Sep 7, 2011

Bukan Cinderella [7]

Ella tunduk, tangannya meraup wajah yang basah sambil duduk melutut di tepi kolam renang. Dah selesai meraup muka, agak-agak dah kering dia capai handphone yang jatuh atas simen.

“Aish, mati lagi.” Mengeluh. Di ketuk-ketuknya di tangan handphone biru yang dah gelap skrinnya itu.

Mungkin sebab Nokia 1110 nya terjatuh tadi, sekarang handphonenya itu dah tak boleh on kan dah. Dan Ella sangat pasti kalau nokianya itu memang tak akan on sampai bila-bila dah. Ini bukan kali pertama handphone cikainya itu jatuh terhempas di atas simen. Nasiblah..

“Tak sangka aku, ada lagi rupanya orang yang pakai handphone zaman purba macam  tu.”

Selamba Tengku Murni mengutuk Ella depan-depan. Hairan sungguh dia dengan taste abang Danish nya yang sangatlah dia rasa low class! Perempuan di hadapannya ini sangat menjengkelkan, okey!

“Aku tak tahu pulak budak bandar macam kau ni pun failed sejarah. Weh, Alexander Graham Bell pun tak lahir lagilah zaman purbakala tu.”

Selamba juga Ella bidas kata-kata sindiran Tengku Murni. Sinis sahaja bunyi ketawa Tengku Murni dan Tengku Maira di telinga Ella, memang menyakitkan. Tapi, orang yang perasan perfect macam tungku, eh tengku berdua ni ada cara untuk menundukkannya.

“Kau memang kurang ajarkan? Apa dulu mak kau tak ajar ke cara adab sopan dengan orang?” Tengku Maira pula yang bersuara bila sepupunya kelihatan diam berkutik mendengar kata-kata Ella. Pedas!

“Tak ada, tapi cikgu aku ada ajar. Dia cakap, orang berbudi kita berbahasa. Tapi masalahnya, korang tak ada pun berbudi kat aku. Membuli adalah. Sebab tu lah aku lagi suka berbahas dengan korang dari berbahasa.” Sinis.

‘Apa dorang ingat aku ni Cinderella yang senang kena buli ke? Nopelah sayang, korang salah kalau fikir macam tu. I’m Sindarella okey!’.

Ella angkat double jerk pada budak berdua yang bisu dengan kata-katanya. Lupa dia pada Nenda yang dari tadi memerhatikan mereka bertengkar. Atau mungkin pada mata-mata yang melihat adegan mereka sebentar tadi dan dia langsung lupa kalau di antara mereka ada Rifqi. Si Putera Idamannya!

“Tak habis lagi Murni? Ella? Maira? Ha, tak habis lagi korang nak bertekak?” Nenda berdiri dengan lipstick merahnya yang menyala di hadapan mereka.

“Ella yang mula dulu Nenda.” Tengku Murni bangun, laju dia merapati Nendanya. Nak minta backinglah tu.

“Betul Nenda, dia yang mula dulu. Perempuan ni kurang ajar.” Tengku Maira ikut bangun, dengan muka penuh kesadisan dia minta simpati.

“Yea, Nenda nampak.” Dari atas ke bawah dia meneliti kedua orang cucunya. Basah kuyup! Berlapis terus kerutan di dahinya.

“Ella, ada apa-apa nak kamu cakap dengan Nenda tentang kejadian ni?” Nenda peluk tubuh. Pasang telinga mendengar alasan Ella.

“Tak ada.” Ella geleng kepala.

“Tak ada?” Nenda rasa macam nak letak sahaja lima jarinya di pipi Ella. Beginikah caranya teman wanita Danish ini menjawab soalannya? Oh, sungguh biadab.

“Yea Nenda, tak ada.” Ujar Ella lagi.

Lebih baik berdiam diri sebab dia tak rasa Nenda akan percaya kata-katanya selepas apa yang sudah dia lakukan pada kedua-dua cucu kesayangan Nenda.

“Ella, mungkin Ku Maira betul. Tempat Ella bukan di sini, bukan di antara orang-orang yang beradab sopan begini. Kaca, tetap tak akan bersinar sekalipun di letak di tengah-tengah permata dan intan. Oh, tapi mungkin juga bukan salah Ella. Anak tak beribu berbapa memang selalu tak ada adab sopan.” Lembut sahaja suara Nenda, tapi kata-katanya.. Tajam mengguris seprti belati tajam.

“Nenda! Ella memang..” Ella bersuara, tapi bila melihat dinginnya mata Nenda dia mematikan ayatnya. Walau apapun, Nenda itu ialah orang tua yang harus dia hormati.

‘Danish, tolonglah datang cepat dan bawa aku keluar dari tempat ini.’ Ella mungkin kuat, tapi ada masanya dia akan menjadi lemah juga. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan orang tuanya.

“Nenda..” Rifqi yang diam dari tadi bersuara bila mendengar kata-kata Nenda.

Dia tahu Ella salah, tapi dia juga tahu kalau Ella ada sebab atas semua tindakannya. Tapi Rifqi pelik, kenapa Ella menolak peluang untuk dia membela dirinya. Kejap, Ella anak yatim? Dari mana Nenda tahu?

“Suruh perempuan ni pergi dari sini.” Nenda berpaling, meninggalkan tempat itu dengan satu jelingan khas untuk Ella.

“Sebelum kau pergi, aku nak buat perhitungan dengan kau sikit.” Tengku Murni mendekati Ella, merapatinya sebelum menolak kuat batang tubuh Ella.

“Arrghh..” Ella rasa macam badannya sedang melayang dan dia tahu dia memang akan jadi duyung hari ni.. Ella menutup mata, menunggu sahaja saatnya dia dan air bersatu.

‘Eh, apa pasal air ni pejal semacam?’ Perlahan, matanya di buka.

“Danish!” Wajah Danish menyapa matanya.

“Danish..” Suara seorang perempuan menyapa telinganya.

“Jom, kita pergi dari sini.” Danish memaut lengan Ella, kejap dan erat.

“Danish, tak nak masuk dulu?” Nenda datang merapati, berdiri di hadapan cucunya.

“Danish tak rasa  Danish di undang di majlis ini.” Sinis. Lengan Ella di tarik, destinasi utamanya pintu pagar besar yang setinggi enam meter itu.

“Abang Danish, dah lama kita jumpa..” Suara Qistina mematikan langkah Danish, tapi tidak meleraikan pautannya di lengan Ella. Langkah mereka mati di hadapan pagar banglo mewah keluarga Tengku Qistina, jauh dari mereka yang sudah menyakiti Ella.

“Mungkin itu lebih baik Qis.” Senada sahaja suara Danish. Ella di sebelah yang wajahnya penuh dengan tanda tanya dia abaikan.

“Qis.. Qis minta maaf..” Suara Qistina sebak, matanya berair.

“Maaf itu tak akan mengubah apa-apa Qis. Pergilah, yang lain sedang tunggu Qis di dalam. Assalammualaikum.” Usai berkata, lagi sekali dia menarik lengan Ella kuat meninggalkan tempat itu.

“Abang…” Qistina hampir jatuh terduduk mendengar kata-kata Danish, mujurlah Rifqi sempat memaut tubuhnya yang terasa longlai tiba-tiba.

**********

“Ella, Toyota harrier itu datang lagi.” Kak Intan separuh menjerit, melaung memanggil Ella yang ralit dengan jahitan di tangan.

“Ella tak nak jumpa dorang kak, dorang tu pembuli!” Separuh menjerit juga membalas panggilan Kak Intan.

Seminggu yang lepas, balik sahaja dari rumah Tengku Qistina, Danish terus menhantarnya pulang ke butik. Kalau hantar sahaja tak apa, ni siap marah dia di sepanjang perjalanan. Benci dia bila Danish marah-marah dan meninggikan suara pada dia. Bukan dia yang nak datang sana, rumah si Tengku Qistina tu.

“Sebab perempuan tadi itu ke kau bayar aku jadi girlfriend kau?”

Dia tanya soalan itu aje pun, bukannya soalan membunuh sampai Danish nak marah dia. Siap menjerit lagi kat dia.

“Dia ada nama Ella, nama dia Tengku Qistina. T.E.N.G.K.U.Q.I.S.T.I.N.A.. You should address, called her with that name.”

Danish siap eja lagi nama si Tengku satu-satu. Taulah nama dia tak ada T.E.N.G.K.U.. Dan paling menjengkelkan bila Danish cakap..

“Perempuan itu, ia tak sesuai untuk Qistina. Qistina, jauh lebih baik jika di bandingkan dengan kau, atau dengan mana-mana perempuan sekalipun. Qistina, she’s always thinking before act. Bukan macam kau. ”

Danish mula membandingkan dia dengan Qistina. Double standard ialah benda yang paling menjengkelkan di dunia! Hei, everyone born with something special inside them! So, siapa Danish yang nak letak double standard pada dia dan si Tengku tu?

“Kau tak ada hak nak judge aku macam tu!”

Sejauh mana Danish kenal dia sampai Danish boleh tahu kalau dia ni tak layak duduk sama rendah dengan Qistina? Danish bukan juri penilai standard orang.

“Qistina, she’s always thinking before act. Bukan macam kau, benda dah jadi masalah baru nak guna otak tu. Ini tak, bendulnya lurus sikit dari batang pokok.”

Lagi sekali, Danish membandingkan dia dengan Qistina. Kalau tahu Qistina tu lagi baik dari dia, lagi bijak pandai dari dia, kenapa Danish tak hire sahaja si Qistina tu? Kenapa nak hire dia yang kononnya tak ada otak ni?

“Aku tak tahu masalah apa yang kau cakap aku dah buat ni. Kalau kau maksudkan aku dah rosakkan majlis hari jadi Qistina, bukan aku orangnya tapi Qistina sendiri sebab ada adik yang suka malukan kakak sendiri. Dan kalau kau maksudkan aku tolak budak berdua tu masuk kolam, pun bukan aku orangnya. Sebab budak berdua tu memang sengaja terjun masuk kolam supaya aku kelihatan seperti pesalah.”

Bila kereta Danish berhenti depan butik, laju dia meluru keluar. Tapi sebelum itu, sempat lagi dia tinggalkan ‘buah tangan” untuk Danish.

Aku mungkin kelihatan bodoh, tapi aku tak bodoh Danish. It is better to remain silent and be thought a fool and guilty than to open one's mouth and remove all doubt. Lagipun, bukan selamanya sang kancil boleh terselamat dari jerat.”

Memang dia sakit hati, sakt jiwa hari tu. Bukan setakat sakit hati sebab nokia 3310 nya tidak lagi boleh di on kan, tapi sakit hati bila Danish yang dia anggap penyelamat juga meletakkan dia di posisi sebagai pesalah.

“Ella, Encik Toyota Harrier nak jumpa ni..” Suara Kak Intan kedengaran lagi.

“Tak nak!” Bukan merajuk, cuma sakitnya sahaja yang belum terpujuk.

“Ella, dia nak jumpa ni. Akak tak laratlah nak jadi posmen korang berdua ni.” Lagi sekali suara Kak Intan kedengaran. Lagi nyaring dari tadi, tanda dia dah naik bosan jadi pengatara.

“Ella cakap tak nak, tak naklah!” Huh!

Pedulik apa dia kalau Danish naik hangin lagi macam hari tu? Dia betul-betul tak ada mood nak jumpa Danish sekarang. Dahlah seminggu perang dingin baru Danish datang jenguk dia. Lantaklah, biar Danish tahu kalau bukan dia sahaja yang tahu marah. Yang ada hati, ada limpa, ada perasaan.

“Ella..”

Zass! Freeze dia sekejap bila kali ketiga namanya di panggil, bukan lagi suara Kak Intan yang kedengaran.

“Maaf sebab marah kau hari tu.” Itu suara Danish. Tak berpaling pun dia yakin yang Danish ada belakangnya.  Cuma, erkk.. Danish minta maaf? Tang yang ni dia memang tak berapa nak yakin.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku tunggu kau tempat biasa,tunggu sampai kau datang. Jangan tak datang. ” Dan lepas itu, cuma bunyi derap tapak kasut Danish menghentak lantai yang kedengaran sebelum bunyi loceng kincir angin di pintu kaca pulak yang kedengaran, tanda seseoarang baru keluar dari Perfect Match.

Kalau Danish sudi merendahkan egonya untuk meminta maaf, kenapa tidak dia juga merendahkan egonya sedikit untuk mendengar penjelasan Danish?

“Tapi, aku tak boleh terima apa yang Danish cakap hari tu.” Satu keluhan di lepaskan.

Hingga jarum jam bertukar hampir lima kali, Ella masih di butik menyiapkan tempahan.

**********

Danish meneguk habis sisa sirap limaunya yang ke tiga. Jam di tangan di jelingnya sekilas. Ella, dia betul-betul marah. Kalau tak, masakan Ella sanggup biarkan dia menunggu hampir lima jam?

Call tak dapat, SMS tak berbalas, datang ke butik tak nak jumpa. Dia tak tahu nak make up macam mana lagi dengan Ella. Bila teringat pesanan bonda, Danish rasa macam nak tumbuk meja restoran Kayu Manis lepaskan geram.

“Danish jangan lupa bawa Ella jumpa bonda hujung minggu ni k. Bonda nak bawa dia ke Khairina Baiti.”

Bukan itu sahaja yang buat dia terkejar-kejar tak cukup tanah, sanggup menunggu berjam lamanya macam orang tak ada kerja sebab Ella. Tapi sebab ini juga..

“Bro, Ella tak salah. Maira dan Murni yang buat onar hari tu. Aku cakap sebab aku tak nak kau gaduh dengan Ella. She’s just a nice girl bro, dia mangsa keadaan.”

Itu kata-kata Rifqi dua hari lepas waktu Rifqi datang ke rumah bonda, menjenguk dia yang sudah seminggu tak pulang ke rumah Nenda. Entah kenapa, ada rasa kurang senangnya balik ke sana. Rasa macam Nenda ada usahasama dalam konspirasai memalukan Ella di majlis Qistina hari tu.

Dan ini sebab utama kenapa dia ke mari...

“Danish, kenapa dengan kamu ni? Tengah tunggu important call ke sampai ke toilet pun nak bawa phone?”

Itu soalan Ayah setiap kali terserempak dengan dia di rumah mahupun di office dengan iPhone setia di tangan. No Ayah, Danish tunggu return call dari Ella. Tapi jangankan return call, SMS dari Ella pun dia tak dapat. Pending semendang. Paling haru, sebahagian dari 73 SMS itu sudah bertukar status ke sending failed.

“Ella, kenapalah kau buat hidup aku kucar kacir..” Danish mengguman seorang.

“Bukan hidup awak seorang yang kucar kacir..”

Berlapis tiga kerutan di dahi Danish. Lain di tunggu, lain yang muncul.

********

p/S: Maaf, lambat >_<



Korang Comel Kalu Korang Like

8 comments:

Makanan Kesihatan said...

tu la danish..sik marah ella jek..sian btul ella ni..

Anonymous said...

gd job....rajin2lah masukkan n3 br..... :)

fatim fatimah said...

best plak cerita ni,,bru habis maraton baca cerita ni,,smbung cpt lg

kak ida said...

salam dik at last ada e3 BARU..CITER NI SEMAKIN menarik dan teruja nak tahu..kenapa bonda nya suka sgt ngan minah tu ek..

Anonymous said...

Ceitt! Tertipu i.. Ingtkan si Ella 2 yg jtuh masuk kolam.. haha

belle.talib said...

shiapa?shiapa? rifqi ke?

Anonymous said...

best ea cite nie...
rajin2lah masukkan n3 bru yea...

belle.talib said...

nk komen lagi. heheh
ske citer ni. walaupun nenda dia dingin tapi bonda tu baik~ suke.suke.

Sindarella tu stand for siapa? hahaha..