Aug 15, 2011

Bukan Cinderella [6]

“Akak tengok, sejak dua tiga menjak ni kereta Harrier putih tu asyik benar park depan butik ni Ella. Kamu ada apa-apa ke dengan tuan kereta tu?” Kak Intan menyoal sambil sesekali menjeling Ella yang kusyuk menjahit di mesinnya sebelum matanya kembali di pintu kaca butik.

“Harrier mana pulak ni kak Intan?” Ella berpaling, larian mesin di hentikan.

“Tu..” Muncung Kak Intan di juih pada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu butik.

“Rifqi?” Bersinar-sinar mata Ella bila melihat kelibat Rifqi di balik kaca pintu butik. Tapi, kenapa guna kereta Danish?

“Kak, saya jumpa dia kejap.” Ella bangun, meninggalkan jahitannya sebelum laju menonong ke pintu.

“Tengku, cari saya ke?” Ella bersuara selembut mungkin.

Kalau Danish dengar lunak suaranya saat ini, maunya Danish gelak kuak lentang mentertawakan dia. Alah, tak kisahlah dengan “hubby” dia tu, yang penting dia kelihatan sopan dan ayu di hadapan Prince Charmingnya.

“Ella, janganlah nak bertengku-tengku dengan saya. Ni, saya datang jemput awak sebab Nenda nak jumpa Ella.” Ujar Danish.

“Oh, Nenda nak jumpa saya? Kenapa?” Pelik.

“Err.. Actually Nenda nak saya bawa awak ke satu tempat.” Rifqi bersuara perlahan. Risau sebenarnya dia kalau Ella menolak.

“Ke mana?” Ada rasa cuak di hatinya.

Nenda ni bukan tipikal nenek-nenek kerabat diraja yang tak suka orang kebanyakan kan? Yang akan menyumpah dia menjadi duyung? Tiba-tiba Ella rasa macam nak cakap “TIDAK” terus kat Rifqi.

“Nanti saya bagi tahu dalam kereta nanti. Ella boleh pergikan?” Rifqi pasang muka penuh pengharapan.

“Danish mana? Dia ikutkan?” Lain yang Rifqi tanya, lain yang dia jawab.

Danish mungkin menjengkelkan, tapi kalau ada Danish sekurang-kurangnya dia tak akan rasa tersisih. Dia tak akan rasa macam dia adalah seekor angsa pink di antara ratusan angsa putih. Kenapa angsa pink? Entah.

“Err.. Ella naik kereta dulu, ada apa-apa Ella boleh tanya kat nenda. Okey?.” Ujar Rifqi bila dia tak tahu nak jawab apa. So, daripada dia berbohong lebih baik dia mengelakkan? Itu rasanya lebih baik daripada kumpul dosa.

“Oh, okey. Bagi saya masa dua minit tuk masuk ambik barang saya dulu bolehkan?” Ella buat muka comel. Depan Prince Charming, mestilah comel-comel beautykan?

“Okey, saya tunggu kat sini jelah yea.” Rifqi angguk kepala dengan senyuman.

“Okey-okey.” Laju Ella masuk dalam butik sebelum dia kena potong jari sebab kencing manis tengok senyuman Rifqi.

Mak aih, senyuman Diraja tu! Manis gila!

“Kak!” 

Ella duduk sopan dengan suara volume rington handphone Sony Ericson level lima depan Kak Intan yang sedang kusyuk menjahit tulang belut kat leher baju kurung pelanggan butik.

“Oh mak kau nama tulang belut!” Melatah terus Kak Intan bila Ella sergah dia tanpa salam sebentar tadi.

“Mama Ella nama Sarimah kak, bukan tulang belut.” Gelak. Alahai kak Intan, buruk sungguhlah ayat melatah akak hari ni.

“Kamulah, kejutkan akak tiba-tiba sampai akak tak sempat nak siapkan skrip melatah untuk hari ni.” Kak Intan pun ikut gelak.

Setakat melatah depan Ella, tak adanya dia nak malu bagai. Lainlah kalau melatah depan customer asing kan? Haha.

“Sorrylah kak, sengaja.” Sengih.

“Tak pe, lagipun melatah itukan..”

“Cool..” Gelak lagi.

Memang Ella tak boleh lupa langsung alasan Kak Intan bila pertama kali Kak Intan terkantoi melatah depan dia beberapa hari selepas dia kerja kat Perfect Match ini setahun yang lepas.

‘Orang melatah itu cool.’ Itu kata Kak Intan. Haha.

“Tau tak apa. Ha, abang Harrier kamu tu nak apa?” Ujar Kak Intan.

Kak Intan menyambung semula kerja menjahitnya yang tergendala tadi. Atau mungkin lebih tepat kalau perkataan ‘menyambung’ itu di ubah kepada perkataan ‘membetulkan’ sebab jahitan tulang belut Kak Intan sekarang dah menjadi jahitan tulang udang, ‘merengkot’ semacam.

“Bukan Danish. Sepupu dia, datang nak ambik Ella sebab nenda dorang nak jumpa.” Ujar Ella, tanpa berselindung.

Lagipun, semua kisah hidupnya ada dalam poket Kak Intan. Tiada lagi rahsia antara mereka. Kak Intan dah macam poket rahsia hidup Ella. Nak tahu rahsia Ella, tanya aje pada Kak Intan. Pendek cerita, Kak Intan ni dah macam Google perihal hidup Ella lah.

“Oh. So, nak pergi sekarang ke?”

“Hurm.. Kak Intan okeykan kalau Ella balik awal?”

Ada setengah jam lagi sebelum pukul 2, waktu tamat kerja mereka di hari sabtu begini. Harap-harap, tak adalah si Miss Mandy tu datang time-time macam ni. Kalau dia datang, memang tak boleh balik awallah dia jawabnya.

“Boleh je. Tapi, pergi tu hati-hati tau. Ada apa-apa, call akak terus. Ingat tu!” Ujar Kak Intan, serius dia dengan kata-katanya.

Ella tu kan anak yatim-piatu, siapa lagi nak nasihat kalau bukan dia? Nak harapkan si Maznah mak tiri dia, tak pun si Sara kakak tiri dia tu? Memang rosaklah Ella jawabnya. Mak dan kakak tiri dia tu bukannya betul sangat pun. Buat menyakitkan hati adalah.

“Thanks kak, Ella gerak dulu tau.” Senyum, beg silang dah tersandang elok di bahu. Nasib baiklah tak banyak sangat barang jahitan yang dia perlu kemas tadi.

“Okey, hati-hati.”

Kak Intan senyum, sekadar menggeleng kepala melihat Ella yang terangguk-angguk dengan tangan sibuk menggodek-godek handphone nokia 1110nya. Dah berpacaran dengan anak raja masih pakai nokia cikai tu lagi ke Ella?

“Jom.”

Ella menolak pintu kaca butik, berdiri di tepi Rifqi yang setia menantinya dari tadi dengan senyum. Membalas senyuman manis Rifqi sebelum mereka menuju ke kereta. Tapi saat Toyota Harrier itu berhenti di hadapan sebuah banglo mewah tiga tingkat yang tersergam indah siap dengan kolam renang yang mewah, senyuman Ella mati. Dia bakalan jadi duyung hari ni!

“Rumah siapa ni?” Terkebil-kebil Ella bila melihat sekeliling. Dah macam rusa masuk kampung jadinya dia.

Dengan kek setinggi 3 tingkat di tepi kolam renang dan manusia yang ramai, yang semuanya memakai baju tema hitam putih sangat memelikkan Ella. Kalau korang ada kat sini, korang pun akan pelik. Siapa yang kahwin ni?

“Rumah Qistina, my fiancée.”

“Eh?!” Bulat terus biji mata Ella.

‘My putera idaman bawa aku jumpa tunang dia?’ Ella rasa macam nak cekik leher sendiri.

“Ella tunggu sini kejap ye, saya pergi panggil nenda.” Rifqi beredar selepas memberikan Ella segelas air. Tersenyum dia pada Tengku Murni dan Tengku Maira yang menghampirinya dan Ella.

“Okey.”

Ella senyum, tanda mengizinkan.

“Dik, please entertain tetamu abang yea. Abang nak jumpa nenda kejap.” Kali ini senyuman manisnya untuk dua orang gadis cantik di hadapannya. Tengku Murni, adiknya dan Tengku Maira bakal adik iparnya.

“Okey! Kami memang suka “layan” budak kampung.” Gelak.

Saling berpandangan keduanya sebelum pandangan mata mereka jatuh pada Rifqi yang sudah jauh meninggalkan kawasan kolam renang. Mereka berdiri dengan lagak angkuh depan Ella.

“Hai..” Tengku Maira menghampiri dulu dengan senyuman sinis di bibir.

“Hai.”

Ella ikut senyum biarpun jelas di matanya yang senyuman dua gadis di hadapannya ini tidaklah seiklas mana. Lebih-lebih lagi senyuman Tengku Murni, gadis cantik yang dia temui di rumah Nenda dulu. Perlahan, handphone di saku baju kurung dia keluarkan. Menekan terus speed dial nombor 1.

“Kau buat apa ae kat sini? Kau tau tak kalau kau tak di alu-alukan di sini?” 
Soal Tengku Murni sambil berjalan menghampiri Ella yang semakin terundur ke belakang tanpa menyedari kalau dia semakin menghampiri tepi kolam.

“Nenda yang suruh saya datang.” Ella telan air liur, sesekali matanya jatuh pada handphone di tangan yang sudah di sambungkan panggilannya.

“Owh, nenda yang suruh. Tapikan, sebelum kau jumpa Nenda apa kata kau mandi dulu? Bau orang kampung kau tu busuk sangatlah.” Ujar Tengku Murni lagi.

“Kau cakap baik sikit boleh tak? Aku pun tak hadaplah nak datang sini kalau bukan nenda kau tu yang suruh datang. Aku mungkin orang kampung, orang miskinh tapi sekurang-kurangnya aku ada adab, tak macam korang.” Dek sakit hati, Ella membalas juga kata-kata Tengku Murni biarpun dia sudah berjanji dengan Danish untuk menjaga kata-katanya di hadapan keluarga Danish. Mereka sudah melampau!

“Ella!”

Satu suara dari belakang mematikan niat Tengku Murni dan Tengku Maira membalas kata-kata pedas Ella. Berpaling keduanya ke belakang.

“Nenda..”

Saat mata mereka berdua beradu dengan mata Nenda, mereka tahu kalau mereka perlu lakukan sesuatu pada Ella.

“Nenda..” Ella berpaling dan….

Burrrr!!! Memercik air kolam di wajah mereka yang ada.

“Maira!”

**********

Danish memperlahankan kelajuan kereta bila iPhone di dashboard bernyanyi. Nama Ella terpapar di skrin telefon. Berlapis tiga kerutan di dahi Danish. Rasanya, mereka tidak ada janji hari ni sebab Nenda mengarahkannya melawat tapak projek di Shah Alam.

“Kau nak apa?” Ganas sahaja suara Danish menjawab panggilan Ella.

“Kau buat apa ae kat sini? Kau tau tak kalau kau tak di alu-alukan di sini?”

Eh, ini bukan suara Ella. Ella ke mana? Tak di alu-alukan di mana? Tapi suara ni, quite fimiliarlah.. Macam suara..

“Nenda yang suruh saya datang.”

Okey, ini baru suara baby dia. Wait-wait, Nenda? Nenda yang suruh Ella datang? Datang ke mana?

“Owh, nenda yang suruh. Tapikan, sebelum kau jumpa Nenda apa kata kau mandi dulu? Bau orang kampung kau tu busuk sangatlah.”

Suara Tengku Murni! Danish jadi tak senang duduk bila mendengar kata-kata Tengku Murni. Gila! Ella kena buli ke? Rasa macam nak pakai seluar kecik dengan lambing ‘S’ dan pergi selamatkan Ella saat ini juga! Tapi, macam mana Ella boleh ada sekali dengan dorang ni?

“Kau cakap baik sikit boleh tak? Aku pun tak hadaplah nak datang sini kalau bukan nenda kau tu yang suruh datang. Aku mungkin orang kampung, orang miskin tapi sekurang-kurangnya aku ada adab, tak macam korang.”
Haha. Tergelak dia mendengar kata-kata Ella. Berani betul budak ni.

“Ella!” Ini suara Nenda.

Makin kuat lekapan handphone di telinga bila ada patah ayat yang tidak jelas di telinga Danish.

“Burrrrr!!!!!”

Streettt!!! Brek mengejut Danish di tepi jalan bila mendengar bunyi benda mencebur ke air.

“Hello! Ella.. Hello! Ella!” Tiada jawpan.

“Ella, kau kat mana?” Masih juga tiada jawapan. Damn!

“Maira!” Dan teriakan di hujung talian menjawab persoalan Danish.

Kereta di gerakkan semula, laju membelah jalan. Destinasi, rumah Tengku Qistina! Tujuan, erkk.. Selamatkan Ella agaknya.


***********

p/S: Rumah CikGadis ada masalah tenet, kekadang line streamyx ni hilang terbang pi London. So, CikGadis tak boleh update selalu sebab waktu London dengan Melesia tak sama. Haha.

Eh, korang rasa apa bila China angkat semua dan jadi juara keseluruhan dalam BWF World Championship 2011? CikGadis rasa 'HOT!' semacam, sampai rasa nak beranak cepat dan latih anak CikGadis jadi champion dan kalahkan Lin Dan! *Merepek!*

Selamat berpuasa! Jangan ponteng2 tau :)


Korang Comel Kalu Korang Like

6 comments:

cactaceous opuntia said...

euw...keji la tolak ellak dlm kolam...mencik...erm..cik gadis..psl streamyx yg kjap ade kejap xde tu..buat je report kt talian 100...sbb boleh jd mmg modem ade problem..xpn kt kabinet die ke ape..yg penting cik gadis buat report kt tm tu...heheh...kalau x susa la kami nk bce ntry cik gadis..buat smntara cer cik gadis restart modem tu...off la dlm 10minit ke..then bukak balik...=)

kak ida said...

citer yg best giler..terhibur yg amat amat..hope ada E3 lagi..ya dik...
kesian ella kena buli..tak tak mengapa..hero in white armour dtg kejap lagi nak tolong..ek..

Anonymous said...

best ehh cite nie... suke2... :)

cik gadis, u pny bunga matahari nie xleh nk hide ke? gngu la nk bca.. :(

danishatul said...

ermmm bila nk smbg cter nie :( lma tggu :(

danishatul said...

next n3 plss dh lma tggu :(

syahsulaiman said...

wow...maen ganas tuh...