Sep 28, 2011

Bukan Cinderella [10]

Mata Ella jatuh pada rumput yang hijau, dengan titisan embun di hujung rumput yang semakin mengering di sinari matahari pagi. Anak-anak arnab putih bebas berlarian di tepian taman yang penuh dengan kembangan bunga.. Pergh! Heaven.. Rasa macam bahagia sangat.. Kepala yang terletak elok di atas riba Ibu di betulkan lagi. Dan belaian di ubun-ubunnya membuatkan matanya yang terpejam tadi terbuka luas..

Ayah.. Dan senyuman Ella melebar.

“Ella..”

Dia rasa, dia ingin menjadi seperti arnab itu.. Bebas! Dia masih bebas melakukan apa saja, merencanakan hidupnya sebelum LELAKI itu datang dalam hidupnya, mengucar-kacirkan perasaannya sebelum hampir membuatkan dia hilang dalam lautan perasaan sendiri. LELAKI itu, sangat kejam! Dia sendiri tidak tahu bila dia mula ada perasaan “aneh” ini. Seingatnya, semuanya baik-baik sahaja sebelum ini, semuanya tenang sahaja sebelum dia kenal LELAKI itu, semuanya masih dalam keadaan terkawal lagi sebelum LELAKI itu muncul di dalam hidupnya.

“Ella..”

Sebab itulah, dia mahu terus terbaring di sini. Bersama alam, bersama rerumput hijau dan arnab-arnab yang tak pernah menyakitinya. Bersama Ayah dan Ibu yang dia tahu cuma di wujudkan oleh kuasa mindanya semata, tiada Auntie Maznah yang selalu menengkingnya, tiada Kak Sarah yang selalu memandangnya sinis, dan paling penting tiada LELAKI yang sudah mengucar-kacirkan hidupnya di “alam” ini. Dia mahu terus “tidur” dan tidur. Dan Ella, berusaha sedayanya untuk mengabaikan suara yang “memanggilnya pulang’’ itu. Biarlah, tiada siapa pun yang “menunggu”nya di sana.

“Sindarella, please open your eyes or I wll kiss you to make you up.”

Apakah? Tahun bila Cinderella pakai kiss-kiss segala? Dia bukannya Sleeping Beauty pun.

“One..”

Kiralah, dan terus kira. Aku takkan “pulang” ke sana. Ella nekad!

“Two..”

Err.. Rasa cuak! Sekalipun matanya terpejam rapat, tapi deru nafas yang semakin mendekat terasa menyesakkan. Nafasnya terasa tersekat di kerongkong!

“Three..”

Dan Pap!! Kuat..

“Danish?” Tangan Ella, elok melekap di pipi kanan Danish.

“Aku tahu kau dah lama sedar dari pengsan.”

Perlahan tangan Ella yang masih melekat di pipinya di turunkan. Pipi yang terasa sengal di gerak-gerakkan. Pergh! Boleh tahan penangan Ella. Duduknya yang elok tadi di birai katil kini beralih ke sofa yang ada di hujung bilik.

“…....................”

Tanpa suara Ella membalas kata-kata Danish. Memang betul kata Danish, memang dia sudah sedar bila Danish memanggilnya kali kedua tadi. Tapi kerana sakit hatinya pasal peristiwa semalam, dia lagi rela “tidur” dari terus di sakiti. Mata Ella meliar di seluruh bilik. Err.. Apasal putih semacam je bilik ni?

“Aku kat hospital ke?” Teragak-agak Ella bertanya.

Tapi, hospital apa kat Malaysia ni yang ada cupboard siap dengan meja solek segala? Katil pun king size, siap dengan comforter tebal lagi. Gila mewah bilik sakit ni!

“Apa kau ingat hospital je ke yang guna white theme?” Sarkastik.

Danish mungkin lupa kalau dia tengah bercakap dengan orang yang dah pengsan lebih dari dua belas jam sebab dia.

“Manalah aku tahu kalau bilik tidur kau pun guna theme putih macam ni.” Mencebik bibir.

Sesekali dahinya berkerut bila sakit di perut kembali mencucuk-cucuk. Pergh! Ingatkan dah hilang sakitnya lepas dia jatuh pengsan di tengah jalan semalam. Pengsan? Erk? Rasanya, sebelum dia pengsan semalam dia nampak muka seseorang semalam, tapi orang tu bukan Danish rasanya.

“Mana Rifqi? Rasanya, sebelum dunia aku jadi gelap semalam aku ada nampak dia. Dia yang selamatkan aku.” Ella, siap tekan lagi perkataan “Selamatkan” itu.

“Ingatkan dah pengsan dua belas jam tu, otak kau dah jadi kosong.” Sinis. Dengan senyuman tersungging di bibir dia bangun meninggalkan Ella sendirian di bilik.

Apakah? Err.. Kan dah cakap tiada siapa yang tunggu dia bangun. Dengan mata terkebil-kebil dia memandang belakang Danish sebelum hilang di balik pintu. He’s supposed to be say “SORRY” kan?

Tiba-tiba Ella rasa nak “tidur” balik!

**********

Bodoh! Stupid! Idoit!

Badan di hempas di atas couch putih di ruang tamu. Tangan ke dahi, mata di tala ke siling.

Part Rifqi yang jumpa dia tengah jalan tu boleh pulak dia ingat. Tapi, part bawa dia ke klinik, angkat  dia ke rumah Kak Dania ni tak pulak dia ingat siapa yang buat. Danish, siap tunggu dia sepanjang malam lagi sampaikan tak tidur langsung semalam sebab takut dia terjaga dan takut bila sedar kalau dia ada di tempat yang asing. Lagi, Ella tak sedar ke nama siapa yang dok sebut bila meracau sebab demam panas semalam? Tapi, Ella mana ingat semua tu. Bukan setakat tak ingat, Ella siap tampar dia lagi. Apakah? Rasa macam loser je bila akhirnya dia end up macam ni.

“Abang..”

Memanglah semalam dia yang salah, sebab abaikan Ella. Dan Ella, langsung tak tahu, tak nampak betapa dia risau bila dia sedar-sedar Ella dah tak ada kat luar rumah tu. Okey, memang lagi sekali dia yang salah bila cakap macam tu kat Ella. Serius, dia tak sedar bila dia cakap tak boleh nak hantar Ella balik semalam. Fikirannya waktu tu dah teralih ke arah Qistina yang datang menerpa memeluknya sambil menangis bagai nak rak. Tapi, itu tak bermakna dia lupakan Ella.. Cuma, perhatiannya teralih sedikit sahaja.

“Abang!” Dan pap! Bahu Danish terasa sengal.

“Ingat abang ni punch bag ke?” Danish mengurut bahu yang terasa sengal. Apa kes nak pukul-pukul orang ni?

“Dah kakak panggil dari tadi abang tak sedar. Jauh sangat melamunnya. Dah sampai mana? Kemboja?” Dania duduk sebelah Danish, gelas berisi susu di sua pada Danish.

“Jauh sangat nak ke Kemboja segala. Tu, kat bilik tamu tu je..”  Ujar Rifqi perlahan sambil menolak gelas susu itu jauh dari dia. Sungguhlah dia rasa macam nak muntah bila mencium bau susu itu. Muak!

“Cakap pasal bilik tamu tu, ermm.. Who. Is. She?” Dania tanya sepatah-patah.

Bukan main terkejut lagi dia bila Danish mengetuk pintu rumahnya pukul dua belas malam semalam dengan seorang gadis yang elok dalam gendongannya. Nasiblah hari ni hari minggu, jadi dia memang tidur lambat semalam. Kalau tak, tak tahulah di mana Danish nak bawa budak tu. Nak di tanya semalam, rasa macam tak sesuailah pulak. Lagi-lagi bila wajah Danish semalam sangatlah kusut macam kertas kena renyuk. Tak sanggup dia menambah beban perasaan di hati Danish.

Tapi, dia yakin sangat yang perempuan tu mesti ada hubungan istimewa dengan Danish kalau tak masakan Danish sanggup berjaga semalaman menjaga dia. Setia menuam dahi si gadis yang panas dengan tuala basah. Lupa terus dia pada bonda yang sendirian di rumah, dan pada Qistina yang hampir 99 kali namanya muncul di skrin iPhone Danish. Mujurlah bonda boleh tinggal sendiran semalam dan deringan panggilan dari Qistina berhenti sendiri bila iPhone itu mati kehabisan bateri.

“Girlfriend.” Danish balas sepatah. Tumpuannya, bukan sepenuhnya pada Dania.

“A..apa? Girlfriend?!” Girlfriend? Habis tu si Qistina tu apa? Takkanlah si Danish ni player Diraja kot? Mata Dania bulat memandang wajah Danish. Sungguhlah dia tak percaya.

“Girlfriend? Siapa?” Danish pulang balik soalan Dania.

Err, aku cakap apa tadi? Dang! Danish rasa macam nak hantuk kepala ke meja kaca depan couch ni. Apakah dia baru je mengaku Ella tu girlfriend dia? Maunya pecah muka dia kalau Ella dengar apa yang dia cakap ni.

“Tu, that girl yang ada kat bilik tamu tu.” Dania pulak yang pelik jadinya. We talk abou the same girl kan?

“Betullah dia girlfriend. Kawan perempuan.” Danish twist je jawapan tu. Biarlah kalau Dania tak nak percaya sekalipun. Dia malas nak lawan cakap dengan peguam ni.

“Abang…”

Dania rasa macam nak percaya je jawapan Danish tu, tapi entah kenapa dia rasa macam Danish ada sembunyikan sesuatu. Dia cuma takut kalau Danish ada buat sesuatu yang tak elok kat perempuan yang ada kat bilik tamu tu.

“Apa?!” Kening double jerk dia angkat. Tolonglah kak, jangan nak tanya soalan yang luar bumi segala. Ini bukan court!

“Abang tak buat something yang illegalkan? She just fainted because she feel tired and caught fever kan? Bukan sebab abang ada buat something kat dia?” Dania dah keluar aura ala-ala “saya peguam berkaliber” depan Danish.

“Merepek ajelah akak ni. Ingat abang ni stock lelaki macam tu ke. Ish! Bak sini phone tu, nak pinjam.” Tangan kanannya di tadah di hadapan Dania.

“Nak buat apa?” Dengan kerutan di dahi Dania bertanya. Tapi phone dalam poket seluar dia keluarkan juga, di letak elok atas tangan Danish.

“Call Rifqi.” Laju dia mencari nama Rifqi di dalam phonebox phone Dania.

“Rifqi?”

“Hurm.. Ella cari dia.” Tanpa rasa kedengaran lontaran suara Danish.

“Oh.. I see.”

So, that girl actually Rifqi girlfriend’s? Dan nama dia Ella. Mata Dania, di tala lama di wajah Danish. Entah kenapa, dia rasa ada sesalan di mata Danish. Penyesalan sebab apakah?

**********

“Qis dah pikir habis dah? Dah pikir baik buruknya tindakan Qis?”

Cawan berisi kopi atas meja dia renung. Lagi senang melempar pandangan di situ dari menala matanya di wajah Qistina meskipun soalan bertalu itu tadi di lempar khas untuk Qistina.

“Maaf..”

Ucapan maaf itu, serasanya adalah jawapan yang paling tepat untuk soalan tadi. Matanya, juga jatuh pada cawan yang sama. Memandang wajah itu lama-lama, dia rasa tidak mampu. Serba salah!

“Kalau Qis rasa itu yang terbaik untuk Qis, abang.. Abang akan cakap dengan Nenda.”

Nafas di hela dalam-dalam. Kenapa pengakhirannya harus begini? Terasa macam ada sesuatu yang menyekat di kerongkongnya hinggakan nafas itu terasa sesak di dada.

“No! Biar Qis yang cakap dengan Nenda.” Menolak!

Dia tahu apa yang bakalan terjadi kalau Rifqi yang menemui Nenda. Masalah yang dia timbulkan, biar dia sendiri yang selesaikan. Rifqi, dia sudah terlalu banyak terluka dan dia tidak sekejam itu untuk menambah satu lagi luka di hati di Rifqi.

“Jangan! Qis pun tahu Nenda tu macam mana. Biar abang yang cakap dengan Nenda, slow talk dengan nenda.”

Dia tahu apa yang Qistina fikirkan, malah dia sendiri juga memikirkan benda yang sama. Tapi, mungkin lebih elok jika dia yang menerima bahananya dan bukan Qistina. Sayangnya pada Qistina, lebih daripada “saya sayang Qis” menurut kamus hidup Danish. Ia lebih daripada itu.

“Tapi..”

Makin serba salahnya jadinya dia mendengar bantahan dari Rifqi. Kenapa Rifqi sebaik ini pada dia? Sungguh, penolakan Rifqi hanya meletakkan Qistina sebagai pesalah!

“Hanya ini, hanya ini yang abang boleh buat untuk Qis..” Lemah sahaja bunyi nada suara Rifqi. Terluka mungkin.

Qis minta maaf..

Ayat itu, tergantung sahaja di kerongkongnya bila Rifqi bangun meninggalkannya tiba-tiba tanpa pamitan sebaik telefonnya berdering kuat.

Qis lukakan hati abang bukan sebab Qis selfish atau apa, Qis cuma tak nak hati abang dan hati Qis terluka lebih dalam.

**********

“Yea Nia.” Mata Rifqi, jatuh pada hujung kasutnya.

“Aku ni.”

“Ha Danish. Kenapa?”

Danish ada kat rumah Nia? Apa dia buat di rumah Nia awal pagi minggu macam ni? Atau, Danish belum balik lagi dari semalam?

“Datang rumah Kak Nia sekarang. Ella cari kau.”

Dan pap! Talian di matikan. Tut.. tut.. tut..

“Masalah betul budak ni. Selalu end call time orang tak habis cakap lagi.” Rifqi merungut sambil laju menuju ke keretanya di parkir di hadapan banglo mewah milik keluarga Qistina.

Datang rumah Kak Nia sekarang. Ella cari kau.

Kenapa Ella nak jumpa nak jumpa dia pulak? Dia cuma orangnya yang jumpa Ella terbaring di tengah jalan tapi yang membawa, merawat Ella sepanjang malam itu Danish sendiri. Yakin sangat Rifqi yang Danish bermalam di rumah Nia bila semalam hampir ke pukul satu pagi dia di rumah bonda dan Danish belum balik lagi. Mana taknya, hampir ke pukul satu pagi dia setia menemani Qis menunggu Danish pulang.

Yeah, dia memang loser. Mana pernah di buat orang teman tunang sendiri tunggu lelaki lain? Dialah orang pertama kot. Nampak sangat losernya dia!

“Qis..”

Rasa macam hati dia dirobek-robek, kemudian dicarik-carik sebelum dimasukkan ke dalam blender dan di kisar sehingga menjadi jus hati bila menyebut nama itu. Sakit!

Pergilah Qistina. Semoga kau ketemu bahagia yang kau cari…



Korang Comel Kalu Korang Like

12 comments:

Anonymous said...

Padan muka danish, xnak ngaku tapi hati ada taman, Qis pun satu orang xnak 2jg yg dia nak, tunang sendiri sikit punya baik dia xnampak......

Anonymous said...

mesti qistina nk putus tunang ngn rifqi kn...xtau malu tol la pompuan 2...xrasa cm dia terhegehkn danish ke??

sue said...

Ella lagi sesuai dengan Danish sebab bonda Danish baik x macam kerabat Tengku tu.... tapi kalau dah memang Danish dan Qis pernah bercinta x dapat nak kata lah .... atau pun Rifqi pun ada hati kat Ella ...

idA said...

alahai..entah apa apa Danish tu kan..Ella baru tanya pasal rifqi..dia pulak dah buat conclusion yg ella nak kan rifqi..apalah nak jadi ngan danish ni..

Anonymous said...

agak agak nak minta ella dengan rifqi boleh x..hehe
sbb x ske danish!!

Anonymous said...

ella lagi sesuai dengan danish la. rifqi tu sesuai jadi abang je..

alfa syamimi said...

betul. mcm novel biase tuh,..rifqi ta ssuai jadi hero..tp yg pntim,.story ni tak mcm story yg biasa. hehehe ia luar biase.

cik n.haliban said...

alahai...
haha...padan muka danish!

Anonymous said...

cpat laaa smbungggg..dh x sbar nie..=)

Anonymous said...

alah tak maulah rifqi dengan ella, bia lah ella dengan danish, cute sangar diorang tu berdua..

Anonymous said...

rasenye ella ptot dgn danish...walaupon rifqi super duper hot..tp danish arrr mcm lg sesuai ngn ella...qis 2 g men jauh2 la..:P btw nice story...like3.. :)

Si PariPari said...

cik gadis yang comel bila nak update.. tak sabar dah ni..