Ella menyudahkan solatnya, menyidai telekungnya di ampaian tempat biasa. Dia ada masa 10 minit lagi untuk bersiap sebelum Danish datang mengambilnya.
“Ella!”
Ella yang sedang membetulkan letak tudung di kepala mengeluh. Mau apa lagi Auntie Maznah ni.
“Ye?” Dengan malas dia membalas panggilan ibu tirinya.
Muka monyok Auntie Maznah yang berdiri di hadapan pintu biliknya betul-betul menyebalkan hati.
“Duit sewa rumah mana?” Tangan di tadah,tepat-tepat di hadapan muka anak tirinya.
“Kan Ella dah bagi kat Sara semalam.”
“Bila masa kau bagi aku? Tak ada pun.” Maisara yang muncul dari dapur menyangkal kata-katanya.
“Kau jangan nak mengadalah Sara, kan aku dah bagi duit tu kat kau semalam.”
Lantang suara Ella, menepis rasa tidak sedap hati di dadanya. Rasa macam dah boleh agak apa yang sedang terjadi.
“Kau pun jangan nak mengada, aku tak ingat pun kau ada bagi duit tu kat aku. Kalau ada, mesti aku dah bagi kat mummy.” Ujar Sara selamba. Suaranya sinis membalas kata-kata adik tirinya.
“Kau dah guna duit tu ke?”
“Jangan nak tuduh-tuduh orang. Kau tu yang tak bagi duit lagi kat mummy nak tuduh orang songlap pulak duit tu. Huh!” Mencebik Sara dengan tuduhan Ella.
“Sara, akukan..”
“Dah, dah! Korang berdua jangan nak buat drama kat sini. Hah Ella, mana duitnya?” Garang suara auntie Maznah, tangannya di tadah menunggu Ella menyerahkan duit sewa rumah untuk bulan ini. Tuan rumah dah datang minta pun siang tadi.
“Ella dah bagi duit tu..” Lemah suara Ella. Sekali lagi, Sara tak jujur dengan dia. Sara pasti dah ambik duit tu!
“Kan Sara dah kata tak ada. Ini tak lain nak mengelatlah ni.” Auntie Maznah bersuara geram.
Kalau di ikutkan hatinya, ingin sahaja dia mempiat-piat telinga Ella. Tapi di batalkan niatnya bila mengenangkan kalau Ella itu bukanlah lawannya. Ella itu bukan Cinderella lembik yang boleh di perintah sesuka hati. Tapi, sekuat mana pun Ella, ada juga kelemahannya.
“Ella dah bagi duit kat Sara semalam, kalau Sara kata tak ada, maknanya tak adalah. Ella tak akan bagi duit tu tuk kedua kalinya.” Tegas.
Memang Ella dah bagi, dan dia tahu kalau Sara berbohong pada dia dan mummynya. Sara, si kakak tirinya yang punya lidah bercabang.
“Tak nak bagi? Okey, kita tengok apa yang akan jadi kalau kau tak nak bagi duit tu.” Auntie Maznah menjeling Maisara, menghantar isyarat.
Maisara yang seolah faham dengan makna jelingan ibunya bangun menuju ke bilik sebelum keluar dengan kotak besar di tangan.
“Auntie nak buat apa dengan barang-barang mama Ella?!” Keras suara Ella bila melihat Auntie Maznah mengeluarkan sepasang kasut berwarna putih. Itu milik mama!
“Entahlah. Kau rasa, kita patut buat apa? Buang atau bakar?” Dengan senyuman jahat di bibir Auntie Maznah bertanya. Ella, dia tak pernah kebal bila ia melibatkan “mama” dan “ayah”nya.
“Auntie tak boleh buat macam tu! itu barang-barang mama Ella!” Ujar Ella, sambil cuba merampas kotak di tangan Maisara.
“Siapa cakap aku tak boleh buat? Sara, pergi ambil mancis kat dapur.” Ujar Auntie Maznah tanpa rasa bersalah.
“Tunggu! Ella.. bagi duit tu..” Dengan mata terpejam, Ella mengeluarkan duit dari beg tangannya. Duit yang sepatutnya dia masukkan dalam akaun untuk membiayai pengajiannya nanti.
“Kalau dari awal tadi kau bagi, tak adalah air mata kau ni mengalir. Aku ingatkan kau ni kebal sangat.” Kasar Auntie Maznah merampas gulungan duit not seratus yang ada lima keping itu dari tangan Ella. Dengan senyuman lebar dia menuju ke bilik, meninggalkan Ella menahan sebak di dada.
“Bagi balik barang mama Ella!” Sekali lagi Ella cuba merampas kotak itu dari tangan Sara, tapi lagi sekali dia tak berjaya.
“Kau fikir, aku bodoh nak bagi kau barang mak kau ni? Jangan harap Ella.” Ujar Sara sinis.
Menyakiti Ella adalah perkara yang buat Maisara gembira tahap maksima. Duit dia dapat, tengok airmata Ella pun dia dapat. Bukankah itu hal yang paling membahagiakan di dunia? Hahaha!
“Kau dan mak kau, sama sahaja!” Naik turun dada Ella menahan sakit hati.
“Ada aku kisah? Sorrylah Ella, aku tak terasa dengan kata-kata kau tu.” Haha.
Berdekah-dekah tawa Sara, membuatkan hati Ella bertambah sakit. Apatah lagi dia cuma mampu berdiri di situ, memerhatikan Sara meninggalkannya dengan kotak barangan mamanya tanpa mampu membuat apa-apa.
“Aku tak akan biarkan kau ketawa selamanya Sara.” Ella menyapu air mata di pipi.
*********
“Hai.” Senyum sambil tersengih. Pintu kereta di rapatkan.
“Assalammualaikum..” Senyum, perli dan sinis. Handbreak di lepaskan.
“Oh.. Waalaikumussalam.” Terasa. Cebik bibir. Seatbealt di tarik kasar. Refleksnya bila melihat senyuman sinis orang di sebelahnya.
“Kau tak habis bayar lagi kerosakan kereta aku hari tu, so jangan nak mengada nak buat kerosakan baru pulak. Duit kau dalam bank bukannya berjuta nak ganti seatbealt tu kalau putus.” Danish perli straight tak ada corner-corner.
“Taulah!” Geram. Pandangannya di lemparkan keluar tingkap.
“Tau apa?” Ella di kerlingnya sekilas dengan mata tunak ke jalan raya. Tersenyum dalam diam Danish bila teringatkan nama Ella, Sindarella… Haha.
“Macam mana kau kenal Rifqi?” Tiba-tiba menluncur soalan itu dari bibir Danish, tanpa menunggu Ella menjawab soalannya tadi.
“Siapa Rifqi?” Laju Ella teleng kepala ke sebelah. Tepat-tepat ke arah wajah Danish, dengan kerutan di dahi. Rifqi? Rasanya dia belum mengenali siapa-siapa yang punya nama Rifqi selama ni.
“Aik, takkan kau dah lupa kot? Tadi siang bukan main lagi kau tatap muka dia, tak berkelip langsung. Nasib baiklah hidung tu tak berdarah.” Sinis lagi.
“Oh, Prince Charming…” Serentak itu juga riak muka Ella berubah. Penuh senyuman di bibirnya bila menyebut nama itu. Sengih tak sudah-sudah sampai Rifqi rasa meluat.
“Weh! Aku tanya macam mana kau boleh kenal Rifqi, bukan suruh kau berangan jumpa dia. Gatal!” Naik meremang bulu romanya tengok Ella yang tersenyum-senyum sendiri.
“Hehe. Macam mana? Hurm.. Aku dan dia, kami.. Biarlah rahsia…” Ella sengih lagi.
Jarinya mengusap-ngusap handphone di tangan, pada bekas tangan Rifqi. Kan handphonenya ada dengan Rifqi hampir seminggu? Kompomlah bekas jari-jemari Rifqi ada di serata body handphonenya.
“Tiba-tiba aku rasa seram tengok kau macam nu. Kau bukan pervet kan?” Danish buat muka geli campur takut. Risau dia kalau Rifqi sepupunya itu di apa-apakan oleh Ella.
“Amboi mulut kau, macam longkang! Cakap baik sikit tak boleh ke?” Naik sebelah bibirnya ke atas.
Memang menyampah betullah mamat ni. Dahlah hatinya masih panas dengan kejadian di rumah tadi. Ada juga yang kena dengan dia ni nanti.
“Boleh je. Cuma mulut aku rasa kebas kalau cakap baik dengan kau.” Selamba.
Wajah Ella yang bertukar riak dia kerling sekilas. Danish sengih, tahan gelak dalam hati. Ella, she’s so cute!
“Aku nak buat confession boleh tak?” Soal Ella setelah hampir seminit dia mendiamkan diri.
“Apa?” Jangan cakap dah jatuh cinta kat dia sudah. Parah nanti jadinya.
“Kau tahu tak macam mana perasaan menyampah? Meluat? Rasa macam nak lempang orang? Rasa macam nak kerat-kerat orang tu jadi 18 keping, pastu bagi makan kat jerung? Kau tau tak rasa tu?” Soal Ella dengan suara serius, tapi dengan muka tanpa riak.
“Hurm, tau. Rasa macam nak campak je orang tu dari tingkat atas KLCC Kan? Biar badan dia hancur berderai bila dah sampai bawah.” Danish mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Jujur dia menjawab soalan Ella.
“Good! Itulah yang aku rasa sekarang kat kau. So, baik kau diam sebelum aku buat macam tu dengan kau.” Giliran Ella yang angguk-angguk kepala. Sekilas dia menoleh ke arah Danish sebelum melempar pandangan ke tingkap. Haha! Tau takut.
“Eh?” Erkk.. Ni anak didik MonaFendi ke apa ni? Danish jeling Ella sekilas sebelum terelan air liur sendiri. Gila ganas girlfriend dia!
“Apsal kau diam? Takut?” Ella sengih sambil menyoal Danish yang diam, tenang memandu.
“Nope! Saja, nak bagi kau releks.” Sengih juga. Malam ni kita buat sesi sengih-menyengih okey Ella. Haha.
“Relaks? Wait-wait, kau nak bawa aku ke mana sebenarnya ni?” soal Ella, baru perasaan kalau kereta Danish bukan lagi berada di jalan besar.
“Ke mana? Aku nak bawa kau ke “Syurga Dunia”.” Sengih, buat muka gatal.
“Syur.. syurga du.. dunia?” Oh my good! Gulp! Tertelan dia air liur mendengar kata-kata Danish.
“Kau tak serius dengan kata-kata kau kan?” Ujar Ella teragak-agak.
“I’m serious baby.” Danish senyum sinis, membuatkan Ella hampir pitam.
Mama, tolong Ella!
**********
‘Sial punya hubby, mulut macam longkang, perangai macam babun, muka macam tapai basi, suara macam..’
“Danish, ini Ella ya?”
Dush! Mati makiannya dalam hati bila namanya di sebut oleh seseorang dari belakang, bersuara perempuan. Bonda Danish kot.
“Assalammualaikum bonda..” Ella bangun, memusingkan badannya menghadap ke arah bonda Danish. Danish yang duduk menyengih di depannya dia bagi satu jelingan special.
‘Eww, apa ke tastenya style bonda Danish ni? Aku ingatkan, semua orang kaya suka pakai baju bling-bling tahap glamour tak hengat. Pakai kain batik dan baju kurung kedah je? Gila tak glamour datin ni.’ Sempat lagi Ella mengomel dalam hati biarpun sudah berdiri di hadapan bonda Danish.
“Eh non, saya ni bibik. Bondanya ada di atas, belum turun lagi.” Bibik melangkah menghampiri mereka, dulang di tangan di letak atas meja.
“Eh, bibik ya? Hehe.” Ella sengih, senyum sumbing pada bibik.
Macam manalah dia tak perasan dulang di tangan bibik tu? Itulah, mengutuk aje kerja dari tadi. Ella kulum senyum, sembunyi malu pada bibik yang sengih kat dia sambil menatang dulang kembali ke dapur.
“Apsal kau tak cakap itu bibik kau? Hah?” Ella duduk, cawan air atas meja dia capai, meneguk habis air milo sekali nafas.
“Lorh, takkan kau tak boleh beza bonda aku dengan orang gaji? Kau pun agak-agaklah.” Gelak sepatah-patah Danish sebelum geleng kepala melihat tingkah laku Ella. Eww, tak sopan sungguhlah “baby” dia ni.
“Dah dia panggil kau Danish je, aku ingatkan itu bonda kau.” Cebik bibir. Panas punggungnya duduk di hadapan Danish yang menyakitkan hati itu.
‘Kalau aku tahu dia bukan bonda kau, tak adanya aku panggil dia datin. Ngok!’ Sempat lagi Ella membebel dalam hati.
“Lain kali focus, and please behave yourself. Kat rumah ni semua orang panggil aku dengan nama Danish sahaja dan panggil mem besar dorang bonda je. Eh, kau duduk elok-elok boleh tak?” Mata Danish jatuh pada cara duduk Ella yang ‘terlebih sopan’. Adakah patut duduk bersila atas sofa?
“Heeh, dah terbiasa bersila. Rumah aku kan tak ada sofa.” Sengih lagi. Perlahan Ella turunkan kakinya.
“Mak bapak kau ada lagi?” Tiba-tiba Danish terpanggil untuk bertanyakan soalan peribadi itu. Ada banyak benda yang dia tidak tahu mengenai Ella.
“Tak ada, tinggal aku sendirian kat dunia yang fana ini.” Sengaja Ella bermadah pujangga dengan Danish.
“Eh? Dah tu siapa dua perempuan yang berdiri di pintu tadi?” Soal Danish pelik.
Tadi, sewaktu dia menjemput Ella dia perasan ada dua orang wanita berdiri di pintu rumah memerhatikan merea, dia ingatkan mak dan adik Ella. Tapi dia pelik juga, kenapa Ella menunggu di luar rumah, bukan di dalam rumah. Takkanlah sebab tak sabar nak jumpa dia kot? Wulaweiii…
“Auntie Maznah dan Sara.” Ujar Ella perlahan.
“Makcik dan sepupu kau ae?” soal Danish lagi.
“Mak dan kakak tiri aku.” Selamba sahaja suara Ella.
“Wow! Kau memang ‘Cinderella’.” Ujar Danish, merujuk kepada kisah hidup Ella. Ada mak dan kakak tiri, cuma dia tak pasti sama ada Ella di layan seperti Cinderella dalam fairy tales tu.
“Lorh, masih tak percaya ke nama aku Sindarella?” soal Ella, pelik.
Takkanlah masih tak boleh terima namanya seunik itu? Nenda tu okey je pun dengan nama dia biar pun agak sinis jugalah menyebut nama dia temph hari. Biasalah tu, siapa yang tak jealous dengan nama unik dia kan?
“Sekarang aku percaya sangat.” Gelak dan saat itulah matanya menyapa pada susuk tubuh bondanya di anak tangga. Spontan bibirnya menguntum senyum.
‘Dush! Kacak juga mamat kerek ni rupanya.’ Ella terlopong sesaat tengok senyuman di bibir Danish. Tapi kalau dia senyum setiap saat macam ni, kompom ramai yang masuk hospital kena diabetes. Ngengenge~
“Danish, mana Ella? Kata nak bawa datang rumah.” Suara seseorang dari belakang mematikan lamunan Ella. Pasti milik seorang lagi bibik yang bertanyakan dirinya.
“Assalammualaikum bik. Saya Ellanya bik.” Ella bangun, memusingkan badannya berhadapan dengan bibik Danish.
‘Oh my good! Ini pastinya bonda Danish.’ Ella teguk liur.
Tiga saat matanya terpaku di wajah polos milik seorang wanita anggun yang bersih tanpa sebarang alat mekap, yang biarpun cuma memakai baju tidur kaftan tapi tetap menyerlahkan auranya sebagai mem besar di banglo ‘Syurga Dunia’ itu. Mati!
“Baby, itu bondalah. Bukan bibik.”
Tepat seperti sangkaan Ella bila suara Danish kedengaran di telinga. Ella, don’t you know you’re dead meat now?
“Apa khabar bonda?” Bergetar suara Ella menyapa ‘bakal mak mertuanya’. Mengeletar tangannya menghulurkan tangan bersalaman.
Kalau nak buat-buat pengsan boleh tak? Renungan mata bonda Danish lagi dingin dari renungan berpuluh pasang mata family Danish yang dia jumpa tempoh hari. Okey, mem ini sangat menggerunkan.
“Bibik ye Ella? Bonda ni ada nampak macam bibik ke?” Tanpa senyuman bonda bertanya.
“Ya, eh tak. Tak ada, tak ada.” Tergagap-gagap Ella.
Bukan setakat mulut menafikan, kepala juga ikut menggeleng. Malah tangan yang bersalam pantas di tarik, di gawang-gawangnya ke kiri ke kanan menafikan kata-katanya tadi.
“Mana satu betul ni Ella? Hurm? Ya atau tidak?” Soal bonda sambil duduk di sebelah anak lelakinya. Di tahan gelak dalam perut bila melihat tingkah kekasih si anak. Awat gelabah semacam ni?
“Tak, bonda tak nampak macam bibik. Dan ya, bibik memang tak nampak macam bonda.” Putar belit jawapan Ella membuatkan Danish tergelak.
“SPM dulu BM kau dapat berapa ha?” Spontan Danish bertanya. Entah kenapa dia rasa lawak dengan jawapan Ella.
“A1.” Jujur Ella mengakui. Siap buat muka innocent lagi.
“Eh?” Terkedu Danish. BM terabur macam tu pun boleh dapat A1 BM? Pemeriksa paper SPM tu tidur ke hapa?
“A’ah.” Awat? Tak percaya ke? Ella nak cebik bibir macam biasa, tapi bila tengok muka kelat ketat bonda, tak jadi Ella buat muka.
“Bonda senyum sikit boleh tak? Ella dah penatlah tengok muka kelat ketat macam tu, dahlah Nenda pun dah pakat dengan family lain pasang muka straight kat Ella hari tu. Kalau tak suka Ella cakaplah terus terang, janganlah nak protes dengan cara psiko macam tu. Kesian Ella tau.” Selamba Ella memprotes, membuatkan Danish terkedu.
‘Budak ni high ke hapa?’ Danish pulak jadi takut kalau bondanya murka dengan kata-kata Ella. Tapi tengok riak muka bonda, macam tak je. Cool semacam je bonda malam ni.
“Siapa pulak cakap bonda tak suka Ella ni? Bonda suka je.” Ujar bonda sambil sengih tayang gigi.
“Eh?” Terkejut Danish bila mendengar kata-kata bonda.
“Set! Kita boleh jadi geng bonda.” Ella sengih, bonda gelak, Danish terkedu tanpa kata.
‘Sindarella, kau sangat jauh daripada first impression aku.’
Danish senyum tengok kemesraan yang baru terbina antara dua wanita di hadapannya.
**********
p/S: Maaf yea, updatenye agak lambat sedikit.. :)
4 comments:
haha..mmg slumber r ella...tp eii..xpuas ht btol ngn si sara...swindle r sara blek utk dptkn blek duit yg die da bg kt sara tu...ish..lenkali jgn bg sesen pn kt si sara tu ella oi...keji r pmpuan tu..
gile sempoi ella sound bonda hehe,.
wa caya yu la..
best lar cik writer....sgt2 best....sy mmg suke ngan org giler2 mcm ella tuh....
Post a Comment