Jul 11, 2011

Isteriku, 19 tahun! [20]


“Kau okey ke ni?” Soal Rizqin sambil mengambil Adam dari dukungan Akif. Pipi gebu anaknya di cium bertalu-talu. Rindu.

“Cirit birit. Tapi sikit je, dah semakin okey pun. Rimas Adam kena gomol dengan kau.” Ujar Akif.

Tersenyum dia melihat Rizqin yang mencium anaknya bagai nak rak. Adam bertuah dapat ayah sepenyayang Rizqin.

“Anak beb, siapa tak sayang anak. Anyway, siapa yang pedajal kau bagi makan cheese?” Semua orang tahu kalau Akif tak boleh makan cheese, nanti dia akan  muntah dan cirit-birit macam orang kena poison food. Padahal makan cheese je pun.

“Zuyyin. Dia masak spageti, letak cheese. Dia tak tahu aku tak boleh makan cheese.” Sengih.

“Oh, Zuyyin mana?” Matanya meliar di sekitar ruang tamu. Tiada Zuyyin di situ.

“Tidur. Gila penat kot, jaga aku dengan Adam. Kan Adam kan? Kesian Mama Ayien kan?” Ujar Akif. Sibuk dia mengagah Adam di pelukan Rizqin.

Mesti Zuyyin sedih gila bila dia bangun nanti Adam sudah tiada di sisinya. Dahlah sepanjang malam Zuyyin berjaga menjaga dia dan Adam. Kesian isterinya itu.

“Kesian Zuyyin. Sorrylah Akif, aku memang terdesak semalam.” Rizqin rasa bersalah pulak.

“No hallah. Dia pun kena practice jadi ibu juga. She’s going to giving birth, soon. Anak-anak kami.” Haha! Suka dia bila berbicara tentang itu.

“Betullah kata Naim, kau nampak menggelikan bila cakap bab-bab macam ni.” Rizqin sengih.

Dulu bukan main lagi Akif beria-ia cakap tak suka Zuyyin. Siap lari lagi bila di paksa kahwin dengan sepupu sendiri. Sekarang, nama Zuyyin dah macam halwa telinga mereka. Setiap hari, mereka di sajikan dengan cerita Zuyyin dari Akif.  Nampak sangat kemaruknya.

“Haha. Tak terasa.” Buat tak peduli.

Tapi entah kenapa, dia berani memberitahu seluruh dunia yang dia sayangkan isterinya tapi kenapa dia keluh lidah di hadapan Zuyyin? Lain yang ingin di sampaikan, lain pulak yang keluar. Egonya, selalu membataskan kemesraan mereka suami isteri.

“Eh, aku kena gerak ni. Nak hantar Adam balik rumah, pastu nak balik ke hospital. Kalau ada masa, bawalah Zuyyin lawat Sarah kat hospital.” Rizqin dah bangun, terus menuju ke pintu utama.

“For sure. Petang karang kami pergi. Bye Adam.” Mencuit pipi Adam geram. Saat ini, dia terasa sangat ingin punya anak!

“Balik dululah.” Rizqin angkat tangan, tanda ingin beredar.

“Okey. Drive safety.” Akif mengangguk, pintu di tutup bila batang tubuh Rizqin dan Adam hilang di balik pintu lif yang sudah tertutup. Nampak juga akhirnya Rizqin lif tu. Langkah kaki di bawa ke bilik.

“Penat sangat agaknya.”

Akif senyum sambil duduk di birai katil melihat isterinya yang sedang tidur lena. Semalam, buat pertama kalinya Zuyyin melangkah masuk ke dalam biliknya, dan hari ini dia tengah tidur lena di atas katilnya.

Pagi tadi, dia cuma mampu tersenyum melihat Zuyyin terkial-kial memandikan Adam. Mujurlah rumah mereka ada besen yang agak besar, muat untuk Adam masuk. Zuyyin kelihatan agak kekok memandikan Adam, memakaikan baju, memberi Adam makan, tapi Zuyyin nampaknya suka dengan apa yang dia buat. Tapi, bila dia tidurkan Adam pukul 11 tadi, Zuyyin akhirnya tewas juga. Terbaring lesu keletihan dia di sebelah Adam.

“Kasihan isteri aku ni.” Senyum. 

Akif baring mengiring di sebelah Zuyyin, menongkat kepala dengan tangan kirinya. Dan untuk pertama kalinya dia menganalisa wajah isterinya yang sedang lena berbantalkan lengan.

Cantik? Tidak. Jika di bandingkan dengan Hanna mahupun Hanni, adik-adiknya itu jauh lebih cantik. Dengan Emilda, lagilah jauh di telapak kaki. Ayu, lemah lembut? Tolonglah, isterinya ini bukan dalam kategori itu. Nak kata sebab pandai jaga perutnya, bukti sudah ada depan mata. Semalam dia cirit-birit kerana Zuyyin.

Kerana Zuyyin itu berpelajaran tinggi? Langsung tidak. Zuyyin itu baru 19 tahun, tengah menunggu keputusan STPMnya yang belum di ketahui untung nasibnya. Atau mungkin juga kerana Zuyyin itu berharta, kaya raya dengan emas permata? Mungkin juga tidak. Duit di akaun banknya lagi banyak berbanding duit Zuyyin.

Jadi apa yang ada pada Zuyyin sebenarnya yang menarik hatinya? Membuatkan matanya terus terpaku di situ? Entah, dia tidak tahu.

“She was like an angle that sent for me.”

Akif berkata-kata sendiri. Tangannya jatuh pada ubun-ubun Zuyyin. Apa yang dia tahu kini, dia cintakan Zuyyin tanpa apa-apa sebab yang nyata. Dan selamanya, dia ingin begitu. Mencintai Zuyyin kerana dia adalah Zuyyin, bukan sesiapa.

“Tidurlah sayang.” Satu ciuman jatuh di dahi isterinya yang kini sudah baring di atas lengannya. Bila tangan Zuyyin melingkar di pinggannya, dia menarik tubuh itu rapat ke arahnya.

‘Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau telah melorongkan hati arwah Atuk untuk menjodohkan aku dan Zuyyin..’

Mata Akif juga di pejam, menjemput lena di dalam pelukan isterinya.

******************

Satu demi satu kedai di Alamanda dia masuk, namun masih belum bertemu dengan hadiah yang dia cari. Hadiah kahwin untuk salah seorang rakan sekerjanya ketika masih bertugas sebagai doktor kerajaan dulu. Membeli hadiah? Ini bukan sesuatu yang dia pakar.

Silapnya kerana datang sendiri. Kalau dia datang dengan Hanni, tidaklah dia melangut sendiri di situ. Tapi adiknya yang baru habis peperiksaan akhir Matrik itu amat jarang lekat di rumah. Lebih-lebih lagi bila Hanni sudah ada kereta sendiri. Sebaik matahari muncul, masa itu jugalah Hanni lesap. Pulangnya bila matahari sudah terbenam, hingga menimbulkan kemarahan Mama. Entah ke mana sahaja adiknya itu pergi. Dia sudah penat menegur, Hanni sudah terlalu dewasa untuk di marahi.

"Kalau ada Lydia kan senang." Mengeluh. Mungkin Lydia sedang merajuk sekarang.

“Uncle doktor!”

Satu suara yang sudah lama dia tidak dengar menyapa gegendang telinganya. Tangannya yang sedang membelek barangan kristal terhenti terus. Pantas kepalanya di teleng memandang ke arah punca suara itu datang.

“Zara..”

Senyuman manis dia ukirkan untuk si kecil Zara yang kelihatan comel dengan gaun ungunya. Zara seperti kanak-kanak dalam iklan pakaian Baby Kiko.

“Zara datang dengan siapa?”

Matanya meliar mencari seraut wajah yang sudah lama tidak dia ketemu. Lydia benar-benar mengotakan katanya. Ini sudah minggu kedua Lydia menyepikan diri.

“Dengan papa. Tu.” Tangannya menunjuk ke arah seorang lelaki berkemeja biru bergaris halus. Memang kacak, sesuailah dengan Lydia yang jelita.

“Khairul.” Papa Zara menghulurkan tangan, bersalaman.

“Aiman.” Tangan Khairul di sambutnya dengan senyuman.

“Pa, inilah uncle doktor tu.” Zara menyampuk.

“Iya, Papa tau sayang.” Khairul mengangguk sambil mengusap kepala anaknya manja.

“Zara dan Lydia selalu cerita tentang awak. Hari-hari dorang berdua ni update cerita pasal awak. Dah macam twitter pun ada.” Ujarnya sambil di selangi dengan tawa kecil.

Perlakuan Khairul membuatkan Aiman tertanya-tanya. Sebagai suami dan ayah, tidakkah Khairul merasa cemburu atau marah mendengar anak dan isterinya setiap hari bercerita tentang lelaki lain?

“Maaflah sebab saya selalu jumpa isteri dan anak awak tanpa pengetahuan awak. Bukan apa, saya sebenarnya selalu terserempak dengan mereka kat cafe.”

Aiman menjelaskan perkara sebenar. Bimbang jika senyuman dan ketawa Khairul cuma palsu. Kot-kot sebaik sampai di rumah, Khairul memarahi Zara dan Lydia pulak.

“Rasanya, ada kekeliruan di sini.”

Khairul bersuara tenang. Ada perkara yang Aiman tidak tahu. Jika melihat pada kata-katanya, Lydia belum berterus terang sepenuhnya dengan Aiman.

“Maksud Encik Khairul?” Aiman di buru tanda tanya. Kekeliruan apa yang di maksudkan oleh suami Lydia ini?

“Panggil Khairul sahaja Aiman dan saya bukan suami Lydia.” Patah ayat itu meluncur laju di bibir Khairul. Tenang sahaja riak wajahnya.

“Tapi Zara panggil Lydia Mama dan awak Papa.” Kali ini rasanya, dia memang benar-benar keliru. Ada tanda soal sebesar KLCC di atas kepalanya saat ini.

“Saya memang Papa Zara, tapi saya bukan suami Lydia. Kadang-kala, panggilan itu tidak membawa makna apa-apa Aiman.” Pernyataan Khairul ternyata cuma menambahkan kekeliruan Aiman.

“Saya tak faham.” Berkerut dahinya, berlapis tiga.

“Lydia memang Mama Zara, tapi bukan ibu kandung Zara.”

“Hah?” Terkedu Aiman dengan kata-kata yang keluar dari mulut Khairul. 

Patutlah selama ini Lydia tidak pernah ragu-ragu menerima pelawaannya untuk keluar bersama. Kerana ternyata Lydia itu wanita bujang yang belum terikat dengan mana-mana lelaki! Nampaknya, dia harus ketemu dengan Lydia secepat mungkin. Dia perlukan penjelasan!

***************

“Laili, dari mana?” Satu suara yang menegur membuatkan langkah aku menuju ke bilik di tingkat atas terhenti. Kepala aku teleng ke ruang tamu rumah.

“Abang.. Laili dari jumpa klient tadi.” Aku senyum, tapi tidak berniat untuk menghampirinya. Sekadar berdiri di tempat aku berhenti tadi.

“Duduk sini dulu, ada benda yang abang nak cakap.” Satu keluhan aku lepaskan bila mendengar kata-kata itu. Ini yang aku tak suka ni.

“Laili penatlah bang. Kita cerita esok boleh?” Langkah kaki aku bawa ke tangga. Malas berlama-lama di situ.

“Sampai bila nak larikan diri Laili?” Tapi soalan yang keluar dari mulut lelaki yang duduk tenang di ruang tamu rumah itu menghentikan langkah kakiku.

“Apa maksud abang?” Okey, aku memang tak faham dengan soalan ini.

“Kenapa nak tipu dia? Dia ada hak untuk tahu status Laili. Biar dia tak keliru.” Ada rasa kesal dalam nada suara lelaki itu.

“Bukan niat Laili..” Satu keluhan lagi aku lepaskan. Benar, aku memang tidak berniat langsung. Tapi aku tiada sebab untuk berterus terang mengenai status aku kepada 'dia' yang abang maksudkan tadi.

“Rasanya, dia tengah keliru sekarang. Dia perlukan penjelasan Laili. Adakah penjelasan itu juga tak termasuk dalam niat yang Laili nak buat?” Terpempam aku dengan kata-kata itu.

“Tidak. Laili, akan terangkan segala-galanya.” Sekalipun terpaksa mengguris kembali luka di hati.

“Itulah yang sebaiknya.”

“Laili naik dulu.” Langkah kaki aku bawa kembali mendaki tangga tanpa menunggu kata-katanya yang seterusnya.

Aduhai lelaki, kenapa sukar benar di mengerti hatimu? Atau silap akukah sebagai seorang perempuan yang suka benar di sakiti berulang kali?

***************
P/S: Menulis dalam kecelaruan hati, tak tahu jika ianya best or tidak =(




Korang Comel Kalu Korang Like

5 comments:

Pikachu said...

*Aduhai lelaki, kenapa sukar benar di mengerti hatimu? Atau silap akukah sebagai seorang perempuan yang suka benar di sakiti berulang kali?*

Best quote Cik Gadis!

cactaceous opuntia said...

lydia suke aiman?huuu...

Anonymous said...

Siapa Laili? -_-

Naza Dean said...

laili ni lydia ke? Jeng3

Anonymous said...

khairul tu abg laili lydia