Oct 29, 2011

Bukan Cinderella [12]

Matanya merayap di setiap sudut Starbuck, mencari-mencari wajah seseorang. Pandai tol Bonda pilih tempat nak jumpa, macam remaja gitu. Kelas tol bonda kau ye bang!

Hah! Jumpa pun. Nun di hujung sudut kiri café itu ada seseorang melambai-lambai ke arahnya. Bonda!

“Bonda sorry, I’m late. Masih tak biasa nak drive kat sini.” Dania sengih.

Bukan setakat tak biasa, entah dah berapa kali dia accident sejak drive kat Malaysia ni. Tangan bonda dicapai dan di cium sopan. Rindunya kat orang tua ni!

“Tak pe, bonda yang datang awal. Nia sihat? Mummy apa khabar?”

Rasanya, dah hampir lima tahun dia tidak berjumpa Dania. Last dia jumpa Dania, bila dia membawa Danish ke UK untuk melawat kakaknya. Cup berisi Mocha kesukaan Dania di tolak di hadapan gadis itu.

“Sihat je. Mummy pun sihat, lagi dua minggu dia menyusul Nia. Ada banyak benda nak settlekan before balik sini.” Senyum. Bonda masih macam dulu, anggun bergaya.

“Dah lama Nia sampai KL?”

“Adalah kot dalam 2 bulan.” Sengih.

“Amboi, dah dua bulan tapi tak datang rumah bonda pun kan?” Mencebik Bonda mendengar jawapan Dania.

“Err.. Bukan Nia tak nak, tapi..” Dania menggantungkan ayatnya. Rasanya, kalau dia tak habiskan pun ayat tu, bonda masih faham apa yang dia cuba sampaikan.

“Nenda?” Bonda mengagak.

“Ermm..” Dania senyum pahit. Nenda? Tak terasa nak sebut nama tu. Bukan nenda dia pun!

“Nia masih marahkan Nenda?” soal Bonda.

“Tak..” Monotone Dania menjawab.

Tapi Nia benci dia! Hatinya membentak. Sungguhlah dia sangat benci dengan manusia yang bernama Tengku Khaleeda itu!

“Bonda faham..” Tersenyum bonda menepuk-nepuk tangan Dania.

Kalau dia sendiri pun susah nak terima apa yang ibu mertuanya itu sudah lakukan pada Dania, inikan Dania yang melalui semuanya. Faham je dia apa ada dalam hati Dania tu, biarpun mulut Dania terang-terang cakap “TAK”.

“……….” Dania senyum tanpa kata.

Cukuplah segarit sahaja senyumannya. Tak perlu berpura-pura depan bonda, semua kisah hidup dia ada je dalam poket bonda. Bonda lagi tahu apa yang terjadi berbanding dia. Tak payah nak jaga hati sesiapa.

“Eh, tadi dalam phone bonda cakap nak bincang pasal abang. Abang kenapa?” Dania ubah topik. Tak ada selera nak cerita pasal Tengku Khaleeda saat ini.

“Nia masih ingat Tengku Qistina?” Bonda mula mikaddimah sesi mari-kita-bincang-pasal-Danish dengan soalan.

“Ingat. Girlfriend abangkan dulu?” Dania soal balik.

“Danish tak pernah ada hubungan istimewa dengan Qis tu.” Bonda jawab senada.

“Serius? Tapi, dulu tu.. Dorang rapatkan dulu?” Dalam ingatannya, Danish dan Qistina itu sangat rapat. Macam isi dengan kuku! Eh, tapi bukan Rifqi pun ada cakap pasal benda ni juga ke semalam? Qistina bukan girlfriend abang pun.

“Rapat tak bermaksud dorang ada apa-apa. Tapi Danish memang pernah ada cakap dengan bonda, nak bonda pinangkan Qis. Tapi, bila bonda jumpa Qis, bincang hal tu, Qis cakap dia tak boleh terima abang kamu.” Panjang lebar bonda explain.

“Kenapa?” Dania soal sepatah.

“Sebab yang sama Nenda tak boleh terima Danish dulu.”

“Owh.” Lain nada suara Dania.

‘Sebab yang sama Nenda tak boleh terima Danish dulu’, ayat itu macam bom yang menggegarkan telinga. Kerana “sebab yang sama” itu jugalah dia “terbuang” jauh di negara orang!

“Tapi semalam, bonda ada terdengar perbualan antara Danish dengan Qis. Qis nak putuskan pertunangan dengan Rifqi, dia nak balik kat Danish.” Sambung Bonda lagi.

“Suka hati je Qistina ni.” Dania pula yang emo.

Padanlah Rifqi macam redha je bila cakap Qistina tu bakal ex- fiancee dia, sebab dia tahu yang hati Tengku Qistina bukan untuk dia. Dania kenal sangat dengan Rifqi tu, Rifqi bukan jenis yang suka memaksa. Bertahun tinggal dengan Mummy di US, Rifqilah orang yang paling rajin melawat dia di sana. Lagi-lagi bila Rifqi future study di sana juga. Antara Danish dengan Rifqi, dia lagi tahu isi hati Rifqi berbanding Danish. Mesti Rifqi tengah patah hati sekarang ni.

“Itu yang bonda risaukan tu. Takut Nenda ‘apa-apakan’ Danish. Taulah Nenda tu, sayang sangat kat cucu-cucu dia.” Faham sangat dia perangai mentuanya itu, sayang dia kat cucu-cucu dia tu kadang-kadang boleh buat orang di sekelilingnya terluka.

“Hurm.. Cucu-cucu dirajanya jelah.” Dania menggumam rendah. Hanya untuk pendengarannya sahaja.

“Nia cakap apa?”

“Tak ada apa-apa. Eh, apa kata bonda kahwinkan sahaja abang dengan Ella?” Saat itu, wajah Ella menerpa dalam ingatan.

Ella itukan Danish punya soulmate? Satukan budak berdua tu, habis cerita. Nenda tak boleh salahkan Danish atas ‘kecurangan’ Qistina dan Qistina pun tak adalah nak menempel lagi kat Danish. Tapi, tak tahulah kalau memang ada cop “Perosak rumah dan tangga” kat dahi Qistina tu.

“Nia dah kenal dengan Ella ke?” Naik seoktaf pitch suara Bonda. Terkejut. Nia kenal Ella?

“Kenal je, dah jumpa semalam. Abang bawa Ella datang jumpa Nia.” Sampai situ sahaja cerita Dania. Nak cerita lebih-lebih, takut Bonda fikir lain pulak.

“Oh. Bonda pun, ada juga terfikir benda tu sebenarnya. Cuma, ada masalah sikitlah Nia.”  Suara Bonda, kembali normal.

“Kenapa? Sebab Ella bukan kerabat Diraja?” Dania serkap jarang.

Tapi, tahun bila penyakit kami-perasan-bagus-sebab-kami-kerabat-diraja Tengku Khaleeda ni berjangkit kat bonda pulak? Ragu-ragu Dania memandang bonda.

“Bukan. Bonda bukannya kisah semua tu. Bonda pun bukannya ada darah Diraja sampai nak buat macam tu kat Ella. Ella tu, dah cukup baik dan sempurna jadi isteri Danish. Bonda tak ada bantahan pun sebenarnya.” Tapi, ini lebih kepada kepastian yang tiada pastinya sebenarnya.

“Dah tu?” Berlapis tiga kerutan dia dahi Dania. Tak faham dia.

“Danish dengan Ella.. Dua orang tu..”

Bonda pulak ragu-ragu nak suarakan apa yang ada dalam fikirannya sekarang.

“Dua orang tu kenapa?” Dania tanya tak sabar.

Bonda nilah, sempat lagi dia nak gantung-gantung ayat macam ni, time orang punya perasaan nak tahu hampir meletup dah.

“Kontark. Danish dengan Ella, hubungan dorang kontrak semata!”

“Hah?! Kontrak?!”

Danish ni gila ke hapa?!

**********

Tangan Ella, nak tak nak sahaja menyiapkan sulaman di tangan. Sudah hampir seminggu sejak Bonda datang berjumpa dia hari tu. Maknanya, sudah seminggu itu jugalah dia sudah sembuh dari demam. Dan, sejak itulah dia bagai “hidup segan, mati tak mahu” jadinya. Permintaan Bonda, rasa macam susah betul nak di realisasikan. Kalau dia cakap “Ya”, memang dialah orang paling tak betul kat dunia ni.

“Bonda nak Ella kahwin dengan Danish cepat-cepat.”

Itu ayat yang keluar dari mulut Bonda hari tu sebaik dia melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu. Wak Ketum yang duduk di kerusi pemandu itu pun agak tersentak mendengar kata-kata Bonda.

Kahwin? Rasanya, dia belum hilang akal untuk memperjudikan nasibnya di tangan Danish. Dia tahu Danish itu baik, itu pun “baik” selepas di tolak campur bahagi dengan mulutnya yang macam longkang itu. Puaka betul! Tapi, kahwin?
Hell no! Baju di tangan di ramas geram.

“Ella, bonda bukan nak tentukan apa yang perlu dan tak perlu Ella buat dalam hidup Ella. Cuma, bonda risau tengok kamu berdua ke hulu-hilir dengan tak ada ikatan yang sah begini.”

Yea, bonda memang betul. Apa yang dia dan Danish buat memang ada salahnya. Tapi, ada cara lainkan untuk selesaikan masalah ini selain daripada jadi isteri Danish? Contohnya, macam dia dan Danish tamatkan perjanjian ke. Itu memang jalan yang terbaikkan?

Aku akan bayar kau RM30 ribu dan 2 ribu setiap bulan sehingga perjanjian kita tamat. Bila tamatnya, cuma aku yang boleh tentukan.”

Masalah, masalah! Boleh pulak lupa isi perjanjian dengan Danish hari tu. Kalau nak tarik diri masih sempatkan? Duit 30 ribu yang Danish bank in kan hari tu, still tak berusik lagi. Tapi, mana nak cekau duit lagi dua ribu tu? kan dua ribu tu dah selamat buat bayar sewa rumah yang tertunggak? Lagipun, dua ribu darab dengan tiga bulan, enam ribu tu! Gila!

Haila Ella, kau memang cari masalah! Tapi, kahwin dengan Danish pun masalah juga. Dia dan Danish, memang tak boleh get along. Ella yakin sangat pasal benda tu. Lagipun, dia tak rasa Danish ada hati kat dia. Kalau betul Danish ada hati kat dia, mesti Danish datang jumpa dia, pujuk dia, macam dulu. Tapi, ini dah seminggu tapi Danish masih tak tunjuk bayang pun.

“Biasalah, boys. Sometimes, they are stupid. Lagi-lagi bila ia melibatkan hati dan perasaan."

Kata-kata Kak Nia menerpa kotak ingatan. Masalahnya, Danish ni bukan setakat stupid Kak Nia oi, ni dah tahap bangang ni!

“Ella!!” Sapaan Kak Intan berserta tamparan di belakang.

“Oh Danish bangang!!” Melatah terus Ella.

“Kau cakap apa Ella? Danish bangang?” Bulat mata Kak Intan mendengar ayat latahan Ella.

“Err.. Ella cakap macam tu ke? Mana ada..” Menafikan.

Nasib baiklah bukan Danish yang dengar dia melatah. Haha. Free je kena fire dengan Danish nanti. Tapi, dia memang bangang pun. Haha. Makin galak, Ella gelak dalam hati.

“Apa-apa jelah kau ni. Tu, handphone canggih kau tu melalak.” Bibir Kak Intan terjuih ke arah iPhone di atas meja yang baru berhenti berbunyi.

“Hehe. Tak perasaan.” Gelak, dengan tangan mencapai iPhone atas meja.

“Mana nak perasan, kalau kau asyik berangan. By the way, Danish tu memang bangang pun!” Kak Intan berjalan kembali ke mejanya, membawa perut yang semakin bulat ke depan meninggalkan Ella yang tergamam.

“Ceh Kak Intan, dengar je dia ni.” Mencebik. iPhone di tangan menyanyi lagi sebelum dia sempat melihat missed call tadi.

“Siapa ni?” Hanya nombor sahaja yang tertera di skrin. Bukan nombor Danish ni, Rifqi pun bukan. Bonda lagilah bukan. Kak Nia ke?

“Angkatlah Ella oi, serak dah iPhone kau tu melalak dari tadi.” Suara Kak Intan dari meja sebelah mematikan teka-teki dalam kepala.

“Nak angkatlah ni..” Kak Intan ni, sibuk jelah!

“Ya? Assalammualaikum?” Ella mula mukaddimah.

“Saya nak jumpa awak.”

“Siapa ni? Nak jumpa saya buat apa?” 

Perempuan? Suara perempuan di sebelah tak menyempat menjawab salam. Apa punya mannerslah manusia macam ni?

“Restoran Nelayan, lepas office hour petang ni.”

“Saya tak kenal awak, saya tak nak jumpa awak!” 

Agaknya perempuan ni memang jenis yang tak faham bahasa agaknya. Lain orang tanya, lain yang dia jawab.

“Jangan risau, saya tak akan apa-apakan awak. Saya cuma nak bincang dengan awak, Ella.”

Eh? Dia tau nama aku? Dia kenal aku ke? Ella tiba-tiba rasa tak sedap hati.

“Awak ni siapa sebenarnya?” Naik selevel suara Ella. Benci betul dia bila di main-mainkan begini. Rasa menyampah semacam!

“Meet me Ella, and you’ll find the answer.”

Dan Klik! Talian di matikan. Apakah?!

Tapi, mungkinkah perempuan tadi tu…

**********

“Tengku Qistina?” Ella duduk di hadapan Qistina tanpa di pelawa. Memang tepat betul sangkaannya di butik tadi.

“Yeah. Me.” Qistina membetulkan duduknya. Wajah Ella di pandang. Lama.

“Just straight to the point, Tengku Qistina.” Ella malas berbasi-basi. Mesti pasal Danish ni.

“Saya nak Danish balik! So,please stay away from him.” Qistina dengan senang hatinya menuriti permintaan Ella. Dia tanpa basi-basa segala, terus ke tujuannya berjumpa Ella.

“Oh. Nak Danish balik, yeah?” Selamba. Ayat Qistina tadi, dia ulang dalam nada berbeza.

“He’s used to be mine before Ella. Sebelum awak muncul dalam hidup dia.” Qistina bersuara yakin.

“Tengku yakin ke? So, Rifqi tu siapa?” Soal Ella, tenang.

Mana mungkin Ella lupa, dia sendiri yang hantar baju bertunang Qistina dulu. Hari dia berlanggar dengan Danish dulu, hari yang sama itulah dia bertemu Qistina.

“Dia..”

“Used to be your fiancee?” Ella tolong jawabkan bagi pihak Qistina.

“Awak tak ada hak nak cakap macam tu!” Qistina yang ayu, tiba-tiba berubah watak. Marah benar dia bila Ella berkata macam tu.

“Same on you Tengku! Tengku tak ada hak nak minta saya tinggalkan Danish, minta Danish dari saya macamlah Danish tu robot mainan yang tak ada perasaan!” Kalau Qistina tau marah, Ella sejuta kali lagi tau marah.

“Saya cintakan dia, saya tak fikir panjang waktu tolak pinangan bonda Danish dulu. Saya cuma ikut cakap Nenda, sebab saya rasa nasihat nenda ialah yang terbaik buat masa tu.” Qistina main reverse psikologi. Melihat Ella yang bungkam tanpa suara di hadapannya, Qistina menyambung.

“Nenda kata, hanya Rifqi yang sesuai untuk saya. Sebab Rifqi dengan saya sekufu, ada darah diraja.”

“So?” Ella buat pekak.

Nada suara Qistina yang mendayu, tak terkesan langsung di hatinya. Ada benda lain yang menarik perhatiannya. Darah Diraja? Maksudnya apa? Danish bukan kerabat ke? Dan, Danish pernah pinang Qistina.. Kenyataan yang satu itu sangat menyakitkan. Danish memang pernah atau mungkin masih mencintai Qistina.

“Please Ella, saya rasa saya tak boleh hidup tanpa dia. Saya dah sedar, saya dah sedar kalau saya boleh cintai dia biarpun dia bukan siapa-siapa.” Makin mendayu rayuan Qistina.

“Saya boleh tunaikan permintaan Tengku, dengan satu syarat.” Ella menarik nafas panjang. Dia mesti buat perhitungan dengan Qistina hari ini, bagi pihak Danish dan juga.. Rifqi.

“Ella bagi tahu sahaja berapa jumlahnya, saya boleh beri.” Laju Qistina mengeluarkan buku cek dari beg tangan. Yakin benar dia yang syarat Ella minta itu ialah duit. Harta semata!

“Rasa sakit hati Danish dan kesedihan Rifqi sebab bertemu dengan perempuan selfish macam Tengku!” Monotone suara Ella. Matanya tajam memandang wajah Qistina. Ingat ini drama Melayu ke yang segalanya boleh di selesaikan dengan wang?!

“Wha..What?!” Perempuan ni cakap apa?! Tangan Qistina menggigil menggenggam pen. Perempuan selfish? Ella panggil dia selfish?!

“Saya cakap dengan jelas kot Tengku. Tapi, kalau nak saya repeat balik boleh juga. Saya cakap, “rasa sakit hati..”

“Shut up Ella!” Suara Qistina kuat, melengking marah.

“Siapa awak yang boleh cakap macam tu dengan saya?! Ha?! Sedar diri tu siapa.” Kembali naik pitch suara Qistina.

Sungguhlah, ternyata Ella bukan perempuan lembik yang mudah di kotak-katikkan. Ella, dia lagi “kuat” dari yang dia sangka.

“Sebab saya sedar dirilah saya cakap macam ni Tengku. Saya, perempuan yang Danish cinta.” Yakin je ayat itu meluncur di bibir Ella. Entah tahun bila Danish meluahkan rasa cinta kat dia.

“Awak dah melampau Ella!” Qistina menjerit marah. Mengundang beberapa pasang mata yang ada di sekitar meja mereka.

“Awak memang perempuan..”

“Baik. Ya, saya memang perempuan baik.” Ella senyum. Mematikan kata-kata Qistina sambil bangun dari duduknya. Menatap sebentar mata Qistina, sebelum dia menyambung semula ayatnya.

“Saya mungkin memang tak layak berada di sisi Danish, tapi dia selalu buat saya rasa saya layak berada di sisinya. Dan Tengku, saya tak kisah sebenarnya lepaskan Danish pada sesiapa pun. Tapi itupun, kalau dia memang tak cintakan saya. Since dia masih tetap mahukan saya, maka saya tak akan teragak-agak mempertahankan hubungan ini sekalipun Nenda Tengku yang jadi halangan. Sebab saya cintakan dia, lebih dari Tengku cintakan dia. Saya pergi dulu.” Ella berpaling, ingin beredar tapi langkahnya terhenti. Ada seseorang sedang berdiri di hadapannya saat ini.

“Danish..” Suara Qistina kedengaran dulu dari belakang.

“Baby, balik jom.”

Danish bersuara, dengan mata tak lepas dari memandang Ella sebelum jalan menonong jauh ke hadapan. Tidak di hiraukan Qistina yang terasa hati bila sapaannya tidak berbalas, mahupun Ella yang tergamam tak mampu bergerak.

“Err… Ya, ya..” Kakinya di hayun laju, menuruti langkah Danish.

Dang! Dia tak dengar apa yang aku cakapkan tadi? Ella rasa macam nak menyorok masuk dalam beg tangan saat itu juga.




Korang Comel Kalu Korang Like

22 comments:

Anonymous said...

hahaha~~
lucu la babak ella luahkan perasaan kat qis.. :)
tp saya suka3...
thanks, cik gadiss!!!!

-arisa-

iniakuyangpunyahati said...

manis hehehee nk lagi dan lagi!!!
tq tuan tanah

Anonymous said...

hehehe...xsaba nk tggu entry yg seterusnya...

Unknown said...

haha tp make sure lps ni ella ta kena marah ek..bkn boley agak mood danish.

Unknown said...

bagusla cara ella smash qistina...
hehehe

Anonymous said...

pergh!!!best la Ella~~~
danish jgn lpaskn pluang pasni...he3 :D

si.tudung.ungu said...

OMO... SUKAAA~!!!
(kan ter-caps dah)
nk smbungannya cpt2! xsbr nk tggu reaction sbnr Danish! huhu

kak ida said...

dik..sambung..pergh..class gitu..ko ella..kenakan Qistina ..kaw..kaw..
macamana pulak..ek mamat poyo tu boleh jejak Ella...ALahai rasa tak sabar nak tahu lanjutan citer ni..

Anonymous said...

terbaek r... :D

danishatul said...

mmg power ar ella...mst danish ckup tersentuh hati ngan kata2 ella..ermm x sabar tggu next n3...cpt2 post ye cik gadis :)

belle.talib said...

Aww... danish panggil Ella "Baby"!!! so sweet~

hehe...herm...byk rahsia danish ni~

Kak Sue said...

memang patut pun Danish dengan Ella...
Betul apa yang Ella cakap tu Qistina perempuan selfish....

miss zea said...

bez2...cpt2 la wt yg bru...x sba nk bce...mmg ptt pon qistin TUE kne smbur ngn ella...padan muke die...baget je...igt die ktrnn drja ella tue ksh...hahahabez sgt2....ske2

Anonymous said...

terbaik!!!! ;)))

Anonymous said...

nice story.. tp nape cm xde sambungan aje? :(

Anonymous said...

xde sambungan ke? buat la sambungan pleaseee

Anonymous said...

cerita ni xde smbungan ke??

Anonymous said...

habis mcm ni je eh crita dia.?

Unknown said...

Cik gadis, xde smbgan ke? Jgn le wt cmni... Cerita tergantung, kesian pembaca anda...tq

Unknown said...

Ceritani tk de sambungan ker..dh lama post unutk last entry tu..tolongla habiskan cik penulis

Unknown said...

X da sambungan ka cita ni???.....tgah syok layan ni

Unknown said...

x da smbungan ke cita tu