sebelum masuk office." Usul Dani sebelum bangkit dari kerusi.
“Kau tak masuk office ke?”
“Tak kut. Lagipun Angah aku kan ada.”
Ash mengangguk mendengar kata-kata Dani.
“Kau masuklah, aku nak ke toilet kejap.”
“Okey.” Ash menghantar langkah kaki Dani hingga hilang dari pandangannya sebelum melangkah ke arah bertentangan. Ke arah lif.
"Semoga cepat sembuh, Ann."
Butang G di tekan. Ash pulang tanpa bertemu Ann.
*********************

Ann menggerakkan tangannya, terasa sakit. Berkerut dahinya bila terasa sakit itu mencucuk-cucuk hingga ke salur darah.
Apa ni? Jarum?
“Ann, dah bangun?”
Ann membuka mata, memberi tindak balas kepada suara yang baru menyebut namanya itu.
“Kat mana ni?” Melihat sekeliling yang putih, Ann tahu kalau dia bukan berada di dalam biliknya di rumah.
“Hospital, Ann pengsan semalam.” Buk Jah mengusap perlahan rambut Ann, penuh rasa sayang yang menggunung.
Luluh hatinya melihat Ann terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai semalam. Syukur Dani terfikir untuk masuk ke dalam bilik Ann menggunakan kunci pendua. Kalau tak, siapa nak bertanggungjawab kalau sesuatu yang buruk berlaku pada Ann?
‘Pengsan? Aku pengsan semalam? Ouh..’ Ann cuba bangkit. Maih terasa pening, tapi dia sudah boleh tahan.
“Ann nak minum?” Buk Jah bangkit, membantu Ann Delisha bersandar di kepala katil.
Ann menggeleng, dia tidak rasa hendak minum.
“Sekarang pukul berapa, Buk Jah?” tanya Ann. Langsir semua bertutup, dia tidak tahu sama ada di luar itu siang atau malam.
“Pukul dua pagi.” Ujar Buk Jah sambil menoleh jam di dinding.
“Ouh..” Ann menyandar kepalanya di kepala katil, matanya melekat pada dinding putih di hadapannya. Pandangannya kosong.
“Buk Jah..”
“Ya, Ann..”
“Abang Ash ada datang tak?”
“Tak ada.” Buk Jah menggeleng kepala.
Buk Jah tidak tahu kalau Ash ada datang sebenarnya. Ash datang, Ash cuma tidak masuk menjenguk Ann di dalam.
Mendengar kata-kata Buk Jah, perlahan airmata Ann jatuh mengalir di pipi.
“Ann, kenapa ni? Apa yang berlaku?” Buk Jah bangun, menyapu airmata Ann yang semakin lebat jatuh di pipi.
"Sakit kat mana sayang, bagitahu Buk Jah." Pujuk Buk Jah lagi, tangannya tidak henti-henti menyapu air mata Ann yang masih mengalir laju di pipi.
Ann yang masih teresak-esak tidak menjawab, hanya tangannya erat mencengkam baju di bahagian dada. Dadanya terasa sesak, nafasnya rasa tersekat-sekat. Hatinya sakit, sakit menanggung rinda yang mencengkam dada, sakit menanggung luka dari cinta yang tak berbalas, sakit menanggung perit tidak diendahkan oleh orang yang dia sayang.
Sakitnya mencintai orang yang tidak pernah mencintai kita umpama memeluk kaktus yang berduri. Semakin erat kita peluk, semakin dalam duri tajamnya menikam kita. Semakin dalam cinta kita, semakin sakit luka kita.
Memeluk kaktus yang berduri, itu apa yang Ann rasa sekarang.
Melihat Ann begitu, hati tua Buk Jah seakan dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Perlahan, tubuh anak majikannya yang sudah bertahun membesar dalam jagaannya itu ditarik ke dalam pelukannya. Sesekali, tangan yang mengusap kepala Ann jatuh mengusap bahu. Buk Jah 'memujuk' Ann tanpa suara dan kata.
Ya ALLAH, Ann. Sejak bila Ann jatuh cinta dengan Ash ni?
******************

2 comments:
kesiannye kat ann, lain x jual mhl plak ann, buat x tau je kat ash tuh...
Hishh.... Rasa nk belasah Ash nie.... Owh... Somebody please help Ann..... En. Doktor ker... Or a very good looking guy.... Suker kt Ann, biar Ash tue sedar diri sket......
Post a Comment