Oct 4, 2014

Bintang Di Sebelah Bulan [8]

Samsung S2 yang berdering di atas meja tepi katil tidak diendahkan biarpun sudah hampir sepuluh kali telefon itu berdering sejak dia keluar dari bilik air tadi. Bila dia sudah naik bosan mendengar suara Bryan Adams, barulah telefon itu dicapai. Bukan untuk menjawab panggilan orang di hujung talian tapi dia hanya ingin menukar setting Samsung S2-nya ke mode silent. Dia boleh jadi pekak kalau dengar lagu itu berulang kali. Lagu yang Ann pilih sendiri untuk jadi nada dering khas untuk dirinya sendiri. 

Heaven? Yeah, heavanlah sangat. Ann Delisha dah buat hidup dia yang dulunya tenang jadi kucar-kacir dalam sekelip mata.

Sudah sebulan insiden di Quality Hotel itu berlalu, maksudnya sudah cukup lama dia mengendahkan semua panggilan telefon dari Ann, mengabaikan semua pesanan ringkas dari Ann.

Cakaplah apa pun, lemparlah apa pun kata-kata yang tidak enak didengar, labellah dia dengan gelaran apa pun, dia akur dan terima. Dia akui, tindakannya yang seolah melarikan diri dari Ann adalah tindakan seorang pengecut. Dia akui, walau pahit tapi itulah kenyataannya. 

Seminggu yang lepas, dia si pengecut itu yang cuba lari dari Ann Delisha meyakinkan diri sendiri untuk berhadapan dengan Kak Hajar dengan satu niat suci. Dia ingin menjadikan Nurul Safawani sebagai miliknya yang sah. Terlopong Kak Hajar mendengar kata-katanya tempoh hari. Safa apatah lagi, hampir sepuluh minit mulut Safa "jammed". 

Tapi dia suka tengok wajah Safa yang malu-malu bila Kak Hajar dengan selamba bertanya apa jawapan gadis itu untuk lamarannya. Merah pipi Safa sambil mengangguk kecil tanda bersetuju. Dia yang melihat anggukan Safa dalam diam mengulum senyum. Bahagia.

Semalam, waktu dia, Safa, Mama dan Kak Hajar keluar untuk membeli cincin tunang mereka, sempat Kak Hajar bagi amanat kat dia. Kak Hajar kata, "Kalau Ash patahkan hati adik akak, Kak Hajar bawa dia lari sampai Ash tak jumpa dia lagi sampai bila-bila."

Dan dia dengan gaya paling macho mengangguk. Dia kata, " Saya janji kak, saya akan jadikan Safa wanita paling bahagia di dunia ni."

Dan pipi Safa yang mendengar kata-katanya itu automatik menjadi merah. Ash suka, suka tengok Safa yang malu-malu begitu. Safa comel, macam Erika Sawajiri versi bertudung.

Ah Safa, awak dah menawan hati saya!

Bila dia suarakan niatnya untuk bertunang dengan Safa kepada keluarga di rumah, semua orang menyambut dengan syukur. Ayah tak membantah, Mama lagilah. Terus Mama beria-ia ingin bertemu Safa. Tersenyum lebar Mama bila melihat betapa sopannya si bakal menantu yang berdiri di hadapannya. Terus Mama angkat dua 'thumbs up' untuk dia dan pula Ayah menepuk bahunya sambil berulang kali memuji-muji betapa bijaknya dia memilih calon isteri. Dia hanya sengih sebelum tersenyum bangga.

See the leg lah, Ayah!

Antara semua orang, Kak Mia yang nampaknya paling suka. Kak Mia kata, dia bersyukur sangat-sangat bukan Ann Delisah yang tidak cukup kain itu yang jadi pilihannya. Dia tak tahu pula selama ini Kak Mia tak suka Ann. 

Tapi kalau Kak Mia pun tak suka Ann, bukankah itu salah satu petanda kalau Ann mungkin bukan untuk dia? Kalau dia kahwin dengan Ann mesti Kak Mia dan Ann akan saling bercakaran, macam Tom dengan Jerry. Susahlah macam tu. Nanti, dia juga yang serba salah.

Okey, satu lagu alasan kenapa dia dan Ann tak boleh bersama!

Yeah Ash, kumpullah sejuta alasan pun kenapa kau dan Ann tak boleh bersama dan jangan lupa bentang nanti di hadapan Ann. Jangan disimpan sampai jadi pekasam sudah.

Kotak cincin yang ada di atas meja dicapai sebelum dia berlalu ke katil. Dia duduk bersandar di kepala katil sambil tersenyum merenung kotak cincin yang ada di tangan. Cincin emas dengan tiga permata, pilihannya sendiri. Bila Safa tanya kenapa tiga, dia dengan selamba menjawab, I love you. Merah lagi pipi Safa mendengar kata-katanya.

"Amboi, senyum sampai ke telinga tu." 

Ash mengangkat kepala, tersengih dia melihat Kak Nia yang berdiri di ambang pintu. Bila masa Kak Nia berdiri di situ pun dia tidak tahu. 

"Haruslah Kak, esok nak tunang dengan orang tersayang kut." Dia sengih lagi.

"Ni, baju Ash untuk majlis esok." Kak sudah Nia melangkah masuk, Bambam yang sejak dua tiga hari ini kurang bercakap dengannya mengekor dari belakang.  

Ash perasan, sejak dia bagitahu Bambam yang Cikgu Safa akan jadi Mak Usunya, Bambam macam 'merajuk' dengan dia. Tapi kenapa?

"Thanks Kak Nia, you the best!" Ash tayang muka comel.

Baju Melayu warna 'pink' yang tergantung elok di penyangkut sudah siap bergsosok nampaknya. Warna yang paling lelaki macho macam dia benci, tapi dia akur bila Safa beria-ia nak pakai warna pink untuk majlis mereka esok. Demi Safa, baju warna kelabu tahi anjing pun dia nak pakai. Untuk orang tersayanglah katakan. 

Amboi kau Ash, bukan main lagi ye..

Baju ni mesti Kak Nia yang gosok sendiri ni. Kak Nia memang suka buat kerja rumah sendiri, tak macam Kak Mia yang lagi suka mengarah Cik Kema dalam setiap kerja yang dia buat. Dulu, bila Kak Mia kahwin, dia angkut sekali Cik Kema tinggal dengan dia. Tapi tak lamalah. Hanya sebulan Cik Kema tinggal dengan dia, Cik Kema dah kena balik rumah Ayah sebab Mama dah call suruh Cik Kema balik. 

Mama kata, selagi Cik Kema tu tinggal dengan Kak Mia, sampai bila-bila pun Kak Mia tak akan tahu macam mana rasanya jadi suri rumah. Sejak itu, kakak sulungnya itu 'terpaksa' belajar macam mana nak urus rumah tangga dia sendiri. 

Memang padan muka Kak Mia. Hahahha.

Macam mana kalau Safa juga macam Kak Mia? Tak pandai masak? Tak kut. Dia dah pernah rasa masakan Safa. Hari tu Safa masakkan dia bubur kacang hijau, sedap hingga menjilat sudu okeyyyy..

"Amboi, beli cincin kat Pak Habib J tu." Nia sudah duduk di sisi Ash. 

Kotak cincin ditangan Ash dicapai. Dibelek-beleknya cincin yang akan jadi tanda esok kalau Nurul Safawani sudah Ash Damien booking dulu. Sebagai amaran pada jejaka-jejaka di luar sana, supaya jangan cuba-cuba nak masuk line. 

"Taste Datin Dahlia kut, takkanlah Kak Nia tak tahu." Ujar Ash sambil tersengih. 

Kak Nia selalu kata, Mama mungkin ada share kat HJ tu. Setiap bulan, mesti Mama akan buat lawatan kat mana-mana cawangan HJ. Hobi mengumpul barang kemas sejak dari zaman anak dara lagi diteruskan biarpun sudah beranak-cucu.

Dia sebenarnya tidak berkenan dengan cincin emas. Baginya, cincin emas sudah ketinggalan zaman. Ada banyak cincin di pasaran sekarang. Tapi bila Mama berkeras mahu dia beli cincin emas, terpaksa juga dia akur walaupun sebenarnya Safa macam tak setuju dengan pilihannya bila melihat angka yang tertera di kalkultor tadi. Kalau ikutkan Safalah, dia nak beli cincin yang biasa-biasa sahaja. Tapi bila mak mentua dah mula pandang semacam, terpaksa juga Safa akur. Itulah padahnya bila keluar dengan bakal mak mentua yang pentingkan standard macam Mama.

Kasihan bakal isteri Ash Damien..

"Esok, siapa yang datang dengan Safa nanti?" Kotak di tangan dikembalikan semula oleh Nia kepada tuan punya badan. 

"Dengan Kak Hajar dan kawan-kawan sekerja dia je kut." Ujar Ash. 

Kotak cincin ditutup, dimasukkan ke dalam poket seluar pijamanya. Bambam yang duduk diam di hujung katil dari tadi dicuit dengan hujung kaki. Bambam hanya mengangkat kepalanya sebelum melempar pandangan ke dinding. Buat bodoh.

Okey  seriously, apa kena dengan Zaem Hamizan ni?

"Nanti nak nikah, wali hakim ke macam mana?" tanya Nia lagi.

Waktu Ash suarakan niat nak bertunang dengan Safa dulu, dia ada bagitahu sekali kalau Safa anak yatim piatu yang membesar di rumah anak yatim. Tapi, siapa pun Safa mereka terima seadanya. Status Safa, bukan itu yang perlu dibahaskan. Safa, dengan ketinggian budi pekertinya menutup semua kekurangan itu. Safa jaga solat, jaga auratnya, baik budi pekertinya, tidak ada sebab untuk mereka tolak gadis sebaik Safa.

Sebab itulah bila Mama tahu macam mana latar belakang Safa, Mama dengan senang hatinya menyuarakan pendapat untuk buat majlis di rumah mereka sahaja. Esok pagi, Safa akan datang ke rumah mereka. Memang tak pernah di buat orang, tapi kalau tak langgar hukum ALLAH, siapa yang boleh bantahkan? Lagi-lagi bila tuan punya badan juga bersetuju.

"Ha'ah." Ash mengangguk. Sekali lagi kakinya mencuit Bambam. Tapi macam tadi, lagi sekali Bambam buat muka bodoh.

Amboi, bukan main lagi dia buat tak endah dengan Pak Usu dia yang macho ni!

"Dah jemput keluarga Tan Sri Darius?" 

Nia yang perasan kelakuan Ash dan anak tunggalnya itu hanya diam tanpa ingin menegur seperti biasa. Tapi sebab nak tahu kebenaran kata-kata Zaem petang tadi, dia sabarkan hati yang sedang panas.

Selalunya, memang dah kena Ash dengan dia. Suka-suka je pi cuit anak dia guna kaki. Tak sopan sungguh!

"Ayah kata dah. Dani, kejap lagi nak call dia. Saja nak suprisekan mamat tu." Ash sengih. 

Kaki yang dilunjur tadi ditarik, dia duduk bersila. Sudah hilang minat main cuit-cuit dengan Bambam. Bambam pelik dua tiga hari ni, mood Bambam hilang entah ke mana. Kalau mood makan yang hilang bagus juga, boleh Bambam hilang berkilo-kilo lemak. Dari one pack, boleh dapat six pack macam Pak Usu dia. Ini tak, hampehh.

"Ann Delisha?" 

Sebaris nama itu menghentikan tangan Ash yang sedang menggaru lengan. Berdehem dia dua tiga kali, memikir jawapan apa yang perlu dia beri.

"Belum." Ash menggeleng. 

Dia perasan, bila Kak Nia sebut nama Ann tadi terus Bambam angkat muka tengok dia. Mata Bambam macam teruja, tapi keterujaan itu hilang bila mendengar jawapannya tadi. Siap jalan hentak-hentak kaki lagi keluar dari bilik dia. 

Kenapa? Apa yang tak kena dengan Bambam ni?

"Kenapa tak jemput Ann? " tanya Nia bila kelibat anak lelakinya hilang dari balik pintu. 

Baguslah Zaem angkat kaki dengan sendirinya keluar dari bilik Ash, tak adalah dia susah-sudah nak halau Zaem. Tak baik bincang benda-benda macam ni  depan anak umur macam Zaem. 

Nia dalam diam cuba menganalisa wajah si adik yang nyata ada sedikit berubah riak bila mendengar soalannya tadi. 

Zaem kata, "Pak Usu suka Acik Ann lah Mummy, bukan Cikgu Safa. Acik Ann kata, Pak Usu suka Acik Ann sebab tu Pak Usu bagi Acik Ann rantai."

Tapi iyelah, rantai je pun kan? Bagi rantai tak semestinya itu tandanya yang Ash suka Ann. Mungkin, Ash bagi sebab hari tu hari jadi Ann kut, tak pun Ash hadiahkan sebab Ann dapat keputusan yang baik dalam exam ke? Tak mustahilkan?

"Alah, dia dah tahu kut. Takkanlah Tan Sri Darius tak cerita kat dia? Dia orang tu kan duduk serumah." 

"Betul juga, lagipun bukan penting pun Ann tu sampai Ash kena bagi tahu dengan mulut sendiri yang Ash nak tunangkan?"

"Ash dengan dia bukannya rapat mana pun kan?" ujar Nia selamba. 

"Hurmmm..." Ash menggumam rendah tanpa memandang wajah Kak Nia.

Kenapa Ash rasa Kak Nia seolah menyindir dia? Tak rapat kata Kak Nia? Tak mungkinlah kan Kak Nia boleh lupa macam mana akrabnya dia dengan Ann. Kak Nia juga yang cakap dulu, kalau dia dan Ann tu magnet, mungkin sudah lama mereka melekat.

Lagi satu, apa motif Kak Nia tanya soalan pelik-pelik macam ni kat dia?

"Ash dah pernah bawa Ann jumpa Safa? Dah kenalkan dia dengan Safa?" 

"Tak pernah." Ash menggeleng lagi. 

Err, actually perlukah? Ash tak rasa dia perlukan persetujuan dan restu Ann untuk bina masjid. Eya, memang Ann ada kata yang dia cintakan Ash hari tu. 

Tapi, Ash tak rasa apa yang Ann rasa. 

"Ash dah yakin, Safa adalah pilihan Ash yang terakhir?" 

Kali ini, Nia tanya soalan yang Nia sendiri rasa boleh buat biji mata Ash terjojol keluar. Mana taknya, buntang mata Ash bila mendengar soalan dari dia tadi.

Ann tak pernah tahu pasal kewujudan Safa? Kalau Ann tahu, Nia tak tahu apa yang akan jadi. Mungkin tak ada apa-apa akan jadi, kalau Ann tak rasa apa-apa kat Ash.

Tapi kalau dah call banyak-banyak kali macam tu, mustahillah tak ada rasa apa-apa kan? Dari cara Ann sahaja, orang sudah boleh agak betapa adiknya ada tempat istimewa di hati Ann.

"Ish Kak Nia ni, ada pula tanya soalan macam tu. Mestilah yes, Safa tu the only one calon yang Ash ada tau." ujar Ash, yakin.

"Ann Delisha tu?" Laju sepotong nama itu keluar dari bibir Nia.

"Ann mana pernah masuk dalam senarai tu. Kak Nia ni, buat lawaklah. Ann tu, Ash anggap macam adik je kut." Ash tergelak-gelak sendiri. 

Entah  macam mana nama Ann boleh muncul dari mulut Kak Nia,  Ash pun tak tahu.

"Kak Nia ingat, Ann lah calon tu. Terkejut juga Kak Nia bila Ash kata nak bertunang dengan Safa. Iyalah, Ash mana pernah rapat dengan mana-mana perempuan selain Ann." Ujar Nia yang masih dalam mood untuk cuba mengorek isi hati Ash. 

Okey, mungkin Zaem silap. Pak Usu Zaem hanya anggap Acik Ann tu macam adik je. Tapi Nia macam dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Lagi-lagi bila Ash macam mengelakkan dirinya dari Ann.

Tu telefon tu, kenapa dibiar tak berangkat dari tadi? Sejak bila Ash tak nak bercakap dengan Ann depan dia? Pelik.

"Ann tu bukan perempuan yang boleh Ash handle. Tengoklah cara hidup dia macam mana." Ujar Ash perlahan. Sesekali, Samsung S2 di atas meja tepi katil dia jeling. Nama Ann muncul entah untuk keberapa kalinya.

Ann buat lagi duh. Confirm, kong bateri telefon dia kejap lagi. Perlukah dia block semua call Ann? Tapi, macam kejam sangat bunyinya tu. Tapi, Ann dah buat dia rasa rimas ni.

Salah kau Ash, kenapa nak larikan diri dari Ann? Berterus terang kan lebih elok? Bukan kau buat salah pun. Hati dan perasaan ni milik peribadi bro..

"Cara hidup itu boleh diubah Ash. Parang, kalau belakangnya di asah pun boleh tajam tau." 

"Itu belakang paranglah Kak Nia, bukan Ann Delisha." Tanpa sedar, nada Ash kedengaran sinis. 

"Dia dah besar, dah boleh beza baik dan buruk. Dia boleh pilih jalan hidup yang lebih baik, kenapa pilih hidup bergelumang dosa macam tu? Daddy dan abang-abang dia bukan ada perangai macam dia pun. Dani, sembahyang pun tak tinggal. Tapi Ann tu entah kenal kiblat ke tak." Sambung Ash lagi. 

"Ash, kadang-kala manusia ni bukan tak boleh nak berubah sendiri. Tapi lumrah manusia yang perlukan sokongan untuk dijadikan tempat dia bersandar bila dia penat. Mana Ash tahu yang Ann sedar apa yang dia buat tu tak betul? Lagi satu Ash, kan Raihan dah kata, iman tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa?" 

Nia siap nyanyi lagi nasyid yang popular suatu ketika dahulu itu.

Ash yang mendengar Kak Nia menyanyi lagu nasyid itu tersengih. Dalam diam, dia setuju dengan kata-kata Kak Nia. Tapi, entahlah..

"Ash mungkin bukan orangnya yang boleh jadi tempat Ann bersandar bila dia penat." Ash menggeleng, kakinya kembali dilunjurkan. Penat. 

I just can't be, Kak Nia.

"Entah kenapa, Kak Nia rasa macam Ann tak ada dalam senarai tu bukan sebab Ash anggap dia macam adik. Ash cuma tak mampu nak terima kekurangan Ann sama macam Ash terima kekurangan Safa. Ann bukan innocent girl yang Ash pernah kenal sebelum ni." Tebak Nia. 

"Mengarut Kak Nia ni." Ash menggeleng kepala mendengar kata-kata Kak Nia. Tak logik!

"Atau mungkin, sebab perasaan Ash kat Ann tak sedalam perasaan Ash kat Safa." Ujar Nia lagi. 

Matanya mencari mata Ash, cuba mencari gelodak yang mungkin berkocak hebat dalam hati Ash. Hampehh, Ash pejam mata.

"Apa-apalah Kak Nia." Ash kembali bersandar di kepala katil.

"Hati Ash, hanya Ash dan ALLAH yang tahu. Ash, kalau tak yakin dengan apa yang Ash tahu, tanya pada DIA yang lebih tahu. DIA ada jawapannya." Ujar Nia. 

Kaki Ash yang masih memejamkan mata dipukul perlahan sebelum dia bangkit dan berjalan menuju ke pintu. Pejam mata, buat-buat tidur, itu cara Ash hendak menamatkan perbualan. Nia sudah faham perangai Ash yang satu ini.

"Pick up the call Ash, jangan buat hati anak dara orang berdebar tanpa sebab." Ujar Nia sebelum dia hilang di balik pintu bilik Ash.

Zaem, Mummy rasa Zaem betul. Tapi Zaem sayang, apa yang Pak Usu rasa kat Acik Ann tu, tak sama dengan apa yang Pak Usu rasa untuk Cikgu Safa. Perasaan ini, Zaem akan hanya rasa bila Zaem sudah seusia Pak Usu nanti. 

Perbezaan antara ingin memiliki si dia yang bakal bertakhta di hati atau pun mengetepikan si dia yang pernah bertahkta di hati. Satu pilihan yang amat sukar.

Nia tak rasa Ash tahu yang dia sedang berhadapan dengan persoalan itu. Ash juga mungkin tak tahu kalau melarikan diri begini adalah salah satu dari simptom dalam fasa penafian. Penafian hak  Ann untuk tahu segalanya tentang Safa. Dia sebenarnya sengaja menangguhkan niatnya untuk memberitahu Ann tentang Safa kerana dia tidak ingin menyakiti hati gadis itu. Menyakiti hati Ann umpama menyiat-nyiat hatinya sendiri.

Ash mungkin tak tahu itu semua.

Ash yang ditinggal sendirian perlahan melepaskan keluhan berat. Hati yang kadang-kala tidak yakin dengan pilihan sendiri, goyah lagi bila mendengar kata-kata Kak Nia.

'Ya ALLAH, bantu aku,' doa Ash dalam hati.

Mata dibuka, dia bangkit menegakkan tubuh. Samsung S2 di atas meja di capai. 

45 missed calls, 7 messages received.

'I'm so sorry Ann. I just can't be your wonderwall'

Butang dail ditekan, Ash menunggu dengan debaran talian di sebelah sana bersambut. Dia perlu menamatkan semuanya hari ini.

Semuanya.

**************

Selamat Berpuasa sunat Arafah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Korang Comel Kalu Korang Like

2 comments:

Anonymous said...

Alaaaa tak puas la :( nak lagi..

Anonymous said...

Alaaaa tak puas la :( nak lagi..