Feb 25, 2011

S.M.A.S

Assalammualaikum... Tunaikan Kewajipan Masing2 erk (^_^) 


Aku baru Khatam novel Hlovate, Tunas.. Rasa macam kembali ke zaman sekolah menengah bila baca novel dia.. Rasa rindu sangat2 zaman Remaja+Happy+Riang Ria Hari Raya tue.. Credit to Hlovate sebab dah buat Aku sebak sorang2 baca novel dia tue.. Rasa macam nak balik ke zaman tue, kalaulah boleh.. *Sigh*


Kalu Tunas ada "Magnificent 7 (M7)" yang selalu gamatkan kolej, Sekolah Menengah Agama Sandakan ( SMAS ) ada kitaorang.. 6 Sekawan.. AJ,Kiki,Za,Ruby,Lily dan Nieta.. Cuma kami tak adalah semagnificent macam budak bertujuh tue, kami dengan cara kami tersendiri mencari kesesuaian hidup di Asrama Puteri Fatimah Az- Zahra.. And, the rest yang dah jadi history tue, Aku nak share dengan korang2 yang sudi membaca.. Kisah kami, 6 sekawan yang berlainan latar belakang kehidupan berjumpa di SMAS, di awal tahun 2002..


Melangkah alam sekolah menengah bukannya sesukar masuk Darjah 1 yang menyeksakan sebab kali pertama memakai uniform hitam putih sebab bagi Aku yang bezanya cuma uniform yang dah tukar ke colour lain, biru muda dan masih juga putih.. Tapi yang meyeksakan itu ialah, Aku kena masuk hostel..!! Oh tidak..!! Rasa macam mo ulang balik Darjah 1 bila di pikirkan balik secara rasionalnya mengikut pertimbangan akal dan fikiran budak umur 13 tahun..


Gila..!! Aku tak nampak sebarang kerasionalannya Mak Abah suruh Aku masuk sekolah berasrama dan SEKOLAH AGAMA..!! Time tue, Aku rasa dorang memang tak patut, lebih2 lagi bila baca buku peraturan sekolah, bab etika berpakaian: WAJIB MEMAKAI BAJU KURUNG DAN BERTUDUNG LABUH..!! Aku garu kepala yang memang tak bertudung sepanjang hidup 13 tahun kecualilah waktu pergi belajar mengaji dulu.. Geleng kepala, sukar mau bayangkan kehidupan yang bakal di lalui..


'Aku belum bersedia kena ragging dengan senior, mo beperang dengan hantu yang segala bagai tue lagi, silap2 baru masuk 2 hari semua barang aku dah abes kena kebas orang..Aku belum ambek vaksin homesick lagi, nanti di hostel adakah kawan aku nanti??Tak sanggup!!'


Actually, itu yang bermain di pikiran Aku.. Hahahaha~~


Tapi, dalam rela terpaksa tue Aku pergi juga daftarkan diri masuk ke Tingkatan 1 di SMAS.. Dan di hari yang sama juga Aku check-in Asrama Puteri.. Bersama-sama Ruby dan Husneh, Aku punya cousin..


Aku check-in masuk bilik sama2 dengan Kiki, Ruby pulak sama2 dengan Za dan Lily.. Nieta, time tue kitaorang tak kenal dia lagi, belum check-in lagi kot, takpun sebab dia tak check-in bilik yang sama ngan kitaorang.. Di situlah, bermulanya perjalanan kami berlima dan bakal berenam bila Nieta masuk kelas yang sama dengan Lily dan Za ( 1 Saidina Umar ), AJ dengan Ruby ( 1 Saidina Uthman ) dan Kiki sorang tercampak jauh ke 1 Saidina Abu Bakar.. Nama pun Sekolah Agama, kira aci ar pakai nama pejuang islam tuk kelas dan hostelkan?? Heeehh~~


Jom, berkenalan dengan kami ber6.. (^_^)


AJMAH EDAH AJAN (AJ) 7 Mac 1989 :


Paling tua, but never act like a sister.. Paling rajin "Fly" cuma dia lagi hebat, sebab berani buat siang2 hari, tak payah susah2 menyusup keluar masuk ikut longkang, potong dawai pagar segala, selamba badak keluar ikut pagar depan tak padan dengan jawatan Ketua Aras 1 (Form4) Ketua Biro Disiplin Aspuri dan Pengawas Perpustakaan.. (Form5) Punya sejarah 3x kena rampas Handphone, 2x surat amaran sebab kantoi lari dari hostel dan menggunakan kuasa vetonya buat spotcheck besar-besaran sebab jalankan misi cari si pencuri Handphonenya yang sampai hari ini tidak di temui.. Sangat suka Kimia, penah buat eksperimen sendiri2 with Kiki dan "Si Dia'' time sesi Amali kimia sampai buat semua student termasuk Gurunya buat 'Latihan Kebakaran' sebab Makmal dah bau busuk benda terbakar.. Jadi wakil sekolah pertandingan Debate Ala Parlimen sebab mulutnya yang ada aura2 Cili Api.. Susah mau percayakan.?? Tapi trust me, memang kenyataannya.. Bak kata Hlovate, "Tiada yang benar, melainkan yang benar"..


Lily bilang:
Dalam kita berenam, kau paling "jujur", jujur dalam percakapan a.k.a si mulut laser a.k.a main cakap lepas sesuka hatimu.. Tapi hatimu baek dan pemurah sebab tiap kali balik cuti kau mesti bawakan aku makanan especially Kek Coklat dan aku tau dalam kami ber5 kau paling sayang aku.. Tak payah tipu~~


Kiki bilang:
Kawan baek aku.. Mulut laser, macam tak ada feel jak, tapi hati dia lembut even dia cakap ikut suka suki seliparnya jak.. Dia suka tolong orang, tak kedekut even dia kawan dengan aku yang kuat meminta nie.. Mula mengumpul barangan KEROPPI bila terpengaruh dengan cerita taiwan entah tajuk apa time form5.. Sangat mudah terpengaruh dan terpesong sebab novel dan drama2 yang dia baca dan tengok..


Nieta bilang:
Depan budak2 junior, Garang macam Ketua Biro Disiplin tapi sebenarnya Ketua Biro Keluar Curi.. Suka bergosip dan tetiba suka buat hal sendiri.. Mulut? tak payah cerita..


Za:
Paling bez..!! Selalu pinjam Handphonenya gayut dengan chentaku.. Hahahaha~~


Ruby:
Cousin aku yang sentiasa tau apa yang dia mau..


Rubiah Hamzah (Ruby) 15 Mac 1989 :


Ruby, cousin Aku.. Kalu M7 ada Eady yang ala-ala ustaz tue, kami pun ada ala-ala ustazah juga.. Tahun 4 (Form4) kami di SMAS, Ruby jadi Timbalan Biro Dakwah dan naek Form5 dia jadi Ketua Asrama (Head Girl).. Dalam pada jadi Head Girl tue, dia masih juga macam dulu, masih si Taiko Prinsip Akaun.. Budak ala-ala skema yang tak berapa mau jadi, penah jadi wakil Sekolah Kuiz Agama tuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah, very2 bertentangan dengan AJ sebab sangat susah mau tengok dia langgar peraturan hostel or sekolah even kadang2 dia buat2 lupa prep petang.. Kadang2 yang jarang.. Tapi, bab bawa benda2 haram ke hostel tu, dah biasa sangat dia langgar rules tue..


Aku bilang:
She's like a sister yang akan buat ceramah percuma bila ada yang buat hal.. Strict dengan rules hostel tapi okey jak lepak sama kami bila masuk bab Makan Maggi+Nescafe 3in1 yang selalunya bekalan makanan dari Za..


Za bilang:
Selalu buat aku terkebil-kebil dengan ceramahnya tambah lagi bila dia buat muka serius.. Tapi dia paling caring dengan aku sebab kami satu bilik dan aku paling suka sama usahanya.. Selalu berusaha menjadi yang terbaek.!!


Kiki bilang:
Macam AJ cakap. she's like a sister.. Tak banyak cakap, tak banyak ketawa.. Tapi, bila bab berceramah, dia yang paling banyak cakap.. Bertanggungjawab dan amanah, well memang sesuai jadi Head Girl..


Nita bilang:
Budak skema..!! Hehehe~


Lily bilang:
Satu2nya kawan yang sekelas dengan aku.. Dia, orang yang paling sabar ajar aku dalam banyak benda.. Dari bab akademik sampailah bab agama.. Selalu ajar aku Prinsip Akaun dan tiap malam sabar ajar aku Mengaji Quran..


HARNIH JANIS (Lily) 18 April 1989 :


Anak sulung dari 4 adik beradik.. Tapi bila bersama kami, dia menjadi orang yang sangat manja.. Suka berfantasi, berangan2 sebab baginya: Berangan2 itukan free, jadi gunalah dengan sebaiknya..


Very low profile tapi awas, kadang2 dia jadi "missmind" di sebalik konspirasi.. Dia bagi cadangan gila2nya yang nyaris buat kami terkantoi di bulan ramadhan sebab escape Solat Jemaah di surau.. Allergic dengan Kelas Bahasa Arab Tinggi tahap tak boleh hadap muka Uztaz H.. (Sama macam Aku la tue)


Supplier segala benda2 haram hostel, dari yang tak berapa nak haram sampailah tahap yang sangat2 haram.. Bawah tilam dia tempat sembunyi barang2 haramnya, selalu curi2 baca Majalahnya bawa balik bilik (Hostel kami haramkan sebarang barangan yang berbentuk hiburan) Satunya2 kawan kami yang ada alat mekap.. Jangan silap kay, kitaorang tak mainlah benda2 yang tak senonoh.. Heeh~~


Aku bilang:
Dia sangat manis macam gula2.. Antara kami ber6, cuma dia seorang yang akan tawaf hostel bagi gula2 Cloud9 setiap kali Friendship Day tuk kami ber6..


Kiki bilang:
Cepat merajuk, macam budak2.. Tapi hati dia keras, dan jarang mengalah.. Suka berangan and she's a very good friend of mine..


Ruby bilang:
Bijak.. Tapi selalu merendah diri.. Berangan?? Itu memang hobi dia..


Nita bilang:
Berangan?? Dia nombor 1.. Entah apa jadi dengan "Iskandar Haikal" nya..


Za bilang:
Kawan pertama aku di SMAS, Kawan aku yang belum ada rekod "miss" minum malam.. Kadang2 lucu, kadang2 boleh jadi sangat serius tapi okey jak bila pinjam handphone dia mesej chentaku..


ANITA ARTARI (NIETA) 3 Julai 1989 :


Princess..!! Tue nickname dia yang Kiki bagi.. Sebab dia macam Puteri.. Semua benda yang di buat sangatlah lemah gemalai, tersangatlah lembut dan ayu.. Dalam bahasa sabahnya, L.I.D.U.T (Orang yang buat semua kerja serba serbinya lambat).. Ketua Pengawas Kesihatan Sekolah a.k.a Jururawat Sekolah yang pakai dari atas ke bawah putih macam budak Form6.. Tugas dia, jaga bilik sakit, dan tugas kami sebagai kawannya ialah jadi "Pesakitnya".. Bilik sakit jadi tempat lepak kedua kami selepas kami kena warning dengan 
Guru Kesihatan sebab asyik "sakit" memanjang.. Nasib baek kami jumpa tempat lepak lepas tue.. Dia nie, Kami semua very pelik sebab dia selalu hilang identiti.. Kami kadang2 hilang punca tengok dia.. Sangat suka dengan perkataan "Alang-alang".. Contoh ayatnya:


''Alang-alang kita lepak di bilik sakit nie, kita escape kelaslah.."


Dia dan Alang2, sangat susah di pisahkan.. Dia paling kurus antara kami tapi bab melantak, memang dia juara.. Kalau M7 ada A-Cid yang gila Laptop, Sure Kami ber6 pun ada.. Tapi Nieta tak adalah sampai nak seludup Laptop dia masuk hostel, besar gedabak tol nak seludup.. Setakat seludup Handphone okeylah..


Aku bilang:
Dulu time sekolah, dia cakap no Lovey-Dovey.. Yang dah kena "ikat" awal2 nie apa kes??


Za bilang:
No komen.. Tapi, dia orang paling bez minta nasihat even dia kawan yang selalu hilang Status..


Kiki bilang:
Lembut dan lembik tapi berpendirian tegas.. Aku suka dia yang berpandangan jauh, dan dia tau apa yang dia mau..


Ruby bilang:
Blur memanjang.. Aishh~~


Lily bilang:
Best..!! Bila aku tertido di biliknya, dia sanggup tido lantai.. Demi aku~ (Actually sebab aku tido gundah.. Tendang orang sini-sana time tido..Ahaks!)


ASMAH WAHAB (Kiki) 7 Julai 1989 :


Paling bijak antara kami semua.. Juga Sleeping Beauty of the year berturut-turut.. Hobinya adalah tido dan terus tido.. Tiada Favourite Subject dalam kelas sebab hampir semua masanya di habiskan dengan melayari mimpi..


Happy Go Lucky setiap masa, tapi kami tak tau pun apa dalam hati dia.. Peminat blues lama, dan berjaya mempengaruhi Lily supaya minat sama.. Dia tak macam Aku yang suka langgar rules hostel, tak macam Ruby yang ala-ala skema gitu, tak macam Lily yang manja2, pun tak macam Nieta yang serba ayu gitu, Kiki entah macam mana.. Dia di tengah2 kot antara semua tue..


Dan mungkin sebab itulah, Cikgu Aziz yang merangkap Guru Kaunseling kami tue bagi mandat kat Kiki jadi Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya..
Dan, kami yang jadi kawan dia nie macam mau gelak kuak lentang, Si Sleeping Beauty of the year tue jadi Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya.. Kami memang susah mau terima kenyataan tue, apatah lagi Kiki yang terima pelantikan jawatan tue time dia tengah mamai2 di bawah tahap sedar..


Lily bilang:
Geng kamceng pegi "paw" makanan kawan.. Kawan aku besantai di bilik TV tengok kartun di hujung minggu and kawan aku melalak lepas tension nyanyi lagu blues lama..


Aku bilang:
Satunya2 kawan yang pernah aku belikan kek hari jadi selain Si "Dia".. Bila dengan Kiki, kepala Aku automatik "tumbuh tanduk setan".. Geng pecah masuk bilik TV semata-mata tengoK Worldcup 2006.. Naseb baek Itali menang~


Nieta bilang:
Memang "satu kepala", ngam (Sesuai) jak sentiasa..


Za bilang:
Merangkap "deskmate" yang sudah arif perangai tidurnya.. Bila bab air di catu, dialah yang sanggup temankan aku tunggu air penuh dalam baldi sebab mau basuh kain.. Escape? Kami geng bha, lepak di biliknya escape Solat bejemaah..


Ruby bilang:
Ya, Kiki memang sangat kuat tidur..!!


Nurul Aleeza Arshidah Abd. Razak (Za) 3 Dis 1989 :


Anak Cikgu yang sangat bijak seludup barang haram.. Za, Si taiko Math dan Add Math yang bijak Sejarah.. Dua cabang yang very2 berlainan tapi dia boleh kuasai kedua2 subject killer tue.. Berat sebelah bila buat pembahagian tugas Gotong-royong hujung minggu sebab dia Ketua Biro Kebersihan juga Pengawas Perpustakaan tapi boleh di bilang dengan jari berapa kali jak ke perpustakaan.. 


Kecik jak, tapi bab chenta2 dia paling expert.. Sama expertnya bila dia jawab soalan Add Math yang membunuh tue.. Prinsipnya mengikut teori Kiki: Time Study hanya untuk study, Time Enjoy hanya untuk Enjoy..!!


Kami berenam, dia orang pertama yang seludup handphone masuk hostel.. Oleh kerana sebilik dengan Ruby, dia pun terikut2 Ruby yang ala-ala skema tak jadi tue.. Selalunya, jadi orang kedua awal pi surau selepas Ruby..
Dulu, kami selalu berteka-teki apa yang jadi dengan hubungan dia dan si "Pak cik", entah apa jadi sebab dia cakap, after SPM sumanya over.!!


Ruby bilang:
Si Taiko Maths..


Lily bilang:
Supplier makanan sebab laci pertama lockernya tak pernah putus dengan makanan..


Kiki bilang:
She's so player.. (Dulu2, time sekolah..) Prihatin, bijak.. Kreatif, dunianya macam indah jak..


Nieta:
The best student Maths yang rajin stay up..


Aku bilang:
Blurr memanjang.. Selalu tak paham bila aku yang becakap, orang lain dia paham pulak..Eh??


Well, dah berkenalankan dengan kami 6 sekawan.. Masi mampu teruskan membaca ke? Kalau agak2 ada yang terasa mau keluar muntah hijau tue, stop kejap ae, sapu minyak angin.. Dah sudah, sambung baca balik..Heeh~~


Tingkatan 1 (2002)


Macam besalah, budak2 yang baru masuk Form1 kan? Sibuk dengan orientasi.. Bila bab orientasi nie, aku paling allergic bab minta Signature nie.. Betul2 tak berkenan di hati.. Yang aku ingatlakan, time orientasi tue bila bab minta signature tue, Aku dan Ruby akan duduk di satu sudut konon buat cara orang tak bermaya minta Sign.. Nanti, adalah tue Abang-Kakak senior tue yang Kesian kat kami akan bagi Sign dorang..


Lagi satu yang Aku tak berkenan juga bila masuk bab "Pengeras" tue.. Kalau yang demand tue, minta Maggi segala, siap buat order delivery lagi.. Kalu yang Spesies heartless iceberg tue, mulalah suruh buat segala benda yang tak masuk dek akal.. Tiup lampu kalimantang sampai padamlah, rasionalkah?? Sungguh tidak.. Belum lagi tue suruh pergi peluk pokok sambil kiss2 cakap i love you kat pokok, tapi itu still boleh tahan lagi, yang suru kitaorang teriak nama dia kuat2 cakap "Saya sayang Abang/Kakak" tue pulak apa kes?? Tak apa, dah memang namanya budak juniorkan?? Ikutkan sajalah..


Tahun JuniorSenior, memang tak sah kalau tak ada Abang-Kakak-Adik Angkat.. Resmilah tue.. Aku tak penah ada suma tue, tapi dulu time orientasi adalah juga seorang abang yang baek hati tolong Aku dapatkan sign Senior2 yang ramai tue.. Aku rasa Aku cuma dapatkan 2 3 kerat je kot.. Yang lain tue, abang tue yang dapatakn.. Heeeh~~


Tahun 2002, kami tinggalkan kenangan tue sebab kami naek satu level lagi menghampiri tahun senior..


Tingkatan 2 (2003)


Suasana kelas berubah, hostel pun berubah.. Tahun nie, Aku, Kiki, Za
dan Nieta sekelas.. Lily sorang, Ruby pun sorang2 sebab sekolah kitaorang ada 3 kelas.. Rasanya, tahun inilah Aku mula langgar rules hostel dan dapat "Surat Chenta" pertama dari Ketua Warden sebab "Ghaib di hujung minggu".. Budak ber5 tue?? Still lagi jadi budak skema..


Tahun nie, kami terima ustaz baru yang juga merangkap warden baru.. Ustaz tue ajar kami Pendidikan Islam.. Aku ingat lagi, hari tue rata2 pelajar kelas 2 Imam Hanafi buat hal sendiri sebab cikgu tak masuk.. So, boys kelas kitaorang pun buka Papan Chess dan start main.. Sabri Ahmad, wakil sekolah Chess Competition kami start main dulu.. 


Tiba2..Entah puting beliung dari mana, tetiba jak papan chess and segala king queen dan kuda2nya dah pun selamat betaburan atas tanah di depan kelas (Kelas kami tingkat bawah).. Patut pun, Ustaz A dah mai dah.. Aku pun tak paham kenapa, tapi rasanya Chess pun di larang di kawasan sekolah.. Maka, selamatlah boys sekalian tue buat duduk antara dua sujud, siap baca doa untuk ibu-bapa, doa belajar mungkin juga doa taubat segala bersama2 king queen dorang tue atas tanah..


Tahun 2003, kami tinggalkan lagi.. Naek lagi 1 level.. Tahun depan, PMR..


Tingkatan 3 (2004)


Tahun nie, Aku dan Kiki sekelas.. Nieta dan Za sekelas dengan Lily dan Ruby..
Kurangkan sikit kenakalan sebab nak PMR dah.. Form3, yang Aku paling ingat ujian bulanan pertama tuk subject Sains Aku dapat A sebab soalan dia suma senang2 belaka (Bab 2:Persenyawaan) Hahahah~~ Rata2, suma budak kelas dapat markah tinggi2 belaka..


Kat hostel, Aku sebilik dengan Lily.. Za dan Ruby, Nieta dan Kiki sorang tak berteman.. Tuk persediaan, suma kelas akan buat Extra class time prep petang.. Dek kerana kepenatan dan keenakan tidur di petang jumaat (Petang Jumaat tak ada prep dan kalau ada pun Aku memang selalu ponteng, kalau tak ponteng Aku tidur time prep nie) maka Aku pun dengan selamatnya terponteng Extra Kelas P.Islam Ustazah H dan Aku dah pun selamat tuk kedua kalinya menempah tiket buat Kerja Amal sepanjang minggu.. Tak adalah susah mana pun kerja amalnya, pergi cuci tingkap makmal, padam whiteboard tak pun angkat buku ke bilik guru.. Kira tahap okey lagi tue..


Form3, memang tak boleh lupa bila kami semua di denda jalan itik terkedek-kedek sebab tak turun time kelas Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK).. Terpikir sejenak, apakah relevannya kami berPJK dengan baju kurung sekolah di tengah2 panas dan paling membengangkan, sebelum nie memang tak ada pun kelas tue di buat.. Kelas PJK tue macam waktu untuk kami membuat lawatan sambil bergosip dari kelas ke kelas.. Entah angin apa yang tersampuk, tetibalah plak Cikgu NB buat kelas hari tue.. Dan suma yang tak memakai baju PJK dan tak turun kena jalan itok balik ke kelas masing2.. Maka selamatlah suma girls Form3 "bersenam" ari tue.. Boys, tak ingat dorang buat apa time tue..


Aku masih lagi dengan kegiatan Ghaib di hujung minggu tue.. Dan Si Za, dah naek 1 level lagi up dari kami semua.. Dia Seludup Handphone masuk hostel.. Yang lain, masih tahap boleh di selamatkan lagi.. PMR, alhamdulillah kami berjaya laluinya..


TINGKATAN 4 (2005)


Tahun Honeymoon sambil makan watermelon cecah madu..!!


Aku, Za, Kiki, dan Nieta sekali lagi masuk kelas yang sama.. 4 Ibnu Sina (Kelas Sains Tulen) Ruby dan Lily masuk kelas 4 Ibnu Khaldun (Kelas Perdagangan+Prinsip Akaun).. Tahun nie, kami mula Geng dengan Muliati Jindang (Mulie) si taiko Fizik dan Husneh (Husz) taiko Maths sebarisan dengan Za..


Ketua Aras 1..


Macam tak best je bunyinya.. Memang tak best pun.. Entah siapa punya cadanganlah buat Jawatan tue dan entah siapa punya mulutlah yang baek hati sangat calonkan nama Aku tue dan entah tangan siapa pula yang setuju nak undi.. Sebab dorang2 yang baek hati inilah Aku ada jawatan nie..


Sebab jawatan yang entah apa-apa entah nie la yang buat Aku macam segan2 nak langgar rules.. Tapi, keinginan terpendam tak boleh di biarkan macam tue jak.. Nanti jadi barah.. Susah.. Hahahah~~Akhirnya, selepas beberapa minggu jadi Ketua Aras 1, maka Aku pun selamatlah Ghaib di hujung minggu..


Ujian Bulanan pertama, tragedi yang tak boleh di lupakan.. Cikgu Rocky yang ajar Fizik tue punyalah strict bagi denda.. Semua2 yang Failed tak berapa nak Lulus tue di panggil berhimpun kat tapak asembly.. Dan hari itu maka selamatlah kami 1 kelas buat warming up 50 kali.. Yang tue, masih boleh di terima.. Yang suruh tawaf 1 sekolah bawa Kertas Ujian Bulanan Sejarah yang bermark pen merah tue sambil masuk dari kelas ke kelas siap bagi tau "Saya pelajar Gagal Sejarah sebab saya malas belajar" apa kes?? Yang nie memang Aku berapi sikit sebab sepatutnya Aku tak tersenarai dalam golongan nie.. Tapi entah angin apa Cikgu R gubal undang2 sendiri yang jawapan mestilah sebijik-bijik menepati skema jawapan.. Di ulangi, SEBIJIK.!! Harus dan wajib, tak boleh sipi2 or ada iras2 jawapan tue.. Haruslah seperti Copy and Paste~~


Tapi tak apalah, sebab abes jak kami tawaf keliling sekolah tue, kami teruskan perjalanan ke kantin sekolah.. Haus dan penat punya pasal, naseb bailklah tak kantoi~~


Tahun nie juga, hormon estrogen dan progesterone masing2 dah merembes dengan tak terkawalnya.. Dah mula dah cerita Si A couple dengan B, Si C admire ngan Si D tapi Si D buat dek jak sebab dia tengah usha si E tapi Si E pulak tengah crush tahap Dewa Dewi Asmara dengan Si F.. Bila panah si arjuna dah terkena sasarannya.. Well, macam-macam cerita ada.. Dan kami 6+2 sekawan pun ada ceritanya..


Pertama kali jatuh cinta, pertama kali di cintai, yang entah apa2 entah tue bermula di tahun nie.. Cerita cinta Aku yang tiada noktahnya dengan Si "Dia" tue rasanya 1 tingkatan 4 tahu cerita kami even tak keseluruhan ceritanya.. Tapi ada jak Couple yang dari sekolah dulu dah bercinta-cintun dah selamat menikah, dah ada pun baby dorang.. Kira oraitlah tue.. Kiranya relevan jugalah cinta Zaman sekolah nie..


Aku dengan Si Dia?? Ehem2.. Bahagia hingga ke akhirnya.. Hahaha!


Aku masih ghaib macam dulu2 bila hujung minggu, dah naek 1 level dengan Za seludup benda2 haram.. Kiki, Lily dan Nieta pun join sekaki.. Ruby?? Masih jadi budak skema lagi2 dah jadi Biro Dakwah nie.. Tapi sesekali kalau public phone tue dah jadi port budak2 junior buat latihan bergayut, Ruby okey je pun gunapakai Handphone kitaorang.. Takda hallah..


Form4, mulanya kegiatan Aku yang buat Aku lupa sekejap kat kegiatan ghaib dari hostel tue.. Tahun itulah, bermulanya karier Aku sebagai Debater sekolah dan Kuiz Kimia Kebangsaan.. Ruby pun dah mula jadi wakil sekolah bab2 Islamic nie, Za dengan 2 cabangnya yang berlainan tue, Nieta tambah busy bila dah kamceng dengan Cikgu Kesihatan, cuma Kiki dan Lily masih macam dulu..


Tahun depan.. SPM.!!


TINGKATAN 5 (2006)


"Cinta kepada bunga, bunga akan Layu.. Cinta kepada manusia, manusia akan mati.. Cinta kepada ALLAH, Hanya itu yang kekal ABADI.."


Tahun ke5 di SMAS di buka dengan kata2 Guru Kelas kami, Cikgu Mokh yang juga meranngkap Guru Bio kami+Warden Aspuri..


Meeting pertama hostel di tahun 2006 betul2 mengejutkan Aku.. Ingatkan Aku kekal sebagai Ketua Aras jak, tetiba Aku dapat mandat jadi Ketua Biro Disiplin..!! Memang chanteklah.. Rasa macam mau hantuk kepala ke dinding.. Dan bila warden kami yang kiut-miut tue bagi sebab munasabahnya melantik setiap orang dengan tugasnya, memang wajiblah kena hantuk kepala ke dinding..


Aku: Cikgu, apsal saya kena jadi ketua Biro Disiplin?


Cikgu: Sebab kamu selalu langgar rules.. Kalau jadi ketua, tak adalah kamu hilang setiap hujung minggu..


Memang terbaek dari kolamlah jawapan cikgu Aku tue.. Dan Aku, hanya mampu tersengih mengiakan.. Ruby dah jadi Head Girl ganti Wiwiey yang jadi Head Girl Prefect.. Za, jadi ketua Biro kebersihan dan yang memang kami susah nak terima bila Kiki jadi Pengerusi Rakan Sebaya.. Memang tak boleh terima, even si empunya tuan badan..


Tapi bila dah dekat2 nak Exam, semua orang pun dah mula slow motionkan jadual masing2 dah lebih tumpukan pada study.. Lebih2 lagi bila Cikgu R dah tulah kami takkan lulus Sejarah.. Memang tak patut sungguh..


Puasa terakhir di SMAS..


Petang tue, bila perut dah kenyang Lily, Nieta, Mulie dan Husz rasa malas pulak mau gerak ke surau.. Bila Lily ajak escape, yang lain maen angguk jelah.. Maka, bertapalah mereka di bilik Nieta sepanjang waktu solat maghrib dan Isyak tue dengan lampu bilik yang mati dan pintu tertutup rapat siap berkunci dari dalam..


Bila semua orang dah balik dari surau dan bersiap-siap ke prep malam budak ber4 nie pun masih tak berganjak lagi.. Actually sebelum nie pelajar Tingkatan5 dibenarkan prep di bilik sahaja tuk Fokus kepada SPM yang bakal menjelang tapi tak tau kenapa, kebenaran tue di tarik semula.. Tapi ketua Biro Disiplin buat2 pekak kononnya tak dengar arahan tue..


Malam tue, macam biasa dia study dalam bilik jak dan dia tau Si Head Girl pun ada di biliknya, malah segala Head pun tak turun prep di dewan macam besa.. Semuanya buat kepala batu, kalau yang turun tue pun memang jenis yang muka bercahaya di suluh keimanan.. Tengah buat2 kusyuk jawab soalan Fizik, dia dengar macam ada bunyi pergerakan manusia.. Dia memang tak pasang lampu bilik, pinjam cahaya lampu koridor bilik je pun dah cukup terang.. Buat2 berani, dia pi jenguk kepala di tingkap.. Time tuelah dia nampak Cik Warden dah bergerak dari tangga hujung blok A nak buat spotcheck kot..


Si Ketua Biro Disiplin apalagi, laju jak capai tudung labuh,pakai ala kadar, buku Fizik atas katil di capai dan mulakan misi selamatkan "Betis dan Tapak Tanganku dari kena Rotan".. Laju terus ke bilik sebelah, tempat budak2 tue betapa.. Maklumat segera di sampaikan, maka sibuklah masing2 cari tempat bersembunyi..


Aku dah sembunyi belakang Locker, yang lain entah ke mana tapi dia perasan Nieta dah landing baek punya tepi katil.. Dah dia sekeping, orait jak sembunyi di ruang sempit macam tue.. Tiba-tiba Lily yang entah terjun dari mana landing kakinya baek punya atas perut Nieta dan masa itulah bunyi Pruttt..!! kedengaran.. Kalu bukan pikirkan yang Cik Warden ada di luar dah dorang bantai gelak abes-abesan.. Tak apa, tunggu line clear dulu.. Bila pretty sure line dah clear, dah nampak kaki Cik Warden dah naek ke tingkat atas masing2 lari keluar menuju ke dewan.. Tiba di dewan..


"We, siapa terkentut tadi?" 


Entah siapa mula mukaddimah sebab masing2 dah tercungap2 kepenatan sebab baru selesaikan misi menyelamatkan diri.. Senyap sesaat sebelum..


"Nieta terkentut.. Aku terpijak perutnya time terjun dari katil" 


Lily buat pengakuan ikhlas dengan muka tak berdosa.. Sejenak berpandangan sebelum ketawa masing2 pecah di meja hujung, port budak 6+2 sekawan time prep..


Alhamdulillah, SPM dah berjaya kami lalui..


The rest of history....


Si budak skema Ruby dah pun berjaya masuk UM ambek Pengajian Malaysia.. Kot2 ada ura2 nak sambung study ke Master yang tue tak taulah..


                                         


Si Taiko Maths dan Sejarah, Za sekarang tengah pulun abes-abesan kat UiTM, ambek course Finance tak silap..


                                        


Nieta yang selalu hilang identiti tue, sekarang kat USiM buat degree physiology tak silaplah.. Ngamlah sangat tue, boleh dia psiko diri sendiri lepas nie.. hahah! (Nieta, kalau tak betul, sila betulkan k~)




Kiki dah kerja sekarang, dia jadi "BOS" sebab tue suka hati blik kerja pukul 3pm.. Hhaha! tapi dia masih lagi dengan hobi tidonya..




Lily pun dah kerja, sama macam Kiki.. "Bos", sebab dia sorang jak Di Malaysia nie yang buka kedai pukul11 am.. Sesekali kalau mesej mesti mengimbas kenangan malam tergedi di bulan puasa tue..
                                            
Aku?? Ehem2.. Baru abes buat Medical Lab Tech, insyaALLAH ada rezeki mau sambung buat Biomedic. Sekarang, Aku dah jadi budak baekkk punya! Hahaha!

Mulie, kat UPSI buat degree Pendidikan Islam..


Husz pulak kat UNIMAS buat degree Ekonomi..




Kami 6+2 sekawan tak adalah sehebat M7 yang semuanya fly oversea sambung study tapi Alhamdulillah kami pun mampu juga kembangkan hidung sendiri.. Ahaks! Paling penting, Aku dan kawan2 sumanya lepas Subjek Sejarah SPM ari tue.. Rasa macam nak jak bawa Slip result Exam ari tue bagi tengok kat Cikgu R pastu nak cakap "Saya pelajar pandai sebab saya lulus dengan cemerlang subjek Sejarah..!!"


Last but not least..


Buat semua Guru-Guru di SMAS yang sudah kami susahkan terutama Cikgu Mokh, (Warden+Guru Kelas+Guru Bio) Guru-Guru yang ajar kami subjek2 lain, yang tak ajar kami pun, Kakitangan pejabat, semua2 Di SMAS tue, Kami susun sepuluh jari mohon ampun sebab selalu buat onar.. Buat Kawan2 yang sekarang nie entah bertebaran di bumi mana, Semoga Success selalu and Sowri atas salah silap dulu2 tue.. Harap2, sumanya menjadi manusia yang berguna..  Dan Terima Kasih Mama dan Abah sebab hantar Aku masuk sekolah nie.. Kalaulah Aku tak masuk sekolah nie, maybe Aku takkan jumpa dorang, tak jadi kawan dorang dan paling penting Aku takkan keep with my tudung dan berusaha menjadi wanita soleha (^_^)


Aku Bilang:
Agak2,Hlovate mau tulis nda cerita kami 6+2 sekawan nie??Ahaks!

Korang Comel Kalu Korang Like

3 comments:

Aleeza Arshidah said...

i luv diz post...neway pwen...add lagik...aku rasa byk gik story ta nda msuk..:p

GadiS said...

Hahahha..A'ah, memang banyak lagi..Nanti tulis lagi SMAS part2.. Kisah si Ketua Aspuri berdating dengan Ketua Aspura..Amcam,setujuka??

cik asyiha said...

haha..hilang tensyen aku baca smua ni! especially crta husneh n nita..sumpah lucu!!haha