Kepala pili paip di pulas laju. Air yang mencurah laju dari muncung berhenti dengan sendirinya. Tangan yang basah dia keringkan. Sekilas, jam di tangan sebelah dia jeling. Sudah hampir ke pukul sepuluh malam!
“Siap dah?” Danish muncul dari balik pintur dapur. Laju menonong ke peti sejuk.
“Dah.” Gelas di hulur pada Danish yang siap memegang kotak fresh orange. Dan tangan yang sama menyeka peluh di dahi. Sakit di perut semakin
mencucuk-cucuk.
“Jom. Aku hantar kau balik. Kau kenapa pucat sangat ni?” Mata Danish, jatuh pada wajah pucat Ella. Demam ke?
“Okey je. Cepatlah, nak balik rumah mandi. Bau aku dah masam semacam ni. Pinggang pun rasa macam nak patah. Penat.” Sengih, menahan sakit. Gila ke nak bagi tahu Danish yang dia tengah sakit perempuan? PMS!
“Itulah, nak sangat tunjuk rajin.” Gelak.
Ella, tadi bukan main lagi dia beria-ia menawarkan diri menemankan bonda yang sendirian di rumah. Bonda hampir jatuh tadi bila kepalanya terasa pening, mungkin sebab cuaca yang panas. Dia terpaksa berkejar ke site dan Ayah pula ada di Beijing sekarang.
“Aku cuma kesian kat bonda je.” Menafikan dalam cebikan.
Memang dia kasihan pada bonda, tapi bukan itu sebab utamanya dia sudi berpenat lelah hari ini. Dia, entah kenapa semcam susah untuk berenggang dengan bonda. Bonda, dia macam seorang.. Ibu yang dia sudah tidak miliki.
“Aku ambik kunci kereta dalam bilik kejap. Kau tunggu kat kereta. Ke, kau nak jumpa bonda dulu?” Gelas yang kotor dia beri semula bila Ella menghulurkan tangannya sebaik isi gelas itu kembali kosong.
“Aku tunggu kat kereta jelah. Tak nak ar kacau bonda, dia dah tidur kot.” Tanpa memandang wajah Danish, Ella meneruskan kerjanya membasuh gelas bekas minum Danish tadi.
“Orait. Lima minit.” Sengih.
Tengok keadaan sekarang, sepertinya dia mahu terus keadaan ini berlarutan. Ella dan dia, sama-sama di dalam dapur begini. Seperti sepasang suami isteri yang saling melengkapi.
Dang! Kau pikir apa Danish? Dengan sengihan yang masih berbunga, dia meninggalkan dapur dan menuju ke tingkat atas.
Ella menyandarkan badannya di Toyota Harrier putih Danish. Tangannya masih di tempat yang sama tadi, menekan dan terus menekan. Sakit! Dan sakit itu semakin tidak tertanggungkan. Perlahan jarinya melurut ke belakang. Mengurut perlahan pinggang yang terasa kejang. Mana Danish ni?
“Assalammualaikum..”
Suara menyapa dari belakang menghentikan gerakan tangannya. Siapa datang malam-malam buta begini?
“Waalaikumussa…” Lam..
Freeze! Beku! Terkaku matanya dengan lidah yang terkelu. Apa yang dia buat di sini malam-malam begini? Ingin jumpa Danish ke? Untuk apa?
“Qis?”
Danish berdiri di sebelah Ella dengan mata yang di kecilkan. Qistina? Apa Qistina buat datang ke rumahnya malam-malam begini dengan mata bengkak dan hidung bocor segala?
“Kenapa ni?”
Laju Danish mendapatkan Qistina. Melanggar sahaja apa yang ada di hadapannya, termasuk Ella!
“Abang!”
Tanpa menunggu sesaat, Qistina menerpa memeluk Danish. Air mata yang setia mengalir di pipi, dia hamburkan sekali lagi di dada Danish.
“Kenapa ni? Cuba cakap dengan abang, siapa yang buat Qis nangis ni?”
Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Danish. Tangannya kejap di bahu Qistina. Perlahan, tubuh gadis itu di pimpinnya masuk ke dalam rumah. Qistina perlukan ketenangan!
Ella, dengan mata yang terpejam celik hanya mampu memandang Danish melintasinya tanpa memandang langsung padanya.
“Danish..”
“Maaf, aku tak boleh hantar kau balik rumah.”
Danish, he’s totally out of mind bila ia melibatkan Tengku Qistina!
**********
“Qis here. She’s look terrible. Hurt.”
Meter di dashboard hampir mencecah 100km/j. Itu pun dia rasa belum cukup laju lagi untuk bawa dia menuju ke destinasi. Kalau boleh, dia ingin ‘terbangkan’ sahaja keretanya menuju ke rumah bonda. Sungguh, jantungnya hampir tercabut mendengar kata-kata Danish tadi.
“Macam mana Qis boleh ada kat rumah kau?”
Kalau ikutkan hatinya, dia ingin sahaja menengking Danish. Tapi, bukan itu sikapnya. Lagipun, bukan Danish yang ke rumah Qistina tapi Qistina sendiri yang datang ke rumah Danish. Malam-malam pulak tu.
“Entah. Tiba-tiba dia terpacul depan rumah aku. And, she’s crying.
Rifqi memukul streng kereta kuat. Qistina ada masalah dan dia bukan pilihan pertamanya untuk berkongsi masalah? Kenapa Qis jumpa Danish dan bukan dia? Dia tunang Qis, bukan Danish. T.U.N.A.N.G!
“Okey, aku datang sekarang!”
Datang, sekali pun dia tahu kalau bukan dia yang boleh menenangkan Qistina. Tapi, kerana sayang dia turutkan juga kata hati biar pun akhirnya yang terluka cuma dia.
“Cepat sikit! Aku nak keluar cari Ella.” Dan pap! Talian di putuskan.
Cari Ella? Macam mana nama Ella boleh muncul dalam permasaalahan ini? Mungkin Ella ada sekali di rumah bonda dan ternampak Danish dengan Qistina berdua-duaan dengan Qistina yang dalam keadaan menangis dan Ella salah faham. Mungkinkah begitu? Entah, Rifqi sendiri tidak tahu.
Streettt!!
Mujut dia sempat menekan brek. Hilang semua benda yang bermain di fikirannya. Ada sesuatu yang melintas di tengah jalan hampir menjadi mangsa keretanya. Perlahan, Rifqi melangkah keluar dari kereta.
“Ya Allah!”
Batang tubuh yang kaku terbaring di atas jalan raya, dengan baju kurung tersalut di tubuh memeranjatkannya. Apatah lagi bunyi tangisan itu kedengaran mendayu di telinganya.
Hantukah?
**********
“Minumlah..”
Air dalam gelas kaca di sua kepada Qistina yang masih berbaki air mata di pipinya. Masih setia mengalir. Naik buntu Danish bila dari tadi Qistina cuma menangis dan menangis tanpa henti namun masih tidak berkata apa-apa. Cuma, emosinya sahaja yang semakin stabil.
“Abang dah call Rifqi, kejap lagi dia sampai. Nanti, Qis balik dengan dia.”
Danish bangun, kunci kereta di atas meja kaca yang menjadi pemisah antara dia dengan Qistina di capai.
“Qis tak perlukan Abang Rifqi! Qis perlukan abang! Kenapa abang masih tak faham-faham lagi? Kenapa?! Ha?!”
Qistina yang tadinya semakin tenang kembali menghamburkan amarahnya. Sakit hatinya bila Danish diam dan terus diam, membiarkan sahaja Nenda menjodohkannya dengan Rifqi tanpa kerelaannya. Masih tak fahamka Danish pada kata sayang dan cinta yang dia luahkan selama ini?
“Kejap lagi Rifqi sampai. Abang nak keluar!”
Tanpa mengendahkan jerit pekik Qistina, Danish terus melangkah pergi. Maaf Qis, bukan abang tak faham apa yang Qis rasa cuma mungkin apa yang abang rasa tak sama dengan apa yang Qis rasa. We just sing a different song. Iramanya tak sama.
“Kenapa abang buat Qis macam ni?”
Jatuh terduduk Qistina di situ. Sekali lagi, hatinya hancur kerana benda yang sama. Di tolak mentah-mentah oleh Danish.
“Kenapa abang?? Kenapa?”
Air mata yang jatuh di pipi, di biarkan tanpa di seka. Biarlah, walau di seka sekalipun tetap juga tiada apa yang berubah. Tapi, dia masih ingin mencuba dan terus mencuba mengubahnya.
“Qis sayang abang..”
Dan Qistina nekad, dia ingin mendapatkan Danish semula sekalipun terpaksa mengorbankan sebuah ikatan!
**********
Sakit yang mencucuk-cucuk semakin terasa menyeksakan. PMS, ia bukan sakit biasa bagi sesetengah perempuan yang datang bulan. Kalau tak kena gayanya, boleh pengsan di buatnya.
“Takkan tak ada teksi kot yang lalu kawasan ni?”
Ella memeluk tubuh yang kedinginan. Walau terasa dingin, peluh merenik dari dahinya. Peluh yang terhasil dari sakit yang tak tertanggung olehnya. Perlahan, tangannya singgah lagi menekan perut.
Maaf, aku tak boleh hantar kau balik rumah..
“Danish jahat! Kejam! Lupa diri!” Sebal!
Itu mungkin perkataan yang sesuai untuk menerangkan perasaannya saat ini. Sudahlah dia penat terpacak di luar rumah tadi menunggu Danish untuk menghantarnya pulang tapi bayang Danish tidak kelihatan. Sekarang, terpaksa menapak jauh ke jalan besar dan teksi semuanya sudah tiada. Danish, dia sangat menyakitkan hati!
“Jangan harap aku nak angkat call kau.” Mencebik.
Sekalipun terasa sakit dan lemah, Ella masih berupaya memaki Danish dalam hati. Nama Danish yang tertera di skrin iPhone nya di pandang jelek. Kalau ikut hati, ingin sahaja di campak iPhone pemberian Danish ke longkang untuk meluahkan ketakpuasan hatinya saat ini. Tapi, rasa sayanglah pulak. iPhone free tu!
Sekarang baru ada hati nak ingat kat kita? Tadi orang terpacak depan rumah sikit macam tugu negara dia boleh buat lupa pulak. Siap cakap tak boleh hantar lagi. Huh! Menyakitkan hati je. Danish, sama sahaja dengan lelaki lain!
iPhone yang sudah berhenti melalak di lemparnya semula masuk dalam beg tangan.
Perlahan, langkah di atur ke jalan besar bila ada cahaya kereta dari hujung jalan. Semoga saja teksi yang datang. Belum pun sampai beberapa langkah, tubuh lemah Ella terjelepok di tengah jalan. Dia sudah tidak kuat untuk bangun lagi.
Jangan menangis Ella, kuatkan semangat kau. Ella cuba memujuk hati sendiri. Tapi, air matanya jatuh tanpa dapat di tahan-tahan.
“Danish…”
**********
Danish menghentikan keretanya di bahu jalan, matanya melilau dari dalam kereta memerhatikan sekeliling mencari kelibat Ella. Tiada.
“Damn it!” Streng kereta di pukul kuat. Di mana Ella?
Salahnya juga bila melupakan terus soal Ella bila Qistina datang dengan emosi tidak stabil, malam-malam lagi ke rumahnya. Memang salahnya. Salahnya bila lagi sekali dia sakiti hati Ella tanpa sedar. Lagi sekali, dia tidak sensitive pada perasaan gadis itu.
“Ella, please pick up the phone.” Tapi, lagi sekali deringan di sebelah sana mati tanpa berangkat.
Hushh! iPhone di tangan di lempar ke kerusi penumpang di sebelah. Ella, di mana kau sayang?
Hati Danish kembali merusuh. Malam semakin larut dan Ella sendirian di luar sana. Kau bodoh Danish! Kau sangat bodoh bila kau tega membiarkan Ella pergi begitu sahaja. Kereta di hidupkan semula, dia tidak akan berputus asa mencari Ella.
Ella, maafkan aku.
Korang Comel Kalu Korang Like
5 comments:
warghh!! sy pulak yg tensen dgn keadaan ni... Danish ni slalu lupa kt Ella ble ad Qis tau! cptlah cri Ella balik! eee~ geram!
salam dik..hv a safe journey AND all d best in yr future undertaking..
have a safe journey n gud luck..
alalala...
baru sampai part yang best, dah lambat lagi nak update? huhuhu
cian Ella. maknanya, Danish tu tak berapa sayangkan Ella lagi kalau spontan memlupakan Ella apabila orang lain datang. huhuhu...
btw, good luck~ :)
Grammatically error...
She looks terrible!!
Post a Comment