“Abang, pergi panggil adik-adik kat luar! Dah dekat senja nie!” Suara Mama kedengaran dari dapur. Mata Akif yang sedang layan Tom and Jerry kat TV ikut langkah Abannya, Aiman ke pintu, tapi badannya tidak berganjak seinci pun. Well, bukan dia yang Mama suruh panggil adik-adik pun.
“Hanna, Hanni, bangun! Dah maghrib nie, masuk cepat.” Suara Aiman kedengaran lembut dari dalam. Mendayu. Komfomlah dua beradik tu tak gerak punya.
“Alah, sibuk jelah. Orang nak main lagilah.” Suara Hanni, si bongsu yang keras kepala itu baru berusia 6 tahun.
“Masuklah, nanti mama marah.” Suara abangnya kedengaran lagi, masih mendayu. Adui abangku, takkan berjaya punyalah guna suara macam tu.
“Kejap lagi kami masuklah. Kan Hanna kan?! Hanni kan?!” Suara seseorang yang pastinya bukan milik adiknya Hanni, atau Hanna yang berusia 8 tahun.
‘Sudah, patutlah budak berdua tu tak berganjak dari tadi, budak bertuah tu datang main rupanya.’ Akif masih pasang telinga, membebel dalam hati dengan mata masih tengok Tom yang dah jadi bola dek karenah si Jerry.
“Esok-esok Ayien datanglah main lagi kat sini.” Suara Abang Aiman kedengaran memujuk.
‘Dengan budak bertuah yang seusia dengan Hanni tu, jangan haraplah berjaya guna psikologi.’
“Alah, esok atuk cakap nak balik kampung dah. Bagilah kami main… 2 minit lagi.” Suara budak perempuan itu kedengaran lagi.
“Tak bolehlah Ayien, nanti mama marah.” Masih lembut suara Abang Aiman.
Tak boleh jadi nie! Tom yang benjol di dahi angkara Jerry tak menarik perhatian dia lagi. Akif letak remote atas meja, bangun menuju ke luar, laman rumah tempat adik-adiknya bermain.
“Zuyyin! Kau balik rumah sekarang! Kau tau tak dah pukul berapa sekarang?! Hanna, Hanni, masuk sekarang!” Lantang suara Akif mengarahkan mereka yang tengah main masak-masak di halaman rumah masuk ke dalam. Zuyyin yang terkebil-kebil dia pandang dengan mata yang sengaja di jegilkan.
“Abang Akif jahat!” Suara Zuyyin melengking geram.
“Ah sudah! Aku bukan abang kau pun! Abang kau dah mati! Cepat masuk Hanna, Hanni. Tak masuk, siap korang!” Suara Akif yang kuat dan keras menakutkan kedua anak dara cilik itu, pantas mereka berlari masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Zuyyin yang terkulat-kulat memandang Angah mereka.
“Abang Akif jahat!” sayu suara Zuyyin dengar ayat Akif. Aiman yang berdiri di tepi Akif dia pandang meraih simpati.
“Baliklah Ayien, kalau mama nampak Ayien kat sini, mesti mama marah. Dah, pergi balik k” Suara Abang Aimannya lembut memujuk.
“Kau pergi balik Zuyyin.” Suara Akif kedengaran lagi. Dari dulu, dari Mak Su dan Pak Su nya, orang tua Zuyyin dan Ikmal abang Zuyyin masih hidup dia memang tidak pernah memanggil Zuyyin yang berusia muda 6 tahun dari dia itu Ayien. Dia selesa memanggil Zuyyin.
“Hai Zuyyin, jauh kamu merayau?!” Suara Mama kedengaran di muka pintu.
“Mak Long.. Abang Akif jahat.. Dia cakap, abang Ayien dah mati..” Menitis air mata di pipi anak kecil itu. Aiman rasa belas melihatnya. Akif berdiri di tepi Aiman pasang muka tak beriak.
“Memang pun abang kau dah mati. Mak bapak kau pun dah mati. Apsallah kau tak ikut sekali dengan dorang?! Takdaklah kau susahkan keluarga mentua aku!!” Suara Mama kedengaran pedih di telinga mereka, inikan lagi di telinga anak kecik seperti Zuyyin.
“Dahlah tu Ma, Zuyyin bukannya faham pun. Dah maghrib ni, masuk jom” Akif bersuara perlahan, menenangkan Puan. Maria yang dah mula mengungkit asal-usul Zuyyin yang pastinya berakhir dengan makian dan cacian. Meskipun dia tak suka Zuyyin yang banyak cakap itu, tapi dia sendiri tidak tega mencaci sepupunya itu.
“Hurmm.. Masuk, tinggalkan budak tu sendirian di situ, biar dia di makan hantu.” Kata-kata Puan Maria di sambut tangisan oleh Zuyyin. Perkataan “di makan hantu” menakutkannya apatah lagi melihat Abang Aiman dan Akif sudah melangkah masuk ke dalam rumah dan pintu di tutup rapat.
“Akif?!” suara Aiman perlahan di telinganya, mungkin bimbang di dengar oleh Puan Maria di tingkat atas. Matanya di kaca TV tapi bunyi tangisan Zuyyin yang masih berlagu di luar rumah mengganggu telinganya.
“Abang rasa, Ayien takut tu.” Abangnya yang berada di tingkatan 3 itu bersuara.
“Abang pergilah tengok dia.” Suara Akif selamba, macam takdak apa-apa. Dia tengok cuaca di luar, memang dah gelap.
“Abang takut, nanti mama marah.”Suara Aiman lirih. Akif mendengus kasar sebelum bangun menuju ke pintu.
“Abang Akif nak gi mana?!” suara Hanna di atas anak tangga paling atas kedengaran. Hanni berdiri di sisinya, keduanya sudah siap mandi dan berpakaian malam.
“Keluar! Kalau mama tanya, cakap abang Akif pergi beli roti. Lapar!”
Suara Akif hilang bersama batang tubuhnya yang sudah menghilang di balik pintu yang kembali bertutup rapat. Seminit kemudian, suara tangisan Zuyyin sayup-sayup kedengaran sebelum hilang membuatkan adik beradik bertiga itu berpandangan sesama sendiri sebelum lari menerpa pintu. Tapi ketika pintu di buka, tiada Zuyyin mahupun Akif di situ.
************
“Ayien, Kau fikir apa tu?!” suara Hanna kedengaran mesra di telinganya. Di pandangnya jari jemarinya yang sudah berinai merah itu meskipun dia tahu Hanna sudah duduk di sebelahnya.
“Aku takut Na. Aku takut dengan semua ni. Aku rasa, aku tak bersedia dengan semua ni.” Suaranya lirih, sebak, tapi air matanya tidak keluar. Mungkin sudah kering menangisi kepergian arwah Atuk sebulan yang lepas, Arwah nenek pulak tinggalkan dia waktu dia berusia 15 tahun.
“Kenapa?! Kau takut dengan Abang Akif ke?!” Hanna capai jari jemari sepupunya. Biarpun Ayahnya cuma anak angkat arwah Atuk dan Nenek, tapi dia sudah menganggap sepupunya itu macam adik beradiknya sendiri. Dia dengan Zuyyin lagi biasa ber “aku” “kau” sahaja, biarpun Hanna sendiri lagi tua 2 tahun dari Zuyyin.
“Aku tak boleh kahwin dengan dia, Na. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin macam.. macam.. macam..” Zuyyin berhenti sekejap mencari perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungannya dengan Akif. Sejak 13 tahun yang lalu, dia tidak pernah baik dengan Akif.
“Macam dinosaur dengan T-rex, macam anjing dengan kucing, macam anak ayan dengan burung helang, macam arnab dengan kura-kura, macam katak dengan lalat, macam kambing dengan..”
“Apsal semua perumpamaan tu kau kaitkan dengan binatang Na?!” Zuyyin
tanya geram. Kot arnab tu okeylah sikit, comel juga. Ni segala kambing, dinosaur, anjing semuanya masuk sekali.
“Dorang comel apa.” Hanna sengih tiga saat. Bibir Zuyyin yang di ketap geram itu dia abaikan.
“Pokoknya, kami memang tak boleh kahwin, tinggal serumah, lagi-lagi tinggal sebilik.” Aku boleh mati kering air liur sebab gaduh dengan Akif hari-hari.
Benda sekecil hama boleh jadi sebesar alam kalau ia melibatkan Zuyyin dengan Akif. Zuyyin dengan Akif, bezanya macam A dengan Z!
“Tapi ini amanah Ayien, amanah arwah atuk.” Mata Hanna beradu dengan mata berkaca Zuyyin. Hilang sengih nakalnya tadi.
“Tapi kenapa Akif?! Aku lagi sanggup kahwin dengan Abang Aiman, Na..”
“Arwah mesti ada sebab kenapa dia pilih Abang Akif jadi suami kau.” Hanna
tepuk-tepuk jari jemari Zuyyin yang penuh dalam tangannya.
“Aku..” Suara Zuyyin terhenti bila Hanni tiba-tiba muncul di muka pintu sambil berjalan laju memeluknya.
“Bila mak cakap Abang Akif nak kahwin, aku macam nak mati tercekik air liur sendiri. Tapi, bila nama kau naik jadi calon kakak ipar aku, aku telan air lliur aku sampai kering. Tak percaya!!” Hahahaha.. Kuat suara ketawa Hanni
memenuhi ruang bilik pengantin itu.
“Eh, aku tak perlu panggil kau kakak kan?! Aku lagi tua 3 bulan kot dari kau!” Suara Hanni kedengaran lagi bila ketawanya reda,
“Sengal! Tak perlu kot. Tapi..” Suara sebak Zuyyin bertukar ceria melihat Hanni.
“Apa?!” Hanni tanya tak sabar.
“Kau kena angkat sembah kat aku!”
“Gila kau! Kau pikir kau puteri raja?!” Hanni melengking, pura-pura marah. Senyuman geram bergayut di bibirnya.
“Memangla bukankan. Tapi aku raja sehari kot, lagi tinggi mandat dari puteri raja.” Selamba suara Zuyyin membuatkan tawa meriah mereka pecah di bilik pengantin.
‘Sekurang-kurangnya, ada insan yang mengalu-alukan kehadiranku dalam keluarga ini.’ Mama! Teringatkan dia, luka hatinya hampir berdarah kembali.
“Kau dengar sini Zuyyin, aku takkan sesekali biarkan kau hancurkan hidup anak aku! Kalau ikutkan aku, aku taknak kahwinkan kau dengan anak aku tau. Perempuan macam kau ni, jadi orang gaji Akif pun tak layak, lagipun aku dah ada calon yang sesuai untuk dia”.
Suara sinis Puan Maria yang bertandang di biliknya pagi tadi dia abaikan. Macamlah aku sangap sangat nak kahwin dengan anak Mak Long tu. Ketawa meriah Hanni, ambik berat Hanna sudah mampu menyembuhkan lukanya tadi.
“Selamat pengantin baru Zuyyin.” Suara Hanna berbisik di telinganya menyedarkan Zuyyin, mengembalikannya di alam nyata. Suara Akif menyambut ijab dan kabul di luar sana kedengaran jelas di telinganya.
‘Jadi isteri Akif, aku akan pastikan tak sesukar mana!’
“Kau dah kahwin Ayien?! Macam tak percaya. Kita baru 19 tahun, kahwin dengan abang aku lagi tu. Musuh ketat kau” Hahahaha. Gelak Hanni di
sambutnya dengan sengihan.
Jadi pengantin di usia 19 tahun?! Dia memang hebat!
*************
“Rumah ini ada peraturan!”
Itu ayat pertama yang dia dengar dari Akif saat dia pertama kali melangkah masuk ke apartment 3 bilik Akif. Kemas. Tersususn.
“Pertama, kau tak boleh masuk bilik tidur aku. Dan, aku takkan masuk bilik tidur kau!”
“Nice!” Means, aku takkan tidur dengan dia?! Gila punya happy dengar rules dia.
“Kedua. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tidak wujud istilah “menyibuk” di sini okey?!” Akif bentang peraturan kedua bila dia tengok bibir isterinya menguntum senyum.
“Deal!” Memang gila bestlah rules kau Akif. Aku setuju semuanya!
“Semua orang tahu kita kahwin paksa, so tak payah belakon macam kita ni pasangan suami isteri yang gila bahagia. Rimas!”
“Terbaik!” Zuyyin angkat thumbs upnya. Setuju sangat-sangat! Aku mana pandai bab acting-acting ni.
“Last. Kita cuma housemate..” Akif berhenti sekejap. Matanya di tala ke wajah Zuyyin yang menunggunya menghabiskan ayatnya.
“Sampai keputusan STPM kau keluar dan kita akan tentukan apa kita nak buat seterusnya. Kau boleh pegang janji aku, takkan ada skinship!” Akif tarik nafas dalam-dalam.
“Okey..” Aku rasa, itu adalah tawaran yang terbaik. Buat masa ini.
“Bilik kau sebelah sana.” Akif tunjuk jari telunjuknya di bilik yang setentang dengan bilik tidurnya. Dia sendiri sudah melangkah menghampiri bilik tidurnya.
“Akif?!” Suara Zuyyin mematikan langkahnya di muka pintu. Sekadar mematikan langkah, dia tidak berpaling pun.
“Apa?!” Akif soal, masih tak berpaling.
“Kenapa kau setuju kahwin dengan aku?!” wajah Akif berubah riak. Tak menyangka soalan itu yang akan Zuyyin tanya.
“Kenapa kau nak tau?!” Akif pulang soalan kat Zuyyin.
“Saja, nak tahu.” Suara Zuyyin perlahan.
“Sebab atuk minta. Kalau atuk tak minta, aku takkan kahwin dengan kau.” Tanpa teragak-agak dia bagi jawapan.
Zuyyin tarik nafas, dalam-dalam sebelum kembali membuka mulut.
“Aku akan jadi housemate yang paling baik!” Zuyyin buat janji.
“Sekurang-kurangnya untuk setengah tahun ni.” Zuyyin tambah lagi. Akif masih berdiri tanpa reaksi di depan pintu biliknya.
“Suka hati kaulah!” Akif capai tombol, pantas memboloskan tubuhnya di pintu
yang di buka separuh sahaja, meninggalkan Zuyyin sendirian di ruang tamu.
“Peace!!!” Zuyyin buat peace biarpun pintu bilik Akif sudah tertutup rapat. Zuyyin angkat kening, ambil sikap tak ambil peduli dengan perangai Akif, dia bernyanyi riang sambil menarik luggagenya masuk ke bilik yang di tunjuk oleh Akif tadi.
‘Jadi isteri Akif, takdaklah sesukar mana!’
*************
Akif capai telefon di atas meja tepi katilnya, jam menunjukkan tepat pukul6 pagi. Sayup-sayup, suara mengaji dari bilik sebelah kedengaran. Akif mengambil masa 3 minit untuk menganalisa suara itu, yang lembut mengaji. Milik Zuyyin.
Ketika Zuyyin sudah menamatkan bacaannya, barulah Akif bangun menuju ke bilik mandi. Perasaannya terbuai dengan alunan suara Zuyyin mengalunkan bacaan Yaasin. Atuk dan Nenek, ternyata berjaya memupuk keperibadian muslimah dalam diri Zuyyin. Dia tidak perlu mengetuk bilik itu untuk mengejutkan Zuyyin bangun pagi dan menunaikan solat, tidak seperti Hanna atau Hanni yang perlu di kerah bangun pagi.
Tepat pukul 7.30, Akif melangkah segak keluar dari biliknya. Tali leher yang sudah berikat kemas dia kemaskan lagi. Matanya ke meja makan yang kosong, hanya sudu dan garfu yang ada di situ. Matanya ke di alihkan pulak ke pintu bilik Zuyyin yang bertutup rapat. Sunyi, tiada bunyi dari dalam.
‘Sah! Dia mesti sambung tidur lepas subuh tadi. Pemalas punya bini!’
Akif kutuk dalam hati. Laju kakinya melangkah keluar rumah bila yakin yang isterinya itu masih belingkar di atas katil dan tiada masa untuk menghidangkan sarapannya. Nampaknya, nenek lupa menerapkan nilai yang satu ini. Akif sengih sinis, Zuyyin, takdaklah sesempurna mana.
“Hei bro! How’s married life?! Bahagia?!” Rizqin tarik kerusi cafeteria di depan Akif. Naufal di di belakang sengih dengar soalan Rizqin. Di tangan Naufal secawan teh tarik.
“Kahwin dengan budak sekolah, takdak bahagianya. Thanks to my wife, a nineteen wife yang malas bangun pagi siapkan sarapan untuk aku.” Akif lap bibirnya lepas hirup teh tarik. Naufal dan Rizqin gelak dengar ayat Akif.
“Budak lagi bai, adik aku yang dah 21 tahun pun takdaknya pijak lantai dapur. Lagipun, kau pernah cakap yang si Zuyyin tu habiskan hampir separuh hidupnya di hostel. Kira aci lah kalau dia macam tu, dah biasa kena serve.” Naufal hirup perlahan teh tariknya. Nikmat! Menepati citarasanya.
“Aku setuju dengan Naufal. Entah kau ni, bagilah dia masa. Kot dia tak jumpa lagi dapur kau kat mana?!” Rizqin sengih kat Akif yang dah tarik muka.
“Eh, bila due date wife kau?!” Akif soal Rizqin, mengalihkan topik berkaitan isterinya, tiada apa yang menarik soal Zuyyin.
“Next month nie. End of Februari tak silap. Alang-alang kita kumpul kat sini ni, aku nak bincang sikit ngan korang. Aku rasa, aku nak ambil cuti 2 bulan. Tapi kalau ada masalah kat ofis, kat site ke, aku sure boleh datang tolong korang solve.” Rizqin memperbetulkan duduknya.
“Dua bulan?! Lama gila kau ambil cuti. Bini kau kot iyelah dapat cuti 2 bulan, dia bersalin. Kau?!” Naufal pandang muka Rizqin hairan. Akif di depan tiada
reaksi, menunggu bicara Rizqin seterusnya.
“Dulu, waktu Sara lahirkan Adam aku mana ada kat sisi dia. Aku entah kat site mana check bangunan balance ke tak, kukuh ke tak, company kitakan baru lagi time tu. Anak ke dua kami ni, Sara memanglah takdak cakap apa-apa, tapi aku sebagai suami mithali ni, nak juga temankan isteri aku bersalin, jaga dia berpantang. Adam pun dah makin lasak sekarang, tak terlarat dia nanti.” Rizqin bagi alasan yang boleh di terima akal.
“Oh! Aku okey je kalau kau boleh janji yang kau boleh turun site, turun ofis kalau ada masalah apa-apa.” Akif optimis.
“Aku pun okey juga.” Naufal positif. Bagi senyuman kat Akif sebelum menumbuk mesra bahu Rizqin yang tua 3 tahun dari mereka itu, senior mereka di universiti.
“Best ae ada baby?! Aku tengok muka kau bercahaya gila bila cakap pasal Adam and baby dalam perut Sara.” Akif angkat gelas teh tarik ke mulut.
“Kalau kau nak tahu best ke dak, kau suruh Zuyyin lahirkan baby untuk kau!” Rizqin dan Naufal gelak tengok muka cemberut Akif. Dia mahupun Naufal tahu kisah di sebalik pernikahan Akif. Memang wajarlah Akif beriaksi muka sebegitu.
“Akif, aku rasa Zuyyin akan sediakan kau sarapan kalau kau minta. Trylah minta. Kot-kot lepas ni, kau takkan jadi pengunjung setia cafeteria tu lagi.” Rizqin tepuk bahu Akif sebaik mereka melangkah masuk ke pejabat mereka di Tingkat 8 Menara Sedaya. Antara mereka bertiga, Rizqin lagi matang dalam menangani masalah. Mungkin kerana faktor usia dan dia sudah menikah.
“Thanks buddie.” Akif tarik senyum, bagi ikhlas kat Rizqin.
*************
Zuyyin membuka semua kabinet di dapur, tapi yang dia temukan cuma stok maggi pelbagai perisa. Dia buka kedai runcit maggi ke dalam apartment ni?! Perutnya yang lapar kembali berbunyi. Zuyyin capai sebungkus maggi perisa asam laksa, mencapai belanga di atas para. Maggi sahaja makanan dia ada sekarang, sebutir besar pun tiada di rumah Akif.
‘Kat hostel dulu pun aku makan maggi, kat rumah laki aku jurutera yang kaya raya ni pun still juga makan maggi.’
Zuyyin geleng kepala sambil mengeluh kesal. Satu biji telur pun tiada di dalam peti sejuk Akif. Peti sejuk moden itu kosong, hanya ketul-ketul ais yang semakin menebal.
‘Tak kira, nak ajak juga dia malam ni gi Giant. Mati tinggal rangka aku kalau hari-hari macam ni.’ Zuyyin menggumam dalam hati sambil menunggu air di dalam belanga mendidih. Sejak seminggu yang lalu, hanya itu makanan hariannya. Naik sebu perutnya.
Akif melangkah masuk ke dalam rumah ketika berita pukul 8 masih bersiaran. Sebelum balik tadi, dia sempat makan malam bersama Naufal. Sejak seminggu dia tinggal bersama Zuyyin, inilah kali pertama Zuyyin “menunggu”nya pulang dari kerja. Selalunya, rumah itu sunyi sepi ketika dia sampai di rumah. Zuyyin yang duduk di sofa 3 berangkai itu di pandangnya tak beriak.
“Akif, kita pergi Giant nak?!”
Zuyyin mula bicara bila dia tengok Akif dah letak beg kerjanya di kerusi meja makan,. Tali leher dah di tanggalkan, di letakkan di atas meja makan bersama kunci kereta dan handphonenya. Akif berjalan ke sofa, duduk di sebelah Zuyyin sebelum mencapai remote astro di atas meja depan sofa.
“Penat!” Sepatah jawapan Akif sambil menekan-nekan remote mencari siaran yang menarik.
“Aku laparlah..” Zuyyin buat muka simpati. Memang betul perutnya lapar pun. Laparkan nasi!
“Apsal kau tak makan?!” Akif kalih kepalanya ke arah Zuyyin yang pegang perutnya. Bunyi ‘krrroohh’ kedengaran.
“Aku dah tak larat makan maggi. Cacing pita dalam perut aku dah sound dah, dorang dah kena poison food kau tau, makan maggi pelbagai perisa.” Zuyyin kerutkan kening. Kalau Akif taknak temankan dia, dia gamble je keluar cari kedai runcit dekat-dekat apartment ni.
“Yang kau bedal makan semua perisa kenapa?! Makan 1 perisa dahlah.” Akif jawab malas.
“Kau nak keluar ke tak?! Kalau tak aku keluar sendiri. Lama duduk sini, kau yang aku makan nanti.” Zuyyin bengang dengan jawapan selamba Akif.
“Siaplah cepat. Lambat, tak payah keluar.” Akif sembunyi senyum dengar ayat Zuyyin. Tengok muka pun dah tau yang budak ni memang lapar.
“Dua minit!” Laju Zuyyin bangun berlari ke bilik, pakai tudung instant. Sweater di almari di capai, di sarungkan ke tubuh. Dompet di dalam beg di keluarkan, handphone di masukkan ke seluar track suitnya. Tak sampai seminit, dia dah terpacak di depan Akif.
“Siap dah! Jom!” Zuyyin ajak Akif yang masih relaks tengok DIVA Channel.
“Kau cakap tadi dua minitkan? Ada seminit lagi, kejap lagi kita jalan.” Akif masih kusyuk tengok The Biggest Loser! Zuyyin tunduk kepalanya sambil mengeluh sebelum duduk sebelah Akif.
‘Well, I’m the big loser now!’ Rasa macam nak cekik je Akif yang dah mainkannya. Zuyyin memaki dalam hati sambil tunggu seminit itu berlalu. Dia tiada tenaga bertikam lidah dengan Akif sekarang.
“Jom!” Akif capai kunci kereta atas meja makan. Zuyyin pantas bangun mengekor langkah Akif yang laju menuju ke pintu.
Akif parking keretanya di depan sebuah restoran, tidak jauh dari sebuah pusat membeli belah. Selesai makan barulah dia membawa Zuyyin membeli barangan dapur. Teringat akan peti sejuknya yang kosong, memang patut pun Zuyyin merungut lapar. Tapi Zuyyin kiranya hebat juga sebab mampu bertahan tak makan nasi selama itu.
“Apa?!” Zuyyin kalih pandang ke arah Akif yang tolak troli ke arahnya. Lengan bajunya sudah di sinsing ke lengan. Akif nampak sangat kacak dan cool begini! Buat jantung aku berdegup lagi laju dari biasa!
“Takkan kau nak peluk semua barang tu?!” Akif tanya sarkastik. Matanya di
jegilkan, melawat panahan mata bulat isterinya. Bila Zuyyin mengalihkan matanya, dia senyum sinis sambil jalan menonong ke depan.
“Aishx!”
Zuyyin tarik troli yang Akif tolak tadi. Bila Akif leka memerhatikan kawasan sekeliling, dia pantas menolak troli itu laju, tepat melanggar punggung suaminya. Akif pantas menoleh ke belakang, sakit di punggungnya tidak sesakit hatinya bila melihat Zuyyin sengih manis sebelum menjelirkan lidahnya, sambil menolak laju troli ke bahagian makanan basah.
“Retard!” Akif geleng kepala tengok aksi isterinya sebelum mengekori Zuyyin.
“Taknak ayam!” Akif letak balik ayam yang ada dalam troli. Zuyyin yang memandangnya geram dia abaikan.
“Ayam taknak, udang taknak, ikan taknak, kau nak apa sebenarnya nie?!”
Zuyyin naik geram dengan tingkah suaminya. Tidak ada satu pun yang dia pilih suaminya berkenan. Kerja mereka dari tadi cuma masukkan barang ke troli pastu kembalikan ke rak. Tak ke sikit punya kerja gila tu?!
“Okeylah, ambiklah ayam tu.” Akif bersuara perlahan, mengalah bila beberapa pasang mata di lorong makanan basah itu memandang mereka. Dia tidak rela jadi perhatian di situ akibat suara lantang isterinya.
“Volume kau ni tak boleh slow ke?! Apa kau lahir dulu kembar dengan mikrofon ke?!” Akif sekali lagi tanya soalan sarkastik. Zuyyin baru nak buka mulut menjawab tapi sekali lagi dia menyimpan makiannya dalam hati bila Akif meninggalkannya terpinga-pinga.
“Huh! Terencat emosi!!” Zuyyin membebel seorang diri sebelum menolak troli itu mengekori Akif. Lepas ni, aku shopping sendiri-sendiri!
“Semuanya, RM126.90 cik.” Cashier di kaunter menyebut jumlah yang tertera si skrin. Zuyyin yang terkejut dengan suara cashier itu terkial-kial membuka dompetnya mengeluarkan duit tunai.
“Ishxx.. Lembab! Tepi!” Akif bersuara seakan berbisik di telinga Zuyyin. Menolak perlahan tubuh isterinya di tepi, menghulurkan kad kreditnya kepada cashier yang senyum melihat gelagat isterinya.
“Bawa barang ke kereta.” Akif hulur kunci kereta Toyota Rashnya kepada Zuyyin yang masih terpinga-pinga.
“Cepatlah, kau tercegat kat situ kenapa lagi?!” Akif bersuara keras, perlahan, cukup untuk pendengaran Zuyyin sahaja.
“Kau bayarkan barang aku?!” Zuyyin macam tak percaya bila Akif serahkan kad kreditnya kepada cashier tadi. Akif yang sudah mula melangkah dia kejar.
“Salahkah aku bayar barang isteri aku?! Lagipun, kan ada barang aku juga dalam tu.” Akif tanya sambil tarik kunci kereta dari tangan Zuyyin yang
menggeleng-geleng sambil tersenyum.
“Kau tetiba jadi terencat ni kenapa?!” Akif tanya bila mereka dah sampai depan rumah dan Zuyyin senyuman Zuyyin masih bersisa.
“Takdak apa-apa.” Zuyyin angkat plastic barang ke dapur, terus menyusun barangan itu di tempat sepatutnya dengan senyuman yang masih bersisa.
“Akif, terima kasih ye.” Zuyyin bagi senyum, kali ini ikhlas untuk Akif. Kakinya perlahan ingin melangkah ke biliknya terhenti di depan Akif yang berdiri di depan pintu biliknya.
“No sweat! Esok pagi, buatkan aku breakfast!” Akif bersuara, juga hilang di sebalik pintu bilik tidurnya bila nyaring bunyi handphonenya minta di angkat.
Zuyyin terlopong 3 saat sebelum senyum dan memulas tombol pintu biliknya. Breakfast?! Hurmm. Bisa di atur dong!
Tepat pukul 7.20, Akif melangkah keluar dari biliknya, tidak menghiraukan bilik depannya yang masih sunyi. Di atas meja, sepinggan roti bakar dan secawan kopi sedia terhidang dengan nota di atasnya.
“TQ bout last nite! Enjoy your delicious breakfast sir!”
‘Delicious apanya breakfast semua hitam macam ni?!’ Akif geleng kepala bila kepahitan Kopi itu terasa di lidahnya. Dia lupa beli gula ke semalam?! Roti bakar itu di pandangnya cuma kerana ia yakin benar akan rasanya bila melihat warna roti itu yang seakan-akan Kopi di cawan. Hancur!
***********
Zuyyin duduk serba tak kena di hadapan ayah mertuanya yang kelihatan tenang-tenang sahaja menghadapinya. Mama mertuanya pulak duduk di hujung sofa sambil memerhatikannya dari ke atas ke bawah macamlah dia manusia yang baru sampai dari Marikh! Akif di sebelah sibuk membaca surat khabar.
“Ayien sihat?!” Mesra suara Pak Longnya menyapa.
“Sihat Pak Long.” Sudah terbiasa, biar pun sudah menjadi bapa mertuanya, panggilan itu masih melekat di bibirnya. Kalau bukan sebab dia rindukan orang tua ini, tidak ingin dia melangkah masuk lagi ke rumah ini, dan bertemu muka dengan Mak Longnya.
“Panggil Ayah, Ayien. Tapi kalau Ayien tak selesa, Ayien boleh teruskan dengan panggil Pak Long.” Senyuman itu, aku rindu senyuman di bibir Pak Long itu. Ia sama macam senyuman atuk walau hakikatnya mereka langsung tiada pertalian darah.
“Ba.. Baik pak.. Ayah.” Senyum manis di lempar untuk ayah mentuanya tapi senyumannya mati bila matanya beradu dengan mata ibu mentuanya.
“Akif, tak bawa Ayien pergi honeymoon?!” Suara Ayah kedengaran lagi. Merencatkan bacaan Akif.
“Busylah Yah.” Akif beralasan.
“Kerja, sampai mati pun mana pernah habis.” Ayah pulak bermadah.
“Nantilah, kalau dah siap projek resort tu, Akif bawalah dia pergi nanti.” Masih juga beralasan.
“Baguslah tu. Akif bawalah Ayien pergi kalau nak lawat site tu. Projek tu kan dekat dengan rumah Wan. Boleh bawa Ayien jumpa Wan.”
‘Kalau ikut pengamatan aku, sekarang dah 2-0 kalau ini game main bola. Ayah mentua aku dah leading dengan dua gol yang tepat-tepat kena batang hidung laki aku yang tak pandai nak jaga gawang dia. Dia punya serangan, senang je di patahkan oleh Ayah mentua aku. Nasib baiklah bukan match bola! Kalau tak, mau kena bejol muka laki aku. Hahahaha!’ Zuyyin telan gelak dalam perut.
“Abang, Akif tu kan kerja. Nak bawak bini dia kacau je nanti.”
‘Aku bukan paranoid sebab terlampau sangat tengok cerita ibu mertuaku yang jahat, tapi memang suaranya ada bau-bau kebencian kat aku. Kebencian yang dia dah tanam sejak aku kecil lagi entah sebab apa. Tapi bila dengar ayat ayah mentua aku seterusnya..’
“Macamlah awak tak pernah menempel bila saya pergi outstation. Saya tak bagi awak pergi pun, awak pergi juga.”
‘Aku rasa macam nak bagi je anugerah kasut emas untuk Ayah mentua aku ni! Sekarang dah 3-0, dan gol yang ke tiga tepat di batang hidung Mak mentua aku! Dan bila tengok mulutnya yang terherot-herot geram sambil bangun hentak kaki ke dapur, aku rasa macam nak ketawa puas-puas!’ Zuyyin senyum nipis. Cukup untuk melepaskan perasaan yang besesak-sesak di dadanya.
“Bangunlah! Sampai dah!” Akif tolak perlahan bahu Zuyyin yang duduk di sebelahnya.
“Kau mimpi apa sampai tersengih-sengih, senyum-senyum macam orang terencat?!” Akif tanya bila Zuyyin dah sedar sepenuhnya.
Zuyyin cuma sengih, angkat bahu sebelum keluar dari kereta. Meregangkan urat-uratnya sambil menghirup udara segar di kampung Akif. Begnya di silangkan ke badan. Sebuah rumah papan tradisional melayu tersergam indah di depan mata.
“Akif, sampai dah kamu?!” Seorang perempuan sebaya arwah neneknya menjeguk dari tingkap rumah. Zuyyin mengangkat tangan, melambai ke arah wanita tua itu. Pasti Wan!
“Inikah bini kamu Akif?!” Wan turun dari rumah, berjalan ke arah Akif yang sudah mendahului Zuyyin. Memeluk erat cucunya.
“Wan?!” Zuyyin hulur tangan nak bersalam. Tapi Wan buat tak endah sebaliknya sibuk meneliti batang tubuh Zuyyin.
“Berapa umur kamu?!” Tangan yang Zuyyin hulur sekadar bersambut di hujung jari.
“19 tahun Wan. Bulan 12 ni, 20 tahunlah.” Zuyyin simpan rasa kecik hatinya. Tau dah sikap mak mentuanya menurun dari siapa.
“Dada mendatar macam gunung kena jentolak, punggung kecik, kurus macam tak cukup makan. Boleh ke kau ni bagi cicit kat aku?!”
Zuyyin terlopong tiga saat dengar komen Wan yang pertama untuknya. Mulutnya masih ternganga bila matanya yang bulat itu bertembung dengan mata Akif yang semakin mengecil akibat ketawa sakan mendengar komen Wan terhadapnya. Mangkuk punya suami! Tak backing aku langsung!
“Aku, waktu umur kau ni dulu, badan macam primadona, bukan sekeping macam kau!” Suara Wan kedengaran lagi, berbekalkan soundtrack ketawa Akif yang panjang dan menjengkelkan.
Sehingga keduanya melangkah meninggalkannya untuk naik ke atas rumah, dia masih terpaku di situ memuhasabah diri. Mengingatkan diri sendiri yang wanita tua itu sebaya arwah neneknya, nenek kepada suaminya dan bukan lawannya bertengkar!
Ternyata, kesabarannya semakin menipis bila Wan mula menderanya sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah. Akif siap mengada-ngada nak makan ikan keli masak cili api, dan mangsanya tentu sahaja dia. Akif, senyum senang bila dia menjadi mangsa buli Wan.
“Nak tumbuk cili pun nak sejam. Kau makan ke taknak ni?!” Suara Wan kedengaran kuat di telinganya. Zuyyin pandang geram Akif yang sedang duduk enak menghirup air sirap selasih yang dingin. Mata Akif sinis membalas pandangannya. Aku takkan kalah dengan Wan!!
“Kau nak pecahkan lesung aku ke?!” Suara Wan melengking marah bila di menguatkan hentakan anak lesung. Perlahan tak betul, kuat pun kena marah, sama je perangai dengan Akif! Cerewet!
“Kau baca mantera apa tu?! Nak bomohkan aku?!” Wan bersuara lagi bila tengok mulut Zuyyin terkumat-kamit merungut.
“Iye Wan, ilmu pengasih! Biar lekat sayang Wan kat Ayien ni ha!” Zuyyin pasang muka suci lagi murni. Nak sangat aku bomoh, aku bomoh betul-betul baru tau!
“Merapu je kamu ni! Pergi kaut cili tu, masuk dalam kuali ni.” Wan arahkan Zuyyin bila dia hampir tergelak tengok reaksi anak gadis itu tadi. Akif yang dari tadi pasang muka sinis pun hampir tergelak tengok Zuyyin.
“Kamu nak buat apa tu?!” Soalnya bila Zuyyin dah mencapai sudu besi di rak pinggan mangkuk.
“Nak kaut cili ler.” Zuyyin balas, hairan.
“Kaut je guna tangan, nak pakai sudu segala buat apa.” Arahan Wan betul-betul memeranjatkan Zuyyin.
‘Kaut cili ni guna tangan?!’ Zuyyin rasa macam nak balik rumah nenek saat tu juga! Dia kalih wajah ke arah Akif yang tak beriak. Huh! Terencat emosi!
“Tapi Wan.. Cili ni..pedas”
“Takdaknya orang mati kena cili!” Sarkastik ayat Akif. Zuyyin telan air liur. Cili dan aku adalah musuh, kau tak tau tentang tu Akif!
“Cepatlah, dah nak hangus bawang aku ni.” Suara Wan kedengaran lagi dan wajah Akif yang dah berubah riak sinis, terasa mencabarnya.
‘Okey, Fine!’ Zuyyin lempar sudu ke singki. Sinsing lengan kanan longslevenya ke siku sebelum mengaut cili yang merah itu masuk dalam kuali dan laju membawa tangannya ke singki. Kalau aku kudung nanti, aku nak saman korang sekeluarga kat mahkamah!
“Ha?! Tak mati pun kan?!” Suara Wan kedengaran sinis di telinganya, tambah menyakitkan hatinya bila tawa sumbang Akif juga kedengaran. Zuyyin mencebikkan bibirnya.
Malamnya, laju sahaja Zuyyin menghabiskan nasinya. Tidak di pedulikan mata Wan yang tajam melihatnya. Pantas dia masuk ke dalam bilik tidur, kesakitan yang menjalar di jari-jemari tangan kanannya kini mula merebak hingga ke pergelangan tangan. Dia meraba-raba ke sini sana, cuba mencari sesuatu untuk meredahkan kesakitan di tangannya.
Zuyyin menghempasakn badannya di atas katil. Tangan kanannya di riba. Air matanya menitis laju membasahi pipinya sebelum jatuh ke tangan kanannya yang sudah memerah hingga ke pergelangan tangannya.
“Nek..” Zuyyin memanggil nama nenek dalam sendu. Kalau dulu, setiap kali tangannya terasa pijar, neneknya hanya perlu mengusap dan kesakitan akan hilang. Tangan nenek ajaib. Selepas nenek meninggal, dia tidak pernah lagi menyentuh cili, kecuali menggunakan sudu.
“Ayien sakit nek..” Suaranya kembali berlagu sendu. Merebahkan badannya ke atas katil, mengiringkan tubuhnya ke dinding. Cuba melupakan kesakitan yang
menjalar, sekaligus menahan air matanya yang semakin lebat.
“Zuyyin..”
Suara Akif kedengaran sebelum pintu bilik itu di tolak perlahan.
“Zuyyin?! Kau kenapa?! Takkan dah mengaku kalah dengan Wan kot?!” Suara sinis, sindiran Akif tidak di endahkan. Bibirnya di ketap menahan tangis.
‘Abaikan! Aku takkan mati dengan sindiran itu.’ Sakit di hatinya di abaikan, bila mana sakit di tangan kanannya semakin menjadi-jadi. Dan perlahan, tangisan di lepaskan juga, sakitnya tidak tertanggung!
“Zuyyin!”
Akif pantas naik ke atas katil, menarik tubuh isterinya menghadapnya bila mendengar tangisan Zuyyin. Akif hilang kosa kata bila melihat air mata Zuyyin yang mengalir laju. Terasa belas. Tangan kanannya yang di sembunyikan di dalam saku baju pijamanya menarik perhatian Akif. Perlahan tangan kanan itu di tariknya.
“Ya ALLAH! Kenapa ni?!” cemas suara Akif bila melihat tangan Zuyyin yang semakin memerah. Tiada jawapan dari Zuyyin, namun hujan air matanya menjawab semua persoalan. Akif menyapu air mata yang mengalir di pipi Zuyyin, melepaskan genggaman tangan itu sebelum berlari laju menuju ke ruang tamu, mencari kotak first aid.
“Kamu kenapa Akif?!” Wan yang sedang menonton TV bertanya. Tapi langkah Akif laju yang tidak menjawab soalannya membuatkan Wan juga mengangkat punggung mengekori langkah Akif ke bilik.
“Kamu kenapa Zuyyin?!” Wan berdiri di birai pintu. Memerhatikan Akif sedang menyapu minyak panas di tangan kanan Zuyyin. Tangan yang dia gunakan untuk mengaut cili tadi. Patutlah cucu menantunya itu enggan menggunakan tangan tadi. Perlahan, dia merapati mereka berdua, mengambil alih kerja Akif. Hatinya belas.
“Tidurlah.. Nanti sakitnya hilang.” Lembut tangan Wan menyapu tangan kanan Zuyyin yang sakit. Selembut sentuhan arwah nenek. Perlahan, matanya di pejamkan, menikmati sentuhan lembut itu.
“Jaga dia.” Wan menghulurkan tangan Zuyyin yang sudah beransur hilang merahnya kepada Akif. Menepuk bahu cucunya perlahan sebelum meninggalkan bilik itu. Kasihan Zuyyin..
“Maaf..”
Perlahan suara Akif memohon maaf. Tangannya mengusap lembut ubun-ubun isterinya. Sisa-sisa air mata di pipi dia seka dengan ibu jari. Sungguh hatinya belas melihat air mata itu, sama belasnya melihat air mata itu berbelas tahun yang lalu di laman rumahnya. Tangan yang masih sedikit memerah di ciumnya perlahan, sebelum tubuh isterinya di tarik ke pelukan.
‘Pergilah semua kesakitan…’
No skinship?! Rules itu mungkin perlu di ubah suai buat masa ini. Atau perlu di kekalkan kerana jantungnya berdegup 10 kali ganda lajunya dari biasa bila mereka rapat begini!
Zuyyin meneguk kopi buatan Wan sambil sesekali memandang ke arah Akif yang tenang meneguk Kopi di kerusi hadapannya. Awal subuh tadi, hampir terjerit dia bila sebaik matanya terbuka, wajah Akif dengan senyuman menyapanya. Sangat dekat dengan wajahnya. Nasib baiklah rasa terkejutnya tidak terzahir dengan jeritan, kalau tidak, maunya gamat satu rumah.
“Yang kamu berdua ni berpandangan macam baru pertama kali jumpa apa hal?! Buang tabiat?!” Suara Wan memecahkan kebisuan antara mereka. Pantas kedua-duanya meletak cawan di atas meja. Mengalihkan pandangan ke tempat lain. Cuba berlagak biasa.
“Aku nak ke site, nak tengok pekerja. Nak ikut ke?!” tanya Akif. Sesekali matanya mencuri pandang Wan yang seakan mengawasi pergerakan mereka.
Wan ni apesal?!
“Takpelah, aku tinggal dengan Wan. Kau pergilah. Bolehkan Wan?!” Zuyyin bagi senyum segarit tuk Akif sebelum alihkan matanya ke arah Wan. Sejak insiden semalam, Wan seolah-olah semakin ‘jinak’ dengannya.
“Boleh tu boleh. Tapi yang tak bolehnya Wan tak tahan kamu dua laki bini ber aku ber kau! Rimas rasanya telinga Wan.” Suara Wan keras menegur suami isteri itu.
“Kamu Zuyyin, cubalah panggil suami kamu tu panggilan elok sikit. Panggil abang ke, sayang ke, hubby ke?!” perkataan terakhir itu nyata mengejutkan Zuyyin.
“Cayalah Wan! Hubby, siap tau panggilan manja remaja sekarang yea.” Zuyyin kagum campur tak percaya. Akif sengih tengok reaksi Zuyyin.
“Apa kamu fikir Wan ni kuno sangat?!” Wan bagi jellingan tajam sedas untuk Zuyyin yang gelak dengar ayat Wan.
“D, B nak gi site ni.” Akif kenyit mata kat Zuyyin yang terlopong dengar Akif bahasakan dirinya B. B stand for apa ya? D pulak?
“Kamu ajar bini kamu A B C ka Akif?!” Wan ikut pelik dengar ayat Akif.
“B untuk Hubby Wan, D untuk Darling. Amacam, sweet tak kita orang Wan?!”
Akif gelak tengok muka Zuyyin yang terlopong kedua kalinya dan cebikan bibir Wan yang menambahkan gelaknya cuma. Panggilan itu akhirnya melekat hingga ke hari terakhir mereka di kampung. Sama seperti pesanan Wan untuknya yang melekat kukuh di mindanya bila keretanya meninggalkan halaman rumah Wan petang selepas 3 hari mereka di sana.
“Zuyyin mungkin bukan gadis pilihan Akif untuk jadi isteri, tapi dia gadis yang sesuai untuk Akif, sesuai menjadi isteri Akif. Kalau Akif ada terfikir untuk lepaskan dia, fikirlah berkali-kali lagi, sebab Akif takkan jumpa gadis yang sesuai lagi selepas ini..” Akif mengeluh bila teringat kata-kata Wan sambil kalih wajah ke sisi, ke arah isterinya yang sibuk melambai Wan.
**********
“Tadi bukan cakap nak masak spageti ke?!” Akif soal bila tengok hidangan atas meja.
“Dah masakkan.” Selamba Zuyyin menghirup kuah maggi perisa asam laksanya.
“Kau fikir aku buta rasa apa?!” Akif angkat garfu yang bergayutan maggi itu. Tengok gaya Zuyyin yang beria dengan bunyi keletung keletang di dapur, iya-iya dia percaya yang Zuyyin tengah masak spageti. Bunyi di dapur macam nak kenduri, alih-alih masak maggi goreng sahaja.
“Tu spageti Malaysia. Kau mana tau.” Zuyyin masih sibuk melantak magginya. Memang dia betul-betul memasak spageti tadi, tapi bila spageti masuk dalam mulut dia terus muntah, dia abaikan tuk hidang kat si cerewet Akif. Tak pasal-pasal, mau dia kenyang makan sindiran malam ni.
“Cakap jelah spageti kau dah sedekah masuk tong sampah.” Akif capai garfu sambil jelling mee spageti yang terjuntai dari mulut tong.
“Mulut tu kalau makan je tak boleh ke?! Ni makan pun nak membebel.” Zuyyin yang tau arah mata Akif mengabaikannya. Banyak mulut betul!
Akif sengih sinis, macam biasa dia buat bila bibir Zuyyin dah terkumat-kamit baca “mantra serapahnya”.
Zuyyin capai remote control DVD sambil kunyah keropok potato chips. Butang play dia tekan. Malam-malam tengok cerita hantu korea okey juga. CD yang dia pinjam dari Hanna waktu bertandang ke rumah mentuanya tempoh hari. A tale of two sister, baca synopsis macam best je.
Pap! Lampu di ruang tamu terpadam tiba-tiba.
“Apa ni?!” Zuyyin soal tak puas hati bila konsentrasinya pada wayang korea di
TV terganggu.
“Tengok wayang dalam gelap baru best.” Akif duduk sebelah Zuyyin sambil kunyah keropok potato chips Zuyyin.
“Taknaklah! Ini horror movie, aku takut kot tengok dalam gelap.” Zuyyin bangun, cuba menghidupkan lampu. Tapi kakinya tersadung di kaki Akif yang sengaja di luruskan, bahananya dia jatuh ke lantai yang di lapisi karpet tebal.
“Hah! Kan dah jatuh, duduk baik-baik dahlah.” Akif gelak kecil tengok Zuyyin yang dah jatuh ke lantai.
“Kau..!” Zuyyin rasa macam nak cekik-cekik je suaminya saat itu juga.
“Shhh… movie dah start dah tu.” Akif tarik tangan Zuyyin duduk tepinya. Terduduk isterinya menahan geram. Namun matanya di kembalikan juga ke layar TV bila wayang itu sudah bermula. Sakit hatinya, di simpan dahulu.
“Apsal dia macam benci kat mak tiri dia yea?!” Zuyyin tanya bila adegan si kakak bertikam lidah dengan mak tiri dorang.
“Kalau kau, kau suka ke ada mak tiri?!” Akif jawab soalan Zuyyin dengan
soalan buat Zuyyin sengih dalam gelap. Dah streotaip bawang putih bawang merah, asal mak tiri je mesti jahat.
“Bodoh tol la dia ni. Duduk diam-diam dalam bilik dahlah. Esok dah terang barulah turun bawah tengok bunyi tadi tu apa.” Zuyyin merungut-rungut tengok adegan si heroin yang turun ke tingkat bawah bila mendengar bunyi bising. Malam-malam hari lagi tu.
“Kau boleh diam tak?! Takut apanya kalau dari tadi mulut kau tak henti-henti membebel.” Akif mula rimas bila setiap adegan dalam cerita itu Zuyyin buat ulasan. Kalah Ogy buat kritikan kat konsert AF.
“Iyelah-iyelah, tapikan kau tak rasa ke mak tiri dia ni psiko?!” Zuyyin yang kononnya nak diam utarakan soalan lagi.
“Zuyyin!” Suara Akif perlahan, tapi keras. Tandanya, dia mula menegang.
“Iyelah, orang diam!” Zuyyin tutup mulut. Huh! Baran tak habis-habis!
Dan akhirnya suara Zuyyin tidak kedengaran sehinggalah cerita itu tamat.
“Apa punya movielah! Sikit pun aku tak paham.” Zuyyin merungut tak puas hati. Dia betul-betul tak faham cerita tu.
“Itulah, lain kali tengok tu guna mata, bukan pakai mulut. Pakai mulut, memang satu apa pun kau tak faham.” Akif menggeliat. Meregangkan otot-ototnya. Nasib baiklah esok ahad, hari bercuti dan berehat.
“Macamlah kau faham.” Zuyyin dah bangun hidupkan lampu.
“Memang aku faham pun. Kakak tu sakit mental, skizofernia, double identiti.
Dia berperasaan jadi mak tiri tu. Mak tiri tu bukan ada bunuh siapa pun cuma dia tak tolong mak si kakak dan si adik yang kena hempap dengan almari tu. Cerita simple macam tu pun tak faham. Apa punya lampi lah.” Sempat lagi Akif kutuk bininya.
Zuyyin baru nak menjawab bila bunyi ketukan di pintu kedengaran. Pantas mata mereka berpandangan. Takkan pencegah maksiat kot?!
“Pergi pakai tudung kau.” Laju Zuyyin lari ke bilik, mencapai tudung di birai katil dan sweater di almari sebelum berlari keluar mendapatkan Akif yang dah bergerak ke pintu. Bila yakin isterinya dah siap pakai sweater menutup lengannya yang terdedah dan memakai tudung, perlahan tombol pitu di pulas. Malah ketukan di luar semakin galak, merimaskannya.
“Aku ingatkan pencegah maksiat tadi. Ketuk pintu rumah aku macam nak roboh!” Akif bersuara sebaik pintu terbuka dan batang tubuh Rizqin berdiri di depannya. Dengan Adam yang hampir terlena di dalam pelukannya.
“Sorry kacau korang malam-malam ni.” Rizqin bersuara sambil balas senyum Zuyyin yang berdiri di belakang Akif.
“Kau memang kacau pun. Kami baru nak masuk bilik bermesra-mesraan.” Akif jawab selamba sambil tahan sakit bila laju kaki Zuyyin pijak kakinya.
‘Buat lagi ayat tak senonoh macam tu.’ Zuyyin bagi jelingan sedas bila Rizqin dah tahan sengih di bibir.
“Korang delay ke malam esok sesi mesra-mesraan tu boleh tak?! Malam ni tolong jaga anak aku, aku kena ke hospital sebab Sara dah nak bersalin. Aku tak boleh bawa Adam sebab takdak orang yang boleh jaga dia kat spital, mak mentua aku tak sampai lagi. Kalau kau nak merungut, sila merungut esok. Zuyyin, bolehkan tolong jaga Adam malam ni?” Rizqin serah Adam ke dalam pelukan Akif yang tengah pasang muka bingung.
“Eh?!” Zuyyin dah mula cuak. Jaga baby?! Gilos…
“Thanks! Esok tengah hari aku ambil Adam. Dalam beg ni ada barang keperluan Adam. Pleaselah, jangan buli anak aku k!” Rizqin bagi pulak beg kecik itu kat Zuyyin. Mencium anaknya sebelum berlari laju ke tangga. Dia tak nampak ke lif kat hujung tu?!
“Babysitter?!” Akif tanya soalan kat diri sendiri sambil tengok Adam yang dah lena dalam pelukan sebelum alih pandang kat wajah isterinya yang juga pasang muka cuak.
“Dia akan tidur sampai ke pagikan?!” Zuyyin tanya Akif sambil mengusap kepala Adam yang di baringkan di atas sofa.
“Harap-haraplah.” Akif yang duduk atas meja tengok saja perlakuan isterinya.
“Adam tidur dengan siapa ni?!” Zuyyin tanya bila Akif dah mula menguap sedangkan jam baru menunjukkan angka 12.30. Tak remaja sungguh!
“Dengan kau lah!” Akif balas selamba.
“Mana boleh! Aku mana tau jaga baby.” Zuyyin membantah.
“Macamlah aku tau.” Akif pun taknak kalah.
“Tapi kau ada adik, mestilah tau sikit-sikit.” Zuyyin bagi hujah yang tak boleh di sangkal.
“Tapi kau perempuan, nanti bisuk-bisuk ada baby, kau yang kena jaga.” Hujah Akif lagi masuk akal.
“Arhh! Fine! Adam tidur dengan kita berdua. Baru fair!” Kali ni Zuyyin buat keputusan.
“Bilik aku.” Akif angkat penuh kasih sayang Adam masuk biliknya. Zuyyin yang bawak beg Adam berdiri teragak-agak depan pintu bilik Akif.
“Kau berdiri macam guard kat situ tu kenapa?!” tanya Akif bila tengok Zuyyin terpaku depan pintu.
“Apa jadi pada rules nombor satu?!” Zuyyin tanya sambil mengerut kening. Takkan dah lupa kot?!
“Di mansuhkan.” Nak simpan rules yang lain buat apa kalau rules yang lain pun aku dah langgar?!
“Huh?!” masih terpaku di depan pintu. Tapi tangisan Adam membuatkannya laju melangkah masuk ke dalam.
“Adam kenapa?!” Zuyyin berdiri di tepi katil tanpa buat apa-apa. Sekadar memerhatikan Akif menepuk-nepuk punggung Adam yang semakin galak
tangisannya.
“Dia terjaga.” Zuyyin dah mula kalut. Macam mana kalau Adam nangis sampai esok pagi?! Haru!
“Nak susu kot?!” Akif teka aja bila tengok Adam menghisap bawah bibirnya. Haus agaknya.
“Nah.” Zuyyin hulur botol susu yang ada dalam beg Adam. Nasib baiklah Rizqin dah buat siap-siap susu Adam, kalau tak haru jadinya nanti dorang dua laki bini.
“Mari minum susu Adam.” Akif angkat Adam ke pangkuannya. Kekok dan berhati-hati. Botol susu di hulur Zuyyin dia sambut.
“Kau nampak janggal, tapi sweet dan aku rasa kau dah sesuai jadi ayah.” Zuyyin gelak kecil campur kagum tengok cara Akif menyusukan Adam. Dia
boleh jadi ayah yang baik!
“Kau baru tau ke?! So, bila nak bagi aku baby?!” Akif ketawa meriah sebelum terdiam bila Zuyyin baling dia dengan penutup botol susu Adam.
“Dari tadi asyik melalut je.” Benci tol! Zuyyin angkat Adam dari pangkuan Akif dan letak antara mereka. Wajah comel Adam di pandang. Suci.
Akif kalih pandang ke jam di dinding, hampir ke pukul 1 pagi. Harap-harap Adam tak bangun dan menangis lagi macam tadi. Tapi belum pun sejam, Adam dah mula merengek, mengejutkan Akif yang dah terlena dan Zuyyin yang tengah membaca buku.
“Adam basah ni. Kena tukar pampersnya. Kau tukar!” Akif bagi arahan bila dia tengok seluar Adam basah di bahagian punggung.
“Aku?!” Zuyyin tanya tak percaya. Habislah, aku pakai ‘pampers’ aku pun kadang-kadang tak betul, ni kan nak pakaikan kat baby.
“Cepatlah. Adam dah rasa makin tak selesa tu.” Akif cuit bahu Zuyyin yang masih termangu. Pampers dan tisu lembap dia letak tepi Adam.
“Aku tak reti.” Zuyyin buat muka simpati. Kot-kot Akif tetiba jadi manusia berhati baik malam ini.
“Takdah-takdah. Cepat tukar!” Akif bersuara keras membuatkan Zuyyin pantas duduk di tepi Adam. Terkial-kial membuka seluar Adam. Akif senyum sahaja tengok aksi kekok isterinya. Beginikah nanti jika kami punya baby?! Huh! Merepek!
“Kan boleh tu..” Akif bagi senyuman manis kat Zuyyin yang dah berjaya tukarkan lampin Adam. Dia duduk sebelah Adam sambil menepuk-nepuk punggung Adam yang mula meredah tangisnya dan kembali menutup mata.
“Comel giler Adam ni. Kalau ada baby, aku nak comel macam Adam.” Zuyyin tunduk mencium pipi Adam.
“Confirm kau dapat.” Akif dah mula baring semula di sebelah Adam. Ngantuk!
“Tau-tau je..” Zuyyin pun dah mula baring sebelah Adam.
“Taulah.” Akif mula tutup mata.
“Macam mana kau tau?!” Zuyyin mengiring ke arah Akif yang juga sudah mengiring ke arahnya.
“Sebab kau kahwin lelaki kacak.” Akif gelak-gelak kecil dengan ayatnya sendiri.
“Perasan!” Zuyyin cebik bibir tapi sesaat kemudian cebikannya mati bila mata Akif melekat di wajahnya. Wajah Akif yang penuh senyuman itu tadi hilang berganti dengan wajah seriusnya.
“Kenapa?!” soal Zuyyin perlahan. Adam di tengah-tengah memisahkan mereka.
“Rasa macam nak cium kau bila buat bibir macam tu.”
“Gila!” Laju Zuyyin bangun sambil tangan menekup mulutnya. Bantal di kepala katil di balingnya ke arah Akif yang ketawa meriah tengok aksinya.
“Kau ni comellah D. Macam Adam.” Akif masih ketawa sambil mencium pipi Adam yang sudah nyenyak tidur di antara mereka. Sesaat, dia pun memejamkan mata. Ingin sama melayari mimpi macam Adam.
‘Aku pasti tak silap dengar tadi, aku dengar dengan jelas dia panggil aku D!’
Mata Zuyyin jatuh pada wajah kacak suaminya yang mungkin sudah lena. Sekilas, dia senyum sebelum baring di sebelah Adam, meletak tangannya di perut Adam. Terasa ada tangan yang menyentuh tangannya, tapi dia tidak pulak gelabah membuka matanya kerana yakin tangan itu milik suaminya.
‘After we break one of the rules, it’s doesn’t matter if we break the other rules right?’
Dan bila terasa genggaman itu semakin erat, dia membalasnya sambil tersenyum dengan mata yang terpejam.
************
“Tahniah!” Zuyyin senyum dengar ucapan itu dari suaminya. Malah melihat Akif yang terlebih gembira itu membuatkan dia bahagia.
“So, nak sambung katne nanti?!” Akif tengok keputusan STPM Zuyyin yang cemerlang.
“Tunggu UPU. Harap-harap dapat kat UNIMAS. Aku nak sangat pergi Sarawak” Zuyyin memang dah lama teringin ke negeri Kenyalang itu. Harap-harap ALLAH kabulkan permintaannya.
“Jauhnya. Jangan baru seminggu kat sana dah merengek nak balik dah lah.” Akif sengih. Tapi tengok prestasi Zuyyin yang sukakan cabaran, mungkin dia takkan mengalah dengan mudah.
“Takdaknya. Aku pergi jauh-jauh, kau jangan nak rindu aku pulak. Tiket kapal terbang mahal tau!” Zuyyin gelak tengok Akif yang mencebik.
“Jom! Aku belanja kau makan, meraikan keputusan cemerlang kau ni.” Akif gosok kepala Zuyyin guna result STPMnya yang dah di gulung.
“Nak makan Kenny Rogers!” Zuyyin bersuara nyaring, gembira punya pasal.
“Anything you want pearl!” Akif sebut maksud nama Zuyyin, permata.
Senyuman manis kegembiraan Zuyyin menyenangkan hatinya.
************
Majlis ulang tahun perkahwinan Mentuanya terasa gah dengan tema hitam putih. Elegant! Tapi majlis yang meriah itu tak sedikit pun menceriakan hatinya. Peristiwa di awal tadi merencatkan emosinya. Sungguh hatinya tengah panas terbakar sekarang.
“Akif, ingat lagi tak dengan Emilda? Kawan anak mama, Datin Jawaher”
‘Itu ayat pertama Mama sebaik kami sampai tadi. Takdak salam, ucapan selamat terus mula mukaddimah yang sengaja sakitkan hati aku.’
“Ingatlah Ma. Dulukan kami masuk matrik sama-sama.”
‘Aku rasa macam nak cantas je tangan Akif yang hulur tangan kat Emilda. Pegang-pegang perempuan lain apa kes?!’
“Lama tak jumpa Kif.”
‘Woi! Pegang tangan laki aku lama-lama buat apa?!’
“Hah! Apa kata korang borak-borak, mesti banyak benda yang nak di ceritakan?”
‘Aku rasa macam boleh hidu rancangan jahat Mak mentua aku ni. Serius, aku bukan paranoid! Lagi-lagi bila dia langsung tak kenalkan aku sebagai isteri Akif!’
“Mama nak pinjam Zuyyin kejap, nak kenalkan kat kawan-kawan mama.”
Tanpa pamitan, terus tarik tangan Zuyyin tinggalkan Akif dan Emilda berdua. Agak jauh dari mereka, barulah mama bersuara.
“Emilda tu adalah calon isteri yang aku pilih untuk Akif. Jadi, kalau kau sedar diri tu siapa, aku rasa kau patut tahu apa yang perlu kau buat.” Jari telunjuk mama betul-betul di depan mata aku.
‘Dah agak! Mama bukan nak kenalkan aku kat kawan dia, dia cuma nak jauhkan aku dari Akif.’ Zuyyin tarik nafas, cuba hilangkan bengang di hati. Lagi-lagi tengok Akif tengah bergelak ketawa dengan Emilda. Kalau ada Hanna dan Hanni kan best. Tapi Hanni ke Sabah melawat Hanna yang sedang belajar di UMS.
“Ayien!” Suara yang dah lama dia tak dengar.
“Abang.. Lama tak jumpa abang.” Zuyyin bagi senyum manis kat Aiman yang dah lama tak bersua muka. Majlis kahwin dia dan Akif pun Aiman tiada.
“Busy..” Aiman balas senyum Zuyyin.
“Ramai sangat patient nak di treat ae?” Zuyyin masih senyum tapi matanya sesekali melirik ke arah Akif yang mula sedar dia tidak keseorangan.
“Normallah tu.. Ayien apa khabar?!” Aiman tanya sambil matanya ikut lirikan mata Zuyyin. Ke arah Akif!
“Sihat..” Perlahan suara Zuyyin. Tapi hati Ayien sakit!
“Emilda tu calon menantu mama untuk Akif.” Aiman jelaskan tanpa di pinta.
“Ya, Ayien tahu. Mama ada cakap tadi.” Matanya sudah di larikan dari pasangan itu.
“Akif.. Dia layan Ayien okey tak?!” Zuyyin angkat kepala dengar soalan Aiman. Soalannya Aiman cuma dia balas dengan senyuman.
“Kalaulah arwah atuk bagi abang kahwin dengan Ayien dulu..” Lemah suara Aiman sambil cuba mencapai jari-jemari Zuyyin.
“Abang cakap apa?!” Zuyyin bangun dari kerusi dia duduk, sekaligus menarik tangannya dari di sentuh Aiman.
“Masa atuk sakit dulu, abang datang jumpa atuk. Abang cakap abang nak kahwin dengan Ayien lepas Ayien habis sekolah, nak jaga Ayien. Abang sayang Ayien. Tapi atuk tak bagi, dia cakap Ayien masih budak lagi. Tapi atuk kahwinkan Ayien dengan Akif! Atuk tak adil!”
“Abang cakap, abang datang jumpa atuk, nak kahwin dengan Ayien?” Suara Zuyyin bergetar. Kenapa dia tidak tahu tentang itu?!
“Ayien tak sepatutnya kahwin dengan Akif. Akif tak pernah cintakan Ayien, dia mogok berhari-hari sebab taknak kahwin dengan Ayien, malah dia cakap dengan abang yang dia kan ceraikan Ayien sebaik Ayien dapat tawaran sambung belajar. Ayien patut kahwin dengan abang.”
Penjelasan Aiman cukup untuk buat air matanya menitis laju. Tapi sebab apa?! Sebab terlepas kahwin dengan lelaki yang mencintainya atau sebab dia tahu kini yang lelaki yang mula di cintai itu tak mencintainya langsung, dan dia bakal bergelar janda tak lama lagi?!
“Abang!” Keras suara Akif di telinga Zuyyin. Matanya yang berkaca bertembung dengan mata garang Akif.
“Dia patut tahu Akif.” Entah kenapa, sekarang dia rasa dia benci mendengar suara itu. Suara yang membawa kebenaran kepadanya sebentar tadi.
“Ada apa-apa lagikah yang aku perlu tahu Akif?!” Zuyyin bersuara serak. Wahai mata, tolonglah jangan hujan dulu. Aku taknak nampak lemah di hadapan lelaki ini.
“Zuyyin. Please, apa pun yang kau dengar dari abang tadi..”
“Stop it Akif! Kalau cuma itu yang aku perlu dengar, aku rasa aku dah habis dengar kot. I may leave now.” Pantas kakinya melangkah. Dia rasa tak betah berada di situ, lagi-lagi bila adegan mereka sudah menarik beberapa pasang mata.
“Zuyyin, please..” Tangan Akif menarik tangan isterinya, menghentikan langkahnya.
“Kenapa kau kahwin dengan aku dulu Akif?!” kali kedua dia soal soalan itu.
“Sebab atuk minta.. Tapi..”
“Maka sekarang kau dah boleh lepaskan aku Akif, sebab kita sudah tiada sebab untuk terus bersama.”
Tangannya di pegangan Akif di tarik kuat. Melangkah pergi meninggalkan kawasan perumahan mewah itu. Tidak di pedulikan suara-suara yang melaung memanggil namanya. Dia cuma mau pergi dari situ, tempat yang tiada untuknya. Seiring dengan langkah kakinya, air matanya juga jatuh menitis ke pipi.
Dan malam itu, ketika Akif masuk melangkah ke apartment mereka tiada suara mahupun jelingan mata Zuyyin. Dia tidak tahu bila Zuyyin balik ke apartment mereka kerana bila Akif bangun keesokan harinya, almari pakaian Zuyyin sudah kosong dengan cincin pernikahan mereka di atas meja yang terletak elok. Taulah dia kini, Zuyyin sudah pergi meninggalkannya.
***********
Zuyyin tengok boarding pass di tangannya dengan mata yang berkaca. Air matanya perlahan menitis ke pipi.
‘Kenapa dorang kejam kat aku?! Kenapa dorang seksa aku?! Buat air mata ku menitis laju di pipi?! Kenapa?! Kenapa mesti aku?! Apakah aku tak cukup malang sampai dorang nak seksa aku lagi?! Kenapa?!?!?!’
“Zuyyin.!”
Zuyyin pantas mengangkat kepalanya. Susuk tubuh lelaki yang berdiri di hadapannya itu kelihatan termengah-mengah. Besar sangat ke KLIA nie sampai boleh termengah cari aku?!
“Maaf.!”
Akif tarik isterinya dalam pelukan. Rasa macam sejuta tahun terpisah sedangkan baru seminggu mereka tidak bertemu. Tapi seminggu itu sudah cukup dia sedar betapa dia perlukan isterinya. Selepas seminggu ini barulah dia berjaya mencari Zuyyin, itupun selepas dia di maki hamun oleh Hanni, satu-satunya manusia di dunia ini yang tahu di mana Zuyyin bersembunyi.
“Aku perlukan kau Zuyyin, tolong jangan tinggalkan aku.” Akif meregangkan pelukannya, cuba mencari anak mata bulat isterinya.
“Aku memang nak pergi, tapi dorang tak bagi.” Zuyyin biarkan Akif seka air matanya yang masih mengalir di pipi sambil tunjuk beberapa orang imegresin yang tengah bertugas di pintu masuk balai berlepas.
“Kenapa?!” Akif dudukkan Zuyyin di kerusi. Wajah comot isterinya di tatap rindu.
“Aku takdak pasport! Mana aku tau pergi Sarawak pun kena pakai pasport!”
Nyaring tangisannya sehingga beberapa orang yang lalu lalang menoleh ke arah mereka. Tapi di abaikan cuma kerana yakin ia cuma adegan pujuk memujuk pasangan kekasih.
“Err.. Nanti kita pergi buat pasport ae lepas ni.”
Akif tahan gelak bila dengar ayat Zuyyin, dapat dia bayangkan isterinya bertikam lidah dengan pegawai imegrisen itu kerana sebentar tadi bila dia menoleh ke arah mereka, kelihatan mereka seperti ingin memberitahunya sesuatu.
“Kenapa nak lari?! Kitakan boleh bincang.” suara Akif kedengaran lagi tangisan Zuyyin semakin reda.
“Dalam novel tu, aku baca semua heroinnya pakat lari ke oversea bila kecewa. Aku buatlah same thing macam dorang tapi sebab aku takdak pasport, aku lari kat Sarawak. Tup-tup, pegi Sarawak pun guna pasport!”
Kali ini Akif memang tak tahan gelak dia lagi, di hambur di hadapan Zuyyin tanpa dapat di tahan-tahan. Zuyyin, Zuyyin..
“Nanti kita pergi Sarawak ae. Tapi sebelum tu, jom kita pegi buat pasport dulu.” Akif tarik tangan isterinya bangun, memeluk bahu isterinya sambil sebelah tangan menarik luggage Zuyyin.
“Pergi Sarawak buat apa?!” Zuyyin tanya Akif, pelik. Rasanya, sebab Akif dah datang pujuk dia, niat nak lari dia dah batalkan dah.
“Honeymoon!” Akif kenyit mata kat Zuyyin buat Zuyyin tersipu-sipu malu.
“Bukankah kau kahwin dengan aku sebab atuk?!” Zuyyin tanya bila dia teringat peristiwa itu tiba-tiba.
“Ya. Atuk cuma sebab kenapa kita boleh jadi suami isteri, tapi kau adalah sebab utama kenapa aku berada di sini. Kalau cuma sebab wasiat atuk, aku takkan ada di sini. Tapi aku ada di sini, sebab aku tau aku perlukan kau, dan kau perlukan aku. Aku sayang kau Zuyyin.” Akif cium dahi isterinya.
“Love you too B.” Zuyyin senyum manis untuk suaminya.
“Love you more D..” Akif balas senyuman manis isterinya.
‘Aiman memang cintakan Ayien Kif, tapi dia tak boleh menjaga Zuuyyin. Dia memang sentiasa berlembut, tak pernah menyakiti Zuyyin tapi dia juga tak pernah berusaha untuk melindunginya. Dia tak cukup kuat untuk menjadi pelindung Zuyyin. Cuma kamu yang boleh atuk harapkan, maka kahwinlah dengan dia Kif. Jaga dia, lindungi dia, kalau boleh cintai dan sayangi dia..”
‘Akif akan jaga dia atuk! Jaga dia dengan nyawa Akif!
***********
Kegelapan di luar sangat menakutkannya, apatah lagi dia keseorangan setelah mereka meniggalkannya sendiri di situ. Ingin berlari pulang ke rumah pun dia rasa takut. Rasa seperti ada benda memerhatikannya, tapi dia tidak nampak siapa-siapa pun di situ. Akhirnya, dia Cuma mampu menangis ketakutan dan berharap seseorang keluar menyelamatkannya.
Zuyyin menoleh ke pintu bila bunyi keriut pintu di buka kedengaran.
“Abang!” yakin benar yang Aiman pasti keluar menyelamatkannya.
“Mari, aku hantar kau pulang.” Bukan suara Aiman, tapi Akif yang selalu membulinya.
“Ayien takut…” suaranya bergetar kerana ketakutan.
“Sebab itulah aku suruh kau balik awal tadi, tapi kau degil.” Akif capai jari jemari kecil Zuyyin, menggenggamnya erat.
“Ayien nak jumpa nenek, nak jumpa atuk.” Zuyyin dapat rasakan betapa selamatnya dia bila dia rasa tangannya dalam genggaman tangan Akif.
“Mari. Tapi kau kena berhenti menangis, hantu suka makan budak-budak yang suka menangis.” Akif tahu ini bukan cara untuk memujuk, tapi dengan Zuyyin dia yakin cara ini akan berjaya. Dan ternyata ia berjaya, Zuyyin dah berhenti menangis.
“Ayien janji, Ayien takkan menangis lagi.” Zuyyin buat janji sambil kakinya melangkah mengikut langkah Akif. Dengan adanya Akif, dia yakin akan sampai ke rumah dengan selamat.
“Bagus! Kau mesti kuat. Kau tu cuma seorang di dunia ni, jangan cepat berputus asa. Taunya menangis sahaja. Takdak orang akan tolong kau setiap kali kau dalam kesusahan.” Entah Zuyyin faham atau tidak, tapi Akif buat tak peduli, terus juga dengan ceramahnya.
“Nah!” Zuyyin bagi gula-gula kat Akif sambil tersenyum manis. Lupa sebentar yang Akif itu selalu membulinya.
“Kau ni comellah Zuyyin.” Hahahaha! Akif gelak sambil ambil gula-gula itu. Dan gula-gula itu semanis senyuman Zuyyin.
Akif mengusap kepala Zuyyin perlahan, menggengam erat jari jemari itu dan dan mereka melangkah bersama mengharungi pekat malam...
16 comments:
pembetulan yer..nak pegi sarawak x perlu pakai passport yer...
pg srwk memang memerlukn pasport yg bhrga 5 rgt . utk student . skadar me|ancong,pasport tidak diperlukan krna tidak menetap .
terima kasih .
best2!!!
tp pe Ayien ngan mak long dia? nape mak long dia bnci dia?
awww~~~
bahagia!!!
sweet gile even ber kau-aku !
Mule2 mcm tk best cite ni....bile ptengahan...mmg terbaik..
Mmg terbaik la...best gile
Indahnya sebuah percintaan :')
Tu lh cinta
perrgghhh best3
Sedap citer ni...x payah makan nasi !!..baca je cite ni...insya Allah kenyang..
Sweet sgt heheheh....
5 jam membaca kerna tertidur tah berapa bab tertinggal...
OK. Ni best
Srs best igt kn cita bodo tp bila dh baca rasa best plk
Walaupun x dapat novel, bersyukur jgk dpt baca disini
Post a Comment