Jun 17, 2011

Isteriku, 19 tahun! [5]

[5]

Bunyi keletung keletang di dapur membuatkan tangan Akif yang tengah ikat tie terhenti. Takkanlah Zuyyin bangun seawal ni?

“Zuyyin!”

Laju kaki Akif menuju dapur bila ruang tamu rumah dah penuh dengan asap sebaik pintu bilik terbuka. Takkanlah awal pagi kau buat barbeque kot?

“Asap apa ni?”

Akif soal Zuyyin yang terkial-kial depan kuali yang berapi. Tangan kanannya memegang sudip, sebelah lagi semangkuk air.

“Zuyyin, jangan!” Tak sempat, Zuyyin dah curah air atas api.

“Hah, apsal makin marak ni?”

Zuyyin terdorong ke belakang bila api di kuali semakin marak di simbah air.

“Sini.”

Akif tarik Zuyyin ke belakangnya. Struutt! Api di atas kuali padam tinggal asap. Nasib baiklah apartment mereka ada fire extinguisher.

“Kau nak bakar satu apartment ni ke?”

Akif berdiri di tepi tingkap yang dah terbuka.

“Sorry, kesilapan teknikal.” Sengih buat muka poyo minta simpati.

“Kau masak apa sampai kuali berapi macam tu?”

“Nak masakkan kau roti telur go.. Rebus campur fire extinguisher.”

Sengih tengok roti telur dalam kuali dah jadi putih bercampur fire extinguisher berenang-renang dalam air yang dia curah..

“Selagi aku tak balik, jangan sesekali kau hampiri dapur. Faham?!” bengang.

“Ha?! Dah tu, aku nak makan apa lunch nanti?” Bukannya dapur kau rentung pun. Berasap sikit pun nak berkira.

“Buat je order delivery.”  Akif letak not lima puluh atas telapak Zuyyin.

“Eee..” Geram. Hentak-hentak kaki sambil letak kuali atas singki.

‘Over! Padahal berasap sikit je dapur dia, bukannya dah rentung tinggal rangka.’

“Duduk diam-diam kat situ. Ingat, dapur tu kawasan larangan untuk kau bila aku tak ada kat rumah.” Akif sandang beg ke bahu.

“Iyelah, aku duk sini sampai punggung aku kematu. Puas hati?!” Sebal. Punggungnya di hempaskan di sofa di ruang tamu.

“Kang entah apa lagi yang kau bakar nanti. Takkan tak tahu air tu boleh marakkan api dalam minyak? Itulah, dulu kat sekolah cikgu buat demo kebakaran.. bla.. bla.. bla..” Akif membebel sambil sarung kasut.

“Dah habis?” Dia ni tak reti nak stop ke? Seingat aku, arwah nenek pun tak membebel macam dia.

“Orang bagi nasihat, bukannya nak dengar.” Tarik tombol pintu.

“Nasihat apanya kalau banyak negatifnya dari positif.” Cebik bibir.

“Aish. Menyusahkan orang betullah.” Akif hilang di balik pintu. Cakap banyak pun bukan ada faedah, buat dia lambat pergi kerja adalah.

‘Macamlah dia tak menyusahkan aku, membebel kalahkan orang perempuan. Aku bukannya suka-suka buat ‘demo kebakaran’ tadi, padahal niat kau ikhlas kot nak buatkan dia breakfast. Eww! Geram!’

Tangan Zuyyin menumbuk-numbuk sofa, tengah membayangkan dia tumbuk muka Akif sampai lebam.

**************
“Hai uncle doktor.”

Aiman yang tengah duduk termenung panggung kepala bila di sapa oleh seorang kanak-kanak.

“Hai, Zara kan?”

Kepala si kecil yang mengangguk dia usap perlahan. Masih berbaju taska.

“Sihat dah?” Senyum.

Bibir yang merah, tidak sepucat dahulu membalas senyumnya.

“Macam mana Zara boleh ada kat sini? Mama Zara mana?”

Dia pandang sekeliling cafe, tiada mama Zara di sekitar situ. Pelik, takkan mama dia bagi budak sekecil ni jalan sendiri kot?

“Tu.” Matanya ikut ke arah jari Zara.

“Kita jumpa lagi doktor.” Wanita yang datang bersama Zara ke hospital beberapa bulan yang lepas menyapa sambil tersenyum.

“Panggil Aiman sahaja.” Ujar Aiman sambil mengusap-usap kepala Zara. Rasa macam dia tengah usap kepala Zuyyin.

“Saya Lydia.”  Saling berbalas senyuman.

“Ma, boleh tak Zara duduk dengan uncle doctor kat sini?” Zara gamit tangan mamanya.

“Eh, tak payahlah. Jangan kacau uncle doctor.”

“Saya tak kisah Lydia.”

Senyum. Untuk si kecil yang mirip Zuyyin itu, dia sanggup memperuntukkan waktu senggangnya yang sedikit itu hanya untuk dia.

“Okey. Tapi jangan nakal-nakal tau. Bila uncle doctor dah balik nanti, terus datang opis mama k?” Lydia menunduk. Mencuit hidung anaknya yang sudah melompat kegirangan.

“Office awak kat mana, nanti saya hantar Zara kat awak bila saya nak balik nanti.” Aiman pelawa, ikhlas.

“Cafe ni mama punya uncle.” Zara bersuara, dalam keletah kanak-kanaknya.

“Tiramisu Cafe ini milik awak?” Tak percaya. Hebat!

“Saya cuma ambil alih dari kakak saya, bukan milik saya sepenuhnya pun. Senyum merendah diri.

“Oh, okey. Nanti saya hantar Zara pada awak bila saya pulang nanti.”

“Zara, no noti-noti okey?”  Jari telunjuknya di goyang-goyangkan di hadapan anak perempuannya.

“Beres Ma!”

“Thanks Aiman, dan maaf dah susahkan awak.”

Senyum lagi. Aiman tak tahu dah berapa kali Lydia senyum kepadanya. Dia memang murah dengan senyuman, itu Aiman pasti.

“Small matter.” Sengih.

“Thanks again. Bye Zara.”

Lydia melambai anaknya yang dah menyelesakan dirinya di kerusi. Melangkah pergi meninggalkan wangian Love Etc..

“So, kita nak buat apa ni Zara?”

Aiman buat gaya keanak-anakan, tarik perhatian Zara yang sibuk dengan buku di tangannya.

“Main colour-colour!”

Girang suara Zara membuatkan senyuman tersungging di bibir Aiman.

‘Macam Zuyyin!’ Aish Aiman, bini orang juga yang kau kenang-kenang.

*****************

Zuyyin teleng kepala ke dinding, hijau. Ke siling, putih. Kali ni matanya turunkan sikit, ke arah langsir yang berwarna krim. Dinding hijau, siling putih dan langsir krim. Okey, cukup 5 kali dia menganalisa benda yang sama selama seminit dia tercongak di dalam bilik.

Ough!! Bosan gila!!! Laju kakinya menuju ke ruang tamu.

“Aku nak kerja!”

Zuyyin kuis peha Akif yang duduk di tengah sofa, bagi isyarat menepi ke kiri.

“Kerja apa?”

Berganjak sedikit ke tepi dengan matanya di skrin laptop. Punggung Zuyyin bukan besar mana pun nak bagi ruang banyak-banyak.

“Kerja apa-apalah.”

Kalau cakap pandang muka aku tak boleh ke? Bukannya Tuhan nak marah pun. Takkanlah skrin lappy kau lagi cantik dari aku?

“Kat mana?”

Laju jarinya menari di atas keyboard. Kerja yang bertimbun di pejabat terpaksa di bawa pulang ke rumah.

“Kat mana-manalah.”

“Dengan siapa?”

“Dengan siapa-siapa pun boleh.”

Akif kalih pandang, ke wajah Zuyyin yang menyengih.

“Kau sebenarnya dah decide ke belum nak kerja apa ni?”

“Belum.” Sengih.

“Tak payahlah kerja.”

“Tapi..” Try nak membantah.

“Bukannya aku tak cukup duit nak bagi kau makan. Setakat nak bagi badan kau yang keding ni makan, 2 3 kilo beras sebulan pun dah cukup.”

“Ye ye je. Kalau tak tipu, aku juga yang beli beras hari tu. Dah lah tolong angkat barang pun tak. Mengelat! Orang dah terkial-kial, dia boleh pulak bercinta dengan perempuan tu.” 

Alunan suara dah lain dah. Dah macam nak start masuk mode cari pasal.

“Oh, berkira. Cop cop, kau tak puas hati pasal pa sebenarnya ni? Beras? Tak angkat barang? Ke perempuan tu?” takkan jealous kot?! 

Angkat-angkat kening Akif tengok Zuyyin yang dah gelabah tiba-tiba.

“Ah, mana ada. Aku cakap jelah, mana ada tak puas hati pun.” 

Tetiba timbul isu perempuan ni apa kes? Aik mulut aku ni pun, tetiba cabullah pulak malam ni.

“Iye ke? Ke kau memang jealous? Sebab tu kau tanya kalau dia girlfriend aku.” 

Tiba-tiba rasa macam bestlah pulak gaduh-gaduh ganas dengan Zuyyin ni.

“Eww. Sapa nak jealous? Mal..” terdiam sebentar. Okey dah malam. Tak pasal-pasal kena bahan lagi nanti.

“Malas nak layan kau.” Capai remote TV. Layan Akif, aku sendiri boleh jadi sengal macam dia.

“Macamlah aku rajin sangat nak layan kau.” Kembali meneruskan kerja yang tertangguh.

“So, kau nak bagi aku kerja ke tak?” Kembali ke topik asal.

“Nope!”

“Tapi aku bosanlah duduk kat rumah ni. Melangut macam orang terencat setiap hari.”

Maunya tak bosan, dahlah satu-satunya sumber hiburan kat rumah ni TV. Tengok TV pun bukannya best mana. Lainlah kalau astro dia ni ada channel HBO, tak pun Citra. Paling koman pun, langganlah channel kartun ke, bosan-bosan boleh tengok Tom and Jerry. Tak adalah aku duk ulang tengok ulangan konsert AF je setiap hari.

“Tengok kau sekarang pun dah macam terencat.” Gelak sendiri-sendiri.

‘Agak-agak kalau pelangkung kepala laki aku ni, berdosa tak? Suka sangat sakitkan hati aku.’

“Lagipun, daripada kau kerja baik kau masuk kelas memasak, bagi improvement sikit skill memasak kau. Tak adalah kau bakar dapur aku lagi.”

‘Sarkastik, sinis, menyindir, tu jelah kau tau erkk? Aku bakar dapur kau betul-betul baru padan muka kau’

“Apanya yang tak kena dengan skill memasak aku?” Bengang. Taunya asyik nak kriktik aku je.

“Itulah masalahnya, semuanya tak kena. Kau seorang je dalam dunia ni yang boleh bakar dapur dengan air.” Tanpa rasa berdosa dia kutuk bini.

“Lama-lama layan kau, aku yang gila nanti.” Angkat kaki menuju ke dapur.

“Weh, kau nak ke mana tu?” mengalah dah?

“Takkan time kau kat rumah pun dapur masih jadi kawasan larangan untuk aku?” 

Gila kejam! Dahlah tekak aku ni kekeringan sebab bertikam lidah dengan kau pasal benda kecik macam ni.

“Buatkan aku Nescafe.” Sengih pada Zuyyin yang dah tarik muncung panjang.

“Maaflah, skill memasak aku ni tersangatlah teruk. Sampai boleh bakar dapur guna air. So, bila aku dah improvekan skill aku.. baru aku buatkan kau Nescafe k” Sengih, letak mug atas meja tepi laptop Akif.

“Huh?!” Air kosong?

“Night Akif!" Senyum sinis dia depan Akif yang ternganga. 

Asyik kau je yang menang, sesekali kalah main sindir-sindir dengan aku kan best? Hahaha, gelak sakan dia dalam hati sambil tutup rapat pintu bilik.

“Terencat!”

Di capainya juga mug berisi air kosong itu. Membasahkan tekak yang kekeringan tanpa air liur.

“Akif!”

Burr!! Air campur liur tersembur keluar membasahi skrin laptopnya.

“Kau nak sangat jadi balu k?” Kalau aku mati tercekik air tadi, kau juga yang susah nanti.

“Balu?” Abaikan.

Kakinya melangkah, mendekati Akif yang tersedak-sedak mengurut dada. Apa kena dengan mamat cendol ni?

“Aku nak keluar dengan Hanni esok, boleh tak?” Zuyyin berdiri depan Akif, sambil tangan kanannya melekap handphone di telinga.

“Pergilah.”

“Okey Han, abang Akif dah bagi green light. Jumpa kau esok. Bye Han!”

Pap! Flip handphonenya di tutup. Abang Akif? Ewww! Tekaknya kembang semangkuk. Loya!

“Kau kenapa?” Dari tadi terbatuk-batuk, buat aku kesianlah pulak.

“Dah buat salah, buat-buat tanya pulak.” Geram. Ke sekarang ni pun kau buat-buat ambik berat tapi dalam hati kau tengah gelakkan aku?

“Huh?!”

Apa kejadahnya tetiba aku yang salah? Hello, bila masa aku buat kau terbatuk-batuk macam orang kena tibi?

“Tak ada apalah.” Malas nak panjang-panjangkan isu.

“Kau ni peliklah.”

Zuyyin geleng kepala sambil masuk semula ke biliknya, meninggalkan Akif sendirian di ruang tamu.

‘Tidur lagi baik dari gaduh dengan kau!’

*************

Aiman meneliti ruangan itu dengan rasa bangga di dada. Akhirnya, hampir tercapai juga impiannya untuk memiliki klinik sendiri. Selesai renovation, kliniknya bakal beroperasi secepat mungkin.

“Abang!” Hanni datang menghampiri dengan senyuman di bibir.

“Tahniah! Bila nak start operasi ni?” memaut lengan abangnya manja.

“Thanks. Lagi seminggu kot. Hanni datang dengan siapa ni?” Aiman tersenyum melihat kemanjaan adiknya.

“Dengan tu..” jari telunjuknya di hala ke kereta.

“Ayien..”  Tiba-tiba dia rasa dadanya berdebar kencang.

‘Apsal abang macam tak suka jumpa Ayien?’ Hanni pandang muka Aiman tiba-tiba berubah riak.

“Hai, abang sihat?”

Zuyyin senyum, tunjuk gigi. Gembira bertemu Aiman yang sudah hampir sebulan tidak di temui.

“Sihat. Ayien?” Tapi Abang rindu Ayien, bergema ayat itu dalam hatinya.

“Ayien pun sihat. Hanni ada cerita pasal klinik abang ni, tahniah tau”

“Terima kasih. Akif tak datang?”

Saat itu dia rasa macam hatinya di siat-siat. Menyebut nama Akif, mengingatkan dia kalau gadis di cintainya ini milik orang.

“Kerja.” Malas nak cerita panjang-panjang pasal suaminya yang menyakitkan hati itu.

“Abang busy tak?” Hanni mencelah tiba-tiba.

“Tak sangat, kenapa?” Aiman kerut dahi.

“Pergi Mid jom!” sengih nakal. Nak paw abangnya hari ni.

“Err.. Sebenarnya abang ada kerja”

“Alah.. Tadi kata tak busy..” cebik bibir.. Nak merajuklah macam ni.

“Alah dik..”

Serba salah. Dia tak rasa dia dah bersedia habiskan masa lama-lama dengan Zuyyin. Hati dia ni tak sembuh lagi sepenuhnya.

“Jomlah bang, kesian Hanni.” Zuyyin cuba memujuk. Kot-kot abang Aiman termakan dengan pujukannya.

‘Parah! Mana dia boleh cakap tidak pada Zuyyin.’

“Iyelah. Tapi jangan lama-lama tau.” Senyum.

“Yuhuuu..!!!”  Hanni bersorak riang. Zuyyin dan Aiman cuma gelak tengok aksi over excited Hanni.

Akif pandang jam di dinding, hampir ke pukul lapan malam. Tak reti balik ke budak berdua ni. Handphone di atas meja di capai. Mencari-cari nama Zuyyin dalam phonebooknya, tapi hasratnya di matikan bila keriut bunyi pintu rumah di buka kedengaran.

“Aku ingatkan kau nak bertapa kat Mid tu.”

“Aku memang nak, tapi guard Mid tu tak bagi.” Sinis. Aku tak sampai sesaat lagi kat rumah ni, kau dah cari pasal.

“Shopping sakan kau ae?” Akif pandang beg-beg shopping Zuyyin yang penuh di tangan.

"Abang Aiman yang beli." 

Zuyyin letak beg-beg shopping atas karpet. Tengok Akif yang tengah online buat dia laju duduk sebelah Akif.

"Aku nak pinjam lappy kau jap boleh?" suara dia lembut mendayu. 

Nak pinjam barang, mestilah lembut gigi dari lidah. Ye dak?

"Nak buat apa? Laptop kau kan ada?" 

"Tapi lappy aku mana ada internet." Sengih. Dah lama tak buka facebook.

"Gunalah." 

Zuyyin gila happy dengar ayat Akif. Diakan kedekut, kira macam satu rahmat dia bagi aku pinjam lappy dia.

"Kau bukan keluar dengan Hanni ke?" soal Akif.

"A'ah." Sibuk jarinya mengetuk keybaord, membalas komen-komen di wall post.

"Abes tu, mana datangnya abang Aiman?" 

"Kami keluar sekalilah."

Tong! Muncul nama Aiman di ruangan chatnya. Speaking to devil! Baru sebut nama dah muncul dah.

"Sekali?" 

"Hurm.. Tadi aku ikut Hanni jumpa abang Aiman kat klinik baru dia. Dah jumpa tu, Hanni ajaklah jalan sekali." Tersengih-sengih dia membaca mesej yang Aiman hantar.

"Dia hantar kau balik tadi?" 

"A'ah." 

Akif ni apsal banyak soal pulak ni? Di kerling sekilas wajah Akif di tepinya.

"Hanni?" Berdua ke?

"Hanni bawa kereta dialah." Mula bosan jawab soalan meleret-meleret Akif.

"Kenapa tak naik dengan Hanni?" Sah, cuma mereka berdua!

"Sebab jalan ke rumah kita dan rumah abang Aimankan sehala. Takkan nak suruh Hanni drive jauh-jauh sebab nak hantar aku je." Aish, naik lenguh mulut dia jawab soalan Akif.

"Oh!" Akif dah tak tahu nak soal apa.. 

"Kenapa?" Kali ini giliran Zuyyin pulak yang menyoal.

"Apa?" 

Sesekali dia curi pandang ke skrin laptop. Zuyyin tengah chatting dengan siapa tu?

"Kau tanya macam-macam. Terlebih tengok CSI ke?" Lenguh mulut aku jawab tau.

"Saja." 

Iyelah, apa kena dengan aku ni? Diakan keluar dengan abang Aiman, dengan Hanni sekali. Buang tebiat apa nak tanya macam-macam. Gaya macam orang cemburu pun ada. Cemburu?! Eww, malam sikit!

"Abang Aiman ada girlfriend tak?" 

Soalan Zuyyin buat Akif laju teleng kepala ke wajah isterinya.

"Eh?!" 

Buta ke apa Zuyyin ni? Semua orang nampak kalau di hati abang Aiman tu cuma ada kau, takkan kau tak sedar kot?!

"Abang Aiman tu dah macam lainlah. Tak ceria macam dulu. Dia ada masalah ke? Gaduh dengan girlfriend kot." Zuyyin buat telahan sendiri. 

"Zuyyin, kau betul-betul tak tahu ke?" 

Akif soal tak percaya. Zuyyin memang tak pernah sedar rasa hati abangnya.

"Tahu apa?" Memangnya, ada sesuatu yang perlu aku tahu ke?

"Tak ada apalah. Kau buat apa tu?" Soalnya, ubah topik.

"Chat dengan abang Aiman." 

'Abang Aiman lagi? Takkan tak puas lagi berborak siang tadi?'

"Kau ada facebook tak?" 

Soalan Zuyyin buat dia terkejut. Nasib baiklah dia tak laju menggeleng. Free je kena gelak nanti, dah zaman moden pun tak ada facebook.

"Kenapa?" 

"Nak add kaulah." 

Lepas tu nak buat "married to Zuyyin Zainal." Hahaha! Dia gelak gatal dalam hati.

"Tak payahlah. Aku bukannya rajin buka facebook." Nak buka apanya kalau memang takde? 

"Oh. Okey!" 

Ke kau tak ada facebook? Tapi, macam peliklah pulak kalau tak ada. Hadap lappy 20 jam sehari, tapi facebook pun tak ada. Gila tak remaja!

"Kau selalu ke chat dengan abang Aiman?" Suara dah lain macam dah. Ada bau-bau.. Cemburu..

"Selalu jugalah. Kalau kebetulan aku online dan dia pun online, kami chatlah."

"Lama?" Dah start balik tanya soalan meleret-leret.

"Sampai ke pagi." 

Exaggerate. Tak adanya dorang pernah chat lebih dari sejam. Abang Aiman tu kan dulunya doktor kerajaan, mana ada masa sangat nak buang masa balas-balas komen kat facebook. Saja nak kelentong Akif yang banyak soal.

"Gila lama." 

Tiba-tiba dia rasa macam ulu hati sakitlah pulak. Gastrik ke? 

"Abang Aiman suruh say hai kat kau. Eh, thanks tau bagi aku pinjam lappy."

Dah sign out dah. Menggeliat dia meregangkan otot-otot yang lenguh. Baru terasa penatnya seharian tawaf di Mid Valley. Kena-kena lagi jalan dengan Hanni yang gila shopping. Semua kedai dia masuk, semua benda dia nak borong tapi semua barang tu bukan dia yang bayar pun. Swap je kat kad kredit abang Aiman, patutlah beria dia ajak abang Aiman. Aish.. Hanni, Hanni.

"Nak masuk bilik, nak mandi." Zuyyin angkut beg shoppingnya masuk bilik. 

"Ermm.." 

Akif sandar tubuh ke sofa. Tak faham dengan perubahan hormonnya tiba-tiba. Tiba-tiba dia rasa tak suka dengan keakraban Zuyyin dan abang Aiman.

'Alahai Akif, kau lupa ke kau pernah cakap kat abang Aiman kalau kau nak bagi balik Zuyyin kat dia? Tak kisahlah kalau dorang rapat pun, nak bercinta sekalipun. Lagi satu, kau bukannya suka kat Zuyyin pun. Zuyyin, lagilah tak suka kat kau.'

Akif geleng kepala, tiba-tiba dia rasa macam tak setuju dengan kata hati sendiri..

***************

Hahahahaha! Bergema kuat suara ketawa Naim di dalam bilik pejabat Akif. Meriah betul bunyiknya.

"Aish Zuyyin ni, boleh pulak dia buat kuali tu berapi." Masih gelak-gelak kecil dia dengan cerita Akif.

"Itulah pasal, sebab tu aku tak bagi dia masuk dapur bila aku tak ada. Kang tak pasal-pasal dengan dia-dia sekali rentung kat situ."

"Wah wah wah! Sayang gila kau kat dia yea." Angkat-angkat kening dia mengusik Akif.

"Jangan nak merepak. Dia tu amanah, aku kena jaga baik-baik." Sebelum aku serah dia pada yang berhak, ayat itu dia sambung dalam hati.

"Alah, kalau kau sayang dia pun apa salahnya. Tuhan bukannya marah pun kalau kau sayang bini sendiri." Gelak lagi. 

"Memanglah, masalahnya aku bukan sayang dia pun. Maksud aku, sayang macam sayang yang kau maksudkan tu" 

Betulkah tak sayang?! Entah.

"Abes tu, maksud sayang kau kat dia macam mana kalau bukan macam sayang yang aku maksudkan tu?" 

Rasa macam tengah main perkataanlah pulak bila dok asyik ulang perkataan "sayang". Heeh.

"Yang pastinya, bukan macam yang kau fikirkan." Pasti!

"Iye ke? Macam mana kau pasti sangat dengan apa yang aku fikirkan?" Kau bukan Hanna yang ada "kebolehan" baca fikiran orang.

"Aku taulah, hati aku." Bengang. Banyak soallah pulak budak ni. 

"Hahah! Rilekslah bai." 

Kalau tak sayang taklah, nak marah-marah buat apa. Kecualilah kalau memang maksud sayang kita itu sama.

"Eh, tolong ajar aku buat akaun facebook boleh?" Soalan Akif buat Naim terkedu. Hilang terus tawanya.

"Bukan kau cakap facebook tu buang masa ke?" 

Ayoyo, dulu bukan main beria cakap tak nak buat facebook. Kononnya laman sosial yang Mark Zuckerberg buat tu sosial sangat, buang masa. Kucing beranak pun sibuk juga nak update. Sekarang apa cer bai? Cecite.. Cecite..

"Itu dulu.." Sengih..

"Zuyyin ada facebook tak?" 

Hohoho! There's something wrong somewhere..

"Ada. Siap kawan dengan abang Aiman lagi." Laju meluncur ayat itu tanpa dapat di tahan-tahan.

"Patutlah.." 

Naim gelak tak hengat tengok muka Akif yang baru tersedar kalau dia sudah masuk perangkap.

Damn!


Korang Comel Kalu Korang Like

6 comments:

Anonymous said...

Alolo Akif.. Swetlah pulak..

kak ida said...

salam dik..membaca citer adik ni...rasa macam kembali ke alam persekolahan yg lama ditinggalkan..menciterkan seorg gadis yg baru lepasan peperiksaan yg dipaksa berkahwin ngan kiranya sepupu angkatnya..bahasa yg digunakan sampoi..dan dlm mengharungi perkahwinan ini akak sgt teruja bila mrk gaduh gaduh syg..

Anonymous said...

dik seronoklah,cepat smbung yer.........

Siti Soleha Yahaya said...

maaf yer....
kalau guna ganti nama AKU..setahu saya hanya bleh guna utk 1 watak jer....cthnya watak Zuyyin..dr awal hingga akhir hanya Zuyyin boleh guna watak AKU itu...AKU tuh cam watak sebenar penulis ler...MAAF JIKA TEGURAN SAYA INI BUAT ANDA BERKECIL HATI...MAAF YER...

IniCikGadis said...

@Siti Soleha Yahaya, TQ atas teguran tu. Tapi rasanya, tak salah kot kalau guna "AKU" untuk dua watak tu. Kerana saya gunakan perkataan Aku di setiap ayat selepas watak, tidak bercampur. So, rasanya tdak ada kekeliruan di situ. Masih boleh di bezakan, Aku untuk Zuyyin dan Aku untuk Akif. TQ. btw, tq bc karya saya =)

Wild Cherry said...

Wahaha Akif da pndai nk berFB... jeles r tu..