Ella membuang pandang ke tingkap kereta, ke arah jalan raya yang di penuhi bunga-bungaan di sepanjang jalan menuju ke Vila mewah 3 tingkat di atas bukit, agak jauh dan terasing dari vila dan banglo yang ada di kawasan tersebut.
Mulutnya terlopong, ternganga bersaat-saat lamanya melihat kemewahan di depan mata. Pantas lelaki di sebelahnya yang sedang tenang memandu dia pandang.
“Aku ada soalan.” Ella kalih kepalanya ke tepi.
“Remember, rules number 3. Kau tak di benarkan bertanya apa-apa.” Si lelaki menolak Ray Ban hitam di hidungnya ke atas.
“Rules number 4, aku boleh bertanya jika ianya berkenaan dengan kerja aku.” Ella sungging senyum sinis di bibir.
“Rules num..”
“Kau dengar soalan aku dulu tak boleh ke? Bukan kena dengar ceramah pun.”
Merungut geram. Dia tak tanya lagi, tapi lelaki di sebelahnya dah bentang pelbagai peraturan. Bukannya nak bagi dia peluang tuk bercakap.
“Hurm.. Apa?”
Mengalah. Cakap banyak pun tak guna juga. Perempuan di sebelahnya ini tak mungkin mengaku kalah berlawan cakap dengan dia.
“Kita masih kat Malaysia ke?”
Akhirnya terluah juga soalan yang dia nak sangat-sangat tanya dari tadi. Dari saat mereka masuk ke simpang jalan ke vila mewah ini. Rasa macam tak percaya dengan mata sendiri.
“Kita ada naik kapal terbang ke tadi? Ada naik cruise? Ada lalu Tambak Johor? Ada..”
“Okey, stop! Kau merapu meraban apa ni? “Jawapan” kau tu tak menepati skema jawapan untuk soalan aku.” Ella bersuara geram.
Punyalah senang soalan dia tadi. Mamat sengal lagi menyengalkan orang tu cuma perlu jawab “YA” atau “TIDAK”, bukannya perlu merapu menyebut entah apa-apa entah segala tu. Ni mesti kes failed subjek Bahasa Melayu dulu. Aish, Ella mengeluh kasihan.
“Dah tu kau tak dengar ke aku apa yang cakap tadi? Kalau kita cuma duduk dalam kereta ni dari setengah jam yang lepas, macam mana kita boleh ada kat luar negara pulak? Tak praktikal langsunglah otak kau ni. Cubalah otak tu guna sikit, tak adalah banyak sangat karatnya.” Sinis.
“Entah-entah, pasport pun kau tak ada. Macam mana nak sampai oversea.” Cebik bibir. Matanya tunak ke hadapan.
Hampir tergelak sebenarnya dia bila Ella bertanya soalan itu tadi. Tengok muka terlopong Ella dengan mulut ternganga menjemput sekeluarga lalat masuk dalam mulutnya tadi memang hampir membuatkan tawanya terburai.
Tak tahu sama ada perempuan di sebelahnya yang cuma dikenali dengan nama Ella ini betul-betul sedang hanyut dalam kekagumannya atau cuma acting semata. Kot-kot tengah practice berlakon depan dia.
“Cakap baik sikit boleh tak? Aku ni nampak je sengkek, tapi peta dunia ada dalam kepala otak aku ni. Tapi memandangkan vila nenek kau ni ceruk hutan, sampai GPS pun susah nak kesan, manalah aku tau kalau wujudnya tempat ni.”
Ella dah bersuara garang. Mendengus sambil membuang pandang ke serata kawasan vila yang di penuhi bunga-bungaan. Bilalah nak sampai ni, “bontot” dah terasa panas duduk dalam kereta lelaki ni.
“Watch you mouth, watch you language. Aku tak mahu kau cakap kasar macam ni depan family aku. Remember rules number six?” Mata mereka saling berpandangan.
“You my hubby, and I’m you baby.” Tergeliat-geliat lidahnya mengucapkan ayat itu. Rasa macam meloya tekaknya. Eww..
“Good!.” Puas hati bila Ella ingat semua syarat yang sudah mereka persetujui.
Kereta sudah di parkir di depan Vila. Seorang lelaki dengan baju kot hitam datang menghampiri mereka, menyambut kunci kereta yang di hulurkan oleh “tuan” mereka berdua. Sengih bila teringatkan perjanjian tersebut.
“Let’s meet my family.” Dia menghulur tangan. Buat pertama kali, senyuman untuk Ella di ukirkan.
“Rules number seven..” Mata Ella jatuh pada tangan yang dihulur tadi.
“Maaf..” Tangan di tarik. Teringat isi kandungan perjanjian mereka yang ke tujuh. Menghormati hak Ella sebagai wanita muslimah.
“It’s okey.” Senyum.
“O.. O.. Key.. Jom!” Rasa macam hendak di tampar-tampar mulutnya yang terus tersasul-sasul, terkesima melihat senyuman Ella.
“Mari..”
Laju langkahnya menuju ke muka pintu, tanpa menunggu “hubby”nya yang masih termangu di situ. Tidak sabar memulakan tugasnya yang pertama. Tangannya menolak pintu utama, dan ketika pintu utama yang berukir cantik itu dibuka, dia terpempam di situ. Dengan mata yang membulat.
“Meet my family baby.” Suara "hubby"nya kedengaran di telinga.
‘Mampus!’
Ella tertelan air liur sendiri, terasa kelat. Pandangan matanya terus ke hadapan, ke arah berpuluh-puluh pasang mata yang sedang memandangnya.
"Dont tell me, i'm going to face them."
Ella dah undur setapak ke belakang. Tiba-tiba terasa kecut perutnya. Dahlah semuanya pasang muka straight kelat ketat. Seorang dua yang senyum tu pun, dia tak tahu ikhlas ke tak.
"Sorry to say dear, but you are. Now!" Serentak itu juga terasa belakangnya ditolak. Terdorong dia ke hadapan.
'Sial punya "hubby"!' Ella memaki dalam hati. Tapi senyum manis tersungging juga di bibirnya. Buat-buat cool.
"Danish, kenapa tercegat lagi kat situ tu? Mari cepat sini, bawa teman wanita kamu berjumpa nenda." Salah seorang diantara ramai-ramai yang ada di situ menyapa mereka.
'Nenda?! Takkanlah si mamat kerek ni anak raja?' Ella menggumam dalam hati tapi kakinya menurut juga langkah kaki Danish, si "hubby"nya menuju ke tengah rumah.
"Kenalkan, nenda B. Tengku Khaleeda."
Danish tunduk, mencium tangan nendanya yang sedang merenung tajam ke arah Ella sebelum duduk di bahu sofa nendanya.
"El.. Ella.."
Tergagap-gagap di mengenalkan diri. Terasa seram sejuk tubuhnya bila tangannya bersalaman dengan nenda Danish. Alahai nenda, senyum sikit tak boleh ke? Tak ke penat buat muka straight macam tu? Tak faham tak faham.
"Ella apa? Ella umbrella?"
Suara halus, milik seorang gadis menyapa telinganya sambil mengekeh ketawa. Muka cantik, ketawa macam langsuir, memang satu kombinasi yang tak sempurna. Apsal pelik semacam keluarga Danish ni?
"Sindarella.." Senyum. Sembunyi gugup campur sakit hati.
"Eh?!"
"Apa?!"
"Pardon?!"
Kali ini bukan hanya satu suara yang menyapa telinganya bila dia menyebut namanya. Danish yang diam dari tadi turut terpempam. Terkejut mendengar nama sebenar "baby"nya. Err.. Pelik.
"Cinderella?" Berlapis tiga kerut di dahi nenda Khaleeda sambil mengarahkan Ella duduk di kerusi yang ada di hadapannya.
"Bukan nenda, Sindarella."
Senyum lagi. Naik lenguh mulutnya asyik tersenyum dari tadi. Tangan dah saling beramas sesama sendiri. Perkara yang sering dia lakukan bila dalam keadaan gugup. Matanya jatuh pada hujung jari kaki.
"A'ah nenda, Sindarella. Bukan Cinderella."
Suara Danish kedengaran, menyebut untuk pertama kalinya nama "teman wanita"nya. Sindarella, what a lame name. Rasa macam nak gelak kuat-kuat saat itu juga. Gila klasik campur tak realistik mak bapak dia ni.
"Sindarella.. Glass slipper huh?"
Satu suara lelaki menyapa telinganya. Laju kepalanya di angkat, melawan panahan mata lelaki yang duduk di hadapannya yang sedang menggoyang-goyangkan sesuatu..
"Macam mana handphone.."
Ayatnya tergantung. Oh no, he's my Prince Charming! Apa hubungan Danish dan si Prince Charming? Matanya kembali di tala ke wajah Danish. Buat muka apa-hubungan-kau-dengan-Prince-Charming-aku? Tidak di hiraukan mata-mata saudara Danish yang sedang memandang mereka pelik.
"Baby, awak kenal Rifqi ke? He's my cousin, Tengku Rifqi. Dinda Qistina fiancee, also my cousin."
Cousin? Sepupu? Fiancee? Tunang?
'Adakah aku baru sahaja di kecewa sebelum bercinta?' Oh tidakkk.!!!
1 comment:
sial punya 'hubby'..sumpah kelakau ayat neh..trgelak2 den baco..
Post a Comment