Jul 1, 2011

Bukan Cinderella [4]


“Huh, penat!”

Danish menghempaskan tubuhnya ke katil. Melepaskan lelah. iPhone 4 atas meja dia capai, mencari-cari nombor telefon Ella. Pacar khayalannya. Hahaha.

‘Aku ambik kau kat rumah pukul 9 nanti.’

Send. Mesejnya selamat di hantar, iPhone di letak atas perut. Tangannya di letak di dahi, mindanya menerawang. Jauh kembali ke pertemuannya dengan Ella di butik Perfect Match seminggu yang lalu.

“Assalammualaikum..” Suaranya menyapa dua orang wanita yang sedang bergelak ketawa di pantry.

“Wassalam. Kami belum buka encik. Ada setengah jam lagi baru buka.”

Si wanita yang agak berusia bersuara. Manakala, si gadis yang seorang lagi tengah sibuk menilik wajahnya.

“Saya nak jumpa dengan dia.”

Saling berpandangan dengan si gadis yang tengah buat muka tak percaya. Tak perlulah buat muka macam tu, memang kita pernah jumpa pun. You owe me, and now  it’s time to payback!

“Ella?” Kali ini mereka yang ada di hadapannya pulak yang saling berpandangan.

Ella? Okey, nama dia Ella.

“Kak Intan, saya jumpa kawan saya kejap.” Gadis yang di panggil Ella tadi berdiri. Menghampirinya yang berdiri di depan muka pintu.

“Yelah, kalau ada apa-apa jangan lupa panggil akak.”

Kak Intan berpesan. Mungkin risau melepaskannya berjumpa Danish. Jangan risaulah Kak, tak adanya orang nak culik kawan akak yang sengkek ni. Ella senyum dan mengangguk.

“Saya tak ada duit nak bayar ganti rugi kereta awak.”

Itu ayat pertama yang dia dengar dari mulut Ella sebaik mereka berduan di Restoran Kayu Manis.

“Aku tahu.” Sinis. Tengok gaya pun boleh agak kalau dia ni bukan jenis yang duit bertimbun dalam bank.

“Tapi, saya boleh bayar ansuran.” Ella ketap bibir tengok senyum sinis Danish. Being poor it's not sin okey!

“Atau kau boleh kerja dengan aku, tuk bayar hutang kau.” Kali ini dia senyum misteri.

“Kerja dengan kau?” Ella dah bersuara curiga. Kerja macam mana maksud dia? Takkanlah?

“Aku bukan perempuan murahan!” Keras suara Ella, hilang keayuan dan kesopanannya. “Saya” terus berganti dengan “aku”.

“Aku tak ada pun cakap kau perempuan murahan. Kau fikir apa ni?” Danish kerut dahi tengok Ella yang tiba-tiba mengamuk. High ke minah ni?

“Habis tu, apa maksud kau kerja dengan kau?” Ella mengendurkan suaranya. Rasa macam dia tengah salah faham.

“Apa yang kau fikirkan bila aku cakap kerja dengan aku?” Danish pandang Ella yang terkulat-kulat sebelum sengih sembunyi malu.

“Merepek!”

Rasa macam boleh agak apa yang ada dalam fikiran Ella. Tang mana kat muka kacaknya ini yang membuatkan Ella terfikir kalau dia ini bapa ayam? Ridiculous!

“Iyolah, sorry-morry.” Buat muka insaf. Dah buat salahkan, kenalah bertaubat.

“Aku nak tawarkan job kat kau.” Danish abaikan muka Ella yang dah macam muka orang setengah tiang.

“Hurmm. Kerja apa?” Kali ini dia bertanya dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.

“Jadi girlfriend aku.” Selamba.

“What?!” Terkejut. Mata terbeliak. Tangan di tekup ke mulut.

“Kontrak je. Just for three month or more.” Masih selamba.

“Ehh?!” Makin terkejut. Mata di jegilkan. Tangan dah turun ke dada.

“Aku rasa, kalau kau jadi artis confirm famous.”

Geleng kepala. Dalam sesaat, mimik muka Ella boleh berubah-ubah. Rasa dia memang dah pilih calon yang sesuai dengan watak “girlfriend”nya.

“So, boleh tak aku pergi sekarang?” Ella dah angkat punggung, hendak bangun.

“Ke mana?” Danish tanya tak faham. Orang tak habis cakap lagilah.

“Nak gi auditionlah. Kot-kot betul masin mulut kau, bolehlah aku faymes macam Lisa Surihani.” Sengih tak ikhlas.

“Kau.... Duduklah.” Hilang kosa kata jadinya melihat tingkah Ella.

Danish geleng kepala sambil telan gelak dalam perut. Pening dia melayan perempuan setengah tiang di hadapannya ini. Rasa lawak pun ada. Ni kes lurus bendul ke putus fius ni?

“Apa yang aku dapat kalau jadi girlfriend kontrak kau?” Soal Ella sambil duduk kembali di kerusi hadapan Danish.

“Kau tak perlu bayar ganti rugi kereta aku.”

“Itu sahaja?”

Kening dah bersambung bila dahi dikerutkan. Tawaran yang baik, tapi dia rasa tak berbaloilah pulak. Kerosakan kereta Danish mungkin cuma berharga dalam beberapa ratus sahaja, rasa macam tak setimpal dengan hari-hari yang bakal dia lalui dengan Danish nanti. Danish, si mamat kerek.

“Aku akan bayar kau RM30 ribu dan 2 ribu setiap bulan sehingga perjanjian kita tamat. Bila tamatnya, cuma aku yang boleh tentukan. Setuju?” Ujar Danish. Matanya menentang panahan mata Ella.

“Deal!” Ella angkat dua jari. Setuju dengan tawaran Danish.

“Then, we are couple now. Boleh kita bincang syarat dan rules perjanjian kita?”

“Dengan senang hatinya!”

Bunyi mesej masuk dan getaran di perutnya mematikan khayalan Danish. Mesej yang terpampang di skrin iPhone dia baca.

Baby Ella: Okey. :-B^_^

“Apa kejadahnya mesej yang budak ni hantar?” Berkerut dahinya melihat tanda-tanda yang muncul di skrin.

************

Rifqi mendengus kasar bila deringan telefon di sebelah sana tidak bersambut. ke manalah perginya tunangnya malam-malam begini. Geram!

"Rifqi, kenapa?" Nenda Khaleedah menghampiri cucu kesayangannya.

"Qistina. Entah hilang ke mana. Dahlah majlis pagi tadi dia tak datang" Mendengus marah lagi. Rasa benci dengan apa yang sudah di lakukan tunangnya.

"Qis mungkin busy Rifqi. Kejap lagi calllah balik, mesti dia angkat." Tangannya mengusap perlahan rambut si cucu yang sudah panas membahang.

"Rifqi tak faham nenda, kenapa nenda paksa Rifqi dan Qis bertunang. Nenda tau kalau kami tak saling menyintai. Nenda, orang yang Qis cinta bukan Rifqi." Rifqi mengeluh.

"Kamu tau sebabnya Rifqi. Jangan berpura-pura tak tahu." Keras suara nenda Khaleeda tiba-tiba.

"Nenda, gelaran tak akan pernah menjaminkan kebahagian!"

"Sudah Rifqi. Kamu berdua sudah bertunang. Jangan di ungkit lagi benda yang nenda tak suka, yang sudah kamu jelas." Nenda Khaleeda sudah mula naik berang.

"Maaf nenda." Rifqi menarik nafas. Kesal kerana membuatkan nendanya marah.

"Sudahlah. Ni nenda nak tanya kamu, macam mana kamu kenal Ella?" Nenda Khaleeda mula menyiasat. 

"Rifqi cuma pernah jumpa dia sekali je pun." Jujur mengakui.

"Abis tu, macam mana telefon bimbit dia ada dengan kamu?" Soal nenda Khaleeda lagi. Curiga.

"Rifqi terlanggar dia sebelum ni. Telefon dia tercicir, Rifqi kutiplah. Ingat nak serahkan balik kat dia, tapi tak tahu nak kembalikan macam mana bila telefon tu dah tak boleh on." Panjang lebar dia menerangkan.

"Sebab tu kamu bawa telefon tu ke mana-mana pun?" 

"A'ah, kot-kot jumpa dia lagi. Berpapasan di jalan. Tak tahu pula Ella tu girlfriend Danish."

Rifqi sendiri tak percaya bila melihat Ella datang bersama Danish tadi. Dia memang berharap dapat bertemu dengan Ella lagi, tapi bukan dalam suasana seperti tadi.

"Nenda rasa ada yang tak kena dengan dua orang tu." Ujar Nenda Khaleeda.

"Maksud nenda?" Kerut dahi tak faham.

"Tak ada apa-apalah." 

Nenda Khaleeda menggelengkan kepalanya sambil senyum. Bertambah lebar senyumannya bila melihat nama Qistina terpampang di skrin telefon Rifqi yang sedang berbunyi.

"Kan nenda dah cakap, dia mesti call balik. Tunggu apa lagi, angkatlah." Menggesa cucunya menjawab panggilan tersebut secepat mungkin.

"Rifqi jawab kat bilik." 

Sengih sebelum laju mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Sekadar mengangkat tangannya pada Danish yang sedang laju turun tangga.

"Danish, nak ke mana?" Suara Nenda Khaleeda mematikan langkah Danish yang laju menuju ke pintu utama.

"Keluar, jumpa Ella. Maaflah nenda, Danish tak perasan nenda kat situ." Danish mengundurkan langkahnya, menuju semula ke ruang tamu.

"Dah lama ke hubungan kamu dengan Ella tu?" Sekali lagi Nenda Khaleeda memulakan sesi soal siasatnya.

"Baru lagi nenda." Senyum, pamer wajah bahagia.

"Pandai-pandai pilih teman hidup, jangan rosakkan nama baik keluarga." Mendalam kata-katanya.

"Okey nenda." 

Danish mengangguk, faham maksud nendanya. Nenda tak suka Ella!



Korang Comel Kalu Korang Like

3 comments:

chipChip92 said...

best!! teruskannnn lagi~~ HEHE :)

Amirah said...

teruskan...best giler...^_^

alfa syamimi said...

eleh si nenda ni. ada lagi la yang macam ni...uwek!