Dec 5, 2010

Izz & Niqman

"Saya sukakan awak.."
“Sengal..”
“Saya cintakan awak..!!!”
“Gila..”
“Saya memang gilakan awak..”
“Ambik duit nie,awk pergi jumpa doktor..Check otak awak tue erk..Kot-kot dah ada wayar yang putus,berkarat ke,ada darah beku ke..”

Duit dia letak di telapak tangan si gadis..Beg sekolah di sandang di bahu bila matanya menangkap kelibat bas kuning di hujung selekoh..Perlahan mengatur langkah ke tepi jalan..Tidak mengendahkan si gadis yang dari tadi mengekornya..

“Mohamad Ady Niqman…!!!!”

Dia ketawa tak ingat dunia mendengar si gadis menjerit namanya..Dah selalu macam nie,dah biasa sangat..Tangga bas kuning didakinya tanpa memandang ke belakang..Hahahahahaha..!!!
Dia mengambil tempat di sebelah tingkap sambil melambai-lambai tangan kepada si gadis yang masih menghentak-hentak kakinya di jalan raya tanda tidak puas hati..Nasiblah…

********************************

“Benciii..!!!!!!”
Patung keroppi di ribanya di tumbuk-tumbuk..Melepaskan geram..Membayangkan yang dia sedang menumbuk muka Niqman yang sudah meninggalkannya tadi di pondok bas sekolah selepas memberinya wang 1 sen.. Di ulangi ye,hanya 1 sen sahaja…

‘Huh..!!Niqman dari dulu memang selalu buat macam nie kat aku..Tapi peliknya aku still juga nak kat dia..Mata aku nie dah di butakan oleh cinta agaknya..’

Dia sengih..Senyuman kecil muncul di bibir..Teringat pertemuan pertamanya dengan Niqman..

10 tahun yang lalu….

“Mak usu watpe nie.??”
Dia yang baru pulang dari sekolah pelik melihat Mak Usunya yang sedang sibuk dia atas katil..Memang selalunya selepas sekolah,bilik mak usunya yang berusia 17 tahun itulah di tujunya..Katil yang size queen itu bersepah dengan bermacam jenis kertas ,gunting dan coklat..

‘COKLAT?’


“Mak usu nak buat hadiah untuk “Kawan” mak usu..”
Sengih Mak usunya sambil sibuk menggunting kertas yang pelbagai warna..Perkataan kawan itu di tekan sedikit..

“Kawan mak usu tue hari jadi ke.??”
Petah dia bertanya..Selalu masa hari jadi dia je dia dapat coklat macam nie banyaknya..Coklat berbentuk hati yang sudah elok tersusun di dalam bekas menarik perhatiannya..Di capainya satu sebelum di masukkan ke dalam mulutnya..Ermm..Syedaapp…

“Ishxx budak nie..Abes rongak dah gigi tue,nak makan coklat lagi..Tak adalah,mak usu nak bagi dia sebab mak usu sayang dia..Mak usu nak kongsi coklat nie dengan dia..Kalu Izz ada sayang kat orang,Izz pun boleh bagi coklat nie..Tanda Izz sayang dia..”

“Kena bagi coklat ke.?”

“Tak semestinya,kalu tak ada coklat Izz boleh bagi benda lain,contohnya bagi dia baju ke..Yang penting kita ikhlas..”
Mak usu senyum sambil mengusap sayang kepalanya…Dan dia mengangguk tanda faham..

“Izz Zayani…!!Pergi mandi cepat..Stoking pun tak buka lagi tue..Dah mandi nanti,turun bawah susun elok-elok kasut tue..Cepat..!!”

Dia yang kusyuk mendengar penerangan Mak usunya terkejut dengan suara halilintar ibunya yang tiba-tiba muncul di pintu bilik..Pantas dia mengangkat punggung berlari ke pintu bilik sebelah,bimbang dileteri ibunya..Namun masih sempat mencapai seketul lagi coklat dari bekas Mak usunya..Punggungnya di tepuk lembut sewaktu melintasi ibunya..

“Dik,tolong akak kat dapur jap..Tadi akak jemput jiran yang baru pindah kat rumah sebelah tue datang rumah..Kejap lagi sampaila tu kot..”

“Beres bos..!!”Zafirah membontoti kakak i parnya ke tingkat bawah..
Izz Zayani yang sudah siap berpakaian turun ke tingkat bawah sambil menjinjit stokingnya..Tiba di ruang tamu,dia terpaku sekejap melihat seorang budak lelaki sedang duduk sambil menggigit kuih seri ayu buatan ibunya..Mereka bertatapan seketika sebelum….

“Saya nak bagi awak ini..Stoking saya..”
Budak tue pasang muka pelik..Ibu yang tuang air kat teko dah tak sedar dah air dah melimpah ke meja..Makcik yang tak dikenali ternganga dengan kuih yang separuh masuk mulut..Mak usunya,dia tak sempat nak tilik tengah buat apa..

“Kenapa?”
Budak tue dah pasang muka pelik..

“Mak usu saya kata,kalu kita sayang orang tu,kita kena bagi dia hadiah tuk tunjukkan yang kita sayang dia..Sebab tue saya bagi awak stoking saya..Sebab saya sayang awak..”

“Tapi saya tak nak..”

“Kenapa..???”Bibir dia dah terherot-herot menahan tangis..
“Stoking awak busuk..Bocor lagi..Tak nak..”

Dia meraung mendengar jawapan budak tue..Ibu yang mendengar raungannya baru perasan yang setekoh dah abes tumpah kat atas meja.Makcik yang tak di kenali pantas meletakkan kuih seri ayu yang dari tadi memberi salam nak masuk mulut kembali di pinggan..Masa tue la yang dia perasan mak usunya dah ketawa terbahak-bahak tengok dia ..

“Niqman,nape cakap macam tue.??tak baiklah..”
Makcik yang tak di kenali bersuara sambil mengusap-ngusap kepalanya..Stoking yang di hulur kepada budak itu di capainya..

“Nanti,dah basuh bersih-bersih,dah bagi wangi baru bagi kat Niqman..Mesti Niqman suka..”
Makcik yang tak di kenali senyum sambil lap airmatanya..

“Niqman tak nak juga..!!!”

“Apsal tak nak pula.??”
Suara ibu pula kedengaran..

“Sebab gigi dia rongak..Niqman tak nak kawan dengan budak tak da gigi..”

Dan sekali lagi dia meraung bagai nak rak….
Makcik tak tahu nama geleng kepala,bingung mendengar jawapan anaknya..Ibu telan gelak dalam perut,tak sanggup nak gelakkan anak sendiri..Mak usu,dari tadi dah bantai gelak tengok kesengalan anak sedaranya..Budak tue.??Huh..!! Tak ada perasaan,kuih seri ayu yang ketiga selamat masuk dalam mulutnya..

Mula dari saat itulah, dia menjadi anti kepada coklat..Dari hari dia jatuh cinta kat Niqman, waktu usianya baru menjangkau 7 tahun..Dan hari yang sama, cintanya di tolak Niqman..

“Izz,mama Lya call suru Izz pergi rumah dia kejap”

Suara halilintar ibunya kedengaran dari bawah mematikan lamunannya..Si keroppi dicampaknya di atas katil,getah rambutnya dicapai..Berlari dia turun ke bawah sambil mengikat rambut..Di anak tangga terakhir,dia hampir terlanggar ibunya yang sedang mengangkat bakul pakaian ke tingkat atas..

“Bertuah punya anak dara..Puteri Izz Zayani,jalan elok-elok tak boleh ke.??Rumah Mama Lya awak tue takdanya ke mana..”Wajah manis anaknya yang berusia 19 tahun itu di tatapnya..

“Heeh..Baik boss..”Sengih…Sebaik ibunya berpaling,Zuppss…Dia pecut ke rumah sebelah..Pn.Dhiah geleng kepala tak faham perangai anaknya..

“Hai Niqman..”Senyuman di lempar pada Niqman yang sedang memakai kasut di ambang pintu..
Niqman pandang sekilas..Terus mengikat tali kasutnya..

‘Ensomnya dia…Aku jatuh cinta untuk yang kesekian kalinya…’

“Mama,Niqman nak gi main bola jap..Nie,JIRAN SEBELAH nie dah sampai dah..”

Niqman bangun,melintas tanpa perasaan di tepi Izz yang masih terpacak menatap wajah pujaan hatinya..

“Niqman..Awak sangat ensom ari nie..!!!”

Niqman buat-buat pekak,menonong jalan ke padang bola..Dan Izz masih berdiri memandang Niqman yang dah semakin jauh dan jauh sebelum hilang di selekoh jalan..Hilang marahnya bila terpandang wajah kacak Niqman..

“Izz..”Mama Lya berdiri di ambang pintu..

“Niqman dah pergi dah.??”
“Dah..”
“Cepat masuk..Kita ada banyak kerja nie..”
“Kerja.??”Dia garu kepala tak gatal..
“Jom..”

Tangannya di tarik menuju ke dapur..Bahan-bahan tersedia dia atas meja..Erkk..Takkanlah nak buat….Aku mana reti..Kepala tak gatal di garu lagi..

*************************

“Minum abang..Niqman,semalam kata nak makan Kek coklat..”

Setekoh air dan sepiring kek coklat di letaknya di hadapan dua anak beranak yang sedang menonton rancangan Majalah3..Suaminya mengangguk,masih terasa kenyang makan malam tadi..

‘Bini aku nie tak kenyang-kenyang lagi ke makan nasi tadi..Sekarang nak makan kek pulak..Ishxx’
Kek Coklat Moist di atas pinggan di pandangnya..Ermm..Tapi nampak macam sedap plak kek nie…

“Terima kasih mama..”

Sepotong kek coklat kegemarannya di masukkan ke dalam mulut..Sepotong lagi dan sepotong lagi..Bila potongan yang keempat selamat masuk di dalam mulutnya barulah dia bersuara..

“Mama beli ke Kek nie.??Rasanya lain dari yang selalu la Ma..”
“Lain.??”
Handphonenya dia atas meja di capai..Diangkat setara wajah Niqman..Matanya pada skrin handphone tapi telinganya masih mendengar omelan anknya..

“Rasanya lagi sedap dari biasa..”
Dan sepotong lagi masuk ke dalam mulut..Serius,memang sedap kek nie..Sedap dari yang selalu tue..Ermm..Teknik memasak Mama semakin improve agaknya..Niqman senyum, menikmati kek yang terasa lain sedapnya hari ini..

“Nanti mama buat kek sedap macam nie lagi erk..”
Niqman jilat coklat yang melekat di jarinya..Sedaappp…Mama Lya senyum senang..Yesss..!!Niqman suka..

“Niqman punya last paper bila.??Dah habis exam nanti nak buat apa.??”
En. Razif yang melihat anaknya menjilat jari pantas mengambil sepotong dan memasukkannya ke dalam mulut..Ermm..Memang sedap..

“Rabu depan bah..Entahlah..Niqman rancang nak tungggu result nanti Niqman tolong Abang Irfan kat Cyber Cafe (CC) dia..Bosanlah duduk rumah..”

“Kalau bosan,ikut abah gi pejabat..Belajar apa yang patut..Nak.??”

‘Ikut abah gi pejabat.??Huh.!!Tu serupanya macam masuk zon flammable..Biarkan diriku rentung terbakar..’

“Tak sedia lagi ar bah..Tunggulah Niqman dah abes degree erk..”
Aku kalau bab-bab nie memang tak suka..Tak tau la bila aku nak sedia..Tapi aku tau, lambat laun aku juga yang kena take over semua tue..Lainlah kalau aku ada adik beradik lain..

“Suka hatilah..Yang abah tahu, bila tiba masanya Niqman dah betul-betul bersedia..Okey.??”

“Set..!!Niqman naik dulu..Nak ulang kaji kejap..”
Terima kasihlah abah kerana memahami..Sepotong lagi kek di sumbatnya di mulut..
En.Razif dan Puan Alya mengangguk kepala..Menghantar langkah Niqman ke tingkat atas..

“Abang..Saya rasa saya nak tunangkan Niqman sebelum dia sambung belajar nanti..Saya tak naklah bermenantukan orang yang saya tak kenal hati budinya..”
Puan Alya memulakan bicara bila dia mendengar bunyi pintu bilik Niqman di tutup..

“Pulak..Awak nie..Benda-benda macam nie kena tanya tuan punya badan..Tak boleh nak buat keputusan melulu..Nie soal hidup,masa depan anak kita..”

Bini aku nie,ikut suka suki dia je..Maunya si Niqman tu tak berkenan dengan pilihannya, macam mana nanti..Tak ke haru nanti..Ishxx…

“Alah..Taulah saya nak pujuk Niqman tue macam mana..”
Senyum..Mula membayangkan Niqman di satukan degan pilihannya..

“Aik awak nie..Dah ada calon menantu ke.??”Misteries pulak bini aku nie..

Puan Alya tersengih Cuma..Air di gelas di hirupnya perlahan..Harap-harap Niqman setuju..

Niqman menghempas badannya di atas katil..Penatnya..Dari pukul 2 petang dia berada di cafe,terasa melekit badannya..Matanya di hala di tingkat, di tingkap biliknya yang setentang dengan tingkap bilik Izz..Lampu di bilik itu masih menyala..Jam di dinding di kerlingnya,tepat pukul2.30..

‘Minahci nie tak tido lagi ke.??Pagi-pagi buta macam nie dia buat apalah agaknya..Nak kata study, exam dah selamat habis minggu lepas..Heeh’

Niqman capai handphone di atas meja..Tiba-tiba dia dapat idea sengal..Menekan-nekan keypad hanphonenya,kemudian dia mencari-cari nama “Izz Disaster”..Butang send di tekan..Kuangkuangkuang..

Izz yang sedang menonton cerita “One missed call” terkejut bila handphone di tepinya berbunyi menandakan 1 mesej di terima..Izz urut dada,hilang bertebaran semangatnya sekejap tadi..Errmm..Dari “Putera Katakku”..

‘Niqman hantar mesej pukul2.30n pagi.??Rindu aku kot..’

Izz sengih tayang gigi..Mesej di buka..Owh..siap hantar video lagi..
Video yang memaparkan sebuah kerusi malas itu di tenungnya..Sabar menanti adegan seterusnya..


Kerusi itu bergerak perlahan…

Semakin laju…

Dan semakin laju…

Dan laju…..

Tiba-tiba..

“Arrggghhhhhhhhh..!!!!”

Serentak dengan jeritannya,handphone di tangan di baling ke dinding..Comforter di tarik ke paras kepala..Izz menggigil ketakutan dalam selimut..Dan,Niqman di rumah sebelah gelak kuak lentang tak ingat dunia sebaik jeritan Izz menyapa cuping
telinganya..Penakut..Kuangkuangkuang..!!

**********************

Majlis perkahwinan Mak Usu meriah di hadiri ahli keluarga..Mak Usu yang ayu berkebaya ungu memang menyerlah hari nie..Yelah,hari bahagia dia kan..

“Mak usu, berdebar ke.??”
Heheh..Tengok muka cemas Mak Usunya dia dah boleh agak dah..

“Tak adalah..”

Mak Usu control ayu..Cool kononnya..Sedangkan jantung terasa nak melompat keluar..Wajah 19 tahun anak buahnya di tatapnya..Bukan dalam kategori cantik, tapi sepasang matanya yang sentiasa bercahaya dan bibir yang sentiasa menguntum senyum menjadikan Puteri Izz Zayani lagi cantik dari siapa pun..

“Izz..”

Tangan anak buahnya di capai..Di elus lembut..Muka Izz yang pelik di tatapnya..Setitik air matanya jatuh ke pipi..Dia sayang sangat anak abangnya ini, kerana dia la satu-satunya anak sedara yang dia ada..

“Apsal Mak Usu nie.??Janganlah masuk zon air mata pulak..Rosak make up tu nanti..”

Izz sapu airmata Mak Usu..Tak maulah emo-emo ari nie..Inikan hari bahagia,patutnya semua orang bergembira..Tubuh Mak Usunya di tarik dalam pelukannya..Izz sayang Mak Usu..

Pengantin yang tersenyum bahagia di atas pelamin menjadi jamuan matanya..Dia melangkah keluar, menuju di laman belakang rumah seraya melabuhkan punggungnya di buaian..Bila yakin tiada sesiapa di situ dia menghamburkan tangisannya..Dadanya terasa sebak dari tadi..

‘Semoga Mak Usu menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan hati Pak Usu..’

“Nah..Tepi sikit, aku nak duduk..”

Seseorang menghulurnya tisu..Izz angkat kepala sebelum mengensot duduk ke tepi menberi ruang kepada Niqman..Tisu di hulur di sambutnya..

“Awak buat apa kat sini.??”

“Cari kau..”
Izz ketap bibir tahan geram..Main-main erkk..

“Betul-betullah..”

“Betullah..Yang kau menangis macam budak kecik nie kenapa.??”

Comot gila..Dengan air mata hitamnya,aish..Tak serupa budak 19 tahun..

“Saya sedih..Mak Usu dah kahwin..Saya dah tak ada tempat nak bermanja lagi..’

“Erk eleh, umur dah 19 tahun nak bermanja apanya lagi..Dah tua dah, dah tak padan nak manja-manja lagi..Kau tu bukan budak 9 tahun lagi dah..”

“Saya tahu..Tapi..”

“Baguslah kalau dah tahu..”

Izz ketap bibir..Kot ye pun, bagilah aku habis cakap dulu..Niqman yang bisu di sebelahnya di jelling..

“Niqman..Saya sayang awak..”

“Weh,janganlah nak mula lagi..”Nie yang aku paling tak suka nie..Mulalah tue..

“Saya sayang awak..Sayang awak sangat-sangat..Tapi saya juga tahu yang awak tak ada apa-apa perasaan pada saya..Tapi tak apalah, saya nak tunggu awak sampai awak jatuh cinta pada saya atau dah pilih perempuan lain atau sampai saya jatuh cinta dengan lelaki lain..Bolehkan.??”

Izz panggung kepala..Mencari mata Niqman..Mata berharapnya beradu dengan mata serba salah Niqman..Saya nak tunggu awak Niqman..

“Aishh..Kau nie memang tak pernah nak putus asa kan.??”

“Awak rasa.??”

Izz tahan senyum melihat cebikan Niqman..Tak padanlah awak buat macam tue..

“Suka hati kaulah..”

Bisu….

“Niqman..???”

“Apa.??”

“Agak-agak bila kita boleh couple.??”

“Bila kau dah tak pakai those thing macam nie.."



Niqman tunjuk bawah,kat kakinya sambil geleng-geleng kepala..Dia ikut arah jari Niqman,kearah kakinya yang pakai slipper kepala keroppi..Dia ikut gelak bila dengar tawa Niqman..Selipar keroppinya di sua kepada Niqman yang sudah angkat punggung masuk ke dalam..

“Zayani, bila kau rasa dah elok..Masuklah dalam..Aku tunggu kau kat dalam..Aku tak nak orang lain jadi partner aku jadi tukang kipas kat atas pelamin tue..”

Buat pertama kalinya Niqman senyum padaku..Usai katanya, dia gerak masuk ke dalam meninggalkan aku yang masih terkesima melihat senyumannya..Untuk yang entah keberapa kali, aku jatuh cinta lagi..Punggung ku angkat,berlari anak menyaingi langkah Niqman..

********************

“Izz..Niqman dapat tawaran sambung belajar kat luar negara..Tadi mama Lya ada datang bagi tahu ibu..”

Suara ibunya yang menampar gegendang telinganya membuatkan dia pantas membuka matanya..Dia yang masih penat dari membeli-belah barang-barang keperluannya memandangkan dia akan mendaftarkan diri di UITM Shah Alam 2 minggu lagi nyata terkejut dengan berita yang baru di terimanya..

“Kat mana ibu.??”

“Tak silap ibu, University Of London..Mama Lya cakap dia per…”

Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya, anaknya sudah menghilang di balik pintu utama..Lagi sekali, Puan Dhiah Cuma mampu geleng kepala..

“Niqman,betulkah awak nak pergi oversea.??”

Niqman yang sedang bersantai di depan tv nyata terkejut dengan kehadiran Izz tiba-tiba di hadapannya..Wajah minta penjelasan Izz di pandangnya..

“Kau..”

Izz sabar menanti ayat seterusnya..

“Kacau aku tengok tv..Tepilah..”

Izz menghampiri Niqman..Duduk di sebelah Niqman yang kembali kusyuk menonnton Tv..

“Niqman..Betulkah awak nak gi oversea.??Nak tinggalkan saya.??”

Airmatanya hampir menitis menuturkan ayat itu..

“Kau nie kenapa.??Tak boleh tengok aku senang sikit..Boleh tak kalau sehari tu kau tak kacau hidup aku.??Jangan menyemak di depan mata aku..Rimas tau..”

Niqman matikan Tv..Bangun menuju ke tangga..Niatnya ingin ke tingkat atas..

“Niqman…”

Berpaling..

“Apa lagi.??Kau pergi balik lah Izz..Mata aku serabut tengok kau..”

“Awak benci sangat kat saya ke.??”

“Aku bukan benci kau..Tapi aku benci perangai kau yang mengekor aku 24jam, ambik tahu
semua yang aku buat..Aku benci..Aku benci sangat-sangat..Kau tau tak.??Sekarang,boleh tak kau balik.??Aku serabut tengok kau..”

Heartless..Niqman cakap macam tak ada perasaan..Macam cakap dengan patung cendana..

“Maaf…”

Air matanya menitis di pipi..Hanya sepatah ayat itu sebelum dia berlari keluar..Niqman usap tengkuk, rasa bersalah..Arghh..!!Lantaklah..Tangga di daki di tingkat atas..

Puan Dhiah pandang muka suaminya..En.Hilman pandang wajah isterinya sebelum keduanya memandang wajah tetamunya yang tidak di sangka datang malam itu membawa hajat besar..

“Macam inilah Abang Razif, Kak Alya..Kami kena tanya pendapat Izz dulu..Dalam soal ni, kami tak nak buat sebarang keputusan tanpa berbincang dengan Izz dulu..Biarlah Izz buat keputusan sendiri..”

Dengan cara berhemah Encik Hilman menyusun ayat..Bimbang menyinggung perasaan jirannya yang juga sudah menjadi sahabat baiknya hampir 10 tahun..

“Betul tu Hilman..Saya pun setuju macam tu..”
Encik Razif setuju.. Puan Alya juga teranggukp-angguk setuju dengan cadangan Encik Hilman..

“Kalau macam tue, saya naik atas kejap tanya Izz..”
Puan Dhiah bangun, menuju ke tingkat atas..10 minit kemudian dia turun dengan wajah resah..

“Dhiah,apa kata Izz.??Dia setuju.??”
Tak sabar Puan Alya mendengar jawapan ‘YA’ dari Izz..Yakin benar yang Izz pasti setuju..Puan Dhiah resah, tak tau nak mula dari mana..

“Ermm..Kak,abang..Izz kata..Dia tak setuju..”

Puan Alya ternganga..Tidak percaya dengan jawapan yang di beri oleh Izz..

Izz duduk diam tanpa memandang wajah lelaki di hadapannya..Matanya lebih senang di larikan ke sekumpulan pelancong jepun yang turut minum di cafe KLIA itu..Malah kotak kecil di atas meja itu juga tidak di pedulinya..

‘Kalau bukan kerana kasihan kat Mama Lya yang turun naik rumah pujuk aku, tak ingin aku ikut hantar kau gi airpot nie..Menyampahnya..!!Ibu dan lain-lain pun sengaja berpakat nak biarkan kami berdua-dua kat sini..Sampai hati dorang komplot nak sakitkan hati aku..’

“Zayani,apsal kau tolak pinangan mama aku.??”

‘Bukan kau cinta tahap dewa ke kat aku..??Nie dah bagi peluang jadi tunang aku..Boleh pulak kau main reject-reject ae..’

Wajah kelat Izz di renungnya puas-puas..Entah kenapa, 2 3 hari selepas insiden dia membuat Izz menangis, dia rasa sangat serba salah..Wajah sendu Izz ada di mana-mana..Dek di hambat perasaan yang dia sendiri tidak tahu apa namanya, di sepertiga malam dia bangun mengadu pada Penciptanya memohon jalan keluar dari masalahnya..

“Zayani..”

Bila melihat tiada respond dari Izz dia membuka bicara sekali lagi..

‘Budak nie mogok cakap dengan aku ke.??Aishh..Tak boleh jadi nie..”

Jam di tangan dikerling..Bila-bila masa dia akan di panggil masuk..Dia mesti melakukan sesuatu sebelum terlambat atau dia bakal menyesal selamanya..

MP3 di poket seluar di keluarkannya..Di letakannya di telapak tangan..Disebaknya rambut Izz di belakang telinga..Earphone MP3 itu di sumbatnya di lubang telinga Izz..Butang PLAY di tekan..Niqman bangun dari kerusi sambil menyandang begnya ke bahu..Wajah Izz di tatapnya lama, buat bekalan..Kepala Izz di usap-usapnya sebelum dia bergerak meninggalkan Izz di situ..

“Mungkin ada perlakuanku yang sudah menyinggung perasaan kau..Mungkin ada kata-kataku yang sudah sakitkan hati kau..Tapi Puteri Izz Zayani, percayalah yang Mohamad Ady Niqman ini sudah menyesali perbuatannya..Putetri Izz Zayani, Mohamad Ady Niqman ikhlas dengan apa yang dia sedang lakukan..Untuk kali ini saja Zayani…Percayailah Niqman..”

Suara Niqman kedengaran di gegendang telinganya..Dan airmatanya menitis tatkala mendengar suara Niqman menyanyikan sebuah lagu..

Kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
mencintaimu aku tenang
memilikimu aku ada
di setiap engkau membuka mata

Merindukanmu selalu ku rasakan
selalu memelukmu penuh cinta
itu yang selalu aku inginkan
Kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

Kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata

Kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti
Kau, Kau jaga selalu hatimu…..

“Niqman, mainkan untuk saya satu lagu..”

Niqman yang sedang bermain gitar di buaian berhenti memetik gitar..

“Aku main untuk perempuan aku cinta je..”

Dia meneruskan memetik gitar yang Izz sendiri tak tahu iramanya..

“Kedekut..”

Izz cebik bibir..Jelir lidah pada Niqman yang terus bermain gitar tanpa mempedulikannya..

“Aku main untuk perempuan yang aku cinta je..”

Ayat itu berlegar-legar di kepalanya…Hanya untuk perempuan yang dia cinta sahaja.??Izz letak tangan di dada..Seolah menahan jantungnya dari melompat..Niqman yang sedang bersalaman dengan ibu-bapanya di pandangnya tanpa berkelip..Niqman..??Air matanya menitis ke pipi..
Pantas kotak cincin di meja di sambarnya..Dia berlari kearah mereka..Namun langkahnya terhenti bila mnedengar suara Niqman dari MP3 yang masih terpasang di telinganya..Melihat Niqman sudah melepasi balai berlepas, dia pantas mengorak langkah..Nama Niqman di laung..

“Niqman…!!!!”

Niqman toleh ke belakang..Dan dia angkat tangan kanannya..Dan dia nampak senyuman Niqman..Puas..Cincin emas putih tersarung elok di jarinya..Patah-patah ayat Niqman kembali memenuhi ruang legar mindanya..

“Izz, tak payahlah nak nangis..Aku taw kau mesti terharu punya dengar aku nyanyi kan.??Kahkahkahkah..Tapi kan Izz,Kau memang comel giler bila nangis macam nie..Macam masa kau nangis bila Mak Usu kahwin dulu..Owh ya,aku rasa kau tau apa yang perlu kau buat..Izz,tunggu aku balik erk..Ermm…Izz,Kek coklat Moist kau sedap sangat..”
Kek coklat moist.??Dia tau aku yang buat..

‘Mohamad Ady Niqman..Aku akan tunggu kau…’

5 tahun kemudian..

“Gelilah..Tak naklah..”

“Alah..Bolehlah..”

“Zayani,awak nie dah putus fius ke.??”Bengang..

“Saya bukannya suruh awak buat benda yang bukan-bukan..Alah,bolehlah…”

Cebik bibir..Terasa nak merajuk dah..

“Sayang oii..Awak suruh saya panggil awak “ADINDA” tue bukan benda yang bukan-bukan ke.??Awak ingat, awak tu puteri raja mana.??”Geram..

“Tak nak dah la..”Merajuk..

Niqman usap tengkuk..Aishh..Susah tol minah nie..Baru kahwin sehari dah cari gaduh dengan aku..Nasiblah..

“Yelah adinda yang kanda cintai..Intan payung hati kanda..Semua permintaan dinda kanda turutkan..”Layankan jelah..

Izz sengih..Tayang gigi..Niqman tarik Izz dalam pelukan..

‘Terima Kasih Ya ALLAH,kerana menemukan aku dengan dia, kerana menciptakan dia untukku..’

‘Terima Kasih Ya ALLAH..Kerana menciptakan aku dari tulang rusuknya…’

“Dinda..”

“Ermm…”’

“Kita tidur erk..”Perlahan suara Niqman di telinganya..

“Ermm…”Izz tahan debaran di dada..

“Tapi..Sebelum tue..Boleh tak….”

Izz angkat wajah..Melawan panahan mata Niqman..Matanya di tutup..Menunggu tindakan
suaminya seterusnya..

“Boleh tak kalau dinda “kemaskan” katil kita nie kejap dari barang-barang dinda nie..”

Niqman juih bibir kearah barang-barangnya..Izz pandang barang-barangnya di maksudkan Niqman..Cebik bibir..Namun bergerak juga merapati katil mereka..

“I’m never imagine that I’ll marrying a little princess..Yang masih tidur dengan sedozen patung kataknya..” Niqman angkat patung keroppinya dengan hujung jari sambil geleng kepala.. Nasib-nasib..

“How old are you.??5.??”

“Mohamad Ady Niqman..!!”Geram..

“Ye Puteri Izz Zayani..I’m here..With you..”

And the rest of history……………



“Izz, cinta itu macam air di telapak tangan..Bila kita genggam,air itu akan hilang,tapi bila kita
biar tangan kita terbuka,air itu sentiasa ada,tak pi ke mana-mana pun..Kadang,kita tidak boleh merasainya dengan cara memilikinya tapi dengan cara melepaskannya..Jika dia kembali,then he yours..”

Sekarang Izz dah faham Mak Usu..Izz dah faham…
Korang Comel Kalu Korang Like

9 comments:

Anonymous said...

Sweetz tahap kencing manisla..!!

Anonymous said...

sweet gle la....:P

si.tudung.ungu said...

Dinda??? tak menahan sungguh mendengarnya.. Haha!
wahhaa~ comel gler.... suka!

syira destroyer said...

best thp megawatt :)

anna cumil said...

giler besh cite nih....suke!

Mamasab Bakery said...

Sweet sesangat!..

Mamasab Bakery said...

Sweet sesangat!

Unknown said...

waaa!!! xsmpt nak baca habis r...baru je plan nak pulun habis cerpen mlm ni..alih2 tgk video tu siap xyah loading segala lagi pkul 3.15 pg nih...cancel! smbg esok okeh??huahaha

Unknown said...

It should be - And the rest IS history bukan And the rest OF history .