Jun 26, 2011

Bukan Cinderella [1]

“Akhirnya Cinderella yang baik hati itu bertemu juga dengan putera idamannya. Mereka berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Tamat..” Ella senyum, menutup buku cerita di tangannya.

“Mama, Cinderella tu cantik tak?” Mia, anak gadisnya yang baru berusia 8 tahun itu bertanya petah.

“Cantik sangat. Tapi, puteri Mama lagi cantik.” Menguis hidung anaknya manja. Mengekeh anaknya kesukaan.

“Dan, Sindarella abang lagi cantik dari mana-mana semua Cinderella di dunia ini.” Suara suaminya kedengaran dari muka pintu. Masih dengan pakaian pejabatnya. Ella senyum mendengar kata-kata suaminya.

“Papa!” Mia bangun, melompat ke dalam pelukan ayahnya. Mencium pipi ayahnya bertubi-tubi.

“Mama cerita apa kat Mia tadi?” Tanya suaminya sambil meletak kembali anak mereka di atas katil.

“Cinderella.” Mia senyum. Nyata terhibur dengan cerita yang baru mamanya bacakan tadi.

“Best tak?” Tangannya mengusap rambut lebat anaknya.

“Best! Tapi papa, macam mana papa jumpa dengan mama? Macam Cinderella dengan putera dia juga ke?” Mia kerut dahi, tertanya-tanya.

“Nope. Mama cari papa..” Senyum pada isterinya yang mengangguk setuju.

“Tapi, kan putera yang cari Cinderella. Bukan Cinderella yang cari putera.” Mia menggeleng tak faham.

“Sebabnya, Mama Mia ni bukan Cinderella.” Suaminya tersenyum, dan Ella mengangguk setuju.

‘Benar, aku bukan Cinderella!’

*****************
“Sindarella!”

Huh! Awal-awal pagi lagi dah mengilai macam langsuir. Macamlah aku ni jauh sebatu dari dia. Kotnya aku kat seberang tambak sana iyelah nak jerit-jerit macam tu. Merungut, kerja di dapur terpaksa di tinggalkan.

“Ada apa auntie?”

Dia dah berdiri depan Puan Maznah, ibu tirinya yang tengah berdiri di muka pintu bilik tidurnya. Dengan muka penuh masker, hijau pulak tu, bonus suara macam Pontianak mengilai, memang lepaslah kalau pergi audition jadi hantu. Sesuai benar.

“Mana baju yang aku suruh gosok tadi?” Puan Maznah berdiri bercekak pinggang.

“Kan saya dah letak kat bilik auntie tadi.” Benda sekecik tu pun nak panggil aku.

“Tak ada pun.” Juih bibir.

“Kalau tak ada, carilah sendiri. Baju auntie kan, bukannya baju saya.”

Selamba sebelum kembali ke dapur. Meninggalkan Puan Maznah yang terkebil-kebil sendiri.

“Sindarella!” Lantang suaranya memanggil anak tirinya.

“Saya taulah nama saya Sinderella, tak payah nak jerit banyak kali.”

Suaranya juga kuat membalas jeritan ibu tirinya yang sudah menyinga. Huh! Bajet aku takutlah tu dengan suara dia tu.

Sindarella, itu nama yang arwah Mama bagi kat aku. Sebab obsess sangat dengan cerita tu, aku yang jadi mangsa. Bila pertama kali mama bacakan cerita Cinderella tu kat aku, benda pertama yang melintas dalam fikiran aku:

“Aku tak akan selemah Cinderella yang menunggu putera impiannya datang selamatkan dia!”

Siapa yang nak di buli setiap waktu macam Cinderella tu? Orang bodoh je yang nak. Daripada aku tunggu putera impian entah dari negara atas angin mana nak datang selamatkan aku, lebih baik aku selamatkan diri sendiri. Kalau dia terlambat, aku juga yang merana. Entah-entah dia pun tak tau aku ada kat sini.

Lagi haru, selepas kematian arwah mama, abah kahwin lagi. Dengan makcik entah dia jumpa kat mana. Tiba-tiba je abah pulang petang tu dan cakap nak kahwin dengan janda anak satu. Kalau cinderella ada dua orang kakak tiri yang jahat, dia okey sikit sebab kakak tirinya cuma seorang.

"Ella!" Hah, itulah suara kakak tiri aku yang super duper menyakitkan telinga tu.

"Nak apa?" Takkan kau pun tak jumpa baju juga? Tapi tak mungkin kot, sebab aku bukannya ada iron baju dia hari ni.

"Bak sini kunci skuter kau. Aku nak guna." Selamba Maisara menuturkan ayat itu.

"Hah? Kereta kau mana?" 

Beza umur mereka cuma 2 tahun, tak ada maknanya dia nak panggil kakak segala. Rasa macam nak tergeliat lidah kalau sebut perkataan tu.

"Masuk bengkel. Dah, tak payah banyak soal, bagi aku kunci skuter kau."

"Abes tu, aku nak gi kerja naik apa?" Macam benganglah pulak kena arah-arah macam ni.

"Naik teksi, tak pun bas. Baskan belambak kat luar tu." Sinis.

"Oh? So, apa kata kau yang naik bas? Sebab, yang rosak tu kereta kau, bukan aku. Jangan risau, bas belambak kat luar tu, kau takkan lambat pergi kerja." Sengih, mangkuk besar berisi bihun di letaknya atas meja.

"Kau.." Geram.

"Perempuan baik. Thanks. Now move, aku nak breakfast. Kau patutnya breakfast juga, kalau tak kau mungkin akan tertinggal bas." Senyum sinis, menolak tubuh Maisara ke tepi. Menarik kerusi meja makan selamba.

"Aku bagi tahu kat Mummy." Mengugut.

"Silakan." Macamlah aku takut.

"Eeee.!!!" Maisara meninggalkan dapur dengan perasan sebal. Kakinya di hentak-hentak ke lantai.

"Bismillahirrahmannirrahim.." Ella menyuap bihun masuk mulut tanpa rasa bersalah.

**************
P/S: Kira aci K, Citer baru tuk ganti Citer Akif & Zuyyin. Okey? =)


Korang Comel Kalu Korang Like

7 comments:

Nur Afie said...

nak akif and zuyyin lagi ! ;'(

cactaceous opuntia said...

haha...gud...i like this sindarella...err///yg ni nk publish jd buku gak ke?

Anonymous said...

tp cite akif & zuyyin jugak lagi bez..

daney said...

x aci!!!!

Anonymous said...

nk akif ngan zuyyin lgi.. x aci laa camnee.. tlg erk...

Kamy said...

baru nk mnje2 je dgn novel ni! hope best! HAHAHA!! sure best pnye :D

Anonymous said...

rindu kat kikif n yeyen...!~ T_T