Jun 18, 2011

Isteriku, 19 tahun! [6]


[6]

“Tak siap lagi?” Akif letak kasut di rak. Baru pulang dari kerja.


Bukan main lagi dia tengok sinetron, tak nampak ke jam tu dah pukul 7?


“Kalau aku tak pegi takpe kan?” Akif yang tengah longgarkan tie dia soal.


Rasa dia macam belum cukup segala perisai tuk menepis segala tohmahan dan sindiran.

“Kenapa?”

Dia duduk sebelah Zuyyin. Sejak akhir-akhir ni, rasa macam dia suka pulak duduk sebelah Zuyyin. Rasa macam “tempat” itu dia yang punya.

“Saja.” 

Berselindung. Takkan nak gitau aku gerun nak jumpa mak dia pulak? Naya.

“Jangan nak mengada. Siap cepat, pukul 8 kita gerak.” Akif dah bangun menuju ke bilik. Rasa rimas dengan badan yang melekit.

“Kena pergi jugalah ni?” soal diri sendiri. Mengeluh.

“Pukul 8 Zuyyin!”

Lantang suara Akif dari bilik mengingatkan dia, macam tau-tau je dia masih dok mengadap TV.

“Menyesal aku tak buat-buat sakit tadi.” Angkat punggung menuju ke bilik.

Tahanlah telinga, sabarlah hati. Mak Long takkan pernah bagi korang “hidup” senang.

Toyota Rush Akif di parking agak jauh dari banglo mewah pinggir jalan yang agak meriah dengan tetamu yang ramai. Semuanya datang nak meraikan pembukaan klinik baru Aiman.

“Jom.” Akif dah keluar dulu.

“Akif.” Tangan Zuyyin melingkar di lengan Akif.

Kot-kot boleh pinjam ketenangan Akif bila mereka bersentuhan macam ni.

“Rilekslah, Hanni kan ada.” Tangan isterinya di tepuk-tepuk.

Rasa macam boleh agak apa yang buat isterinya cuak macam begini. Mama!

“Ingatkan dah lupa jalan balik rumah.”

Maria berdiri di depan pagar dengan cemberut di muka. Ada dua tiga orang kawan-kawannya berdiri tidak jauh dari mereka. Asyik benar memandang ke arah mereka.

“Busylah Ma.”

Akif tunduk, mencium tangan mamanya. Tak ada salam, tak ada tanya-tanya khabar terus masuk mode perli-perli. Aish, Mama, Mama.

“Mama sihat?” Zuyyin hulur tangan nak bersalam.

“Abang dan ayah ada kat kanopi tu.”

Maria bergerak pergi tanpa sambut huluran tangan Zuyyin. Tak kuasa dia nak beramah kasih dengan Zuyyin. Laju kakinya menyertai kembali rakan-rakannya.


“Takpelah.” Senyum. Bahu Zuyyin di paut. Mengusap lembut memujuk.

“Dah biasa.”

Senyum hambar. Sekadar memandang kelompok yang di ketuai Mak Longnya menuding-nuding jari ke arahnya. Kutuk dialah tu. Bertahun dia hidup dengan kebencian Mak Long, setakat benda begini kecik tak jadi kudis kat dia.

“Yien!”

Hanni dah lari laju menuju ke arah mereka. Memeluk kakak iparnya erat macam dah bertahun tak jumpa, padahal baru dua minggu tak bertemu.

“Sudah-sudah, kang ada yang kena buat CPR kat sini.” Akif tarik lengan Zuyyin, menarik ke sisinya yang dah termengah di peluk Hanni.

“Takpelah, yang buat pun abang juga.” Sengih.

‘CPR? Aku dengan Akif?’ Tiba-tiba dia rasa kulit mukanya menebal. Malu dengan imaginasi sendiri.

“Weh, kau fikir apa sampai muka jadi pink macam ni?” Hanni gelak tengok muka Zuyyin yang dah memerah malu.

“Mana ada.”

Menafikan, padahal hati dah rasa lain bila Akif ikut gelak mengusik dia. Dahlah tangan Akif masih di lengannya. Nampaknya bersentuhan dengan Akif cuma mendatangkan debar di dadanya.

“Dah, dah. Ayah mana?” 

Akif ubah topic bila muka Zuyyin dah berubah riak. Tak pasal-pasal “hujan” isterinya nanti di sini.

“Heeh. Ada kat sana” Hanni tunjuk ke arah kanopi.

“Abang nak jumpa ayah jap. Adik temankan Zuyyin ae.”

Akif senyum pada Zuyyin sebelum laju menuju ke arah ayahnya.

“Jom, kita cari tempat duduk.” Tangan Zuyyin di tariknya mencari tempat.

“Ayien, aku nak angkat call jap. Kau okeykan duduk sendiri kat sini?”

Hanni hulur gelas air kepada Zuyyin. Tadi bibik datang bagi tau ada orang call rumah cari dia. Entah siapa, sibuk je!

“Okey, pergilah.”

“Jap lagi aku datang balik.” Senyum sebelum hilang masuk ke dalam rumah.

Zuyyin letak gelas di kerusi yang kosong di sebelahnya. Wajah Akif yang sedang berbual dengan Pak Longnya di analisa dari jauh.

‘Gila handsome rupanya laki aku ni.’ Sengih.

“Ingat apa sengih sendiri-sendiri ni?” 

Suara yang cukup dia kenal menyapa gegendang telinganya.

“Abang.” Senyum.

"Ayien lawa malam ni." Senyuman Zuyyin berbalas. 

"Malam ni je? Malam-malam lain tak ke?" buat-buat merajuk.

"Malam-malam lain abang tak nampak." Gelak mereka bersabung.

“Mana Akif?” Dia duduk di kerusi hadapan Zuyyin.

Zuyyin baru nak buka mulut bila dia dengar suara-suara bising di belakangnya.

“Eh, kamu dah nampak ke menantu si Maria?” Satu suara yang agak sengau kedengaran.

‘Rasanya dorang tengah cerita pasal akukan?’ Zuyyin pasang telinga. Terlupa pada soalan Aiman.

“A’ah. Muka dia mirip betul dengan muka mak dia kan? Entah-entah perangai pun sebijik macam mak dia juga. Kesian si Maria tu.”Kali ini suara sumbang pulak yang menyampuk.

'Dorang ni tak perasan ke aku ada duduk tepi dorang ni. Asyek bebenor mengumpat aku. Siap kutuk arwah ibu segala.'

Zuyyin ingin membuka mulutnya, cuba menepis kutukan mereka namun bila dia teringatkan Akif, niatnya terhenti. Dia tidak ingin membuat sesuatu yang mungkin menimbulkan kekecohan yang akan menyebabkan suaminya malu.

“Mana tak kesiannya, dulu mak sekarang anak. Kalau saya ni jadi Maria, saya pun tak nak bermenantukan keturunan macam arwah Islah tu. Tukar lelaki macam tukar baju."

Sebak. Rasa macam nak masuk zon leleh bila dengar makcik-makcik tu dok kutuk ibu. Cara dorang cakap, macam dorang memang kenal ibu. Kalau kenal, takkan tak tahu kalau ibu bukan macam dorang cakap tu.

“Ayien okey?”

Mengangguk. Matanya beradu pandang dengan mata simpati Aiman.

“Anak dia lagi kesian Jah, tak pasal-pasal kena kahwin dengan budak tu. Takut-takut, si Akif tu pun jadi macam..”

“Sayang kat sini rupanya, keluar masuk abang cari sayang.”

Akif yang muncul tiba-tiba membuatkan perbualan mereka terganggu. Berkerut dahi wanita-wanita seusia mamanya yang sedang rancak “menganyam ketupat”. Siapa yang Akif panggil sayang tu?

“A..”

Tersekat suara di kerongkongnya. Sebak bercampur terkejut. Sayang? Abang?

“Jom balik, tapi sebelum tu kita jumpa ayah dulu.”

Akif capai tangan Zuyyin, mengelus mesra di depan Aiman. Lagilah mata wanita-wanita itu terbeliak. Tak menyangka gadis yang dorang tengah kutuk ada di situ. Asyik benar mengumpat tanpa toleh kiri kanan inilah akibatnya.

“Eh, abang. Tahniah tau.”

Dia hulur bersalam dengan abangnya yang sedang terpinga tengok dia yang dah peluk bahu Zuyyin pulak. Muka Zuyyin tak payah cakaplah, pucat lesi tiba-tiba.

“Thanks. Nak balik dah?” 

Tone suara dah lain dah. Cemburu. Tapi bila dia tengok muka Zuyyin, rasa macam ada yang tak kena. Macam Zuyyin tak selesa. Dorang tengah belakon ke?

“A’ah. Malam ni kan malam jumaat.” Akif sengih gatal.

Volume suaranya di kuatkan. Sengaja, nak bagi makcik-makcik yang tengah bergosip itu dengar. Lagipun dia tahu, mesti dorang tengah pasang telinga cari cerita sensasi.

“Aish.” Zuyyin tolak bahu Akif. Tak senonoh!

“Malu pulak. Okeylah bang, balik dulu.”

Akif tumbuk mesra bahu abangnya sebelum memaut bahu Zuyyin. Erat hingga membuatkan Zuyyin boleh menghidu haruman tubuhnya.

“Ermm."

Langkah kaki suami isteri itu cuma di hantar dengan jelingan mata. Nak hantar sampai ke pintu, nanti banyak pulak benda yang sakitkan hati dia nampak lagi.

“Lepaslah.” Zuyyin meronta perlahan. Rasa lemas dalam wangian Akif.

“Diam, kalau tak aku buat lebih lagi dari ni.” Berbisik di telinga Zuyyin. Tepat-tepat  ketika mereka melintasi wanita-wanita kaki gossip itu.

“Mesra semacam je budak berdua tu? Akif tu tak macam kena paksa kahwin pun.” Salah seorang dari mereka bersuara.

“A'ah. Macam orang tengah hangat bercinta adalah. Bahagia je saya tengok." 

"Mungkin Maria je yang fikir macam tu. Prujedis sangat dengan menantu dia."

'Aish, tadi kutuk bini aku sekarang kutuk mama aku pulak. Semua benda nak di gosipkan. Lantak koranglah.'

"Masuk!" 

Akif tolak tubuh Zuyyin masuk dalam kereta. Kasar, hilang romantiknya tadi.

"Kau ni apa hal?" Bengang. Gila sakit cengkaman dia kat bahu aku.

"Pakai seatbelt tu." 

Zuyyin peluk tubuh di kerusi sebelah tanpa menurut arahan Akif. Benci bila di arah-arah Akif. Dah tu, tiba-tiba lagi menyinga tanpa sebab sedangkan tadi elok je panggil sayang-sayang.

"Seatbelt Zuyyin!" Keras. Matanya menikam pandangan mata Zuyyin.

"Huh! Baran tak sudah-sudah." Sentap aku macam ni. Seatbelt dia tarik kasar.

************

Dumn! Pintu rumah Akif tutup kasar sebaik mereka tiba di apartment.

"Kau ni kenapa?"

Handphone di tangan di letak atas meja. Baru selesai membalas mesej Hanni yang bertanyakan mereka kenapa pulang terlalu awal.

"Tiba-tiba marah tanpa sebab."

Zuyyin dah hilang sabar. Dari kereta tadi, sampailah kat rumah semua benda dia nak hempas. Dahlah bawa kereta tadi macam orang nak lumba F1.

"Kau tu yang kenapa?" 

Akif berdiri depan Zuyyin. Muka tegangnya jelas kelihatan.

"Aku?!" Apa yang aku dah buat sampai Akif naik berang macam ni sekali.

"Ya! Kau kenapa Zuyyin? Makcik-makcik tu kutuk ibu kau macam-macam Tapi kenapa kau cuma tercegat di situ buat bodoh?" 

Dah tu bergelak ketawa dengan abang Aiman macam benda tu tak jadi hal kat kau. Jangan cakap kau tak dengar pulak dorang kutuk ibu kau, aku yang duduk lagi jauh dari dorang pun boleh dengar dengan jelas apa yang dorang cakap kat ibu kau.

"Kau menyinga sebab tu je?" tak percaya.

"Itu je?" Akif geleng kepala. Tak percaya Zuyyin anggap benda tu cuma benda kecil.

"Habis tu kau nak aku buat apa? Marah dorang, maki dorang?" 

"Atleast do something to make them shut up! Bukannya kau dok bergelak ketawa dengan abang Aiman. Cara kau macam tu mengiyakan kata-kata dorang." Suara Akif dah naik selevel dari biasa.

"Apa maksud kau Akif? Kata-kata apa?" 

"Kau pun sama macam ibu kau! Tukar lelaki macam tukar baju!" 

Tanpa rasa, tanpa bersalah Akif membuat tuduhan.

"Akif!" 

Menggeletar tubuhnya di hadapan Akif. Kalau bukan kerana lelaki ini suaminya, lima jarinya sudah pasti hinggap di pipi Akif. 

"Ibu aku bukan macam tu. Dan aku takkan benarkan siapa-siapa pun hina ibu aku!" 

"Kau baru benarkan mereka hina ibu kau tadi." 

'Sebab aku taknak kau dapat malu, aku taknak buat kecoh di majlis keluarga kau, taknak maruah kau jatuh di khalayak ramai.' 

Kata-kata itu tidak terluah, tersekat di kerongkongnya. Sebak. Terasa air matanya akan menitis bila-bila masa sahaja. Dia ingatkan Akif berbeza, tapi Akif juga sama seperti mereka. Memandang hina pada ibunya.

"Kau tak faham Akif. Kau tak faham.." Setitis air matanya jatuh. 

"Then find someone who understand you."

Langkah kakinya di bawa ke bilik bila handphone Zuyyin atas meja berdering dengan nama "Abang Aiman" terpapar di skrin.

‘Dia mungkin faham kau.’ Dumn! Pintu bilik di hempas kuat.

Jatuh terduduk Zuyyin di ruang tamu rumah mereka dengan bunyi deringan telefon yang tidak bersambut.

“Aku benci kau Akif!!!”

Jeritannya kedengaran, bersama esak tangisan yang memecahkan kesunyian malam.

Prangg!

Buku limanya mendarat di cermin bilik mendengar jeritan kebencian Zuyyin. Meluahkan kemarahan. Kemarahan yang dia sendiri tidak pasti sebab apa. Marahkan kelompok makcik tadi, atau cemburu melihat Zuyyin dan Aiman berduaan. Yang pastinya, Zuyyin menjadi mangsa. 

Rasa bersalah tiba-tiba menerpa di hati bila mendengar tangisan Zuyyin. Namun egonya menghalang. Akhirnya dia cuma terduduk di situ tanpa berbuat apa-apa. Sekadar mendengar tangisan Zuyyin yang semakin kuat.

'Maafkan aku Zuyyin..'

Korang Comel Kalu Korang Like

5 comments:

Anonymous said...

ishhh.. akif nie... kot ye pom jelez, jgn lar lps kat zuyyin.. cian zuyyin.. huhu...
smbg laju2 erk writer.. best citer nie...

idA said...

alahai ...kenapala zuyyin tak cakap..geram sungguh akak...yg mamat poyo tu...pujukla bini ko..sbb dia kan tak ada sape sape..lagi..hanya bergantung hidup kat ko...
adik best..la ..citer ni..sambung lagi..ek...nak tau ..mamat poyo tu pujuk tak minah tu..kesian..nya...

SEPUTEH QASEH MURNI AFIRA said...

sambung cepat2 taw...tak sabo gile nk taw sambungannya...

shahree(uni) said...

smbung lgi plezzz.........xpuas bce nie...hehe...pepe pn cter nie best...hehe

Wild Cherry said...

alahai Akif ni bagi je r tau yg kau suke zuyyin... yg nk p sakitkan tangan tu nape? haish...