Aiman menolak pintu cafe, terus menuju ke tempat kegemarannya bila sepasang kekasih beredar dari tempat itu. Sekadar duduk di situ tanpa membuat pesanan. Matanya jatuh pada Lydia yang baru meletakkan pesanan salah seorang pelanggan cafe. Aiman membalas senyuman Lydia yang sudah sedar akan kehadirannya.
"Hai." Aiman menyapa Lydia yang menghampirinya.
"Hai." Aiman menyapa Lydia yang menghampirinya.
Macam biasa, senyuman bergayutan di bibir Lydia. Kadang-kadang dia tertanya, berapa usia Lydia. Wanita semuda dia agak mustahil mempunyai anak seusia Zara.
“Assalammualaikum.” Senyum lagi.
“Opss! Waalaikumussalam.” Malu sendiri.
“Dari klinik?” Dia sudah duduk di hadapan Aiman.
“A’ah. Hari ni tutup awal sikit. Nurse saya ada hal.”
“Nak pesan apa ni?”
Lydia dah sedia dengan pen dan kertas di tangan. Malam-malam macam ni, kekadang pelanggan agak ramai. Bila pekerja tak menang tangan, dia yang boss pun terpaksa turun padang. Macam sekarang.
“Nantilah, kejap lagi. Zara mana? Lama tak jumpa dia.”
“Dah pukul 8 malam dok, saya dah hantar Zara balik rumah.” Lydia tunjuk jam di dinding.
“Oh, lupa. Tak perasan sebenarnya dah malam.” Sengih.
“Tulah, kerja je memanjang. Sampai dah tak boleh beza malam dengan siang.” Menggeleng kepala.
“Mesti papa Zara selalu kena bebel dengan awak ni.” Aiman gelak bila mata Lydia dah membulat mendengar kata-katanya.
“Mana ada.” Menafikan dalam senyuman.
“Haha!” Alahai perempuan ni, entah dah berapa ramai lelaki masuk hospital sebab senyumannya. Manis tahap diabetes! Terlebih gula.
“So, Zuyyin dah okey?” Soalan Lydia buat Aiman terkedu. Mati gelaknya.
“Macam mana awak kenal dengan Zuyyin?” Dahi dah berkerut tiga lapis kehairanan.
“Saya ada kat klinik awak hari tu, saya boleh nampak muka awak yang tegang bila dapat mesej dari Zuyyin.”
Bukan niat hendak menyibuk hal Aiman, dia cuma bertanya. Terpulang pada Aiman jika dia ingin bercerita atau tidak. Dia tidak akan pernah memaksa.
“Mesej tu dari Hanni, adik saya.”
“Oh. Aiman, saya minta maaf kalau soalan saya tak sesuai. Awak boleh abaikan soalan tu.” Rasa serba salah jadinya melihat muka Aiman yang tiba-tiba suram.
“Tak ada apa-apalah.” Senyum. Cuba menyembunyikan duka.
“Saya ke dalam kejap.” Lydia bangun, mula melangkah pergi bila melihat anggukan kepala Aiman. Seminit kemudian dia kembali dengan dulang di tangan.
“Hot chocolate?” Soal Aiman bila Lydia sudah letak cawan di atas meja.
“It will make you feel relaxed and give you a good sound sleep. Minumlah.” Senyum dan bersedia untuk beredar. Mungkin Aiman perlukan ruang untuk bersendiri.
“Lydia.” Suara Aiman kedengaran, mematikan langkahnya.
“Yup?” Lydia berpaling. Kembali berdepan dengan Aiman.
“Rasanya.. tidak.” Mata Lydia meliar di sekitar cafe. Tidaklah seramai tadi pelanggan mereka.
“So, do you mind if I ask you to sit.. With me? Because I think, I need someone to talk. But if you..”
“I’m open ear.” Senyum. Belum sempat Aiman menghabiskan ayatnya, Lydia sudah duduk kembali di hadapannya.
“Thanks..”
Aiman membalas senyuman Lydia, tapi hambar sahaja senyumannya. Perlahan, sebuah kisah cinta tak kesampaian dikisahkan di telinga Lydia.
“So, awak cintakan dia? Zuyyin?” Soal Lydia sebaik Aiman selesai bercerita. Sejujurnya, dia agak kaget dengan cerita cinta Aiman. Rasa seperti tidak logik bila lelaki sesempurna Aiman di kecewakan.
“Dia dah jadi adik ipar saya Lydia.” Realistik.
“Tapi itu tak menghalang awak untuk terus cintakan diakan?” Lydia memprovokasi.
“Saya bukan lelaki yang mudah mengalih rasa Lydia.” Aiman mengeluh.
“Awak sepatutnya ucap ayat itu pada dia, bukan saya.”
“Tapi..”
“Awak sudah terlambat Aiman.” Lydia memandang wajah Aiman yang membuang pandangannya ke tingkap. Lelaki sebaik Aiman, dia tidak menyangka juga pernah dikecewa.
“Awak rasa, apa yang perlu saya lakukan?” Aiman soal Lydia perlahan. Meminta pemdapat. Entah kenapa, dia boleh bercerita dari A hingga ke Z dengan Lydia tanpa rasa segan.
“Stay or leave.” Lydia memberi kata dua.
“Maksud awak?” Aiman soal tak faham.
“Awak boleh tunggu sampai adik awak ceraikan Zuyyin macam yang dia cakap, atau awak pergi dan cari cinta baru.”
“Saya tak mampu lupakan dia Lydia.”
Aiman bersuara bila dia merasakan tiada pilihan sebenarnya yang dia ada. Menunggu atau pergi, sama sahaja baginya kerana akhirnya yang terluka cuma dia.
“Pengorbanan itu bukan titik pada sebuah cinta Aiman. Malah, harga sebuah cinta bukan terletak pada penderitaan. Awak berhak untuk bahagia.” Lydia bermadah.
“Saya tak rasa merampas Zuyyin dari adik saya akan membahagiakan saya.” Aiman geleng kepala. Dia tidak tega mengkhianati adiknya sendiri.
“Bahagia itu tidak semestinya bersama dia. Hidup ini sebenarnya bermain dengan pilihan Aiman, terpulanglah pada kita untuk menentukan pilihan masing-masing. Kerana yang akan menerima risikonya juga adalah kita.” Lydia meredupkan pandangannya bila matanya dengan mata Aiman bertaut.
“Mungkin saya harus mengalah dan melangkah pergi.” Aiman menarik nafas.
“Mengalah bukan bererti awak kalah, melangkah pergi juga bukan bererti awak lemah. Cuma, di situ bukan tempat awak.” Senyuman manis dia ukir untuk Aiman.
“Lydia, thanks.” Senyuman Lydia dia balas. Terasa sedikit lapang di dadanya bila rasa yang bersesak-sesak di dada dalam seminggu dua ini terluah.
“Suatu masa dahulu, saya juga pernah berada di tempat awak.” Senyum lagi sambil bangun dari kerusi.
“Eh?!” Buat muka tak percaya. Bulat matanya memandang Lydia.
“Saya bercakap dari pengalaman Aiman. Okey, dah pukul 10 ni. Tak nak balik ke?” Lydia pantas mengubah topik perbualan bila melihat wajah Aiman sudah bertukar riak. Riak ingin tahu.
“Nak baliklah ni. Saya hantar awak?” Pelawa Aiman. Turut bangun dari kerusinya. Sudah habis secawan hot chocolate, harap-harap tidurnya lena malam ini.
Aiman melupakan niatnya ingin mengorek rahsia hati wanita di hadapannya itu bila Lydia laju mengubah topik perbualan. Setiap orang ada rahsia mereka tersendiri. Biarlah Lydia dengan rahsia hatinya.
“Boleh juga. Lepas tu, kereta saya kita masukkan dalam bonet kereta awak. Boleh?” Lydia sengih bila Aiman menjegilkan mata. Mood Aiman nampaknya semakin baik.
“Main-main pulak dia.” Geram.
“Lain kalilah Aiman, saya drive sendiri malam ni.” Lydia menolak ajakan Aiman lembut.
“Okey. Thanks Lydia, for the time, for the hot chocolate, for advise and for the ‘ear’. Saya sangat hargainya.”
“I’m open ear. Bila-bila masa, awak boleh datang bercerita dengan saya.” Lydia senyum lagi.
“Thanks. Saya pulang dulu.” Aiman berpamitan.
“Drive safety.” Melambai tangan pada Aiman yang sudah mula melangkah pergi.
“Awak juga. Assalammualaikum.” Aiman sekadar mengangkat tangan membalas lambaian Lydia. Langkah kakinya menuju ke pintu cafe.
“Waalaikumussalam..” Lydia menjawab salam perlahan. Menghantar pemergian Aiman dengan pandangan hingga batang tubuh Aiman melewati pintu kaca cafe.
“Cinta itu akan menjadi lukisan yang indah jika kita melakarnya dengan berus keikhlasan, Aiman.” Lydia menggumam sendiri sambil menatang dulang menuju ke dapur. Hampir ke pukul 10 .30 malam. Lydia melajukan langkahnya bila melihat jam di dinding.
‘Harap-harap abang masih ada di rumah temankan Zara..’
*******************
Okey, saya publish beberapa episod lagi kat sini K!
Entah kenapa, saya seperti menjadi skema bila menulis part Aiman. Tapi semakin lama menulis, saya jadi "SUKA" dengan watak dia =)
Korang Comel Kalu Korang Like
6 comments:
hehe..mgkn aiman patot menjadi skema that's why dia susah nk protect zuyyin spt yg akif buat sbb aiman tkut kt mak dorg kn..hee..nice aiman xnk rmps isteri adik sndiri...rekod bersih la ni..heee...semoga aiman berjaya mencari cinta baru...eh..aiman tw eh akif tu snanye syg gila kt zuyyin?
Saya rasa, saya suka Aiman! Heheheh
tapi sy tetap suka ngan akif.. sbb akif kan hero!! hahaha.. yeah!! dah ada n3 baru... nnty update lg tao.. tak sabar nak tggu...
alahai..kesiannya Aiman..harap dia dapat cinta baru..sbb dia adalah lelaki yg baik..cuma takut maknya saja..mmg betui kata lydia..cinta tak perlu hidup bersama..
AJ, asal ko choose nma Aiman..my future husband's name oo...sedih sa dia kcewa ne..huhuhu =p
maaf cuma agk keliru dgn penulisan ayat di “Awak boleh tunggu sampai adik awak ceraikan Zuyyin macam yang dia cakap, atau awak pergi dan cari cinta baru.”
boleh sy tau part mna ya dr.aiman prnh ckp tu kt lydia?
maaf sgt2 sbb komen cmni cuma mahukn pnjlasan..mna tau sy trlepas something..btw..sy suka sbb citer ni seakan2 citer korea "my little bride"..
tq..
Post a Comment