Sep 7, 2014

Mawar [4]

Penghujung Kurun Ke 15, Tanah Melaka.

Dari kejauhan, Taja sudah dapat menangkap susuk tubuh Mawar yang sedang duduk bertinggung di anak tangga. Wajah Mawar muram. Pada fikiran Taja, pasti masalah sama masih membelenggu Mawar.

“Nak Mawar, kenapa duduk di sini? Kena angin, kambuh nanti.” Ibu Halimah yang beberapa langkah mendahului Taja di hadapan bertanya sebaik kakinya mencecah tanah halaman rumah. 

Mawar senyum. Dia bangkit, melangkah turun mendapatkan Ibu Halimah yang masih berada di halaman rumah.

“Mawar dah sihat, Ibu janganlah risau.” Mawar dengan mesra memaut lengan Ibu Halimah seolah mereka sudah berkenalan lebih bertahun-tahun lamanya. 

Sejak Ibu Halimah meminta dia memanggilnya dengan gelaran “ibu” pagi tadi, ringan mulut Mawar memenuhi permintaan orang tua Taja itu. Seolah Mawar sendiri sudah bertahun lamanya menanti menyebut perkataan keramat itu. Malah Mawar sendiri sudah selesa membahasakan dirinya hanya dengan nama. 

Ibu Halimah ikut senyum. Perlakuan Mawar menyenangkan hatinya. Mawar yang baru di kenali beberapa hari itu sudah dianggap umpama saudara sendiri. lagi pula, biar mereka tidak punya hubungan darah, mereka tetap saudara seagama.

“Badan Mawar masih terasa panas?” Dengan penuh kasih, tangan tua berkedut Ibu Halimah hinggap di dahi Mawar.

“Dah okey.” Makin lebar senyuman dengan perhatian yang diberi oleh Ibu Halimah. 

Kalau macam beginilah layanan Ibu Halimah, mungkin Mawar tidak akan kisah stuck lama-lama di zaman ini. Tiada apa yang perlu di bimbangkan, ada Taja yang badannya sasa umpama pendekar dan hebat dalam seni mempertahankan diri. Mawar akan rasa sentiasa dilindungi. Ibu Halimah pun baik dengan dia.

“O..O..O..” Rasa macam hendak tergeliat lidah Ibu Halimah untuk menyebut perkataan yang baru Mawar ucapkan itu. 

Mawar inilah, dari semalam ada sahaja tutur bahasanya yang buat orang hampir tergigit lidah hendak menyebutnya.

Mawar gelak. Lagak Ibu Halimah mencuit hati.

Tak apa, lepas ini nanti dia ajar Ibu Halimah speaking London. Biar ternganga mulut pedagang-pedagang Benggali Putih yang datang ke Melaka ini. Ha-ha-ha

“Okey itu maksudnya baik. Mawar sudah baik.” Terang Mawar dalam sengihan.

Taja yang diam dari tadi juga ikut menarik senyum. Tidak lebar, cukup untuk membentuk sedikit senyumannya bila mendengar perbualan antara Mawar dengan ibunya. Seperti ibunya, dia sebenarnya juga kadang tidak  faham dengan apa yang Mawar ucapkan. Tapi dia lebih suka memerhati dan mengambil sikap tunggu dan lihat. Dia ingin lihat sejauh mana "bezanya" Mawar dari mereka. 

“Baguslah kalau begitu. Mari naik ke rumah Mawar, di bawah ini panas nanti sakit kamu kambuh.” Ibu Halimah perlahan menarik tangan Mawar menuju ke anak tangga. Mawar menurut tanpa bantahan sambil menjeling sekilas Taja yang masih berdiri tidak jauh dari dia. Di tangan Taja ada bakul rotan berisi sayur.

“Ibu, Taja ke pasar ya. Sebelum tengah hari Taja pulang.” ujar Taja, berpamitan.

Mendengar perkataan “pasar” automatik Mawar berhenti melangkah. Pantas dia berpaling menghadap Taja. Mataya bersinar-sinar. Refleksnya itu membuatkan lukanya terasa ngilu. 

Auww, sakit!

“Taja, nak ikut!” Ujar Mawar, teruja,

“Mawar mau ikut ke pasar?” Tanya Ibu Halimah. Taja yang diam di pandang. 

Apa kata Taja agaknya? Seperti Mawar, Ibu Halimah juga menanti jawapan Taja.

“Ya. Boleh tak Taja? Mawar nak ikut, nak tengok macam mana rupa pasar kat Melaka.” 

Teruja. Mawar sudah membayangkan suasana pasar yang seperti ada di dalam buku teks Sejarah di sekolah dulu. 

Jap, sekarang ni zaman Hang Tuah kan? Jadi, masih guna sistem barter atau dah guna wang emas? Atau emas sahaja? Wang yang bentuknya macam ayam jantan, lepas tu boleh di patah-patahkan itu sudah digunakan ke zaman ni? Yang macam bentuk pokok tu pula?

Ah, nak ikut Taja pergi pasar! 

Kalau untung sabut timbul, boleh jumpa Hang Tuah tengah berlawan dengan orang mengamuk di pasar. Macam mana agaknya rupa si Tuah itu? Macam P.Ramlee atau mungkin macam M.Nasir? Kan kedua-duanya pernah pegang watak Hang Tuah.

“Rasanya, moleklah jika Mawar di rumah sahaja menemani Ibu. Lagi pula, Mawar belum sembuh benar.” Taja menolak lembut permintaan Mawar.

Selain dia bimbangkan kesihatan dan luka Mawar yang belum sembuh benar itu, ada yang lebih dikhuatiri oleh Taja sebenarnya. Macam mana kala Mawar menunjukkan sikap "berbezanya" itu di khalayak ramai? Tidakkah nanti Mawar akan menjadi buah mulut orang? Sedang di kalangan anak-anak muda yang datang berlatih silat kelmarin juga Mawar sudah menjadi tumpuan. Risiko namanya itu.

Taja khuatir, risau andai kehadiran Mawar membuatkan khabar angin bertiup kencang. Jika sampai ke pengetahuan Tuanku Sultan, Mawar mungkin dalam bahaya. Kehadiran Mawar tanpa identiti yang sah di Bumi Melaka ini mungkin boleh menimbulkan masalah Sultan. Taja sering juga terdengar ceita tentang pedagang yang di tangkap kerana mendatangkan masalah di tanah berdaulat ini. Taja tidak ingin masalah begitu menimpa Mawar hanya kerana kesilapan kecil mereka. 

“Alah.” Mawar hampa mendengar kata-kata Taja. Harapannya ingin berfoya-foya di pasar Melaka terbantut.

Ibu Halimah yang menendengar jawapan Taja mengulum senyum. Sudah dapat ditebaknya hati sang anak. Pasti ada alasannya kenapa anak terunanya menolak permintaan Mawar, dan pastinya penolakan itu dibuat selepas mengambil kira semua perkara. 

Ibu Halimah menggeleng kepala sebelum kembali mendaki anak tangga. Ditinggakkannya Mawar dan Taja berduan di halaman rumah. Tidak apa, mereka di tempat terbuka. Bukan tempat yang boleh mengundang fitnah.

“Di lain kesempatan, akan kita penuhi permintaan Mawar itu. InsyaALLAH.” Taja berbasi-basa. 

Entah bila akan ada kesempatan itu. Kerana datangnya Mawar umpama angin kencang tidak berpetanda, jadi pastinya juga ia pergi tidak bertanda.

“Okey, janji tau Taja.” Mawar menunjukkan jari kelingkingnya.

Taja yang tidak faham hanya mengerutkan dahi, tidak faham ulah Mawar yang satu ini.

“Ini namanya pinky promise.” Mawar sengih melihat dahi Taja yang sudah berlapis tiga.

“Pin.. Pin.. Apa?” Giliran Taja pula yang tergeliat lidahnya seperti Ibu Halimah.

“Pinky promise. Pinky itu maksudnya “jari kelingking”. Jari yang ini.” Ujar Mawar sambil menunjukkan jari kelingkingnya pada Taja.

“Promise itu pula maksudnya janji. Sebab itu, orang Jepun bila berjanji guna jari kelingking. Kaitkan begini.” Jari kelingking Mawar saling berkait antara satu sama lain.

“Kononnya mengikut tradisi mereka, siapa yang memungkiri janji, orang tu kena minum air yang bercambur 1000 batang jarum. Supaya orang yang memungkiri janji tu tahu macam mana sakitnya rasa dikhianati. Sakit jarum tertusuk daging itu simbolik kononnya." Ujar Mawar panjang lebar. 

Taja yang mendengar penerangan Mawar hanya diam tanpa berkata apa-apa. Tidak bertanya, tidak juga mencelah kata-kata Mawar.

“Kenapa?” Tanya Mawar bila melihat reaksi Taja. Muka speechless Taja buat dia rasa nak tergelak.

“Tradisi orang Jepun itu sangat rumit. Bukankah lebih elok ucapka sahaja ‘InsyaALLAH’? Jika diijinkan ALLAH. Itu lagi molek rasanya. Batas aurat sesama kita terjaga, budaya dan agama kita juga terpelihara." Ujar Taja. Ayat Taja tersusun. mendalam maksudnya, namun tidak pula melukakan hati Mawar yang mendengarnya.

Mawar menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Tersengih dia mendengar kata-kata Taja.

Ambik kau ha, Mawar! Nak sangat ikut budaya orang luar kan? Taja kata apa tadi, biar terjaga aurat sesama kita? Ha-ha-ha 

Padan muka! Mesti ayat Taja yang itu merujuk kepada perlakuaanya mengaitkan jari kelingking tadi. Dalam diam, Mawar menahan gelak.

“Errrr, iya. Lagi molek. InsyaALLAH Taja, jika ada masa bawa Mawar ke pasar ye." Mawar mengulum senyum. Terasa panas pipinya ditegur Taja dalam berkias begitu.

“InsyaALLAH. Naiklah Mawar, kita ingin ke pasar.” Ujar Taja sambil mengangguk. Roman wajahnya manis walau tiada segaris senyum menghiasi bibir nipisnya.

“Okey. Hati-hati Taja. Kalau jatuh, bangun sendiri.” Mengekek sopan Mawar dengan kata-katanya sendiri. Tapi bile melihat dahi Taja berlapis tiga lagi sekali, Mawar menggaru kepala. 

Mesti Taja tak faham lagi tu. Malas ingin menerangkan lagi sekali, Mawar hanya mengangkat bahu sebelum laju mendaki anak tangga meninggalkan Taja.

“Kalau jatuh, bangun sendiri?” Taja mengulang ayat Mawar dalam senyuman.

Sekalipun kita jatuh di hadapan Mawar, kita akan bangkit sendiri. Mana mungkin kita akan merendahkan maruah sebagai anak jantan dengan meminta tolong pada gadis selemah Mawar?

Taja menggeleng kepala sebelum berlalu menuju ke pasar. Langkah kakinya ringan hatinya senang.

************************

Hari ini, Kuala Lumpur.

Tengku Diah cuba menghubungi cucunya sekali lagi. Talian telefonnya masih macam tadi dimatikan. Sebelum talian itu mati, cucunya ada menghubunginya memaklumkan kalau dia sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Mungkin sekitar pukul 9 semalam. Sekarang ini sudah hampir ke pukul 4 pagi dan bayang tubuh cucu kesayangannya belum juga muncul.

“Mayesa tidak pernah balik selewat ini. Menutup telefonnya tanpa sebab juga tidak pernah. Gumam Tengku Diah sendirian. Dia berjalan mundar- mandir di ruang tamu.

Cik Mun, pembantu peribadinya juga nampak sedang sibuk menghubungi seseorang. Mungkin sedang berhubung dengan orang-orang yang mereka kerahkan untuk mencari Mayesa.

Sejak semalam, Tengku Diah tidak lena memikirkan ke mana Mayesa pergi. Ingin dilaporkan kepada polis, tempoh masa Mayesa hilang belum pun cukup 24 jam. Malah, Mayesa itukan bukan kanak-kanak yang tidak tahu jalan pulang ke rumah.

Lagipun, kehilangan Mayesa tidak boleh di hebahkan. Jika sampai ke telinga ahli-ahli lembaga pengarah Emas Holding, susah nanti. Buat masa ini, lebih baik didiamkan sahaja dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Mungkin sebenarnya Mayesa cuma keluar berhibur dengan kawan-kawannya dan kebetulan telefonnya sudah kehabisan bateri dan cucunya itu tidak sempat untuk menghubungi dia. Tidak mustahilkan? Biasalah remaja sekarang, bila dengan kawan-kawan, mereka selalu lupa akan orang tua yang sedang menanti di rumah dengan keadaan bimbang.

Tapi, Tengku Diah yakin kalau tadi perbualan singkat mereka pada pukul 9 malam itu, Mayesa ada memberitahu dia kalau cucunya itu sudah dalam perjalanan pulang. Dan seingat Tengku Diah, Mayesa sedari dulu bukan jenis yang suka berpeleseran seperti remaja lain sebaya dia. Mayesa lebih suka menghabiskan masa di rumah atau melakukan aktiviti berfaedah.

Ah, serabut! Terduduk Tengku Diah memikirkan keberadaan Mayesa saat ini. 

Bunyi kereta yang baru masuk ke halaman rumah membuatkan punggung Tengku Diah terangkat kembali. Berharap kalau kereta yang baru masuk itu adalah Mini Cooper hitam putih milik Mayesa. Cik Mun juga memanggung kepala, berharap sama kalau Mayesa yang muncul di balik pintu.

Mendengarkan bunyi kereta, Tati berkejar ke pintu. 

Pintu terkuak dari luar, muncul seorang lelaki yang berketinggian model. Melihat Tengku Diah berada di ruang tamu, pantas dia berjalan laju menghampiri.

“Apa maksud Nenda adik hilang?” Lelaki berketinggian model itu bertanya sebaik dia duduk di hadapan Tengku Diah.

“Nenda dah cuba hubungi adik kamu sejak semalam, dia matikan telefon. Ada Mayesa telefon kamu?” Tanya Tengku Diah.

“Tak ada. Fiz baru touchdown dari Amsterdam kelmarin pagi. Sampai rumah dah petang, tumbang terus tak sedarkan diri sampailah Nenda call tadi. Ingatkan hari ni baru nak jumpa adik." Mahfiz mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Cuba memastikan bila kali terakhir dia dan si adik berhubung.

Abang Fiz, dah balik Malaysia nanti kita makan kat Seoul Garden erk- Adik

“Last mesej kitaorang semalam, lepas tu Adik dah tak ada contact Fiz lagi.” Ujar Mahfiz sambil cuba menghubungi Mayesa sekali lagi. Seperti Nendanya, dia juga gagal.

“Nenda risau ni, Fiz. Macam mana kalau sesuatu terjadi kat adik kamu?” tanya Tengku Diah, bimbang.

“Ish, tak adalah. InsyaALLAH, semua baik-baik sahaja." Ujar Mahfiz.

Mahfiz cuba menenagkan hati tua Nendanya walau hatinya sendiri bimbang.

“Nenda ada telefon Abang Lan? Abang Nir?” 

“Sudah. Dia pun sudah on the way ke sini. Munir pun sudah Nenda hubungi.” Ujar Tengku Diah, lemah.

“Ouh, mungkin kejap lagi mereka sampai. Nenda dah makan ke belum ni?” Melihat Nendanya memicit tengkuk, Mahfiz jadi bimbang. Macam mana kalau Nenda yang sakit. susah mereka nanti.

“Nenda tak ada seleralah, Fiz.” Tengku Diah menggeleng. 

Dia jadi lemah, tersandar dia kerusi bila tiada tanda Mayesa akan pulang. Malah, orang-orang yang dikerah mencari Mayesa juga masih memberi laporan berita yang negatif.

Ya ALLAH, ke manalah Mayesa sudah pergi ni?

“Mana boleh macam tu Nenda, kena makanlah baru kuat." Mahfiz bangun, menuju ke dapurSempat dia bertanya kepada Cik Mun jika Cik Mun juga inginkan sesuatu. 

Cik Mun yang sudah berusia di awal 40-an itu sudah berkhidmat dengan nendanya hampir 20 tahun. Cik Mun juga nampak sibuk, telefon tidak lekang dari tangannya sejak Mahfiz sampai tadi.

Selang beberapa minit kemudian, sebuah lagi kereta kelihatan masuk di halaman rumah diikuti oleh sebuah lagi kereta di belakangnya. Sekali lagi Tati yang berada di dapur berkejar menuju ke pintu. Mazlan masuk, di ikuti adiknya Munir di belakang.

“Nenda, apa yang telah terjadi?” tanya Mazlan. 

Tangan Nenda di salam. Dia sedang tidur enak di kondonya sewaktu Nenda menghubunginya tadi. Terloncat dia dari katil mendengar kata-kata Nenda. Terkejut bukan kepalang dia. Lekas-lekas dia bersiap sebelum memandu pulang ke Vila Nenda

“Entahlah Lan, Nenda pun buntu.” Tengku Diah menggeleng kepala.

“Nir ada call adik semalam, bincang pasal mesyuarat ahli lembaga pengarah minggu depan nanti. Tapi adik tak cakap apa pun, tak cakap dia nak bercuti ke or ada problem ke apa.” Ujar Munir. Antara mereka empat beradik, hanya dia yang berkerja di Emas Holding.

“Dengan Nenda pun dia tak ada cakap apa-apa.” Ujar Tengku Diah. 

Memang tiada perubahan ketara yang berlaku kepada cucu tunggal perempuannya itu sebelum ini. Tiada apa yang mencurigakan atau di luar kebiasaannya. Mayesa ceria dan gembira seperti biasa. 

Mendengarkan kata Tengku Diah, Mazlan dan Munir membisu. Mereka juga buntu memikirkan akan si adik yang hilang jejak dengan tiba-tiba.

“Tengku.” Cik Mun di belakang tiba-tiba bersuara. Telefon bimbit masih melekap di telinganya.

Mereka yang ada di ruang tamu pantas berpaling. Mahfiz yang berada di dapaur juga pantas berkejar ke ruang tamu bila Cik Mun memanggilnya. 4 pasang mata sedang memandang Cik Mun dengan debar di dada. Berita apa yang cuba orang di sebelah sana cuba sampaikan?

“Mereka dah jumpa kereta Mayesa.” ujar Cik Mun.

“Alhamdulillah.” Pantas Tengku Diah memanjatkan syukur.

“Tapi Tengku, Mayesa tak ada dalam keretanya.” 

Ayat Cik Mun yang kedua umpama batu menghentam kepala, umpama racun yang dipaksa lalu di kerongkong. Pedih, sakit, seksa.

“Ya ALLAH!” Tengku Diah rebah di sofa, tangannya mengurut dada.

“Nenda!! Mazlan dan Munir menerpa mendapatkan Tengku Diah. Tangan Tengku Diah diraih, cuba menyalurkan semangat untuk Tenglu Diah yang semakin nipis.

“Kat mana mereka jumpa kereta adik?” Tanya Munir bila keadaan Nenda sedikit tenang.

“Kat KESAS.”

“KESAS?” Tiga suara berpadu menyebut sebaris ayat itu. Terkejut.

Apa adik buat kat sana? Itu bukan jalan balik ke rumah Nenda. Adik pergi jumpa kawan kat Shah Alam ke? Tapi kenapa tinggalan kereta kat tengah-tengah lebuhraya? Kot iya pun rosak, kenapa adik taj tahan teksi? Atau telefon salah seorang dari abangnya? Atau Nenda? Cik Mun ke?

Ada sejuta persoalan yang menyesak otak mereka tiga beradik. Buntu. Mazlan, Munir dan Mahfiz hilang punca.

“Err...” Cik Mun nampak teragak-agak meneruskan kata-kata seterusnya, Matanya silih berganti memandang wajah Tengku Diah dan tiga orang abang Mayesa.

“Kenapa Cik Mun?” Suara Mazlan separuh mendesak. Moga bukan berita yang mengerikan.

“Mereka jumpa kesan darah pada kerusi pemandu. Mereka andaikan, itu darah Mayesa. Mungkin, Mayesa di culik.”

“Ya ALLAH! Ya ALLAH, Mayesa!!” Mengongoi Tengku Diah mendengar kata-kata Cik Mun. Dadanya kembali sakit mendengar perkhabaran buruk itu.

Mazlan, Munir dan Mahfiz saling berpandangan. Terlopong tidak percaya. 


Diculik? Diculik? Diculik?

Siap yang menculik adik? Kenapa nak culik adik? Jadi, di mana adik sekarang?

**********************
Okey, sudah update. Selamat membaca :)


Korang Comel Kalu Korang Like

1 comment:

NurAtiZa said...

Semakin menarik....#^_^