Masih
awal benar ketika Taja kembali ke rumah. Semalam ,dia menumpang bermalam di
rumah Edika. Mujur sahaja, Edika yang sebatang kara dan tinggal seorang itu
tidak kisah bila dia menyuarakan hasrat untuk tinggal bersama. Edika cuma tidak
bersetuju bila dia kata ingin membantu Mawar. Bagi Edika, cerita Mawar itu
tidak masuk akal. Dunia masa depan? Itu semua karut!
Tapi
bila Taja menyoal dia tentang keanehan bahasa dan pertuturan Mawar, Edika
terdiam. Menurut Edika, memang gaya bahasa Mawar itu kedengaran janggal di
telinga, malah cara Mawar berpakaian ketika mereka menemukan Mawar juga
kelihatan aneh di matanya, tapi itu tidak membuktikan kalau dunia masa depan
seperti yang didakwa Mawar itu wujud.
Di pihak Taja pula, jika Mawar bilang begitu maka Taja memilih untuk mempercayai Mawar.
Namun bukan dengan mempercayai secara membabi buta. Taja mempercayai Mawar
kerana jaminan yang Mawar beri. Orang yang cetek ilmu sekalipun tidak akan
berani bersumpah dengan nama ALLAH. Maka sebab itulah, Taja memilih untuk
beranggapan baik dengan Mawar.
Taja
mendaki tangga, terus menuju ke dapur ingin menyapa ibunya. Tapi Ibu Halimah
tiada di dapur. Dapur kayu itu kosong.
“Eh,
Taja. Baru sampai?” Mawar muncul dari belakang rumah. Ditangannya ada cerek
hitam yang selalu diguna ibunya untuk menjerang air.
“Ibu ke mana?” Tanya Taja masih berdiri di
tempat yang sama.
Jika
Ibu tiada di rumah, Taja ingat dia ingin turun ke laman. Tidak elok
berdua-duaan dengan Mawar. Lagi-lagi dalam keadaan Mawar yang begitu. Kain batiknya
disinsing hingga ke betis, menyerlahkan sebahagian kakinya yang putih melepak.
“Ibu
Halimah kata, dia ke kebun kejap. Nak petik sayur.”
“Apa
ibu yang meminta Mawar menjerang air?” Tanya Taja. Melihat Mawar yang sesekali
berkerut dahi itu, Taja tahu kalau lukanya yang belum sembuh benar itu pasti terasa
sakit.
“Eh,
taklah. Saya yang nak buat sendiri. Saya nak mandi tadi, tapi air perigi tu
sejuk. Saya tak tahan sejuk, sebab tu saya ingat nak jerang air dulu.” Terang
Mawar laju.
“Kenapa
tidak minta ibu sahaja yang jerangkan airnya? Luka Mawar kan sembuh benar.” Ujar
Taja. Mawar kelihatan pucat, dahinya berpeluh.
“Saya
yang nak guna, Taja. Jadi, biar saya yang buat. Lagipun, bukan susah nak jerang
air.”
Mawar
bergerak ke tepi dapur kayu. Duduk bertinggung dia memerhatikan dapur kuno
kepunyaan Ibu Halimah. Baki puntung kayu api semalam di kuis-kuisnya dengan
batang kayu. Cuba mengingati kembali cara-cara menghidupkan api yang dia belajar
sewaktu perkhemahan Pengakap dulu. Alah, masih ada bara. Dia hanya perlu kumpul
arang-arang yang ada untuk di jadikan bahan bakar nanti.
Nasib
baik masih ada bara lagi. Kalau tak ada, nak hidupkan api macam mana? Rumah Taja
ada minyak tanah ke? Ada mancis? Tak ada kut..
Taja
yang berniat ingin berlalu mematikan hasrat bila melihat Mawar seperti
terkial-kial. Mana mungkin gadis dari masa depan seperti Mawar boleh
menghidupkan api dengan cara primitif seperti orang di zamannya. Sedangkan
kapal sahaja pun sudah boleh terbang di dunia Mawar, mana mungkin mereka masih
menggunakan cara kuno ini untuk menghidupkan api.
Taja
baru ingin menghampiri Mawar, membantu gadis itu menghidupkan api. Tapi Taja
menghentikan langkahnya. Dia berdiri beberapa langkah di belakang Mawar, berniat
untuk memerhatikan dahulu Mawar dan hanya akan menghulurkan bantuan jika Mawar
memerlukannya.
Mawar
mengumpul baki bara api semalam, di tiup menggunakan batang buluh. Bila sudah
ada sedikit api dari bara tadi, di susunnya puntung-puntung arang yang ada
sebelum kayu api yang lebih besar di letak di atas arang. Kipas nipah dicapai,
dikibarnya sedikit kuat hingga api semakin marak dan membakar kayu api yang
paling atas. Cerek berisi air tadi diletak di atas besi yang di letak
melintang.
Selesai
kerjanya, Mawar bangkit. Terasa ngilu rusuk kanannya bila bangkit tiba-tiba
tadi. Rasanya seperti terkena kejutan elektrik sahaja. Dengan sakit kepala,
badannya yang masih terasa panas, Mawar terasa ingin kembali berbaring sahaja. Ah,
sakit!
“Kenapa?”
Tanya Mawar.
Taja
dilihatnya memandang pelik cerek air yang baru dia jerang tadi. Kenapa? Cerek tu
tak boleh buat jerang air ke?
“Tidak
ada apa.” Taja menggeleng. Dia beredar ke ruang depan.
Taja
ingin bertanya sebenarnya macam mana Mawar tahu cara menghidupkan api seperti
orang dalam zamannya? Taja juga ingin tanya, apakah di dunia Mawar yang
kapalnya sudah boleh terbang itu, mereka masih menggunakan cara di zamannya
untuk menghidupkan api?
Tapi Taja tidak jadi bertanya. Bimbang Mawar berkecil hati jika dia bertanya itu ini tentang tempat asal Mawar. Tempat asal yang masih menjadi misteri dan kewujudunnya yang masih menjadi tanda tanya padanya.
“Tutup
pintu Mawar, kita ingin menyusul ibu di kebun. Jangan buka pintu selagi kita
dan ibu belum pulang.” Sempat Taja berpesan pada Mawar sebelum dia hilang di
balik pintu utama.
“Okey.”
Mawar mengangguk dalam senyuman. Dia berpaling,
melihat cerek yang dia jerang tadi. Airnya sudah hampir mendidih.
Sebenarnya,
apa yang mengganggu fikiran Taja tadi?
*******************
Dari
jauh lagi, Ibu Halimah sudah tersenyum melihat Taja.
“Assalammualaikum,
ibu.” Taja menghampiri, tangan ibunya di salam. Kedua belah pipi ibunya, Taja
kucup.
“Waalaikumussalam.
Lena tidurnya semalam, nak?” Ibu Halimah menepuk perlahan bahu anak terunanya.
Perlakuan Taja itu sangat menyenangkan hatinya.
Taja,
guru silat yang di geruni oleh anak muridnya ketika di gelanggang. Namun bila
bersama ibunya, dia kembali menjadi anak yang sangat manis kepada orang tuanya.
Ibu Halimah selalu merasakan kalau dia sangat berbangga punya anak seperti
Taja. Manis, selalu berbakti kepada orang tuanya, malah seorang yang taat pada
agama.
Sayang
sahaja, hati anak terunanya belum terbuka untuk berumah tangga. Sedangkan dia,
sebagai seorang ibu ingin benar melihat Taja berkahwin. Dia tidak akan hidup
selamanya untuk menemani Taja hingga ke tua.
“Alhamdulillah,
lena bu.” Taja senyum.
Dia
melirik kearah bakul rotan ibunya. Ada ubi manis, jagung, dan beberapa ikat
pucuk sayur. Selalunya, jika Ibu Halimah memetik sayur dan mencabut ubi dalam
jumlah yang banyak begitu, dia yang akan ke pasar untuk menjualnya. Hidup mereka
bergantung pada hasil tani, dan hasil laut. Tapi Taja tidak sering ke laut, dia
bimbang meninggalkan ibunya sendirian di rumah. Taja selalunya mengambil upah
membuat atau membaiki rumah penduduk kampung.
“Ini
apa, ibu?” Taja tunduk.
Di
salah satu bakul rotan ibunya, ada beberapa jenis akar kayu, daun–daun malah
pucuk kayu hutan. Dia tahu ibunya bidan kampung ini, tapi dia tidka dengar pula
ada orang melahirkan anak semalam atau beberapa hari lepas.
“Ubat
untuk Mawar. Semalam, tidurnya tidak lena. Hingga ke subuh dia meracau dalam
tidur, mungkin disebabkan oleh badannya yang panas.”
Semalam,
lenanya terganggu bila Mawar tiba-tiba sahaja menjerit dari bilik sebelah. Tergesa-gesa
dia mendapatkan Mawar bila jeritan itu sudah bertukar dengan tangisan. Berulang
kali dia mengejutkan Mawar, namun Mawar tidak juga jaga. Bila tangannya melekap
di dahi Mawar, terasa benar panasnya yang membahang. Mujur sahaja, panas badan
Mawar turun beberapa ketika selepas dia menuam dahi Mawar dengan daun Bunga
Raya yang diramas halus. Alhamdulillah, menjelang subuh, demam Mawar semakin kebah.
“Mawar
meracau dalam tidur?” Taja mengerutkan dahi.
Seingatnya,
sewaktu Mawar bertarung antara hidup dan matinya kerana kehilangan banyak darah
akibat luka beberapa hari yang lepas, Mawar tidak meracau. Mawar hanya tidur,
kaku seperti mayat hidup. Kenapa Mawar meracau agaknya? Apa yang bertandang
dalam tidur Mawar, yang mengganggu lenanya?
“Iya.
Ibu tidak pasti benar yang Mawar racaukan, ibu kurang faham bahasa yang Mawar
tuturkan.” Terang Ibu Halimah.
“Tapi
ibu ingat, Mawar ada menyebut nama seseorang.” Tambah Ibu Halimah.
Semalam,
ketika Mawar meracau dia perasan Mawar ada menyebut nama seseorang. Mawar
meminta orang itu supaya lari dan jangan sampai tertangkap. Siapa orang itu,
tidak pula Mawar menyebutnya.
“Siapa,
ibu? Nama siapa yang Mawar sebut?”
“Mayesa.
Jika ibu tidak silap, namanya Mayesa. Mawar menyuruh supaya Mayesa itu lari,
jangan sampai tertangkap.”
Taja
mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata ibunya.
Mayesa?
Siapa Mayesa? Adakah Mayesa itu sebenarnya adalah Mawar? Tapi jika Mawar adalah
Mayesa, kenapa Mawar meminta dia lari? Dan kenapa Mayesa perlu lari? Siapa yang
mengejar Mayesa, yang ingin menangkap Mayesa?
“Mawar
ada pernah cerita pada Taja tentang Mayesa?” Tanya Ibu Halimah bila melihat
Taja diam.
“Tidak
ada ibu.” Taja menggeleng. Dia pun baru mendengar nama itu pagi ini, bukan dari
mulut Mawar tapi mulut ibunya.
“Kasihan
sungguh ibu melihat Mawar semalam.” Ibu Halimah mengeluh.
Luluh
hatinya melihat Mawar yang menangis teresak-esak. Luruh naluri keibuannya bila
mendengar Mawar merintih meminta tolong, memohon simpati dalam esak tangis. Airmata
Mawar umpama air hujan yang jatuh ke pipi.
Taja
memeluk bahu ibunya, menggosok perlahan lengan ibunya. Taja tahu kenapa ibunya
berperasaan begitu. Adiknya Anom, meninggal beberapa tahun yang lepas kerana
dipatuk ular. Jika Arwah Anom masih hidup, dia pasti sebaya Mawar.
“Pasti
ibu Mawar merindukan anak gadisnya.” Ibu Halimah mengesat airmata yang ingin
mengalir. Tidak mahu jika Taja melihat airmatanya. Dia tidak mahu Taja ikut
bersedih.
“Tidak
apa bu, kita akan bantu Mawar hingga dia bisa kembali ke dunia masa depannya.
InsyaALLAH.” Taja senyum, menyedapkan hati tua ibunya dengan kata-katanya.
Ibu
Halimah menepuk perlahan bahu Taja, mengangguk. Tangannya diletak di pipi Taja,
mengusap perlahan pipi Taja sambil tersenyum.
“Ibu
tidak tahu apa jadi pada ibu, jika ibu tidak punya kamu, Taja.” Ujar Ibu
Halimah beremosi.
Taja
membalas senyuman ibunya, menarik tangan ibunya di pipi dan lalu dibawa ke bibir. Dikucup tangan ibunya. Kasihnya dia pada ibunya, hanya ALLAH yang tahu. Sejak ayah dan
adiknya meninggal, hanya mereka berdua yang tinggal. Saling bergantung harap
dan berkongsi segala susah dan senang.
“Ayuh
bu, kita pulang. Matahari sudah tinggi, Taja harus ke pasar menjual dagangan
ibu.” Taja mengangkat bakul rotan berisi ubi; jagung dan sayur, di pikulnya di
bahu. Bakul berisi daun-daun ubatan untuk Mawar pula di jinjitnya sahaja.
“Ayuh.”
Ibu Halimah mengangguk. Bakul rotan di tangan Taja di ambil.
“Ini,
biar ibu yang bawa.” Ibu Halimah mula melangkah, meninggalkan kawasan
kebunnya yang tidak sebesar mana.
Taja
senyum. Dia ikut melangkah, menyaingi langkah ibunya. Sesekali mereka berbual,
bergelak ketawa dan saling mengusik seperti pasangan kekasih. Namun fikiran
Taja masih menerawang, cuba mencari jawapan dan perkaitan.
Siapa
Mayesa? Apa hubungan Mawar dengan dia?
Balik
nanti, Taja ingin bertanyakan hal itu kepada Mawar. Mungkin, ini titik kepada
permulaan dalam pencarian mereka untuk membantu Mawar pulang ke dunia masa
depannya.
*******************
Mawar
mengetap bibir. Peluh dingin memercik dari dahinya. Balutan kain yang melilit
di badan dan bahunya di buka perlahan-lahan, terasa ngilu.
“Ah,
sakit!” Makin kuat bibirya di ketap. Terasa mencucuk sakitnya bila Mawar
tersalah sentuh tadi. Seberapa terukkah lukanya hingga dia rasa sakit begini?
“Nasib
baik, aku hidup lagi.” Mawar beristighfar dalam hati sebaik melihat lukanya
bila semua balutan kain itu sudah dibuka.
Lukanya
hampir tiga inci dalamnya. Hampir sejengkal panjangnya. Nasib baik tidak tembus
hingga ke belakang. Nasib baik juga, tidak mencederakan mana-mana organ
dalamannya. Kalau luka itu terkena jantungnya, mungkin sudah lama dia arwah.
Ibu
Halimah kata, dia kehilangan banyak darah hari tu. Dia dalam keadaan
nyawa-nyawa ikan sewaktu Taja dan Edika membawa dia pulang ke rumah. Dia berlumuran
darah, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mujur sahaja Taja dan Edika
yang sedang membuat rondaan di sekitar kampung terjumpa dia. Kalau tak? Membusuklah
dia hingga mereput di kaki bukit sana.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dia masih bernafas hingga ke hari ini.
Air
bercampur garam di dalam bekas ditarik, biar rapat dengan dia. Kain bersih
untuk membalut luka juga diletak di sebelah bekas air tadi. Jarinya dicelup,
memastikan kalau air garam yang tadinya panas sudah turun suhunya.
Sedikit hangat. Tapi, kira okeylah.
Kain yang berlipat di celup masuk ke dalam air garam. Diperah, dan perlahan di
lekap di
lukanya.
lukanya.
“Ahh..”
Menyeringai Mawar bila air yang sedikit hangat bercampur garam itu menyentuh
luka. Sedikit pedih.
Mujur
sahaja, lukanya semakin kering. Kalau bukan sebab akar-akar kayu yang Ibu
Halimah letak, jangan haraplah luka sedalam itu akan kering dalam masa beberapa
hari. Pasti sakitnya lagi teruk berbanding sekarang jika dia mencuci lukanya
dengan air garam dengan keadaan luka yang masih baru.
“Tahan
Mawar, tahan.” Mawar mengetap bibir, cuba memberikan semangat pada diri
sendiri.
Jika
tidak memikirkan kemungkinan lukanya itu akan dijangkiti kuman, tidak ingin dia
menanggung sakit begini. Tapi, adalah baiknya dia membersihkan lukanya setiap
hari dengan cara begini daripada kelak luka itu dijangkiti kuman. Bernanah dan
berdarah kembali. Eh, tak nak dia!
“Aku
bet, luka ni mesti akan tinggal parut.” Mawar mengusap perlahan lukanya yang
sudah kembali berbalut.
Tanpa
jahitan, luka sebesar itu mungkin akan memakan masa yang lama untuk sembuh. Ia juga
pastinya akan meninggalkan parut besar di badannya. It’s okey, yang penting aku
hidup lagi. Lagipun, jika dia mahu, di dunia masa depannya sana, parut begini bukanlah
satu masalah yang besar. Orang nak muka baru pun boleh buat, inikan setakat nak
buang parut.
“Tapi,
macam mana aku boleh luka sampai macam ni sekali?” Sekali lagi, Mawar meraba
tempat lukanya.
Ini
bukan luka terkena tembakan. Kalau ini luka tembakan, mesti Ibu Halimah ada
jumpa peluru ketika merawat dia dulu. Tapi, Ibu Halimah tidak jumpa apa-apa.
Lagipun, lukanya panjang. Seperti dicantas dengan sesuatu.
“Dicantas?” Gila, ingat badan aku ni rumput ke nak main cantas-cantas?
But wait, ada orang nak bunuh aku ke? Eh, takkanlah. Takkanlah ada orang nak bunuh aku kut? Atau pun, ada penculik culik dia kemudian minta wang tebusan. Bila keluarga dia tak nak bagi, penculik tu cuba nak bunuh dia. Kemudian, dia lari dan cedera. Begitu?
But wait, ada orang nak bunuh aku ke? Eh, takkanlah. Takkanlah ada orang nak bunuh aku kut? Atau pun, ada penculik culik dia kemudian minta wang tebusan. Bila keluarga dia tak nak bagi, penculik tu cuba nak bunuh dia. Kemudian, dia lari dan cedera. Begitu?
Ah,
mustahil! Mawar tak rasa dia cukup kaya di dunia masa depannya hingga dia
menjadi mangsa culik.
“Tapi,
siapa perempuan tu? Kenapa lelaki-lelaki tu kejar dia?” Mawar teringat mimpinya
semalam.
Dalam
mimpinya, dia melihat seorang perempuan di kejar oleh beberapa orang lelaki. Dia
tidak kenal siapa perempuan itu, wajahnya samar-samar. Wajah lelaki-lelaki yang
mengejarnya juga samar. Dia ingat, dia seolah berdiri di tepi jalan raya dan
memerhatikan lelaki-lelaki itu mengejar perempuan tersebut.
Dia
cuba membantu, tapi kakinya seperti melekat di tanah. Tidak boleh bergerak
langsung. Akhirnya, dia hanya menangis bila melihat perempuan itu jatuh dan
lelaki-lelaki itu berjaya menangkapnya. Sebaik lelaki-lelaki itu berjaya
menangkap perempuan tersebut, pipinya ditampar bertalu-talu. Dia menjerit
meminta tolong, tapi tiada siapa yang mendengar jeritannya. Malah,
lelaki-lelaki itu juga seolah tidak sedar akan kewujudannya.
“Kenapa
aku emosi tengok perempuan tu. Apa kaitan mimpi aku semalam dengan punca aku berada kat sini?” Mawar menggigit hujung baju kurung.
Dia
buntu mencari jalan keluar kepada masalahnya. Dia tahu pasti ada sesuatu pada
mimpinya semalam. Ia bukan sekadar mimpi, ia lebih kepada ‘déjà vu’ baginya. Seolah
dia pernah menyaksikan kejadian itu. Tapi di mana? Bila?
“Ah..
Rumitnya.” Mawar mengeluh.
Dia
menarik kedua belah kakinya rapat ke dada. Kepalanya menyentuh lutut. Beberapa titis
airmata jatuh di pipi. Sesaat kemudian, dia menangis teresak-esak untuk
kesekian kalinya.
‘Aku mau pulang..'
***********************
3 comments:
cian kt mawar..arap taja dapat mbntu..
Lain dr yg lain.... X sabar nk bc next n3...
Sambung cepat ni, suka baca.
Post a Comment