“Aku
terima nikahnya, Nurul Aleeza Arshidah
binti Abdul Razak, dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”
“Sah?”
“Sah?”
“Sah!”
“Alhamdulillah…
**********
Apartment
Persanda 3..
Master
bedroom itu “berkonsert” lagi. Lagu-lagu dari lappy Acer di atas katil tepi
tingkap itu melalak lagi untuk kesekian kalinya seperti pagi-pagi hari minggu
sebelum ini. Iya-iya je Bruno Mars melalak, mengajak gadis entah mana kahwin
dengan dia.
“Za,
aku nak tidur..” Ada suara menggumam dari bawah gebar di katil sebelah.
“Ain,
dah pukul sepuluh pagi.” Za buat pekak, buat tak faham dia dengan kata-kata
Ain.
“Mengantuklah.”
Kali ini, suara Ain kedengaran lebih jelas. Terjegul kepalanya dengan rambut
menggerbang di balik comforter yang sudah di turunkan hingga ke paras dada.
Matanya sembab!
“Bukan
selalu aku berjaga pun kan? Semalam tu aku excited nak tau ending movie tu, tu
yang tidur pukul empat tu.” Ain menguap lagi, di tenyehnya mata yang masih
mengantuk.
Kalau ikut hati, memanglah dia sambung tidur. Tapi kalau speaker Lappy Za itu dah boleh buat orang pengsan sedar balik, memang taklah kan dia boleh sambung lena yang terganggu tadi. Za ni, kalau orang suruh guna earphone, bukan main banyak lagi alasan dia. Takut pekak katanya. Tapi, selamba dia je buat orang di sekelilingnya pekak dengan sound lappy yang agak-agak dah macam nak buat konsert Search itu.
“Kau
tengok movie apa?” Za dah mula mencoret-coret atas A4 paper.
Dia
mana suka cerita sedih-sedih ni, mati-mati segala ni. Dia cuma suka cerita yang
berakhir dengan frasa “and, they live happily aver after..” je. Kalau tengok
cerita sedih macam tu, memang banjirlah dia, memang mengkayakan syarikat tisu
je kerjanya nanti.
Sukalah
dia, dapat kenakan Za. Mana taknya, dulu time tengok cerita “Ombak Rindu”, satu
rumah mode feeling-feeling sebak nak keluar air mata, touching tengok adegan
Hariz Izzah. Za si hati kering, duk sibuk mengajuk slanga si Datuk Sufiah.
“Hariz
sudah pandai boh-hong sama ibu.”
Yang
tu boleh tahan lagi, bila Za mengajuk
yang ni…
“Hariz ingat ibu apa, tong-gol?”
Pecah
gelak dorang. Hilang terus mood nak layan feeling-feeling sebak meleleh segala.
“Datuk Sufiah” tu pun, agak-agaklah nak di bentuk sangat huruf-huruf vocal tu.
Mana dorang tak mengekek ketawa.
“Eleh..”
Tersungging bibir Za naik ke atas, mencebik.
Hati
batu? Itu bukan satu penghinaan lagi baginya. Dah lali dia dengan
gelaran-gelaran begitu. Eh, dia pelajar tahun kedua Biomedical Sciences okey,
dia taulah hati tu di made up daripada apa.
“Tapikan
Za, Haruma Miura tu ensome kot. Hampir-hampir aku mimpi basah semalam.” Ain
mengekek ketawa.
“Amboi
kau, gatal!” Gumpalan kertas di atas meja, melayang hampir kena di dahi Ain.
Targetnya tersasar, gumpalan kertas selamat masuk dalam bakul pakaian kotor
Ain.
“Kau
ni, taulah tengah study Repro system, tapi otak tu janganlah kuning sangat. Aku
mimpi jadi Yui Aragaki kot, kan ada scene main-main air tu.” Sekali lagi Ain
mengekek ketawa bila muka Za berubah masam. Tak puas hatilah tu, Ain berjaya
kenakan dia.
“Nak
mandilah ni. Nanti, tengah hari sikit kita keluar beli barang dapur tau.”
“Okei.”
Matanya tidak beralih sedikit pun dari skrin lappy.
“Zaaaaaa..” Enam harakat Ain panggil nama
roommate dia.
“Apa
lagi cik Nurul Ain?” Geram, mengganggu sahaja kerja budak ni.
“Mamat
‘merantauboy’ tu tak update blog dia lagi.” Gelak.
Tau
sangat dia apa yang di kusyukkan oleh Nurul itu. Buat toturial konon, pi dahhh!
Tangan memanglah tengah pegang pen, tapi mata tu sibuk baca post si blogger
mamat ‘merantauboy’. Itupun, post update
dua bulan lepas yang Ain comfirm Za dah boleh hafal patah ayat yang mamat tu
tulis.
Alah,
setakat tulis “Busy sikit, nak final dah. Doakan saya” dengan icon
smiley-smiley tu, memori dengan capacity 512mb pun boleh hafallah.
“Aku
bukan baca blog dia pun.” Laju Za pangkah tab yang terbuka. Alamak, kantoi!
“Haha,
iyelah kau. Nanti kita cari Haruma Miura kat Tesco tu, boleh tanya dia napa
merantauboy tak update blog dia.” Gelak, lagi kuat dari tadi.
“Peh-lisslah!”
Menyampah.
**********
Dia
tengah melepak-lepak di depan TV dengan hati yang lapang, selapang padang golf
dua jam lepas sebelum ibu membawa perkhabaran yang membuatkan adrenaline dia
berkerja overtime lagi pagi itu. Ingatkan, balik rumah di hujung minggu boleh
melupakan tension, ni tambahkan dos ubat magraine dia adalah.
“Semalam,
Mak Long Sakinah ada called.” Tu mukaddimah Puan Aihara, ibu dia.
“Mak
Long Sakinah?” Okei.. Mata dia, masih kat skrin TV plasma 48 inci yang Abah
baru minggu lepas.
“Hurmm..
Mak Long cakap, lagi seminggu Ejan balik.”
Lembut
betul suara Puan Aihara, takut si anak yang kusyuk tengok Pineas and Ferb itu
terkejut dengan berita yang dia sampaikan. Tapi, tengok dari gaya anak
perempuannya yang tengah duduk bersila atas sofa tu, terkekeh ketawa tengok
kartun, dia tak rasa Jan dengar apa yang dia cakap.
“Oh..
Hurmm..” Dengan mata masih di skrin dia melayan bicara ibunya.
Kesian
betul Candace ni, asyik kena buli dengan adik dia. Nasiblah dia tak ada adik,
kalau tak maunya meroyan macam Candace, tekanan dapat adik yang terlebih pintar
macam Pineas dan Ferb ni. Hahaha.
“Mak
Long kata, seminggu dua lepas Ejan balik dia nak buat majlis korang. Buat yang
kecil-kecil je, tapi nanti kita buat ikut adatlah. Arwah nenekkan pernah pesan,
nak majlis korang tu buat ikut adat, jadi kiranya Mak Long tu nak buatlah macam
yang arwah nak. Nurul, okey tak?” Puan Aihara tak pasti kalau anaknya itu
menghadam setiap maklumat yang dia salurkan, tapi dah tanggungjawab dia untuk
meyampaikan amanah orang.
“Okey.”
Dan, dia mengekeh ketawa lagi bila lagi sekali Candace gagal buktikan adik-adik
dia buat hal. Tulah Candace, kerja asyik cari kesalahan orang je.
“Nurul
Aleeza Arshidah, dengar tak Ibu cakap apa tadi?”
Aish,
anak aku seorang ni. Dari tadi, di jawabnya sepatah sahaja, mana nak tahu dia
dengar ke tak apa yang aku cakap tadi. Tergeleng-geleng kepala dia melihat
Nurul, umur dah 21 tahun pun masih lagi tengok kartun ke?
“Dengarlah
Bu.” Za sengih, menutup kesalahannya acuh tak acuh melayan bual si ibu.
“Kalau
dengar, ibu cakap apa?” Puan Aihara menyoal, saja nak test anak sendiri.
“Jan
balik minggu depan, jadi Mak Long nak buat maj.. lis.. Apa bu? Jan balik minggu
depan?!” Naik seoktaf suara Za, terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut
sendiri. Kalut!
“Ha,
“dengarlah” sangat..” Puan Aihara dah sungging senyum sinis di bibir bila melihat reaksi anaknya. Bila dah hadam betul-betul maklumat tu, baru rasa nak
melatah ke Nurul oii?!
“Nurul
dengar..” tapi, Nurul tak dengar betul-betul.. Dia membela diri, dalam hati je.
Jan
nak balik dah? Mak Long nak buat majlis selepas seminggu dua Jan balik..
Maksudnya, majlis kahwin dorang? Majlis kahwin Nurul Aleeza Arshidah dan Ahmad
Fezwan?
Gulp!
Za tertelan air liur sendiri..
**********
Title:
Surat Cinta Untuk Isteriku..
Assalammualaikum...
Wahai
isteriku yang cantik jelita (Ayat manis membeli jiwa!)
Buat
apa? Okey, tak perlu jawab. Abang tahu awak tengah tengok bola, awak tak suka
bila Chelsea dah kena leading MU 0-2. Hahaha~
Ini,
surat pertama abang untuk awak. Baca pelan-pelan, tak perlu laju-laju.
Awak
tahukan, abang memang tak kacak. Tapi kalau setakat nak bandingkan dengan Aaron
Aziz, kacak lagi abang. Sebab abang ada lesung pipit, Aaron Aziz tak ada. Abang
tahu, awak setuju abang kacak, sebab itu abang sayang awak. Ehem!
Ibu
cakap, awak malas masuk dapur. Tak apa sayang, sesungguhnya suami mu ni
kepakarannya adalah memasak. Dan sesungguhnya masakan kegemaran abang adalah
Maggi segera perisa Tomyam. Sebut apa saja, nak makan ayam? Laksa? Kari? Abang boleh
siapkan dalam masa dua minit sahaja. Oh ya yang, Maggi Sedaap pun okey juga.
Kalau
dah bosan makan maggi, nanti kita called ler McD delivery. Pizza pun okey juga,
banyak choice. Tak pun, balik je rumah Ma, tak pun rumah Ibu, kita tumpang
breakfast. Lunch sekali. Kalau dinner sekali, cantik jugakan? See, bijakkan
abang? Ehem!
Bukan
nak meninggi diri, tapi kalau setakat nak imamkan awak solat subuh tu, abang
okey je. Awak pun tahu kan, abang ni kan calon imam muda dulu. Calon jelah,
pakai tag nombor tapi tak lepas pun audition sebab jurinya pilih Imam muda
Asyraf waktu tu. Bukan rezeki ayanglah tu nak bersuamikan imam muda ni. Tapi,
janganlah risau kalau bab-bab agama ni. Abang dah lebih dari bersedia
sebenarnya, dalam handphone ni panjang list ustaz untuk kita buat rujukan.
Alah, TV Al-Hijrahkan ada. Nanti, kita sama-samalah belajar solat dengan ustaz
Don. Ehem!
Lastly,
awak nak payung emaskan yang? Abang boleh bagi. Awak cuma perlu izinkan abang
kahwin lagi satu. Tak perlu terima kasih kat abang yang, abang ikhlas nak bagi
ayang payung emas tu. Abang tahu, abang memang baik. Ehem!
Alah
yang, janganlah marah-marah. Abang sayang awak, cuma awak dan selamanya hanya
awak. I’ll hug you with my prayers and keep you safe and warm in my heart..
Sweetkan abang? Tak payah cakap pun, abang tahu abang manis. Ehem!
:: Wahai
pemilik tulang rusukku, tunggu saya kembali J
“Za,
oi Za!!”
“Kau,
kalau tak jerit-jerit boleh tak? Bingitlah.” Za menjeling Ain yang sudah
terpacul di muka pintu bilik. Pap! Lappy di tutup laju.
“Hehe.
Aku excitedlah, dua hari tak jumpa kau.” Sengih. Dua hari dia kebosanan bila Za
balik rumah orang tua dia.
“Alah,
baru dua hari. Belum lagi dua minggu aku tinggalkan kau, kalau dua tahun
lagilah kot kau meroyan bila nampak aku.” Za buat gaya kerek.
“Tak
payah drama sangatlah Za.” Ain dah teleng kepala ke dinding, tangan ke dada
mata ke atas. Kerek seh anak Uncle Abdul Razak ni.
“Haha,
ni kau dah makan belum? Tu kat dapur tu, ada lauk dari rumah.” Za capai
handphone atas meja, gelap gelita. Tak ada lampu kelip-kelip pun. Tak ada ke
orang sudi nak send pesanan ringkas kat dia? Aish..
“Wah,
sedap tu. Ehem-ehem, lauk dari rumah yang mana satu tu?” Terjongket-jongket
kening Ain.
“Kau,
ada je benda nak bahan akukan?” Hujung-hujung bibir sahaja senyuman Za.
“Hahaha,
mestilah. Ni, tadi kau cakap pasal apa dalam phone? Orang tu bank in lagi duit
dalam acc kau?” Ain teringat sesuatu, tentang call Za pagi tadi.
Dari
zaman mereka foundation lagi, isu itu sudah di bangkitkan oleh Za dan kini,
mereka masih belum jumpa penyelesaiannya. Malah, jumlah yang di bank in semakin
meningkat dari bulan ke bulan. Entah, hamba ALLAH mana yang ‘baik hati” bagi Za
duit sebanyak itu setiap bulan. Takkanlah secret admire dia kot? Advance seh
secret admire sekarang, dah tak main dah bagi-bagi bunga dan cokelat tu, bank
in terus duit beratus dalam akaun bank. Pergh, gila peminat tegar!
“A’ah.
Dah dua tahun, aku tak tahu nak buat apa dengan duit tu. Kau bayangkan, duit tu
dah berkepuk dalam akaun aku dan sampai sekarang aku tak tahu siapa yang bank
in duit tu. Aku tanya abah, ibu, semua tak mengaku ada bagi duit tu. Aish,
was-was aku nak guna duit tu.” Za geleng kepala.
Memang
wajiblah dia was-was pun. Mana taknya, dulu-dulu paling banyak pun duit yang masuk
dalam akaun dia dalam dua ratus ringgit sahaja. Itupun, selepas hampir setahun
dia terima kiriman duit itu. Awal-awal dulu, seratus ringgit sebulan dia
terima. Tapi tadi, waktu dia keluarkan duit dari machine ATM untuk perbelanjaan
bulanan lagi sekali duit dalam akaun dia bertambah. Dan bila dia congak-congak,
lima ratus ringgit duitnya bertambah. Gila, banyak tu!
“Pelikkan?
Dah dua tahun kot, takkanlah orang yang bank in duit tu masih tak sedar kalau
dia tersalah masuk duit, macam tak logic je. Entah-entah, duit tu memang duit
kau. Orang tu memang bank in duit tu untuk kau” Ain pun ikut bingung.
Iyelah,
kalau ikut logic akal, time bank in duit tu kan ada keluar nama pemilik akaun
tu. Takkanlah dah bertahun masih tak sedar kalau pemilik akaun tu bukan orang
yang samakan? Lainlah kalau memang orang tu berniat nak bersedekah setiap bulan
pada Za. Ataupun, dia ada hobi suka-suka nak bank in duit dia pada orang dan Za
adalah antara “orang” bertuah itu. Oh, merepek sungguh analoginya itu!
“Takkanlah…”
Za cuba menafikan, tapi tak mustahilkan?
“Kau
ada pernah tanya dia tak?” Ain teruja bertanya.
“Tak
pernah..” Za menggeleng kepala.
Gosh!
Dah bertahun kot, kenapa mereka berdua tak pernah terfikir tentang itu.
Kemungkinan kalau duit itu memang hak dia?
“Apa
kata kau tanya dia nanti? Saja, dari kau tertanya-tanya macam ni adalah baik
kau dapatkan kepastian. Kalau ya, Alhamdulillah. Boleh kau belanja aku Tutti
Fruity.” Ain gelak.
“Kalau
tak?”
“Biar
jelah duit tu, kalau agak-agak dah tak tertanggung beban kau rujuklah pada
ustaz ke, ulama tentang status duit tu.” Ain memberi cadangan.
“Hurmm..
Betul juga. Nantilah, aku tanya dia.” Za bangkit dari katil Ain, menuju ke meja
belajarnya. Ingin mengemas bukunya, pukul dua nanti dia ada kelas.
“Alah,
tanya jelah sekarang. Kang, tangguh-tangguh kau lupa lagi. Kau tu kan pelupa,
makan semut banyak sangat.” Ain juga ikut bangun dari katil, tertarik dia
dengan bunyi bising dari ruang tamu. Ni mesti Kak Mia dan Didang ada hot story
ni. Nak join doranglah.
“Amboi
kau, kutuk aku macam aku pekak je kan? Minggu depan dia balik, aku tanyalah.”
“What?!
Ejan nak balik minggu depan?” Tu dia, rupanya Za punya cerita lagi
hot dari
bunyik bising di luar sana.
“Hurmm..”
Za, hendak tak hendak sahaja menjawab.
“Jap,
jap.. Dah empat tahunkan? Means, dia balik bukan untuk bercuti semesterkan?”
Tanya Ain laju.
“Yeah,
back for good..” Dan dari ekor mata, dia nampak muka Ain yang tersengih.
Oh,
that face. I hate it! Laju Za teleng muka ke siling, sakit hatinya tengok riak
muka Ain. Dia tahu apa yang Ain tengah fikir sekarang. Benda yang sama yang
telah mengganggu fikirannya sejak dia balik rumah sabtu lepas.
“So,
kiranya pasni kau.. Kau dengan Jan, korang..”
“Kau
jangan habiskan ayat kau tu. Aku dah pening fikir pasal duit tu, kau jangan nak
peningkan lagi kepala aku pasal Ejan.” Za memberi amaran.
“Kau
ni, tak sportinglah.” Makin menjadi-jadi sengihan Ain.
“Pedulik
apa aku.” Za cebik bibir.
“Nanti-nantilah
aku jadi kejam korek rahsia hati kau tu, aku nak tengok apa yang Kak Mia dan
Didang tu kecohkan sangat.” Ain dah melangkah keluar bilik, tapi beberapa saat
kemudian suara Ain bergema di apartment 3 bilik itu.
“Za,
kau mesti tengok video ni. Cepattt!!”
“Apalah
yang budak ni kecohkan sangat.”
Merungut,
namun di heret juga kakinya ke ruang tamu bila lagi sekali namanya di laung
oleh Ain. Dari tingkatan empat dia kenal budak Nurul Ain tu, dah faham sangat
fiil Ain. Takkan berhenti punyalah Ain buat panggilan pulau tu selagi dia tak
memunculkan diri depan mata Ain.
“Video
apa?” Za berdiri di antara tiga anak dara yang nampaknya teruja seperti baru
mendapat segunung emas.
“Ni,
majlis kahwin Syafiq dan Yana.” Kak Mia tunjuk di skrin lappy Didang.
“Siapa
dorang ni, artis ke?” Za membaca satu-satu perkataan yang tertangkap oleh
retinanya, “Majlis Persandingan Syafiq (16) & Yana (14)”
**********
“Ma, lagi seminggu Ejan balikkan? Apa yang menangis beria bagai ni?” Inilah yang buat dia malas nak called Ma, banjir memanjang. Dari dia tinggalkan rumah empat tahun lalu, sampailah lagi seminggu nak balik ni masih juga nak nangis.
“Ye ye, Ejan tau. Nanti Ejan balik, Ma tenung Ejan 24 jam sehari sampai hilang rindu Ma tu. Okei tak?” Ejan dah nak tergelak, tapi sebolehnya dia tahan. Tak cium dia bau syurga kalau Ma kecik hati nanti.
“Main-main.”
Puan Sakinah marah-marah sayang biarpun itulah yang dia nak buat nanti.
“Ma
ni lah, orang cakap betul dia kata main-main.” Ada pulak dia tengah serius ni
Ma kata main-main. Alahai Puan Sakinah, Ma kesayanganku. Rindu Ma…
“Ejan,
Ma ada benda nak cakap ni.” Tone suara Puan Sakinah berubah.
“Lorh,
panjang benar mukaddimah Ma.” Gelak. Mana taknya, dah hampir sepuluh minit
mereka berbual baru Puan Sakinah kata ada benda nak cakap.
“Alah,
Ma tu nak ambik feel je.”
Budak kecik? Ejan, budak tu dah 21 tahun dah
sekarang ni. Kecik apanya lagi? Spontan, senyuman terukir di bibir. Masihkah “si budak kecik” itu inginkan bunga
sakura seperti empat tahun lalu?
“Serius
sikit boleh tak?” Tu dia, aura bekas pengetua sekolah keluar dah.
“Erkk..
Tengah seriuslah ni.” Berterbangan terus bunga-bunga sakura dalam angannya.
“Ma
ingat, seminggu dua lepas Ejan balik ni, Ma nak langsungkan majlis Ejan dengan
Nurul. Sampai bila nak digantung anak orangkan? Tak baik.” Puan Sakinah
menyuarakan hasrat.
“Ejan
ikut je.” Yeah, dia memang anak yang baik pun, menurut kata. Sebab dia terlalu
menurut kata sangatlah, anak orang tu “tergantung” empat tahun. Kesian..
“Lagipun,
Ejan dah nak kerja lepas ni.” Kalau setakat nak bagi anak Abang Razak tu makan
tiga sekali sehari, insyaALLAH dia yakin anaknya sudah lebih dari mampu lepas
ni.
“Ma
buatlah apa yang patut, tapi kalau boleh biarlah ikut kemampuan kewangan Ejan
tau.” Ujar Ejan.
Bukan
nak serahkan semua urusan kat Ma, tapi dia memang tak tahu langsung benda-benda
macam ni. Jadi, serahkan pada yang pakar untuk meguruskan segalanya adalah satu
keputusan yang bijakkan?
“InsyaALLAH,
lepas ni Ma called Aihara. Ni, Ejan ada called Nurul tak?” Puan Sakinah
bertanya. Kotlah anaknya itu sudah lupa kalau ada seseorang yang menunggunya di
Malaysia.
Kadang-kala, bila dia penat menghadapi saat-saat menyukarkan bergelar pelajar Engineering di Tokyo University ini, dia akan memejamkan matanya dan cuba meraih kembali memori itu dalam ingatannya. Sekadar peringatan pada dirinya.
“Balik
nanti, jangan lupa bawa bunga sakura ye?”
Bunga sakura tak berbunga sekarang sayang, nanti kita honeymoon kat sini kita petik bunga sakura banyak-banyak letak dalam balang. Okei?
Ejan senyum, dalam fikirannya terbayang seorang gadis dengan baju sekolah sedang menangis ketika menghantarnya di KLIA empat tahun lalu. Senyumannya perlahan-lahan bertukar keluahan.
Bersedia
sudahkan dia memikul tanggungjawab yang “tertundah” selama empat tahun itu?
**********
“Jawab
soalan tu elok-elok, baca bismillah jangan lupa.” Dahi Za dah berkerut seribu.
Apa Ibu ni, bagi pesan macamlah dia tak pernah pergi exam sebelum ni.
“Iye
bu, insyaALLAH.” Tapi, Za layankan juga.
“Ni,
nak balik bila? Kenduri tu lusa, jangan lupa pulak.” Puan Aihara bertanya lagi.
Bimbang kalau si anak lupa tentang majlis yang akan berlangsung lusa.
“Tak
lupa, habis paper orang balik teruslah. Kenduri tu malamkan? Nurul ada called Mak
Long tadi.” Za tahu apa yang bakalan keluar dari mulut Ibu lepas ni, tapi nak
buat macam mana dia dah terlanjur kata.
“Mak
Long, Mak Long.. Za, biasa-biasakanlah diri tu.” Tu dia, Puan Aihara dah
membebel dah.
“Tersasullah
Bu.” Za sengih, biarpun dia tahu kalau Puan Aihara tak nampak mimik muka dia
saat itu.
“Dahlah,
gi lah siap apa yang patut. Abah dah panggil tu, nak ajak gerak ke airpot dah
kot. Ingat, bismillah jangan lupa.” Puan Aihara mengingatkan sekali lagi.
“Okei
Bu. Nanti, kirim salam kat semua ye.” Za kerling jam di dinding, dah pukul
12.20 dah. Lagi sejam, orang tu sampailah kat Malaysia bumi bertuah ni.
“Iyelah,
balik nanti drive elok-elok.”
“Hait,
okasan! (Baik, ibu!)” Dia gelak. “Err, Bu..” Teragak-agak suara Za.
“Kirim
salam je?” Tu dia, tak tengok muka pun Za boleh agak kalau Puan Aihara dah
tersenyum-senyum mengusik di sebelah sana.
Gosh!
Buat kerja gila kau Nurul Aleeza Arshidah!
**********
Alhamdulillah..
Tangan
di tadah meraup wajah, sungguhlah dia bersyukur kerana akhirnya dia
berkesempatan kembali ke bumi tanah tumpah darahnya dengan keadaan sihat dan
selamat. Empat tahun tu dia menanggung rindu!! Matanya meliar, mencari
wajah-wajah yang di rindui.
“Ejan!”
Suara Puan Sakinah kuat menampar gegendang telinga.
“Assalamumualaikum
Ma.” Dia meraih wanita itu ke dalam pelukan. Wah,
terasa sangat damai berada
dalam pelukan ibunya. Sesaat kemudian, terdengar esakan di balik bidang
dadanya.
“Jangan
mengada nak pergi jauh-jauh lagi pasni.” Puan Sakinah dah keluarkan arahan mandatory, padahal belum pun sampai sejam anaknya menjejak kaki di bumi
Malaysia.
“Alah,
Ejan baru plan nak sambung master pasni kat UK.” Gelak, wajah cemberut Mamanya
di cium pantas. Alah, nak bergurau pun tak boleh!
“Jangan
nak mengada-ngada, nak sambung master buat je kat Malaysia.” Hambik kau, aura
bekas pengetua sekolah Ma bagi dia. Tergelak sahaja mereka yang ada.
“Tu..”
Bibirnya di muncungkan, pada pasangan suami isteri yang dari tadi melihat
adegan di depan mata. Ejan pantas mengikut pandangan mata ayahnya.
“Ya
ALLAH, Ejan tak perasan tadi.” Pantas
diraihnya tubuh wanita yang hampir seusia ibunya itu dalam pelukan dan tangan
tua lelaki yang muda lima tahun dari ayahnya itu disalam.
“Ogenki
desu ka? (Apa khabar?)” Puan Aihara bertanya.
“Genki
desu.. Okasan? (Saya sihat. Ibu?)” Ejan tersenyum.Melihat
wajah itu, mengingatkan dia pada seseorang.
No, tipu! Dia sebenarnya dah
teringatkan orang tu sebelum menatap wajah wanita bermata sepet itu pun.
“Cari
Nurul?” Ma dah senyum-senyum bila si anak menggaru pelipis yang tak gatal. Nak
coverlah tu.
“Dia
tak datang ke?” Dalam malu-malu dia bertanya. Malu, tapi masih nak tahu.
“Tak,
diakan tengah exam mid term sekarang ni” Encik Abdul Razak tolong jawabkan.
Kecewa? Iyelah, tadi dalam kapal, dia baru plan nak buat drama jejak kasih kat airport ni. Ada background music Christina Perri nyanyi lagu Thousand Years dengan kelopak-kelopak sakura putih kemerah-merahan entah datang dari mana berterbangan di udara. Tapi, mana “Bella Swannya?”
“Tapi, dia berkirim salam.” Seolah faham apa yang ada di hati anak muda itu, Puan Aihara bersuara.
Errkk…
Ejan dapat rasakan mukanya merah di saat itu.. Malu beb!
**********
“Za!”
Dahinya berkerut, refleksnya bila melihat lelaki di hadapannya.
“Nak
apa?” Za bukan sombong, dia cuma tak peramah je.
“Paper
apa tadi?” Lelaki dengan kemeja hitam kotak-kotak itu menarik senyum manis.
“Owh.
Okei.” Tak berminat pun Za nak ambik tahu. Dia menjawab pun sekadar mencukupkan
syarat kalau perbualan itu melibatkan dua pihak. Itu aje.
Bukan sebab dia benci lelaki tu, dia cuma tak suka bila orang sekeliling pandang dia macam dia tengah bercakap dengan mahkluk berkepala tiga.
“Saya nak balik Akim.” Za malas nak panjang-panjangkan cerita dengan mamat nama Akim tu. Bukan ada faedah pun, dapat fitnah adalah. Jari kirinya bermain dengan cincin di jari manis tangan kanannya.
Iyelah,
budak Akim dari Faculty Enginering itukan best student dean list every semester
yang ada Fan Club sendiri kat Uni ni. Memanglah tak logic kalau dia cakap dia
mungkin akan mengumpul haters lagi kalau dia terus layan mamat tu, tapi kalau
itulah yang terjadi kat dia sebelum ni, memang wajarlah dia ambik langkah
berjaga-jagakan? Lagipun, ini untuk menjaga hati sendiri dan.. si dia juga.
“Okei.
See you in next two weeks.” Akim mengalah akhirnya. Kalau dah main
dengan
cincin di jari tu, fahamlah dia kalau Za memang tak nak layan dia.
Tak
apa, jangan keras sangat Akim. Orang macam Za tu, kena guna cara lembut, baru
kena pada gaya. Nanti, lepas cuti mid sem ni dia cuba lagi, tingkatkan usaha.
Eh, usaha itu lif kejayaan tau. Yeah Akim, semua orang tahu kalau itu sekadar
ayat penyedap hati.
“Assalammualaikum.”
Pintu kereta dia buka, laju dia membolos masuk tanpa memandang Akim yang masih
berdiri tepi Viva putihnya.
“Waalaikumussalam.”
Akim melambai beria-ia, biarpun dia sedar kalau orang yang tengah drive kereta
yang dia lambai tu tak heran sekalipun tangan dia patah kat situ.
Nasib
badan, Akim mengeluh lemah.
**********
“Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..”
“Sihat?”
“Alhamdulillah.. Ejan?”
“Yeah?”
Za angkat kening bertanya. Dah lama tak dengar lelaki ini sebut nama dia guna nada tu. Lembut!
“Napa
pipi tu makin tembam?” Gelak.
“Iye-iye
je.” Jengkel hatinya dengan ayat yang baru dia dengar.
“Selamat
pengantin baru..” Ejan menghulur tangan.
"Dah
empat tahunkan? Apanya yang baru?” Za mencebik, namun tangan yang di hulur di
sambut pantas. Terasa jarinya yang berinai merah itu di elus lembut.
“Maaf,
Jan ‘gantung’ Za empat tahun.” Ejan dah masuk mode feeling-feeling.
“Naa..
Its okey, Za tau Jan pun terpaksa waktu tu.” Za senyum saja, biarpun hatinya
rasa macam gendang di palu bila jari-jemari Ejan sudah beralih ke pipinya.
Cuak!
Sebab itulah, Ejan rasa dia tak ada sebab untuk sia-siakan hubungan yang bermula dengan permintaan Nenek ini. Lagipun, siapa kata Za itu pilihan hati Nenek? Za itu, jodoh yang ALLAH yang tetapkan untuk dia. Dia istiqarah, minta petunjuk ALLAH. Alhamdulillah, dia lihat Ibu Aihara tersenyum dengan bunga sakura berterbangan di udara. Dan pada Nenek, dia khabarkan siapa calon isterinya. Memang Nenek terkejut waktu tu, tapi akhirnya nenek mengangguk setuju.
Nenek
kata, “Alhamdulillah, kita memilih calon yang sama.”
“InsyaALLAH.”
Za senyum lagi.
Za ingat lagi kata-kata arwah Nenek dulu, “Nurul, syaitan menangis tahu kalau cucu-cucu Adam ni menikah waktu remaja. Bercucuran airmata syaitan tu. Lagipun Nurul, insyaALLAH nikah ni meyempurnakan separuh daripada agama.”
Sebab itulah, dia terima cadangan arwah Hajah Saloma yang selalu bertanya kenapa matanya tidak sepet seperti Ibu. Matanya galak, bulat dengan anak mata hazel macam mata Abahnya, anak angkat Hajah Saloma yang sudah di anggapnya seperti nenek kandungnya.
Za
terima cadangan Nenek atas sebab yang mudah, dia ingin sempurnakan separuh
daripada agamanya. Lagi penting, dia terasa nak buat syaitan-syaitan itu
bercucuran airmata saat Ejan melafaz akad nanti. Lagipun, nenek kata nikah
khitbah sahaja. Sesuai umurnya nanti, barulah dia menjadi “isteri” pada
suaminya. InsyaALLAH, dia ada banyak masa untuk perbaiki diri menjadi makmum
Ejan.
“Puan
dan Encik Pengantin, sudah-sudahlah tu bercengkerama ye. Ni, Kak Didi suruh
siap-siap, kejap lagi nak bersanding.” Ain muncul di pintu bilik yang terbuka
luas. Tersengih-sengih dia tengok Za yang dah di tatah rias. Pertama kali pakai
merah-merah di pipi, Za nampak sangat manis!
Juniornya dulu waktu sekolah menengah itu semakin lama semakin nakal.
Semalam, sibuk dia
kena soal siasat oleh Ain. Bertanya itu ini sebab dan munasabahnya kenapa
selama empat tahun ini dia jarang menghubungi kawan baiknya itu. Dia cuma
tersengih sebagai jawapan. Malu nak mengaku kot kalau dia takut hati dia nanti
tak cukup kuat menahan rindu, takut tertunda pengajian empat tahun itu. Makin
lama jadinya dia dan Za bernikah khitbah nanti. Tak nak dia!
“Kang
kalau tak di kacau, makin lama pulak tetamu nak menunggu pengantin baru yang
lama ni.” Ain gelak lagi, lawak tengok muka Za yang cemberut. Ha-ha, taulah
laki dah balik. Dah boleh merajuk-rajuk. Za, Za..
“Iye,
iye, kami nak turunlah ni.” Za cebik bibir. Ain nilah, asyik nak bahan dia aje.
“Turun
cepat, delay-delaylah sesi bermesra-mesraan tu malam karang. Aku taulah korang
dah tunggu empat tahun, tapi kalau nak sabar empat lima jam lagi okey kot.”
Mencicit Ain lari dengan gelak berpanjangn bila Za dah angkat kain nak kejar
dia. Ni lah malangnya kalau dapat kawan tak praktik pendidikan sivik time
sekolah dulu. Tak senonoh punya Ain!
“Ain
ni kan..” Za dah ketap bibir tahan geram, Ejan di sebelah dah tergelak-gelak.
“Shall
we?” Ejan hulur tangan kali kedua.
“Yeah.”
Za senyum, membalas erat genggaman tangan suaminya.
“Selamat
menjadi sebahagian daripada Ahmad Fezwan.”
Za
senyum, hatinya berbunga-bunga.
“Jan…?”
Giliran Za berbisik mesra.
“Yeahh?”
Giliran Ejan bersuara manja.
“Selamat
menjadi pelengkap hidup Nurul Aleeza Arshidah.”
Dan
lagu “A Thousand Years” berkumandang di
hati Ejan, meskipun tiada bunga-bunga sakura berterbangan di udara.
Alhamdulillah, pemilik tulang rusuknya menantinya dengan sabar.
**********
Yeah,
class dismiss.
Langkah
kaki yang laju keluar dari dewan kuliah terhenti bila telefon yang dalam mode
silent di dalam beg terasa bergegar.
+Mana?
Satu
perkataan sahaja pesanan ringkas yang Ejan hantar.
-Otw.
Class baru abes. Jan mana?
Beberapa
saat dia menungggu sebelum mesejnya berbalas.
+Tempat
biasa.
Tempat
biasa? Kiranya sudah sampailah suaminya itu di Uni nya? Awal sampai, selalunya
tercongak dia depan gate depan tu hampir setengah jam barulah Ejan sampai.
-Ok.
5 minit Za sampai.
Dan
send. Kembali larian langkahnya menjadi laju.
“Za!!”
Dan lagi sekali langkah kakinya terhenti bila namanya di panggil. Za berpaling,
mengeluh dia bila melihat gerangan suara yang memanggilnya.
“Nak
apa?” Za bertanya malas.
“Tak
baik mengayat isteri orang Akim.” Za tak ada niat nak menyindir pun, Za cuma
menegur, mengingatkan Akim kalau dia ini isteri orang.
“Maaf.”
Akim behave sendiri-sendiri.
Kalau setakat girlfriend orang, dia boleh ayat lagi. Tapi kalau dah status yang di pegang si gadis tu “isteri orang”, Akim fikir memang wajarlah dia tarik diri. Belum ada dalam keturunannya yang perangai tak semenggah rampas hak orang. Tak nak dia jadi yang pertama, lagipun dia tahu apa hukumnya mengganggu rumahtangga orang. Biarlah Nurul Aleeza Arshidah itu bahagia dengan siapa pun pilihan hatinya.
“Accepted.
Saya dah nak kena gerak ni, see you around.” Za berbahasa biarpun jauh di sudut
hati, dia harap kalau Uni ni sebesar Negeri Sabah, jadi peratusan untuk dia dan
Akim bertemu itu hanya 0.001% sahaja.
Za dah mula melangkah kembali. Ingin
segera berlalu dari situ, tak tahan dia tengok muka sedih Akim yang berpunca
dari dia itu. Lagipun, kesian Ejan yang menantinya lama nanti.
“Err
Za..” Ada benda lagi yang belum settle bagi Akim. Dia perlu tanya sesuatu.
“Yeah?”
Za dah buat hati Akim koyak tadi, jadi dia tak naklah hati Akim makin rabak dengan
sikap kurang ajarnya nanti kalau dia pergi tanpa melayan pertanyaan Akim itu.
“Apa
kurangnya saya, hingga awak pilih dia?” Soal Akim, tenang dalam keingin tahuan
yang tinggi.
Akim
bukan tak boleh terima kenyataan, Akim cuma nak tahu apa sebabnya cintanya di
tolak. Biar kelemahan itu di perbaiki untuk calon cintanya di masa hadapan.
Biar dia tidak merasa pahitnya kehilangan orang tersayang lagi sekali.
“Tak
ada, awak tak kurang apa-apa pun.” Jujur Za akui. Memang Akim itu baik, kalau
di kenalkan pada Ibu dan Abah pun, memang cop mohor approvelah yang Akim
dapat.. Cuma..
“Awak
cuma terlambat hadir dalam hidup saya.” Kau hadir ketika aku sudah bergelar
isteri, ketika aku berjanji hanya dia lelaki di hati.
“Saya
cuma nak tahu itu sahaja.” Akim senyum. Lega, sekurang-kurangnya dia cuma tewas
pada masa. Lelaki itu terlebih dahulu muncul dalam hidup Za.
“Saya
pergi dulu. Assalammualaikum...” Za senyum, langkah kakinya di bawa pergi tanpa
menoleh lagi. Dia ingin segera sampai pada dia yang menanti.
“Waalaikumusslam.”
Kali ini, Akim tidak menahan lagi.
Pergilah
cinta pertamaku, pergilah..
**********
“Siapa
tu?” Ejan bertanya sambil matanya merenung lelaki kemeja kotak-kotak itu dari
jauh.
“Secret
admire?” Ejan angkat-angkat kening, mengusik tanpa ada niat nak cemburu. Dia
tahu siapa “sayang” dia.
“Peminat tegar.”
“Ha-ha.
Ex-classmate, dulu foundation adalah satu dua kelas yang sama dengan dia.” Za
bagitahu perkara yang basic sahaja tentang Akim. Tak mahu lebih-lebih, takut
ada hati yang akan terluka.
“Owh.” Ejan sengih. Tapi sengihan dia lain
macam sahaja.
“Kata nak gi IKEA. Jomlah, nanti jammed.” Za pandang sahaja lelaki di sebelahnya yang masih belum menyentuh kunci kereta. Ni, bila nak gerak ni? Nak bertapa ke hapa kat Uni ni?
“Zaaaaaa…” Enam harakat dia panggil nama wife dia.
“Jaaaaaan..”
Tu dia, enam harakat juga Za panggil nama husband dia.
“Awak sayang saya tak?” Punyalah skema soalan Ejan.
“Erkk!” Za dah tak tahu nak bagi respond apa.
Apa
Ejan ni, tanyalah soalan yang tak buat
jantung orang melompat keluar tergolek-golek kat kaki. Laju tangan Za melekap
di dada, menahan debar yang semakin menggila.
“Kita
tanya ni, awak sayang kita tak?” Ejan ulang balik soalan tu biarpun tahu kalau
muka Za dah tukar warna merah. Apa, orang just nak tau perasaan dia aje.
“Sayang..”
Za mengguman, rendah gila suara dia. Malu beb!
“Sayang
banyak ke, sayang sikit?” Tu dia, soalan Ejan dah melalut ke verse 2.
“Banyaklah..”
Kalau tak, tak adalah kita sanggup nikah khitbah empat tahun dengan awak!
“Banyak
mana tu?” Ejan bertanya lagi.
“Banyaklah..”
Za ketap bibir, menahan geram. Ejan ni kenapa? Boleh pulak dia bagi soalan berantai macam ni.
“Iyelah,
banyak mana?” Ejan kulum senyum, suka dia tengok muka Za tahan geram. Comel!
“Sebanyak
kereta yang ada atas jalan raya time balik kerja! And yeah, kalau kita tak
gerak sekarang kita mungkin akan terperangkap dalam “sayang” Za tu.” Good! Dia
dah bagi perumpaan yang paling pelik yang ada dalam kamus orang bercinta.
Ha-ha.
“Ha-ha.
Kalau macam tu, kita gerak pukul enamlah.” Ejan angkat-angkat kening, mengusik lagi.
“Jan,
jammedlah.” Ya ALLAH laki aku ni, main-main je kerja dia.
“Okei
what, Jan nak juga merasa terperangkap dalam “sayang” Za tu.” Ha-ha.
“Jan!”
Za dah hilang sabar menahan geram, lagi-lagi bila Ejan sudah tergelak tak ingat
dunia.
Tapi geramnya hilang serta merta bila Ejan cakap..
“Jan
pun sayang Za, sebanyak kereta di musim perayaan..”
Hampir
ke pukul tujuh bila pintu rumah terbuka dan Za muncul dengan wajah penat. Tanpa
kata, dia baring di ruang tamu yang cuma beralas karpet hitam putih. Ejan yang
baru keluar dari bilik tidak di sapanya seperti biasa. Malah tudung yang masih
melekat di kepala pun dia tak sempat nak tanggalkan. Dia sudah kehabisan
tenaga, sangat penat!
“Yang, penat sangat ke?” Ejan duduk di hujung
kaki Za yang terbaring penat di ruang tamu. Perlahan, kepala Za yang
berbantalkan lengan itu di angkat ke pehanya. Biar sedap sikit isterinya itu
melayan mengantuk.
Alhamudillah,
selepas tiga bulan dia hidup bersama Za, dia sudah mampu menyewa rumah yang
dorang duduk sekarang. Biarpun Ma bising sebab Ma cakap rumah sekangkang kera
mereka ini sangat kecil, biarpun Ibu menggeleng kepala bila melihat betapa
kosongnya rumah mereka tapi dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia tidak
lagi menyusahkan mereka.
“Solat
dah?” Soal Ejan sambil menepuk perlahan bahu isterinya. Tudung Za yang dia
tolong tanggalkan dia letak tepi. Dia tahu Za penat, tapi kalau di biarkan Za
tidur takut ada tanggungjawab yang belum Za tunaikan lagi.
“Dah,
Za solat dulu baru balik rumah tadi.” Za menjawab juga, dengan mata terpejam.
Kalau
ikutkan hati, nak sahaja dia balik selepas solat maghrib. Tapi bila di fikirkan
yang mungkin Ejan akan risaukan dia bila hari sudah lewat dan dia belum sampai
rumah lagi, dia batalkan hasratnya. Nasiblah jammed tidak seteruk hari-hari
biasa.
**********
Meja
makan atau lebih tepat lagi meja jepun mereka sangat senyap malam itu. Ejan
yang duduk tanpa reaksi di hadapan dia jeling takut-takut. Macam manalah boleh
lupa, sedangkan semalam dia sudah perasankan benda itu Itulah, banyak sangat
makan semut! Za kutuk diri sendiri dalam hati.
“Errr..
Jan, Za lupa beras dah habis, tadi ingatkan nak singgah Tesco tapi itu pun Za
lupa jugak.” Za sengih.
“Napa
tak gitau Jan?” Ejan bertanya dengan muka tak beriak. Dia bukan marah, saja nak
dera hati Puan Nurul Aleeza Arshidah kesayangannya itu.
“Yang
tu pun, Za lupa jugak. Banyak kerja, banyak benda yang Za lupa. Maaf ye?”
Tangan Ejan di atas meja, dia sentuh lembut. Saja, manalah tahu kalau dengan
sentuhan itu hati Ejan yang mungkin tengah membara di dalam menjadi sejuk.
“Accepted.
Tapi, next time jangan buat lagi tau. Kan Ma pesan, tak baik biar bekas beras
tu kosong. Ingat tak?” Ejan membalas elusan tangan isterinya. Muka Za yang dah
muram semacam buat dia tak betah. Alah, baru nak dera sikitt..
Mata dia jatuh pada hidangan atas meja. Kerana kelalaiannya, dia dan Ejan makan maggi goreng dengan sup telur sahaja malam ni. Dia memang tak suka masuk dapur, tapi tak adalah sampai semua benda kat dapur tu dia tak ambik kisah. Tapi, betul dia sangat penat hari ni hingga lupa semua urusan di rumah. Sungguhlah dia rasa dia sudah jadi surirumahtangga yang gagal.
“Okei..” Za tarik
senyum, InsyaALLAH lepas ni kesalahan yang sama tak akan berulang lagi.
“Dah, pergi off lampu tu.” Ejan bangun, menuju
ke dapur.
“Ha?!
Off lampu?” Dia salah dengar ke apa? Namun langkah kaki dia bawa jugak ke suis
lampu.
“Dah?!”
Melaung Ejan dari dapur bertanya.
“Dah.
Tapi nak makan macam mana dalam gelap macam ni?” Za dah teraba-raba dalam
gelap, hampir sahaja dia tersadung di hujung karpet.
“Makan
guna tanganlah.” Ejan muncul dari dapur dengan lilin di tangan. Sebelah
tangannya memegang lilin, sebelah lagi mencapai tangan Za yang masih tercegat
di tepi suis lampu.
“Jan,
lilin tu..” Za macam dah boleh “nampak” apa yang Ejan nak buat. Dia senyum,
sebelum tergelak.
“What?!
Asal gelak?” Ejan yang sudah selesa duduk di hadapannya menegur.
“Sayang,
menu kita meggi goreng je kot. Yang pasang lilin, bercandle light dinner bagai
ni apa kes?” Dia gelak lagi.
“Sayang,
makan meggi pun kalau makan dengan orang yang kita sayang dalam suasana
romantik, rasa macam makan spageti tau.” Ejan jongket kening.
“Ni,
nak cakap romantiklah ni?” Za juih bibir.
Za
tahu, dia belum lengkap lagi untuk menjadi surirumahtangga yang boleh Ejan
banggakan. Pernah sekali dia masak mee goreng lupa bubuh kicap, okei dia bukan
lupa nak letak kicap, dia lupa kalau kicap kat rumah dah tak ada sebenarnya.
Tapi, mee goreng tanpa kicap sepinggan itu di habiskan juga oleh Ejan. Ejan
kata, dia dah masak pun Ejan dah bersyukur.
Tapi,
Ejan kata “Kalau lepas ni Za masak mee goreng bubuh kicap, lagilah Jan suka.
Jangankan sepinggan, dua pinggan Jan habiskan.” Dan sepanjang malam dia
tersenyum sendiri, bukan sebab angau tapi sebab rasa bertuah dapat suami yang
boleh menerima kesilapannya dan lagi bertuah kerana suaminy itu menegur
kesalahannya dengan cara berhemah.
Baiknya
suaminya..
**********
“Zaaaaaa!!”
Dia baru keluar dari kelas bila Ain menerpa ke dalam pelukannya dengan surat di
tangan.
“Aku
dapat, aku dapat!” Ain melonjak-lonjak kesukaan tanpa memperdulikan budak kelas
Za yang memandangnya pelik.
Alah, kalau dorang kat tempat aku pun mesti dorang
happy punya, terkinja-kinja juga macam aku.
“Kau
ni kenapa? Malulah wei, orang tengok.” Za menolak tubuh Ain yang masih
memeluknya.
“Babe,
aku dapat pergi MSU (Michigan State University) babe.” Surat di tangan di sua
ke wajah Za. Wajahnya teruja bila menyebut “MSU”.
“Tahniah
Ain, I’m happy for you darl.” Giliran Za memeluk Ain kini. Wah, Ain bakal jadi
pelajar pertukaran MSU lagi sebulan! Gila ah..
“Alah..
Why? Sebab kau dah jadi isteri orang?” Suara Ain ikut lemah. Tak bestlah pergi
seorang, ada Za baru best. Baru ada geng!
“Kalau dia tak bagi?”
“Dia bagi, InsyaALLAH.”
“Iye-iye
je kau, yakin je.” Za juih bibir. Terlebih fikir Ain ni, surat tak dapat lagi
dah fikir pasal izin tak izin Ejan dah. Apalah, overthinking ni.
“Aku
taulah, Ejan tu bukan selfish.”
“Hurmm.. Harap-haraplah..”
Jan,
kalau saya dapat pergi, awak bagi tak?
**********
Malam
minggu, malam untuk bersantai menonton cerekarama sambil buat-buat lupa kalau
ada tiga lab report yang belum bersentuh di atas meja jepunnya.
“Cerita
apa ni?” Ejan yang baru selesai menyiapkan presentation untuk meetingnya isnin
nanti muncul dari bilik hujung yang di jadikan bilik kerja. Punggungnya di labuhkan
di tepi Za yang sibuk mengunyah kerepek.
“Pasal
isteri yang derhaka kat suami. Nak?” Za menyuakan plastik kerepek kepada
suaminya.
“Nak
air, dahagalah.” Ejan buat gaya terlebih manja.
“Malaslah
nak bangun, minum jelah air Za ni.” Za menghulur gelas air Nescafe yang masih
berbaki lebih dari separuh kepada Ejan.
“Thanks.”
Ejan senyum, memutar-mutar gelas di tangannya.
“Cari
apa?” Za dah berkerut tengok laki dia. Cari apa kat muncung gelas tu?
“Cari
ni..” Ejan tunjuk bekas bibir Za sebelum minum di tempat yang sama.
“Eeee,
dia ni.” Za tahan senyum, control hatinya yang berbunga. Ejan nilah, bila dia
manjakan isteri memang terlebihlah hormone romantik dia tu.
“Dah
ready?” Ejan bertanya bila hanya suara TV sahaja yang kedengaran di ruang tamu
rumah mereka beberapa minit kemudian.
“Ready
nak ke mana?” Za bertanya balik, sesekali kerepek di tangan di suapnya ke mulut
Ejan.
“MSU?
Student exchange programe?” Ejan bertanya seolah benda itu tidak memberi impak
yang besar dalam kehidupan mereka.
“Ma..macam
mana..” Za hilang kosa kata. Ni mesti kerja Ain ni, kan dia tu selalu buat
benda di luar pengetahuan dia.
“Jan
jumpa offer letter dalam dustbin. Napa surat yang berharga macam tu boleh masuk
dalam tempat yang tak sepatutnya?” Ejan bertanya dengan matanya tajam menikam
mata isterinya.
“Za
rasa, Za tak nak pergi.” Aiseh, sebab kelalaian aku rupanya Ejan tahu pasal
benda ni. Ain sayang, sorry terfitnah kau.
“Kenapa? Sebab Za rasa, Jan tak bagi Za pergi?”
“Kenapa? Sebab Za rasa, Jan tak bagi Za pergi?”
“Dah
tu, kalau bukan macam tu, macam mana?” tanya Ejan lagi. Keras.
“Za
cuma tak nak pergi je.” Za mengunyah kerepek, sebolehnya dia cuba berlakon yang
dia sudah tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada program yang
berlangsung selama enam bulan itu.
“Za,
bukan semua orang dapat peluang ni tau. Kenapa Za tak nak pergi?” Kali ini,
suara Ejan sudah mengendur seperti
biasa.
“Benda
tu lama Jan, enam bulan.” Za mengeluh.
“Aik,
tadi kata tak nak pergi.” Perli Ejan, tertawa dia melihat reaksi Za yang
teruja.
“Tadi
tu lain, sekarang lain. Betul ni, bagi Za pergi?” Za dah macam nak melompat
hingga ke siling rumah bila kepala Ejan terangguk-angguk mengiyakan.
“Ya,
Jan bagi Za pergi. Dengan syarat, jangan bagi MSU mengubah hati Za.” Ejan
senyum, tangannya hinggap di pipi isterinya.
“Terima
kasih Jan..” Dan tanpa menunggu sesaat, dia menerpa ke dalam pelukan suaminya.
“InsyaALLAH..”
Hujung mata Za berair. Terharu.
“Balik
dari sana, kita pergi Jepun. Okei?”
“Jepun?
Nak buat apa?”
“Kita
pergi tengok bunga sakura.”
“Okei!”
**********
Title:
Surat Untuk Suamiku
Assalammualaikum..
Ini
balasan surat pertama Abang yang dulu-dulu tu. Sila baca dengan nada bersahaja
dan selamba, kerana ini bukan surat serius pun.
Wahai
suamiku yang kacak memikat kalbu! (Ini bukan ayat penyedap jiwa!)
Sudah-sudahlah
di tenung gambar nikah kita tu, kalau rindu call jelah Ayang di seberang laut
ini. Ayang tahu, Abang rindu gila-gila kat Ayang.
Iya,
memang Abang kacak lagi bergaya. Itupun, kerana Abang comparekan diri Abang
dengan Aaron Aziz sebab Abang tahu Ayang tak berapa berkenan dengan si Seth Tan
itu. Tapi jangan risau, sekalipun Jhonny Deep datang merayu cinta Ayang, hanya
Abang di hati. Bukan sebab Abang ada lesung pipit, tapi sebab hati Abang baik.
Ehem!
Pasal
malas masuk dapur tu, Ayang tak naklah komen panjang-panjang. Abang pun dah
nampak bukti depan matakan? So, kalau nak menafikan pun memang nampak benar
nipunya nanti. Balik nanti, Ayang masak untuk Abang. Kita buat candle light
dinner lagi macam hari tu, tapi kali ni InsyaALLAH menu kita bukan lagi meggi
goreng dan sup telur. Ayang dah pandai masak spageti tahu. Ehem!
Alhamdulillah,
sekalipun Abang bukan Imam Muda, sekurang-kurangnya Abang boleh imamkan solat
Ayang. Itu, sudah lebih dari cukup buat Ayang. Lagipun, nikah itukan bukan
untuk mencari yang soleh dan soleha? Ustaz Don kata, nikah itu untuk membentuk
yang soleh dan soleha. Maka, sama-samalah kita menjadi yang soleh dan soleha
untuk diri masing-masing. Okeikan? Ehem!
Cakap
pasal madu, semua lelaki mesti sukakan? Tapi, isteri jelah yang menjeruk rasa.
Nak kata Ayang setuju, tak juga, nak kata tak setuju pun tak juga. Ayang ada di tengah-tengah, di antara dua
golongan itu. Ayang rela kalau Abang nak bagi Ayang payung emas, tapi pastikan
Abang dah faham konsep adil tu. Kalau masih teraba-raba, cukuplah Ayang seorang
isteri Abang. Bukan apa, Ayang tak nak bahu Abang senget di akhirat kelak.
Ehem!
Abang
memang manis, tak cakap pun Ayang tahu sebab setiap kali habis solat Ayang
dengar Abang doa, “Ya ALLAH, jadikanlah isteriku ketua bidadariku di Syurga
kelak." Alhamdulillah,
sejuk hati Ayang dengar doa Abang.
::
Wahai imamku, lagi lima bulan dua minggu lima hari, dua puluh jam tiga minit
dan empat puluh lima saat, Ayang kembali. Tunggu saya tahu :)
**********
“Kenapa
Jan pilih Za?”
“Bukan
Jan yang pilih, ALLAH yang pilihkan Za untuk Jan.”
“Za
tak faham..”
“Jan
istiqarah, ALLAH tujukan hati Jan untuk Za..”
“Subhanallah..”
“InsyaALLAH,
Za jodoh yang ALLAH tetapkan untuk Jan.”
“InsyaALLAH..”
********************
:: Kredit to Nurul Aleeza Arshidah & Fezwan :)
6 comments:
cik gadis..
sgt seronok baca cite jan & za ni.
tq
comelnyeeeeeeeeee..kisah bnr ke nihh???
comelnyeeeeeeeeee..kisah bnr ke nihh???
admin ku syg~~kmi syg ko...hrp2x pnjg jodoh kami..:)
Amin.. semoga Allah memanjangkan jodoh kalian.
cite sgt sweet..rasa nak baca berkali2. hehhehe
So sweet...tersangatlah bestnye.....#^_^
Post a Comment