[4]
Maria memandang sekeliling, mengitari pandangannya ke segenap ruang bilik pengantin Zuyyin. Bila matanya singgah di wajah Zuyyin yang sudah siap di tatah rias, bibirnya mencebik benci.
Maria memandang sekeliling, mengitari pandangannya ke segenap ruang bilik pengantin Zuyyin. Bila matanya singgah di wajah Zuyyin yang sudah siap di tatah rias, bibirnya mencebik benci.
“Kau taukan, aku tak sukakan kau.”
Zuyyin pasang muka tak beriak, sekadar memandang wajah Mak Longnya tanpa perasaan. Bukan sekali kata-kata begini keluar dari bibir Mak Long, sudah acap kali dan dia sudah terbiasa. Dia buat-buat bisu, itu lebih baik dari dia membazir air liurnya bertekak tentang benda yang dia sendiri sudah maklum.
“Dan aku, takkan pernah sukakan kau.”
Maria berjalan mengitari bilik pengantin Zuyyin. Mujurlah majlis ini dia adakan di kampung, di rumah arwah ayah mentuanya. Kalau di rumah mereka di Kuala Lumpur, pasti dia malu kalau kawan-kawannya dapat tahu menantunya itu gadis sama yang sudah dia canangkan keburukannya.
‘Macamlah aku suka kat kau.’
Kata-kata itu cuma bergema dalam hati. Dia masih ada sedikit rasa hormat kepada bakal mentuanya itu. Zuyyin cuma diam di birai katil tak berkutik.
“Kau dengar sini Zuyyin, aku takkan sesekali biarkan kau hancurkan hidup anak aku! Kalau ikutkan aku, aku tak nak kahwinkan kau dengan anak aku tau. Lagipun, aku sudah ada calon yang jauh lebih layak untuk Akif.”
Diam. Matanya garang merenung ke wajah Zuyyin yang selamba melawan panahan matanya.
“Kali ini, aku takkan biarkan kau sakitkan keluarga aku macam apa yang mak kau dah buat dulu. Tak akan!”
Maria senyum sinis sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Dendamnya terhadap Islah, selamanya tidak akan pernah padam. Biar Zuyyin yang jadi penebus kesalahan Islah. Di muka pintu dia berpapasan dengan Hanna yang memandangnya pelik namun tiada bicara antara mereka.
“Ayien, Kau fikir apa tu?!” Hanna duduk di kerusi, menghadap Zuyyin yang duduk di birai katil.
“Tak ada apa-apa Na.” Senyum, menyembunyikan luka di hatinya.
“Mama ada cakap apa kat kau?” Hanna menarik kerusinya lagi hampir denganZuyyin. Melihat keruh di wajah Zuyyin, dia dapat agak ada benda yang berlaku sebelum dia masuk tadi.
“Tak ada apa-apa Na. Aku cuma..”
“Cuma apa?” Soal Hanna prihatin.
“Aku takut Na. Aku takut dengan semua ni. Aku rasa, aku tak bersedia dengan semua ni.”
Suaranya lirih, sebak, tapi air matanya tidak keluar. Mungkin sudah kering menangisi kepergian orang-orang tersayang di sisinya. Buat pertama kali, selepas hampir dua bulan menjadi calon isteri Akif, dia meluahkan ketakutannya. Ketakutannya berhadapan dengan kenyataan hidup yang ternyata sebahagiannya menakutkan.
“Kenapa?! Kau takut dengan Abang Akif ke?!”
Hanna capai jari jemari sepupunya. Biarpun ayahnya cuma anak angkat arwah atuk dan nenek, tapi dia sudah menganggap sepupunya itu macam adik beradiknya sendiri.
“Aku tak boleh kahwin dengan dia, Na. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin macam.. macam.. macam..”
Zuyyin berhenti sekejap mencari perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungannya dengan Akif. Sejak 13 tahun yang lalu, dia tidak pernah baik dengan Akif. Begitu juga dengan Mak Longnya.
“Macam dinosaur dengan T-rex, macam anjing dengan kucing, macam anak ayam dengan burung helang, macam arnab dengan kura-kura, macam katak dengan lalat, macam kambing dengan..”
“Apsal semua perumpamaan tu kau kaitkan dengan binatang Na?!” Zuyyin tanya geram. Kot arnab tu okeylah sikit, comel juga. Ni segala kambing, dinosaur, anjing semuanya masuk sekali. Terlupa sebentar pada kesedihannya.
“Dorang comel apa.” Hanna sengih tiga saat. Bibir Zuyyin yang di ketap geram itu dia abaikan.
“Pokoknya, kami memang tak boleh kahwin, tinggal serumah, lagi-lagi tinggal sebilik.”
Aku boleh mati kering air liur sebab gaduh dengan Akif hari-hari. Benda sekecil hama boleh jadi sebesar alam kalau ia melibatkan Zuyyin dengan Akif. Zuyyin dengan Akif, bezanya macam A dengan Z!
“Tapi ini amanah Ayien, amanah arwah atuk.” Mata Hanna beradu dengan mata berkaca Zuyyin. Hilang sengih nakalnya tadi.
“Tapi kenapa Akif?! Aku lagi sanggup kahwin dengan Abang Aiman, Na..”
Kahwin dengan Aiman, dia cuma berhadapan dengan kebencian Mak Longnya. Tapi, kalau dengan Akif? Dia mungkin terpaksa makan hati dengan sikap Akif juga.
“Arwah mesti ada sebab kenapa dia pilih Abang Akif jadi suami kau.”
Hanna tepuk-tepuk jari jemari Zuyyin yang penuh dalam tangannya meskipun dia sendiri kurang pasti dengan keputusan arwah datuk mereka. Melihat abang Aiman bertikam lidah dengan abang Akif seminggu yang lalu, dia merasakan keputusan ini bukanlah keputusan yang sesuai. Dia pasti, ada antara mereka yang sedang terluka sekarang.
‘Mungkin juga kedua-duanya sedang terluka sekarang.’ Hanna senyum sembunyi keluhannya.
“Aku..”
Suara Zuyyin terhenti bila Hanni tiba-tiba muncul di muka pintu sambil berjalan laju memeluknya.
“Bila Kak Hanna cakap Abang Akif nak kahwin, aku macam nak mati tercekik air liur sendiri. Tapi, bila nama kau naik jadi calon kakak ipar aku, aku telan air lliur aku sampai kering. Tak percaya!!”
Hahahaha.. Kuat suara ketawa Hanni memenuhi ruang bilik pengantin itu.
“Eh, aku tak perlu panggil kau kakak kan?! Aku lagi tua 3 bulan kot dari kau!” Suara Hanni kedengaran lagi bila ketawanya reda.
“Sengal! Tak perlu kot. Tapi..” Suara sebak Zuyyin bertukar ceria melihat Hanni.
“Apa?!” Hanni tanya tak sabar.
“Kau kena angkat sembah kat aku!”
“Gila kau! Kau pikir kau puteri raja?!” Hanni melengking, pura-pura marah. Senyuman geram bergayut di bibirnya.
“Memangla bukankan. Tapi akukan raja sehari, lagi tinggi mandat dari puteri raja.” Selamba suara Zuyyin membuatkan tawa meriah mereka pecah di bilik pengantin.
‘Sekurang-kurangnya, ada insan yang mengalu-alukan kehadiranku dalam keluarga ini.’ Mak Long! Teringatkan dia, luka hatinya hampir berdarah kembali.
‘Apa yang ibu buat sampai mak long benci sangat dengan dia?!’
Zuyyin mengeluh lemah. Dendam Mak Longnya, selamanya akan menghantui hidupnya, entah sampai bila.
“Tahniah!” Suara Hanna berbisik di telinganya menyedarkan Zuyyin, mengembalikannya di alam nyata. Suara Akif menyambut ijab dan kabul di luar sana kedengaran jelas di telinganya.
‘Jadi isteri Akif, aku akan pastikan tak sesukar mana!’
“Selamat pengantin baru Yien.” Hanni ucap ikhlas. Satu ciuman di hadiahkan di pipi sepupunya yang kini sudah sah bergelar kakak iparnya.
Jadi pengantin di usia 19 tahun?! Dia memang hebat! Apapun..
‘Selamat hari jadi pengantin baru..’
Dua ucapan sekaligus untuk dirinya kerana hari ini juga hari jadinya yang ke sembilan belas tahun! Zuyyin senyum, menyembunyikan semua kesakitan dan air matanya. Di hari “bahagia”nya ini, dia tak ingin di cemari dengan air mata mahupun kesedihan.
Hanna mendail nombor yang sama sekali lagi, masih tiada jawapan. Masih tidak berangkat. Hanna mendengus kasar, melepas geram entah pada siapa.
“Ke manalah abang Aiman ni pergi?!”
Hanna merungut sendiri. Hanna risau, bimbang abangnya buat benda yang bukan-bukan. Orang yang kecewa sebelum bercinta ni kadang-kadang lagi parah jiwanya dari yang bercinta bertahun tapi putus di tengah jalan.
“Kak Hanna call siapa?”
Hanni datang menyapa. Dari tadi dia perasan kakaknya tu asyik dengan telefon bimbitnya sahaja. Nak kata tengah gayut, dia tak nampak pula Naim yang jadi pengapit abang Akifnya berkepit dengan telefon macam kakaknya.
“Abang Aiman.” Suara Hanna lemah.
“Ya, baru Hanni perasaan, abang tak ada.” Hanni memandang ke segenap penjuru rumah. Tiada kelibat Aiman.
“Dia busy mungkin.” Hanna positif meskipun dia boleh mengagak bukan itu sebab utama abangnya tidak berada di situ.
“Abang Aiman dengan abang Akif okeykan?” soal Hanni.
“Okeylah, kenapa pula tak okey?” Hanna tanya hairan. Takkanlah Hanni pun terfikir benda yang sama macam dia kot?
“Kak, semua orang boleh nampak kalau abang Aiman itu ada hati dengan Ayien. It’s just so obvious kak. Even abang Akif pun boleh agak. Tapi tengok apa jadi sekarang, Ayien kahwin dengan orang lain, dengan adik dia pulak tu. Hanni cuma risau kalau abang Aiman..” Hanni diam. Menggantungkan ayatnya
yang boleh di agak oleh Hanna selebihnya.
“Zuyyin bukan untuk abang Aiman, Han. Doakan sahaja abang Aiman tabah menghadapi semuanya.” Balas Hanna. Bahu adiknya di peluk mesra.
“Abang Akif selalu marah-marah Ayien, sakitkan hati dia. Tapi, dia juga orang pertama yang akan buat air mata di pipi Ayien berhenti.” Hanni senyum pada pasangan yang sedang bersanding di pelamin sebelum mengalihkan pandangannya ke arah kakaknya.
‘Mungkin sebab itulah arwah atuk memilih abang Akif berbanding abang Aiman.’ Desis hatinya. Sama seperti Hanni, matanya kembali ke arah pasangan pengantin.
‘Semoga penyatuan ini mendatangkan kebahagian.’
Matanya kembali ke skrin handphonenya, mencuba sekali lagi mendail nombor telefon abangnya. Lagi sekali dia hampa bila talian di sebelah sana masih tidak berangkat seperti tadi. Hanna hanya mampu mendengus geram.
***************
Handphonenya di atas meja kembali bernyanyi, masih nama Hanna di skrin.
‘Hanna ni tak reti penat ke?’ Aiman merungut dalam hati.
Hari ini hari pernikahan Zuyyin dan Akif, tapi dia sendirian di hospital. Menawarkan diri menggantikan shif rakan sekerjanya. Dia lagi rela membawa diri di sini daripada melihat orang yang dia cintai menjadi milik orang lain. Mata di pejam, menyingkirkan perasaan kacau yang merusuh di jiwanya, namun peristiwa seminggu yang lepas bertamu sekaligus menyahkan ketenangan yang dia cuba raih.
“Abang.”
Aiman tidak berpaling, tahu benar siapa empunya suara itu. Dia tumpukan pada kaca TV yang tengah menyiarkan rancangan Maharaja Lawak. Tapi entah kenapa lawak Sepah malam ni tak mampu buat dia ketawa. Lawak Shuib versi “baeek punye..” tidak terkesan di hatinya langsung.
“Akif minta maaf.” Suara Akif kedengaran lagi. Aiman mengangguk. Bukan salah adiknya pun.
“Kalau abang..”
“Stop it Kif! Abang penat.” Aiman angkat punggung, bangun menuju ke tingkat atas, menuju ke biliknya.
“Kalau abang boleh tunggu sampai Zuyyin dapat result STPM nya, saya akan kembalikan dia pada abang.” Ayat Akif menghentikan langkah Aiman di atas tangga.
“What?!” Tergamam tak percaya. So, inikah syarat yang Akif hendak beritahu sebelum arwah atuk meninggal?
“Akif akan ceraikan dia, dan abang boleh kahwin dengan Zuyyin lepas tu.” Ujar Akif selamba, tapi perlahan.
“Kau gila ke?! Atuk suruh kau kahwin dengan dia untuk jaga dia bukan ceraikan dia!”
Keras suara Aiman. Turun naik dadanya menahan marah mendengar kata-kata adiknya. Mata garangnya beradu dengan mata tenang Akif. Sama tenangnya dengan riak di wajahnya.
“Akif tak sanggup teng..”
“Abang Aiman? Abang Akif, kenapa ni?”
Suara Hanna yang muncul tiba-tiba mematikan ayat Akif. suasana yang semakin tegang mengendur tiba-tiba dengan aura kehadiran Hanna. Wajah dua orang abangnya di pandangnya hairan.
“Kalau abang dapat tahu Akif buat dia menangis, lukakan hati dia, siap!”
Aiman mendengus kasar, berpaling sebelum kembali mendaki tangga. Dia ingin segera sampai ke biliknya, dia perlukan air untuk memadamkan api kemarahannya tika ini.
"Red zone doctor! First bed!"
Suara cemas seorang jururawat menyedarkannya dari lamunan. Bunyi mesin ventilator bersilih dengan suara orang mengerang kesakitan. Aiman membuka matanya, tiada Akif mahupun Hanna di situ. Mengeluh sebelum mencapai stetoskop di atas meja dan mengekori jururawat tadi.
‘Selamat pengantin baru Ayien.’
**************
“Rumah ini ada peraturan!”
Itu ayat pertama yang dia dengar dari Akif saat dia pertama kali melangkah masuk ke apartment 3 bilik Akif. Kemas. Tersususn. Teratur.
“Pertama, kau tak boleh masuk bilik tidur aku. Dan, aku takkan masuk bilik tidur kau!”
“Nice!” Means, aku takkan tidur dengan dia?! Gila punya happy dengar rules dia.
“Kedua. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tidak wujud istilah “menyibuk” di sini okey?!” Akif bentang peraturan kedua bila dia tengok bibir isterinya menguntum senyum.
“Deal!” Memang gila bestlah rules kau Akif. Aku setuju semuanya!
“Semua orang tahu kita kahwin paksa, so tak payah belakon macam kita ni pasangan suami isteri yang gila bahagia. Rimas!”
“Terbaik!” Zuyyin angkat thumbs upnya. Setuju sangat-sangat! Aku mana pandai bab acting-acting ni.
“Last. Kita cuma housemate..” Akif berhenti sekejap. Matanya di tala ke wajah Zuyyin yang menunggunya menghabiskan ayatnya.
“Sampai keputusan STPM kau keluar dan kita akan tentukan apa kita nak buat seterusnya. Kau boleh pegang janji aku, takkan ada skinship!” Akif tarik nafas dalam-dalam.
“Okey..” Aku rasa, itu adalah tawaran yang terbaik. Buat masa ini.
“Bilik kau sebelah sana.” Akif tunjuk jari telunjuknya di bilik yang setentang dengan bilik tidurnya. Dia sendiri sudah melangkah menghampiri bilik tidurnya.
“Akif?!” Suara Zuyyin mematikan langkahnya di muka pintu. Sekadar mematikan langkah, dia tidak berpaling pun.
“Apa?!” Akif soal, masih tak berpaling.
“Kenapa kau setuju kahwin dengan aku?!” wajah Akif berubah riak. Tak menyangka soalan itu yang akan Zuyyin tanya.
“Kenapa kau nak tau?!” Akif pulang soalan kat Zuyyin.
“Saja, nak tahu.” Suara Zuyyin perlahan.
“Sebab atuk minta. Kalau atuk tak minta, aku takkan kahwin dengan kau.”
Tanpa teragak-agak dia bagi jawapan. Zuyyin tarik nafas, dalam-dalam sebelum kembali membuka mulut.
“Aku akan jadi housemate yang paling baik!” Zuyyin buat janji.
“Sekurang-kurangnya untuk setengah tahun ni.” Zuyyin tambah lagi. Akif masih berdiri tanpa reaksi di depan pintu biliknya.
“Suka hati kaulah!” Akif capai tombol, pantas memboloskan tubuhnya di pintu yang di buka separuh sahaja, meninggalkan Zuyyin sendirian di ruang tamu.
“Peace!!!”
Zuyyin buat peace biarpun pintu bilik Akif sudah tertutup rapat. Zuyyin angkat kening, ambil sikap tak ambil peduli dengan perangai Akif, dia bernyanyi riang sambil menarik luggagenya masuk ke bilik yang di tunjuk oleh Akif tadi.
‘Jadi isteri Akif, takdaklah sesukar mana!’
Zuyyin memulas tombol pintu sebelum terpaku di bilik yang Akif sediakan untuk dia. Terlopong sesaat sebelum meneguk air liurnya. Kesat! Pegangan tangannya di luggagenya terlepas dengan sendirinya. Gila, bila masa Akif buat semua ni?
“Aku tak akan tidur atas katil ni.” Zuyyin geleng kepala sebelum lari laju keluar mengetuk pintu bilik Akif.
“Kenapa?” Soalan pertama Akif sebaik pintu terbuka.
‘Baru seminit kau dalam rumah aku ni kau dah buat kecoh’. Akif menggeleng geram.
“Bi.. Bi..Lik..A..Ku..” Tersekat-sekat ayatnya di kerongkong dek kerana terkejut.
“Kenapa dengan bilik kau?”
Akif menolak tubuh Zuyyin yang menghalang laluannya ke tepi. Menuju terus di bilik Zuyyin sebelum dia pun terlopong sesaat di muka pintu.
“Oh my good!”
Hanna! Dia dapat mengagak itu kerja siapa. Pantas di keluarkan handphonenya di poket seluar, menghubungi adiknya. Sementara menunggu talian di sambungkan, dia menghampiri katil, mengutip kelopak-kelopak bunga ros yang di tabur membentuk hati di atas katil yang berbalut comforter pink dengan gambar..
“Na, kau cetak gambar kahwin abang dengan Zuyyin atas comforter?!” soal Akif tak percaya sebaik suara Hanna kedengaran di hujung talian.
“Abang dan Ayien dah tengok? Amacam, sweet tak?” Suara Hanna riang di hujung talian. Tiada rasa bersalah.
“Gila sweet Na, abang rasa macam nak muntah!”
Mendengus geram. Matanya meliar di setiap sudut bilik, dan ketika itulah dia perasan gambar besar perkahwinannya dengan Zuyyin tergantung kemas di kepala katil.
‘Hanna, apa lagi yang kau buat dik?’
“Hahaha! Abang tanya Zuyyin, dia dah jumpa ke hadiah kahwin yang Hanna bagi dia.” Suara Hanna masih riang, masih tiada rasa bersalah.
“Akif..”
Suara Zuyyin kedengaran di belakangnya sebelum sempat dia bertanyakan soalan Hanna. Akif menoleh ke arah Zuyyin dengan telefon masih di tangan.
“Hanna!”
Berdesing telinga Hanna di hujung talian tatkala abangnya menjerit namanya. Sebelum talian di putuskan, dia masih sempat mendengar suara Zuyyin merungut geram membuatkan tawa Hanna bergema kuat di bilik asrama UMS nun jauh di sabah.
“Jangan sekali-kali kau pakai baju tu keluar dari bilik ni.”
Akif point jari telunjuknya tepat di muka Zuyyin sebelum melangkah keluar dari bilik Zuyyin. Amaran keras dia bagi. Naya dia nanti kalau Zuyyin pakai baju tu berlegar-legar di ruang tamu rumah mereka.
“Ewww!! Siapa nak pakai baju macam ni?”
Zuyyin pegang dengan hujung jari baju tidur satin warna merah bertali halus dengan bahagian dada yang terdedah, yang cuma di lapisi renda nipis. Seksi separas peha.
"Apa yang kau fikir masa beli baju ni Na?"
Geleng kepala. Di masukkan semula baju itu di dalam kotak. Kad kecil bersampul merah di dalam kotak di keluarkan dan di baca.
“Hanna memang gila!”
Zuyyin campak kad kecil warna merah dengan gambar teddy bear sedang berkucupan di bawah payung dengan kata-kata “Love me tonight” di dalamnya, juga dengan tulisan dakwat merah masuk ke dalam kotak yang sama. Sengal!
**************
Akif capai telefon di atas meja tepi katilnya, jam menunjukkan tepat pukul6 pagi. Sayup-sayup, suara mengaji dari bilik sebelah kedengaran. Akif mengambil masa 3 minit untuk menganalisa suara itu, yang lembut mengaji. Milik Zuyyin.
Ketika Zuyyin sudah menamatkan bacaannya, barulah Akif bangun menuju ke bilik mandi. Perasaannya terbuai dengan alunan suara Zuyyin mengalunkan bacaan Yaasin. Atuk dan Nenek, ternyata berjaya memupuk keperibadian muslimah dalam diri Zuyyin. Dia tidak perlu mengetuk bilik itu untuk mengejutkan Zuyyin bangun pagi dan menunaikan solat, tidak seperti Hanna atau Hanni yang perlu di kerah bangun pagi.
Tepat pukul 7.30, Akif melangkah segak keluar dari biliknya. Tali leher yang sudah berikat kemas dia kemaskan lagi. Matanya ke meja makan yang kosong, hanya sudu dan garfu yang ada di situ. Matanya ke di alihkan pulak ke pintu bilik Zuyyin yang bertutup rapat. Sunyi, tiada bunyi dari dalam.
‘Sah! Dia mesti sambung tidur lepas subuh tadi. Pemalas punya bini!’
Akif kutuk dalam hati. Laju kakinya melangkah keluar rumah bila yakin yang isterinya itu masih belingkar di atas katil dan tiada masa untuk menghidangkan sarapannya. Nampaknya, nenek lupa menerapkan nilai yang satu ini. Akif sengih sinis, Zuyyin, takdaklah sesempurna mana.
“Hei bro! How’s married life?! Bahagia?!” Rizqin tarik kerusi cafeteria di depan Akif. Naim di di belakang sengih dengar soalan Rizqin. Di tangan Naim secawan teh tarik.
“Kahwin dengan budak sekolah, takdak bahagianya. Thanks to my wife, a nineteen wife yang malas bangun pagi siapkan sarapan untuk aku.” Akif lap bibirnya lepas hirup teh tarik. Naim dan Rizqin gelak dengar ayat Akif.
“Budak lagi bai, adik aku yang dah 21 tahun pun takdaknya pijak lantai dapur. Lagipun, kau pernah cakap yang si Zuyyin tu habiskan hampir separuh hidupnya di hostel. Kira aci lah kalau dia macam tu, dah biasa kena serve.” Naim hirup perlahan teh tariknya. Nikmat! Menepati citarasanya.
“Aku setuju dengan Naim. Entah kau ni, bagilah dia masa. Kot dia tak jumpa lagi dapur kau kat mana?!” Rizqin sengih kat Akif yang dah tarik muka.
“Eh, bila due date wife kau?!” Akif soal Rizqin, mengalihkan topik berkaitan isterinya, tiada apa yang menarik soal Zuyyin.
“Next month nie. End of Februari tak silap. Alang-alang kita kumpul kat sini ni, aku nak bincang sikit ngan korang. Aku rasa, aku nak ambil cuti 2 bulan. Tapi kalau ada masalah kat ofis, kat site ke, aku sure boleh datang tolong korang solve.” Rizqin memperbetulkan duduknya.
“Dua bulan?! Lama gila kau ambil cuti. Bini kau kot iyelah dapat cuti 2 bulan, dia bersalin. Kau?!” Naim pandang muka Rizqin hairan. Akif di depan tiada reaksi, menunggu bicara Rizqin seterusnya.
“Dulu, waktu Sara lahirkan Adam aku mana ada kat sisi dia. Aku entah kat site mana check bangunan balance ke tak, kukuh ke tak, company kitakan baru lagi time tu. Anak ke dua kami ni, Sara memanglah takdak cakap apa-apa, tapi aku sebagai suami mithali ni, nak juga temankan isteri aku bersalin, jaga dia berpantang. Adam pun dah makin lasak sekarang, tak terlarat dia nanti.”
Rizqin bagi alasan yang boleh di terima akal.
“Oh! Aku okey je kalau kau boleh janji yang kau boleh turun site, turun ofis kalau ada masalah apa-apa.” Akif optimis.
“Aku pun okey juga.” Naim positif. Bagi senyuman kat Akif sebelum menumbuk mesra bahu Rizqin yang tua 3 tahun dari mereka itu, senior mereka di universiti.
“Best ae ada baby?! Aku tengok muka kau bercahaya gila bila cakap pasal Adam and baby dalam perut Sara.” Akif angkat gelas teh tarik ke mulut.
“Kalau kau nak tahu best ke dak, kau suruh Zuyyin lahirkan baby untuk kau!”
Rizqin dan Naim gelak tengok muka cemberut Akif. Dia mahupun Naim tahu kisah di sebalik pernikahan Akif. Memang wajarlah muka Akif beriaksi sebegitu.
"Kau tak bawa Zuyyin honeymoon ke?" Soal Naim kembali bila ketawa mereka sudah meredah.
"Malas!"
"Iye ke? Ke korang dah honeymoon kat rumah hari-hari?" Naim bersuara nakal sambil angkat kening double jerk. Benda yang dia selalu buat bila menyakat Akif.
"Riz, lepas ni kau buat interview cari pekerja baru ye. Aku rasa macam nak baling mamat sengal ni masuk lombong!" ujar Akif, di sambut oleh tawa besar Rizqin.
"Ala, relakslah bro." Naim sengih, tunjuk gigi.
"Gerak jom, dah nak pukul 8 ni." Rizqin bangun dulu menuju ke lif di ikuti dua orang rakannya.
"Kif, kalau kau nak gi honeymoon, jangan lupa gitau aku k." Naim bersuara sebaik tubuh mereka berada di luar lif. Rizqin sudah dulu menuju ke biliknya.
"Apa kejadahnya aku gi honeymoon nak gitau kau?" Akif soal pelik. Campur hairan.
"Aku nak tanya Zuyyin, kau power ke tak." ujarnya laju sebelum pantas melarikan diri ke bilik pejabatnya bila Akif merenungnya tajam. Ketawanya berkumandang di segenap ruang pejabat, menarik mata beberapa orang pekerja mereka.
"Sengal! Memang sesuai dengan Hanna." Akif menggelengkan kepalanya dengan senyuman tersungging di bibir.
**************
Rasa macam nak cekik je Akif yang dah mainkannya. Zuyyin mengomel geram dalam hati sambil tunggu seminit itu berlalu. Dia tiada tenaga bertikam lidah dengan Akif sekarang.
Akif parking keretanya di depan sebuah restoran, tidak jauh dari sebuah pusat membeli belah. Selesai makan barulah dia membawa Zuyyin membeli barangan dapur. Teringat akan peti sejuknya yang kosong, memang patut pun Zuyyin merungut lapar. Tapi Zuyyin kiranya hebat juga sebab mampu bertahan tak makan nasi selama itu.
“Apa?!”
Zuyyin kalih pandang ke arah Akif yang tolak troli ke arahnya. Lengan bajunya sudah di sinsing ke lengan. Akif nampak sangat kacak dan cool begini! Tangan di tekup ke dada, masih berentak normal. Selamat! Aku belum jatuh cinta.
“Takkan kau nak peluk semua barang tu?!”
Akif tanya sarkastik. Matanya di jegilkan, melawat panahan mata bulat isterinya. Bila Zuyyin mengalihkan matanya, dia senyum sinis sambil jalan menonong ke depan.
“Aishh!”
Zuyyin tarik troli yang Akif tolak tadi. Bila Akif leka memerhatikan kawasan sekeliling, dia pantas menolak troli itu laju, tepat melanggar punggung suaminya. Akif pantas menoleh ke belakang, sakit di punggungnya tidak sesakit hatinya bila melihat Zuyyin sengih manis sebelum menjelirkan lidahnya, sambil menolak laju troli ke bahagian makanan basah.
“Retard!” Akif geleng kepala tengok aksi isterinya sebelum mengekori Zuyyin.
“Taknak ayam!” Akif letak balik ayam yang ada dalam troli. Zuyyin yang memandangnya geram dia abaikan.
“Ayam taknak, udang taknak, ikan taknak, kau nak apa sebenarnya nie?!”
Zuyyin naik geram dengan tingkah suaminya. Tidak ada satu pun yang dia pilih suaminya berkenan. Kerja mereka dari tadi cuma masukkan barang ke troli pastu kembalikan ke rak. Tak ke sikit punya kerja gila tu?!
“Okeylah, ambiklah ayam tu.”
Akif bersuara perlahan, mengalah bila beberapa pasang mata di lorong makanan basah itu memandang mereka. Dia tidak rela jadi perhatian di situ akibat suara lantang isterinya.
“Volume kau ni tak boleh slow ke?! Apa kau lahir dulu kembar dengan mikrofon ke?!” Akif sekali lagi tanya soalan sarkastik.
"Aku.."
"Oh, aku lupa. Kau dah makan tadi, so tenaga kau dah full kan? Dah charge balik." Sinis.
Zuyyin baru nak buka mulut menjawab tapi sekali lagi dia menyimpan makiannya dalam hati bila Akif meninggalkannya terpinga-pinga.
“Huh! Terencat emosi!!” Zuyyin membebel seorang diri sebelum menolak troli itu mengekori Akif. Lepas ni, aku shopping sendiri-sendiri!
“Semuanya, RM126.90 cik.”
Cashier di kaunter menyebut jumlah yang tertera di skrin. Zuyyin tersentak, terhenti terus omelan tak puas hatinya kepada Akif. Zuyyin memandang cashier tersebut sebelum matanya di alihkan ke arah Akif yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arahnya, tidak jauh dari kaunter pembayaran. Tiada tanda-tanda Akif akan berganjak membayar harga barang mereka.
"Kedekut punya laki." Zuyyin kembali membebel sambil membuka dompetnya. Dan ketika dia selesai membayar harga barangan, Akif sudah tiada di situ. Nak mengelat dari angkat baranglah tu.
"Aku penat-penat angkat barang, kau duk bercinta kat sini. Bertuah punya laki."
Zuyyin membebel sambil berjalan menghampiri Akif yang sedang berbual dengan seorang wanita yang nampak elegan. Beg plastik penuh di tangan. Sengaja melambatkan langkahnya biarpun Akif sudah sedar akan kehadirannya.
"Apa kejadahnya aku gi honeymoon nak gitau kau?" Akif soal pelik. Campur hairan.
"Aku nak tanya Zuyyin, kau power ke tak." ujarnya laju sebelum pantas melarikan diri ke bilik pejabatnya bila Akif merenungnya tajam. Ketawanya berkumandang di segenap ruang pejabat, menarik mata beberapa orang pekerja mereka.
"Sengal! Memang sesuai dengan Hanna." Akif menggelengkan kepalanya dengan senyuman tersungging di bibir.
**************
Zuyyin membuka semua kabinet di dapur, tapi yang dia temukan cuma stok maggi pelbagai perisa. Dia buka kedai runcit maggi ke dalam apartment ni?! Perutnya yang lapar kembali berbunyi. Zuyyin capai sebungkus maggi perisa asam laksa, mencapai belanga di atas para. Maggi sahaja makanan dia ada sekarang, sebutir besar pun tiada di rumah Akif.
‘Kat hostel dulu pun aku makan maggi, kat rumah laki aku jurutera yang kaya raya ni pun still juga makan maggi.’
Zuyyin geleng kepala sambil mengeluh kesal. Satu biji telur pun tiada di dalam peti sejuk Akif. Peti sejuk moden itu kosong, hanya ketul-ketul ais yang semakin menebal.
‘Tak kira, nak ajak juga dia malam ni gi Giant. Mati tinggal rangka aku kalau hari-hari macam ni.’
Zuyyin menggumam dalam hati sambil menunggu air di dalam belanga mendidih.
'Kalau makan maggi hari-hari macam ni, cacing dalam perut aku pun nak mogok.'
'Kalau makan maggi hari-hari macam ni, cacing dalam perut aku pun nak mogok.'
Akif melangkah masuk ke dalam rumah ketika berita pukul 8 masih bersiaran. Sebelum balik tadi, dia sempat makan malam bersama Naim. Sejak seminggu dia tinggal bersama Zuyyin, inilah kali pertama Zuyyin “menunggu”nya pulang dari kerja. Selalunya, rumah itu sunyi sepi ketika dia sampai di rumah. Zuyyin yang duduk di sofa 3 berangkai itu di pandangnya tak beriak.
“Akif, kita pergi Giant nak?!”
Zuyyin mula bicara bila dia tengok Akif dah letak beg kerjanya di kerusi meja makan,. Tali leher dah di tanggalkan, di letakkan di atas meja makan bersama kunci kereta dan handphonenya. Akif berjalan ke sofa, duduk di sebelah Zuyyin sebelum mencapai remote astro di atas meja depan sofa.
“Penat!” Sepatah jawapan Akif sambil menekan-nekan remote mencari siaran yang menarik.
“Aku laparlah..” Zuyyin buat muka simpati. Memang betul perutnya lapar pun. Laparkan nasi!
“Apsal kau tak makan?!” Akif kalih kepalanya ke arah Zuyyin yang pegang perutnya. Bunyi ‘krrroohh’ kedengaran.
“Aku dah tak larat makan maggi. Cacing pita dalam perut aku dah sound dah, dorang dah kena poison food kau tau, makan maggi pelbagai perisa.”
Zuyyin kerutkan kening. Kalau Akif taknak temankan dia, dia gamble je keluar cari kedai runcit dekat-dekat apartment ni.
Zuyyin kerutkan kening. Kalau Akif taknak temankan dia, dia gamble je keluar cari kedai runcit dekat-dekat apartment ni.
“Yang kau bedal makan semua perisa kenapa?! Makan 1 perisa dahlah.” Akif jawab malas.
“Kau nak keluar ke tak?! Kalau tak aku keluar sendiri. Lama duduk sini, kau yang aku makan nanti.” Zuyyin bengang dengan jawapan selamba Akif.
“Siaplah cepat. Lambat, tak payah keluar.” Akif sembunyi senyum dengar ayat Zuyyin. Tengok muka pun dah tau yang budak ni memang lapar.
“Dua minit!”
Laju Zuyyin bangun berlari ke bilik, pakai tudung instant. Sweater di almari di capai, di sarungkan ke tubuh. Dompet di dalam beg di keluarkan, handphone di masukkan ke seluar track suitnya. Tak sampai seminit, dia dah terpacak di depan Akif.
“Siap dah! Jom!” Zuyyin ajak Akif yang masih relaks tengok DIVA Channel.
“Kau cakap tadi dua minitkan? Ada seminit lagi, kejap lagi kita jalan.”
Akif masih kusyuk tengok The Biggest Loser! Zuyyin tunduk kepalanya sambil mengeluh sebelum duduk sebelah Akif.
‘Well, I’m the big loser now!’
Rasa macam nak cekik je Akif yang dah mainkannya. Zuyyin mengomel geram dalam hati sambil tunggu seminit itu berlalu. Dia tiada tenaga bertikam lidah dengan Akif sekarang.
“Jom!”
Akif capai kunci kereta atas meja makan. Zuyyin pantas bangun mengekor langkah Akif yang laju menuju ke pintu.
Akif capai kunci kereta atas meja makan. Zuyyin pantas bangun mengekor langkah Akif yang laju menuju ke pintu.
Akif parking keretanya di depan sebuah restoran, tidak jauh dari sebuah pusat membeli belah. Selesai makan barulah dia membawa Zuyyin membeli barangan dapur. Teringat akan peti sejuknya yang kosong, memang patut pun Zuyyin merungut lapar. Tapi Zuyyin kiranya hebat juga sebab mampu bertahan tak makan nasi selama itu.
“Apa?!”
Zuyyin kalih pandang ke arah Akif yang tolak troli ke arahnya. Lengan bajunya sudah di sinsing ke lengan. Akif nampak sangat kacak dan cool begini! Tangan di tekup ke dada, masih berentak normal. Selamat! Aku belum jatuh cinta.
“Takkan kau nak peluk semua barang tu?!”
Akif tanya sarkastik. Matanya di jegilkan, melawat panahan mata bulat isterinya. Bila Zuyyin mengalihkan matanya, dia senyum sinis sambil jalan menonong ke depan.
“Aishh!”
Zuyyin tarik troli yang Akif tolak tadi. Bila Akif leka memerhatikan kawasan sekeliling, dia pantas menolak troli itu laju, tepat melanggar punggung suaminya. Akif pantas menoleh ke belakang, sakit di punggungnya tidak sesakit hatinya bila melihat Zuyyin sengih manis sebelum menjelirkan lidahnya, sambil menolak laju troli ke bahagian makanan basah.
“Retard!” Akif geleng kepala tengok aksi isterinya sebelum mengekori Zuyyin.
“Taknak ayam!” Akif letak balik ayam yang ada dalam troli. Zuyyin yang memandangnya geram dia abaikan.
“Ayam taknak, udang taknak, ikan taknak, kau nak apa sebenarnya nie?!”
Zuyyin naik geram dengan tingkah suaminya. Tidak ada satu pun yang dia pilih suaminya berkenan. Kerja mereka dari tadi cuma masukkan barang ke troli pastu kembalikan ke rak. Tak ke sikit punya kerja gila tu?!
“Okeylah, ambiklah ayam tu.”
Akif bersuara perlahan, mengalah bila beberapa pasang mata di lorong makanan basah itu memandang mereka. Dia tidak rela jadi perhatian di situ akibat suara lantang isterinya.
“Volume kau ni tak boleh slow ke?! Apa kau lahir dulu kembar dengan mikrofon ke?!” Akif sekali lagi tanya soalan sarkastik.
"Aku.."
"Oh, aku lupa. Kau dah makan tadi, so tenaga kau dah full kan? Dah charge balik." Sinis.
Zuyyin baru nak buka mulut menjawab tapi sekali lagi dia menyimpan makiannya dalam hati bila Akif meninggalkannya terpinga-pinga.
“Huh! Terencat emosi!!” Zuyyin membebel seorang diri sebelum menolak troli itu mengekori Akif. Lepas ni, aku shopping sendiri-sendiri!
“Semuanya, RM126.90 cik.”
Cashier di kaunter menyebut jumlah yang tertera di skrin. Zuyyin tersentak, terhenti terus omelan tak puas hatinya kepada Akif. Zuyyin memandang cashier tersebut sebelum matanya di alihkan ke arah Akif yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arahnya, tidak jauh dari kaunter pembayaran. Tiada tanda-tanda Akif akan berganjak membayar harga barang mereka.
"Kedekut punya laki." Zuyyin kembali membebel sambil membuka dompetnya. Dan ketika dia selesai membayar harga barangan, Akif sudah tiada di situ. Nak mengelat dari angkat baranglah tu.
"Aku penat-penat angkat barang, kau duk bercinta kat sini. Bertuah punya laki."
Zuyyin membebel sambil berjalan menghampiri Akif yang sedang berbual dengan seorang wanita yang nampak elegan. Beg plastik penuh di tangan. Sengaja melambatkan langkahnya biarpun Akif sudah sedar akan kehadirannya.
"Apsal lambat?" Soal Akif sebaik Zuyyin berhenti di hadapannya. Wanita elegan tadi sudah pun berlalu tanpa sempat mereka bertegur sapa.
"Kau tak nampak ke tangan aku cuma ada dua je ni." Sarkastik.
"Troli kan banyak, belambak kat dalam tu. Yang kau bengap sangat tak guna troli tu apasal?" Lagi sarkastik dari ayat Zuyyin.
"Lupa." Sengih.
"Retard!" Akif buka kereta. Zuyyin letak beg plastik tadi di belakang sebelum masuk ke dalam kereta, duduk di sebelah Akif.
"Girlfriend kau ae tadi?" Sengih macam kerang busuk.
"Kenapa? Cemburu ke?" Sinis. Enjin kereta di hidupkan.
"Ewww.. Malam sikit." Buat gaya nak termuntah.
"Aku tau kau memang jealous." Gear di tukar ke D.
"Huh?" Tak faham.
"Sekarangkan dah malam, so means kau memang jealouslah!"
Sengih. Handbrake di lepaskan perlahan, kereta bergerak perlahan keluar dari kawasan pusat membeli belah menuju ke jalan besar.
"Sengal!"
Bibirnya di cebik, kepala di teleng ke tingkap kereta. Tengok pemandangan kat luar ni lagi best dari dengar suaminya merapu. Akif kalih ke kanan, tengok Zuyyin yang sedang terkumat-kamit memakinya dalam hati. Childish!
"Kau tak nampak ke tangan aku cuma ada dua je ni." Sarkastik.
"Troli kan banyak, belambak kat dalam tu. Yang kau bengap sangat tak guna troli tu apasal?" Lagi sarkastik dari ayat Zuyyin.
"Lupa." Sengih.
"Retard!" Akif buka kereta. Zuyyin letak beg plastik tadi di belakang sebelum masuk ke dalam kereta, duduk di sebelah Akif.
"Girlfriend kau ae tadi?" Sengih macam kerang busuk.
"Kenapa? Cemburu ke?" Sinis. Enjin kereta di hidupkan.
"Ewww.. Malam sikit." Buat gaya nak termuntah.
"Aku tau kau memang jealous." Gear di tukar ke D.
"Huh?" Tak faham.
"Sekarangkan dah malam, so means kau memang jealouslah!"
Sengih. Handbrake di lepaskan perlahan, kereta bergerak perlahan keluar dari kawasan pusat membeli belah menuju ke jalan besar.
"Sengal!"
Bibirnya di cebik, kepala di teleng ke tingkap kereta. Tengok pemandangan kat luar ni lagi best dari dengar suaminya merapu. Akif kalih ke kanan, tengok Zuyyin yang sedang terkumat-kamit memakinya dalam hati. Childish!
8 comments:
best ... jgn lupa sambung......
best2..
best2...
oh my...suwitt sggh la cite ni..akif ni romentik tp ego...hahaha..
nak lagi!!
hehehe...kelakr plak diaorang nih...
Sweet je akif ngn zuyyin ni...
Sweetnye.. enjoy je bace 👍 mne sambungan?
Post a Comment