Sep 13, 2014

Bintang Di Sebelah Bulan [6]

Melihat Buk Jah yang baru keluar dari bilik Ann dengan masih menatang dulang berisi makanan yang masih tidak berusik, Dani mengeluh. Sudah beberapa hari Ann berkeadaan begitu. Ann langsung tidak turun makan malam bersama mereka. Sarapan pagi dan makan tengah hari pun Ann tidak muncul. Meja makan menjadi sunyi tanpa keletah Ann Delisha.

"Ann tak nak makan lagi, Buk Jah?" tanya Dani. Hatinya risau, entah apa yang tidak kena dengan Ann sejak akhir-akhir ini.

"Macam mana nak makan, bagi Buk Jah masuk dalam bilik dia pun tak." Ujar Buk Jah. Terlepas juga keluhan dari bibir tuanya.

Hatinya juga ikut risau, sama macam Dani. Ann sudah dia jaga sejak gadis itu berusia lima tahun lagi bila arwah Ainah. Mummy Ann, meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, dia yang menjaga makan pakai Ann, dia yang berjaga apabila Ann demam, malah dialah tempat Ann mengadu bila gadis itu bersedih. Sebagai 'ibu', hatinya tidak keruan melihat Ann begitu.

"Ann tu dah kenapa? Buat perangai lagi?" Daim merengus. Geram dengan tingkah si adik bongsu yang mengada-ada.

"Tak nak makan, tak nak keluar bilik, ingat orang kat rumah ni ada banyak masa ke nak layan karenah dia?" ujar Daim lagi.

Bukan sekali Ann buat perangai, sudah berkali-kali. Malah jika datang angin lintang Ann, satu rumah kena melayan karenah nya. Tapi tidak Daim, dia memang tidak sebulu dengan Ann sejak dulu lagi. Dia masih menyalahkan Ann Delisha atas kematian Mummy mereka. Kalaulah Ann Delisha tidak mengada-ada malam itu, mesti Mummy masih bersama mereka.

Mummy meninggal sebab Ann! Titik!

"Ann bad mood kut, kan dia nak final exam minggu depan. Stresslah tu." Dani yang mendengar kata-kata Daim menjawab dengan suara perlahan.

Dani memang tidak suka apa yang Daim cakap, tapi tak adalah sampai nak meninggi suara ke apa, Ahmad Daim itu tetap abangnya biarpun jarak usia mereka hanya berbeza setahun.

"Apa yang dia nak stresskan sangat pun aku tak tahulah. Dia bukannya ambik kursus kejuruteraan or medic pun sampai nak stress sangat. Fashion design je kut." Daim mencebik.

"Apa ni Angah, tak baiklah cakap macam tu. Fashion design tu bukannya senang pun, kena perah otak juga nak siapkan assigment, Biar idea lain dari yang lain." Dani bersuara kurang senang.

Mujur Daddy tiada, ke Singapura bersama Along. Kesihatan Daddy merosot dua tiga menjak ni, sebab itu Along bawa Daddy kembali ke hospital yang sama Daddy buat pembedahan jantung dulu. Kalau Daddy dengar apa yang Daim cakap ni, memang kena sebijiklah dia dengan Daddy.

"Ann tu memang sengaja, saja nak buat orang kat rumah ni risau. Perangai mengada-adanya ni, dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Mummy meninggal sebab perangai dia nilah. Manja tak bertempat!"

"Angah! Tak baiklah tuduh Ann macam tu. Ann pun bukannya nak semua ni berlaku. Mummy meninggal sebab kemalangan, tak ada kena mengena dengan Ann." keras suara Dani. Sakit hatinya mendengar kata-kata Daim.

"Dahlah tu Dani, Daim. Depan rezeki pun nak bertekak ke?" Buk Jah yang diam dari tadi akhirnya menyampuk. Tak tahan melihat dua beradik itu bertegang urat.

Daim merengus, malas membalas balik kata-kat Dani bila mendengar teguran dari Buk Jah. Iya, depan rezekikan, tak elok nak bertegang urat. Dan dia tidak ada masa nak bertekak soal Ann. dia tidak berminat. Lagipun, yang menegur itu Buk Jah, si pengasuh yang sudah menjaga mereka dari kecil. Hormat mereka pada Buk Jah bukan sedikit.

Dani bangun, tidak jadi menjamah nasi yang baru dicedok ke dalam pinggan. Seleranya mati hendak makan bersama-sama Daim.

"Nak ke mana Dani? Duduk, makan." Tegas suara Buk Jah bila melihat Dani bangkit dari kerusinya.

"Nak tengok Ann."

"Makan dulu Dani, Ann tu kalau lapar pandailah dia keluar dari bilik mencari makanan. Perut kamu tu perlu diisi dulu." tegah Buk Jah.

Buk Jah tahu, Dani pasti lapar dan penat. Seharian Dani keluar menguruskan urusan pejabat sekalipun hari Ahad adalah hari yang sepatutnya untuk berehat.

"Tak apa, Dani dah hilang selera nak makan." Dani bangun, dulang di tangan Buk Jah beralih tangan. Dia menuju ke tingkat atas.

Buk Jah menggeleng kepala. Anak matanya menyoroti langkah Dani ke tingkat atas sebelum dialih ke wajah Daim yang selamba menyuap nasi ke mulut tanpa ada rasa bersalah kerana menyebabkan situasi tegang tadi. Sedikit sebanyak, terbit juga rasa kesal dihati Buk Jah mendengar kelancangan mulut Daim. 

Buk Jah baru ingin membuka mulutnya, ingin menegur perbuatan Daim yang dia rasakan sedikit kasar itu bila tiba-tiba suara Dani dari atas kedengaran menjerit namanya.

"Buk Jah, cepat! Ann pengsan!!

***************

Telefon yang dimatikan sejak semalam dihidupkan semula sebaik dia kembali ke kondonya lewat petang itu. Senyuman bergayutan di bibir Ash Damien bila mengenangkan sehariannya yang dihabiskan bersama Safa hari ini. Okey, Ash lupa. Ada Bambam yang setia menemani, sibuk bertanya itu ini dengan Safa hingga dia langsung tidak berkesempatan untuk berbual panjang dengan Safa. 

Ah Bambam, macamlah tak jumpa Cikgu Safa di sekolah esokkan? Saja nak potong line Pak Usunya. 

Bukan Bambam sahaja yang kacau daun, ada Kak Hajar juga yang tiba-tiba muncul. Terkejut beruk dia bila Kak Hajar yang memperkenalkan diri sebagai salah seorang tenaga pengajar di Tadika Harapan muncul ketika dia sibuk meng'ayat' Safa. Safa kata, sengaja dia minta Kak Hajar datang buat teman. Teman untuk elak fitnah. Ahh, baiknya Safa.

370 missed calls, 107 messages unread.

Gila! 

Tak perlu meneka, Ash tahu itu semua kerja siapa.

‘Abang Ash busy ke? Kenapa tak call Ann?’- Ann

‘Abang Ash please, pick up the call.’ - Ann

‘Please, we need to talk.’- Ann

'Ann sayang abang Ash.' - Ann

Message yang ke lima dan seterusnya, isinya sama sahaja hingga Ash rasa nak menyampah baca semua pesanan ringkas Ann.

‘Abang Ash....’

Dah kenapa main seru-seru nama ni Ann Delisha?

Dan bukan Ash Damien namanya kalau dia nak baca semua 107 message yang Ann hantar, Ash mark all sahaja semua SMS Ann sebelum tekan ‘DELETE’. Tak kuasa dia baca satu-satu SMS Ann yang beratus itu.

Samsung S2 diletakkan kembali di atas meja tepi katil. Frame gambar dia dan Ann di atas meja dicapai. Gambar yang diambil ketika mereka mencerap langit 10 tahun lalu itu dia pandang dengan rasa yang berbaur dalam dada.

“Abang Ash, Ann cintakan Abang Ash!” 

Kata-kata Ann seminggu yang lalu masih terngiang-ngiang ditelinganya. Ketika makan, mandi, malah ketika menghabiskan masa bersama Safa tadi juga kadang-kala muncul wajah polos Ann yang menanti jawapan darinya. Bermain-main wajah yang basah dengan airmata itu di mindanya. Sebab itulah, sengaja dia mematikan telefon, biar terputus komunikasinya dengan Ann, biar tidak dia mendengar suara manja itu merengek-rengek di telinganya.

Ann Delisha, pemilik nama itu pernah menggoncang hatinya suatu ketika dahulu. Dia akui semua itu. Tapi kerana Ann Delisha jugalah, hatinya menjadi tawar. Dia suka Ann Delisha yang dulu, yang selalu bermuka teruja setiap kali dia bercerita tetang bintang, tentang bulan, tentang apa sahaja yang ada di angkasa sana. 

Bertahun yang lalu, ketika dia masih bangku sekolah, dia bercita-cita setinggi langit. Dia ingin meneroka angkasa, ingin menjadi angksawan negara yang pertama. Yeah, tapi gelaran itu tidak mungkin menjadi miliknya lagi. Ia sudah jadi milik Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan dia sebagai rakyat Malaysia memang berbangga dan berkongsi kegembiraan dengan berjuta lagi rakyat Malaysia yang lain.

Atau mungkin sebenarnya, dia sudah lama melupakan impiannya yang satu itu bila impiannya untuk mendalami ilmu Falak terpaksa dikuburkan begitu sahaja bila abang sulungnya meninggal dalam kemalangan jalan raya ketika dia berusia 15 tahun. Sejak itu, dia menjadi anak tunggal lelaki dalam keluarga Datuk Azhari. Seluruh keluarga menaruh harapan penuh terhadapnya, harapan untuk menjadikan Afiat Holdings megah berdiri di antara jutaan syarikat Melayu di Malaysia.

Semuanya bukan mudah, lagi-lagi bila dia terpaksa mengorbankan seluruh impian dan cita-citanya. Dia terasa seperti dipergunakan. Kenapa harus dia yang berkorban? Dalam diam, dia memberontak. Dan tepat pada waktunya, Ann Delisha muncul. 

Munculnya Ann dalam hidupnya dulu umpama bintang Sirius yang sentiasa ada di kaki langit walau macam mana teruknya cuaca. Muncul untuk menjadi penunjuk arah kepada para pengembara. Dialah si pengembara itu dan Ann adalah penunjuk arahnya.

Tapi itu dulu, ketika dia dan Ann masih di awal belasan tahun. Ketika Ann  masih polos, masih belum mengenali dunianya yang sekarang. Ann ditinggalkan tanpa sempat dia meluahkan apa yang dia rasa. Baginya, Ann masih budak-budak waktu itu. Ann baru melangkah ke alam sekolah menengah bila dia melanjutkan pelajaran ke luar negara dulu. Hanya beberapa kali dia pulang ke Malaysia sepanjang beberapa tahun dia di sana, tapi dia dapat melihat betapa besarnya perubahan Ann Delisha.

Ann sudah tidak berminat pada bintang-bintang di langit malam, sudah Ann lupakan Sirius yang berwarna kemerah-merahan di kaki langit utara. Ann yang kini lebih berminat pada limpahan cahaya berwarna-warni di kelab-kelab malam sekitar Bukit Bintang, sekalipun Ann sebenarnya masih di bawa umur waktu itu. Ann sudah jauh berubah, sudah tidak sama dengan Ann yang pernah menggetarkan hatinya suatu ketika dulu. Ann sangat-sangat berbeza dan dia tidak suka akan perubahan itu.

Perubahan itulah yang menjarakkan hubungan mereka, mati rasa yang ada di dalam jiwa hinggalah dia bertemu Safa.

Safa yang manis, Safa yang sentiasa menjaga pertuturannya, Safa yang tahu betapa tingginya nilai maruahnya sebagai seorang wanita dan Safa yang selalu membikin hatinya gundah. 

Ahhh, aku di lamun cinta! Safa, kahwin dengan aku nak? 

Mengekek dia ketawa dengan kata hati sendiri. Ah, tak sabar nak tunggu pukul 10 nanti. Safa kata, pukul 10 baru boleh call dia sebab malam ni dia nak keluar dengan Kak Hajar dan mungkin akan balik lambat sikit. 

Alah, pukul 10 ada  dua jam lagi. Lambat gila masa berlalu.

'Hello, it's your drug dealer
I thought I'd call in case you needed anything at all
You know you can always call me just to talk
But I mostly want to sell you drugs'

Ringtone kontroversi berkonsert, tanda kalau Dani menghubunginya. Frame gambar diletakkan semula di tempat asal. Samsung S2 nya dicapai dan beberapa saat kemudian, talian bersambung.

"Ya, waalaikumussalam." Malas bunyi suara Ash membalas salam yang di hulur Dani. Badannya di sandar pada kepala katil, dengan tangan kanan di dahi. Memang gaya orang malas.

"Kau cakap apa?!" Terduduk tegak Ash bila mendengar kata-kata Dani di hujung talian.

"Okey, aku datang sekarang!!" Ash bangkit, kunci kereta di atas meja di capai. Terburu-buru tingkahnya, hampir sahaja dia tersadung di hujung meja riasnya. Kata-kata Dani buat dia gelabah.

'Ash, aku kat Gleneagles. Ann pengsan tadi, aku tak tahu nak buat apa." 

Gosh! Ann, kau tak buat benda bodohkan? Ash meraup muka, debar dadanya laju seiring kelajuan kereta yang semakin bertambah.

********************

Oh yeyeah!


Korang Comel Kalu Korang Like

2 comments:

Anonymous said...

Bestnyaaa akan dibuku kan ke?

Unknown said...

Ash..... x baik tau cenggitu...
Ann...... ciannya..... awak, bertabahla ye