Jun 24, 2011

Isteriku, 19 tahun! [9]

[9]

Dahi Zuyyin berkerut tengok bangunan depan mata.

“Kita buat apa kat sini?” Zuyyin soal Akif yang dah park kereta depan Jusco.

“Di sini tak ada Hanna dan Hanni.” Sengih.

“Oh. Okey.” Mengangguk meskipun dia masih kurang pasti sebab utama mereka berada di situ. Oh, mungkin Akif ajak dia shopping barangan dapur. Seatbelt di lepaskan.

“Jom.” Akif buka pintu kereta.

“Kita bukan nak beli barang dapur ke?”

Zuyyin tanya Akif yang laju menuju ke eskelator. Kan bahagian barangan dapur kat tingkat bawah, naik atas buat apa?

“Hanya di pawagan sahaja.” Selamba dia menutur ayat itu.

“Ha?! Kita nak tengok Fizz Fairuz ke?” Zuyyin soal tak percaya.

“Berdoalah masih ada seat available.” Sengih tengok isterinya yang excited. Hafal sangat dia tagline si Fizz Fairuz tu.

“Ya ALLAH, tolong temukan aku dengan Fizz Fairuz.” Zuyyin meraup tangan ke muka berdoa.

“Jom!” Laju kakinya mendahului Akif ke tingkat atas. Excited sangat nak tengok Fizz Fairuz ni!

“Macam budak-budak.” Komen Akif sebelum tertawa melihat isterinya yang sudah laju menuju ke kaunter tiket.

“Nak beli popcorn tak?” Akif tanya Zuyyin yang asyek membelek jam di tangan. Tak sabar dah kot nak masuk dalam.

“Tak nak ar.”

Zuyyin tengok jam lagi, ada 15 minit lagi. Rasa macam dia nak terpa masuk dalam hall je. Dah panas punggung tunggu 15 minit itu berlalu.

Akif gelak perlahan melihat kelakuan isterinya sebelum berjalan menuju ke kaunter makanan dan minuman. Zuyyin mungkin tak perlukan, tapi dia ya kerana dia mungkin kebosanan di dalam panggung nanti.

Nur Kasih? Tidak pernah masuk dalam list movie yang akan dia tengok. Sewaktu demam drama ini melanda seluruh Malaysia, dia cuma menonton beberapa episode, itupun kerana kalah berebut remote control TV dengan Hanna dan Hanni. Dia berada di sini sekarang pun kerana Zuyyin.

“Nah.” Akif hulur minuman dan popcorn. Mata mereka saling bertentangan.

“Kau tak akan kenyang tengok Fizz Fairuz.” Sarkastik.

“Eee..” Cebik bibir. Namun di sambut juga popcorn dan air dari tangan Akif.

“Dah, masuk jom.” Akif jalan dulu, meninggalkan Zuyyin di belakang.

“Huh! Terencat emosi!” Cebik bibir lagi. Langkah Akif yang semakin menjauh di kejarnya.

“Couple seat?” Zuyyin kerut dahi tengok nombor seat mereka.

“Ni je yang tinggal.” Akif dah selesakan dirinya di sebelah sepasang kekasih.

“Okey je.” Sengih. Duduk di sebelah Akif. Bahu mereka bersentuhan.

‘Minat betul dia kat Fizz Fairuz.’ Akif sengih tengok Zuyyin yang kusyuk, dengan mata terpaku pada skrin yang memaparkan wajah kacak Fizz Fairuz.

“Siapa budak perempuan ni? Comellah.” Akif masukkan popcorn dalam mulut. Watak Mariam menarik perhatiannya.

“Mia Sara. Alah, yang berlakon jadi anak Lisa Surihani dalam cerita Adamaya tu.” Balas Zuyyin.

‘Adamaya citer apa pulak ni?’ 

Confius. Tapi di abaikan cuma. Watak Mariam lagi menarik perhatiannya. Membuatkannya teringat zaman kanak-kanak Zuyyin. Zuyyin mungkin sebaya Mariam ketika keluarganya “pergi” tinggalkan dia sendirian, sebatang kara. Nasiblah masih ada arwah atuk dan nenek.

‘Siapa agaknya yang menemankan Zuyyin tidur selepas arwah ibunya meninggal dulu? Arwah nenek? Selepas arwah nenek pergi pulak? Siapa yang memujuk Zuyyin selepas arwah atuk meninggal? Menyapu air mata Zuyyin selepas semua insan-insan kesayangannnya pergi? Abang Aiman ke?’  Akif mengeluh. Teringat insiden seminggu lalu. Malam Zuyyin menumpahkan air mata kerana dia.

‘Orang itu sepatutnya aku.’ Bisik hati Akif bila adegan bisu abangnya menyapu air mata Zuyyin menerpa di kotak ingatan.

“Zuyyin..” Suara Akif menyapa telinga Zuyyin.

“Hurmm..” Mata masih di layar skrin.

“Maaf..” Perlahan, namun masih cukup jelas di telinga Zuyyin.

“Huh?!” Rasa dia macam tak pekak, tapi dia tak pasti dengan apa yang telinganya baru dengar. Laju kepalanya di teleng ke tepi.

“Maaf sebab aku dah sakitkan hati kau, hina arwah ibu, tuduh kau macam-macam.” Mata Akif di pakukan di skrin, sekalipun dia tahu Zuyyin tengah merenungnya dalam kesamaran cahaya panggung.

“Maaf sebab aku dah berkasar dengan kau..” Dan terima kasih kerana tak tinggalkan aku..

Kali ini dia menoleh seketika ke wajah Zuyyin. Kalaulah dia boleh bagi tahu Zuyyin perasaannya saat itu. Saat Hanni beritahu kalau Zuyyin ingin pergi tinggalkan dia. Tapi dia tidak mampu. Dia masih samar dengan perasaannya sendiri.

“Akif..” Zuyyin rasa sebak. Tak tahu hendak kata apa. Matanya berkaca. Terharu dengan ucapan maaf Akif.

“Fizz Fairuz kat skrin depan tu, bukan kat muka aku.” Mukanya tak beriak. Sekadar tenang.

“Tahu..”

Mata Zuyyin kembali ke skrin panggung, ke wajah Fizz Fairuz yang sudah bertukar dengan wajah Akif. Senyum. Dan sekalipun dia tidak menoleh, dia tahu kalau ada senyuman di bibir Akif.

“Akif..”

“Hurmm..”

“Maaf, aku keluar rumah tanpa izin kau.” Zuyyin tunduk, menyesali tindakannnya.

“Its okey.” 

Senyum. Mata mereka kembali ke skrin. Pada Nur Aminah dan Adam yang sedang berkasih sayang. Sesaat, keduanya kembali mengunci bicara. Namun masih ada senyuman yang tersungging di bibir mereka.

Akif menoleh ke kiri, ke arah gadis yang sedang teresak menangis di tepinya. Apa keslah pulak nangis dalam panggung ni? Scene Adam cari cincin Nur tu sedih sangat ke? Akif geleng kepala tak faham.

“Zuyyin..” Akif kalih wajah ke kanan pulak. Ke arah isterinya, kot-kotlah nangis juga macam gadis sebelah dia ni.

“Huh?!” Ternganga tiga saat. Matanya seolah tak percaya dengan apa yang dia lihat. Zuyyin…

“Tido?”  Boleh plak kau tidur tengah-tengah klimaks cerita ni, tadi iye iye je nak tengok Fizz Fairuz. Kali ni, Akif geleng kepala tak percaya.

Zuyyin, Zuyyin.. Penat sangat agaknya seharian melayan adik-adik iparnya. Matanya jatuh pada wajah Zuyyin, pada alis mata sebelum jatuh pada hidungnya yang sederhana mancung. Akhir sekali, pada bibir Zuyyin yang selalu mencebik geram bila bertikam lidah dengan dia.

Akif telan air liur, rasa lain di dadanya. Untuk kali ini sahaja, dia terasa ingin mendengar kata hatinya, menolak tepi kata logik akalnya. Perlahan, tangan kanannya di depakan. Kepala Zuyyin yang terlentok di kerusi di tolak rapat ke arahnya.

‘Rehatlah Zuyyin..’ Mata Akif kembali ke layar skrin. Dengan kepala Zuyyin yang bersandar di bahunya.

“Eh, dorang dah balik ke?” Matanya mengitari seluruh ruang tamu. Tiada sesiapa di situ. Malah rumah juga sunyi tanpa sebarang bunyi.

“Dahlah kot.” Akif kunci pintu sebelum langkahnya menyertai Zuyyin ke ruang tamu.

“Nak tidolah, penat.”

Zuyyin bersuara tanpa memandang wajah Akif. Masih malu dengan kejadian di panggung tadi. Entah bila masa dia terlelap, sedar-sedar sahaja kepalanya sudah tersandar baik punya di bahu Akif. Dengan jarak wajahnya yang kurang sejengkal dari wajah Akif. Eee.. Malu, malu!

“Okey. Selamat malam.” Senyum pada isterinya yang sudah melangkah menuju ke bilik.

“Thanks for lend me your shoulder.” Suara Zuyyin hilang di balik pintu yang tertutup rapat. Meninggalkan Akif dengan senyuman manis penuh di wajah.

***************

Zuyyin memegang dadanya yang terasa berdebar, rasa seperti jantungnya berdegup kencang dari biasa. Abnormal!

‘It's this date or just hanging out?’

Zuyyin geleng kepala, tidak tahu jawapan apa yang harus di beri pada hatinya. Apa yang dia tahu, dia suka dengan apa yang Akif buat tadi sekalipun dia tertidur dan tertinggal hampir separuh dari cerita.

‘Kerja dengan abang. So, Ayien tak perlu fikirkan Akif setiap masa.’

Kata-kata abang Aiman tiba-tiba menerpa di kotak fikirannya. Zuyyin mengeluh, dia belum berbincang dengan Akif soal itu lagi. Tapi melihat gayanya sebelum ini, Akif pasti tak akan bersetuju. Macam mana caranya dia hendak memujuk Akif? Zuyyin bingung sendiri.

“Lupakan soal tu, aku nak sambung mimpi aku yang tergendala tadi.”

Zuyyin hempas tubuh ke katil. Memejam mata, menjemput mimpinya yang tergendala tadi. Mimpi berkejaran dengan ‘Adamnya’ di tepian sawah. Macam Nur dan Adam. Dia sengih dengan mata terpejam.

Akif duduk sendirian di ruang tamu. Matanya tunak ke depan, ke skrin kosong hitam TV LCD.

Abang Aiman seperti Aidil, sentiasa menjadi pelindung Zuyyin. Menyayangi Zuyyin. Tapi Zuyyin bukan Nur, dan dia juga bukan Adam. Lelaki yang di cintai Nur sepenuh jiwanya. Antara dia dengan abang Aiman, seseorang akan beralah, tapi soalnya siapa? Dan tegakah dia melepaskan Zuyyin pada lelaki lain?

“Ambillah apa saja, tapi bukan Zuyyin..” Akif gelak. Gelak dengan kata-kata sendiri.

“Aish, demam Nur Kasihlah pulak.” Bangun menuju ke biliknya sambil menyanyi lagu Nur Kasih.


P/S: MAAF.. Ini mungkin akan jadi part terakhir di upload di sini. Tolonglah jangan mencik saya ye, sebab saya dalam proses untuk siapkan manuskrip ini. Please >_< And, credit to my sis yang ceritakan Filem Nur Kasih. [Saya xtengok cerita tu, huhuhu]




Korang Comel Kalu Korang Like

12 comments:

cikpah said...

OH TIDAKKK!!!!!!!!!!!!! jangan pisahkn sy n akif!!!! hahahhaha... nnty bila dah kuar jgn lupa inform ye... tak sabar rsenya...=D

Nur Afie said...

alaaa . . afie excited giler nak baca story nie . .

Anonymous said...

alaaa...kiteorg still beli novel awak laaa...tlg la update lagi...pls2

pjanCute said...

yup btol 2...update ar slalu..klu klua dlm bntok bku t sy still bli gak coz story yg best x rugi jdkn koleksi(^_^)

Anonymous said...

haaa..upload laa... best giler citer tuu..kluar je novel tu trus je bli... tp uplod je citer tu..

anna cumil said...

alaaaaa....tgh besh nih...bile nk kuar novelnye?gile besh...hehe...sempoi jek ayat,i loikeeee!

AjridaAjan said...

part "its a date or hangout to", rasa cam kenal jerk .
herm . my gf is gumiho kn . hahhaha

si.tudung.ungu said...

ouh... sgt menyukai cerita ini!!! huhu... writer, good luck dalam menyiapkan manuskrip itu nanti ya! suka Akif n Ayien! peace V(^_^)

syira destroyer said...

sweet nye main luah2 perasaan dlm movie..kalau aku ckp cmtuh time tgk movie dgn tunang aku sumpah die ckp 'eh tlg diam..i nk tgk cte neh' -___-"

IniCikGadis said...

@syira mahazir, kahwen dengan Akiflah. Dia suka je bising2 dlam panggung.. Hahha.. Just joke :P

Anonymous said...

biler novel ni nk kuar? dh stahun dah kot...

arul said...

Apa..sey tgah layn..aduh potong steim