Tiramisu Cafe lengang
pagi ahad itu. Ash melangkah masuk. Sebelum menuju ke meja kegemarannya di
hujung cafe, dia bergerak dahulu menuju ke rak-rak buku yang ada cafe tersebut.
Membelek-membelek akhbar yang disediakan sebelum menarik surat khabar Berita
Harian dan menuju ke meja.
“Two coffee
latte please.”
Sempat
Ash membuat pesanan pada Lydia, si pemilik cafe
yang sedang sibuk di kaunter. Zara yang tersengih di lambai dengan
senyuman. Ah, Zara nampaknya “kehilangan” satu batang gigi baru-baru ini. Ada
ruang kosong di antara barisan gigi Zara yang tersusun cantik sebelum ini.
“Dating?” Lydia
datang lima minit kemudian bersama dulang di tangan. Bagus betul service cafe ni, tuannya sendiri yang hantar order.
“A’ah. With Ann.”
Ash gelak.
“Kalau
dengan Ann, itu bukan dating namanya.
It’s called, just meeting someone.”
Lydia ikut gelak.
Sudah
hampir tiga tahun sejak Ash datang bersama Ann buat pertama kalinya di Tiramisu
Cafe ini. Lydia pun sudah maklum status hubungan Ash dan Ann yang selalu datang
ke sini semata-mata ingin menikmati Coffee
Latte di kafenya ini. Ash dan Ann
yang selalu bersama itu kadang-kadang buat Lydia tertanya-tanya, kenapa mereka
tak couple saja? Padan pun padan.
“Ha-ha-ha. Betullah tu” Ash sengih.
“Ash
dengan Ann, kenapa tak dating aje?” Lydia bertanya.
Entah
kenapa, hari ni hormon busy bodyanya merembes dengan jayanya. Pembawaan budak
agaknya? Eh, adakah macam tu? Entah!
“Dating?
Maksud Kak Lydia, in relationship dengan Ann? Begitu?” Berkerut lima dahi Ash
mendengar soalan Lydia.
Dating
dengan Ann yang sudah dia kenal hampir separuh dari usianya itu? Tak nak Ash!
“A’ah.
Kenapa, tak berkenan ke? Ann tu, cantik apa.” Tanya Lydia. Kerutan
di dahi Ash buat dia hairan. Apa yang teruk sangat budak Ann tu hingga Ash buat
muka macam tu?
“Ann
tu, saya berkenan nak jadikan adik je Kak. Kalau nak berkongsi hati, saya cari
orang lain kot.” Ash tarik hujung bibir ke atas.
Ann
Delisha itu memang cantik, itu Ash tak nafikan. Dengan ketinggian ala-ala model
dan wajah pan-asianya itu, Ash tahu Ann boleh menggoncang mana-mana hati kaum
adam. Tapi, bukan dia. Sejak dia kenal Ann, dia hanya anggap Ann itu seperti
adik sendiri. Tak lebih dan tak akan kurang. Mungkin..
“Lagipun,
dunia kita orang dua berbeza kak.”Ash sengih.
“Saya
timur, dia barat. Opposite!” Ash menyambung kata sebelum tergelak kecil.
Dia
dengan Ann, cara hidup mereka jauh bezanya. Gaya hidup Ann yang sedikit lari
dari budaya timur itu kadang-kadang buat Ash seram. Dia tidak tahu sejauh mana
Ann sudah hanyut, Ash cuma tahu kalau semua kelab malam di Kuala Lumpur ini
sudah Ann jejak sejak dia masih dibawah umur lagi.
Entah
di mana silapnya, Ann Delisha yang suka pada limpahan cahaya bulan suatu ketika
dahulu kini lebih berminat pada limpahan cahaya lampu yang berwarna-warni di
kelab malam. Mungkin sebab itulah, Ann sudah jarang mengekornya mencerap
langit. Ann lagi suka menghabiskan masanya di kelab malam hingga ke pagi.
Lydia
yang mendengar ikut gelak. Dia hanya mengangguk, tidak ingin bertanya lagi.
Hati Ash, biar Ash sahaja yang tahu. Cukup hingga di sini sahaja busy bodynya,
fikir Lydia.
“Tu,
adik angkat “barat” awak dah sampai.” Lydia memuncungkan bibir pada Ann yang
baru melangkah masuk ke dalam cafe.
Dengan
dress kuning cair atas lutut, rambut gaya Bombshell Blowout ala-ala Megan Fox yang di warnakan perang,
wedges tinggi empat inci, jalan pulak dah macam gaya American Next Top Model,
Ann Delisha berjaya menarik perhatian jejaka-jejaka hidung belang yang pantang
melepaskan peluang bila terserempak dengan perempuan berdahi licin di cafe pagi
ini.
“She
is gorgeous.” Lydia mengkagumi ciptaan ALLAH dalam diam
Tapi
bak kata Ash, Ann itu barat! Rasanya, Lydia sudah faham maksud ayat Ash tadi.
“She
is dangerous too.” Ash senyum sinis. Akhbar Berita Harian yang diambil dari rak
tadi dicapai, Ann Delisha yang menghampiri tidak di hiraukan.
Tergelak
Lydia mendengar ayat Ash. Tapi, dalam diam Lydia bersetuju dengan kata-kata
Ash. Ann itu merbahaya, hatta pada dirinya sendiri malah kepada orang lain
juga. Cara Ann berpakaian boleh mengundang fitnah, malah lebih teruk ia mungkin
boleh menjurus ke arah zina. Zina mata dan Zina hati!
“Hai
Kak Lydia!” Ann, dengan gaya ala model melambai Lydia yang sudah berlalu ke
kaunter. Lydia senyum sahaja sebagai tanda membalas sapaan Ann.
“Hai
Abang Ash!” Ann duduk di kerusi yang ada di hadapan Ash. Kakinya disilang,
menampakkan hampir separuh pehanya. Ash yang melihat mendengus kecil sebelum
bersuara.
“Ann,
duduk sopan sikit boleh tak? Tak manislah orang tengok.” Ash menegur, masih
lembut biarpun nadanya sedikit lain. Berbeza dengan nadanya ketika berbual
dengan Lydia tadi.
“Tak
manis apanya? Ann bukan duduk terkangkang pun.” Ann mendengus geram.
Abang
Ash ni, baru beberapa saat jumpa dah marah-marah! Tak say hello, tanya khabar ke
apa, terus nak ceramah. Ni yang malas nak jumpa ni. Tapi, kalau hati dah rindu
nak buat macam mana? Tadah telingalah jawabnya!
“Memanglah,
tapi duduk elok-elok kan bagus.” Ujar Ash.
Dia
pulak yang rimas melihat lelaki-lelaki hidung belang itu merenung peha Ann
macam manusia yang kebulur daging bertahun. Ann tak sedar ke atau buat-buat tak
sedar ni?
“Dah
eloklah ni.” Bidas Ann selamba.
Alah,
dia bukan tak tahu apa maksud Ash bila Ash suruh dia duduk elok-elok itu. Dia
lebih dari faham pun sebenarnya. Tapi, peduli apa dia dengan pandangan itu
semua. Alah, setakat pandang je pun kan? Tak luak mana pun. Lagipun, bukan dia
yang suruh pandang.
Dosa,
tanggung sendiri-sendirilah eh cik abang sekalian?
“Suka
hati Annlah.” Ash yang malas bertekak menghentikan niatnya untuk menegur Ann
lebih-lebih.
Ann ni pun, bukan jenis yang dengar cakap orang pun. Kalau dah ikut
suka kepala dia yang mereng tu, memang gaduhlah jawabnya nanti.
Ann
sengih, tahu yang dia dah “menang” hari ni.
“Teman
Ann shopping hari ni boleh?” tanya Ann selepas beberapa ketika.
Ash
yang kembali membaca surat khabar dipandang penuh harapan. Dia ingin
menghabiskan masanya hari ini bersama Ash. Sejak dua tiga menjak ni, Ash selalu
sibuk hingga mereka sudah jarang bertemu. Pertemuan pagi ini pun, entah sudah
berapa kali tertangguh. Ada sahaja alasan Ash bila dia ajak jumpa. Lagipun,
hari inikan hari istimewanya.
“Malas.”
Ash menolak bulat-bulat.
“Alah,
kejap je pun. Lagipun, dah lama Abang Ash tak teman Ann shopping. Bolehlah eh?”
Pujuk Ann.
“Abang
Ash banyak kerjalah Ann. Kejap lagi nak balik office.” Surat khabar dilipat,
tiada berita yang menarik perhatiaannya.
“Tak
akan Ahad pun nak kerja juga kot?” Ann mencebik.
Abang
Ash, kalau tak nak keluar dengan An
cakap jelah. Jangan kerja yang di jadikan alasan. Sejak bila pulak Abang
Ash ni terlebih rajin nak ke office sampai dah tak boleh beza hari berkerja
dengan hari cuti? Nak kelentong orang pun agak-agaklah!
“Kerjalah.
Ann mana tahu, Ann tak kerja lagi.” Bersungguh Ash menjawab.
Gaya macam CEO
muda berkaliber yang bakal mengendalikan syarikat yang punya projek juta-juta. Hakikatnya,
dia cuma ingin pulang ke rumah sahaja dan menyambung tidur. Shopping?
Terima kasih sahajalah, Ash tak berminat. Nak temankan orang pun Ash tak
berminat!
“Tak
apalah kalau macam tu. Nampaknya, Ann celebrate birthday soranglah hari ni.”
Ann menggumam rendah. Sengaja dia buat suara orang yang berjauh hati. Tapi,
memang dia berjauh hati pun. Abang Ash tak ingat hari jadinya!
Ash
yang mendengar ayat Ann tersentak. Celebrate birthday? Wait, hari ni berapa
hari bulan? Jam di tangan pantas di kerling. July 30!
“Sorry,
abang lupa.” Ash mengurut dahi. Macam mana dia lupa hari ni hari jadi Ann? Patutlah
beria-ia Ann ajak jumpa dia semalam.
“Apa
nak hairan, abang memang setiap tahun lupa hari jadi Ann pun.” Ann mencebik.
“Sorrylah,
abang tak perasaan hari ni dah 30 Julai. Abang ingat, esok.”
“It’s
okey.” Ann pasang muka selamba tanpa riak. Cawan di atas meja di capai.
“Okeylah,
abang teman Ann shopping hari ni since it’s your birthday today.” Ash di buru
rasa bersalah.
“Eh,
takpelah. Abang baliklah, Ann dah biasa celebrate birthday sorang-sorang. Abang Ashkan banyak kerja." Ann
saja, nak buat Ash lagi rasa bersalah.
Tersengih
Ash mendengar kata-kata Ann. She’s sulking!
“Kalau
macam tu, abang balik dululah. Selamat duit abang, ingat nak belanja Ann
shopping hari ni.
“Serius?!”
Bulat mata Ann mendengar kata-kata Ash.
“Yelah.
Tapi dah Ann tak nak, abang balik rumah jelah.” Ash dah berkira-kira nak bangun
dari kerusi.
“Eh,
siapa kata Ann tak nak. Ann nak, nak, nak!” Wajah keruh Ann bertukar ceria.
“Eleh,
tadi kata tak nak.” Tergelak Ash melihat reaksi Ann.
“Alah,
itu tadi. Sekarang lain. Kita nak shopping kat mana?” Ann yang teruja tak
mengendahkan Ash yang mengusiknya.
“Ann
nak pergi mana?” Tanya Ash. Biarlah birthday girl yang tentukan, dia ikut saja.
“Dalam
kereta nanti baru decide. Jom, Ann dah tak sabar nak shopping.” Ann bangun,
wajah terujanya jelas kelihatan.
Ash
yang melihat menggelengkan kepala. Not lima puluh di selit bawah cawan
lattenya, dia bangun mengekor Ann yang sudah berjalan dulu di hadapannya. Sekuntum
ros merah yang ada di atas meja di bawa bersama. Tersengih dia sambil
mengenyitkan mata pada Lydia yang menjegilkan mata di kaunter.
Kunci
kereta di poket seluar di keluarkan. Butang alarm di tekan. Terperanjat Ann
yang sedang bersandar di badan kereta Nissan Skyline GT-R silvernya.
“Happy
21st birthday, Ann Delisha!” Ros merah di tangan, di sua pada Ann
yang tersenyum.
***************
3 comments:
best...menarik...cepat2 smbung ya... =)
Tak sabar nak tunggu sambungan. :)
saya mau next entry. tak sabar nk tau kisah ann delisha + abang ash yang bijaksana tu
Post a Comment