“Kau seriuskan?”
Hanni ulang soalan itu untuk kedua kalinya. Manusia yang lalu lalang di tepi meja mereka tidak di hiraukan. Rasa macam tak percaya dengan apa yang dia dengar. Tapi, bila tengok anggukan kepala orang di hadapannya ini, Hanni terkedu tanpa suara. Habislah abang Akif!
“Aku dah habis fikirlah Han, dari semalam benda ni juga yang main-main kat dalam otak aku ni. Aku toleh kiri, toleh kanan, depan belakang, juga atas dan bawah, masih juga benda yang sama aku nampak.” Zuyyin sengih. Sesekali matanya jatuh pada wajah-wajah pelanggan di Mc Donald itu.
“Okey. Tapi kau sure kea bang Akif tak akan apa-apa?” Hanni soal dalam sengihan.
“Hanni! His my husbandlah, I’m not going to kill him. Takkan aku nak racun dia pulak. Lagipun, mana ada orang mati makan spageti.” Cebik bibir geram. Nak sentaplah dengan kata-kata Hanni.
“Haha. Joke jelah. Okey, aku boleh temankan kau pergi beli bahan-bahan memasak nanti. Tapi, sebelum tu kita pergi kedai buku dulu.” Hanni dah angkat punggung, langkah kaki di bawa ke pintu.
“Watpe kat kedai buku?” Pelik. Beli bahan dapur kan pasaraya? Apa ke halnya nak ke kedai buku segala?
“Beli buku resepilah. Tak adalah kau nak terkial-kial memasak nanti.” Hanni bagi cadangan bernas untuk kakak iparnya.
“Oh, betul juga. Setuju!” Sengih. Dia bagi dua thumbs up untuk Hanni.
“Dalam masa yang sama, tuk prevention abang Akif dari kena poison food.” Haha. Gelak.
“Chait!” Zuyyin cebik bibir lagi. Nak merjuklah macam ni.
“Haha. Rilekslah Yien. Tapikan, sejak bila kau pandai merajuk ni kak ipar oi?”
Hanni tanya dalam gelak kecilnya. Ada kepelikan yang dia perasaan pada Zuyyin. Sepupunya yang sudah mengajar hatinya menjadi keras selama ini mengapa mudah sekali sentap hatinya sekarang?
“Well..”
Menggantungkan kata-katanya dengan sengihan di bibir. Kerana pastinya, wajahnya yang akan memerah di akhir nanti. Hanni, boleh tahan bila mengusik.
‘Sejak abang Akif kau tu dah pandai memujuk!’
Kata-kata itu, di simpan di dalam hatinya cuma. Cukuplah dia dan hatinya yang tahu. Juga Akif, suatu hari nanti.
Bunyi keletung keletang yang menghentam telinga membuatkan langkah kaki Akif terhenti di hadapan pintu rumah. Agak membingitkan telinga. Bila yakin bunyi bising itu datangnya dari dalam rumah, laju dia seluk poket. Menggagau-gagau mencari kunci rumah. Zuyyin sedang buat renovation rumah ke?
“What are you doing Zuyyin?” Akif soal sepatah-sepatah. Berkerut dahinya melihat Zuyyin yang tengah dengan ‘berperang’ di dapur.
“Dinner.” Sengih.
“Dinner?” Akif ulang balik kata-kata Zuyyin dalam bentuk soalan.
“Yup! Aku masak spageti.” Sengih lagi.
“Spageti?” Akif dok ulang lagi. Dinner? Okey, I can see it. Tapi, masak spageti? I cant believe it.
“A’ah. Kau pergi mandi dan solat. Usai dah, kita makan. Okey?” Zuyyin tolak badan Akif yang sedang termangu di muka pintu dapur.
“Aku tak rasa tinggalkan kau seorang di sini satu tindakan yang bijak. Based on your skill burn, it makes me worries.” Gelengkan kepalanya. Masih tak berganjak dari tempat dia berdiri.
“Chait!” Mendengus geram. Itu jelah yang kau tau, sinis dan sarkastikus 24 jam 7 hari seminggu.
“Aku cakap benda betul kot.” Sengih.
“Aku okeylah. Dah, sho, sho. Jangan ganggu konsentrasi aku memasak.” Sekali lagi dia cuba menolak tubuh suaminya. Sampai bila nak jadi pak pacak kat situ?
“Jaga baik-baik dapur ni.” Perli dalam sengihan.
“Pergilah!” Kali ini tanpa memerlukan sebarang tenaga, dia berjaya menghalau Akif. Gunakan sahaja suara lantangnya.
“Orang pergilah ni.” Gelak.
Kaki Akif melangkah pergi namun berhenti di sebalik dinding dapur. Menjengukkan kepalanya mengintai isterinya di dapur. Masih ragu-ragu sebenarnya meninggalkan Zuyyin sendirian di situ. Bimbang.
“I’m not going to burn your kitchenlah!” Melengking geram suara Zuyyin dari dapur. Rasa macam hendak di baling senduk di tangan ke arah Akif yang terjenguk-jenguk mengintai dia.
“Haha. Okey, okey!”
Akif pantas berlalu pergi, kali ini terus menuju ke bilik. Langkah kakinya di iringi dengan gelak kecil kerana terkantoi on the spot ‘mengskodeng’ isteri sendiri.
“Mencik tollah! Cuba-cubalah percaya kat aku. Memanglah aku ni baru 19 tahun, tapi aku ni bini dia. Aish! Macam #@*#%-+!” Zuyyin mengomel semdiri dengan tangan lincah menyediakan bahan. Di atas meja, buku resepi sedia terbuka.
“I tought spageti supposed to be red, not black.”
Akif tarik kerusi di meja makan. Sepinggan mee spageti di atas meja dia pandang pelik. Agak lain dari biasa. Kalau yang bersos putih itu biasa juga dia makan. Tapi, yang agak kehitaman seperti ini, dia belum pernah jumpa di mana-mana. Zuyyin bukan masak mee gorengkan?
“Ini resepi baru, kau mana tau. Aku dapat resepi ni buku Sheila Rusly okey!”
Zuyyin bela diri. Kalau di ikutkan hatinya, ingin sahaja dia call Hanni sekarang. Kalau bukan sebab Hanni sibuk update statusnya di twitter, mesti dorang tak akan lupa beli kesemua bahan. Ni, tak pasal-pasal dia terfitnah Sheila Rusly. Maunya dia kena sue nanti kalau Sheila Rusly tau.
“Kau bukan masak mee gorengkan?” Sengih. Tak payahlah nak kelentong. Macamlah dia tak boleh nak bezakan antara sos dengan kicap.
“Boleh tak kau tutup mulut kau dan makan. Lagipun, belum ada orang mati kena poison food makan spageti kicap.” Bengang. Awaslah Hanni, jumpa dengan dia nanti taulah macam mana dia kerjakan Hanni. Sebab Hannilah sos pregonya bertukar kicap.
“Memanglah belum ada yang mati, sebabnya ini spageti kicap yang pertama di dunia ni. Itulah, kalau kau ada madukan senang. Boleh ajar kau masak spageti.” Ujar Akif dengan gelak besar. Bertambah besar gelaknya bila melihat muka Zuyyin yang sudah masam mencuka. Kenapa perempuan sangat benci dengan isu honey-madu ni? Tak faham dia.
“Nak makan pun banyak cakap. Tak payah makanlah!”
Pinggan di depan Akif di tariknya kasar. Kalau tau dia bakalan kenyang dengan sindiran Akif, lebih baik dia sedekahkan sahaja spageti hitam itu ke mulut tong sampah. Biar Akif lapar sampai ke pagi. Takpun, suruh sahaja bakal bini baru dia tu masakkan.
“Nak ke mana tu? Cakap sikit nak melenting, nak merajuk. Kau memang tengah datang bulankan?” Tangan Zuyyin di tariknya perlahan. Memaksa Zuyyin duduk semula di hadapannya.
“Kaulah, suka sakitkan hati orang.” Dalam pada marah itu, di turutnya juga arahan Akif. Zuyyin duduk di hadapan Akif, pasang muka cemberut bonus mulut terherot-berot.
“Dah, dah. Makan cepat, lapar dah ni.” Sudu dan garfu atas meja di capai, di hulur kepada isterinya.
“Akif, tak payahlah makan ni.” Tiba-tiba dia rasa cuak dengan masakan sendiri.
“Kenapa? Kau tak ada letak julap kan? Tak ada letak racun?” Soal Akif senafas.
“Aish, ada pulak. Kau seorang sahaja suami aku, takkanlah aku nak bunuh kau pulak.” Sengih. Bajet macamlah dia boleh kahwin lebih dari satu.
“So, maknanya ia selamat untuk di makan”
Terus menyuap masuk dalam mulutnya spageti itu dalam mulut selepas membaca doa makan. Tak teragak-agak. Yakin sahaja muka Akif.
“Err..” Zuyyin bersuara teragak-agak. Segan pulak rasanya dia ingin bertanya tentang rasa masakannya.
“Kalau nak banding dengan masakan hotel lima bintang dan restoran, memang bawah kakilahkan. Tapi, berdasarkan prestasi memasak kau ni, kira okeylah ni. Lepas juga kat tekak aku.” Senyum.
“Eh?” Sengih dengan mata yang masih tertancap di wajah Akif. Ada satu perasaan yang lain bertandang di hatinya saat itu. Mengusir terus perasaan jengkelnya pada Akif.
“Kenapa?” ujar Akif. Pelik melihat isterinya yang tidak lepas lagi memandangnya. Zuyyin tak akan kenyang dengan hanya melihat wajah kacaknya.
“Terharu. Kau makan juga spageti hitam aku.” Rasa macam nak masuk zon leleh kejap. Hingus yang terasa macam hendak mengalir keluar dia tarik masuk semula.
“Lorh, isteri aku yang masak mestilah aku makan. Biarpun, rasanya agak.. Ehem-ehem, faham-faham sendiri dahlah. Tengok warna dan bentuk pun kau dah boleh agak rasanya macam mana. Haha.” Kenyit mata. Emo betul isterinya ini.
“Chait! Ada juga yang kena baling dengan garfu ni.”Cebik bibir. Manja aje gayanya.
Akif mungkin sinis dan sarkastik 24 jam 7 hari seminggu dengan dia. Akif mungkin tak romantik macam suami orang lain, tak ‘manis’ macam lelaki lain. Tapi, suaminya ini lagi manis, lagi romantik dengan caranya tersendiri. Dalam sinis, ada manisnya. Dalam sarkastik, ada romantiknya. Dengan caranya yang tersendiri itulah Akif berjaya membuatkan ritma jantungnya sekali lagi laju dari biasa!
7 comments:
sumpah best citer nie . . sweet laa zuyyin n akif nie . . tak sabar nak tunggu citer ni di-update ! ;D
sweet...sweet...sweet...best!!xsabo nk tnggu n3 bru..
lawak la zuyyin..cam ne prego leh transform jdik kicap lak ?? haha.. pape pon memang best dude ! nak lagi entry baru ;)
haha..lupe beli bhn kuah spagetti plak tu..adoi...haha
spageti hitam? Sdp kot.. Ahakz
spageti kicap?? haha... tak sabar la nak tggu n3 baru.. kalau buleh dalam sehari 2 nak je baca n3 ni banyak2... hihikk...
Banyk grammartc erro laa.. His my hbnd.. Patut nya jadi HE is my hubby.. N i tought patut jadi I THOUGHT :) yg laain cun.. Tpi bb bahasa inggrs mmg failed !! Takyah guna unn takpa.. Just guna bahasa melayu lagi okay :)
Post a Comment