Sep 5, 2009

paiNKiLLeR

Hello miss D…
Hari nie aku rasa penat sangat-sangat…
Macam nak nangis pun ada..
Napa dia suka kacau aku ya miss D.??
Aku sakit hati tol bila ingatkan pasal dia taw…sakit hati…!!!!
Tau tak dia buat apa tadi,dia sorokkan kasut aku..
Macam pengemis je aku balik kelas tadi..
Suma orang gelakkan aku tau…eee,sakitnya hati aku…!!!!

Bukk..!!!
“adoi..!!!sakitlah woi..!!!”

Aku menggosok-gosok lenganku yang di tampar Kiki tadi.Pedihnya…bisa..
Tanpa mempedulikan jelingan mautku,kiki dengan selamba kodok duduk atas katil aku.
Patung Keroppi hadiah dari abah tuk hadiah hari jadiku ke-17 dicapainya dan di peluk erat..
Hmmmm….harum,bau kedai lagi…huhuhuhu

“kehkehkehkeh…tuelah ko,melamun lagi..x abis-abis ko dengan miss D ko tue…
Kalu makan boleh kenyang takpe,nie datangkan penyakit adalah…”

Kiki nie,bestfren aku..sejak aku jadi pelajar sekolah nie,kitaorang dah jadi kawan..
Bilik dia nun kat tingkat atas tapi suka benar melancong di bilik aku..Bilik aku,Nita dan Lily nie selalu jadi
bilik tuk kitaorang buat mesyuarat a.k.a bergossip..Tue yang bilik kami nie selalu panas,tempat buat dosa..ishk ishk…taubat-taubat…

“sekarang pukul berapa erk?
Ko dah mandi ke..?”ujarku tanpa memandang wajah kiki..

Pandang pun bukan dapat duit…huhuhuhu
Lagipun aku dah agak dah jawapan dia..
Kalu hari jumaat,jarang benar budak nie mandi awal..

“dah pkul5 nie..
aku mandi malam le,lagi pun malam nie kan free night..”

Ha..!!aku dah agak dah..hehehehe…

“apa kes ko dengan Alil tadi..???
Aku tengok bukan men marah lagi ko dengan dia..”

Bila mendengarkan nama lelaki tu,spontan darahku naik hingga ke kepala….
Benci tol aku dengar nama mamat tue…allergic aku terus…

“aku pun tak taw lah apa yang tak kena ngan mamat tue..
Setiap hari ada je yang dia tak puas hati dengan aku…
Asal Nampak aku je,otak jin afrit dia tue terus bekerja nak jahanamkan aku.
Asal otak jin afrit dia tue on je,mesti bila dia nampak aku..
Ai,aku pun tak tahulah napa..”

Bila aku pikir-pikir balik,aku memang komfom tak ada dendam dengan dia..
Dah penat aku flashback,refresh balik aku punya ingatan nie tapi aku tak jumpa apa-apa yang boleh di jadikan alasan yang konkrit tuk dia jadikan alasan tuk jahanamkan hidup aku..

“peliklah korang nie…
Aku pun tak paham..bermusuh kalah anjing ngan kucing..
Tom and jerry tue pun dah jadi bestfriend tau..”ujarnya bersahaja..

Aku tersengih cuma dengar ayat terakhirnya tue…Gila cartoon tol minah nie..

“dia tu yang cari pasal dengan aku dulu taw..
Aku tak buat apa-apa pun..macam tadi,boleh pulak dia pi sorokkan kasut aku..
Berkaki ayam moden (sebab aku pakai stoking,ayam tak)aku pulang ke kelas tau..
elok-elok aku dah sampai kelas,bila aku tengok bawah meja
kasut aku elok je dia letak kat situ..mana aku tak mengamuk..”

Masih terbayang-bayang sengihan bodoh Alil di kelas tadi..
Ayatnya yang tak kurang bodoh tue pun masih terdengar-dengar di telinga aku..jadi muzik yang sumbang sekali..jual kat pasar malam pun tak ada orang nak beli..

“eh Echa..sowri lah sesangat..aku dah kejar kasut ko tadi tapi kasut ko tue bapak laju die lari..
Alih-alih aku tengok kasut ko dah selamat parking kat bawah meja..
Pergh..!!hebat kasut ko,mesti sekali je amek test JPJ dulu…hahhahahha”

Aku rasa macam nak jadi bini
Harry Potter je time tue,bermadu dengan Ginny pun tak apa..Boleh aku suru laki aku tue buat sumpahan “avada kedavra” Kat dia time tue jugak..Biar lenyap terus dari pandangan mata aku nie…sakitnya hati aku….!!!Dah bengkak bernanah nie…MAK…!!!Tolong Echa mak…

“apa…??dia jinjing kasut jo bawa balik kelas..???
Dan ko balik ke kelas ber kaki ayam..???”

serentak tue jugak ketawa kiki pecah…
Tak terimagine macam manalah kawannya tue balik kelas dengan tak pakai kasut,muncung pulak
Panjang sedepa..pasti berilo-kilo sumpah seranah Echa kat alil..
Hahahahahahahahahaha…….
Echa menjeling Kiki tajam…Sakit hati bila kawan baiknya sendiri turut tumpang dua kaki gelakkannya..
Siap sedialah Alil,bisuk pagi-pagi aku buat kira-kira dengan ko…

****************************

“Ya,aku selamba je jinjing kasut dia bawa balik kelas..
Kesian minah tue balik kelas pakai stoking je..Hahahahah..”

Dan muncung dia,mak oi boleh buat hanger…Mesti sepanjang perjalanan ke kelas aku dapat berbakul-bakul sumpah seranah dari Echa..Mulut dia tue boleh tahan jugak lasernya,sekali buka mulut boleh checkmate orang di buatnya..Tapi serius cakap,dia comel sangat-sangat bila nampak kasut dia dah dulu sampai dari kaki dia..Dah tue,elok je parking bawah meja dia…Hehehehehe..

“aku heranlah…napa ko suka kacau Echa tue..??”

Tanya Malik sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya..Cerita Alil betul-betul buat dia ketawa sampai mengalir air mata..kebetulan tadi,Dia dan Kiki,kawan baik Echa keluar awal kerana bertugas di kantin..
Ketika itu mereka berada di makmal Kimia di tingkat bawah sekali dan kelas mereka berada di tingkat 3,tingkat atas sekali..bayangkan macam manalah Echa naik ke kelas tadi dengan tak pakai kasut..Kesian Echa…Kadang-kadang dia tertanya-tanya apa yang Alil fikirkan bila dia buat plan nak jahanamkan hari-hari Echa yang indah..
Jangan-jangan Alil suka kat Echa….

“Ko suka kat dia ke..??”

Alil yang masih ketawa terdiam sebentar sebelum menyambung balik ketawanya…
Sekadar menyembunyi debaran yang tiba-tiba bertandang…SUKA…???Errkk…..


Pagi sabtu yang indah…..
Aku bangun pagi dengan senyuman manis cantik di bibir…Hehehehe…
Hari nie,kau akan tawlah sapa Aisya Humaira …..tunggu hadiah aku Alil a.k.a jin afrit..

Kelas 5 Sains 1…

Alil yang duduk di hujung kelas kelihatan resah..
Sesekali dia cuba bangun tetapi bagai ada sesuatu yang menghalang..
Ishkxx..apa benda kat kerusi aku nie…lain macam je..pehal aku tak dapat bangun nie…bontot aku dah macam melekat kat kerusi nie..takkan dah tergam kat kerusi nie kot..
Adoi,sapa yang jahanamkan aku nie…jangan-jangan….
Pantas matanya dilarikan ke belakang..mencari-cari kelibat Echa..
Echa yang sedari tadi mengawasi gerak geri Alil pantas membuat tanda bagus dengan ibu jarinya bila pandangan mereka bertembung..Bibirnya menguntum senyum..Sinis..
Dia tahu,pasti perbuatan Alil semalam sudah terbalas…Hahahahahaha
Alil melepaskan keluhan keras…
Echa..Echa….

“FahreL Shafiq…awak pergi depan,buat soalan no.3..
Aisya Humaira,awak buat soalan no.4”

Sudah….dalam banyak-banyak kelas tambahan kenapa baru hari ni Cikgu Widya nak aku jawab soalan pulak..dengan keadaan aku yang tengah darurat nie…Dah tue,napa suruh Echa sekali..
adoi,amacam aku nak bangun nie..Mesti minah tue bertambah poyo pas ni..
Echa dengan penuh keyakinan melangkah ke hadapan..Seminit berlalu,soalan kimia siap berjawab..
Tapi Alil masih membatu di kerusinya…

“Fahrel,kenapa tak bangun lagi..??
Tak boleh jawab soalan nie ke..??soalan senang macam nie pun tak kan tak boleh jawab..
Esok-esok,macam mana nak nak jawab SPM..??”

Nie yang aku malas nie…Aku bukan tak boleh jawab,tapi masalahnya aku tak boleh nak bangun..
Aku dah melekat kat kerusi aku nie…Huarggghhhhh…!!!

“bukan tak boleh jawab cikgu…tapi…..”
“tapi apa…???”
“err….saya dah melekat kat kerusi nie…tak boleh nak bangun…”
“MELEKAT..????!!!!...”

Malunya…nie suma Echa punya pasal ar nie…
Tak pasal-pasal aku kena gelak..Bapak kuat gam dia guna tue..
Agak-agak dia pakai gam apa?gam gajah pun tak kuat macam tue…Koyak seluar aku..

*********************************

“Aku pakai gam tampal kasut..
Hahahahahaha,padan muka dia…”

Pulang dari kelas,aku cerita semuanya dekat Kiki…
Berair mata kawan aku tue gelak..Mesti dia terbayang macam mana kuatnya gam aku sampai seluar Alil boleh koyak bila Cikgu Widya paksa dia berdiri tadi..Nasib baik tak ada tayangan free tadi..
Hahahahahahaha…

“Echa..Alil nak pindah sekolah..Tadi kitaorang jumpa ayah dia kat ofis sekolah,”ujar Lily yang tiba-tiba muncul di balik pintu yang tertutup rapat..

“PINDAH..???”
Entah kenapa hati aku tiba-tiba sakit,sayu mendengar khabar yang Lily bawa..
Bukankah aku sepatutnya gembira,selepas ini tak akan ada lagi jin afrit yang kacau aku…
Tapi kenapa aku rasa sedih pulak,eh…kenapa aku rasa macam nak nangis nie..???

“Echa,ko okey ke..??
Napa ko nanges nie..??”

Aku nanges..??tapi kenapa..???kenapa aku nak nanges pulak..??

“Echa….Ko..ko suka Alil ke..??”
SUKA..?????aku tak tau..Yang pastinya,aku tak nak dia pindah sekolah..
Aku taknak ..Taknak Dia tinggalkan aku…Aku taknak..
Perlahan-lahan tubuhku di tarik lembut,sesaat kemudian aku sudah mengalirkan airmataku di bahu Kiki sambil di tenangkan oleh Lily..Hanya esakan dan airmata ku yang mampu menjawab soalan Kiki tadi..Tapi rasanya mereka tahu jawapannya…

“Kenapa Kau nak jumpa aku..??”

Berita yang Lily bawa seminggu yang lalu ternyata benar belaka..
Hari ini hari terakhir aku bercakap dengan Alil..Sedaya upaya aku sembunyikan perasaanku dari dia..
Aku tak mahu dia tahu yang sudah berkabung selama seminggu sejak aku tahu yang dia akan tinggalkan sekolah nie..Lebih tepat lagi,bila aku tau yang dia akan pergi jauh dari aku…Jauh..

“Aisya Humaira..Maafkan semua salah aku pada kau..Hidup baik-baik..”

Hanya sebaris ayat itu..Hanya itukah yang ingin dia sampaikan..???
Aku Cuma mampu mengiringi pemergian Alil dengan ekor mataku…
Dan perlahan air mataku mengalir di pipiku…Mak,kenapa sakit sangat putus cinta…???
Alil,aku pun nak minta maaf kat kau..Alil,aku tak nak ko pindah..Aku tak nak ko tinggalkan aku..
Tapi sayang,kata maaf dan rayuanku Cuma di dengar oleh diriku sendiri dan Alil terus berlalu pergi…

******************************





Hello miss D…
Aku rindukan dia…sangat-sangat..
Tapi aku akan jalani hidup ini dengan tabah..
Hingga hari yang dia janjikan tiba,aku akan hidup baik-baik…
SPM pun tinggal 3 bulan lagi,aku akan lakukan yang terbaik..
Okey miss D..
Aku study dulu ye..
Fahrel..Kita rindu awak..

Aku tutup diari hijauku sebelum meletakkannya di bawah bantal..Sepucuk surat bersampul merah ku keluarkan dari laci..Merah,warna favourite Alil..Hehehehe…

Assalammualaikum Aisya Humaira….

Echa..
Alil minta maaf..Alil selalu kacau Echa dulu..
Tahu tak kenapa Alil selalu kacau Echa..??sebab Echa nampak
Cute marah macam tue..Comel..Hehehehehe..
Tapi Alil silap,rupanya Echa lagi cute bila Echa senyum..
Echa umpama Painkiller dalam hidup Alil..
Echa jadi ubat bila Alil dalam masalah..Biarpun tak mampu
menyembuhkan tapi ia mampu buat Alil lupakn kesakitan buat seketika…
Echa…
Sebagai manusia,Alil sayangkan Echa…
Dan sebagai seorang lelaki,Alil cintakan Echa..
Tapi Alil telah di didik untuk mengejar Cita-cita kebih daripada cinta..
Satu hari nanti,Alil akan kembali pada Echa dan pada masa itu Alil akn berdiri
di depan Echa sebagia seorang lelaki yang boleh Echa bergantung harap..
Till the day tiba,please hidup baik-baik..
P/s: Jangan main mata dengan lelaki lain,Alil dah “chop” Echa dulu…

Painkiller..???Wakakakakk..!!!!Otak doctor ar mamat tue..Nasib baik dia tak cakap aku Vitamin ke,aspirin ke,tak pun ubat Gegat…Hahahhaha..!!!
Tapi apa pun,aku kiranya bangga jugak sebab jadi painkiller dia…kembang lubang hidung aku jap…
Surat Alil yang di sisipnya dalam buku Kimia ku dulu ku kucup sebelum ku masukkan semula ke dalam sampulnya dan ku kembalikan ke dalam laci…
Echa janji akan hidup baik-baik Alil..Dan Echa janji,bila kita jumpa nanti Echa jugak akan berdiri di depan
Alil sebagai seorang wanita yang setanding dengan Fahrel Shafiq..Sebab Echa jugak di didik untuk mengejar cita-cita lebih daripada cinta…
Hingga hari itu tiba,kita berdua akan hidup baik-baik… Korang Comel Kalu Korang Like

No comments: