Sep 12, 2011

Bukan Cinderella [8]

Danish bersandar tenang di bendul pintu, matanya tak lepas dari wajah dua wanita di hadapannya yang saling bergurau senda. Macam mimpi bila pagi tadi Ella muncul di hadapan pintu rumah, dengan wajah ceria sepertinya mereka tidak pernah bertengkar. Malah, Ella tidak lagi kekok memanggilnya “hubby” seperti sebelum ini. Ingatan Danish, melayang ke pertemuannya dengan Kak Intan beberapa hari yang lepas.

“Kak Intan..” Matanya menjangkau ke belakang, kot-kot ada Ella di belakang Kak Intan.

“Kak Intan datang sendiri..” Kerusi di hadapan Danish, Kak Intan tarik selamba.

“I see..” Dia tarik senyum segarit.

“Kak Intan bagi awak lima minit untuk explain apa yang terjadi sabtu lepas.” Tangan di silang di dada, tenang duduknya di hadapan Danish.

“Eh?” Tak berapa nak faham maksud Kak Intan. Explain apa?

“Explain Danish! Explain apa yang awak dah buat sampai Ella menangis sepanjang setengah jam bila dia call akak hari tu.” Wajah Kak Intan masih tenang, tapi keras suaranya mula kedengaran.

“Salah Danish..” Mengeluh.

“Obviously..” Sinis.. Mata Kak Intan jatuh pada wajah Danish yang tersengih. Dah buat salah, ada hati lagi nak menyengih depan dia?

“Kak Intan tak nak order air dulu? Bagi sejuk api kat dalam tu, so tak adalah kita “panas” sangat.” Gelas atas meja dia capai, tapi di letakkan semula bila gelas itu terasa ringan. Kosong! Gelabah kena sergah dengan Kak Intan punya pasal ar ni.

“Lima minit Danish.” Nada yang sama dengan posisi yang sama, Kak Intan sangat menggerunkan saat ini!

“Hari tu…” Dan kisah seminggu lalu, laju meniti di bibir Danish.

“Selebihnya, rasanya akak dah dengar dari mulut Ella.” Danish menyudahkan ceritanya.

“Danish marah Ella, dan cakap Ella bodoh? Macam tu?” Kak Intan mengeluh dalam-dalam. Patutlah Ella marah benar, sampai nak bercakap dengan Danish pun dia tak nak. Orang gila sekalipun, tak adanya nak di panggil bodoh!

“Danish tak cakap macam tu pun, Danish cuma cakap yang dia tak guna otak.” Selamba.

“Walau apa sekalipun ayat tu, ia tetap membawa maksud yang sama kan? Dan lagi menyakitkan hati, bila awak buat double standard macam tu. Banding-bandingkan dia dengan Tengku Qistina.” Kak Intan naik menyampah mendengar kata-kata Danish. Betullah cakap Ella, ada masanya T. Danish ini sangat menjengkelkan!

“Danish tak ada niat cakap macam tu. I’m was full of anger masa tu.” Tangan di bawa ke muka, meraup kekesalan.

“Ella bukan bodoh Danish, dia cuma tidak sebertuah awak dan yang lain-lain.” Suara Kak Intan, tenggelam timbul di balik kerongkong.

“Danish tau..” Menyesal.

“Lagi pun, Ella tu awak upah untuk jadi girlfriend khayalan awak je. Bukannya nak jadi bahan pelepas marah awak.” Kak Intan masih dalam mode membebel lagi.

“Danish tau Danish salah, tapi Kak Intan boleh tolong Danish kan? Tolong Danish pujuk dia datang rumah Bonda sabtu ni? Please kak..” Suara Danish, dan masuk mode mendayu merayu.

“Insyaallah akak boleh tolong, dengan syarat..”

“Syarat?”

“Be nice to my sister.”

“Itu aje?” Beres kak!

“Ada lagi..” Kak Intan tarik nafas panjang. Ella, maafkan akak.

“Apa?” Pelik dia tengok reaksi Kak Intan. Nervousnya kalahkan penyimpan mohor raja-raja yang baru pertama kali masuk TV umum tarikh raya puasa.

“Tolong.. Tolong Ella penuhi impiannya..”

"Impian?"

"Yea, impian Ella." Sehelai kertas dibentangnya dia hadapan Danish.

Insyaallah Kak, Danish cuba penuhi impian Ella. Matanya bertembung dengan senyuman Bonda dan wajah.. Err.. Kelat Ella.

**********

“Kenapa bonda?” Ella meletakkan kotak yang terakhir dari van di atas lantai di ruangan pejabat Khairina Baiti. Wajah kusut bonda menarik perhatiannya. Danish yang berdiri di tepi bonda, dia umpamakan sahaja sebagai kerusi biru bisu. Sebijik macam yang Danish tengah duduk sekarang.

Bulan ini, giliran Khairina Baiti yang menerima kunjungan bonda. Atau lebih tepat lagi, setiap bulan datang ke situ adalah perkara wajib untuk Bonda. Ada pakaian dan alat tulis di dalam kotak itu untuk para anak yatim di situ. Hadiah ikhlas dari bonda. Sebab itulah dia ada di sini, memenuhi undangan bonda biarpun hampir sahaja dia berlipat maut dengan Kak Intan bila dia berulang kali menyatakan “TIDAK!”

“Ada masalah dengan catering, dorang tak dapat datang. Ada percanggahan tarikh dengan order lain. Mungkin pekerja mereka tak perasaan yang order kita dah bertindih dengan order lain.” Danish baik hati menjelaskan.

Siapa-tanya-kau? Biji mata Ella bulat memandang Danish. Orang tanya bonda, bukan tanya kau! Sedas jelingan tajam dia beri untuk Danish.

“Tak cuba contact catering lain?” Ella bertanya sekali lagi, pada bonda yang mengangguk mengiyakan kata-kata Danish tadi.

“Hari sabtu, susah sikit. Semua catering cuti, lagipun tak ada yang nak ambik risiko. Kitakan tempah on the spot.” Danish abaikan jelingan Ella. Kisah aku ada kalau dia tak suka dengar suara aku sekalipun? Danish cakap “TIDAK” dalam hati.

Aku-bukan-cakap-dengan-kau-kot! Ella buat muka menyampah depan Danish. Haila, Danish ni kenapa? Kes desperate sangat nak cakap dengan aku ke? Ella cakap “OUGH!” dalam hati.

“Macam mana ni Ella? Takkan kita tak nak buat jamuan untuk anak-anak pulak?” Bonda dah gelisah semacam. Tak pernah lagi dalam sejarahnya tak buat jamuan bila datang bertandang di Khairina Baiti ni.

“Err..” Ella tak tahu nak bagi jawapan apa.

“Kita beli fastfood jelah bonda. Beli KFC, Mc D, tak pun Pizza.” Danish ambil jalan mudah.

“Tak bolehlah macam tu Danish, bulan lepas pun itu juga menu kita.” Bonda pulak membantah.

“Alah, tu je yang sempat buat masa ini.” Danish menjeling sekilas ke arah Ella yang terpaku tanpa sebarang cadangan. Aik, takkan nak membatu macam tu je kot kat situ?

“Memanglah.. Tapi..”

“Bonda, kalau Ella masak boleh tak?” Ella bersuara tiba-tiba.

“Hah? Masak?” Dua pasang mata tertumpu di wajah Ella.

“Boleh ke?” Danish pasang muka tak yakin. Awak tu tukang jahit, bukan tukang masak!

“Boleh bonda?” Ella ulang balik soalan pada bonda. Soalan Danish, dia tolak tepi. Bukan kena pancung pun kalau tak jawab soalan si T.Danish tu!

“Kalau Ella sure boleh, bonda ikut aje.” Bonda senyum, membenarkan sahaja Ella meneruskan niatnya biarpun dia macam Danish juga, kurang yakin!

“Tapi bonda..” Danish cuba membantah, tapi renungan mata bonda yang tajam menghentikan niatnya. Haila bonda, apa kes ni? Dah geng dengan orang lain dah ke?

“Biarlah Ella cuba dulu, tak salah bagi orang lain peluang.” Bonda menepuk bahu anaknya perlahan.

Danish, mungkin selepas ini anaknya harus belajar menerima pendapat dan memberi orang lain peluang untuk meluahkan pendapat. Bukan ikut kepala betulnya sahaja.

“Bonda nak ke dapur, gitau yang Ella nak guna dapur. Ella listkan bahan-bahan yang Ella nak guna, biar Danish dan Wak Ketum yang pergi beli barang tu kat pasaraya.” Segarit senyuman dia beri untuk anak terunanya yang masam mendengar arahannya sebelum langkahnya di bawa ke dapur. Alahai Danish..

“Nah!” Kertas kecil di hulur pada Danish. Wajah kelat-ketat Ella sudah hilang berganti, dengan riak wajah ala-ala penjual bon yang sudah berjaya menjual-beli saham berjuta-juta nilainya.

“Apa ni?” Kertas di tangan Ella di tarik. Beras 30kg, ayam bulat 10 ekor, sos tira..m..? Amboi, bukan main laju lagi dia bagi list barang.

“Balik cepat tau. Aku nak masak.” Sebelah bibir tersungging ke atas. Ha-Ha. Padan muka Danish!

“Kerek seh!” Cebik bibir. Rasa macam nak baling kerusi biru sebelah dia ni kat Ella yang senyum sinis waktu tinggalkan dia tadi. Bukan main lebar lagi senyuman Ella bila bonda buat arahan mandatory kat dia tadi. Muka orang penuh kebahagiaan dan kepuasan sebab dapat membalas dendamnya.

“Sabarlah Danish, hari ni kau jadi pembantu Ella ajelah gamaknya.” Longlai langkah Danish menuju ke kereta.

**********

“Alhamdulillah..” Bonda meraup muka kesyukuran. Gembira rasanya bila melihat “anak-anak”nya makan dengan penuh berselera masakan Ella.

“Terima kasih Ella..” Mata bonda, kini di wajah Ella.

Dia akui, Ella memang cekap di dapur. Sangat cekap sebenarnya. Kalau tak, masakan Ella boleh siapkan hidangan nasi ayam untuk 200 orang dalam masa tak sampai dua jam? Siap dengan pudding dan koktel sebagai desert. Sedap hingga menjilat jari pulak tu.

“Ella gembira dapat buat semua ni.” Ella senyum, tangannya membalas genggaman erat bonda.

“Rumah ini, memberi seribu rahmat pada bonda. Di rumah inilah bonda menemui kesempurnaan hidup bonda. Danish..” Mata bonda jauh ke depan, ke arah “anak-anak”nya yang enak menikmati makan tengah hari mereka.

“Eh? Maksud bonda?” Bertemu Danish di Kharina Baiti?

“Tak ada apalah. Bonda ke sana sekejap. Ella tunggu Danish, pastu kita boleh join dorang makan sama.” Ella mengangguk dan langkah bonda, dia hantar dengan ekor mata. Mujurlah ada orang seperti bonda, bolehlah orang-orang macam dia dan anak-anak dia Khairina Baiti ini menumpang kasih.

“Fikir apa?” Danish terpacak elok di sebelah dengan gelas penuh berisi air sirap bandung di tangan.

“Crap! Lain kali jangan main terjah boleh tak? Mati berdiri orang nanti.” Danish di sebelah dia bagi jelingan sedas.

“Assalammualaikum..” Sarkastik. Dan salam Danish, Ella jawab dalam hati.

“Dari mana kau belajar memasak?” Gelas di tangan, dia bawa ke bibir. Kagum dia dengan cara Ella memasak tadi, macam chief! Potong bawang pun ada skill.

“Martha?”

“Serius?” Gila ar girlfriend aku, stok mak-mak yang bersidai depan TV setiap pagi sabtu rupanya. Jap-jap, Martha pandai ke masak nasi ayam? Bulat mata Danish memandang Ella.

“Tolonglah jangan innocent sangat.” Cebik bibir dengan langkah di bawa semula ke dapur. Bekas memasak yang dia guna tadi penuh di singki. Span dan sabun di capai, mula memebasuh. Malas melayan dia melayan Danish.

“Ha-ha.” Dia tahu Ella tipu. Cuma, dia rasa memang tak mustahil bila ia melibatkan Sindarella. Ella pandai serba serbi. Ella pandai menjahit, Ella pandai memasak dan kepandaian Ella yang satu itu juga memeranjatkannya. Bukan tidak percaya Ella ada kebolehan itu, cuma ciri-ciri itu rasanya tiada pada Ella. Tapi bukti dah depan mata kot.

“Ella..” Gelas yang tinggal separuh, dia letak atas meja. Belakang Ella yang tersarung baju kurung hijau dia pandang.

“Hurmm..” Suara Ella kedengaran tanpa biasan wajahnya.

“Maaf..” Suara Danish, perlahan. Macam tersekat di kerongkong aje gayanya.

Ella senyap, diam membisu tanpa reaksi. Cuma kerjanya membasuh pinggan sahaja yang terhenti mendadak sebaik mendengar kata-kata Danish.

“Hurmm..” Tangan yang terhenti, kembali rancak membasuh pinggan yang kotor. Di tonyohnya penuh kegeraman pinggan kaca itu. Kononnya macam dia tengah tonyoh muka Danish.

“Nah!” Danish sudah berdiri di sebelahnya, menghulur botol hijau pencuci pinggan kepadanya.

Crap! Ella sebaik mungkin sembunyi muka terkejutnya. Cool. Biarpun terasa macam jantung hampir terlompat keluar. Terperanjat dengan sapaan Danish.

Apa? Tanpa suara, hanya kening sebelah yang terangkat bertanyakan soalan itu pada Danish. Apa ke halnya nak bagi dia botol detergent tu? Kalau nak tolong basuh pinggan cakap jelah. Dia dengan senang hatinya bagi kontrak basuh pinggan kotor yang berlambak kejap lagi kat luar tu.

“Bukan kau tengah imagine basuh muka aku ke? Letaklah sabun lagi, banyak-banyak.” Botol di tangan di picit. Mencurah macam air paip cecair pencuci warna hijau itu atas pinggan kaca yang dah bersih berkilat.

“Heh! Apa ni?!” Tangan Danish di tepis geram. Membazirlah!

“Letak banyak-banyak, biar cepat bersih “muka” aku tu. Biar cepat hilang rasa bersalah kat kau.” Matanya di tala ke wajah Ella yang menahan senyum.

“Merepek!” Boleh pulak macam tu. Dan Ella sempat kagum bila Danish boleh baca fikirannya.

“Ella, kau marah aku yea?” Sengih..

“Diamlah!” Makin laju larian tangannya di pinggan. Kalau senyum tak bagi jantung orang gugur boleh tak?

“Ella, kau benci aku yea?” Senyum..

“Danish..” Geram!

“Ella, kau nangis sebab aku yea?” Senyum dalam sengihan. Ella nampak cute bila marah-marah begini.

“Mana ada!!” Marah, tapi sedikit senyuman tersungging di bibirnya.

“I love you smile..” And love.. Oh Danish, jangan nak merepek!

“Oh, shut up!” Buih sabun bertempek di muka Danish. Ha-Ha-Ha! Meriah gelak Ella melihat Danish. Padan muka! Dari tadi suruh diam tak nak. Kena tempek sabun baru reti nak diam.

“Oh, main kasar yea..” Zuss.. Cecair hijau pekat pencuci pinggan elok mengalir dari dahi turun ke wajah Ella. Dan kini, giliran Danish ketawa besar.

“Amboi, dia lagilah main kasar.” Nasib baik tak tertelan pencuci pinggan tu tadi. Sial punya hubby! Nanti kau..

Zusss! Air sabun semangkuk mencurah atas kepala Danish.

“Ella!!” 

Bergegar Khairina Baiti dengan jeritan Danish dan ketawa besar Ella. And the rest of history.. dapur Khairina Baiti basah dengan air sabun oleh mereka berdua.

Terima kasih Kak Intan! 

Danish mahupun Ella, kedua-duanya menghantar SMS yang sama pada Kak Intan petang itu, sebaik mereka meninggalkan Khairina Baiti.

**********


Korang Comel Kalu Korang Like

7 comments:

cactaceous opuntia said...

main sabun pulak

Anonymous said...

best2,, baiknye hati bonda....suke ati bila ella dan danish dah bebaik.. ada kes ke bonda ngan rumah anak yatim2? x sabar nak tau, takkan danish anak angkat..

syira destroyer said...

ahahhaa trbaik la 'sental' muke danish...

syira destroyer said...

ahahhaa trbaik la 'sental' muke danish...

hazirah izzati said...

sweet sangat.... <3

Anonymous said...

alahai...sweet pulak diorg nie...

belle.talib said...

amboi la...
cepatnya Ella maafkan Danish.
haha...cam tak puas hati plak.
apa-apa pun~, teruskan!