Jun 26, 2011

Bukan Cinderella [2]

Street!!

Fuh! Nasib baik sempat tekan brek skuternya. Kalau tak, free je masuk longkang nanti. Bila dah yakin skuternya selamat di letak kat situ, barulah dia menapak ke butik. Selang 5 buat kedai dari tempat skuter di parking tadi.

"Bilalah dapat beli ipod touch ni?" 

Macam biasa, Ella berhenti kejap di depan kedai telefon dan aksesori, tempat pertama yang dia tuju setiap kali pergi kerja. Berangan je lebih, entah tahun bila nak dapat benda alah tu. Beribu tu, mana  nak cekau duit? Duit makan pun cukup-cukup je.

Bukk!! Rasa macam dia terlanggar sesuatu bila berpaling tadi. Jatuh terduduk dia di situ.

"Cik okey?" 

Okey hotak kau! Rasa macam  terlanggar tiang je tadi. Apa badan kau di buat dari besi ke apa? Kepala  yang masih terasa sengal di angkat. Bersedia nak memaki orang yang langgar dia tadi. Terpampam sebentar.

'Gila handsome mamat ni.' Dalam hati je.

"Cik, okey tak ni?" Suara si mamat ensome kemeja biru cair kedengaran lagi. Dah macam irama lullaby dah kat telinga dia. Lentok habis beb.

"Okey, okey." Kepala yang sakit digosok. Tapi mata masih melekat di wajah lelaki di hadapannya. Indah sungguh ciptaan ALLAH.

"Betul okey?" Suara itu kedengaran lagi. Gila handsome mamat ni. Kalau delaykan dulu malu ni dan berkenalan dengan dia takpekan? Hahaha. Gatal!

"Ya, saya okey." Baru sedar diri kalau dia baru jatuh depan seorang lelaki kacak lagi bergaya. Eww, jatuh menjunam sahamnya di awal pagi ini.

"Tak cedera kat mana-mana?" Kot-kotlah perempuan ni putus fius kejap terlanggar kat bahu bahu dia tadi. Dahlah dari tadi asyek tengok muka dia je. Dia pulak yang naik seram.

"Ya, ya, ya.. Thanks." 

Entah terima kasih untuk apa. Cakap pun dah tak berapa betul dek penangan wajah kacak di depannya. Kerana takut "jatuh" dengan hatinya sekali, laju kakinya melangkah pergi. Meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga sendiri. 

"Perempuan tu betulkah okey?" 

Dahinya berkerut melihat Ella yang sudah menonong pergi. Macam pelik je minah ni. Geleng kepala tak faham. Dia menunduk, mengutip kotak yang terjatuh ketika berlanggar dengan perempuan tadi. Dan ketika itulah matanya menangkap sesuatu yang berwarna hitam di atas simen laluan pejalan kaki.

"Cik, handphone cik.. Hilang dah?" Gila laju minah tu lari. Kejap je dah lesap? 

"Macam mana nak pulangkan handphone dia?" Angkat bahu tak tahu sambil menggoyang-goyangkan keychain slipper kaca di handphone gadis tadi.

"Rifqi, cepatlah. Kita dah lambat ni." 

Suara seseorang melaung namanya membuatkan dia lupakan hasrat untuk mencari pemilik telefon tersebut. Masih ada masa.

"Coming!" 

'Glass Slipper hu?'

*******************

Ella mengusap-ngusap dahinya yang masih terasa sengal. Entah-entah tempurung kepalanya dah retak? Over bebenor imaginasinya. Kalau betul retak, memang sangat malanglah nasibnya hari ni. Dahlah jatuh terduduk depan mamat ensome. Nyesal tak minta nombor telefon mamat tu tadi.

"Assalammualaikum kak." 

Dia memberi salam sambil menolak pintu bilik butik. Menyapa kak Intan yang sedang kusyuk menyiapkan tempahan pelanggan.

"Hah, sampai pun kamu Ella. Tolong akak boleh?" Laju je tangan kak Intan menarik tangannya ke tengah butik.

"Tolong apa kak?" Rasa macam dah tercium sesuatu yang tak best sahaja. 

"Tolong hantar baju ni kat Hotel Raffelesia. Tadi customer call, kata tak dapat nak ambik sendiri. Ella tolong hantar boleh tak?" Kak Intan dah buat muka kesian. 

"Huh? Nak hantar pakai apa kak? Skuter saya tu?" Gila ah, mau hantar baju lip lap lip lap tahap glamour tak hengat ni naik skuter? Dia tak jamin baju yang harga beribu ini sampai dengan selamat ke hotel tu.

"Tak apa, Ella hantar guna kancil akak. Drive laju-laju pun tak apa, sebab baju ni kena sampai tepat pada waktunya." Kak Intan hulur kunci kereta kancilnya pada Ella.

"Balik nanti, saya nak nasi ayam sebungkus." Sengih, menagih upah. Padahal, kalau tak ada upah pun dia pasti akan tolong kak Intan juga. Kasihan pulak tengok teman sekerjanya itu terkejar-kejar membuat kerja.

"Set! Bilik 302 okey. Cepat sikit hantarnya, baju untuk majlis tunang ni." Kak Intan dah serah baju yang penuh labuci itu kepadanya.

"Beres bos." Salute pada Kak Intan sebelum mendapatkan kereta kancil Kak Intan yang di parkir di depan kedai.

**************

"Gila eh orang-orang kaya sekarang. Majlis bertunang pun gila punya grand, baik terus kahwin je." Menggeleng kepala tak percaya dengan apa yang dia lihat tadi. Mana taknya, majlis tunang pun kalah orang kampungnya buat majlis nikah. Siap book hotel segala. 

Dalam pada mengomel itu, dia sampai juga ke lot parking. Perlahan kakinya melangkah masuk ke kereta. Dia undurkan kereta kancil itu perlahan keluar parking. Ruang yang agak sempit sebenarnya untuk melakukan reverse di situ.

Dumm!!

Belakang kereta kancil Kak Intan selamat menghentam Toyota Harrier di belakangnya. O-M-G.

"Kau buta ke?" Takut-takut dia menghampiri lelaki yang sedang bercekak pinggang di tepi kereta yang baru menjadi mangsa skill memandunya.

"Maaflah encik, saya tak sengaja." Buat muka simpati. Masak, kereta kancil kak Intan..

"Habislah.. Apa nak jawab dengan kak Intan ni?" Ella dah tak keruan tengok "bontot" kancil Kak Intan yang dah kemek. 

"Hello? I'm the vinctim here's okey." Dia melupakan sekejap soal Kancil Kak Intan bila suara lelaki itu kedengaran keras. 

"Ni, kereta aku ni siapa yang nak tanggungjawab?" Saling berbalas pandang.

"Kereta encik calar sikit je. Tengoklah kereta saya ni, lagi kemek dari kereta encik." Mampus, janganlah  lelaki ni minta ganti rugi. Dia mana ada duit.

"Calar? Sikit? Aku tak kira, kau dah hentam kereta aku, kau kena bayar ganti rugi. Untuk setiap inci kerosakan yang kau dah buat."

"Tapi encik, saya mana ada duit." 

"Ada aku kesah? No." Sinis.

"Tapi encik.." 

Kata-katanya terhenti bila mendengar bunyi deringan telefon. Di rabanya poket seluar, tiada getaran. Bukan miliknya. Lagipun, tahun bila nokia 1110 boleh bernyany-nyanyi?

"Okey, kejap lagi Danish masuk." Lelaki di hadapannya itu menamatkan perbualan. Kembali mereka bertentangan mata.

'Oh, nama mamat kerek ni Danish..' Ella cebik bibir.

"Bak sini nombor telefon kau." Keras suaranya.

"Nak buat apa?" Takkan nak mengurat dia kot?

"Aku tak banyak masa nak di bazirkan dengar kau membebel di sini. So, bagi aku nombor kau untuk aku contact tuntut ganti rugi." 

"Err...." Meraba poket seluarnya sekali lagi. Baru teringat kalau dari dia tiba di butik tadi, dia tak perasan kalau handphonenya..

"Hilang.." Meraba lagi poket sebelah, masuk ke dalam kereta, menyelongkar begnya. Sah, handphonenya hilang.

"Banyak alasan betullah." Lelaki tadi menarik bahu Ella berhadapan dengannya.

Klik! Gambarnya selamat di snap dalam handphone si mamat kerek.

"Weh, kau buat apa tu?" Terkejut.

"Bukti. Supaya kau tak lari. You owe me this!" Jarinya di halakan ke badan keretanya sebelum melangkah meninggalkan Ella.

"Weh, delete gambar aku tu!" Lantang suara Ella, namun tidak di endahkan oleh si mamat kerek.

"Aish.." Mengeluh. Jatuh terduduk dia di tepi kancil Kak Intan yang sudah kemek belakangnya.

"Apalah malangnya nasib aku asyik berlanggar aje hari ni.." Mata di pejam, terbayang muka Kak Intan. Mampus!

**************

"Berangan!" Satu suara menegurnya di belakang berserta pukulan kuat di bahunya.

"Kak Intan! Bahu saya juga dia buat punch bag." Gila pedih kulit di bahu. Nak sentaplah macam ni.

"Fikir apa tu?" Kak Intan ambik tempat di sebelahnya. Duduk sambil minum kopi secawan.

"Nak cari lelaki kaya yang boleh tanggung yuran pengajian saya. Duit simpanan saya dah habis bayar baiki kereta akak hari tu." Sengih. Nasib baik mamat kerek tu tak datang cari dia. Kalau tak, memang dia terpaksa pinjam kat Along kot. Huhuhuhu..

"Aish, mengada! Itulah, akak cakap bayar ansuran, Ella tak nak" Gelak dalam simpati. 

"Tak pelah, saya tak nak berhutang ni. Takut mati tak sempat bayar." Gelak kecil. Lagipun memang salahnya pun.

"Tak menyesal ke nanti?" 

"Biarlah.. Kalau ada lelaki yang boleh bagi saya duit, saya gamble je hidup saya dengan dia nanti." Ella tarik nafas. Bertahun dia pendamkan cita-cita di dada dan dia sudah penat berharap.

"Siapa-siapa sahaja?" Kak Intan soal tak percaya. 

"Yup. Sapa-sapa sahaja." Gelak. Tak bersungguh pun sebenarnya.

"Assalammualaikum.."

Mati bicara keduanya. Terteleng laju kepala mereka ke pintu. Ke arah lelaki yang sedang berdiri di muka pintu.

'O-M-G!' Mamat ni lagi. 

*****************
Going to somewhere, dun miss me k =) Balik nanti saya update lagi. Hidup baik-baik semuanya!



Korang Comel Kalu Korang Like

5 comments:

cactaceous opuntia said...

haha...ni danish ke mamat hensem tu hero..awak..boleh x tlg kami buang word verification?susa la nk komen...huu

Anonymous said...

smbung2.......
xsbar nie nk tau pe cternye...hehehe
..pepe pn best...hehe

Anonymous said...

Siapalah mamat yang datang ni erk? Rifqi ke Danish? Cik Gadis, jnganlah bercuti lama sngat, smbunglah cepat2 =)

AfHaiqal said...

cik gadis mmg suke adengan gaduh2 ek.. hehehe cam Ayyien ngan Akif.... ni plak danish ngan Ella.. mesti sweet punyalah... cepat2 sambung.... x sabar nih.

sai said...

nice!! kasut kaca jadi keychain selipar.. hehehe,,