"Ann, nak ke mana?"
Ekin, si teman berdansa saban malam menegur. Di tangan Ekin ada segelas air kuning berbusa putih dan di sisinya ada seorang lelaki yang Ann tidak pernah lihat sebelum ini. Hurrm, mangsa baru Ekin kut.
Dunia dah terbalik sekarang, si lelaki yang jadi mangsa bukan lagi perempuan macam dulu. Ni mesti budak-budak yang baru nak up ni, tengok muka pun tahu yang lelaki itu masih dalam lingkungan umur belasan tahun. Anak-anak ikan yang sanggup melayan nafsu serakah perempuan berpoket tebal seperti Ekin dan rakan-rakannya yang lain.
"Aku nak balik." Meremang bulu roma Ann kegelian melihat Ekin dan rakan-rakannya yang lain tanpa segan-silu bercumbu di hadapannya.
Seteruk-teruk pun Ann, dia ada prinsip sendiri. Memang dia nakal, tapi masih ada batas untuk setiap kenakalannya. Dia tidak pernah menyentuh air haram itu, dia juga tidak pernah mengizinkan mana-mana anggota tubuhnya disentuh oleh tangan-tangan gatal yang cuba mengambil kesempatan.
Dia datang sini hanya untuk berhibur, melepaskan segala tekanan yang membelenggu jiwa. Menari hingga ke pagi, bila penat dia pulang ke rumah. Hanya itu. Tapi orang-orang di sekelilingnya tetap memandang serong dengan apa yang di buat. Padahal, bukan jauh beza pun apa yang dia buat dengan orang yang mengunjungi pusat karaoke.
Mereka menyanyi, dia menari, mereka teguk jus oren, dia teguk coke, mereka pulang rumah, dia pun sama. Tapi kenapa orang tetap label dia jahat, tapi masih ada kompromi dengan orang yang pi karaoke sana tu? Huh! Manusia memang suka cari kesalahan orang lain!
"Malam masih muda babe, kata nak enjoy sampai ke pagi." Alyn, gadis kacukan cina-melayu pula menegur.
Ekin, Alyn, dan Syeren adalah antara manusia-manusia seperti dia yang mencari keseronakan di kelab-kelab malam saban malam tanpa mengira dosa, pahala, halal dan haram. Apatah lagi hendak memikirkan tentang nikmat Syurga dan azabnya Neraka.
"Aku ada hal, nak jumpa kawan jap." Ann sengih.
Memang Ann sudah plan hendak berhibur sampai ke subuh, untuk meraikan hari terakhir dia bergelar pelajar hari ini. Tapi, ada benda yang lebih "menghiburkan" hati dia saat ini.
Teringat panggilan telefon dari Ash tadi, automatik bibirnya menguntum senyum. Mujur dia berada di bilik air tadi, tidaklah bingit sangat bunyi muzik menghentam telinga Ash di sebelah sana. Kalau tak, haru dia nak cari alasan untuk kelentong Ash. Ash kan tak suka dia keluar masuk kelab malam. Jatuh nanti sahamnya kalau Ash tahu dia masih jadikan kelab-kelab malam di Malaysia ni sebagai tempat dia melepak.
"Alah, tak bestlah kau tak ada babe." Syeren mencebik.
"Itulah pasal. Korang enjoylah ye, aku gerak dulu." Malas memanjang bual, Ann melempar 'flying kiss' nya sebelum mula menyelit di antara lautan manusia yang sedang menari di lantai dansa.
"Tak best konon, macam aku tak tahu korang kutuk aku kaw-kaw punya sekarang ni. Huh!" Ann menyebak rambut ke belakang, bibirnya terjuih ke hadapan. Sengaja dia meniru bibir Syeren yang tercebik-cebik tadi.
Bukan Ann tak tahu betapa berpura-puranya mereka di hadapan Ann. Bukan sekali dia terdengar perbualan mereka bertiga yang mengumpat, mengutuk dia kerana berlagak suci kononnya. Masuk kelab tapi tak minum arak, tak jual maruah diri, itu lebih baik dari mereka bertigakan? Dia bukan berlagak suci, dia cuma ada pendirian sendiri.
"Lantaklah koranglah, malas nak fikir pasal korang!" Teksi ditahan, dia menyelit masuk ke dalam sepantas kilat. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu Ash. Kata-kata Ash terngiang-ngiang di telinga.
'Ann, abang nak jumpa. Ada benda penting yang abang nak cakap dengan Ann malam ni juga.'
Okey, apa benda penting yang abang Ash nak cakap sangat sampai tak boleh tunggu esok ni? Jangan-jangan, abang Ash nak bagi jawapan untuk luahan hati dia hari tu tak? Berita baik atau buruk? Tapi dari nada suara abang Ash yang terdesak tu, Ann tak boleh nak teka jenis berita apa yang bakal dia dengar. Apa-apalah, janji dapat tatap wajah kesayangannya itu setelah hampir sebulan tidak bersua wajah.
Ah, tak sabar nak jumpa Abang Ash! Yeahahhhh!!
************
Ash membetulkan letak punggungnya di kerusi. Coffe latte kegemarannya tidak berusik dari tadi. Debar di dada menggila sebaik batang tubuh Ann muncul di pintu Tiramsu Cafe milik Kak Lydia.
"Sorry, Ann lambat." Senyuman manis bergayutan di bibir Ann, tanda betapa dia sudah lama menantikan saat bersua muka dengan lelaki di hadapannya ini.
Abang Ash, Ann rindu.
"It's okey, abang pun baru sampai." Ash senyum ala kadar. Dia melambai, memanggil pelayan untuk mengambil order Ann.
"Ann nak minum apa?" tanya Ash bila pelayan yang memakai tag nama "Amin" itu sudah berdiri di tepi meja mereka.
"Hot choclate." ujar Ann.
"Makan?" tanya Ash.
"Tak nak." Ann menggeleng.
Ash yang sedang bercakap sesuatu dengan pelayan yang sedang menulis ordernya di pandang. Ash Damien kelihatan sangat berbeza malam ini. Sejak bila lelaki ini bertanya apa yang dia mahu minum? Bukankah selalunya Ash terus order untuk dia? Ash sentiasa tahu apa yang dia mahu minum, mahu makan tanpa bertanya dengan dia terlebih dahulu.
'Ah, perasaan aku je kut.' Ann cuba menyedapkan hati yang terasa galau tiba-tiba.
"Err, Ann sihat?" tanya Ash bila Amin si pelayan sudah meninggalkan meja mereka. Tiba-tiba dia rasa janggal.
Hello Ash Damien, Ann terlantar atas katil selama 3 hari tau sebab kau hari tu. And now, kau boleh tanya Ann sihat ke tak macam tu je? Kau memang hati kayu!
"Sihat." jawab Ann, sepatah.
Wajah lelaki kesayangannya itu dipandang tanpa jemu dengan senyuman yang masih bergayutan di bibir. Kalau orang lain, mungkin sudah lama tarik muka masam. Sebulan dia dilayan tak ubah macam orang asing yang tak ada kaitan langsung dalam hidup lelaki itu. Macam hidung tak mancung dia terhegeh-hegeh mengejar cinta Ash, jangankan nak balas cintanya, nak balas SMS dia pun tak.
Tapi yelah, dah sayangkan. Ash tolak dia sejuta kali pun, sejuta satu kali dia mengejar lelaki itu. Mungkin, sebab kesungguhannya yang tidak pernah beralah membuatkan hati lelaki itu goyah juga. Kalau tak, tak adalah Ash nak sangat berjumpa dia sampai tak boleh tunggu esokkan?
Hehehehe, hati Abang Ash cair juga oleh cintanya yang tiada tara ini.
"Baguslah.." Ash senyum segarit. Lidahnya terasa kelu.
Macam mana caranya nak terus terang dengan Ann, biar tidak terluka hati gadis ini?
"Abang Ash kata ada benda penting nak cakap. Apa dia?" tanya Ann. Dia sudah tidak sabar untuk mendengar perkara penting itu.
"Ouh, pasal tu." Ash menggaru pelipis kiri. Lidah yang kelu tadi kini terasa berat pula.
"A'ah. Abang Ash nak cakap pasal apa? Pasal kita ke?" tanya Ann lagi, teuja.
"Hah?! A'ah, pasal kita." Ash mengeluh. Lain skrip yang dia karang, lain pula yang keluar dari bibirnya. Haila Ash Damien..
"Pasal kita? Ehem, kenapa dengan "kita?" ujar Ann, malu-malu. Perkataan "kita" itu menambahkan keterujaannya.
Kita= Ash Damien+Ann Delisha? Yeppiiii!!
"Ann.."
Ash menghela nafas dalam-dalam. Ayat yang sekali lagi dia cuba karang tadi tersekat di kerongkong bila melihat wajah Ann yang nyata teruja dengan berita yang bakal dia sampaikan nanti. Ash rasa bersalah, dia jadi tidak sampai hati.
Tapi, Ash sudah nekad. Dia sudah nekad kalau semuanya harus di tamatkan hari ini. Semuanya!
"Yeah?"
"Abang nak tunang, esok." Sebaris ayat itu meluncur laju dari bibir Ash. Matanya beradu pandang dengan mata Ann yang nampak terkebil-kebil. Gadis itu nampak terpinga-pinga.
"Ehh, abang Ash tipu ni. Abang Ash saja nak main-mainkan Ann kan?" Ujar Ann sambil tergelak-gelak. Debar di dadanya menggila mendengar kata-kata lelaki itu.
Abang Ash, tolonglah cakap semua ni tipu belaka. Tolonglahhhhh!!!
Ash diam. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng menafikan kata-katanya tadi seperti permintaan Ann. Dia hanya merenung wajah gadis dihadapannya itu.
Ann, masa untuk kita sudah lama berlalu. Dan masa itu, tak mungkin akan kembali berulang.
"Abang Ash..." Setitis airmata Ann jatuh bila melihat Ash diam. Kebisuan itu seolah jawapan kepada soalannya tadi.
Ash Damien akan bertunang esok. Esok. E.S.O.K.!!
"I'm so sorry, Ann. Abang Ash just can't be your wonderwall. I just can't be." Ujar Ash. Ingin diseka airmata Ann, dia tidak boleh. Ada batas yang perlu di jaga.
Arghhh!! Aku baru buat adik Dani menangis lagi.
"Kenapa?" tanya Ann dalam serak suaranya. Tangisnya pecah sudah.
Ash diam, tidak tahu macam mana hendak menerangkan pada Ann. Dia tidak mahu Ann terasa hati, tidak mahu Ann tahu kalau cara hidup perempuan yang dia pilih sangat bertentangan dengan cara hidup Ann.
Telefonnya di atas meja bergetar, muncul nama Safa di skrin telefon.
"Sebab diakah, abang Ash tolak Ann?" tanya Ann bila melihat gambar Safa di skrin telefon.
Bertudung! Sebab sehelai tudungkah, dia ditolak?!
"Ann, bukan salah dia kalau abang Ash tak rasa apa yang Ann rasa." ujar Ash.
Dia tidak senang dengan nada yang Ann guna. Seolah Ann baru sahaja meletakkan kesalahan di atas bahu Safa yang tidak tahu apa-apa. Kenal Ann pun tidak.
"Kenapa? Sebab Ann tak pakai tudung macam perempuan tu? Sebab Ann tak sebaik dia?" tanya Ann, bertalu-talu. Airmatanya jatuh berjuraian di pipi umpama manik-manik yang terputus talinya.
"Ann, perempuan itu ada nama. Nama dia, Safa." Tegas suara Ash menegur Ann yang dia rasa sudah melampau.
Menyesal pula bagitahu Ann, patutnya biar saja Ann tahu besok pagi selepas majlis pertunangannya selesai.
"Abang Ash, Ann boleh berubah. Ann boleh pakai tudung macam dia kalau itu yang abang Ash nak. Kalau abang Ash nak Ann janji untuk tak pergi kelab pun Ann sanggup. Please, jangan tinggalkan Ann." Ann menarik tangan Ash, digenggamnya erat. Ann takut, andai dilepaskan Ash akan lari dan pergi tinggalkan dia.
"Ya ALLAH, Ann. Apa Ann buat ni?" Ash menarik tangannya kasar. Suaranya yang sedikit tinggi, mengundang beberapa pasang mata yang duduk bersebelahan meja mereka.
Ash tidak suka Ann merayu-rayu begitu, tapi dia lagi tak suka Ann menyentuh dia dengan sengaja begitu.
"Abang Ash, please. Jangan tinggalkan Ann, please." Rayu Ann lagi. Dia bangkit, duduk melutut di hadapan Ash.
Ann sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang mereka. Kak Lydia yang memandang hairan juga tidak dihiraukan. Apa yang mereka tahu tentang apa yang dia rasa sekarang. Lelaki yang sangat dia cintai, yang sudah bertahun bertakhtah di hati baru sahaja mematahkan hatinya, menghancur lumatkan perasaannya. Mereka pernahkah rasa apa yang dia rasa? Mereka tahukah betapa sakit hatinya saat ini?
TAK! Mereka tak tahu. Jadi, persetankan dengan mata-mata yang sedang menghakimi dia. Mereka tidak tahu apa-apa.
"Ann, jangan buat macam ni. Bangun!" Ash bangkit, dia menarik tubuh Ann supaya bangkit bersamanya.
Ann Delisha, jangan jatuhkan martabat kau sebagai seorang wanita serendah ini hanya kerana seorang lelaki yang sudah menolak cinta mu.
"Jangan tinggalkan Ann, please."
Wajah basah Ann direnung. Airmata yang berjuraian di pipi memilukan hati Ash. Ash tidak pernah melihat Ann menangis begini. Waktu di Quality Hotel dulu pun, Ann tidak menangis seperti ini. Hatinya ikut sakit melihat airmata Ann.
"Jom balik." Ujar Ash perlahan.
Not lima puluh ringgit di selit di bawah cawan Lattenya yang tidak berusik. Beg tangan Ann dicapai, dia menarik tangan Ann keluar dari Tiramisu Cafe. Dia tidak mahu terus menjadi bahan tontonan. Tangan Ann dilepaskan bila mereka sudah berdiri di hadapan keretanya.
"Masuk." Arah Ash. Pintu Skyline dibuka.
"Kalau perempuan tu tak wujud antara kita, abang Ash akan bagi Ann peluang tak?" tanya Ann. Dia berdiri di hadapan Ash, menunggu lelaki itu memberikan jawapan untuk soalannya.
"Ann.." Ash mengeluh. Sekali lagi, pelipis kirinya digaru.
"Jawablah, Ann nak tahu." Ujar Ann. Airmata yang mengalir diseka dengan telapak tangan.
Ash diam, merenung jauh ke dalam mata gadis yang pernah menggoncang hatinya satu masa dulu. Dia sudah lama ada jawapan itu, tapi bersediakah Ann mendengarnya?
"Abang Ash.." Suara Ann separuh mendesak. Dia ingin tahu apa jawapan Ash untuk soalannya tadi.
"Dunia kita berbeza, Ann. Abang Ash tak rasa kita sesuai antara satu sama lain." Ash rasa, ini jawapan yang terbaik dia boleh berikan.
Ann diam sebaik jawapan Ash menyapa telinga. Mata dipejam, cuba menghalang airmatanya daripada tumpah lagi.
"Ann boleh balik sendiri." Beg tangannya di tangan Ash dicapai. Langkah diatur perlahan, seriring dengan airmata yang mengalir di pipi.
'Abang Ash, tolong halang Ann. Please.' Langkah Ann semakin lambat, berharap kalau lelaki itu datang mengejarnya seperti selalu.
Ash melepaskan keluhan berat melihat langkah Ann yang semakin menjauh. Ingin dikejar, kakinya kaku. Sudahnya, dia menutup pintu penumpang dan bergerak ke bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan, keretanya perlahan meluncur laju di atas jalan raya meninggalkan Ann jauh di belakang.
Ann mungkin perlukan masa untuk bersendiri, dan dia akan bagi Ann ruang itu.
"Sampai hati, abang Ash." Langkah Ann terhenti, dia jatuh terjelepok di atas jalan raya dengan esak tangis yang semakin kuat.
*****************
8 comments:
cian ann. best. akak follow!
sian ann ,nak tanya boleh heroin sebenar siapa.
cian nya.. arap jgn lah ada laki amik ksmptn pd ann..
Sokong safa dan ash.... nishaaini
Sumpah sedih. keep it up cik gadis. love you-ur fan :)
Xpe ann be strong..cinta makhluk tu x kekal..pi carik cinta pencipta cinta, baru kekal...bia melopong mulut ash nnti....kan dah teremosi pulak kite..
Memang rase nkbelasah jer Ash tu. Ann..... Jgn bodohkan diri...... Sebab Ash si debu tu..... Bertabahlah.
Please sambung lagii.bole tak? Best best best
Post a Comment